Thursday, August 25, 2011

Persoalan Mandi Junub (Bahagian II)

Persoalan Mandi Junub (Bahagian II)

Artikel ini adalah tambahan kepada artikel berkenaan mandi junub sebelum ini. Artikel sebelumnya,

Perintah Mandi Junub

Firman Allah S.WT:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلا جُنُبًا إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

Orang yang berjunub tidak boleh menghampai magid kecuali sekadar melaluinya sehingga mzrelca inandijunub. (Surah al-Nisa’: 43)

Ibn Jarir al-Tobari r.h berkata:

“Sebagai tafsiran ayat di atas, seolah-olah ALLAH befirman Wahai orang-orang beriman janganlah kamu mendekati masjid-masjid untuk mengerjakcan solat ketika orang ramai sedang berkumpul di dalamnya. ketika itu kamu mabuk kecuali selepas kamu sedar tentang apa yang kamu ucapkan. Janganlah juga kainu mendekati masjid dalam keadaan berjunub kecuali hanya melaluinya.” (Rujuk Jami’ al-Ahkam,jil. 8, ms. 385)

Al-Qurtubi r.h berkata:

“Mengenai firman ALLAH tersebt, menunjukkan bahawa ALLAH rnelarang mendirikan solat kecuali selepas mandi junub.” (Rujuk al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, jil. 5, ms. 209)

Al-Syaukani r.h. berkata:

“Firman ALLAH (حَتَّى تَغْتَسِلُوا) merupakan larangan tegas mengenai seseorang mengerjakan solat atau menghampiri tempat solat dalam keadaan berjunub. Ini bermakna, tidak boleh sama sekali menghampiri tempat solat ketika berjunub sehingga dia mandi junub kecuali hanya untuk melalui tempat itu.” (Rujuk Fath al-Qadir, jil. 1, ms. 708)

Cara Mandi junub

Aisyah r.a berkata:

Apabila Rasulullah s.a.w. mandi junub, baginda akan mula dengan mencuci kedua-dua belah tanganrya sebelum dimasukkan ke dalam bekas air. Kemudian, dituangnya air dengan tangan kanan ke tangan kirinya lalu mencuci kemaluan. Seterusnya, baginda berwudhu’ seperti wudhu’ untuk menunaikan solat. Sampai di kepala, baginda menceduk air lalu dibelat rambut dengan jari-jemarinya sehingga dirasakan telah rata. Kemudian, disiramkan air ke kepalanya sebanyak tiga kali. Seterusnya, baginda mencurah air ke seluruh badannya serta membasuh kedua-dua belah kakinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Ibn Abbas r.a berkata:

“Kemudian baginda membasuh seluruh badanrya. Seterusnya, berganjak sedikit dari tempat berdirinja lalu membasuh kedua-dua belah kakinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Ibn Qudamah r.h. berkata:

“Seterusnya, berganjak sedikit dari tempat mandiannya lalu membasuh kedua-dua belah kakinya.” (Rujuk al-Mughni,jil. 1, ms. 287)

Secara ringkasnya cara mandi junub ialah:

1. Membasuh kemaluan sehingga bersih.
2. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga pergelangan tiga.
3. Membasuh muka tiga kali.
4. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku tiga kali.
5. Menceduk air lalu diratakan ke rambut sebanyak tiga kali.
6. Mencurahkan air keseluruh badan sambil menggosok anggota sebelah kanan diikuti anggota sebelah kiri.
7. Membasuh kedua-dua belah kaki di tempat yang sama atau berlainan.
kali.

Menggunakan Tiga Cedokan Air

Jubair bin Mut’im r.a berkata:

“Para sahabat bertengkar di hadapan Rasulullah s.a.w mengenai cara mandi junub. Sebahagian mereka berkata: Aku menyiram kepalaku begini dan begini. Lalu, Rasulullah s.a.w bersabda: Aku hanya menyiram kepalaku dengan tiga cedokan air” (Hadis riwayat Muslim)

Jabir bin Abdullah r.a berkata:

Apabila Rasulullah s.a.w mandi junub, baginda akan meratakan kepalanya dengan tiga kali cedokan air. Al-Hasan bin Muhammad bertanya: Bagaimana pula dengan rambut yang tebal?

Jawab Jabir:

Wahai anak saudaraku, rambut Rasulullah s.a.w lebih tebal dan lebih baik daripada rambutmu.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak Perlu Membuka Sanggul

Ummu Salamah r.a berkata:

Ya Rasulullah, aku adalah seorang wanita yang suka menyanggul rambut supaya kemas. Adakah aku perlu menguraikannya setiap kali mandijunub? Jawab baginda: Tidak. Memadai hanya engkau tuangkan ke kepalamu dengan tiga cedokan air.” (Hadis riwayat Muslim)

Had Air yang Digunakan

Aisyah r.a berkata:

Rasulullah s.a.w mandi junub menggunakan air yang diletakkan di dalam bekas yang disebut sebagai al-Faraq.” (Hadis riwayat Muslim)

Anas r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w pernah mandi junub menggunakan air sebanyak lima maquq dan berwudhu’ dengan satu maquq.” (Hadis riwayat Muslim)

Anas r.a berkata:

“Nabi s. a. w berwudhu’ menggunakan air sebanyak satu mud dan mandi menggunakan air sebanjak satu shoo’ hingga lima mud.” (Hadis riwayat Muslim)

Melewatkan Mandi junub

Aisyah r.a berkata:

Apabila Rasulullah s.a.w ingin tidur dalam keadaan berjunub, baginda akan membasuh kemaluannya serta berwudhu’ seperti wudhu’ untuk menunaikan solat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain:

Apabila Nabi s.a.w ingin makan atau tidur dalam keadaan berjunub, baginda akan berwuduk. (Hadis riwayat Alunad dan Muslim)

*** Huraian mengenai had air yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w ketika mandi junub sebagaimana yang dinyatakan di dalam Mu’jam Lughah al-Fuqaha, muka surat 33.

1 faraq = 3 shoo’ (gantang)
1 shoo’ = 5.6 liter
3 shoo’ = 16 rathol
1 rathol = lebih kurang 1 liter
16 rathol = 16 liter air
1 maquq = 4.89 liter (mengikut mazhab Hanafi)
1 maquq 4.125 liter (mengikut selain mazhab Hanafi)
5 maquq = 24.45 liter (mengikut mazhab Hanafi)
5 maquq = 20.625 (mengikut selain mazhab Hanafi)
1 mud = 2 liter
1 shoo’ = 5.6 liter

Perkara Yang mewajibkan Mandi Junub

1. Kepala zakar dimasukkan ke dalam faraj sama ada keluar air mani atau tidak.

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Apabila seorang lelaki telah duduk dicelah kangkang isterinya lalu memasukkan kepala akarnja, dia wajib mandi junub. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Ahmad dan Muslim (dengan tambahan):

Maksudnya:

“Walaupun tidak keluar air maninya.”

Ubai bin Ka’ab r.a. berkata:

Aku bertanya Rasulullah s.a.w tentang seorang lelaki yang berjimak dengan isterinya tetapi selesai tanpa keluar mani. Jawab baginda: Dia wajib mandi junub, berwudhu’ dan solat. (Hadis riwayat Muslim)

Ibn Hazm r.h berkata:

“Ulama bersepakat mengatakan bahawa wanita ajnabi (belum berkahwin) yang melakukan zina wajib mandi junub seperti wanita berjimak secara halal (melalui perkahwinan yang sah).” (Rujuk Maratib al-Ijmak Li Ibn Hazm, ms. 21)

Al-Nawawi r.h. berkata:

“Ijmak ulama mengatakan bahawa wajib bagi lelaki dan wanita mandi junub apabila keluar air mani atau memasukkan zakar ke dalam kemaluan wanita.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 3, ms. 220)

Ibn Hazm r.h berkata:

“Ijmak ulama mengatakan bahawa wajib bagi lelaki dan wanita mandi junub apabila keluar air mani.” (Rujuk Nail al-Author, jil. 1, ms. 281)

2. Sunnah Berwudhu’ Sebelum Mengulangi jimak.

Abu Said r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda:

Apabila seseorang antara kamu telah berjimak dengan isterinja kemudian ingin mengulanginja, dia hendaklah berwuduk.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaai dan Ibn Majah)

Al-Hafiz Ibn Hajar r.h berkata:

Hadis Anas bin Malik r.a yang tsabit dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim menunjukkan bahawa Nabi s.a.w menggauli isteri-isterinya dengan sekali mandi sahaja.” (Rujuk Nail al-Author, jil. 1, ms. 207)

Al-Nawawi r.h. berkata:

“Berdasarkan hadis ini, seluruh ulama sepakat menghukumkan sunat berwudhu’ sebelum mengulangi jimak.” (Rujuk Nail al-Autor, jil. 1, ms. 207)

3. Air mani keluar disebabkan timbulnya syahwat ketika tidur atau jaga sama ada lelaki dan wanita.

Ummu Salamah r.a berkata: “Ummu Sulaim, isteri Abu Talhah telah datang menemui Rasulullah s.a.w katanya:

Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ALLAH tidak malu menyatakan kebenaran. Atas dasar itu, adakah seorang wanita perlu mandi junub apabila bermimpi? Jawab baginda s. a. w: Ya! Apabila dia melihat kesan air mani.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ibn Qudamah r.h berkata:

“Air mani yang keluar memancut disebabkan timbul keberahian wajib mandi junub bagi lelaki dan wanita sama ada ketika jaga atau tidur.” (Rujuk al-Mughni, jil. 1, ms. 266)

4. Darah haid dan nifas (Setelah terhenti)

Al-Syairazi r.h berkata:

Mengenai darah nifas, ia juga diwajibkan mandi junub kerana termasuk kategori darah haid. Selain itu, diharamkan juga berpuasa dan berjimak serta digugurkan fardhu solat. Oleh itu, tentulah dia diwajibkan mandi junub seperti hukum haid.” (Rujuk Syarh al-Muhazzab, jil. 1, ms. 119)

Al-Nawawi r.h. berkata:

Menurut ijmak ulama, wajib mandi junub disebabkan haid dan nifas. Antara mereka yang menukilkan pendapat ijmak mengenai dua perkara ini ialah Ibn al-Mundzir, Ibn Jarir al-Thobari dan selainnya.” (Rujuk al-Majmu’, jil. 2, ms. 168)

5. Mati

Ibn Abbas r.a berkata:

Ketika seorang lelaki sedang wukuf di Arafah dan berada di atas tunggangannya, dia telah terjatuh serta patah lehernya lalu meninggal. Nabi s.a.w telah bersabda: Mandikanlah dia dengan air biasa dan air bidara kemudian kafankanlah dia menggunakan dua helai kain. Janganlah kamu pakaikan wangi-wangian kepadanya atau menutup kepalanya kerana dia akan bangkit pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi r.h berkata:

“Mengkafankan mayat wajib menurut ijmak. Ia merupakan hak ke atas seorang muslim. Begitu juga mandi, solat dan mengkebumikannya.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 8, ms. 129)

6. Orang kafir yang memeluk Islam

Qubais bin ‘Asim r.a berkata:

Aku telah menemui Nabi s.a.w kerana ingin memeluk Islam. Lalu baginda memerintahkanku supaja mandi menggunakan air biasa dan air bidara. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaai dan Ibn Khuzaimah. Al-Albani mensahihkannya dalam Sunan Abu Daud)

Abu Bakar Ibn al-Mundzir r.h berkata:

Ulama berbeza pendapat mengenai orang kafir yag memeluk Islam. Sebahagian mereka berpendapat berdasarkan zahir hadis bahawa dia perlu mandi kerana Nabi s.a.w memerintahkan hal itu. Jelasnya, perintah itu berbentuk wajib. Ini kerana, orang kafir tidak terlepas daripada berjunub ketika dia masih kafir sama ada disebabkan bermimpi atau jimak sedangkan dia tidak pernah mandi junub. Sekiranya dia telah mandi, tentulah perkara itu tidak berfaedah baginya kerana mandi disebabkan berjunub termasuk salah satu daripada perkara fardu. Dia tidak boleh melakukan mandi junub kecuali selepas beriman.” (Rujuk al-Ausot, jil. 2, ms. 114-115 dan Ma’alim al-Sunan, jil. 1, ms. 95)

Ibn Qudamah r.h berkata:

“Hadis menunjukkan bahawa apabila orang kafir telah memeluk Islam, dia wajib mandi junub sama ada dia kafir ash atau disebabkan murtad.” (Rujuk al-Mughni, jil. 1, ms. 274-275)

A1-Syaukani r.h berkata:

Hadis ini menunjukkan bahawa disyariatkan mandi junub bagi sesiapa yang memeluk Islam. (Rujuk Nail al-Author, jil. 1, ms. 281 dan Subul al-Salam, jil. 1, ms. 179)

Syeikh Ibn ‘Uthaimin r. h berkata:

“Apabila orang kafir memeluk Islam, dia wajib mandi junub sama ada kafir asli atau disebabkan murtad.” (Rujuk al-Syarh al-Mumti’, jil. 1, ms. 284)

[Di-ambil daripada Wudhu' & Solat Menurut Mazhab Syafi'e, oleh Abu Ruwais al-Syubrawi]


http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/08/hal-015-mandi-hadas-mandi-junub.html

SEDIKIT PENJELASAN BERKENAAN MANI, MAZI, DAN WADI

SEDIKIT PENJELASAN BERKENAAN MANI, MAZI, DAN WADI

Pengertian Mani, Mazi Dan Wadi

Al-Mazi ialah air yang berwarna keputihan, jernih dan berlendir. Ia keluar disebabkan hasil permainan (alat sulit atau sentuhan lelaki dan wanita), ciuman, atau rangsangan seksual. Ia tidak memancut dan tidak menyebabkan keletihan. Kadangkala ia keluar tanpa disedari dan berlaku pada lelaki dan wanita.

Al-Mani ialah air pancutan yang keluar selepas mencapai tahap klimaks. Ia berlaku sama ada pada lelaki mahupun wanita.

Al-Wadi ialah air berwarna pekat, kekeruhan, tidak berbau dan keluar sejurus selepas kencing. Jika sentiasa keluar, kebiasaan ia berlaku ketika membawa (mengangkat) sesuatu yang berat.

Cara Menyucikan Air Mazi

Sahi bin Hunaif r.a berkata:

Aku selalu menghadapi masalah terlalu banyak keluar mazi. Aku dapat rasakan bahawa akulah orang yang paling banyak mandi junub. Lalu, aku ceritakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Sebenarnya, memadai hanya engkau berwudhu’. Aku bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana pula jika terkena pakaianku? Jawab baginda: Memadai engkau mengambil seceduk air lalu renjiskan pada pakaianmu di mana saja kamu lihat ada kesan mazi. (Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi. Al-Tirmizi mengklasifikasikan hadis ini sebagai hadis hasan sahih)

Au bin Abu Talib r.a berkata:

Aku adalah seorang lelaki yang paling banyak keluar mazi. Tetapi, aku malu untuk bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu, aku minta al-Miqdad bin al-Aswad agar menanyakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Berwudhu’lah (setiap kali ingin mendirikan solat).” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Dalam riwayat Muslim menyebut:

Dia hendaklah membasuh kemaluannya dan berwudhu’.

Dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud dinyatakan:

Dia hendaklah membasuh kemaluan, kedua-dua biji zakar dan berwudhu’.

Cara Menyucikan Air Mani

Aisyah r.a berkata:

Aku mengikis kesan air mani pada pakaian Nabi s.a.w yang telah kering. Kemudian, baginda memakainya untuk solat.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaai dan Ibn Majah)

Dalam riwayat lain:

Aku rnembasuh kesan air mani pada pakaian Nabi s.a.w. Kemudian, baginda memakainya untuk solat. Sedangkan, masih basah kesan tompokan air basuhan itu pada bajunya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ulama berbeza pendapat sama ada air mani perlu dibasuh atau sekadar mengikisnya. Yang terbaik, perlu dibasuh jika ia masih basah. Jika sudah kering, cukup hanya dengan mengikisnya kerana tsabit perbuatan Aisyah r.a (isteri Nabi s.a.w). Jika seseorang terlupa membasuhnya ketika masih basah, solatnya tetap sah.

Aisyah r.a berkata:

Aku mengikis kesan air mani Nabi s.a.w yang telah kering dan membasuhnya jika masih basah.” (Hadis riwayat al-Daruqutni)

Wanita juga Bermimpi dan Keluar Air Mani

Menurut Ummu Salamah r.a, Ummu Sulaim r.a pernah hertanya:

Wahai Rasulullah, sesungguhrya AllaH tidak pernah malu kepada orang yang bertanya sesuatu kebenaran. Oleh itu, aku ingin bertanya:

Adakah seorang wanita perlu mandi junub apabila dia bermimpi basah? Jawab baginda: Ya, jika dia ternampak kesan air mani. Ummu Sulaim bertanya lagi: Adakah wanita juga bermimpi? Jawab baginda: Mengapa tidak. Kalau tidak, mana mungkin seorang anak boleh menyerupainya (rupa paras ibunya). (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cara Menyucikan Air Wadi dan Darah Istihadah

Seseorang yang menghadapi masalah lelehan al-Wadi atau air kencing yang keluar kerana tidak lawas (penyakit dedas) hanya perlu menyucikannya seperti cara wanita yang mengalami penyakit istihadah (darah penyakit).

Apabila ingin mendirikan solat, dia perlu membersihkan kemaluan, memakai sesuatu yang boleh menghalang air kencingnya daripada menitik serta berwuduk setiap kali ingin solat.

Perlu diingatkan, antara azab yang bakal menimpa di alam barzakh ialah seseorang yang memandang ringan masalah ini. Setiap air kencing, kita perlu pastikan agar al-Wadi tidak melelah dan terkena pada pakaian.

Aisyah r.a berkata:

Fatimah binti Hubaisy telah mengalami istihadah (darah mengalir melebihi tempoh haid). Lalu, aku bertanya Nabi s.a.w mengenainya.

Baginda bersabda: Sebenarrya, lelehan itu adalah darah penyakit bukannya darah haid. Oleh itu, tinggalkan solat apabila kamu didatangi haid. Apabila tempoh haid telah tamat, mandilah dan solatlah seperti biasa. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

[Di-ambil daripada Wudhu' & Solat Menurut Mazhab Syafi'e, oleh Abu Ruwais al-Syubrawi]
SOLAT ISTIKHOROH SEBAGAI SATU SARANA MENDAPATKAN PETUNJUK TERBAIK

Definisi Solat Istikhoroh

Kata istikhoroh dalam bahasa Arab yang maknanya adalah الاستخارة iaitu maksudnya mencari yang lebih baik. (Lihat: Lisanul Arab 4/259 cet. Dar Ihya at-Turots Th. 1419H, dan al-Mu’jam al-Wasith 1/261)

Manakala yang dimaksudkan sebagai Solat Istikhoroh menurut istilah syar’i adalah solat yang dilakukan untuk memilih yang lebih baik (yang terbaik) dari beberapa perkara yang hendak dilakukan atau ditinggalkan. (Asal perkataan ini oleh Muhammad Syamsul Haq al-Adhim al-Abadi dalam Aunul Ma’bud 4/277, dan diringkaskan dari Nailul Author 2/297, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzab 3/377, Tuhfatul Ahwadzi 2/482, dan Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/215)

Hukum Solat Istikhoroh

Para ulama bersepakat bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah dan tidak wajib. Ini adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi, Imam as-Syaukani, al-‘Iraqi dan selainnya. Perkataan bahawa solat Istikhoroh tidak wajib telah dinyatakan sendiri oleh Rasulullah dalam hadis-hadis yang sahih, dan oleh kerananya para ulama menjelaskan bahawa hukum solat Istikhoroh adalah sunnah/tidak wajib. Mereka membawakan hadis-hadis yang sahih seperti hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari:

Dari Jabir bin Abdullah beliau berkata: “Nabi memberitahu (mengajarkan) kepada kami (solat) istikhoroh dalam segenap perkara sebagaimana beliau mengajari kami surah-surah al-Qur’an”, beliau bersabda: “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap sesuatu perkara, hendaklah dia solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib, kemudian berdoa (Lihat hadis ini);

:دعاء صلاة الاستخارة
عَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُعَلِّمُنَا الاسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ : إذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ: (اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ , وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ , وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ , وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ , وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ , اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ) , فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ , اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ) , فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ) وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ وَفِي رواية ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ
((11رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ (66))

Doanya:

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ , وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ , وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ , وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ , وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ , اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي, فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ , اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك ) شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي, فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ

Atau:

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ , وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ , وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ , وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ , وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ , اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) خَيْرٌ لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ , فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ , اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك ) شَرٌّ لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ , فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ

(Rujukan: http://saaid.net/bahoth/41.htm)

Transliterasi Doa:

Allaahumma inni astakheeruka bi 'ilmika wa astaqdiruka bi qudratika wa as'aluka min fadlikal ‘adziim, fa innaka taqdiru wa laa aqdir, wa ta'lamu wa laa a'lam, wa anta 'allaamulghuyoob. Allaahumma in kunta ta'lamu anna haadzal-amra [dinyatakan apa yang diminta] khayrulli fi diinii - wa ma’aashii wa ‘aaqibati amri - (atau: 'aajil amri wa aajilihi) faqdurhu li wa yassirhu li tsumma baarik lii fiihi. Allaahumma wa in kunta ta'lamu anna haadzal amro [dinyatakan apa yang diminta] sharrullii fi diini - wa ma'aashi wa 'aaqibati amri - (atau: 'aajili amri wa aajilihi) - fasrifhu 'anni washrifnii ‘anhu - waqdur lilkhayr haytsu kaana tsummaradinii bihi

Terjemahan (Doa):

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pilihan kepada-Mu dengan pengetahuan-Mu, aku memohon keputusan-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon kepada-Mu dengan keutamaa-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa, Engkau Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ya Allah! Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini [dinyatakan hajatnya] baik bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku (bagi masa terdekat dan jangkamasa panjang), maka takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku, kemudian berkatilah aku di dalamnya. Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku, (bagi masa terdekat dan jangkamasa panjang), maka jauhkanlah ia dariku atau jauhkanlah aku darinya, dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana jua, kemudian jadikanlah aku redha dengannya.” (Hadis Riwayat Bukhari,1166)

Bilakah Disunnahkan/Dituntut Melakukan Solat Istikhoroh

Disyari’atkan/Disunnahkan/Dituntut melakukan solat Istikhoroh apabila seseorang berkehendak melakukan atau meninggalkan sesuatu perkara sama ada perkara besar atau kecil, dan dia mendapati keraguan, kesamaran atau ketidaktahuan akan akibat baik atau buruk baginya di masa yang akan datang, seperti pernikahan, safar (bepergian), hutang-piutang, jual-beli, sewa-menyewa, membuka perniagaan, atau seumpamanya.

