Wednesday, February 9, 2011

MENGAPANKAN JENAZAH

Mengkafani mayat dengan apa sahaja yang dapat menutupi tubuh mayatnya walaupun hanya dengan sehelai kain.

Hadis Khabbab bin Al-Arat r.a katanya:
Kami berhijrah bersama Rasulullah s.a.w di jalan Allah demi mengharapkan keredaan Allah, maka sudah sewajarnya kami diganjarkan dengan pahala oleh Allah. Di antara kami ada orang yang tidak sempat menikmati nikmat ganjaranNya di dunia, antaranya Mus'ab bin Umair. Dia terbunuh pada perang Uhud. Tidak ditemukan satu benda pun untuk mengapan mayatnya kecuali sehelai selimut. Apabila kami tutupkan selimut itu pada kepalanya, maka kedua kakinya keluar (tidak tertutup) dan ketika selimut itu kami tutupkan pada kedua kakinya, kepalanya pula kelihatan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Tutupkanlah selimut itu di kepalanya, manakala kedua kakinya tutuplah dengan izkhir iaitu sejenis rumput yang berbau wangi. Namun di antara kami ada juga orang-orang yang sempat mengecapi hasilnya iaitu berkesempatan merasakan ganjaranNya di dunia. HR Bukhari dan Muslim

Perkara-perkara yang disunatkan mengenai kain kafan :

1. Hendaklah kain yang baik , bersih dan menutupi seluruh badan.

- Rasulullah saw bersabda : Jika salah seorang diantaramu menyelengarakan saudaranya, hendaklah ia memilih kain kafannya yang baik.

2. Hendaklah kain kafan yang berwarna putih.

- "Pakailah diantara pakaian-pakaianmu yang putih warnanya, kerana itu merupakan pakaian yang terbaik dan kafanilah dengan itu jenazah-jenazahmu !" HR Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi,

3. Jenazah hendaklah di kapankan dengan 3 helai kain berwarna putih.

Tidak ada perbezaan bilangan kain kapan untuk jenazah lelaki atau perempuan, semua dikapankan dengan 3 helai kain. Adapun kain kapan tersebut tidak berbentuk baju, sorban atau kain yang dijahit, hadis-hadis tentang perkara ini adalah munkar, sebagaimana telah dijelaskan oleh Syaikh Nasiruddin al Albani dalam kitab ad-Dhaifah ( 5909 ).

Adapun hadis laila binti Qa if ath Tsaqafi didalam perkara mengkapankan anak Rasulullah s.a.w dengan 5 helai kain adalah tidak sah sanadnya. Kerana didalamnya ada Nuh bin Hakim at Tsaqafi, dia dikategorikan majhul sebagaimana dijelaskan oleh al Hafiz Ibnu Hajar dan lainnya, didalamnya juga ada illat ( kecacatan ) yang lain sebagaimana dijelaskan oleh al Zaila'i didalam kitab Nasabul al rayah ( 258/2 )
Dari Laila, ia berkata : " Akulah di antara orang yang memandikan Ummu Kalsum Binti Rasulullah s.a.w ketika meninggalnya. Mula-mula Rasulullah memberi kepada kami kain sarung, kemudia baju, kemudian tudung kepala, kemudian selimutnya, kemudian aku melipatnya sesudah itu dengan kain yang akhir. " HR Ahmad.

Begitu juga ada hadis yang menyerupainya seperti hadis yang menjelaskan pemandian anak Rasulullah s.a.w zainab dimana mafhum lafaz hadisnya : Maka kami kapankan dia ( Zainab ) dengan 5 kain. Hadis tersebut adalah Syaz atau munkar, sebagaimana di tahkik didalam kitab ad-Dhaifah al-Albani ( 5844 ). ( Rujuk kitab Ahkamul janaiz al Albani, ms 85 )

- Diterima dari Ummu 'Athiyyah bahawa Nabi saw telah mengulurkan kepadanya kain sarung, baju, selendang, dan dua helai kain ( untuk pembalut tubuh mayat ).
Tidak boleh berlebih-lebihan dalam mengkapankan mayat, tidak disunnahkan melebihi daripada 3 kain sahaja. Kerana melebihi 3 kain kapan menyanggahi dari banyak kain yang dikapankan ke pada Rasulullah s.a.w. Sebagaimana Rasulullah s.a.w dikapankan hanya dengan 3 kain sahaja. Lebih dari 3 kain kapan untuk mengelakkan pembaziran.
Dari Aisyah, katanya : Rasulullah s.a.w dikafani dengan 3 helai kain kafan putih bersih yang baru, buatan kurshuf ( sebuah negeri Yaman ) tanpa ghamis dan sorban. HR Bukhari dan Muslim.
Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.

4. Disunahkan jika ada kemudahan untuk memastikan bahawa satu diantara 3 helai kain kapan tersebut adalah kain hibarah ( kain yang bergaris dimana warna putih lebih banyak )

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :
Jika salah seorang diantara kamu meninggal, dan dia mendapatkan sesuatu ( kain ), maka kapankanlah dengan kain hibarah ( kain bergaris ). HR Abu daud

Dari Abu Zubair dari Jabir dengan lafaz yang bermaksud :
Barang siapa mendapat kemudahan, maka kapankanlah dengan kain hibarah ( kain yang bergaris ). HR Ahmad.

5. Hendaklah di asapi dengan wangi-wangian.

- Jika kamu mengasapi mayat, maka asapilah 3 kali. HR Ahmad.
Dari Abu sa'id, Ibnu Umar dan Ibnu Abbas mewasiatkan agar kain kafan diasapi dengan kayu cendana.

CARA MENGAPANKAN JENAZAH :

1. Bentangkan sehelai tikar ditempat yang hendak dikapankan jenazah. Aturkan diatas tikar itu 5 utas tali pengikat kapan : a. Tali dibahagian hujung kaki. b. Tali dibahagian lutut. c. Tali dibahagian pinggang ( perut ). d. Tali dibahagian dada. e. Tali dibahagian hujung kepala. Selanjutnya dibentangkan 3 helai kain kapan.

2. Tiap helai kain kapan hendaklah disapu dengan wangi-wangian seperti minyak wangi.

3. Kapas digunakan jika diperlukan, seperti adanya darah atau nanah terus keluar dan tidak boleh dielakkan, maka sepatutnya disumbat dengan kapas pada tempat yang keluar darah atau nanah tersebut. Kapas tidak perlu untuk menutupi bahagian tertentu dari tubuh mayat tanpa ada sebab apa-apa.

4. Setelah dibungkus dengan kain yang pertama iaitu kain yang teratas, maka dilanjutkan membungkus dengan kain kedua.

5. Hendaklah kain kapan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari helaian kain yang paling atas sampai yang paling bawah

6. Kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala.

Tuesday, February 8, 2011

AMALAN YANG DILARANG SAAT MENGIKUTI JENAZAH

1. Berzikir, membaca sesuatu atau pekerjaan lainnya dengansuara keras.

Berkata Quways bin 'Ubad : " Adalah pada sahabat Rasulullah saw membenci perkara mengangkat suara terhadap jenazah. Diriwayatkan oleh Baihaqi dan Ibnu Mubarak, Abu Nu'aim.

2. Mengiringkan dengan perapian,kerana itu merupakan suatu perbuatan jahiliyyah.

- Dari 'Amru bin Al-'Ash ra. Bekata sedangkan ia saat akan meninggal : " Jika aku meninggal maka jangan ikutkan aku dengan orang yang berbuat niyahah dan tidak juga api. HR Muslim.

3. Duduknya sipengiring sebelum jenazah ditaruh dibumi.

Berkata bukhari : " Barang siapa mengiring jenazah, janganlah ia duduk sebelum diletakkan dari bahu orang-orang yang memikul. Jika ada yang duduk, maka hendaklah ia disuruh untuk berdiri.

-Dari Abu Said al Khudri Rasulullah saw bersabda : " Jika kamu melihat jenazah maka hendaklah berdiri, dan siapa yang mengiringkannya, janganlah ia duduk sebelum diletakkan.

4. Berdiri ketika jenazah lewat.

- Berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ahmad dari Waqid bin 'Amar bin Sa'ad bin Mu'adz yang menceritakan : "Saya lihat jenazah lewat di bani salimah , lalu saya berdiri. Maka berkatalah Nafi' bin Jubeir : "Duduklah , dan saya akan terangkan pada anda keterangan sah mengenai ini :

" Mas'ud bin Hakim ar-Rusqi menyampaikan kepadaku bahawa ia mendengar Ali bin Abi Thalib ra. Berkata :

" Dulu Nabi saw menyuruh kami berdiri bila jenazah lewat, kemudian setelah itu ia duduk dan menyuruh kami supaya duduk". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim dengan kalimat yang berbunyi sebagai berikut : " Kami lihat nabi saw berdiri, maka kamipun berdirilah, laluia duduk maka kami duduk pula" artinya bila ada jenazah.
Hadis ini membatalkan-nasakh-hadis pada nombor ketiga ( perkara yang di makruhkan ) : "Jika kamu melihat jenazah , hendaklahkamu berdiri.

- Dari Ismail bin Mas'ud bin Al-Hakam Az-Zuraqi dari bapaknya berkata : " Saya telah melihat jenazah di 'Iraq, aku melihat ramai orang lelaki berdiri menunggu untuk diletakkan jenazah, dan aku melihat Ali bin Abi Thalib ra. Memberikan isyarat kepada mereka : Duduklah, kerana Nabi saw telah menyuruh kita untuk duduk setelah berdiri. HR Thahawi dengan sanad hasan.
( Lihat kitab Almausuu'ah alfiqhiyyah al muyassarah fii alkitab wa assunnah al muthaharah, bab mensolatkan jenazah, Ms 101, oleh Husein bin 'audah al 'awaysyah. )

5. Makruh bagi wanita untuk mengiringi jenazah.

- dari Ummu 'Athiyah , katanya : Kami dilarang buat mengiringkan jenazah , tetapi tidaklah dikerasi. HR Ahmad, Bukhari dan Ibnu Majah.

6. Membawa jenazah dengan kenderaan atau kereta khusus untuk jenazah, serta ramainya yang mengikuti jenazah sedang mereka di dalamnya. Perkara ini tidak disyariatkan, kerana ini adalah adat orang kafir, bercanggah kepada sunnah amaliyah Rasulullah saw dalam cara membaza jenazah, menghilangkan kesan dimana kita diperintah untuk membawa dan mengikuti jenazah hingga mengingatkan pada akhirat.

- Rasulullah saw bersabda : " Kunjungilah orang yang sakit, ikutilah jenazah, maka akan mengingatkan kamu kepada akhirat. HR Ibnu Abi Syaibah, Bukhari, Ibnu Hibban.

BAGAIMANA MEMBAWA JENAZAH DAN MENGIKUTINYA

1. Dituntut supaya mengusung dan mengiringi jenazah kerana ia antara hak-hak muslim sesama muslim.

- Dari Abu Hurairah ra. Berkata : " Saya mendengar Rasulullah saw berkata : Hak muslim teradap muslim ada lima : Menjawab salam, mengunjungi orang sakit, mengikuti jenazah, menunaikan panggilan ( jemputan ), dan mendoakan orang yang bersin ( batuk ) HR Bukhari dan Muslim

- Rasulullah saw bersabda : " Kunjungilah orang yang sakit, ikutilah jenazah, maka akan mengingatkan kamu kepada akhirat. HR Ibnu Abi Syaibah, Bukhari, Ibnu Hibban. ( Lihat kitab Almausuu'ah alfiqhiyyah al muyassarah fii alkitab wa assunnah al muthaharah, bab mensolatkan jenazah, Ms 88, oleh Husein bin 'audah al 'awaysyah. )
Hendaknya jenazah itu dihantar ke pusara dengan cara dipikul atau diusung melalui empat penjuru dengan mendahulukan kepalanya.

Sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Masud bermaksud:
"Barangsiapa menghantar mayat hendaklah memikul pada keempat penjuru keranda kerana cara yang sedemikian ialah sunah Nabi s.a.w"

2. Mengiringi jenazah ada 2 peringkat :
2.1 Mengiringi jenazah dari sisi keluarga sehingga disolatkannya
2.2 Mengiringi jenazah dari sisi keluarganya sehingga dikebumikannya.

Rasulullah s.a.w bersanda yang bermaksud :

Barang siapa yang menyaksikan jenazah sehingga disembahyangkan maka baginya qiraat dan barang siapa yang menyaksikannya sehingga dikebumikan maka baginya 2 qiraat. Baginda ditanya apa itu 2 qiraat? Baginda menjawab seperti 2 buah bukit yang besar. HR Bukhari dan Muslim.

3. Sunat dipercepatkan perjalanan tanpa berlari.

- Dari Abu Hurairah , bahawa Nsbi Bersabda : " Cepatlah kamu ( dalam menyelenggarakan jenazah ) kerana kalau ia baik berarti kamu cepat mempertemukannya dengan kebaikannya. Sebaliknya kalaulah buruk,berarti kamu segera meletakkan keburukanya dari atas pundaknya. HR Buhkari dan Muslim.

- Diriwayatkan oleh Ahmad, Nasai dan Abu Daud dari Abu Bakar ,katanya : " Akan kau lihat bahawa dalam mengantarkan jenazah itu , kami berserta Rasulullah saw seolah-olah berlari layaknya.

4. Harus/ mubah berjalan di hadapan atau dibelakang jenazah.

Dibolehkan berjalan didepannya, dibelakangnya, disamping kanannya, disamping kirinya, sehingga mendekat kepadanya kecuali orang yang berkendaraan. Maka hendaknya yang berkendaraan dibelakang jenazah.

- Dari Mughirah Ibnu Syu'bah berkata : Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : "Orang yang berkendaraan berada di belakang jenazah, orang yang berjalan hendaklah berjalan di belakangnya, didepannya, dari samping kanannya, dari samping kirinya, dekat dari padanya. HR Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmidzi, Nasai.
Sedangkan berjalan di depan dan dibelakang jenazah tsabit dari Rasulullah saw secara amalan, sebagaimana Anas bin Malik ra. Berkata : "Sesungguhnya Rasulullah saw dan Abu Bakar dan Umar mereka berjalan didepan jenazah dan dibelakangnya. HR Ibnu Majah dan Thahawi.

Adapun lebih utama adalah berjalan di belakang jenazah, berpegang dari sabda Raulullah saw :

- Rasulullah saw bersabda : " Kunjungilah orang yang sakit, ikutilah jenazah, maka akan mengingatkan kamu kepada akhirat. HR Ibnu Abi Syaibah, Bukhari, Ibnu Hibban. ( Lihat kitab Almausuu'ah alfiqhiyyah al muyassarah fii alkitab wa assunnah al muthaharah, bab mensolatkan jenazah, Ms 88, oleh Husein bin 'audah al 'awaysyah. )
Berkata Ali ra : " Berjalan di belakang jenazah lebih utama dari pada berjalan didepannya, seperti keutamaanya solat seseorang dengan berjamaah dari pada solat sendirian. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Ahmad dan Baihaqi ( Lihat Kitab Ahkamul janaiz ms. 92, Albani ).

- Mengenai kendaraan sewaktu menghantar jenazah, lebih utama adalah dengan berjalan. Menurut jumhur hukumnya makruh kecuali uzur. Sebaliknya sewaktu kembali maka mereka perbolehkan tanpa makruh, berdasarkan hadis dari Tsauban :

Bahawa Nabi saw. diberikan kendaraan sewaktu ia menghantar jenazah, tetapi Nabi tak hendak mengendarainya. Ketika hendak pulang, dibawakan pula kenderaan oleh seseorang kepadanya, maka dikendarainya.Ketika orang menanyakan hal itu kepadanya, maka sabda beliau : " Para malaikat berjalan kaki, hingga saya tak ingin berkenderaan sementara mereka hadir. Dan tatkala mereka telah pergi, sayapun menaiki kendaraan."
HR Abu Daud, Baihaqi dan oleh Hakim menyatakan sah menurut syarat bukhari dan Muslim

Monday, February 7, 2011

DUA ADZAN UNTUK SHOLAT SUBUH

Saya ingin menjelaskan tentang tatacara pelaksanaan adzan subuh, dimana didalam masyarakat kita masih banyak kekeliruan dalam memahaminya, serta tatacara pelaksanaannya. Walaupun ada sebagian masyarakat yang menganggap ini perkara khilafiyah, oleh karena itu tidak perlu dibahas karena akan menjadikan perpecahan. Namun bagi saya, ini perkara yang wajib di bahas, hanya adab dan akhlak cara pembahasan perlu kita perhatikan.

Cukup kita mengetahui suatu perkara dengan jelas, kemudian kita amalkan sejauhmana kemampuan kita. Tanpa harus menghina dan menghukum orang yang berbeda pendapat dengan kita.

Bagaimanakah adzan shubuh ini diamalkan oleh para Shahabat r.anhum atas petunjuk Rasulullah saw?

Tidak ada perbedaan pendapat dikalangan ulamak tentang adanya dua adzan untuk sholat subuh, Hanya ulamak berbeda pandangan sama ada meletakkan tastwib / ucapan Asholatu khairum minannaum pada adzan pertama atau pada adzan kedua.

Ulama-ulama yang mendukung pembacaan tastwib pada adzan kedua antara lain Syaikh bin Baaz dan Syaikh Utsaimin. Pada intinya mereka berpendapat bahwa maksud adzan pertama didalam hadits adalah adzan pertama setelah masuk waktu, yaitu adzan itu sendiri, sedangkan adzan keduanya adalah iqomat sebagaimana difahami dari hadits “baina kullu adzanaini ashsholat”.

Secara bahasa, tidak ada perbedaan antara makna adzan dan iqamah, iaitu seruan atau panggilan. Adapun secara istilah, makna adzan dan iqamah berbeda, begitu juga berbeda lafaz-lafaznya. Secara istilah adzan bermakna seruan sebagai tanda masuknya waktu sholat dengan lafaz-lafaz yang khusus. Adapun iqamah adalah seruan untuk mendirikan sholat dengan lafaz-lafaz yang khusus, tidak sama dengan adzan.
Dengan itu dapatlah kita pahami bahwa hadis “baina kullu adzanaini ashsholat”
adalah adzan bermakna secara bahasa, iaitu seruan. Bukan atas dasar makna secara istilah. Hadis diatas dapat kita pahami bahwa Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya
"Diantara dua adzan ( seruan adzan dan iqamah ) terdapat sholat".

Memang terjadi ikhtilaf/ perbezaan pendapat dalam hal ini, yaitu antara ulama-ulama hijaz seperi Syaikh Utsaimin dan Syaikh Bin Baaz dengan ulama-ulama di luar Hijaz seperti Syaikh Al Albani. Namun kita sebagai ahli sunah wal jamah, sepatutnya mengikuti pendapat ulamak yang bersandarkan kepada dalil dan keterangan dari pada amalan Nabi s a w dan para sahabat. Bukan hanya setakat pendapat ulamak sahaja. Pendapat ulamak boleh berbeza, tapi bagaimana Nabi s.a.w dan para sahabat melakukan azan subuh, itu yang kita amalkan.

DALIL-DALIL ADANYA ADZAN PERTAMA SEBELUM MASUK WAKTU SUBUH

Pertama : Dari Umar dan A’isyah ra berkata : Rasulullah saw bersabda: “Bahwasanya Bilal beradzan di malam hari (sebelum masuk waktu Shubuh). Karena itu makanlah dan minumlah sehingga Ibnu Ummi Mak-tum membaca Adzannya. Ibnu Ummi Maktum adalah orang buta, yang beradzan Shubuh di kala orang mengatakan kepadanya :”Telah pagi, telah pagi.” (Hadits Shahih Riwayat Al Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Kedua : Dari Ibnu Mas’ud ra me-nerangkan: Bahwasanya Rasulullah saw bersabda : “Janganlah adzan Bilal menghalangi kamu makan sahur. Ia membacakan adzan masih malam hari (sebelum masuk Shubuh) untuk memberi peringatan kepada orang yang shalat malam dan untuk membangunkan orang yang masih tidur.” (Hadits shahih Riwayat Al Jamaah selain At Tirmidzi)

Ketiga : Dari Abu Mahzurah ra berkata : “Adalah aku membaca adzan fajar yang pertama : hayya ‘alal falah, ash sholatu khairun minan naum, ash sholatu khairun minan naum. Allahu akbar Allahu akbar, laa ilaaha illa Allah (Hadits Riwayat Nasai, kata Ibnu Hazm sanadnya shahih).

Keempat : Dari Nafi’ Maula Ibnu Umar ra berkata: Ibnu Umar berkata: “hendaklah dibaca dalam adzan yang pertama dari Shubuh sesudah hayya alal falah : ash sholatu khairun minan naum dua kali”. (Hadits riwayat At Thabarani dan Al Baihaqi, kata Ibnu Hajar dalam At Talkhish : sanadnya hasan).

Kelima : Dari Abu Sulaiman ia berkata: bahwa Abu Mahdzurah ra membacakan tatswib (ash sholatu khairun minan naum) dalam adzan yang pertama dari sholat shubuh dengan perintah Nabi saw (Hadits riwayat Al Baihaqi).