Al-Mubarakfuri berkata (Dinukil secara ringkas dari Tuhfatul Ahwadzi oleh al-Mubarakfuri, 2/482): “Perkataan Jabir bin Abdullah: “Rasulullah memberitahu (mengajarkan) kepada kami solat Istikhoroh dalam segenap perkara...” menunjukkan bahawa solat Istikhoroh disyariatkan ketika menghadapi semua perkara, sama ada kecil atau besar, dan seseorang tidak boleh meremehkan sesuatu perkara, walaupun menurutnya ia remeh, sehingga meninggalkan syari’at solat Istikhoroh, dan melakukan perkara yang dianggap remeh padahal akibatnya sangat besar baginya sama ada keuntungan atau kerugian, atau manfaat dan madharatnya.”

Muhammad Syamsul Haq al-Adhim al-Abadi berkata (Dinukil secara ringkas dari Aunul Ma’bud 4/278): “Perkataan Nabi: “Apabila ada di antara kalian berkeinginan/bermaksud...,” menunjukkan bahawa solat Istikhoroh disyariatkan bagi sesiapa saja yang benar-benar bermaksud melakukan atau meninggalkan apa yang terlintas dibenaknya tetapi dia tidak mengetahui akibatnya. Dan ini bukanlah bererti setiap apa yang terlintas dibenaknya membawa kepada perlunya melaksanakan solat tersebut. Maka ini akan menjadikan setiap masa seseorang itu diwajibkan solat Istikhoroh sehingga waktunya habis hanya untuk solat Istikhoroh, akhimya ibadah yang lain ditinggalkan, dan kegiatan lain yang bermanfa’at pun terabai lantaran setiap orang selalu terlintas dibenaknya pelbagai masalah dalam setiap saatnya.”

Solat Istikhoroh hanya dilakukan apabila seseorang ragu atau tidak tahu akibat dan perkara yang akan dilakukan atau ditinggalkan, adapun perkara yang sudah diketahui akibat baiknya atau akibat buruknya, maka tidak disyari’atkan untuk solat Istikhoroh, lantaran maksud dari istikhoroh adalah mencari yang lebih baik dari suatu perkara. (Lihat Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/511-512)

As-Sayyid Sabiq berkata: “Istikhoroh hanya disyariatkan pada masalah yang pada asal hukumnya mubah (harus), adapun perkara yang wajib atau sunnah, maka sudah diketahui bahawa perkara itu berakibat baik, diperintahkan untuk dilaksanakan dan berpahala. Demikian juga perkara yang haram dan makruh, maka perkara tersebut sudah diketahui bahawa akibatnya buruk dan diperintahkan untuk meninggalkannya, serta diancam dengan azab Allah. Dari sini kita mengetahui bahawa tidak disyari’atkan solat Istikhoroh dalam perkara wajib, sunnah, haram dan makruh, kerana semua itu telah jelas akibat baik dan buruknya”. (Dinukil secara bebas dari Fiqh as-Sunnah 1/199, demikian juga dikatakan oleh Salim bin ‘Ied al-Hilali dalam Bahjah an-Nadhirin Syarh Riyadh as-Sholihin, 2/43)

Solat Istikhoroh boleh dilakukan untuk perkara wajib atau sunnah, tetapi bukan dilakukan untuk mencari akibat baik atau buruk dan perkara yang wajib atau sunnah tersebut (lantaran akibat dan perbuatan wajib dan sunnah sudah jelas baik, dan berpahala), tetapi ia dilakukan seperti untuk menentukan waktu terbaik pelaksanaan perkara wajib tersebut, atau ingin mendahulukan yang terbaik dari beberapa perkara sunnah yang hendak ia lakukan, atau mungkin juga hendak memilih di antara dua perkara yang baik yang lebih sesuai dan tepat untuknya.

Suatu contoh, seseorang yang mempunyai tanggungan puasa Ramadhan, maka ia tidak perlu beristikhoroh untuk menentukan adakah qadha’ puasa baginya baik atau buruk, kerana sudah jelas hukum mengqadha’ puasa Ramadhan adalah wajib dan berpahala, tetapi ia dapat beristikhoroh apabila ragu menentukan hari untuk mengqadha’ puasanya.

Contoh lain, seseorang penuntut ilmu (pelajar) yang dihadapkan dengan dua pilihan misalnya, di antara mengambil kursus kejuruteraan komputer dan kursus kejuruteraan kimia, maka dia tidak perlu beristikhoroh tentang baik atau buruknya kedua ilmu tersebut kerana jelas semuanya berakibat baik dan berpahala, akan tetapi ia dapat beristikhoroh bagi memilih yang manakah terbaik di antara keduanya untuk masa depannya dan kelancaran pembelajarannya.

Antara Istikhoroh Dan Musyawarah

Istikhoroh adalah perkara yang disyariatkan sebagaimana musyawarah juga disyariatkan, sebagaimana firman-Nya;

“Maafkanlah mereka, mohonkan ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam segenap perkara. Apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.” (Surah Ali Imran 3: 159)

Syaikh ibnu Utsaimin berkata:

Istikhoroh (meminta yang terbaik) itu kepada Allah, sedangkan musyawarah itu meminta pendapat kepada orang-orang yang soleh atau kepada mereka yang berilmu dalam urusan yang dihadapi. Oleh kerana itu disyaratkan bagi orang yang hendak bermusyawarah untuk memilih orang yang mempunyai dua kriteria, iaitu;

Pertama, dia adalah seorang yang bijak (mampu membantu dan memberi pendapat yang baik). Hal ini lantaran seorang yang bermusyawarah memerlukan pandangan yang baik dan paling sesuai/benar untuk kemaslahatan (kebaikan) dirinya sama ada di dunia atau di akhirat.

Kedua, dia adalah seorang yang soleh (menjaga agamanya). Lantaran orang yang tidak soleh adalah orang yang tidak menjaga agamanya dan biasanya tidak menjaga amanah dan rahsia orang lain walaupun orang tersebut bijaksana (memiliki pendapat yang bernas).

Apabila setelah melaksanakan solat dan doa istikhoroh tetapi tidak tampak mana yang lebih baik, maka dianjurkan bermusyawarah dengan orang yang soleh dan bijaksana. Kemudian apa yang disarankan kepadanya insya-Allah itulah yang lebih baik baginya, kerana suatu ketika Allah tidak menampakkan kepada seseorang suatu kebaikan dan tidak menjadikan hati seseorang condong/cenderung kepada suatu perkara hanya dengan istikhoroh, tetapi Allah menjadikan hatinya condong kepada salah satu hal yang diragukan setelah bermusyawarah.”

Cara Solat Istikhoroh

Solat Istikhoroh dilakukan seperti solat sunnah yang lain iaitu sebanyak dua rakaat, sama ada siang atau malam hari (selama sedang memerlukan petunjuk), dalam setiap rakaatnya membaca al-Fatihah dan terpulang untuk membaca surah apa saja yang sudah dihafal, lalu mengangkat tangan sambil berdoa dengan doa istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi seperti yang telah disebutkan/dibentangkan di atas (dalam hadis al-Bukhari dari jalan Jabir Bin Abdullah). (Asal perkataan ini oleh Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah, 11/421)

Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada Bacaan Khusus/Tertentu?

Imam Nawawi mengatakan: “Disunnahkan pada raka’at pertama setelah al-Fatihah membaca surat al-Kafirun dan raka’at ke dua setelah al-Fatihah membaca surat al-Ikhlas” (al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 2/377), hal ini berpandukan kepada maksud (tujuan) orang yang beristikhoroh supaya mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, sehingga yang patut dibaca adalah dua surah tersebut.

Manakala al-Hafiz al-’Iraqi mengatakan (Perkataan ini dinukil dari Tuhfatul Ahwadzi 2/484): “Aku tidak menjumpai satu hadis pun berkenaan penentuan bacaan surah-surah khusus dalam solat Istikhoroh.”

Dan keterangan di atas jelaslah bahwasanya pendapat yang lebih kuat adalah tidak adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikhoroh, ini kerana tidak ada keterangan dari Rasulullah akan hal tersebut, dan mereka yang mensunnahkan surah-surah tertentu tidak mendatangkan dalil al-Qur’an dan Sunnah, sehingga kita katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah pada masing-masing raka’at untuk membaca surah apa saja dari al-Qur’an yang telah dihafal.

Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawzvi’ah 11/421): “Hendaklah (orang yang solat Istikhoroh) membaca al-Fatihah di setiap raka’at dan membaca surah apa saja yang mudah.”

Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan?

Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam selepas solat dua raka’at. (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawanya 12/105)

a. Sebelum salam

Adapun dibolehkan membaca do’a istikhoroh sebelum salam ini berdasarkan:

1. Kebanyakan doa Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam solat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud akhir), seperti yang dijelaskan oleh Abu Hurairoh radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Nabi bersabda: Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir, hendaklah berdo’a meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu mengucapkan (maksudnya);

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dan azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal.” (Hadis Riwayat al-Bukhari 1377, dan Muslim 588)

2. Demikian juga Rasulullah mengajari Abu Bakar tatkala beliau minta diajarkan do’a yang boleh dibaca dalam solatnya, lalu Nabi memerintahkan beliau untuk membaca (maksudnya);

“Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari-Mu, dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Hadis Riwayat al-Bukhari 834 dan Muslim 3/7/27)

3. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah, Rasulullah tidak menentukan tempat dibacanya doa istikharah apakah harus dibaca sebelum salam atau setelah salam.

b. Sesudah salam

Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh dibaca sesudah salam berdasarkan zahir hadis yang menunjukkan doa tersebut dibaca sesudah salam, sebagaimana Nabi bersabda (yang ertinya): “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap suatu perkara, hendaklah solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib, kemudian berdo’a...”

Berkata Ibnu Baz: “Solat Istikhoroh hukumnya sunnah, dan do’a istikhoroh tempatnya setelah salam sebagaimana (zahir) hadis yang telah datang dari Rasulullah” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 11/421422). (Demikian juga difatwakan oleh Lajnah Da’imah dalam Fatwa no. 10666)

Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikhoroh Dan Bermusyawarah?

Imam Nawawi rahimahullah berkata (Perkataan Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini dinukil oleh Imam asy-Syaukani dalam Nailul Author 2/298): “Setelah seseorang melakukan solat Istikhoroh, sebaiknya dia menjalani apa yang dia rasakan lapang dadanya terhadap perkara tersebut sama ada meneruskan maksudnya atau meninggalkannya.”

Kemudian beliau melanjutkan perkataannya:

“Bagi orang yang hendak beristikhoroh hendaklah dia menghilangkan kecondongan hatinya terhadap suatu perkara sebelum melakukan solat dan doa Istikhoroh, dan tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecondongan hati sebelum istikhoroh, kerana apabila ada kecondongan hati sebelum istikhoroh, lalu dia melakukan istikhoroh, bererti dia tidak beristikhoroh, kerana istikhoroh dilakukan ketika bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik dari Allah untuknya.”

Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam Satu Perkara

Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515): “Setelah melakukan solat dan do’a istikhoroh, apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara dia boleh meneruskan atau meninggalkan, maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap bimbang dan tidak merasa lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya untuk kali kedua, ketiga, dan seterusnya. Perkara ini kerana orang yang beristikhoroh adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah untuk tujuan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikhoroh berulang kali.”

Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan?

Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu ada sebahagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44)

Kesimpulan

1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan terhadap baik dan buruknya sesuatu perkara adalah hal yang biasa terjadi yang mana semua itu adalah termasuk di dalam tabiat dan keterbatasan manusia.

2. Solat Istikhoroh adalah solat yang dilakukan untuk meminta petunjuk kepada Allah untuk kebaikan perkara yang sedang dihadapi.

3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah.

4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara sama ada besar atau kecil, selagi mana seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian.

5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supaya bertawakal kepada Allah.

6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, ada pun perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan ber-istikhoroh, ini kerana kebaikannya sudah jelas baginya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan ber-istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas baginya.

7. Tidak terdapat dalil yang sah berkenaan pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh. Maka, adalah bebas untuk memilih apa jua surah untuk dibaca di dalam solat.

8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam)

9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh bagi satu-satu perkara apabila diperlukan.

10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh.

Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama berkenaan solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah bertepatan dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dari sisi-Nya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya, amiin.

Sumber:

Disunting/diambil dari Tulisan (Bahasa Indonesia) Abu Ibrohim Muhammad Ali & Majmu’ah Tholabah Ma’had as-Sunnah Pasuruan, Majalah al-Furqon 72, Edisi 1 Tahun ke-7, 1428 (2007), m/s. 34-39


http://fiqh-sunnah.blogspot.com

HADIS MAUDHU’

HADIS MAUDHU’

Dari segi istilah di kalangan ahli usul, hadis maudhu’ ialah:

“Apa sahaja yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk pembohongan dan pendustaan berhubung dengan sesuatu yang baginda tidak pernah ucapkan, lakukan dan ikrarkan.”

Zaman Permulaan Hadis Maudhu’

Pernahkah kita terfikir sejauh mana ilmu agama yang kita miliki.

Adakah segala amal ibadah kita mencakupi sumber yang betul? Atau mungkin ia termasuk dalam sumber yang dhaif (lemah) atau maudhu’ (palsu).

Betapa naif pemikiran umat Islam pada hari ini, mereka mudah tertipu dengan sumber-sumber yang tidak sahih. Persepsi yang berbeza dalam menilai seseorang yang membawa ilmu agama bergantung kepada gelaran-gelaran yang hebat contohnya lebai, kiyai, ustaz atau ulama besar.

Pembohongan yang diada-adakan ini boleh membawa kepada amalan bidaah dan khurafat. Ketika pemerintahan Khalifah al-Rasyidin, umat Islam terbela dengan amalan-amalan yang bersumberkan dalil yang sahih.

Namun, ketegangan yang memecah-belahkan umat Islam berlaku pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiah bin Abi Sufian r.a. Bermula dari saat ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Yahudi, Nasrani dan orang munafik (Khawarij) demi menyesatkan umat Islam agar berpecah-belah dalam agama.

Rentetan itu, lahirlah pelbagai bentuk aliran dan fahaman politik. Antaranya golongan Rafidah (Syiah) dan Khawarij (anti khalifah). Masing-masing ingin mempertahankan pendapat dan pernahaman masing-masing dalam mentafsirkan al-Quran dan mentarjihkan hadis Rasulullah s.a.w.

Mereka juga telah melakukan pendustaan yang besar terhadap agama. Perbuatan ini bercanggah dengan apa yang dituntut oleh Islam. Hanya al-Quran dan sunnah dapat menetapkan sesuatu perkara dalam agama. Ijtihad yang sahih daripada salafussoleh dan para ulama amat digalakkan.

Sayangnya, anasir-anasir ini telah membawa umat Islam terpesong daripada ajaran yang benar. Mereka lebih mementingkan sesuatu yang tidak benar dengan mengadakan dakwaan-dakwaan dan hadis-hadis tentang pemimpin-pemimpin mereka.

Kemunculan hadis-hadis palsu belum mencapai kemuncak pada abad pertama dan kedua. Pemalsuan ini wujud untuk mengukuhkan kedudukan politik dan aliran masing-masing. Ketika itu, perkara bidaah dan khurafat tidak timbul kerana masih ada para ulama dan pemerintah yang mempertahankannya.

Tetapi, pemalsuan hadis dalam agama berlaku dengan meluas pada zaman tabi’in. Ini kerana, terdapat sebahagian individu yang kurang ilmu cuba mempertahankan fahaman dan aliran masing-masing. Mereka berani memalsukan hadis-hadis Rasulullah s.a.w tanpa kebenaran pemimpin mereka.

Perbuatan mereka membawa kesan yang mendalam kepada generasi umat Islam sekarang. Cuba perhatikan, betapa banyak perpecahan umat Islam yang bertopengkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa umatnya akan berpecah kepada 73 golongan. Semuanya akan dihumban ke neraka kecuali satu golongan sahaja yang dimasukkan ke syurga.

Mereka juga berhujah dengan al-Quran dan sunnah. Antaranya, Rafidah, Khawarij, Mu’tazilah, Murjiah, Qadariyah, Ibadiyah, Jahmiyyah, Asya’irah, al-Maturidiyah, Ja’fariyah, Qadyaniyah, Naqsyabandiyah dan sebagainya. Tetapi mereka masih berlawanan dengan syariat. Semua hujah mereka tertolak akibat pemalsuan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Melainkan satu golongan yang terdiri daripada mereka yang sentiasa menjunjung perintah ALLAH dan Rasulullah s.a.w dengan sumber yang sahih. Merekalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beruntunglah golongan yang menerima petunjuk ALLAH dan Rasulullah s.a.w serta mengamalkan sesuatu yang sahih dan tepat demi mempertahankan agama serta mendapat keredhaan ALLAH.

Sebab-sebab Pemalsuan Hadis

1. Wujudnya golongan dan aliran politik.

Perpecahan umat Islam berlaku selepas peristiwa fitnah di zaman Ali bin Abi Talib dan Muawiyah bin Abi Sufian. Ketika itu, umat Islam terbahagi kepada dua golongan, iaitu Rafidah (Syiah) dan Khawarij.

Ibn Abu al-Hadid berkata:

“Hadis maudhu’ direka oleh puak syiah. Pemalsuan ini bertujuan untuk kepentingan dan menentang musuh. Pihak musuh juga terdorong untuk melakukan pemalsuan hadis Rasulullah s.a.w apabila mengetahui puak syiah menyebarkan hadis palsu untuk menentang mereka.” (Rujuk Syarh Nahjul Balaghah, jil. 3, ms. 26)

Ini amat menyedihkan. Musuh-musuh Islam menggunakan puak Syiah untuk merealisasikan matlamat mereka. Akhirnya, mengorbankan putera-putera Amirul Mukminin dan cucu-cucu baginda.

Ahli bait sebenarnya bebas daripada pemalsuan dan pendustaan. Tetapi sikap ekstremis musuh-musuh Islam dalam menggunakan nama ahli bait berjaya memalsukan hadis semata-mata untuk melaga-lagakan mereka.