Pendapat para ulama

1.Imam Al Baihaqi berkata: “Seluruh ulama membenarkan adanya adzan Shubuh yang dikumandangkan sebelum terbit fajar.”
Imam Nawawi dalam Syarah Muslim berkata : “Para ulama menetapkan, bahwa Bilal ditugaskan membaca adzan sebelum fajar . Sesudah ia membacakan adzannya, duduklah ia menunggu fajar sambil berdzikir. Apabila terbit fajar, ia mengambil wudhu. Sesudah itu dia naik untuk membacakan adzan yang kedua di permulaan fajar (shubuh).

2. Ibnu Hazm di dalam syarah Al Muhalla berkata : “Tidak boleh dilakukan adzan sebelum waktu shalat, selain shalat Shubuh saja. Untuk Shubuh boleh diadzankan dua kali, yang pertama sebelum terbit fajar, yang kedua setelah terbit fajar. Adzan yang kedua tidak boleh ditinggalkan, tidak boleh dicukupi dengan adzan yang pertama saja. Karena adzan yang pertama untuk sahur, yang kedua untuk shalat.”

3. Dalam Al Majmu Imam Nawawi berkata : “Semua pengikut Syafi’i berpendapat, bahwa menurut sunnah adzan Shubuh dua kali, sekali sebelum fajar dan sekali sesudahnya. Dan amat utama dilakukan oleh dua muadzin. Seorang untuk sebelum shubuh dan seorang sesudah fajar.”

4. Dinukilkan oleh Ibnu Jarir bahwa para ulama telah berijma menetapkan adzan sebelum waktu tidaklah sah. Hendaklah adzan itu dilakukan apabila telah masuk waktu, kecuali untuk shalat shubuh. Untuknya sah dilakukan adzan sebelum waktunya. Demikianlah pendapat Malik, Asy Syafi’i, Ahmad, Al Auzai, Abu Yusuf, Abu Tsaur, Ishaq dan Daud

5. Kata Ash Shan’ani di dalam Subulus Salam: “Hadits Abu Mahdzurah menegaskan bahwa tatswib (ash sholatu khairun minan naum) diucap-kan dalam adzan shubuh yang pertama, bukan dalam adzan yang kedua dan bukan dalam kedua-duanya.”

6. Kata Ibnu Ruslan : “Hadits Abu Mahdzurah telah disahkan sanadnya oleh Ibnu Khuzaimah, karena itu kita dapat menetapkan bahwa tatswib itu dituntut dalam adzan pertama sholat Shubuh, karena adzan itu diucapkan untuk membangunkan orang-orang. Adzan yang kedua untuk memberita-hu masuk waktu shalat, serupa adzan shalat yang lain.”

7. Imam Malik, Asy Syafi’i, Ahmad, Al Auzai, Abu Yusuf, Abu Tsaur, Ishaq, Daud dan jumhur ulama menetapkan : Dua Adzan untuk shalat shubuh.

Praktek Adzan Shubuh

Sebenarnya dengan melihat dalil-dalil diatas dan keterangan dari para Imam Madzhab, juga para ulama, cukuplah untuk dipahami bahwa memang adzan Shubuh dikerjakan dua kali. Yaitu adzan pertama ( adzan sebelum masuk waktu subuh ), dan adzan kedua ( adzan tanda masuk waktu subuh ).

Syaikh Al Bani berkata dalam kitab Tamamul minnah bahwa taswib disyariatkan pada adzan subuh yang pertama ( adzan sebelum masuk waktu subuh ), kira-kira 15 menit sebelum masuk waktu subuh, merujuk kepada hadis :
Dari Nafi’ Maula Ibnu Umar ra berkata: Ibnu Umar berkata: “hendaklah dibaca dalam adzan yang pertama dari Shubuh sesudah hayya alal falah : ash sholatu khairun minan naum dua kali”. (Hadits riwayat At Thabarani dan Al Baihaqi, kata Ibnu Hajar dalam At Talkhish : sanadnya hasan).

Bahkan inilah yang menjadi pendapat Imam Syafi’i, yang merupakan Imam Madzhab bagi mayoritas penduduk Muslim di Indonesia dan Malaysia. Akan tetapi dapat kita lihat sendiri bagaimana pengamalan dari warisan Rasulullah saw ini. Berapa masjid di Nusantara ini yang mengamalkan tuntunan Rasulullah ini. Bahkan setelah membaca dalil dan keterangan di atas, masih saja ada yang berkata dengan nada membantah, bahwa hal tersebut bid’ah dan tidak pernah dilakukan oleh sesepuh-sesepuh dan ulama-ulama mereka.

Sunday, February 6, 2011

BAGAIMANA KITA MELAKSANAKAN AQIQAH

APAKAH MAKNA AQIQAH?

Kata 'Aqiqah berasal dari bahasa arab. Secara bahasa ia bermakna 'memutus'. Adapun makna secara istilah 'Aqiqah berarti "menyembelih kambing pada hari ketujuh (dari kelahiran seorang bayi) sebagai ungkapan rasa syukur atas rahmat Allah swt berupa kelahiran seorang anak".

Imam Ibnul Qayyim rahimahulloh dalam kitabnya ‘Tuhfatul Maudud’ hal.25-26, mengatakan bahwa: Imam Jauhari berkata: Aqiqah ialah ‘Menyembelih hewan pada hari ketujuhnya dan mencukur rambutnya.’

Imam Ahmad rahimahulloh dan jumhur ulama berpendapat bahwa apabila ditinjau dari segi syar’i maka yang dimaksud dengan aqiqah adalah makna berkurban atau menyembelih (An-Nasikah).

ADAKAH AQIQAH SUNAH RASULULLAH S.A.W?

Aqiqah adalah amalan sunnah bagi pengikut Rasulullah s.a.w, amalan ini disunnahkan bagi orang islam yang mampu untuk melakukannya. Adapun dalil-dalil yang boleh dijadikan sebagai pegangan bahwa aqiqah disyariatkan oleh Islam adalah :

1. Dari Salman bin ‘Amir Ad-Dhabiy, dia berkata: Rasululloh bersabda: ‘Aqiqah dilaksanakan karena kelahiran bayi, maka sembelihlah hewan dan hilangkanlah semua gangguan darinya.’ [Shahih Hadits Riwayat Bukhari (5472), untuk lebih lengkapnya lihat Fathul Bari (9/590-592), dan Irwaul Ghalil (1171), Syaikh Albani]
Makna menghilangkan gangguan adalah mencukur rambut bayi atau menghilangkan semua gangguan yang ada [Fathul Bari (9/593) dan Nailul Authar (5/35), Cetakan Darul Kutub Al-’Ilmiyah, pent]

2. Dari Fatimah binti Muhammad ketika melahirkan Hasan, dia berkata: Rasulullah bersabda: ‘Cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang miskin seberat timbangan rambutnya.’ [Sanadnya Hasan, Hadits iwayat Ahmad (6/390), Thabrani dalam ‘Mu’jamul Kabir’ 1/121/2, dan al-Baihaqi (9/304) dari Syuraiq dari Abdillah bin Muhammad bin Uqoil]

Dari dalil-dalil yang diterangkan di atas maka dapat diambil hukum-hukum mengenai seputar aqiqah dan hal ini dicontohkan oleh Rasulullah para sahabat serta para ulama salafus sholih.

APAKAH HUKUM AQIQAH ?

Status hukum 'Aqiqah adalah sunnah. Hal tersebut sesuai dengan pandangan mayoritas ulama, seperti Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Malik, dengan berdasarkan dalil di atas. Para ulama itu tidak sependapat dengan yang mengatakan wajib, dengan menyatakan bahwa seandainya 'Aqiqah wajib, maka kewajiban tersebut menjadi suatu hal yang sangat diketahui oleh agama. Dan seandainya 'Aqiqah wajib, maka Rasulullah saw juga pasti telah menerangkan akan kewajiban tersebut.
Beberapa ulama seperti Imam Hasan Al-Bashri, juga Imam Laits, berpendapat bahwa hukum 'Aqiqah adalah wajib. Pendapat ini berdasarkan Hadits :

Dari Samurah bin Jundab dia berkata: Rasulullah bersabda: ‘Semua anak bayi tergadaikan /dituntut dengan aqiqahnya yang pada hari ketujuhnya disembelih hewan (kambing), diberi nama dan dicukur rambutnya.’ [Shahih, Hadits Riwayat Abu Dawud 2838, Tirmidzi 1552, Nasa’I 7/166, Ibnu Majah 3165, Ahmad 5/7-8, 17-18, 22, Ad Darimi 2/81, dan lain-lainnya]

Mereka berpendapat bahwa Hadits ini menunjukkan dalil wajibnya 'Aqiqah dan menafsirkan Hadits ini bahwa seorang anak tertahan syafaatnya bagi orang tuanya hingga ia di-'Aqiqah-i. Ada juga sebagian ulama yang mengingkari disyariatkannya 'Aqiqah, tetapi pendapat ini tidak berdasar sama sekali. Dengan demikian, pendapat mayoritas ulama lebih utama untuk diterima karena dalil-dalilnya, bahwa 'Aqiqah adalah sunnah.

Al-Allamah Imam Asy-Syaukhani rahimahulloh berkata dalam Nailul Authar (6/213): ‘Jumhur ulama berdalil atas sunnahnya aqiqah dengan hadist Nabi:
Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya, dari kakeknya, Rasulullah bersabda: ‘Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) karena kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.’ [Sanadnya Hasan, Hadits Riwayat Abu Dawud (2843), Nasa’I (7/162-163), Ahmad (2286, 3176) dan Abdur Razaq (4/330), dan shahihkan oleh al-Hakim (4/238)]

APAKAH AQIQAH DILAKSANAKAN PADA HARI KETUJUH?

Para ulama berpendapat dan sepakat bahwa waktu aqiqah yang paling utama adalah hari ketujuh dari hari kelahirannya. Pendapat dan kesepakatan tersebut berdasarkan hadist dari Samurah bin Jundab :
Dari Samurah bin Jundab dia berkata: Rasulullah bersabda: ‘Semua anak bayi tergadaikan dengan aqiqahnya yang pada hari ketujuhnya disembelih hewan (kambing), diberi nama dan dicukur rambutnya.’ [Shahih, Hadits Riwayat Abu Dawud 2838, Tirmidzi 1552, Nasa’i 7/166, Ibnu Majah 3165, Ahmad 5/7-8, 17-18, 22, Ad Darimi 2/81, dan lain-lainnya]

Namun mereka berselisih pendapat tentang bolehnya melaksanakan aqiqah sebelum hari ketujuh atau sesudahnya. Diantara para ulamak yang berpendapat tentang masalah ini adalah :

1. Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahulloh berkata dalam kitabnya ‘Fathul Bari’ (9/594):
‘Sabda Rasulullah pada perkataan ‘pada hari ketujuh kelahirannya’ (hadist dari Samurah bin Jundab ), ini sebagai dalil bagi orang yang berpendapat bahwa waktu aqiqah itu adanya pada hari ketujuh dan orang yang melaksanakannya sebelum hari ketujuh berarti tidak melaksanakan aqiqah tepat pada waktunya. bahwasannya syariat aqiqah akan gugur setelah lewat hari ketujuh. Dan ini merupakan pendapat Imam Malik. Beliau berkata: ‘Kalau bayi itu meninggal sebelum hari ketujuh maka gugurlah sunnah aqiqah bagi kedua orang tuanya.’

2. Sebagian membolehkan melaksanakannya sebelum hari ketujuh. Pendapat ini dinukil dari Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya ‘Tuhfatul Maudud’ hal.35.

3. Sebagian lagi berpendapat boleh dilaksanakan setelah hari ketujuh. Pendapat ini dinukil dari Ibnu Hazm dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ 7/527.

4. Sebagian ulama lainnya membatasi waktu pada hari ketujuh dari hari kelahirannya. Jika tidak bisa melaksanakannya pada hari ketujuh maka boleh pada hari ke-14, jika tidak bisa boleh dikerjakan pada hari ke-21. Berdalil dari riwayat Thabrani dalm kitab ‘As-Shagir’ (1/256) dari Ismail bin Muslim dari Qatadah dari Abdullah bin Buraidah:

‘Kurban untuk pelaksanaan aqiqah, dilaksanakan pada hari ketujuh atau hari ke-14 atau hari ke-21.’

Namun riwayat diatas lemah, tidak boleh dijadikan dalil. Sebagaimana penjelasan Abu Muhammah ‘ishom Bin Mar’i, Penulis kitab ahkamul ‘aqiqah, mengatakan bahwa: ‘Dia (Ismail) seorang rawi yang lemah karena buruk hafalannya, seperti dikatakan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dalam ‘Fathul Bari’ (9/594).’ Dan dijelaskan pula tentang kedhaifannya bahkan hadist ini mungkar dan mudraj].

Dari perbedaan pendapat diatas, dapat diambil kesimpulan bahwa pendapat yang utama adalah pendapat dimana waktu pelaksanaan aqiqah adalah pada hari ketujuh, tidak sebelumnya dan tidak juga sesudahnya. Perkara ini disebabkan lemahnya hadis-hadis akan sunahnya aqiqah setelah hari ketujuh atau sebelumnya.

Seorang muslim sepatutnya mengaqiqahkan bayinya pada hari ketujuh, jika tidak mampu melaksanakan aqiqah pada hari ketujuh, maka terlepaslah kewajibannya. Tidak ada dosa baginya, karena hukum aqiqah itu sendiri adalah sunah, dan dalil-dalil yang berkenaan aqiqah sebelum dan sesudah hari ketujuh adalah lemah. Namun jika ada juga yang melaksanakan aqiqah sebelum atau sesudah hari ketujuh, karena berpegang pada pendapat ulama, maka sepatutnya kita sampaikan perkara ini. Jika mereka menerima, alhamdulillah. Jika mereka menolak dan tetap melaksanakan aqiqah sebelum atau sesudah hari ke tujuh, disebabkan itulah ilmu dan keyakinan mereka, tanpa ada niat untuk menolak kebenaran, maka cukuplah kita berdoa kebaikan untuk mereka.

Untuk perkara seperti ini, semoga Allah memafkan mereka, karena mereka melakukan suatu amalan diluar pengetahuan mereka, pada pandangan saya mereka tidaklah berdosa, karena perkara ini adalah masalah fiqhiyah dalam bab furu’ atau cabang, bukan masalah akidah. Untuk kita saling bersikap hikmah adalah sangat diperlukan.

BERSEDEKAH DENGAN PERAK SEBERAT TIMBANGAN RAMBUT

Diantara amalan aqiqah adalah mencukur rambut bayi, kemudian menimbang rambut tersebut, dan bersedekah dengan uang senilai dengan perak seberat timbangan rambut bayi itu. Diantara ulamak yang berpendapat demikian adalah al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Imam Ahmad, dan lain -lain.’ Amalan seperti ini berhujahkan kepada :
Dari Fatimah binti Muhammad ketika melahirkan Hasan, dia berkata: Rasulullah bersabda: ‘Cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang miskin seberat timbangan rambutnya.’ [Sanadnya Hasan, Hadits iwayat Ahmad (6/390), Thabrani dalam ‘Mu’jamul Kabir’ 1/121/2, dan al-Baihaqi (9/304) dari Syuraiq dari Abdillah bin Muhammad bin Uqoil]

Adapun hadist tentang perintah untuk bersedekah dengan emas, ini adalah hadit dhoif/ lemah.

BOLEHKAH ORANG DEWASA MENGAQIQAHKAN DIRINYA SENDIRI?

Untuk orang dewasa, tidak ada kewajiban baginya untuk mengaqiqahkan dirinya disebabkan belum diaqiqahkan pada hari ke tujuh dari kelahirannya. Karena hal itu tidak ada contoh dan keterangan yang shahih dari Rasulullah.s.a.w.
Sebagian ulama mengatakan: “Seseorang yang tidak diaqiqahi pada masa kecilnya maka boleh melakukannya sendiri ketika sudah dewasa”. Mungkin mereka berpegang dengan hadist Anas yang berbunyi: ‘Rasulullah mengaqiqahi dirinya sendiri setelah beliau diangkat sebagai nabi.’ [Dhaif mungkar, Hadits Riwayat Abdur Razaq (4/326) dan Abu Syaikh dari jalan Qatadah dari Anas]

Sebenarnya mereka tidak punya hujjah sama sekali karena hadistnya dhaif dan mungkar. Telah dijelaskan pula bahwa aqiqah hanya pada satu waktu (tidak ada waktu lain) yaitu pada hari ketujuh dari hari kelahirannya.

BERAPAKAH JUMLAH KAMBING UNTUK BAYI LELAKI DAN PEREMPUAN?

Untuk bayi laki-laki disunahkan menyembeliah dua ekor kambing, adapun untuk bayi perempuan cukup satu ekor kambing. Pendapat ini di perkuat dengan dalil :

1. Dari Aisyah dia berkata: Rasulullah bersabda: ‘Bayi laki-laki diaqiqahi dengan dua kambing yang sama dan bayi perempuan satu kambing.’ [Shahih, Hadits Riwayat Ahmad (2/31, 158, 251), Tirmidzi (1513), Ibnu Majah (3163), dengan sanad hasan]

2. Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya, dari kakeknya, Rasulullah bersabda: ‘Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) karena kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.’ [Sanadnya Hasan, Hadits Riwayat Abu Dawud (2843), Nasa’I (7/162-163), Ahmad (2286, 3176) dan Abdur Razaq (4/330), dan shahihkan oleh al-Hakim (4/238)]

Berdasarkan hadist diatas, dari Aisyah dan ‘Amr bin Syu’aib. “Setelah menyebutkan dua hadist diatas, al-Hafidz Ibnu Hajar berkata dalam ‘Fathul Bari’ (9/592): ‘Semua hadist yang semakna dengan ini menjadi hujjah bagi jumhur ulama dalam membedakan antara bayi laki-laki dan bayi perempuan dalam masalah aqiqah.’
Imam Ash-Shan’ani rahimahulloh dalam kitabnya ‘Subulus Salam’ (4/1427) mengomentari hadist Aisyah tersebut diatas dengan perkataannya: ‘Hadist ini menunjukkan bahwa jumlah kambing yang disembelih untuk bayi perempuan ialah setengah dari bayi laki-laki.’

Al-’Allamah Shiddiq Hasan Khan rahimahulloh dalam kitabnya ‘Raudhatun Nadiyyah’ (2/26) berkata: ‘Telah menjadi ijma’ ulama bahwa aqiqah untuk bayi perempuan adalah satu kambing.’

BOLEHKAH AQIQAH BAYI LAKI-LAKI DENGAN SATU KAMBING?

Sebagian ulama berpendapat boleh mengaqiqahi bayi laki-laki dengan satu kambing yang dinukil dari perkataan Abdullah bin ‘Umar, ‘Urwah bin Zubair, Imam Malik dan lain-lain, mereka semua berdalil dengan hadist Ibnu Abbas sebagai berikut :
Dari Ibnu Abbas bahwasannya Rasulullah bersabda: ‘Menaqiqahi Hasan dan Husain dengan satu kambing dan satu kambing.’ [HR Abu Dawud (2841) Ibnu Jarud dalam kitab al-Muntaqa (912) Thabrani (11/316) dengan sanadnya shahih sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Daqiqiel ‘Ied]

Tetapi al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahulloh berkata dalam kitabnya ‘Fathul Bari’ (9/592): ‘...meskipun hadist riwayat Ibnu Abbas itu tsabit (shahih), tidaklah menafikan hadist mutawatir yang menentukan dua kambing untuk bayi laki-laki. Maksud hadist itu hanyalah untuk menunjukkan bolehnya mengaqiqahi bayi laki-laki dengan satu kambing’.’

Sunnah ini hanya berlaku untuk orang yang tidak mampu melaksanakan aqiqah dengan dua kambing. Jika dia mampu maka sunnah yang shahih adalah laki-laki dengan dua kambing.

BOLEHKAH AQIQAH DENGAN UNTA ATAU LEMBU?

Tidak ada keterangan yang shahih dari Rasulullah s.a.w tentang bolehnya aqiqah dengan selain kambing. Bagi yang ingin melaksanakan aqiqah, sepatutnya dia menyembelih kambing. Karena itu sesuai dan menepati sunah Rasulullah s.a.w. Sebagaimana merujuk kepada hadis Aisyah :

Dari Aisyah dia berkata: Rasulullah bersabda: ‘Bayi laki-laki diaqiqahi dengan dua kambing yang sama dan bayi perempuan satu kambing.’ [Shahih, Hadits Riwayat Ahmad (2/31, 158, 251), Tirmidzi (1513), Ibnu Majah (3163), dengan sanad hasan]
Dalam ‘Fathul Bari’ (9/593) al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahulloh menerangkan: ‘Para ulama mengambil dalil dari penyebutan syaatun dan kabsyun (kibas, anak domba yang telah muncul gigi gerahamnya) untuk menentukan kambing buat aqiqah.’ Menurut beliau: ‘Tidak sah aqiqah seseorang yang menyembelih selain kambing’.
Sebagian ulama berpendapat dibolehkannya aqiqah dengan unta, sapi, dan lain-lain. Tetapi pendapat ini lemah karena:

[1]. Hadist-hadist shahih yang menunjukkan keharusan aqiqah dengan kambing semuanya shahih, sebagaimana pembahasan sebelumnya.

[2]. Hadist-hadist yang mendukung pendapat dibolehkannya aqiqah dengan selain kambing adalah hadist yang talif saqith alias dha’if.