Abu al-Faraj bin al-Jauzi r.h. berkata:

“Hadis-hadis sahih mengenai Ali terlalu banyak. Hanya kaum Rafidah yang kurang menemuinya sehingga mereka sanggup memalsukan hadis dengan merendah-rendahkan Ali bin Abu Talib r.a.” (Rujuk al-Muntaqa Mm Minhaj al-I’tidal, ms. 480)

Amir al-Sya’bi r.h. berkata:

“Tidak ada pendustaan paling besar terhadap orang lain dalam umat ini seperti yang dilakukan ke atas nama Ali bin Abu Talib ia.” (Rujuk Tazkirah aI-Huffaz,jil. 1, ms. 77)

Puak Syiah juga sering melaungkan wasiat Rasulullah s.a.w kepada Ali r.a. agar memegang tampuk pemerintahan selepas baginda dengan mereka-reka hadis palsu yang berbunyi:

“Aku wasiatkan kepada orang yang menjadi tumpuan hatiku, pengganti dalam keluargaku dan orang yang terbaik memegang khilafah selepasku adalah Ali.” (Rujuk al-Fawaaid al-Majmu’ah Ii al-Aliadith atMaudhu’ah, ms. 348)

Mereka juga sanggup membuat hadis maudhu’ tentang Ali dan para penyokong beliau demi mempertahankan aliran dan fahaman mereka seperti:

“Wahai Ali! ALLAH telah mengampunkanmu, zuriat-zuriatmu, kedua orang tuamu, keluargamu, pendukungmu dan golongan pencintamu yang akan datang” (Rujuk al-Fawa’id al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah, ms. 348)

Di samping itu, mereka juga mereka-reka hadis-hadis palsu yang mencela dan memfitnah Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiyah dan selainnya. (Rujuk Syarh Nahjul Balaghah, ms.158 - 159, jil. 1)

Ibn Abu al-Hadid r.h. berkata:

“Pembohongan yang paling keji oleh puak Syiah ialah cerita mengenai pengiriman landak laut ke rumah Fatimah dan dicincang oleh Umar serta dijadikan tali di leher Ali. Hal itu langsung tidak ada sumber. Riwayat ini tidak ada pada mana-mana riwayat hadis melainkan hadis yang direka oleh Syiah.”

Manakala kelompok yang mengagungkan para sahabat pula membidas hadis tersebut yang mampu mengangkat martabat mereka.

Abdullah bin Abi Aufa r.a berkata:

“Saya melihat Nabi s.a.w bersandar pada Ali. Tiba-tiba Abu Bakar dan Umar datang menghadapnya lalu beliau bersabda: Wahai Abu al-Hasan (Ali)! Cintailah kedua-duanya kerana dengan mencintai mereka, kamu akan masuk syurga.” (Rujuk Tanzih al-Syari’ah, ms. 347, jil. 1 dan al-Fawaaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah, ms. 338)

Dalam kenyataan lain:

“Di dalam syurga tidak ada pohon kecuali pada tiap-tiap lembaran daunnya tertulis: Tiada TUHAN melainkan ALLAH, Muhammad itu pesuruh ALLAH, Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Faruq dan Uthman Zulnurain.” (Rujuk al-Fawaaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah, ms. 342)

Katanya lagi:

“Orang-orang yang dipercayai di sisi ALLAH ada tiga: Aku (Nabi), Jibril dan Muawiyah.” (Rujuk Tanzih al-Syari’ah aI-Marfu’ah, jil. 2, ms. 4 dan 6)

Malah di dalam kenyataan lain dia menegaskan:

“Abu Bakar adalah menteriku dan memegang urusan umat selepasku. Umar adalah kekasihku yang berbicara atas lidahku. Aku daripada Uthman dan Uthman daripadaku. Sedang Ali adalah saudara dan pembawa panjiku.” (Rujuk al-Fawa’id aI-Majmu’ala fi al-Ahadith al-Maudu’ah, ms. 386)

2. Pemerintahan Islam telah menawan Kisra (Raja Parsi) dan Qaisar (Raja Rom).

Pemerintahan kafir telah jatuh ke tangan umat Islam. Islam tersebar luas ke seluruh pelusuk tanah jajahan dan umat Islam hidup bersama-sama dengan orang kafir.

Mereka menjadi tawanan orang Islam dan hilang kedudukan dalam negeri sendiri. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memesongkan akidah umat Islam. Selain itu, mereka telah menggambarkan Islam dengan gambaran yang buruk.

Antara hadis palsu yang direka oleh mereka supaya masyarakat menjauhkan diri dari Islam ialah:

“Sekumpulan Yahudi datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata: Siapakah yang menjunjung Arasy? Baginda menjawab:

Arasy dijunjung oleh singa dengan taring-taringnya. Air yang turun dari langit itu merupakan keringat peluhnya. Mereka berkata: Kami bersaksi bahawa engkau adalah Rasulullah s.a.w”

Abu al-Qasim al-Balkhi r.h. berkata:

“Demi ALLAH! Jelas ia palsu. Ini kerana, umat Islam telah sepakat bahawa para malaikat al-Muqarrabun (berada hampir dengan ALLAH) yang menjunjung Arasy.” ( Rujuk Qabul al-Akhbar, ms. 14)

Sebelum Abdul Karim bin Abu al-’Arja’ dipancung, dia telah mengaku sambil berkata:

“Demi ALLAH! Aku benar-benar telah memalsukan sebanyak 4000 hadis. Aku juga halalkan yang haram dan aku haramkan yang halal dalam hadis-hadis itu.” (Rujuk al-Laa’aliy al-Mashnu’ah, jil. 2, 248)

3. Perbezaan Kaum dan Imam Mazhab.

Sebahagian pemimpin Bani Umaiyah terlalu fanatik terhadap bangsa Arab. Bahkan, mereka memandang serong terhadap kaum yang bukan Arab. Sehinggakan kaum Mawali (bukan Arab) menganggap orang Arab adalah kaum yang sombong dan angkuh.

Faktor ini menyebabkan banyak hadis yang direka oleh mereka. Antaranya:

“Sesungguhnya perbualan mereka yang berada di sekitar Arasy adalah dalam bahasa Parsi.”

Jadi, kaum Mawali pula mula memalsukan hadis demi membidas dan mempertahankan kedudukan dan semangat ‘asobiyah (perkauman) antara mereka:

“Bahasa yang paling dibenci oleh ALLAH ialah bahasa Parsi. Manakala bahasa penghuni syurga adalah bahasa Arab.” (Rujuk Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah, jil. 1, ms. 137)

Di samping itu, terdapat hadis-hadis maudhu’ bertujuan mengangkat martabat suku dan negara. Ini kerana, faktor perpindahan pusat pemerintahan Islam dan satu negara ke negara lain mendorong pemalsuan hadis tertumpu kepada sesebuah negara. Contohnya:

“Empat kota yang dikategorikan sebagai kota-kota syurga, iaitu Makkah, Madinah, Baitulmuqaddis dan Damsyik.” (Rujuk Tanzih alSyari’ah al-Marfu’ah,jil. 1, ms. 48)

Selain itu, fanatik dan taksub terhadap imam-imam mazhab muncul pada abad ketiga Hijrah. Ini kerana, para pengikut melanggar wasiat imam-imam mereka.

Contohnya:

“Terdapat di kalangan umatku seorang yang bernama Muhammad bin Idris (Syafie). Ia lebih berbahaya terhadap umatku berbanding Iblis dan terdapat di kalangan umatku seorang yang bernama Abu Hanifah. Dia adalah pelita bagi umatku.” (Rujuk Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah, jil. 1, ms. 30)

4. Mereka-reka cerita untuk tatapan masyarakat.

Kehanyakan hadis maudu’ dihasilkan oleh tukang-tukang cerita. Golongan ini mereka-reka hadis palsu demi kepentingan diri sendiri untuk mendapatkan habuan daripada pendengar. Kadang-kala, mereka sekadar ingin menghiburkan hati para pendengar hingga sanggup mereka-reka sesuatu yang tiada sumber.

Oleh itu, para ulama hadis amat melarang munid-muridnya bermujalasah (duduk) dan mengikuti halaqah-halaqah tukang cenita.

Menurut sejarah, pada zaman Khulafa al-Rasyidin perkara ini masih belum berlaku. Jika ada pun, masih terkawal. Contohnya, Umar r.a melarang keras tukang cerita duduk di masjid. Oleh itu, tidak ada tukang cerita pada zaman mereka.

Manakala pada zaman tabi’in pula, terdapat banyak riwayat palsu yang direka oleh tukang cerita. Tetapi masih boleh dikawal. Salah satu contoh riwayat seperti hadis Abu Jaafar Muhammad al-Toyalisi, iaitu:

“Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in solat di masjid al-Rashafah. Kemudian ada seorang tukang cerita berdiri di hadapan jemaah. Dia berkata: Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in telah berkata, Abdul Razak meriwayatkan daripada Ma’mar daripada Qatadah melalui Anas, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mengucap Lailahaillallah, ALLAH akan menghadiahkan untuknya seekor burung yang berparuh emas dan berbulu marjan (permata) daripada setiap kata-katanya.”

Setelah menghabiskan ceritanya, dia telah memperolehi 20 helai wang kertas. Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in menoleh sesama sendiri. Lalu Ahmad bertanya kepada Yahya: Adakah kamu meriwayatkan hadis ini? Demi ALLAH baru kali ini aku mendengarnya.

Setelah selesai bercerita, tukang cerita itu tadi duduk sambil menunggu yang lain. Lalu Yahya menariknya dan berkata: Siapakah yang meriwayatkan hadis ini kepada kamu? Sedangkan akulah Yahya bin Ma’in dan ini temanku Ahmad bin Hanbal. Kami tidak pernah mendengar hadis itu daripada Rasulullah s.a.w Lalu si tukang cerita berkata:

Aku pernah mendengar orang berkata bahawa Yahya bin Ma’in adalah seorang yang bodoh! Sekarang aku dapat menyaksikan kebodohannya. Bukankah tidak mustahil ada Yahya bin Ma’in dan Ahmad bin Hanbal yang lain. Aku telah menulis sebanyak 17 orang Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in. Lalu Ahmad menutup baju ke mukanya dan berkata: Biarkan dia pergi. Dia (pemalsu hadis) seperti memandang rendah pada kedua-duanya.” (Rujuk al-Baa’ith al-Hadith, ms. 93-94 dan al-Jami’ li akhlaq al-Rawly wa Adab al-Sami’, ms. 149)

5. Perbezaan mazhab dan teologi.

Pemalsuan hadis ini juga dilakukan oleh pengikut mazhab fiqh dan teologi.

Contohnya:

“Sesiapa mengangkat tangan ketika rukuk, tidak ada solat baginya (terbatal).” (Rujuk Tadrib al-Rawi, ms. 181 dan Lisan al-Mizan, jil. 5, ms. 288-289)

Begitu juga kenyataan pengikut yang menyalahi pegangan Abli Sunnah Wal-Jamaah. Akidah mereka telah terpesong dengan mengatakan:

“Semua yang ada di langit, bumi dan antara kedua-duanya adalah rnakhluk kecuali al-Quran. Malah, akan muncul satu kaum daripada umatku yang akan berkata: Al-Quran itu ialah makhluk. Sesiapa yang mengatakan begitu, dia telah kafir kepada ALLAH yang Maha Agung dan isterinya tercerai saat itu juga.” (Rujuk Tanzih al-Syari’ah a!Marfu’ah,jil. 1, ms. 134)

6. Mencari pengaruh.

Pernah terjadi di zaman Khalifah Bani Umaiyah bahawa Abu Abdullah al-Hakim menyebut satu hadis daripada Harun bin Abu Ubay dan ayahnya berkata:

“Al-Mahdi berkata kepadaku: Tahukah kamu apa yang Maqatil katakan kepadaku? Maqatil telah mengatakan: Bila tuan ingin, aku akan membuat hadis palsu untuk tuan berkenaan dengan pembelaan Bani al-Abbas, namun aku menjawab: Aku sama sekali tidak memerlukannya.” (Rujuk Tadrib al-Rawi, ms. 187 dan al-Baa’ith al-Hadis, ms. 94)

Ghiyats bin Ibrahim pernah membohongi al-Mahdi mengenai hadis ketika beliau melihat al-Mahdi sedang bermain burung sambil berkata:

“Tidak ada perlumbaan kecuali memanah, bergurau, kuku kuda dan sayap burung.”

Setelah itu, beliau meninggalkan permainan itu dan memerintahkan agar burung itu disembelih setelah memberi 10,000 dirham kepadanya. Al-Mahdi berkata kepada Ghiyaths:

Aku bersaksi, leher kamu adalah leher pendusta pada Rasulullah s.a.w. (Rujuk al-Madkhal, ms. 20 - 21 dan Tadrib al-Rawi, ms. 187)

Antara hadis palsu yang lain seperti:

“Buah terung adalah ubat segala penyakit.” (Rujuk al-Manar karya Ibn al-Qayyim, ms. 19)

Dalam riwayat lain pula:

“Sesiapa yang memelihara ayam jantan putih, dia tidak akan didekati syaitan dan sihir” (Rujuk al-Manar karya Ibn al-Qayyim, ms. 21)

7. Zuhud yang Melampau.

Sebahagian orang soleh dan zuhud terhadap dunia sanggup membuat hadis palsu berkenaan targhib (hadis suruhan) dan tarhib (hadis larangan) berkenaan fadilat amalan tertentu (fadhail al-Amal) dengan harapan mendapat pahala daripada ALLAH. (Rujuk Qabuhil al-Akhbar, ms. 7-8 dan 15)

Meraka lakukan semua ini hanya ingin menggalakkan masyarakat untuk beramal soleh. Tetapi, mereka tidak tahu bahawa Rasulullah s.a.w melarang keras apa sahaja bentuk pembohongan terhadap baginda.

Apabila dibacakan sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang mendustakanku dengan sengaja, tempah lah tempat duduknya di dalam neraka. Lalu mereka menjawab: Kami tidak berniat mendustakan baginda. Tetapi, pendustaan demi (memenuhi kehendak) baginda.” (Rujuk Ikhtisar ‘Ulum al-Hadis, ms. 86)

Al-Hafiz Yahya bin Said al-Qattan r.h. berkata:

‘Aku tidak pernah melihat penipuan yang lebih dahsyat daripada penipuan yang dilakukan oleh orang-orang soleh dan zuhud. Antara penipuan yang dilakukan ialah hadis-hadis palsu berkenaan keutamaan surah-surah dalam al-Quran, masalah perubatan dan lain-lain. Apabila ditanya mengapa perkara ini perlu dilakukan, mereka menjawab: Saya memalsukan hadis ini sebagai galakan agar manusia lakukan kebaikan.” (Rujuk Tadrib al-Rawi, ms. 184 dan al-La’aliy al-Mashnu’ah, jil. 2, ms. 249)

Perlu diingat, tidak dinafikan memang wujud fadhilat beberapa surah di dalam al-Quran melalui hadis yang tsabit (sahih atau hasan) daripada Nabi s.a.w. Antaranya seperti membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat sebelum imam naik ke mimbar atau sebagainya. Namun, sebahagian ulama tidak benarkan mereka-reka fadilat surah tertentu dalam al-Quran.

Ini boleh diumpamakan dengan qiamullail yang mempunyai pelbagai fadhilat dan ganjaran. Melakukan solat tahajud pada satu pertiga malam lebih afdhal dan lebih besar ganjarannya berbanding pada awal malam. Namun, tidak bermakna seseorang hanya perlu bangun pada satu pertiga malam.

Dengan kata lain, sesiapa yang mampu membacanya pada waktu itu pasti ganjarannya lebih besar. Namun, membacanya pada selain waktu yang dilakukan oleh Nabi s.a.w juga mendapat pahala. Ini bermakna, kelebihan itu terletak pada waktu bukannya surah. Jika baginda menetapkan kelebihan pada surah sekalipun seperti surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran, bukan bermakna seseorang perlu membaca surah tersebut untuk mendapatkan pahala menyamai bacaan satu pertiga al-Quran. Tetapi, ia bermaksud sesiapa memahami apa yang tersirat di sebalik surah al-Ikhlas seolah-olah dia telah memahami satu pertiga daripada isi kandungan al-Quran.

Seluruh muslimin bersepakat bahawa haram memalsukan hadis secara mutlak.

Hukum Memalsukan Hadis

Ulama juga sepakat mengenai haram meriwayatkan hadis palsu tanpa menjelaskan kepalsuan riwayatnya. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun meriwayat walau satu hadis maudhu’ (palsu) berkenaan kisah, targhib (galakan), tarhib (tegahan), hukum-hakam ataupun selainnya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang meriwayatkan (menyebarkan) sebuah hadis daripadaku dan meyakini hadis itu palsu, sebenarnya dia juga termasuk salah seorang pendusta itu.” (Ditakhrij oleh Imam Muslim dan Samurab bin Junduab dari al-Mughirah bin Syu’bah. Rujuk Sahih Muslim, jil. 1, ms. 9)

Pada hari ini para syeikh, ustaz dan maulana begitu lantang meriwayatkan hadis dhaif atau palsu tanpa segan silu. Juga tanpa penelitian yang terperinci. Umat Islam hendaklah beramal dengan ilmu yang diyakini sahih. Buatlah penelitian dan kajian. Jangan terus mengamalkannya secara melulu.

Jauhkan diri daripada para ulama yang menyembunyikan ilmu ini. ALLAH melarang hamba-hamba-NYA menunaikan ibadah dalam keadaan ragu. Sebaliknya perlu disertai keyakinan. Namun, kebanyakan manusia memang suka menyanggahi perintah ALLAH.

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. (an-Nuur: 15)

Barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka siaplah tempat duduknya di neraka. (Hadis Riwayat Ahmad)

Firman ALLAH S.WT:

“Sangkaan (ragu-ragu) itu sama sekali tidak akan mencapai kebenaran.” (Surah al-Najm: 28)

Sabda Nabi s.a.w:

“Berhati-hatilah kamu dalam mengatakan sesuatu yang diragui. Ini kerana, berkata sesuatu menurut sangkaan adalah percakapan paling dusta.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi s.a.w:

“Berhati-hatilah terhadap hadis yang berhubung kait dengan diriku kecuali apa yang telah kamu ketahui (jalan sanadrya).” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Abi Syaibah)

Cara Menyekat Pemalsuan Hadis

1 - Berpegang teguh serta meneliti sanad.
2 - Meningkatkan kaedah ilmiyah dan ketelitian dalam meriwayatkan hadis.
3 - Teliti dan cermat dalam menerima hadis.
4 - Mengetahui hal ehwal perawi ketika meriwayatkan sesuatu hadis.
5 - Mengetahui kaedah serta musthalah (istilah-istilah) hadis untuk mengetahui hadis maudhu’.

Cara Mengetahui Hadis Maudhu’

1. Pada Sanad

1.1 - Pengakuan perawi yang mereka-reka hadis maudhu’ itu seperti Abdul Karim al-Wadhdha’.
1.2 - Mengetahui sejarah hidup perawi.
1.3 - Perawi yang masyhur sebagai pendusta.

2. Pada Matan

2.1 - Kejanggalan riwayat atau matan hadis pada pandangan pakar bahasa.
2.2 - Makna matan yang tidak dapat diterima akal.
2.3 - Matan bertentangan dengan dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih.
2.4 - Lafaz matan yang tidak mungkin disembunyikan oleh para sahabat tetapi mereka langsung tidak pernah mendengarnya.
2.5 - Menyanggahi fakta sejarah.

Buku-Buku Mengenai Hadis Maudhu’

1. Tazkirah al-Maudhu’aat. (Abu al-Fadhi Muhammad bin Thahir al-Maqdisi (448-507H))

2. Al-Baa’its ‘ala al-Khalash Min Hawadith al-Qashshash. (Al-Hafiz Zainuddin Abdul Rahim al-‘Iraqi (725-806H))

3. Al-La’aliy al-Mashnu’ah Fi al-Ahadith al-Maudhu’ah. (Al-Hafiz jalaluddin al-Sayuti (849-911H))

4. Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah ‘an al-Akhbar al-Syani’ah al-Maudhu’ah. (Abu al-Hasan Ali bin Muhammad (Ibn ‘Iraqi) al-Kannani (w. 963H))

5. Al-Fawaaid al-Majmu’ah Fi al-Ahadits al-Maudhu’ah. (Al-Qadhi Abu Abdillah Muhammad bin Ali al-Syaukani (1173-1255H))

6. Al-Maqasid al-Hasanah Fi Bayan Katsir Min al-Ahadits al-Musytaharah ‘ala al-Sinah (Al-Hafiz al-Muarrikh Muhammad bin Abdul Rahman al-Sakhawi (83 1- 902H))

Lihatlah, betapa buruknya perangai ulama yang berani mempermainkan agama ALLAH. Mereka sengaja memperdayakan umat Islam bersumberkan al-Quran dan sunnah.