APAKAH PERSYARATAN KAMBING AQIQAH ?

Adalah pendapat dari Imam As-Shan’ani, Imam Syaukani, dan Iman Ibnu Hazm bahwa kambing aqiqah tidak disyaratkan harus mencapai umur tertentu atau harus tidak cacat sebagaimana kambing Idul Adha, meskipun yang lebih utama adalah yang tidak cacat.

Imam As-Shan’ani dalam kitabnya ‘Subulus Salam’ (4/1428) berkata: “Pada lafadz syaatun (dalam hadist sebelumnya) menunjukkan persyaratan kambing untuk aqiqah tidak sama dengan hewan kurban. Adapun orang yang menyamakan persyaratannya, mereka hanya berdalil dengan qiyas.’

Imam Syaukhani dalam kitabnya ‘Nailul Authar’ (6/220) berkata: ‘Sudah jelas bahwa konsekuensi qiyas semacam ini akan menimbulkan suatu hukum bahwa semua penyembelihan hukumnya sunnah, sedang sunnah adalah salah satu bentuk ibadah. Dan saya tidak pernah mendengar seorangpun mengatakan samanya persyaratan antara hewan kurban (Idul Adha) dengan pesta-pesta (sembelihan) lainnya. Oleh karena itu, jelaslah bagi kita bahwa tidak ada satupun ulama yang berpendapat dengan qiyas ini sehingga ini merupakan qiyas yang bathil.’

Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya ‘Al-Muhalla’ (7/523) berkata: ‘Orang yang melaksanakan aqiqah dengan kambing yang cacat, tetap sah aqiqahnya sekalipun cacatnya termasuk kategori yang dibolehkan dalam kurban Idul Adha ataupun yang tidak dibolehkan. Namun lebih baik (afdhol) kalau kambing itu bebas dari catat.’

BOLEHKAH MENGUSAPKAN KHULUQUN ( SEJENIS MINYAK WANGI ) DI ATAS KEPALA BAYI ?

Diantara amalan sunah adalah mengusapkan apa-pa sejenis minyak wangi ke atas kepala bayi saat pelaksanaan aqiqah, sebagai ganti dari pada tradisi jahiliyah dimana mereka mengusapkan darah sembelihan kambing keatas kepala bayi. Amalan ini merujuk kepada :

‘Dari Aisyah berkata: Dahulu ahlul kitab pada masa jahiliyah, apabila mau mengaqiqahi bayinya, mereka mencelupkan kapas pada darah sembelihan hewan aqiqah. Setelah mencukur rambut bayi tersebut, mereka mengusapkan kapas tersebut pada kepalanya ! Maka Rasulullah bersabda: ‘Jadikanlah (gantikanlah) darah dengan khuluqun (sejenis minyak wangi).’ [Shahih, diriwayatkan oleh Ibnu Hibban (5284), Abu Dawud (2743), dan disahihkan oleh Hakim (2/438)]

Al-llamah Syaikh Al-Albani dalam kitabnya ‘Irwaul Ghalil’ (4/388) berkata: ‘Mengusap kepala bayi dengan darah sembelihan aqiqah termasuk kebiasaan orang-orang jahiliyah yang telah dihapus oleh Islam.’
Al-’Allamah Imam Syukhani dalam, kitabnya ‘Nailul Aithar’ (6/214) menyatakan: ‘Jumhur ulama memakruhkan (membenci) at-tadmiyah (mengusap kepala bayi dengan darah sembelihan aqiqah)..’

Sedangkan pendapat yang membolehkan dengan hujjah dari Ibnu Abbas bahwasannya dia berkata: ‘Tujuh perkara yang termasuk amalan sunnah terhadap anak kecil ….. dan diusap dengan darah sembelihan aqiqah.’ [Hadits Riwayat Thabrani], maka ini merupakan hujjah yang dhaif dan mungkar.

BOLEHKAH MENGHANCURKAN TULANGNYA [DAGING SEMBELIHAN AQIQAH] SEBAGAIMANA SEMEBLIHAN LAINNYA?

Inilah kesepekatan para ulama, yakni boleh menghancurkan tulangnya, seperti ditegaskan Imam Malik dalam ‘Al-Muwaththa’ (2/502), karena tidak adanya dalil yang melarang maupun yang menunjukkan makruhnya. Sedang menghancurkan tulang sembelihan sudah menjadi kebiasan disamping ada kebaikannya juga, yaitu bisa diambil manfaat dari sumsum tersebut untuk dimakan.
Adapun pendapat yang menyelisihinya berdalil dengan hadist yang dhaif, diantaranya adalah:

[1]. Bahwasannya Rasulullah bersabda: ‘Janganlah kalian menghancurkan tulang sembelihannya.’ [Hadist Dhaif, karena mursal terputus sanadnya, Hadits Riwayat Baihaqi (9/304)]
[2]. Dari Aisyah dia berkata: ‘….termasuk sunnah aqiqah yaitu tidak menghancurkan tulang sembelihannya….’ [Hadist Dhaif, mungkar dan mudraj, Hadits Riwayat. Hakim (4/283]
Kedua hadist diatas tidak boleh dijadikan dalil karena keduanya tidak shahih. [lihat kitab ‘Al-Muhalla’ oleh Ibnu Hazm (7/528-529)].

DISUNNAHKAN MEMASAK DAGING SEMBELIHAN AQIQAH DAN TIDAK MEMBERIKANNYA DALAM KEADAAN MENTAH

Imam Ibnu Qayyim rahimahulloh dalam kitabnya ‘Tuhfathul Maudud’ hal.43-44, berkata: ‘Memasak daging aqiqah termasuk sunnah. Yang demikian itu, karena jika dagingnya sudah dimasak maka orang-orang miskin dan tetangga (yang mendapat bagian) tidak merasa repot lagi. Dan ini akan menambah kebaikan dan rasa syukur terhadap nikmat tersebut. Para tetangga, anak-anak dan orang-orang miskin dapat menyantapnya dengan gembira. Sebab orang yang diberi daging yang sudah masak, siap makan, dan enak rasanya, tentu rasa gembiranya lebih dibanding jika daging mentah yang masih membutuhkan tenaga lagi untuk memasaknya …..Dan pada umumnya, makanan syukuran (dibuat dalam rangka untuk menunjukkan rasa syukur) dimasak dahulu sebelum diberikan atau dihidangkan kepada orang lain.’

TIDAK SAH AQIQAH SESEORANG KALAU DAGING SEMBELIHANNYA DIJUAL

Imam Ibnu Qayyim rahimahulloh dalam kitabnya ‘Tuhfathul Maudud’ hal.51-52, berkata: Aqiqah merupakan salah satu bentuk ibadah (taqarrub) kepada Alloh Ta'ala. Barangsiapa menjual daging sembelihannya sedikit saja maka pada hakekatnya sama saja tidak melaksanakannya. Sebab hal itu akan mengurangi inti penyembelihannya. Dan atas dasar itulah, maka aqiqahnya tidak lagi sesuai dengan tuntunan syariat secara penuh sehingga aqiqahnya tidak sah. Demikian pula jika harga dari penjualan itu digunakan untuk upah penyembelihannya atau upah mengulitinya’ [lihat pula ‘Al-Muwaththa’ (2/502) oleh Imam Malik].

ORANG YANG AQIQAH BOLEH MEMAKAN, BERSEDEKAH, MEMBERI MAKAN, DAN MENGHADIAHKAN DAGING SEMEBELIHANNYA, TETAPI YANG LEBIH UTAMA JIKA SEMUA DIAMALKAN

Imam Ibnu Qayyim rahimahulloh dalam kitabnya ‘Tuhfathul Maudud’ hal.48-49, berkata: ‘Karena tidak ada dalil dari Rasulullah tentang cara penggunaan atau pembagian dagingnya maka kita kembali ke hukum asal, yaitu seseorang yang melaksanakan aqiqah boleh memakannya, memberi makan dengannya, bersedekah dengannya kepada orang fakir miskin atau menghadiahkannya kepada teman-teman atau karib kerabat. Akan tetapi lebih utama kalau diamalkan semuanya, karena dengan demikian akan membuat senang teman-temannya yang ikut menikmati daging tersebut, berbuat baik kepada fakir miskin, dan akan memuat saling cinta antar sesama teman. Kita memohon taufiq dan kebenaran kepada Alloh Ta'ala’. [lihat pula ‘Al-Muwaththa’ (2/502) oleh Imam Malik].

JIKA AQIQAH BERTETAPAN DENGAN IDUL QURBAN, MAKA TIDAK SAH KALAU MENGERJAKAN SALAH SATUNYA [SATU AMALAN DUA NIAT]

‘Dalam masalah ini pendapat yang benar adalah tidak sah menggabungkan niat aqiqah dengan kurban, kedua-duanya harus dikerjakan. Sebab aqiqah dan adhiyah (kurban) adalah bentuk ibadah yang tidak sama jika ditinjau dari segi bentuknya dan tidak ada dalil yang menjelaskan sahnya mengerjakan salah satunya dengan niat dua amalan sekaligus. Sedangkan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah dan Alloh Ta'ala tidak pernah lupa.’

ADAB MENGHADIRI JAMUAN AQIQAH

Diantara bid’ah ( amalan yang tidak di contohkan Nabi s.a.w. ) yang sering dikerjakan khususnya oleh ahlu ilmu adalah memberikan ceramah yang berkaitan dengan hukum aqiqah dan adab-adabnya serta yang berkaitan dengan masalah kelahiran ketika berkumpulnya orang banyak (undangan) di acara aqiqahan pada hari ketujuh.
Jadi saat undangan pada berkumpul di acara aqiqahan, mereka membuat suatu acara yang berisi ceramah, rangkaian do’a-do’a, barzanji dan bentuk-bentuk seperti ibadah lainnya, yang mereka meyakini bahwa semuanya termasuk dari amalan yang baik, padahal tidak lain hal itu adalah bid’ah.

Perbuatan semacam itu tidak pernah dicontohkan dalam sunnah yang shahih bahkan dalam dha’if sekalipun !! Dan tidak pernah pula dikerjakan oleh Salafush Sholih rahimahumulloh. Seandainya perbuatan ini baik niscaya mereka sudah terlebih dahulu mengamalkannya daripada kita. Dan ini termasuk dalam hal bid’ah-bid’ah lainnya yang sering dikerjakan oleh sebagian masyarakat kita dan telah masuk sampai ke depan pintu rumah-rumah kita.

Sedangkan yang disyariatkan disini adalah bahwa berkumpulnya kita di dalam acara aqiqahan hanyalah untuk menampakkan kesenangan serta menyambut kelahiran bayi dan bukan untuk rangkaian ibadah lainnya yang dibuat-buat.
Sedang sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad . Semua kabaikan itu adalah dengan mengikuti Salaf dan semua kejelekan ada pada bid’ahnya Khalaf.