Oleh itu, telitilah setiap sumber yang kita ambil dan berhati-hatilah terhadap segala amalan yang telah kita lakukan sama ada bertepatan atau menyanggahi sunnah Rasulullah s.a.w.

Mudah-mudahan amalan yang kita lakukan bertepatan dengan nash sahih yang diyakini lebih baik dan diterima oleh ALLAH berbanding amalan yang masih diragui kesahihan sumbernya.

[Di-ambil/Dipetik daripada Wudhu' & Solat Menurut Mazhab Syafi'e, oleh Abu Ruwais al-Syubrawi]

Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membaca Doa

Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membaca Doa

Berdoa sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi s.a.w.. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdoa di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata:

قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

"Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah s.a.w. melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya: dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" (Hadith Riwayat Muslim, no. 874 dan Abu Daud, no. 1104)

Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini: ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.

Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh:

رفع اليدين غير مشروع في خطبة الجمعة ولا في خطبة العيد لا للإمام ولا للمأمومين ، وإنما المشروع الإنصات للخطيب والتأمين على دعائه بينه وبين نفسه من دون رفع صوت

"Mengangkat tangan tidak disyara'kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." (Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339)

Kesimpulannya pandangan yang benar adalah, seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan.

Kita rujuk kembali dalil yang menjelaskan larangan kepada Khatib yang sedang berkhutbah mengangkat kedua2 tangannya ketika berdo'a:- dari Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan:

عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ: ( قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

"dari 'Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah: apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata: 'Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."

Imam Al-Nawawi rh ketika mengulas hadith ini didalam Sharh Muslim menyakatakan bahawa ini menunjukkan bahawa bukanlah menjadi sunnah mengangkat tangan bagi khatib ketika sedang membaca doa didalam khutbah jumaat.

Maksud amalan mengisyaratkan jari telunjuk itu adalah kepada khatib yang sedang membaca do'a ketika menyampaikan khutbah; dimana khatib cuma perlu mengisyaratkan sahaja jarinya tanpa mengangkat kedua2 tangannya. Makmum tidak perlu melakukannya, sekadar meng'Amin'kan dengan suara perlahan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat tangan jika khatib sedang mendo'akan agar diturunkan hujan (istisqaa') dimana Rasulullah pernah mengangkat tangannya ketika berdo'a kepada Allah meminta hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut mengangkat tangan. Menurut beliau, didalam situasi lain tidak disunatkan mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah. [Fataawa Arkaan al-Islam, ms 392].

Umumnya, tidak banyak tempat amalan berdo'a yang disyariatkan beramai2 kecuali didalam beberapa keadaan; semasa Imam membaca Do'a Qunut (Nazilah), didalam do'a istisqaa'. Wallahu a'lam, wassalaam...

MENCONTOHI HAJI, UMRAH, & ZIARAH YANG SUNNAH

MENCONTOHI HAJI, UMRAH, & ZIARAH YANG SUNNAH


Muqaddimah

Ibadah haji, adalah salah satu dari tuntutan agama yang terdapat dalam rukun Islam yang lima. Ia merupakan seruan Allah kepada sekalian manusia. Oleh itu, setiap insan yang beriman wajib menunaikannya setelah mempunyai kemampuan kerana ia telah diperintahkan oleh Allah Azza wa-jalla di dalam firman-Nya:


وَللهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً

“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah”. (Ali Imran, 97)


وَأَذِّنْ فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ

“Dan serukanlah kepada manusia untuk mengerjakan haji”. (Al-Hajj, 27)

Menurut kesepakatan para ulama Salaf as-Soleh, sebelum seseorang pergi menunaikan ibadah haji, maka wajiblah terlebih dahulu mempelajari sifat haji Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kerana mencontohi (ittiba’) cara-cara baginda mengerjakan haji adalah wajib.

Baginda bersabda:


لِتَأْخُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ

“Agar kamu sekalian sentiasa mengambil (mencontohi) tata cara mengerjakan ibadah haji dari aku”. (H/R Muslim)

Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah memerintahkan agar setiap amal ibadah berpandukan (mencontohi) ibadah yang telah dicontohkan oleh RasulNya. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:


لَقَدْكَانَ لَكُمْ فِى رَسُوْلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنْ كَانَ يَرْجُوْا اللهَ وَالْيَوْمَ اْلأَخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيْرًا

“Sesungguhnya, telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab, 21)

Oleh yang demikian, atas kesedaran tentang kurangnya buku-buku rujukan yang berkaitan dengan manasik haji, maka penulis berusaha menyiapkan buku ini untuk dimanfaatkan oleh setiap bakal jamaah yang akan menunaikan haji.

Penulis berdoa agar buku ini dan buku-buku yang ditulis oleh para ulama Salaf as-Soleh yang lainnya, semuanya dapat memberi sumbangan dan panduan kepada mereka yang ingin menunaikan haji dengan cara mencontohi sifat haji Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Semoga haji, umrah dan segala amalan yang berkaitan dengan haji dan umrah yang akan para jamaah kerjakan, sentiasa mendapat keberkatan, haji yang mabrur dan di dalam rahmat serta pemeliharaan Allah Azza wa-Jalla. Amin! Wallahu a’lam.

UMRAH DAN HAJI

Haji menurut ahli ilmu ialah mengangkat suara ketika bertalbiyah. (Lihat: Hajjatun Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam kama rawahu ‘anhu Jabir radiallahu ‘anhu. Nasruddin al-Albani) Haji dan umrah pula bermaksud: Berihram, tawaf, sa’i serta tahalul. (Lihat: Subulus Salam. 2/178)

Ihram adalah niat haji atau umrah, iaitu kesimpulan (tekad) di hati untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah. (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Sheikh Soleh al-Uthaimin)

Adapun talbiyah ialah jawapan terhadap seruan Allah yang terdapat di dalam firmanNya (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Sheikh Soleh al-Uthaimin):


وَأَذِّنْ فِى النَّاسِ بَالْحَجِّ

“Dan serukanlah (panggillah) kepada manusia untuk menunaikan haji”. (Al-Haj, 27)

Menunaikan haji merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima yang wajib ditunaikan bagi mereka yang berdaya.

Ibadah haji dan umrah adalah wajib sebagaimana yang diwajibkan oleh Umar bin al-Khattab, (Lihat: al-Muhalla 3069. Ibnu Hazm) wajib (Sebagaimana pendapat para sahabat seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Jabir bin Abdullah. Ia telah dijelaskan dalam al-Muhalla oleh Ibnu Hazm. Ibnu Khuzaimah 3066-3068. Juga oleh Imam al-Bukhari 2/198) dikerjakan sekali seumur hidup. Dan adalah sunnah mengerjakan beberapa kali haji dan umrah bagi mereka yang mampu. Adapun haji yang mabrur akan mendapat balasan syurga sebagaimana hadis:


اَلْحَجُّ الْمَبْرُوْرُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

“Haji yang mabrur tiada baginya balasan selain syurga”. (H/R Ahmad, Bukhari 2/198, Muslim 4/170 dan selain mereka)

Umrah waktunya tidak terbatas, boleh dikerjakan pada bila-bila masa, namun yang lebih afdal dan diutamakan ialah dibulan Ramadan. (اَلْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ بَيْنَهُمَا ، وَالْحَجُّ الْمَبْرُوْرٌ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ “Dari satu umrah kesatu umrah, menjadi penebus dosa antara keduanya. Sedangkan haji yang mabrur, tidak ada balasan baginya selain syurga”. H/R Bukhari 2/198. Muslim 4/170)

Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah berfirman tentang wajibnya menunaikan haji dan umrah:


وَللهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِيْنَ

“Dan mengerjakan haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Ali Imran. 97)


وَأَتِمُّوْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ للهِ

“Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah”. (Al-Baqarah, 2:196)

Dan banyak lagi dalil-dalil dari al-Quran dan hadis-hadis sahih yang menunjukkan wajibnya menunaikan haji dan umrah. Hendaklah mensegerakan menunaikan haji bagi yang telah mampu, kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:


تَعَجَّلُوْا الْحَجَّ (يَعْنِيْ الْفَرِيْضَةَ) فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لاَ يَدْرِيْ مَا يَعْرِضُ لَهُ.

“Bersegeralah kamu menunaikan haji (haji yang wajib), kerana sesungguhnya seseorang dari kamu tidak mengetahui apa yang akan menimpa kepadanya”. (H/R Ahmad dan selain darinya)


مَنْ أَرَادَ الْحَجَّ فَلْيَتَعَجَّلْ ، فَإِنَّهُ قَدْ يَمْرَضُ وَتَضِّلُّ الرَّاحِلَةُ وَتَعْرِضُ الْحَاجَةُ.

“Barangsiapa ingin menunaikan haji, maka hendaklah bersegera melakukannya, kerana boleh jadi dia ditimpa sakit, ketiadaan kenderaan atau terpaksa memenuhi keperluan yang lain”. (H/R Ahmad dan Ibnu Majah)

Malah ada ancaman dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bagi mereka yang mampu tetapi tidak mahu menunaikan haji, iaitu sabda baginda:


مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً ، فَلَمْ يَحُجُّ ، فَلاَ عَلَيْهِ أَنْ يَمُوْتَ يَهُوْدِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا.

“Barangsiapa yang telah memiliki bekalan dan kenderaan, lalu dia tidak mengerjakan haji, maka bila mati, ia mati sebagai Yahudi atau Nasrani”. (H/R Tirmizi. Sanad hadis ini telah dilemahkan oleh Syeikh Nasruddin al-Albani. Lihat: Daif Jami As-Sagir No. 5860. Dan Musykat No. 2521)

Namun kesempurnaan haji sehingga mencapai haji mabrur hanya setelah mematuhi hadis-hadis berikut:


خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ ، فَإِنِّيْ لاَ أَدْرِيْ لَعَلِّيْ لاَ أَحِجُّ بَعْدَ عَامِيْ هَذَا

“Ambillah contoh (cara menunaikan haji kamu) dariku, sesungguhnya aku tidak pasti apakah masih akan berhaji selepas tahun ini”.


لِتَأْخُذُوْ مَنَاسِكَكُمْ

“Hendaklah kamu mengambil cara-cara ibadah haji kamu dariku”. (H/R Bukhari dan Muslim)

Iaitu kesempurnaan haji sehingga mendapat haji yang mabrur, ialah setelah berittiba’ kepada sifat haji Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang diperintahkan semua manusia agar mematuhinya. Baginda bersabda: “Supaya kamu hanya mengambil dariku tata-cara kamu mengerjakan haji”. (H/R Bukhari dan Muslim) Malah sewajarnya ditaati perintah Allah Azza wa-Jalla di dalam firmanNya:


وَمَآ اَتَاكُمُ الرَّسُوْلُ فَخُذُوْهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْا

“Dan apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggalkannya”. (Al-Hasyr, 7)

NIAT HAJI & UMRAH MENURUT SYARA’

Niat ialah menyengaja (sengaja) atau berkehendak melakukan sesuatu, atau juga mengetahui maksud dan mengetahui sesuatu yang akan dikerjakan. Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:


إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

“Bahawasanya setiap amal itu berserta dengan niat, dan setiap seseorang memperolehi dari apa yang diniatkan”. (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)

Mereka-reka ayat niat, sehingga menjadi susunan ayat niat yang khusus, menjelaskan di dalam ayat niat tersebut maksud dan tujuan amal yang akan dilakukan, lalu melafazkan sebagaimana kebiasaannya dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, yang disangka oleh mereka sebagai wajib sehingga ia dilafazkan dalam semua ibadah yang utama, seperti berwuduk, mandi junub, solat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lainnya, sedangkan yang benar, mereka yang melafazkan, membaca atau memperdengarkan bacaan niatnya dengan jahrah (dengan bersuara), adalah amalan yang telah disepakati oleh para ulama umat Islam sebagai perbuatan yang bid’ah, kerana tidak ada dasarnya dari agama Islam yang mulia ini (perbuatan melafazkan niat (Lihat: زاد المعاد 1/15. Ibnu Qaiyim) sebelum memulakan ibadah). Malah melafazkan niat tidak ada keterangan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Bin Bazz)

Niat adalah amalan hati, tidak ada nas yang mencontohkan bahawa ia dilafazkan dengan lisan, diperdengarkan dengan suara atau dijahrahkan, sesiapa yang sengaja melafazkan dengan jahrah atau mengeraskan suara, maka ia adalah perbuatan yang bid’ah, demikianlah yang sahih mengikut kesepakatan ulama Salaf as-Soleh.

Menurut pendapat yang rajih (lebih kuat/sahih), niat haji dan umrah disengajakan (diniatkan) setelah sampai di miqat, iaitu berniat di miqat, tetapi memakai pakaian ihram dibolehkan walau bukan di miqat (belum sampai di miqat). Dan diwajibkan menyebutkan dengan lisan/perkataan manasiknya dalam talbiyah, sama ada manasik haji atau umrah, iaitu dengan ucapan:


لَبَّيْكَ اللَهُمَّ حَجًّا

Atau


لَبَّيْكَ اللَهُمَّ عُمْرَةً

Dan bukan mengucapkan/menyebutkan niatnya seperti melafazkan:


نَوَيْتُ الحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ للهِ تَعَالَى

Atau


أَللَّهُمَّ إِنِّيْ أُرِيْدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ القُدُوْمِ للهِ تَعَالَى

Atau


أَللَّهُمَّ إِنِّيْ أُرِيْدُ أَنْ أَسْعَى بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ سَعْيَ الحَجِّ للهِ تَعَالَى

Lafaz-lafaz niat di atas dan sebagainya yang dilafazkan dengan suara keras (nyaring) adalah lafaz yang bid’ah, kerana sama sekali tidak ada dalilnya dari syara' dan tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam kepada umatnya, serta tidak pernah dicontohkan oleh para Salaf as-Soleh membaca dan melafazkan niat seperti yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam.

Dianjurkan bagi mereka yang khuatir tidak mampu melaksanakan manasiknya sampai selesai, terutama bagi mereka yang sakit atau takut, iaitu diketika niat ihram agar menyebut bersama niat ihramnya (talbiyahnya) sebutan berikut:


فَإِنْ حَبَسَنِيْ حَابِسٌ ، فَمَحَلِّيْ حَيْثُ حَبَسْتَنِيْ

“Jika berlaku sesuatu yang menghalangku, maka tempatku ketika aku terhalang”.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memerintahkan Dhaba’ah binti Zubir bin Abdul Mutalib, agar menentukan syarat niat ini dalam hajinya ketika beliau mengadu sakit.

Ucapan di atas ini dibolehkan juga diucapkan (dilafazkan) oleh sesiapa sahaja yang menunaikan haji atau umrah, kerana pada dasarnya ia adalah berupa suruhan secara umum.

MIQAT

Berihram di miqat adalah wajib bagi setiap orang yang akan menunaikan haji atau umrah. Tempat-tempat miqat telah ditentukan oleh syara sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir radiallahu ‘anhu, iaitu:

Menurut hadis riwayat Muslim bahawa penduduk Madinah miqatnya di Zul Khulaifah. Iaitu satu tempat yang jaraknya enam batu dari Madinah. Ibn Qayyim berkata: Sekitar satu batu. (Za’adul Maad. 2/178)

Yang datang dari arah Syam, miqatnya di Juhfah yang jauhnya sekitar tiga marhalah dari Mekah.

Yang datang dari Yaman miqatnya ialah di Yalamlam. (H/R Muslim, Baihaqi & Ibnu Majah)

Penduduk Mekah (Ahli Mekah) pula miqatnya ialah di Mekah.


وَقَتَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لأَهْلِ الْمَدِيْنَةِ ذَا الْحُلَيْفَةِ ، ولأَهْلِ الشَامِ الْجُحْفَةِ ، وَلأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمْ وَقَالَ : هُنَّ لَهُنَّ ، وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِ أَهْلِهِنَّ مِمَّنْ يُرِيْدُ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَمَنْ كَانَ دُوْنَ ذَلِكَ فَمَهِلَّهُ مِنْ حَيْثُ أَنْشَأَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ يُهِلُّوْنَ مِنْ مَكَّةَ

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah di Zulhulaifah, bagi penduduk Syam di al-Juhfah dan penduduk Yaman di Yalamlam. Lalu baginda bersabda: Tempat-tempat miqat ini adalah bagi penduduknya dan bagi orang yang melewatinya dari mereka yang bukan penduduknya, iaitu bagi orang yang ingin haji dan umrah. Barangsiapa tempat tinggalnya lebih dekat ke Mekah dari tempat-tempat miqat tersebut maka dia ihram dari tempat ia berada, hingga penduduk Mekah, maka mereka berihram di Mekah”. (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)

Yang datang dari arah Iraq, maka miqatnya ialah di Dzatu Irq. Iaitu kira-kira empat puluh dua batu dari Mekah. (Lihat: Fathul Bari, Ibnu Hajar al-Asqalani)

Penduduk dari Najd, miqatnya di Qurnul Manazil.


وَيَهِلُّ أَهْلُ نَجْدِ مِنْ قَرْنٍ ، وَيُهِلُّ أَهْلَ الْيَمَنِ مِنْ يَلَمْلَمْ

“Penduduk Najd ihram dari Qurnul Manazil dan penduduk Yaman ihram dari Yalamlam. (H/R An-Nasaii)

Tempat-tempat miqat yang disebutkan di atas, semuanya telah ditetapkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ibnu Majah, as-Syafie, Baihaqi, Ahmad at-Thayalisi. Dan lihat penjelasan Abu Nu’im dalam kitab Al-Mustakhrij yang berkaitan dengan miqat.

SOLAT DUA RAKAAT IHRAM

Solat dua rakaat ihram hukumnya sunnah menurut jumhur ulama. (Lihat: Fatwa-fatwa Haji & Umrah. Ibn Bazz) Jumhur ulama yang menilai sunnah berdasarkan hadis:


قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ : صَلِّ فَى هَذَا الْوَادِيْ الْمُبَارَكِ ، وَقُلْ عُمْرَةٌ فِى حَجَّةٍ

“Allah Azza wa-Jalla berfirman: Solatlah kamu di lembah yang diberkati ini dan katakanlah: Umrah dan haji”. (H/R Ahmad, Bukhari dan Abu Daud)

Maksud lembah yang diberkati ialah di lembah al-Atiq dalam haji wada’. Malah terdapat riwayat dari seorang sahabat bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam solat sunnah dua rakaat kemudian ihram. (Lihat: Fatwa-fatwa Haji & Umrah. Ibn Bazz) Dan bagi yang terlupa untuk solat sunnah sebelum ihram, maka tidak ada qada’ baginya.

TALBIYAH UMRAH ATAU HAJI

Maksud talbiyah ialah jawapan terhadap seruan Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagai makhlukNya, semata-mata untuk beribadah haji ke rumahNya (Baitullah al-Haram di Mekah), menurut lisan kekasihNya (Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam). (Lihat: Hajjatun Nabi saw. No. 15) Menurut Ibnu aimiyah, erti talbiyah ialah: “Saya menjawab seruanMu, tunduk patuh kepada hukumMu, taat terhadap perintahMu dan sentiasa berkeadaan demikian”. (Lihat: Majmu’ Fatawa. Ibn Taimiyah)

Adapun lafaz yang diucapkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat dan para Salaf as-Soleh semasa berihram untuk menunaikan haji atau umrah ialah:


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ حَجًّا

“Ya Allah, aku sambut seruanMu untuk haji!

Dan jika ibadah umrah baginda melafazkan:


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ عُمْرَةً

“Ya Allah, aku sambut seruan Mu untuk umrah!”.