Saturday, February 5, 2011

PANDUAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

PADA HARI PERTAMA

Ada beberapa amalan yang patut dilakukan oleh orang tua dalam menyambut kelahiran bayinya pada hari pertama, yaitu :

Pertama: Memberi nama yang baik. Tidak disyariatkan adzan dan iqamah untuk bayi yang baru lahir, kerana hadis-hadis tentang masalah ini adalah lemah.

Pada hari pertama kelahiran seorang bayi, sebaiknya diutamakan untuk memberi nama yang baik, amalan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w saat lahir anaknya, kemudian diberi nama Ibrahim.

Telah diriwayatkan Anas ibn Maalik bersabda: Rasulullah (SAW) bersabda: “Seorang anak telah dilahirkan kepada ku malam tadi dan aku memanggilnya dengan nama bapa ku Ibrahim.”Riwayat Muslim, 2315

Bayi yang baru lahir sebaiknya diberikan nama yang baik, seperti ‘Abdullah atau ‘Abdul Raman. Perkara ini merujuk kepada riwayat dari Naafi’ yang Ibn ‘Umar berkata: Rasulullah (SAW) bersabda : “Nama-nama kamu yang disukai Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdul Raman.” (Riwayat Muslim, 2132)

Adalah mustahabb (digalakkan) untuk memberi anak-anak itu nama Nabi:
Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud)

Kedua: Mentahnik

Antara sunnah yang perlu diamalkan terhadap bayi ialah `tahnik’, iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma. Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga merata. Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain.

Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh.
Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)

Ketiga: Memberi ucap selamat/tahniah dan mendo'akan keberkahan

Antara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah setiap muslim dianjurkan memberi ucap selamat dengan mendoakan kesejahteraan anak dan ibubapanya, serta turut sama bergembira.

Firman Allah Taala: Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang dia sedang berdiri sembahyang di mihrab (katanya), "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya.. (3:39)

Ibnu Qaiyim al-Jauziyah menyebutkan di dalam Tuhfatul Maudud, dari Abu Bakar al-Munzir, bahwa dia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Basri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya ada seorang lelaki yang baru dianugerahi seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak itu: "Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda." Hasan al-Basri berkata kepada lelaki itu: "Apakah kamu tahu, apakah dia seorang penunggang kuda atau penunggang keledai?" Lelaki itu bertanya: "Jadi bagaimana cara kami mengucapkannya?" Hasan al-Basri menjawab: "Katakanlah, semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga ia mencapai masa balighnya."

PADA HARI KETUJUH

Pada hari ketujuh dari kelahiran seorang bayi, ada beberapa perkara yang sunah dilakukan oleh orang tua terhadap bayinya, yaitu :

Pertama: Memberi nama kalau kita tidak menamakannya pada hari pertama
Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Dapat disimpulkan dari hadis-hadis berkenaan bahawa Islam memberi kelonggaran terhadap tempoh pemberian nama anak. Boleh pada hari pertama, boleh dilewatkan pada hari ketujuh.
Adalah mustahabb (digalakkan) untuk menamakan anak itu pada hari ke tujuh, tetapi tiada salah untuk menamakan nya pada hari kelahiran nya, sebab hadith yang dipetik diatas.

Telah diriwayatkan dari Samurah ibn Jundub yang Rasulullah (SAW) bersabda: “Setiap anak berada dalam tuntutan untuk ‘aqiqah nya yang sepatutnya disembelih untuknya pada hari ke tujuh, kepala nya harus dicukur dan dia diberi nama.
Diriwayatkan oleh Abu Daud, 2838; disahihkan oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami’, 4541

Ibn al-Qayyim berkata:
Tujuan memberi nama adalah untuk mengenal-pasti sesuatu itu, kerana jika sesuatu yang tiada nama maka susah untuk merujuk nya. Jadi dibenarkan untuk menamakan anak pada hari kelahirannya, dan dibenarkan untuk menangguhkan memberi nama hingga hari ketiga, atau sehingga hari ‘aqiqah, atau sebelum atau selepas itu. Hal ini adalah besar ruangnya” Tuhfat al-Mawlud, halaman 111

Kedua: Aqiqah dengan menyembelih kambing, memasaknya, dan membuat majelis kenduri.
Antara sunah menyambut kelahiran bayi ialah beraqiqah. Hadis Rasulullah s.a.w.: Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)
Dari Aisyah dia berkata: Rasulullah bersabda: ‘Bayi laki-laki diaqiqahi dengan dua kambing yang sama dan bayi perempuan satu kambing.’ [Shahih, Hadits Riwayat Ahmad (2/31, 158, 251), Tirmidzi (1513), Ibnu Majah (3163), dengan sanad hasan]
Berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain bahawa aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi.

Ketiga: Mencukur rambut dan disedekahkan timbangan rambut itu dengan nilai perak kepada orang-orang fakir miskin.

Antara sunnah menyambut kelahiran anak ialah mencukur kepada anak pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan perak seberat timbangan rambutnya itu.

Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan perkara ini, antaranya ialah:
Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)

Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan.

Pada hari ketujuh ini, sunat mencukur rambut bayi. Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, maksudnya: "Rasulullah saw telah menyuruh agar dicukur rambut Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua, lalu dicukur dan disedekahkan timbangan rambut itu dengan nilai perak."

Setelah rambut bayi itu dicukur, ianya tidak langsung dibuang. Sebaliknya, rambut itu ditimbang dengan perak, dan nilainya disedekahkan kepada fakir miskin. Apabila kita mencukur rambut bayi, rambut itu hendaklah dicukur semuanya. Bukan sekadar menggunting beberapa helai rambut ataupun dicukur sebahagiannya dan ditinggalkan sebahagiannya.

Contoh amalan adat yang wajib dijauhi adalah :

Adanya majlis kenduri yang diadakan Mengikut bagi upacara mencukur rambut. Pada majlis tersebut, bayi itu dibawa ke ruang tengah dan disambut dengan taburan beras kunyit yang bercampur dengan wang duit atau syiling. Tiga atau lima atau tujuh orang tetamu yang dihormati akan diminta memotong rambut bayi itu. Tetamu akan mengambil sejemput beras kunyit dan sejembut bertih lalu menaburkannya di keliling bayi; kemudian menyapukannya air tepung tawar ke bahagian rambut yang hendak dipotongnya lalu mengambil gunting dan memotong rambut bayi itu. Potongan rambut yang digunting tadi dimasukkan ke dalam mangkuk.

Biasanya didalam majlis kenduri tersebut ada bacaan maulid berzanji yang diadakan serentak dengan majlis mencukur rambut itu. Perkara ini menyalahi peraturan syariat.

Adapun perbuatan menabur beras kunyit, wang, bertih serta memasukkan potongan rambut itu ke dalam mangkuk atau kelapa muda adalah perbuatan khurafat.

Selain unsur pembaziran, perbuatan-perbuatan yang disebutkan di atas itu jelas tiada hubung-kait dengan anjuran Islam yang menggalakkan pencukuran rambut.

Keempat: Bersedekah kepada faqir miskin seberat timbangan rambut dengan
perak baik dengan peraknya atau dengan harganya (uangnya).

Permasalahan adzan dan iqamah di telinga bayi :

Apakah disyariatkan untuk adzan dan iqamah ditelinga bayi yang baru lahir?

Adzan dan iqamah ditelinga bayi yang baru lahir tidak disyariatkan, karena hadis-hadis yang berkenan dengan perkara ini adalah lemah, sebagaimana penjelasan dibawah ini.

Didalam kitab Ahkamul Maulud Fi Sunnatil Muthahharah edisi Indonesia Hukum Khusus Seputar Anak Dalam Sunnah Yang Suci, hal 31-36 Pustaka Al-Haura oleh
Salim bin Ali bin Rasyid Asy-Syubli Abu Zur’ah Muhammad bin Khalifah bin Muhammad Ar-Rabah dijelaskan bahawa tdk disunahkan adzan pada telinga bayi yg baru lahir, krn lemahnya hadits-hadits yg diriwayatkan dalam permasalahan ini.
Ada beberapa hadits yg diriwayatkan dalam masalah adzan pada telinga bayi ini, diantaranya :

1. Dari ‘Ubaidillah bin Abi Rofi’, dari ayahnya (Abu Rofi’), beliau berkata,
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ

“Aku telah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengumandangkan adzan di telinga Al Hasan bin ‘Ali ketika Fathimah melahirkannya dengan adzan shalat”.
Dikeluarkan oleh Abu Daud (5105), At-Tirmidzi (4/1514), Al-Baihaqi dalam Al-Kubra (9/300) dan Asy-Syu’ab (6/389-390), Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (931-2578) dan Ad-Du’a karya beliau (2/944), Ahmad (6/9-391-392), Abdurrazzaq (7986), Ath-Thayalisi (970), Al-Hakim (3/179), Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (11/273). Berkata Al-Hakim : “Shahih isnad dan Al-Bukhari dan Muslim tdk mengeluarkannya”. Ad-Dzahabi mengkritik penilaian Al-Hakim dan berkata : “Aku katakan : Ashim Dla’if”. Berkata At-Tirmidzi : “Hadits ini hasan shahih”.
Semua dari jalan Sufyan At-Tsauri dari Ashim bin Ubaidillah dari Ubaidillah bin Abi Rafi dari bapaknya.

Dan dikeluarkan oleh Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (926, 2579) dan Al-Haitsami meriwayatkan dalam Majma’ Zawaid (4/60) dari jalan Hammad bin Syua’ib dari Ashim bin Ubaidillah dari Ali bin Al-Husain dari Abi Rafi dgn tambahan.
“Arti : Beliau adzan pada telinga Al-Hasan dan Al-Husain”.
Rawi berkata pada akhir : “Dan Nabi memerintahkan mereka beruntuk demikian”.
Dalam isnad ini ada Hammad bin Syuaib, ia dilemahkan oleh Ibnu Main. Berkata Al-Bukhari tentang : “Mungkarul hadits”. Dan pada tempat lain Bukhari berkata : Mereka meninggalkan haditsnya”.
Berkata Al-Haitsami dalam Al-Majma (4/60) : “Dalam sanad ada Hammad bin Syua’ib dan ia lemah sekali”.