Jabir radiallahu ‘anhu berkata:

“Kami mengucapkannya dengan lantang”. (H/R Muslim)

Menurut Ibnu Taimiyah: Membisu dalam mengerjakan Ibadah haji atau umrah, tidak mahu berkata sehingga tidak melafazkan talbiyah, maka ia adalah suatu perbuatan yang bid’ah. (Lihat: Al-Iqtida’ hlm. 60. Ibnu Taimiyah)

Jabir berkata lagi:

“Dan tidaklah kami niatkan (talbiyah haji) kecuali untuk haji”. (H/R Bukhari, Muslim dan Nasaii)

Ini bermakna, talbiyah adalah wajib, kerana sebagai niat yang wajib dilafazkan. Setelah melafazkan lafaz di atas, baginda meneruskan dengan bertalbiyah dengan suara nyaring (Jabir berkata: “Kami melaungkan (talbiyah) dengan suara lantang”. H/R Muslim) yang juga hukumnya wajib, iaitu:


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ ، إِنَّ الْحَمْدَ ، وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكُ ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ

“Aku sambut (tunaikan) seruanMu ya Allah! Aku sambut seruanMu ya Allah! Aku sambut seruanMu! Tiada sekutu bagiMu, aku sambut seruanMu! Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kekuasaan adalah bagiMu. Tidak ada satupun sekutu bagiMu”. (H/R Bukhari 2/147. Dan Muslim. 4/7. Ibn Majah)

Atau boleh menambah bertalbiyah seperti berikut:


لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدَيْكَ ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ وَالرُّغَبَاءُ إِلَيْكَ وَالْعَمَلُ لَبَّيْكَ حَقًّا حَقًّا تَعَبُّدًا وَرِقًا

“Aku penuhi panggilanMu, aku bahagia memenuhi panggilanMu. Semua kebaikan ada ditanganMu dan keburukan tidak kembali kepadaMu. Aku penuhi panggilanMu dengan penuh sukacita dalam menghadap kepadaMu dan beramal. Aku penuhi panggilanMu, bagiMu dengan sepenuhnya dalam mengabdi dan merendahkan diri”. (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)

Ibnu Abbas menjelaskan bahasa bertakbir dan bertahlil sebagai pengganti talbiyah adalah perbuatan bid’ah. (Lihat: Kanzul Ummal. 3/30) Bertalbiyah dengan cara serentak (dengan satu suara), juga adalah amalan bid’ah. ((1). Lihat: Al-Madkhal 2/221. Ibnu Hajj. (2). Syarah at-Tariqah al-Muhammadiyah. 1/115. H. Rajab)

Talbiyah bagi orang yang umrah selesai (dihentikan) apabila sampai di Hajar Aswad, iaitu ketika ingin memulakan tawaf. Tetapi talbiyah bagi yang mengerjakan haji selesai ketika menghampiri (ingin melimpar batu) di Jamrah ‘Aqabah.

Perlu diketahui, bahawa orang yang sedang ihram adalah bid’ah hukumnya jika melakukan solat tahiyatul masjid setelah memasuki Masjid al-Haram. Pengganti tahiyatul masjid ialah tawaf kemudian solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim. (Lihat: Al-Qawa’id an-Nuraniyah. Hlm. 101. Ibnu Taimiyah) Kerana menurut hadis bahawa:

“Kami memasuki Mekah pada waktu matahari pagi mulai naik (waktu duha), lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menuju Masjid al-Haram dan baginda menambatkan untuknya, kemudian masuk ke masjid, lalu Nabi mengusap Hajar Aswad”. (H/R Ibnu Khuzaimah, al-Hakim, Baihaqi, Ahmad dan Ibnu Jarud)

“Kemudian baginda berlari-lari kecil (berjalan cepat dengan langkah kecil) (Iaitu menurut Imam An-Nawawi) sehinggalah sampai ke Hajar Aswad tiga kali keliling. (H/R Ahmad) Dan berjalan empat kali keliling dengan tenang”. (Lihat: Syarah al-Ma’ni. At-Tahawi)

Semasa mengusap Hajar Aswad (jika tidak berdaya menciumnya) ialah dengan tangan kanan (sebelah tangan sahaja), dan disunnahkan mengusap Hajar Aswad disetiap keliling (putaran), (Lihat: Penjelasan Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim) atau mengisyaratkan dengan tangan atau dengan tongkat sambil membaca takbir. Termasuk amalan sunnah ialah mengusap Rukun Yamani, juga bertakbir setiap kali mengusapnya sebagaimana hadis Ibnu Umar, tetapi tidak disunnahkan mencium Rukun Yamani atau memberi isyarat dengan tangan setiap kali melintasinya jika tidak mampu mengusapnya.

Semasa tawaf baginda sentiasa berithiba’ (الإضْطِبَاعُ), iaitu memasukkan kain ihramnya di bawah ketiak kanannya dan hujungnya menutup bahu kirinya sehingga kelihatan bahu kanan baginda. Apabila selesai tawaf baginda membentangkan kain ihramnya seperti sediakala (tidak berithiba’). (Lihat penjelasan lanjut dalam al-Mughni. Ibnu Qudamah) Ibnu Abidin berkata:

“Disunnahkan berithiba’ (اَلإِضطِبَاعُ) ketika memulakan tawaf, sehinggalah selesai, tidak ada cara yang selainnya”. ((1). Lihat: Al-Hasyiah. Ibnu Abidin. (2). Lihat: Fathul Qadir 2/150. (3). Lihat: Talbisul Iblis. Hlm. 154. Ibnu Qaiyim)

HIJIR ISMAIL

Tidak dibolehkan (tidak sah) tawaf sama ada tawaf haji, umrah atau tawaf sunnah bagi yang bertawaf apabila masuk (melalui/melintasi) hijir Ismail. Sahnya tawaf hanya mengelilingi Baitullah (Kaabah), sedangkan hijir Ismail termasuk Baitullah (Kaabah) sebagaimana hadis dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha:

“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha beliau berkata: Aku bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang hijir Ismail, maka baginda bersabda: Ia termasuk Baitullah (Kaabah)”. (H/R Muslim)

Dan diriwayat yang lain:

“Aisyah berkata: Aku bernazar untuk solat di dalam Baitullah (Kaabah), maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Solatlah kamu di hijir Ismail, kerana sesungguhnya hijir Ismail itu termasuk Baitullah”.

Allah Azza wa-Jalla hanya memerintahkan agar tawaf mengelilingi Baitullah (Kaabah) sebagaimana firmanNya:


وَلْيَطَّوَّفُوْا بِالْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

“Dan hendaklah mereka melakukan tawaf sekeliling Baitullah (Kaabah)”. (Al-Haj, 29)

Tawaf ialah dengan cara mengelilingi Kaabah (Baitullah), bukan melintasinya atau masuk ke dalamnya. Oleh itu tidak terdapat dalil yang menunjukkan yang membolehkan tawaf melintasi Hijir Ismail.

LARANGAN SEMASA BERIHRAM

Ada beberapa perkara yang terlarang ketika sedang berihram:

1 - Bagi lelaki khususnya dilarang memakai sarung kaki atau sepatu, sebagaimana hadis:

“Janganlah kamu yang sedang ihram memakai sepatu, kecuali jika tidak mempunyai sandal (capal), maka potonglah sepatu kamu ke paras di bawah buku lali (mata kaki)”. (H/R Bukhari dan Muslim)

Menurut Abdulaziz bin Bazz rahimahullah, hadis di atas ini mansukh kerana menurut beliau:


وَجَاءَ عَنْهُ فِى خُطْبَتِهِ فِى حَجَّةِ الْودَاعِ فِى عَرَفَات : أَنَّهُ أَمَرَ مَنْ لَمْ يَجِدْ نَعْلَيْنِ أَنْ يَلْبَسَ الْخُفَّيْنِ ، وَلَمْ يَأْمُرْ بِقَطْعِهَا

“Dan telah datang dari baginda di dalam khutbahnya, pada haji wada’ di ‘Arafah: Bahawasanya baginda memerintahkan sesiapa yang tidak memperolehi sandal, agar memakai sepatu, dan tidak diperintahkan agar memotongnya”. (Lihat: فتاوى تتعلق بأحكام الحج ةالعمرة والزيارة hlm. 30. Ibnu Bazz)

Ibnu Bazz rahimahullah menambah:


والأرجح ان شاء الله أن القطع منسوخ ، لأن النبي صلى الله عليه وسلم خطب الناس من الحاضر والبادية ممن لم يحضر خطبته فى المدينة التى أمر فيها بالقطع ، فلوكان القطع واجبا أو مشروعا لبينه للأمة ، فلما سكت عن ذلك فى عرفات دل على انه منسوخ وأن الله جل وعلا عفا وسامح العباد عن القطع لما فيه من افساد الخف ، والله أعلم

“Dan yang paling rajih (sahih) insya Allah, bahawa memotong itu adalah mansukh. Bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berkhutbah kepada manusia di Arafah, telah dihadiri khutbah baginda oleh khalayak manusia yang amat ramai, sama ada dari kota dan perkampungan, hanya mereka yang tidak menghadiri khutbah baginda dari Madinah sahaja yang masih menyuruh memotong sepatu. Jika sekiranya memotong sepatu itu wajib atau telah disyariatkan, pasti telah dijelaskan oleh Nabi kepada umatnya, maka apabila berdiam dari hal tersebut di Arafah, menunjukkan bahawa ia telah dimansukhkan. Sesungguhnya Allah Jalla wa-‘Ala telah memaafkan dan mengampunkan para hamba dari memotong sepatunya, yang mana memotongnya adalah membawa kerosakan kepada sepatu, wallahu ‘alam. (Lihat: فتاوى تتغلق بأحكام الحج والعمرة والزيارة hlm. 31. Ibn Bazz)

2 - Khusus bagi lelaki, dilarang memakai semua jenis pakaian berjahit seperti baju, menutup kepala (memakai songkok, kupiah, serban), memakai seluar.


لاَ يَلْبِسُ الْقَمِيْصَ ، وَلاَ الْعَمَائِمَ ، وَلاَ السَّرَاوِيْلَ ، وَلاَ الْبَرَانِسَ ، وَلاَ الْخِفَافَ إِلاَّ أَحَدٌ لاَ يَجِدُ نَعْلَيْنِ ، فَيَلْبَسُ الْخُفَّيْنِ ، وَلْيَقْطَعْهُمَا أَسْفَلَ مِنَ الْكَعْبَيْنِ

“Tidak boleh memakai baju, serban, seluar, tudung kepala dan sepatu, kecuali orang yang tidak memperolehi capal (sandal), maka ia boleh memakai sepatu. Dan hendaklah dia memotong khuf sampai ke bawah mata kaki”. (H/R Bukhari dan Muslim)

Tetapi jika tidak memperolehi kain ihram atau sandal, maka diperbolehkan memakai seluar atau sepatu iaitu berdasarkan hadis:


مَنْ لَمْ يَجِدْ إِزَارًا فَلْيَلْبَسِ السَّرَاوِيْلَ ، وَمَنْ لَمْ يَجِدْ نَعْلَيْنِ فَلْيَلْبَسِ الْخُفَّيْنِ

“Barangsiapa yang tidak memperolehi kain (kain ihram) maka hendaklah dia memakai seluar, dan sesiapa yang memperolehi sandal (capal), maka hendaklah dia memakai sepatu”. (H/R Bukhari dan Muslim)

3 - Dilarang bagi wanita menutup muka atau memakai niqab (نقاب) kecuali jika terdapat lelaki yang bukan mahramnya, maka dibolehkan untuk memakai niqab. Dan juga dilarang memakai sarung tangan kerana menurut hadis:


لاَ تَنْتَقِبُ الْمَرْأَةَ وَلاَ تَلْبِسُ الْقُفَّازَيْنِ

“Orang perempuan tidak menutup muka (memakai niqab) dan tidak boleh memakai sarung tangan”. (H/R Bukhari, Tirmizi dan An-Nasaii)

Dikecualikan jika terdapat lelaki yang bukan mahramnya, maka dibolehkan bagi para wanita menutup wajahnya, iaitu berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Daraqutni dari Ummu Salamah dan juga hadis dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha:


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ الرُّكْبَانُ يَمُرُّوْنَ بِنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا حَاذَوْنَا سَدَلَتْ إِحْدَانَا جِلْبَابِهَا مِنْ رَأْسِهَا عَلَى وَجْهِهَا ، فَإِذَا جَاوَزُوْنَا كَشَفْنَاهُ

“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Pernah rombongan lelaki melewati kami dan kami bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka ketika mereka berdekataan dengan kami, setiap orang (wanita) antara kami menjulurkan (menurunkan) jilbabnya (kain penutup mukanya), setelah mereka telah melewati kami, maka kami membukanya”. (H/R Abu Daud dan Ibn Majah)

4 - Dilarang memakai minyak wangi atau wangi-wangian (kecuali sebelum berihram).

5 - Dilarang mencukur, menggunting atau mencabut rambut, misai, janggut dan bulu ari-ari. (Mencukur janggut hukumnya haram sama ada semasa berihram atau di luar ihram, kerana dengan jelas Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang dari menyerupai orang-orang kafir sebagaimana hadis baginda: خَالِفُوا الْمُشْرِكِيْنَ أُخْفُوْا الشَّوَارِبَ وَأَوْفُوْا اللِّحْيَ “Bezakanlah diri kamu dengan orang-orang musyrik, tipiskanlah misai kamu dan panjangkanlah janggut kamu”. H/R Bukhari dan Muslim)

6 - Dilarang juga dari memotong kuku kecuali jika adanya sebab yang membolehkan seperti patah atau pecah.

7 - Dilarang bersetubuh, bercumbu serta berasmara.

8 - Dilarang meminang atau bernikah, sama ada untuk dirinya atau untuk mewakili orang lain.

9 - Dilarang memburu binatang buruan di darat.

10 - Dilarang rafas, berbuat fasik dan berbantah-bantahan.


فَمَنْ فَرَضَ فِيْهِنَّ الْحَجَّ فَلاَ رَفَثَ وَلاَ فُسُوْقَ وَلاَ جِدَالَ فِى الْحَجِّ

“Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafs, berbuat fasik dan berbantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji”. (Al-Baqarah, 2:197)

Adapun maksud rafs (رفث) ialah: Melakukan persetubuhan atau hal-hal yang mengarah kepada melakukan persetubuhan. Maksud fasik ialah: Semua perbuatan yang berupa maksiat. Dan jidal ialah: Perdebatan dalam hal-hal yang tidak mendatangkan manfaat atau kebaikan (tidak berguna), terutamanya yang boleh membawa kepada pertengkaran, pergaduhan, mengganggu ketenteraman atau yang memudaratkan orang lain. Dalam hal ini Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:


مَنْ حَجَّ فَلَمْ يَرْفُثْ ، وَلَمْ يَفْسُقْ ، رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ

“Barangsiapa haji dan dia tidak rafs dan tidak berbuat fasik, maka dia kembali seperti hari ketika dia baru dilahirkan oleh ibunya”. (H/R Ahmad, Bukhari, An-Nasaii dan Ibnu Majah)

PERKARA-PERKARA YANG DIBOLEHKAN

Di dalam kitab Hajjatun Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, (Lihat: Hajjatun Nabi saw. Hlm. 26-31 Al-Albani) terdapat perkara-perkara yang dibolehkan semasa melakukan ihram sebagai keringanan, antaranya ialah:

1 - Memakai sandal, capal dan tali pinggang. (Namun dilarang bagi setiap lelaki memakai cincin emas, sama ada semasa berihram atau di luar ihram: نَهَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ خَاتِمِ الذَهَبِ. “Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang memakai cincin emas”. H/R Bukhari dan Muslim. Dan hadisnya lagi: يَعْمَدُ أَحَدُكُمْ إِلَى جَمْرَةٍ مِنْ نَارٍ فَيَجْعَلَهُمَا فِيْ يَدِهِ “Apakah salah seorang dari kamu sengaja mengambil bara dari neraka kemudian meletakkannya di tangannya?”. H/R Muslim)

2 - Menukar atau mengganti kain ihramnya bagi lelaki atau wanita.

Ibn Hazam membolehkan mandi atau membersihkan dirinya, termasuklah mencuci kepalanya. Begitulah menurut hadis:

“Dari Abdullah bin Hunain dari Abdullah bin Abbas dan Musawwir bin Makhramah, iaitu ketika keduanya berselisih pendapat di Abwa’: Seorang yang sedang ihram bolehkah mencuci rambutnya, maka dalam hal ini Musawwir berpegang bahawa seseorang yang sedang ihram tidak boleh membasuh rambutnya, kemudian Ibnu Abbas mengutus Abdullah bin Hunain kepada Abu Ayyub al-Ansari untuk menanyakan hal tersebut. Pada saat ditemui, Abu Ayyub sedang mandi bertutup pakaian. Abdullah bin Hunain berkata: Aku memberi salam kepadanya. Dia bertanya: Siapa itu? Aku menjawab: Aku Abdullah bin Hunain yang diutus oleh Abdullah bin Abbas untuk menanyakan kepadamu bagaimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mencuci rambutnya ketika beliau ihram:


فَوَضَعَ اَبُوْ اَيُّوْب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَدَهُ عَلَى الثَّوْبِ ، فَطَأْطَأَهُ حَتَّى بَدَا لِيْ رَأْسُهُ ، ثُمَّ قَالَ لإِنْسَانٍ يَصُبُّ : أَصْبِبْ ! فَصَبَّ عَلَى رَأْسِهِ ، ثُمَّ حَرَّكَ رَأْسَهُ بِيَدِهِ ، فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ ثُمَّ قَالَ : هَكَذَا رَأَيْتُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُ ، وَزَادَ مُسْلِمُ : فَقَالَ الْمُسَوَّرُ لإِبْنِ عَبَّاسٍ : لاَ أُمَارِيْكَ أَبَدًا

“Abu Ayyub meletakkan tangannya di atas kain, kemudian menundukkan kepalanya hingga aku melihat kepalanya, lalu berkata kepada seseorang. Tuangkanlah air. Kemudian orang itu menuangkan air, sementara Abu Ayyub meramas-ramas rambutnya ke depan dan ke belakang dengan kedua tangannya, lalu ia berkata: Beginilah aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam melakukannya. (H/R Bukhari) Imam Muslim menambah, Musawwir berkata kepada Ibnu Abbas: Aku tidak akan membantahmu lagi”. (H/R Muslim)

Dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkata:


رَبَّمَا قَالَ لِيْ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : تَعَالَى أُبَاقِيْكَ فِى الْمَاءِ أَيُّنَا أطْوَلُ نَفْسًا ، وَنَحْنُ مُحْرِمُوْنَ

“Acap kali Umar bin al-Khattab berkata kepadaku: Kemarilah! Kita bersama-sama menyelam ke dalam air siapakah antara kita yang lebih panjang nafasnya, sedangkan ketika itu kami sedang ihram”. (H/R Al-Baihaqi. Hadis Sahih. Lihat: Hajjatun Nabi. Nasruddin Al-Albani)

Di hadis yang lain pula:


اَلْمُحْرِمُ يَدْخُلُ الْحَمَّامُ

“Orang yang sedang berihram boleh mandi”. (H/R Baihaqi. 5/63)

3 - Dibolehkan memakai tali pinggang.