Kami katakan di dalam sanad juga ada Ashim bin Ubaidillah ia lemah, dan Hammad sendiri telah menyelisihi Sufyan At-Tsauri secara sanad dan matan, di mana ia meriwayatkan dari Ashim dan Ali bin Al-Husain dari Abi Rafi dgn mengganti Ubaidillah bin Abi Rafi dgn Ali bin Al-Husain dan ia menambahkan lafadz : “Al-Husain” dan perintah adzan. Hammad ini termasuk orang yg tdk diterima hadits jika ia bersendiri dalam meriwayatkan. Dengan begitu diketahui kelemahan haditsnya, bagaimana tdk sedangkan ia telah menyelisihi orang yg lebih tsiqah dari dan lebih kuat dlabt yaitu Ats-Tsauri. Karena itulah hadits Hammad ini mungkar, pertama dinisbatkan kelemahan dan kedua krn ia menyelisihi rawi yg tsiqah.
Adapun jalan yg pertama yakni jalan Sufyan maka di dalam sanad ada Ashim bin Ubaidillah. Berkata Ibnu Hajar dalam At-Taqrib : “Ia Dla’if”, dan Ibnu Hajar menyebutkan dalam At-Tahdzib (5/42) bahwa Syu’bah berkata : “Seandai dikatakan kpd Ashim : Siapa yg membangun masjid Bashrah niscaya ia berkata : ‘Fulan dari Fulan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa sa beliau membagunnya”.
Berkata Adz-Dzahabi dalam Al-Mizan (2/354) : “Telah berkata Abu Zur’ah dan Abu Hatim : ‘Mungkarul Hadits’. Bekata Ad-Daruquthni : ‘Ia ditinggalkan dan diabaikan’. Kemudian Daruquthni membawakan untuk hadits Abi Rafi bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam adzan pada telinga Al-Hasan dan Al-Husain” (selesai nukilan dari Al-Mizan).

Maka dgn demikian hadits ini dha’if krn perputaran pada Ashim dan anda telah mengetahui keadaannya.
Ibnul Qayyim telah menyebutkan hadits Abu Rafi’ dalam kitab Tuhfatul Wadud (17), kemudian beliau membawakan dua hadits lagi sebagai syahid bagi hadits Abu Rafi’. Salah satu dari Ibnu Abbas dan yg lain dari Al-Husain bin Ali. Beliau memuntuk satu bab khusus dgn judul “Sunnah adzan pada telinga bayi”. Namun kita lihat keadaan dua hadits yg menjadi syahid tersebut.

2. Hadits Ibnu Abbas dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman (6/8620) dan Muhammad bin Yunus dari Al-Hasan bin Amr bin Saif As-Sadusi ia berkata : Telah menceritakan pada kami Al-Qasim bin Muthib dari Manshur bin Shafih dari Abu Ma’bad dari Ibnu Abbas beliau mengatakan :
أذن في أذن الحسن بن علي يوم ولد ، فأذن في أذنه اليمنى ، وأقام في أذنه اليسرى
“Arti : Sesungguh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam adzan pada telinga Al-Hasan bin Ali pada hari dilahirkannya. Beliau adzan pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri”.

Kemudian Al-Baihaqi mengatakan pada isnad ada kelemahan.
Kami katakan : Bahkan hadits maudhu’ (palsu) dan cacat (ilat) ialah Al-Hasan bin Amr ini. berkata tentang Al-Hafidh dalam At-Taqrib : “Matruk”.
Berkata Abu Hatim dalam Al-Jarh wa Ta’dil 91/2/26) tarjumah no. 109 :’Aku mendengar ayahku berkata : Kami melihat ia di Bashrah dan kami tdk menulis hadits darinya, ia ditinggalkan hadits (matrukul hadits)”.
Berkata Ad-Dzahabi dalam Al-Mizan : “Ibnul Madini mendustakan dan berkata Bukhari ia pendusta (kadzdzab) dan berkata Ar-Razi ia matruk.

Sebagaimana telah dimaklumi dari kaidah-kaidah Musthalatul Hadits bahwa hadits yg dla’if tdk akan naik ke derajat shahih atau hasan kecuali jika hadits tersebut datang dari jalan lain dgn syarat tdk ada pada jalan yg selain itu (jalan yg akan dijadikan pendukung bagi hadits yg lemah, -pent) rawi yg sangat lemah lebih-lebih rawi yg pendusta atau matruk. Bila pada jalan lain keadaan demikian (ada rawi yg sangat lemah atau pendusta atau matruk, -pent) maka hadits yg mau dikuatkan itu tetap lemah dan tdk dpt naik ke derajat yg bisa dipakai untuk berdalil dgnnya. Pembahasan haditsiyah menunjukkan bahwa hadits Ibnu Abbas tdk pantas menjadi syahid bagi hadits Abu Rafi maka hadits Abu Rafi tetap Dla’if, sedangkan hadits Ibnu Abbas maudlu.

Adapun hadits Al-Husain bin Ali ialah dari riwayat Yahya bin Al-Ala dari Marwan bin Salim dari Thalhah bin Ubaidillah dari Al-Husain bin Ali ia berkata : bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

3. Dari Al Husain bin ‘Ali, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ فَأَذَّنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى وَأَقَامَ الصَّلَاةَ فِي أُذُنِهِ الْيُسْرَى لَمْ تَضُرَّهُ أُمُّ الصِّبْيَانِ

“Bayi siapa saja yang baru lahir, lalu diadzankan di telinga kanan dan dikumandangkan iqomah di telinga kiri, maka ummu shibyan tidak akan membahayakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Ibnu Sunny dalam Al Yaum wal Lailah). Ummu shibyan adalah jin (perempuan).
Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman (6/390) dan Ibnu Sunni dalam Amalul Yaum wal Lailah (hadits 623) dan Al-Haitsami membawakan dalam Majma’ Zawaid (4/59) dan ia berkata : Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan dalam sanad ada Marwan bin Salim Al-Ghifari, ia matruk”.

Kami katakan hadits ini diriwayatkan Abu Ya’la dgn nomor (6780).
Berkata Muhaqqiq : “Isnad rusak dan Yahya bin Al-Ala tertuduh memalsukan hadits”. Kemudian ia berkata : ‘Sebagaimana hadits Ibnu Abbas menjadi syahid bagi hadits Abi Rafi, Ibnul Qayyim menyebutkan dalam Tuhfatul Wadud (hal.16) dan dikelurkan oleh Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab dan dgn menjadi kuatlah hadits Abi Rafi. Bisa jadi dgn alasan ini At-Tirmidzi berkata : ‘Hadits hasan shahih’, yakni shahih lighairihi. Wallahu a’lam (12/151-152).

Kami katakan : tdklah perkara itu sebagaimana yg ia katakan krn hadits Ibnu Abbas pada sanad ada rawi yg pendusta dan tdk pantas menjadi syahid terhadap hadist Abu Rafi sebagaimana telah lewat penjelasannya, Wallahu a’lam.
Sedangkan haidts Al-Husain bin Ali ini ialah palsu, pada sanad ada Yahya bin Al-Ala dan Marwan bin Salim kedua suka memalsukan hadits sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Ad-Dlaifah (321) dan Albani membawakan hadits Ibnu Abbas dalam Ad-Dlaifah nomor (6121). Inilah yg ditunjukkan oleh pembahasan ilmiah yg benar. Dengan demikian hadits Abu Rafi tetap lemah krn hadits ini sebagaimana kata Al-Hafidh Ibnu Hajar dalam At-Talkhish (4/149) : “Perputaran hadist ini pada Ashim bin Ubaidillah dan ia Dla’if.

Syaikh Al-Albani telah membawakan hadits Abu Rafi dalam Shahih Sunan Tirmidzi no. (1224) dan Shahih Sunan Abi Daud no (4258), beliau berkata : “Hadits hasan”. Dan dalam Al-Irwa (4/401) beliau menyatakan : Hadits ini Hasan Isya Allah”.
Dalam Adl-Dla’ifah (1/493) Syaikh Al-Albani berkata dalam keadaan melemahkan hadits Abu Rafi’ ini : “At-Tirmidzi telah meriwayatkan dgn sanad yg lemah dari Abu Rafi, ia berkata :

“Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam adzan dgn adzan shalat pada telinga Al-Husain bin Ali ketika ia baru dilahirkan oleh ibu Fathimah”.
Berkata At-Timidzi : “Hadits shahih (dan diamalkan)”.
Kemudian berkata Syaikh Al-Albani : “Mungkin penguatan hadits Abu Rafi dgn ada hadits Ibnu Abbas”. (Kemudian beliau menyebutkannya) Dikelurkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman.

Aku (yakni Al-Albani) katakan : “Mudah-mudahan isnad hadits Ibnu Abbas ini lebih baik daipada isnad hadits Al-Hasan (yg benar hadits Al-Husain yakni hadits yg ketiga pada kami, -penulis) dari sisi hadits ini pantas sebagai syahid terhadap hadits Abu Rafi, wallahu ‘alam. Maka jika demikian hadits ini sebagai syahid untuk masalah adzan (pada telinga bayi) krn masalah ini yg disebutkan dalam hadits Abu Rafi’, adapaun iqamah maka hal ini gharib, wallahu a’alam.

Kemudian Syaikh Al-Albani berkata dalam Al-Irwa (4/401) : ‘Aku katakana hadits ini (hadits Abu Rafi) juga telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas degan sanad yg lemah. Aku menyebutkan seperti syahid terhadap hadits ini ketika berbicara tentang hadits yg akan datang setelah dalam Silsilah Al-Hadits Adl-Dla’ifah no (321) dan aku berharap di sana ia dpt menjadi syahid untuk hadits ini, wallahu a’alam.
Syaikh Al-Albani kemudian dalam Adl-Dlaifah (cetakan Maktabah Al-Ma’arif) (1/494) no. 321 menyatakan : “Aku katakan sekarang bahwa hadits Ibnu Abbas tdk pantas sebagai syahid krn pada sanad ada rawi yg pendusta dan matruk. Maka Aku heran dgn Al-Baihaqi kemudian Ibnul Qayyim kenapa kedua merasa cukup atas pendlaifannya. Hingga hampir-hampir aku memastikan pantas (hadits Ibnu Abbas) sebagai syahid. Aku memandang termasuk kewajiban untuk memperingatkan hal tersebut dan takhrij akan disebutkan kemudian (61121)” (selesai ucapan Syaikh).

Sebagai akhir, kami telah menyebutkan masalah ini secara panjang lebar untuk anda wahai saudara pembaca dan kami memuji Allah yg telah memberi petunjuk pada Syaikh Al-Albani kpd kebenaran dan memberi ilham padanya. Maka dgn demikian wajib untuk memperingatkan para penuntut ilmu dan orang-orang yg mengamalkan sunnah yg shahihah yg tsabit dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada setiap tempat bahwa yg pegangan bagi hadits Abu Rafi’ yg lemah ialah sebagaimana pada akhir penelitian Syaikh Al-Albani dalam Ad-Dlaifah berhenti padanya. Dan inilah yg ada di hadapan anda. Dan hadits ini tdklah shahih seperti yg sebelum beliau sebutkan dalam Shahih Sunan Tirmidzi dan Shahih Sunan Abu Daud serta Irwaul Ghalil, wallahu a’lam.