4 - Dibolehkan mencium benda-benda yang wangi atau wangi-wangian walaupun dilarang memakainya. Iaitu berdasarkan hadis dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu:


وَيَشُمُّ الرَّيْحَان

“Dan mencium wangi-wangian”. (H/R Baihaqi. 5/62. Dengan sanad sahih)

5 - Bernaung di bawah bangunan, khemah, pokok atau payung. Sebagaimana yang diterima dari Ummu Husain ia berkata:


حَجَجْتُ مَع النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حُجَّةُ الْوَدَاعِ ، فَرَأَيْتُ أُسَامَةَ وَبَلاَلاً رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا ، وَاَحَدُهَمَا آخِذٌ بِخَطَامِ نَاقَتِهِ ، وَاْلآخَرَ رَافِعٌ ثَوْبَهُ يَسْتَرُهُ مِنَ الْحَرِّ ، حَتَّى رَمَى جُمْرَةَ الْعَقَبَةِ

“Aku mengerjakan haji besama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada Haji Wada’. Kemudian aku melihat Usamah dan Bilal radiallahu ‘anhuma, salah seorang dari keduanya memegang tali kekang unta, sementara yang lain mengangkat kainnya untuk melindungi dari pancaran panas. Mereka lakukan begitu sehingga melempar Jamrah Aqabah”. (H/R Muslim dan Al-Baihaqi 5/69)

6 - Dibolehkan bersikat, menggaru kepala (rambut) atau janggut walaupun ada beberapa helai yang gugur, runtuh atau tercabut, kerana bukan bertujuan untuk mencabutnya. (Dalilnya berdasarkan hadis Abu Ayyub: “Abu Ayyub meramas-ramas rambutnya (semasa membasuh rambutnya) ke hadapan dan ke belakang”. H/R Bukhari dan Muslim) Ibn Hazm berkata: Baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam hanya menegah kita mencukur rambut tanpa ada alasan ketika ihram. (Lihat: Penjelasan hal ini terdapat dalam Al-Muhalla 7/257 Oleh Ibnu Hazm) Menurut Syeikhul Islam Ibn Taimiyah: Tidaklah mengapa bagi orang yang sedang berihram, menggaru anggota tubuhnya, (Kepala termasuk anggota, maka tidak mengapa menggaru kepala. Ibn Taimiyah berkata: Orang yang sedang ihram dibolehkan menggaru badannya, berbekam di kepalanya atau di bahagian tubuhnya, bahkan jika diperlukan ia dibolehkan mencukur bulu kemaluannya”. Lihat: Kitab Manasik 2/338 Ibnu Taimiyah) begitu juga jika gugur beberapa helai rambutnya ketika mandi. (Lihat: Al-Majmu’ah ar-Rasail al-Kubra. 2/368) Berdasarkan hadis dari Ummu Alqamah bin Alqamah beliau berkata:


سَمِعْتُ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تُسْأَلُ عَنِ الْمُحْرِمِ : أَيَحُكُّ جَسَدَهُ ؟ فَقَالَتْ : نَعَمْ ، فَلْيَحكهُ وَلْيَشْدُدْ ، وَلَوْ رُبِطَتْ يَدَايَ ، وَلَمْ أَجِدْ إِلاَّ رِجْلِيْ لَحَكَكْتُ

“Aku mendengar ‘Aisyah isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang orang yang sedang berihram, apakah orang yang sedang berihram boleh menggaru badannya? Dia berkata: Walaupun (sekiranya) tangan aku diikat (aku tetap menggaru), dan aku merasa gatal pada kakiku, maka aku menggarunya”. (H/R Malik 1/358/92. Sanadnya hasan secara syawahid. Lihat: Hajjtun Nabi saw.)

7 - Dibolehkan berbekam walaupun terpaksa memotong sedikit dari rambutnya, berdasarkan hadis dari Ibnu Buhainah radiallahu ‘anhu:


اِحْتَجَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهَوَ مُحْرِمٌ (لِحَيِّ جَمَل) مَوْضِعٌ بِطَرِيْقِ مَكَّةَ فَى وَسَطِ رَاْسِهِ

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah berbekam di tengah kepalanya, yang mana baginda sedang berihram di Haiy Jaml. Iaitu suatu jalan di Mekah”. (H/R Bukhari dan Muslim. (Muttafaqun ‘alaihi))

8 - Dibolehkan mencabut atau memotong kuku yang patah. Imam Malik meriwayatkan dari Muhammad bin Abdillah bin Abi Maryan, beliau bertanya kepada Sa’id bin Musayyab tentang kuku yang patah, sedangkan yang bersangkutan sedang berihram. Sa’id menjawab: Potonglah! Hal ini dibolehkan berdasarkan hadis dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu:


اَلْمُحْرِمُ يَدْخُلُ الْحَمَّامُ ،وَيَنْزَعُ ضَرْسَهُ ، وَيَشُمُّ الرَّيْحَان وَإِذَا انْكَسَرَ ظَفْرُهُ طَرَحَهُ

“Seseorang yang sedang berihram dibolehkan mandi, mencabut gigi, mencium wangi-wangian, memotong kuku yang patah”. (H/R Baihaqi 5/62. Dengan sanad yang sahih)

Dengan penjelasan ini, sesiapa yang menentang dan membantah setiap perkara yang telah dihalalkan oleh syara seperti mandi, mencuci kepala, menggaru badan atau kepala, bersikat rambut, mencium wangi-wangian atau memotong kuku yang rosak, maka hendaklah ia membawa hujjah atau dalil.

PERKARA-PERKARA YANG BID’AH

Terdapat beberapa perbuatan atau amalan yang wajib ditinggalkan kerana ia termasuk perkara-perkara yang menyalahi syara, batil atau bid’ah. Ia kebiasaannya dilakukan oleh orang-orang yang jahil ketika ingin menunaikan haji atau umrah (sebelum berangkat). Antara perkara-perkara bid’ah yang dimaksudkan ialah:

1 - Mengadakan majlis bacaan Berzanji (maulid), yasinan, kenduri arwah, doa selamat atau mengadakan majlis-majlis zikir tertentu. Sama ada sebelum berangkat ke Mekah atau setelah pulang dari mengerjakan haji.

2 - Berhutang, meminjam wang atau bergadai untuk menunaikan haji. Perbuatan seperti ini dilarang dalam syara.

3 - Melaungkan azan sebelum berangkat atau sebelum menaiki kenderaan atau sesudah berangkat (setelah menaiki kenderaan).

4 - Mengiringi keberangkatan jamaah haji ke lapangan terbang dengan bacaan al-Quran atau dengan zikir-zikir yang khusus.

5 - Membaca atau melafazkan niat ketika ihram (kecuali talbiyah).

6 - Mengkhususkan memakai ihram di miqat dan melarang memakainya sebelum miqat.

7 - Menerima amanah dari orang yang belum mengerjakan haji supaya diserukan namanya di Kaabah agar memperolehi seruan dari Allah.

8 - Menerima amanah agar menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan arwah para sahabat radiallahu ‘anhum.

9 - Ihram dari Tana’im atau Ja’ranah bagi yang tinggal di Mekah atau yang berada di Mekah, sedangkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berihram di Mekah bagi penghuni Mekah sebagaimana sabda baginda:

“Sehingga penghuni (penduduk) Mekah (ihramnya) dari Mekah”. (H/R Bukhari 2/142. Dan Muslim 4/5)

Mereka yang berada di Mekah, kemudian keluar dari Mekah untuk ihram haji adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

HUKUM TAWAF & CARA YANG SUNNAH

Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan dan dalam keadaan Kaabah berada di sebelah kirinya. Melafazkan niat dan mengangkat kedua tangan seperti dalam solat ketika ingin tawaf atau ketika mengusap Hajar Aswad adalah perbuatan bid’ah. (Lihat: Zaadul Ma’ad. 1/303. Ibnu Qaiyim) Begitu juga meletakkan telapak tangan kanan di atas punggung tangan kiri (bersedekap) ketika tawaf (Lihat: Al-Madkhal. 1/122) adalah perbuatan bid’ah yang tiada dalilnya dari syara.

Tawaf di Kaabah merupakan perintah Allah Azza wa-Jalla:


وَلْيَطَّوَّفَ بِالْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

“Dan hendaklah mereka melakukan tawaf mengelilingi Baitul’Atiq (Kaabah)”. (Al-Haj, 29)

Tawaf dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Tidak pernah disyariatkan mandi terlebih dahulu khusus untuk mengerjakan tawaf. (Lihat: Majmu’ah ar-Rasail al-Kubra. 2/380. Ibnu Taimiyah) Begitu juga tidak pernah disyariatkan agar memakai sarung kaki ketika tawaf, sama ada kerana takut terkena tahi burung, (Lihat penjelasan lanjut dalam Majmu’ah ar-Rasail al-Kubra. 2/374. Ibnu Taimiyah) bersentuhan dengan wanita atau sebagainya.

Apabila melakukan tawaf, hendaklah berjalan dengan cepat ditiga pusingan (Lihat hadis riwayat Imam Ahmad) dan berjalan biasa dipusingan keempat sehingga keakhir pusingan. (Lihat hadis riwayat At-Tahawi dalam Syarah al-Ma’ani)

Apabila sampai ke Hajar Aswad, disunnahkan mencium (Berebut-rebut, mendesak atau berasak-asak untuk mencium Hajar Aswad adalah dilarang) (bukan mengucup), (Mengucup Hajar Aswad dengan mengeluarkan bunyi adalah bid’ah. al-Madkhal. 4/223) atau menyentuh dengan tangan (Adalah perbuatan bid’ah membaca أَللُّهُمَّ إِيْمَانًابِكَ وَتَصْدِيْقًا بِكِتَابِكَ ketika mencium, mengusap atau menyentuh Hajar Aswad. Lihat: Al-Mu’awwanah 2/124. (Penjelasan Imam Malik)) lalu menciumnya, (Lihat: Hajjatun Nabi. Muhammad Nashiruddin al-Albani) atau menyentuh dengan sesuatu (seperti dengan tongkat) atau juga memberi isyarat dengan tangan kanan jika tidak dapat menyentuh atau menciumnya. Dari Ibnu Abbas beliau berkata:

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tawaf di atas untanya, setiap kali sampai di Hajar Aswad, baginda memberi isyarat kepadanya dengan sesuatu yang ada pada baginda dan seterusnya bertakbir”. (H/R Bukhari)

Apabila sampai ke Rukun Yamani, disunnahkan menyentuhnya atau mengusap dengan tangan kanan. Tidak disunnahkan menciumnya dan tidak bertakbir atau memberi isyarat dengan tangan setiap kali melintasinya.

Setiap kali sampai di Hajar Aswad, hendaklah bertakbir, iaitu dengan mengucapkan:


اَللهُ اَكْبَرُ

“Allahu Akbar/Allah Maha Besar”. (H/R Bukhari)

Atau membaca:


بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ

“Dengan Nama Allah dan Allah Maha Besar”. (H/R Al-Baihaqi 5/79 dari Ibnu Umar. Menurut An-Nawawi dan Ibn Hajar (dalam at-Talkhis) bahawa sanad hadis ini sahih)

Dengan ini boleh dibaca salah satu dari dua lafaz takbir di atas. Namun yang paling rajih dan jelas ialah hanya bertakbir (أللهُ أكْبَرُ) sebagaimana terdapat dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari.

Tiada doa, zikir atau bacaan khusus, kerana semasa tawaf, sa’i atau melontar jamrah, tidak terdapat hadis yang sahih atau dalil yang mensyariatkan agar membaca bacaan (zikir-zikir atau doa-doa tertentu) khusus. Berdoa semasa tawaf adalah sunnah, bukan wajib, sama ada semasa mengerjakan tawaf wajib atau tawaf sunnah. Boleh dibaca apa sahaja doa yang diinginkan sebagaimana keumuman hadis di bawah ini:


إِنَّمَا جُعِلَ الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ وَالسَّعْيَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَة وَرَمْيُ الْجِمَارِ لإِقَامَةِ ذِكْرِ اللهِ

“Sesungguhnya dijadikan tawaf di sekeliling Baitullah, sa’i di antara Safa dan Marwah dan melontar Jamrah adalan untuk mengingati (berdoa kepada) Allah”. (H/R Ahmad dan Abu Daud)

Malah dibolehkan membaca al-Quran, berdoa atau berzikir. Kecuali apabila sampai diantara Rukun Yamani dan Hajar Aswad, disunnahkan membaca doa:


رَبَّنَاآتِنَا فِىالدُّنْيَاحَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta selamatkanlah kami dari azab neraka!”. (H/R Abu Daud. No. 1892. Dinyatakan hasan oleh Al-Albani)

Hadis di atas ini adalah hadis sahih dari jalan Abdullah bin Saib.

Berithiba’ (اَلإضْطِبَاعُ) iaitu memasukkan kain ihram di bawah ketiak sebelah kanan, menutup bahu sebelah kiri dan tidak menutup bahu sebelah kanan. Cara berihram seperti ini (اَلإِضْطِبَاعُ) hanya dilakukan semasa mengerjakan tawaf, begitulah mengikut sunnah.

Berithiba’ selain ketika bertawaf (di luar tawaf) adalah menyalahi sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Ithiba’ hanya pada kaum lelaki sahaja.

SOLAT SELEPAS TAWAF

Selesai tawaf, hendaklah menuju ke Maqam Ibrahim untuk solat dua rakaat. Amalan ini berdasarkan hadis:

“Kemudian baginda sallallahu ‘alaihi wa-salllam ketika sampai di Maqam Ibrahim ‘alaihis sallam membaca ayat:


وَاتَّخِذُوْا مِنْ مَّقَامِ إِبْرَاهِيْمَ مُصَلَّى

“Dan jadikanlah maqam (tempat berdiri) Ibrahim itu sebagai tempat solat”. (Al-Baqarah 2:125)

“Kemudian (setelah itu) baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam memilih tempat sehingga Maqam Ibrahim terletak antara baginda dan Kaabah, kemudian solat dua rakaat”. (H/R Baihaqi dan Ahmad)

Dan tidak semestinya menentukan tempat solat selepas tawaf hanya dikerjakan di Maqam Ibrahim, atau berdekatan dengan Maqam Ibrahim sehingga berasak-asak. Sebenarnya boleh solat di mana-mana sahaja asalkan di Masjid al-Haram. Cara solat selepas tawaf yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah:

“Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Maka pada kedua rakaat tersebut beginda membaca masing-masing (dirakaat pertama selepas al-Fatihah baginda membaca) قُلْ هُوَ اللهُ اَحُدٌdan di rakaat kedua selepas al-fatihah baginda membaca قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ”. (H/R Nasaii dan Tirmizi) Diriwayat yang lain: Baginda membaca قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ dan kemudian membaca قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ “.

Selepas solat sunnah, baginda terus minum air zam-zam sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadis sahih:

“Kemudian baginda pergi ke telaga Zamzam, meminum airnya dan menyiramkannya ke atas kepalanya”. (H/R Ahmad)

Setelah itu, baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam terus menuju ke Hajar Aswad untuk menyentuhnya (jika mampu). Sebagaimana menurut hadis:

“Kemudian baginda kembali ke Hajar Aswad dan mengusapnya”. (H/R Ahmad dari Jabir radiallahu ‘anhu)

Setelah semua itu selesai dikerjakan, baginda menuju ke Bukit Safa (melalui pintu Safa) (H/R Tirmizi) untuk mengerjakan sa’i antara Safa dan Marwah. Apabila menghampiri (mendaki Bukit Safa) baginda membaca:


إِنَّ الصًّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَآئِرِ اللهِ

“Sesungguhnya Safa dan Marwah itu dari syiar-syiar Allah”. (Al-Baqarah 2:158)

Dan seterusnya membaca:


أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللهُ بِهِ

“Aku memulakan dengan apa yang telah Alllah mulakan”. (H/R Muslim 4/40)

Atau membaca dengan memulai dengan huruf “nun/ن”, iaitu:

نَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللهُ بِهِ
“Kami memulakan dengan apa yang telah Allah mulakan”. (Menurut Malik, Sufiyan dan Yahya bin Sa’id al-Qatthan, telah ijmak bahawa riwayat نَبْدَأُ adalah untuk menunjukkan kebersamaan)

Semua bacaan di atas tidak diulang-ulang kerana tiada dalil yang mengizinkannya. Apabila naik ke Bukit Safa, sambil menghadap (sehingga melihat Kaabah) ucapkanlah:


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ

“Tiada tuhan yang berhak disembah, melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah sahaja, tidak ada satupun sekutu bagiNya, bagiNya segala kekuasaan dan bagiNya segala puji. Di atas segala sesuatu, Dia Maha Berkuasa. Tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Dia sahaja. Yang menunaikan janjinya, menolong hambaNya dan mengalahkan golongan orang-orang kafir”. (H/R Nasaii, al-Baihaqi, Ahmad, Ibnu Majah)

Tiada doa-doa khusus semasa melakukan sa’i antara Bukit Safa menuju ke Bukit Marwah, boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang disukai, terutama doa yang warid dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apabila turun ke bawah dan sampai ke tempat bertanda hijau (yang telah diberi tanda oleh kerajaan Saudi Arabia), maka hendaklah berlari-lari anak sehingga keakhir tanda hijau.

Ketika sampai ke Bukit Marwah, lakukanlah sebagaimana dilakukan sewaktu di Bukit Safa. Sa’i yang dilakukan antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali dan berakhir di Bukit Marwah.

Setelah selesai sa’i, wajiblah bertahalul (التَّحَلُّل). Bagi kaum lelaki lebih afdal (utama) membotakkan kepalanya, boleh juga memendekkannya. Namun tidak ada dalil dari hadis-hadis yang sahih bagi kaum lelaki yang hanya menggunting beberapa helai sahaja dari rambutnya. Bagi kaum wanita memadai menggunting beberapa helai sahaja dari rambutnya. Setelah selesai tahalul, maka dihalalkan segala yang diharamkan semasa berihram.

MANASIK HAJI

Haji yang paling utama adalah tamattu’ walaupun ada haji ifrad dan haji qiran. Tamattu’ ialah umrah dahulu dan bertahalul, kemudian berihram di Mekah untuk haji pada tarikh 8hb Zulhijjah di hari Tarwiyah. Tahalul adalah pembatal bagi haji ifrad atau qiran.

Rasulullah salllallahu ‘alaihi wa-sallam telah memerintahkan para sahabat yang berniat ifrad dan qiran agar melakukan haji tamattu’. Haji tamattu’ ialah bertahalul antara umrah dan haji. Haji tamattu’ lebih utama jika dibandingkan dengan haji qiaran yang membawa hadyu, kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri mengucapkan: “(Alangkah baiknya) jika aku tidak membawa hadyu”. Malah baginda memerintahkan agar menukar kepada tamattu’ kerana mereka tidak membawa binatang korban. Sebagaimana sabda baginda kepada para sahabat yang tidak membawa binatang korban:


فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ لَيْسَ مَعَهُ هَدْيٌ فَلْيَحِلَّ وَلْيَجْعَلْهَا عُمْرَةً

“Maka barangsiapa antara kamu yang tidak membawa hadyu (binatang korban), maka hendaklah dia bertahalul dan jadikanlah sebagai umrah”. (H/R Muslim. 4/40)

Setelah diperintahkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar bertahalul, maka para sahabat mentaati perintah baginda, sebagaimana keterangan dari Jabir bin Abdullah radiallahu ‘anhu:


فَحَلَّ النَّاسُ كُلُّهُمْ وَقَصَّرُوْا إِلاَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ كَانَ مَعَهُ هَدْيٌ

“Maka mereka semuanya bertahalul dan memendekkan rambut mereka, kecuali Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, serta para sahabat yang membawa hadyu (binatang korban)”. (H/R Muslim. 4/41)

BERIHRAM DIHARI TARWIYAH

Hari yang jatuh pada tarikh 8hb. Zulhijjah dinamakan hari Tarwiyah. Pada hari tersebut, diwajibkan berniat dan berihram (memakai ihram) untuk menunaikan haji dari tempat tinggalnya iaitu di Mekah dengan mengucapkan:


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ حَجًّا

Atau


لَبَّيْكَ حَجًّا

Selepas itu terus bertalbiyah. Dan pada hari yang sama (8hb. Zulhijjah) sebelum Zohor baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam berangkat ke Mina untuk mabit (tidur dan bermalam) di Mina. Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh di Mina. Solat Zohor, Asar dan Isya’ diqasar tetapi tidak dijamak.

Sesiapa yang bersolat tamam (sempurna) atau qasar tetapi dijamak adalah menyalahi sunnah. Mabit di Mina adalah wajib hukumnya.

BERANGKAT UNTUK WUQUF DI ARAFAH

Selepas menunaikan solat Subuh dan setelah matahari terbit, baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam berangkat ke Arafah untuk wuquf. Dalam perjalanan ke Arafah, sebahagian sahabat bertalbiyah, sedangkan yang bertakbir, sebagaimana terdapat dalam hadis Anas radiallahu ‘anhu dalam sahih al-Bukhari dan sahih Muslim. (Lihat: Hajjatun Nabi saw. Penjelasan 58 (keterangan 52). Al-Albani)

Wuquf dimulai setelah tergelincir matahari, berakhir sehingga sebelum terbit fajar pada malam Idel Adha sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama. (Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Ibn Bazz) Jika seseorang tidak memungkinkan (tidak sempat) untuk wuquf pada siang hari, kemudian dia wuquf di malam hari, maka yang demikian sudah memadai baginya walaupun dia hanya sempat wuquf hanya beberapa minit sahaja. (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Ibn Bazz) Namun yang afdal ialah wuquf disiang hari. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:


اَلْحَجُّ عَرَفَةُ ، فَمَنْ أَدْرَكَ عَرَفَةَ بِلَيْلٍ قَبْلَ أَنْ يَطْلُعَ الْفَجْرُ فَقَدْ أَدْرَكَ الْحَجَّ

“Haji itu adalah wuquf di Arafah, maka sesiapa yang mendapati Arafah pada malam hari sebelum terbit fajar, sesungguhnya dia telah mendaptkan haji”. (H/R Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaii dan Ibnu Majah)

Seluruh padang Arafah adalah tempat berwuquf, sebagaimana sabada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Aku wuquf di sini (Arafah) dan seluruh Arafah adalah tempat wuquf”. (H/R Abu Daud, Nasaii, Ibnu Majah, Ahmad, Ad-Darimi dan Ibnu Jarud)

Tidak boleh meninggalkan Arafah sebelum matahari terbenam bagi orang yang melakukan wuquf pada siang hari. Jika ia melakukan demikian (meninggalkan Arafah sebelum matahari terbenam pent.), maka menurut jumhur ulama, dia wajib menyembelih korban kerana meninggalkan kewajiban haji, iaitu wuquf di Arafah antrara malam dan siang bagi orang yang wuquf disiang hari. (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Ibn Bazz.)

Hendaklah mengerjakan solat Zohor dan solat Asar dengan cara qasar serta jamak taqdim di Arafah. Dan antara perkara-perkara yang dilakukan di Arafah:

1 - Mendengarkan khutbah Arafah.

2 - Meneruskan talbiyah.

3 - Memperbanyakkan doa sambil menghadap Kiblat dan mengangkat tangan. Kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersungguh-sungguh dalam berdoa dan berzikir pada hari Arafah sehingga matahari terbenam, iaitu setelah solat Zohor dan Asar. (Lihat: Fatawa-Fatawa Haji & Umrah. Ibn Bazz)

4 - Berzikir atau juga membaca al-Quran.

Terdapat jamaah yang berdoa dengan mengangkat suara nyaring, beramai-ramai dan menggunakan pembesar suara, perbuatan seperti ini bertentangan dengan syara, yang mana Allah Azza wa-Jalla telah melarang perbuatan seperti itu di dalam berfirmanNya:


ادْعُوْا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِيْنَ

“Berdoalah kepada Rabbmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampui batas”. (Al-A’raf, 55)


وَاذْكُرْ رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيْفَةً وَدُوْنَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ

“Dan sebutlah (nama) Rabbmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan tidak mengeraskan suara”. (Al-A’raf, 205)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga bersabda:


قَالَ أَبُوْ مُوْسَى اْلأَشْعَرِيُّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : رَفَعَ النَّاسُ أَصْوَاتَهُمْ بِالدُّعَاءِ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَيُّهَا النَّاسُ إِرْبَعُوْا عَلَى أَنْفُسَكُمْ ، فَإِنَّكُمْ لاَ تَدْعُوْنَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًا إِنَّ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ عُنُقِ رَاحِلَتِهِ

“Berkata Abu Musa al-Asy’ari radiallahu ‘anhu: Manusia mengeraskan suara mereka semasa berdoa, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Wahai manusia, perlahankanlah suara kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada yang tuli dan ghaib! Sesungguhnya zat yang kamu berdoa kepadaNya adalah Maha Mendengar lagi Mahadekat lebih dekat kepada seseorang antara kamu dari leher untanya (tunggangannya)”. (H/R Bukhari dan Muslim)

Dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menjelaskan tentang kemuliaan dan kelebihan hari Arafah:


مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرُ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيْهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُوْ ثُمَّ يُبَاهِيْ بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُوْلُ : مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ

“Tidak ada satu haripun, dimana hamba Allah lebih ramai dibebaskan dari api neraka daripada hari Arafah. Bahawa Allah Subhanahu wa-Ta’ala dekat kepada mereka, lalu berbangga dengan mereka Malaikat-malaikatNya dan berkata: Alangkah mulianya keinginan mereka”. (H/R Muslim)


أُنْظُرُوْا إِلَى عِبَادِيْ أَتُوْنِيْ شُعْتًا غُبْرًا. يَرْجُوْنَ رَحْمَتِيْ أُشْهِدُكُمْ أَنِّيْ قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ

“(Allah berfirman kepada para Malaikat): Lihatlah hamba-hambaKu! Mereka datang kepadaKu dengan rambut kusut dan berdebu, kerana mengharapkan rahmatKu. Maka Aku bersaksi kepadamu, bahawa Aku telah mengampunkan mereka”. (H/R Ahmad dan At-Tabrani)

Malangnya, ada dari kalangan jamaah yang melakukan perkara-perkara yang mungkar, iaitu mereka pergi mencari-cari barakah dengan cara yang bid’ah dan syirik semasa wuquf di Arafah, antaranya pergi ke Jabal (gunung) Rahmah. Ingatlah! Sesiapa yang pergi ke Jabal Rahmah sama ada kerana mengutamakan wuquf, berdoa di Jabal Rahmah atau untuk mendapatkan barakah, maka perbuatan tersebut adalah perbuatan bid’ah yang sesat, sewajarnya dijauhi dan ditinggalkan oleh mereka yang ingin memperolehi haji yang mabrur. Setelah matahari terbenam, berangkat dari Arafah menuju ke Muzdalifah.

Begitu juga, terdapat para jamaah haji yang naik dan mencari-cari masjid di Jabal Rahmah untuk solat dua rakaat selain untuk berdoa dan mencari barakah, perbuatan seperti itu adalah bid’ah yang boleh membawa kepada kesyirikan. Perbuatan yang bid’ah ini dijelaskan oleh Ibn Bazz rahimahullah:


توجه الناس الى هذه المساجد ، وتمسحهم بجدرانها ومهاربها والتبرك بها بدعة ، ونوع من أنواع الشرك شبيه بعمل الكفار فى الجاهلية الأولى بأصنامهم

“Pemergian manusia kepada masjid-masjid (di Jabal Rahmah), menyapu dindingnya dan mihrabnya (dengan tangannya) untuk mendapat barakah adalah suatu yang bid’ah, termasuk jenis dari jenis-jenis syirik menyerupai amalan orang-orang kafir dimasa jahiliyah dahulu kala terhadap berhala-berhala mereka”. (Lihat: Fatawa Tata’allaq Biahkamil Hajj wal-Umrah wa-Ziarah. Syeikh Abdulaziz bin Bazz)

Diperintah agar bertenang (tidak terburu-buru ketika berangkat menuju ke Muzdalifah sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:


أَيُّهَا النَّاسُ ‍! اَلسَّكِيْنَةُ ، اَلسَّكِيْنَةُ

“Wahai manusia, tenanglah kamu, tenanglah kamu!”. (H/R Nasaii)

Hadis di atas memerintahkan agar jamaah haji bertenang ketika berangkat ke Muzdalifah, kerana mengikut sunnah tidak boleh terburu-buru, iaitu tidak berasak-asak (berdesak-desak). (Begitulah penjelasan Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim) Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berangkat ke Muzdalifah setelah terbenamnya matahari dan tidak berangkat sebelum waktu Maghrib (baginda tidak berangkat selepas Asar) sebagaimana yang banyak dilakukan oleh jamaah sekarang. Dalam perjalanan ke Muzdalifah, baginda terus bertalbiyah tanpa putus. (Lihat: Sahih al-Bukhari dan Muslim)

BERMALAM (MABIT) DI MUZDALIFAH

Mabit (bermalam) di Muzdalifah adalah wajib, kecuali bagi orang-orang yang lemah (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Ibn Bazz) seperti wanita, orang sakit atau orang yang uzur. Boleh mabit (bermalam) di mana-mana sahaja di seluruh kawasan Muzdalifah, kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:


وَقَفْتُ هَاهُنَا ، وَجَمْعٌ كُلُّهَا مَوْقَفٌ

“Dan saya wuquf (berhenti/bermalam) di sini (Muzdalifah), dan semua kawasan Muzdalifah adalah tempat wuquf (bermalam/berhenti). (H/R Abu Daud, An-Nasaii, Ad-Darimi dan selain mereka)

Adapun orang yang meninggalkan mabit di Muzdalifah tanpa alasan syarie, maka wajib baginya membayar dam (menyembelih binatang korban). Dari Ibnu Abbas berkata:


مَنْ تَرَكَ نُسُكًا أَوْ نَسِيَهُ فَلْيُهْرِقْ دَمًا

“Barangsiapa meninggalkan suatu ibadah (dalam ibadah haji) atau terlupa salah satu darinya, maka dia hendaklah menyembelih kurban”. (H/R Malik)

Setelah tiba di Muzdalifah baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabat menunaikan solat Maghrib yang dijamak dengan solat Isya’, dilakukan dengan cara jamak takhir, dengan cara sekali azan dan dua kali iqamah. (Lihat: Penjelasan lanjut dalam Nash Ar-Rayah. 3/69-70)

Kemudian baginda tidur (mabit) tanpa menunaikan solat qiyamullail (solat malam) sampailah kewaktu Subuh. Baginda solat Subuh di Muzdalifah dan bersabda:


مَنْ شَهِدَ صَلاَتَنَا هَذِهِ ، وَوَقَفَ مَعَنَا حَتَّى نَدْفَعَ ، وَقَدْ وَقَفَ قَبْلَ ذَلِكَ بِعَرَفَةَ لَيْلاً أَوْنَهَارًا ، فَقَدْ تَمَّ حَجَّهُ وَقَضَى تَفَثَهُ

“Barangsiapa menyaksikan solat kami ini, wuquf (berhenti di Muzdalifah) bersama kami sehingga kami berangkat (ke Mina) dan dia telah wuquf sebelum ini di Arafah pada malam atau siangnya, maka telah sempurna hajinya dan menghilangkan kotorannya”. (H/R Tirmizi, Ibnu Majah dan lainnya)

Baginda tidak juga menunaikan solat rawatib Isya’. Tidak disyariatkan mencari (memilih) batu di Muzdalifah, kerana untuk melontar boleh mengambil batu jamrah walaupun di Mina. Begitu juga tidak ada dalil yang memerintahkan agar batu jamrah dibasuh terlebih dahulu, kerana perbuatan seperti itu adalah suatu bid’ah yang sesat.

MASY’ARIL HARAM

Setelah menunaikan solat Subuh, baginda terus berada (wuquf) di Masy’aril Haram. Masy’aril Haram adalah satu kawasan di Muzdalifah. Dan menurut jumhur ahli tafsir, sejarawan dan ahli hadis, bahawa Masy’aril Haram adalah seluruh kawasan Muzdalifah, demikian menurut pendapat Imam an-Nawawi rahimahullah. (Lihat: Hajjatun Nabi saw. Al-Albani)

Baginda wuquf di Masy’aril Haram sambil menghadapkan dirinya ke Kiblat, mengangkat tangan dan berdoa dan memuji Allah (H/R Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Jarud dan Baihaqi) dengan doa:


اَلْحَمْدُ للهِ وَاللهُ أَكْبَرُ ، وَلاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Baginda terus wuquf di Masy’aril Haram sehingga fajar terbit di ufuq Timur, (Lihat: Hajjatun Nabi saw Al-Albani) kemudian berangkat ke Mina sebelum matahari terbit. (H/R Abu Daud, Tirmizi, Baihaqi, Ahmad. Lihat: Hajjatun Nabi saw. Al-Albani)

MELONTAR DI MINA & CARA MELONTAR

Waktu mula dibolehkan melontar Jamrah Kubara atau Jamrah Aqabah ialah sejak terbit matahari sehinggalah kewaktu malam. Namun baginda mula melontar Jamrah Aqabah setelah matahari terbit (waktu Duha). (H/R Ibnu Majah, Abu Daud, Nasaii, Tirmizi, Baihaqi, At-Tahawi (syarah al-Ma’ani). Ad-Duruqutni dan Ahmad)

Tiada hujjah yang membolehkan melontar sebelum matahari terbit walaupun bagi mereka yang lemah atau wanita, berdasarkan hadis Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu:

“Bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan isteri-isterinya agar lebih dahulu pergi ke Mina, namun melarang mereka melontar jamrah sebelum matahari terbit”. ((1) Tirmizi dan Ibnu Hibban mensahihkan hadis ini. (2). Ibnu Hajar menghasankannya. Lihat: Fathul Bari 3/422)

Menurut Nasruddin al-Albani: Dalam hal ini, tidak sewajarnya menentang hadis riwayat Bukhari, bahawa Asma binti Abu Bakr melontar jamrah kemudian solat Subuh, ini terjadi setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam wafat. Di sini tidak jelas apakah Asma melakukannya berdasarkan keizinan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam selain kerana keberangkatannya ke Mina sesudah tengah malam. Yang jelas menurut Asma, bahawa Nabi mengizinkannya meninggalkan Muzdalifah, sehingga memungkinkan Asma memahami keizinan tersebut meliputi keizinan untuk melontar pada malam hari. Sedangkan larangan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang dihafal oleh Ibnu Abbas tidak sampai kepada Asma radiallahu ‘anha. (Lihat: Hajjatun Nabi (dalam perkara melontar Jamrah Kubra) Al-Albani)

Melontar hanyalah dengan tujuh ketul batu-batu kecil kerana baginda bersabda:

“(Melontar) dengan batu-batu kerikil, diletakkan di antara kedua jari”. (H/R Abu Daud, Nasaii, Ahmad dan al-Baihaqi dengan sanad yang sahih)

Setiap kali melontar hendaklah bertakbir dengan mengucapkan:


أَللهُ أَكْبَرُ

Setelah selesai melontar Jamrah Aqabah, maka halallah semua yang sebelumnya diharamkan walaupun belum mencukur rambut, kecuali bersetubuh yang hanya dihalalkan setelah selesai tawaf ifadah, (Setelah tawaf ifadah dihalalkan apa yang sebelumnya diharamkan ketika ihram, sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dan Muslim, hadis dari ‘Aisyah dan Ibnu Umar) iaitu berdasarkan hadis ‘Aisyah radiallahu ‘anha:

“Saya memakaikan wangi-wangian kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ketika halal dan ketika akan ihram, juga setelah melontar Jamrah Aqabah pada hari Nahar sebelum tawaf ifadah”. (H/R Ahmad dengan sanad yang sahih menurut syarat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah juga pendapat Ata’, Malik, Abu Thaur dan Abu Yusuf. (Riwayat Ahmad. Lihat: Al-Mughni 3/439. Ibn Qudamah)

AMALAN-AMALAN DI HARI NAHAR

Pada hari Nahar iaitu 10hb. Zulhijjah, para jamaah haji hendaklah melakukan perkara-perkara tersebut (Inilah pendapat yang rajih dari Imam an-Nawawi dan mazhab Syafi’iyah):

Melontar Jamrah Aqabah dengan tujuh ketul batu-batu kerikil yang kecil setelah matahari terbit. Baginda telah bersabda:


لاَ تَرْمُوْا الْجَمْرَةَ حَتَّى تَطْلَعَ الشَّمْسُ

“Janganlah kamu melontar sehinggalah matahari terbit”. (H/R Ahmad dan selain darinya)

Masih boleh juga melontar walaupun sampai ke petang hari, bahkan pada malam hari (Lihat:Al-Muhalla. Ibnu Hazm. Dan juga berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan selainnya) juga dibolehkan. Adapun bagi mereka yang berhalangan kerana uzur atau lemah, maka dibolehkan melontar pada waktu sebelum terbit matahari, iaitu berdasarkan hadis Ummu Salamah radiallahu ‘anha:


أَنَّهَا رَمَتِ الْجَمْرَةَ قَبْلَ الْفَجْرِ

“Bahawa dia melontar jamrah sebelum terbit fajar”. (H/R Abu Daud)

Adapun antara perbuatan yang wajib ditinggalkan kerana tidak ada dalilnya dalam syara ialah amalan jamaah haji yang membaca doa selepas melontar dengan doa yang diambil dari hadis berikut:


كَانَ يَرْمِيْ الْجُمْرَةَ فِى هَذَا الْمَكَانِ وَيَقُوْلُ كُلَّمَا رَمَى بِحَصَاةٍ : اَللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّأ مَبْرُوْرًا ، وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا ، وَعَمْلاً مَشْكُوْرًا

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam melontar jamrah di tempat ini dan mengucapkan pada setiap lontaran: Allahu Akbar, Allahu Akbar. Ya Allah, jadikanlah ibadah haji yang mabrur, dosa yang terampun dan amalan yang disyukuri!”.

Mengkhususkan doa dengan membaca doa ini adalah perbuatan yang bid’ah, kerana ini adalah hadis lemah. Hadis dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Sunannya 5/129. Dan Al-khatib dalam Talkhisul Mutasyabih 11/11. (Lihat: سلسلة الأحاديث الضعيفة والموضوعة No. 1107. Al-Albani) Begitu juga Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah membaca doa tersebut setelah melontar jamrah.

Menyembelih binatang korban yang sihat (gemuk). Disunnahkan memakan dagingnya kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Maka makanlah dan ambillah dagingnya sebagai bekal. Jabir berkata: Maka kami makan dan mengambilnya sebagai bekal sehingga kami tiba di Madinah”. (H/R Ahmad)

Dianjurkan juga menyembelih pada hari-hari Tasyriq. Dibolehkan menyembelih binatang korban di seluruh kawasan Mina, iaitu berdasarkan hadis:


قَدْ نَحَرْتُ هَهُنَا ، وَمِنَى كَلُّهَا مَنْحَرْ

“Aku menyembelih korban di sini Mina), dan seluruh Mina adalah tempat menyembelih (penyembelihan)”. (H/R Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, At-Tahawi, Al-Hakim dan Baihaqi. Lihat: Hajjatun Nabi saw No. 100. Albani)

Dibolehkan juga menyembelih di kawasan Mekah, (Lihat: Hajjatun Nabi saw. (Penjelasan hadis No. 101)) kerana hadis al-Baihaqi bahawa Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu menyembelih di Mekah, (Lihat hadis riwayat Al-Baihaqi 5/239) iaitu berdasarkan hadis:


وَكُلُّ فجاجِ مَكَّةَ طَرِيْقٌ وَمَنْحَرٌ

“Dan setiap ceruk di Mekah adalah jalan dan tempat penyembelihan”. (H/R Abu Daud, Ahmad, At-Tahawi, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Dibolehkan tawaf sebelum menyembelih sebagaimana hadis dari Jabir radiallahu ‘anhu, iaitu apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya:

“Orang yang lain bertanya: Apakah dibenarkan kalau saya tawaf sebelum menyembelih korban? Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjawab: Sembelihlah tidak mengapa”. (H/R At-Tahawi. Lihat: Hajjatun Nabi saw. No. 98. Albani)

Dan dibolehkan juga menyembelih sebelum melontar berdasarkan hadis dari Jabir radiallahu ‘anhu, iaitu:

“Lalu datang lagi yang lain dan berkata: Sesungguhnya saya telah menyembelih sebelum melontar jamrah, apakah dibenarkan? Baginda menjawab: Melontarlah tidak mengapa”. (H/R Ad-Darimi, Ibnu Majah, At-Tahawi, Ibnu Hibban, At-Thayalisi dan Ahmad. Lihat: Hajjatun Nabi saw. No. 99. Albani)

Dan dibolehkan juga tawaf ifadhah sebelum melontar, sebagaimana hadis:


سَأَلَ رَجُلُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ : طُفْتُ قَبْلَ أَنْ أَرْمِيْ . قَالَ : لاَ خَرَجَ

“Seorang lelaki bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dia berkata: Saya tawaf (tawaf ifadhah) sebelum melontar? Maka baginda menjawab: Tidak mengapa”. (H/R Ad-Darimi dan Ibnu Hibban)

Memotong, mencukur atau membotakkan (yang afdal ialah membotakkan) seluruh rambut di bahagian kepala bagi kaum lelaki, kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mendoakan dengan keampunan dan rahmat Allah kepada orang-orang yang bercukur sebanyak tujuh kali, dan hanya sekali kepada orang yang memendekkan rambutnya.

Memadai memotong hanya beberapa helai rambut bagi kaum wanita.