Kemudian kami dptkan syahid lain dalam Manaqib Imam Ali oleh Ali bin Muhammad Al-Jalabi yg masyhur dgn Ibnul Maghazil, tapi ia juga tdk pantas sebagai syahid krn dalam sanad ada rawi yg pendusta.

Tuesday, February 1, 2011

TATA CARA MEMANDIKAN JENAZAH

PERSEDIAN DAN KEPERLUAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH.

1. Sediakan tempat mandi ( Tanggung atau papan katil atau bangku panjang ), supaya apabila jenazah dimandikan, air yang jatuh kelantai tidaklah terpercik semula mengenai jenazah.

2. Sabun mandi. ( Sabun buku atau sabun cecair )

3. Air daun bidara. ( Daun bidara yang telah diramas kedalam air selanjutnya ditapis dengan menggunakan tapisan atau kain jarang, untuk mengasingkan daun yang hancur sehingga nampak air daun bidara tersebut bersih pada pandangan mata )

4. Air bersih.

5. Sugi atau kain putih yang berukuran kecil ( 2''x 3'' ) digulung. Sediakan secukupnya, kain sugi itu digunakan untuk menyugi ( menghilangkan najis dan kotoran ) kecemaran yang ada pada anggota jenazah seperti pada mata, lubang hidung, lubang telinga, mulut jenazah, pusat, celah jari tangan dan jari kaki. )

6. Sarung tangan getah/atau kain peruam. Kain peruam ( kain putih ) hendaklah disediakan beberapa helai dimana setiap sebuahnya berukuran dua kaki persegi atau ukuran kain tersebut boleh membalut ( menutupi ) tapak tangan, dan belakang tangan hingga ke pergelangan tangan pemandi. Sarung tangan getah atau sarung tangan hospital juga boleh digunakan sebagai ganti kain peruam tetapi hendaklah dibersihkan semula apabila hendak digunakan pada kali kedua atau ketiga dan seterusnya.

7. Air kapur barus. ( kapur barus hendaklah dihancurkan, tidak kira sama ada hendak ditumbuk atau diramas dengan tangan. Kemudian diletakkan ke dalam air sebanyak 3 atau 4 gelen ataupun sekita-kira memadai untuk menjiruskan mayat. )

8. Bekas air. Sediakan bekas air seperti baldi atau besen yang boleh memuatkan 2 atau 3 gelen air, serta gayong ( timba ). Bekas air pertama diisi dengan air mutlak, bekas air kedua diisi dengan air bidara atau air sabun atau kedua-dua sekali, dan bekas air ketiga diisi dengan air kapur barus.

9. Lidi berukuran 2 inci atau yang menyerupai batang mancis, untuk membersihkan dan mencungkil kotoran dicela-cela kuku tangan dan kaki jika diperlukan.

10. Kain penutup aurat mayat semasa proses memandikan, seelok-eloknya berwarna gelap jika ada. Seelok-eloknya kain batik lepas atau sarung juga boleh digunakan.

11. Tempat memandikan jenazah. Tempat memandikan jenazah hendaklah tertutup, ini dapat menghindarkan jenazah dikerumuni oleh orang-orang yang tidak berkenaan.

PERSEDIAN DAN KEPERLUAN UNTUK MENGKAPANKAN JENAZAH.

1. Kain putih kira-kira 20 meter bagi dewasa.
Adapun perkara yang berkenaan dengan kain kapan adalah :
- Kain kapan yang berwarna putih diutamakan.
- Cara memotong kain kapan :

a. Kain itu hendaklah dikoyakkan tepinya terlebih dahulu untuk dijadikan tali pengikat mayat. Jadikan 5 utas tali pengikatnya yang lebarnya kira-kira 1 inci. Tali tersebut juga boleh digunakan untuk mengukur panjang dan lebar badan mayat untuk disesuaikan dengan kain kapan.

b. Bagi orang dewasa hendaklah dilebihkan sekadar 1 kaki dan kanak-kanak pula sekadar 1 kaki.

c. Lebar kain ialah menurut keadaan mayat itu ( lebar sebelah kanan dan kiri kain kapan mayat boleh disamakan dengan lebar badan mayat tersebut. )

d. Kain kapan dibuat menjadi 3 lapis, tiap-tiap helai kain digunakan untuk pembungkus mayat. Tidak ada perbezaan dalam perkara ini samada untuk mayat lelaki ataupun mayat perempuan.

Caranya : Ukur panjang jenazah terlebih dahulu . Pastikan dilebihkan sekaki dibahagian kepala dan sekaki dibahagian kaki. Ataupun gunakan ukuran biasa dan diagakkan apabila mengapan jenazah bahagian kepala dan bahagian kakinya agar senang diikat dan tidak mudah diurai apabila jenazah di angkat ke tempat solat dan untuk dikebumikan.

3. Gunting
4. Minyak wangi
5. Sehelai tikar
6. Kapas dua gulung jika diperlukan untuk menutupi apa-apa cairan yang keluar dari tubuh mayat.

CARA MEMANDIKAN JENAZAH :

Hadis Ummu Atiyyah r.a katanya:
Nabi s.a.w masuk ke tempat kami dan kami ketika itu sedang memandikan anak perempuan baginda. Beliau kemudian bersabda: Mandikanlah dia sebanyak tiga kali, lima kali atau lebih banyak lagi bila kamu merasakannya perlu, begitu juga mandikanlah dia dengan air dan daun bidara. Akhirilah basuhan tersebut dengan menggunakan air kapur barus atau sedikit kapur barus. Setelah selesai, beritahukanlah kepadaku. Apabila kami selesai, kami memberitahu baginda, lalu baginda menghulurkan kain baginda kepada kami sambil bersabda: Pakaikanlah kain ini kepadanya

Berdasarkan hadis diatas , maka cara memandikan jenazah adalah sebagai berikut :

1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan. Kalau boleh tempat tersebut sedikit tinggi setinggi pinggang orang dewasa, untuk memudahkan pemandian. Sekurang-kurangnya ada 3 orang yang bertugas memandikan jenazah. Seorang bertugas mencurahkan air mutlak ke atas jenazah tersebut. Dua orang pula ditugaskan menggosok-gosok jenazah tersebut dan membersihkan najis-najis yang ada pada jenazah tersebut.

2. Ditanggalkan pakaiannya, dan ditaruh diatasnya sesuatu yang dapat menutupi auratnya ( seperti kain ). Kecuali jika mayat adalah anak kecil. Untuk mayat lelaki tutuplaj dengan kain dari pusar sampai lutut, adapun mayat perempuan dari dada sampai lutut.

3. Sediakan air bersih, air daun bidara atau air sabun

4. Sediakan air kapur barus.

5. Berniat untuk memandikan mayat dan memastikan ketika memandikan mayat, agar tidak boleh hadir kecuali orang yang diperlukan kehadirannya.

6. Membersihkan najis atau kotoran yang ada dibadannya. Ketika hendak membersihkan auratnya, maka hendaklah dilapisi tangan dengan kain sarung tangan getah atau kain peruam . Jika ada nanah darah yang beku hendaklah dihilangkan terlebih dahulu dengan menggunakan air sabun.

7. Membasuh tempat anggota – anggota wudhuk dengan air bersih.
Cara membasuh tempat anggota – anggota wudhuk jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya.

- Sabda Rasulullah saw : Mulailah ( membasuh tubuh jenazah )dengan bagian yang kanan dan anggota – anggota wudhuk. HR Bukhari dan Muslim.

8. Telentangkan mayat, mulalah memandikan jenazah dengan membersihkan seluruh anggota tubuh badan bahagian kanan dengan dijiruskan air mutlak dari hujung kepala ( termasuk rambut ) bahagian hadapan atau kanan sampai hujung kaki, sambil menggosok-gosok tubuh badannya dan membuang najis yang melekat ditubuhnya kalau ada.

9. Selanjutnya basuh dengan air daun bidara atau air sabun dari kepala ( termasuk membasuh rambut ) hingga hujung kaki dengan menggosok-gosok badan mayat dengan tangan yang dilapisi sarung tangan getah atau kain peruam, untuk menghilangkan kotoran sama ada daki, peluh dan sebagainya. Selanjutnya dijiruskan air mutlak untuk menghilangkan bekas daun bidara atau sabun sehingga diyakini benar-benar bersih.

10. Kemudian memiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang sebagaimana pada no 8 dan 9.

11. Memiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula sebagaimana pada no 8 dan 9.

12. Telentangkan semula mayat, ulangi pemandian seperti bil. 8 hingga 9.

13. Ulangilah pemandian untuk yang ketiga kalinya seperti pada bil. 8 dan 9.

14. Dan sandainya 3 kali siraman itu tak cukup, misalnya belum bersih dan sebagainya maka hendaklah dilebihi menjadi 5 atau 7 kali .

15. Lepas itu dijiruskan air kapur barus dari kepala hingga ke kaki ( keseluruh tubuh mayat )

16. Setelah selesai pemandian, hendaklah mengeringkan air mandi dengan mengelapnya dengan kain bersih agar kain kapannya tidak basah. Rambut hendaklah di sisir dengan sikat yang jarang dan dilakukan dengan perlahan-lahan.

17. Lepas itu usung jenazah tersebut dengan menutup seluruh anggotanya. Dan diletakkan diatas kain kafan yang telah dibentangkan.

18. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurna. sebagai peringatan bahawa orang yang memandikan jenazah hendaklah ia mandi, dan sesiapa yang mengangkat jenazah hendaklah ia mengambil wudhuk.

Dari Abu Hurairah ra. Berkata : " Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : " Siapa yang memandikan mayat hendaklah ia mandi dan siapa yang membawanya hendaklah ia berwudhuk"HR Abu Daud, Ibnu Majah,Tirmidzi.

Mayat perempuan :

Tidak ada perbezaan khusus cara pemandian mayat lelaki dan perempuan, kecuali jika mayat itu perempuan, sunat menguraikan rambutnya jika rambutnya panjang dan lebat, lalu dicuci dan dijalin kembali dengan dilepas belakangnya.

- Dari Ummu 'Atiyah :
" Bahawa wanita-wanita itu menjalin rambut puteri Nabi saw menjadi tiga untai." Saya tanyakan kepadanya : " Apakah mengurai rambutnya , lalu menjalinnya jadi tiga untai ?" "Benar", ujarnya.

- Dan menurut riwayat muslim berbunyi : " Maka kami jalinlah rambutnya menjadi tiga untai, yaitu dua disamping dan satu ditengah."
Sedang pada Shahih Ibnu Hibban , suruhan menjalin rambut itu diambil dari sabda Nabi saw : " Dan jadikanlah rambutnya menjadi tiga untai."