Dibolehkan memotong, menggunting atau mencukur rambut sebelum menyembelih korban iaitu berdasarkan hadis:


كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسْأَلُ يَوْمَ النَّحْرِ بِمِنَى فَيَقُوْل : لاَ حَرَجَ فَسَألَهُ رَجُلٌ فَقَالَ : حَلَقْتُ قَبْلَ أَنْ أَذْبَحَ قَالَ : إِذْبَحْ وَلاَ حَرَجَ فَقَالَ : رَمَيْتُ بَعْدَ مَا أَمْسَيْتُ فَقَالَ : لاَحَرَجَ

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah ditanya pada hari Nahar di Mina, maka baginda bersabda: Tidak mengapa. Lalu seseorang bertanya kepadanya seraya berkata: Saya bercukur sebelum menyembelih korban? Maka baginda menjawab: Sembelihlah, dan tidak mengapa. Lalu seseorang berkata: Saya melontar setelah petang? Maka Nabi bersabda: Tidak mengapa”. (H/R Bukhari)

Dan dibolehkan bercukur sebelum melontar, iaitu berdasarkan hadis dari Jabir radiallahu ‘anhu, bahawa apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya:

“Apakah dibenarkan jika bercukur sebelum melontar? Baginda menjawab: Tidak mengapa”. (Lihat: Hajjatun Nabi saw. No. 96. Muhammad Nasrhiuddin al-Albani)

Dan setelah selesai melontar dan memotong rambut (bercukur), dihalalkan semua perkara yang sebelumnya diharamkan, kecuali bersetubuh, iaitu berdasarkan hadis:


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْه وَسَلَّمَ : إِذَا رَمَيْتُمْ وَحَلَقْتُمْ فَقَدْ حَلَّ لَكُمُ الطِّيْبُ وَكُلُّ شَيْءٍ إِلاَّ النِّسَاءُ

“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Apabila kamu telah melontar jamrah dan telah bercukur (memotong rambut), maka dihalalkan bagi kamu wangi-wangian dan segala sesuatu kecuali wanita (bersetubuh)”. (H/R Abu Daud)

Tawaf haji atau tawaf ifadah. Semasa mengerjakan tawaf ifadah tidak disunnahkan berjalan cepat.

Dibolehkan tawaf sebelum melontar, berdasarkan hadis dari Jabir radiallahu ‘anhu, iaitu apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya:


سَأَلَ رَجُلُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ : طُفْتُ قَبْلَ أَنْ أَرْمِيَ قَالَ : لاَ حَرَجَ

“Seorang lelaki bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Saya tawaf sebelum saya melontar? Baginda menjawab: Tidak mengapa”. (H/R Ad-Darimi dan Ibnu Hibban. Lihat: Hajjatun Nabi saw. No.96. Muhammad Nasruddin al-Albani)

Bagi yang mengerjakan haji tamattu’, diwajibkan untuk sa’i sekali lagi setelah selesai tawaf ifadah. Setelah tawaf ifadah dihalalkan semuanya termasuklah bersetubuh walaupun belum melontar, menyembelih binatang dan mecukur rambut.

MELONTAR JAMRAH & HARI TASYRIQ

Melontar yang pertama ialah pada hari Ied (Hari Raya), iaitu melontar Jamrah Aqabah. Waktu melontar bermula dari waktu Duha sehinggalah terbenam matahari pada hari Ied, iaitu berakhir pada terbitnya fajar. Melontar hendaklah dengan tujuh kali lontaran dengan membaca takbir di setiap lontaran.

Hari tasyriq ialah hari yang diwajibkan mabit (bermalam) di Mina, iaitu pada tanggal 11hb - 12hb dan 13hb Zulhijjah. Sekurang-kurang bermalam selama dua hari iaitu 11hb dan 12hb Zulhijjah supaya dapat melontar Jamratul Ula, Jamratul Wusta (Saniyah) dan Jamratul Kubra (Jamratul Aqabah).

Adapun melontar pada hari-hari tasyrik adalah dilakukan setelah matahari tergelincir (setelah Zohor) tidak boleh dilakukan sebelum Zohor, kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melontar setelah Zohor sehingga mentakhirkan (melewatkan) solat Zohornya. Baginda bersabda:


لاَ تَرْمُوْا الْجَمْرَةَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسَ

“Janganlah kamu melontar sehinggalah matahari terbit”. (H/R Ahmad dan selainnya)

Ketika melontar di setiap jamrah, hendaklah melontar dengan tujuh kali lontaran dengan batul-batu kecil. (Menurut Imam an-Nawawi: Iaitu sebesar biji kacang, agar lebih besar atau lebih kecil. Akan tetapi jika tidak memperolehi batu kecil maka tetap diperbolehkan (yang lebih besar). Lihat: Hajjatun Nabi. Al-Albani) Disyariatkan supaya melontar secara berurutan, iaitu dimulakan dari Ula yang berdekatan dengan Masjid Khaif, kemudian Wusta dan yang terakhir Aqabah. (Inilah pendapat An-Nawawi. Lihat: Hajjatun Nabi saw. Al-Albani) Dan disertakan dengan takbir disetiap kali melontar.

Disunnahkan berdo’a dengan menghadapkan diri ke Kiblah setiap kali selesai melontar di Jamrah Ula (di Jamrah Ula, disunnahkan berdoa di sebelah kanan tempat melontar). Kemudian melontar di Jamrah Wusta (di Jamrah Wusta, disunnahkan berdiri di sebelah kiri tempat melontar, menghadap kiblah dan berdoa panjang), kecuali setelah melontar di Jamrah Kubra teruskan berdoa walaupun tidak menghadap ke Kiblah. Menurut Imam Syafie dan Ibnu Hazm:

“Tiada larangan untuk melontar dengan batu-batu yang telah digunakan untuk melontar, kerana tidak ada dalil melarangnya”. (Lihat: Hajjtun Nabi. Al-Albani)

Sekali diingatkan, bahawa dihari Tasyriq, melontar hendaklah dilakukan setelah matahari tergelincir (setelah waktu Zohor) sehinggalah kewaktu malam. Iaitu berdasarkan hadis dari Jabir radiallahu ‘anhu:


رَمَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ النَّحْرِ ضُحًى ، وَرَمَى بَعْدَ ذَلِكَ بَعْدَ الزَّوَالِ

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam melontar pada hari Nahar pada waktu Duha, baginda melontar selepas itu (hari-hari tasyriq) ketika matahari telah tergelincir (setelah Zohor)”. (H/R Muslim)


كُنَّا نَتَحَيَّنُ فَإِذَا زَالَتِ الشَّمْسُ رَمَيْنَا

“Adalah kami menunggu-nunggu waktu melontar, maka apabila matahari tergelincir (Zohor) kami melontar”. (H/R Bukhari)


فَسَأَلَ رَجُلٌ : رَمَيْتُ بَعْدَ مَا أَمْسَيْتُ ، فَقَالَ : لاَ حَرَجَ

“Seorang lelaki bertanya: Saya melontar setelah waktu petang, baginda menjawab: Tidak mengapa”. (H/R Bukhari)

Dibolehkan bermalam dua malam sahaja di Mina, kemudian pulang ke Mekah sebelum terbenam matahari pada malam 13 Zulhijjah setelah melontar jamrah. Amalan ini dinamakan Nafar Awal dan telah menyempurnakan hajinya. Perbuatan ini diizinkan kerana Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:


فَمَنْ تَعَجَّلَ فِى يَوْمَيْنِ فَلاَ إِثْمَ عَلَيْهِ

“Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, maka tiada dosa baginya”. (Al-Baqarah, 203)

Bagi Jamaah yang bermalam sehingga tiga malam dan melontar pada tiga hari (hari ke13 Dzulhijjah) pula dinamakan Nafar Thani.

Dan sesiapa yang pulang ke Mekah pada hari ke 11 Dzulhijjah, bererti dia telah mengurangi jumlah melontarnya yang wajib dilakukan pada hari ke12 Dzulhijjah. Oleh itu wajib baginya menyembelih korban di Mekah untuk orang-orang miskin, bertaubat dan beristighfar kerana pulang ke Mekah sebelum waktunya.

TAWAF WADA’ (TAWAF PERPISAHAN)

Sebelum meninggalkan Mekah untuk berangkat pulang ke tanah air, maka wajib tawaf wada’ terlebih dahulu, kecuali wanita yang haid atau nifas dibolehkan meninggalkan Mekah tanpa tawaf wada’. (Lihat: H/R Bukhari 2/195. Dan Muslim 4/93) Antara hadis-hadis sahih yang menunjukkan wajibnya tawaf wada’ (perpisahan) ialah:


لاَيَنْفِرَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ حَتَّى يَكُوْنَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ

“Janganlah seseorang antara kamu pulang melainkan akhir yang dilakukannya adalah tawaf di Baitullah”. (H/R Muslim)


أُمِرَ النَّاسُ أَنْ يَكُوْنَ آخِرُ عَهْدِهِمْ بِالْبَيْتِ إِلاَّ أَنَّهُ خُفِّفَ عَنِ الْحَائِضِ

“Telah diperintahkan (oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam) agar manusia (yang menunaikan haji) supaya akhir yang dilakukannya adalah tawaf di Baitullah. Namun baginda memberi keringanan kepada wanita yang haid”. (H/R Bukhari dan Muslim)

Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

“Kami menemui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di khemahnya dimalam hari, lalu bersabda: Apakah kamu sudah siap? Jawabku Ya! Lalu baginda mengizinkan para sahabat berangkat, maka baginda keluar menuju Baitullah dan tawaf (wada’) sebelum solat Subuh, kemudian berangkat pulang ke Madinah”. (H/R Bukhari dan Muslim)

Ibnu Umar radiallahu ‘anhum berkata:

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak berjalan cepat pada tawaf wada’ dan begitu juga pada tawaf ifadah”. (H/R Bukhari dan Muslim)

MENUNAIKAN HAJI TANPA BERSAMA MAHRAM

Seorang wanita tidak boleh pergi menunaikan haji kecuali bersama suaminya atau diiringi oleh mahramnya. Kerana terdapat larangan dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagaimana hadis baginda:


لاَ يُحِلُّ لإِمْرَأَةٍ تُسَافِرُ مَسِيْرَةَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ إِلاَّ مَع ذِيْ مَحْرَمٍ

“Tidak halal bagi wanita berpergian (belayar/musafir) dalam perjalanan sehari semalam, melainkan bersama mahramnya”. (H/R Bukhari)


لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُوْ مَحْرَمٍ ، وَلاَ تُسَافِرُ الْمَرْأَةُ إِلاَّ مَعَ ذِيْ مَحْرَمٍ

“Tidak boleh seorang lelaki berkhalwat (berdua-duan) dengan seorang wanita. Dan janganlah wanita berpergian (belayar/musafir), melainkan bersama mahramnya”. (H/R Bukhari dan Muslim)


لاَ تَسَافِرُ امْرَأَةٌ إِلاَّ مَعَ ذِيْ مَحْرَمٍ

“Wanita tidak boleh berpergian, kecuali bersama mahramnya”. (H/R Bukhari & Muslim)

Larangan musafir bagi wanita di hadis ini adalah umum, termasuklah dalam larangan tersebut ialah musafir untuk menunaikan haji. Hadis-hadis di atas ini diperkuat lagi dengan hadis tentang seorang sahabat yang dibatalkan oleh baginda untuk berperang kerana wajibnya menemani isterinya menunaikan haji. Yang mana dia berkata kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku menunaikan haji dan aku berkewajipan dalam berperang serta demikian dan demikian! Maka baginda bersabda:


فَانْطَلِقْ ، فَحُجَّ مَعَ امْرَأَتِكَ

“Maka pergilah kamu, dan tunaikanlah haji bersama isterimu”. (H/R Bukhari dan Muslim)

Hadis ini sebagai dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang wanita berpergian walaupun untuk menunaikan haji jika tanpa ada mahram bersamanya. Wallahu ‘alam.

MENZIARAHI MADINAH

Ziarah ke Madinah tidak wajib dan tidak termasuk dalam rukun atau syarat sahnya haji atau umrah. Tetapi niatkan menziarahi Madinah kerana Masjid Nabawi, kerana itulah yang sewajarnya yang diutamakan apabila ke Madinah. Kerana terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskan tentang kemuliaan masjid Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam di Madinah sehingga dituntut agar rehlah (berpergian) ke sana sebagaimana baginda bersabda:


لاَ تَشُدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدِ : اَلْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِيْ هَذَا ، وَالْمَسْجِدِ اْلأَقْصَى

“Janganlah kamu melakukan rehlah (perjalanan), kecuali kepada tiga masjid: Masjid al-Haram, masjidku ini dan masjid al-Aqsa”. (H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasaii, Ibnu Majah dan Ahmad)


صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِيْ هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيْمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ ، وَصَلاَةٌ فِى الْمَسْجِدِ الْحَرَامَ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ فِى مَسْجِدِيْ هَذَا

“Solat di masjidku ini lebih baik daripada solat di masjid lainnya, kecuali Masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih utama seratus kali solat di masjidku ini”. (H/R Ahmad dan Ibnu Hibban dengan sanad yang sahih)

Apabila menziarahi Masjid Nabawi, maka disyariatkan agar solat dua rakaat di Raudhah, kemudian mengucapkan salam kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dua sahabat baginda, iaitu Abu Bakar dan Umar radiallahu ‘anhuma sebagaimana disyariatkan ziarah ke Baqi’ serta para syuhada. Disunnahkan memberi salam dan berdoa:


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ ، نَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ

Disunnahkan juga menziarahi masjid Quba dan solat dua rakaat di dalamnya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Barangsiapa bersuci (berwuduk) di rumahnya dengan sempurna kemudian datang ke masjid Quba lalu solat di dalamnya, maka dia seperti umrah”.

Adapun menziarahi masjid tujuh, masjid kiblatain atau tempat-tempat lainnya tidak pernah disyariatkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Dan barangsiapa berniat ke Madinah semata-mata kerana kubur Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka niat dan perbuatan seperti itu adalah menyalahi syara (bid’ah yang membawa kepada kesyirikan). Terdapat hadis-hadis lemah, mungkar atau palsu yang memperkatakan tentang ziarah kubur Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam secara khusus, antaranya:


مَنْ زَارَنِيْ بِالْمَدِيْنَةَ مُحْتَسِبًا كُنْتُ لَهُ شَفِيْعًا وَشَهِيْدًا لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Barangsiapa yang menziarahi aku di Madinah dengan penuh keikhlasan, maka aku akan memberikan syafaat dan menjadi saksi (pembela) kepadanya di hari Kiamat”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dari jalan Anas bin Malik, tetapi hadis ini lemah kerana terdapat di dalam sanadnya Sulaiman bin Zaid al-Ka’bi, dia seorang yang lemah (وهو ضعيف الحديث). Hadis ini dari sanad ‘Amr. Diriwayatkan oleh Abu Daud at-Tayalisi dari jalan Umar, tetapi di dalam sanad-sanadnya terdapat orang yang majhul (وفى اسناده مجهول).


مَنْ حَجَّ الْبَيْتَ وَلَمْ يَزُرْنِيْ فَقَدْ جَفَانِيْ

“Barangsiapa yang pergi haji ke Baitullah dan tidak ziarah kepadaku, maka dia telah mengkasariku”.

(1). Hadis diriwayatkan oleh Imam Daruqutni, beliau berkata: Pada sanad hadis ini ada kecacatan, iaitu pada Muhammad bin Nu’man bin Syabil al-Bahili dari bapanya, keduanya (bapa dan anaknya) sangat lemah. Hadis ini adalah hadis lemah, bahkan hadis palsu atau hadis tipu (مكذوب).

(2). Hadis diriwayatkan oleh Al-Bazzar. Di dalam sanadnya terdapat Ibrahim al-Giffari, dia lemah (وهو ضعيف).

(3). Menurut imam az-Zahabi rahimahullah, bahawa hadis ini adalah hadis palsu. Ditegaskan dalam Al-Mizan. 111/237.

(4). Hadis diriwayatkan oleh al-Baihaqi, beliau berkata: Pada sanadnya terdapat orang yang tidak dikenali (majhul) (اسناده مجهول).

(5). Menurut Al-Albani bahawa hadis ini adalah palsu (موضوع). (Lihat: سلسلة الأحَديث الضعيفة والموضوعة No. 45. Al-Albani)

Hadis ini dari sanad Abdullah bin ‘Amr, tetapi didapati sangat lemah kerana di dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Nu’man bin Syabil al-Bahili dari ayahnya. Keduanya (Muhammad bin Nu’man dan ayahnya) sangat lemah sebagaimana dijelaskan di atas.


مَنْ زَارَنِيْ بَعْدَ مَوْتِيْ ، فَكَأَنَّمَا زَارَنِيْ فِى حَيَاتِيْ

“Barangsiapa yang menziarahi aku setelah aku meninggal, maka seakan-akan dia menziarahi ketika aku hidup”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Daruqutni, Abu Ya’la (dalam Musnad) dan Ibnu ‘Adi (dalam Kamil). Hadis ini lemah kerana dalam sanadnya terdapat Hafsah bin Daud yang mana dia terlalu lemah dalam hadis. Dan dalam sanad hadis ini terdapat orang yang majhul.

SOLAT ARBA’IN (SOLAT 40 WAKTU)

Sebahagian besar jamaah haji, lantaran kejahilan mereka dan gemar beramal sekalipun ternyata hadis yang dijadikan landasan lemah, palsu, mungkar dan sudah jelas perbuatan itu bid’ah, mereka masih berusaha dan bersungguh-sungguh agar dapat menunaikan solat fardu di masjid Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebanyak 40 waktu. Sedangkan hadis yang menjadi pegangan mereka (solat 40 waktu) adalah hadis lemah, iaitu hadis:


مَنْ صَلَّى فِى مَسْجِدِيْ أَرْبَعِيْنَ صَلاَةً لاَيَفُوْتَهُ صَلاَةٌ كُتِبَ لَهُ بَرَاءَ ةٌ مِنَ النَّارِ وَنَجَاةٌ مِنَ الْعَذَابِ وَبَرِىءٌ مِنَ النِّفَاقِ

“Barangsiapa menunaikan solat di masjidku empat puluh kali solat (40 waktu solat fardu) dengan tidak tertinggal walau satu solat pun, maka ditetapkan baginya bebas dari api neraka, selamat dari siksaan dan terbebas dari kemunafikan”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad 111/115 dan Tabrani dalam al-Mu’jamul Ausat 11/125. Sanadnya dari Abdur Rahman bin Abi Razaq, dari Nabith bin Amr, dari Anas bin Malik.

Berkata al-Albani rahimahullah: Sanad rawi hadis ini lemah, sebab Nabith tidak dikenal oleh para Muhaddisin (Ahli Hadis) kecuali dalam riwayat ini. (Lihat: سلسلة الأحاديث الضعيفة والموضوعة No. 364. Al-Albani)

Adapun hadis yang sahih ialah solat 40 hari, bukan 40 waktu, iaitu hadis:

“Barangsiapa solat berjamaah selama 40 hari, sempat bertakbiratul ihram (bersama imam), maka ditetapkan baginya dua kebebasan. Bebas dari api neraka dan bebas dari kemunafikan”. (Lihat: سلسلة الأحاديث الضعيفة والموضوعة No. 364. Al-Albani)

APA ITU HAJI AKHBAR?

Semua pekerjaan haji yang mabit di Mina, wuquf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan melontar di Mina adalah haji akbar. Tetapi terdapat keyakinan yang mendalam di kalangan sebahagian besar jamaah haji, iaitu meyakini kebesaran, kemuliaan dan haji akbar hanya terjadi khusus pada hari Jumaat (wuquf di Arafah yang berlaku pada hari Jumaat). Mereka yang berkeyakinan seperti itu kerana berpegang kepada hadis batil iaitu:


أَفْضَلُ اْلأَيَّامِ يَوْمُ عَرَفَةَ إِذَا وَافَقَا يَوْمُ الْجُمُعَةِ ، وَهُوَ أَفْضَلُ مِنْ سَبْعِيْنَ حَجَّةً فِى غَيْرِ جُمُعَةٍ

“Hari yang paling utama adalah hari Arafah, iaitu apabila bertepatan dengan hari Jumaat, ia lebih utama daripada tujuh puluh kali haji yang tidak pada hari Jumaat”.

Menurut Syeikh al-Albani rahimahullah: Hadis ini adalah hadis batil, tidak ada sumbernya. Az-Zaila’i berkata dalam Hasyiyati Ibnu Abidin 11/384, diriwayatkan oleh Razin bin Muawiyah dalam kitab Tajrid as-Sihah. (Lihat: سلسلة الأحاديث الضعيفة والموضوعة Hadis No. 207. Al-Albani)

Sebenarnya, semua pekerjaan haji yang semua jamaah wajib wuquf di Arafah, melontar, tawaf, sa’i dan bertahalul, tidak kira sama ada ia berlaku pada hari Jumaat atau di luar hari Jumaat, maka ia dinamakan sebagai haji akbar, tidak semestinya haji akbar itu di hari Jumaat. Allahu ‘alam.

Oleh:
Abu Farouq al-Atshary
http://fiqh-sunnah.blogspot.com