Friday, June 24, 2011

DARI MANA MUNCUL ISTILAH " WAHABI" ?

Darimana muncul istilah “WAHABI”?

Kata “ WAHABI” pada asalnya di berikan dan dinisbatkan kepada Abdul Wahab bin Abdul Rahman bin Rustom. Beliau adalah seorang pemimpin negeri Rustom yang beraliran Khawarij Ibadhiyah. Ia merupakan aliran yang menyimpang dan tersesat dari pada Islam. Mengubah sesetengah hukum syarak dan menghapuskan hukum haji. Pengasasnya yaitu berasal dari Parsi dan wafat pada tahun 190 H atau 197 H di bahagian utara Afrika.

Antara akidah Khawarij Ibadhiyah adalah :Mentakwilkan sifat-sifat Allah, menolak pegangan bahwa mukmin akan melihat Allah di akhirat kelak, mentakwilkan masalah akhirat seperti mizan dan sirat, Beritikad bahawa Qur an adalah makhluk. Kumpulam wahabi seperti ini telah di nyatakan sesat dan telah difatwakan sesat oleh ulama Andalus dan fukaha bahagian utara Afrika. Mereka itu adalah kumpulan sesat yang terkeluar dari pada agama Islam.

Apabila lahir dakwah Muhammad bin abdul wahab al-tamimi al najdi, gelaran “Wahabi” yang disandarkan kepada Abdullah wahab bin Abdul Rahman bin Rustom itu mula berpindah kepada Muhammad bin abdul wahab. Kemudian diletakkan pelbagai tuduhan dan keburukan lalu disebarkan keseluruh dunia demi menakutkan umat islam. Sedangkan Syeikh Muhammad bin abdul wahab bersih dari berbagai tuduhan itu.

Diantara musuh-musuh beliau yang sangat keras permusuhannya dengan beliau serta memunculkan istilah wahabi ini adalah golongan syiah rafidhah, golongan sufi dan golongan hizbiyyun, serta orang-orang yang terpengaruh dengan syiah rafidhah. Dan ternyata, memunculkan istilah ‘Wahhabi’ sebagai julukan bagi pengikut dakwah Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, merupakan trik sukses mereka untuk menghempaskan kepercayaan umat kepada dakwah tauhid tersebut. Padahal, istilah ‘Wahhabi’ itu sendiri merupakan penisbatan yang tidak sesuai dengan kaidah bahasa Arab. Asy-Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz berkata: “Penisbatan (Wahhabi ) tersebut tidak sesuai dengan kaidah bahasa Arab. Semestinya bentuk penisbatannya adalah ‘Muhammadiyyah’, karena sang pengemban dan pelaku dakwah tersebut adalah Muhammad, bukan ayahnya yang bernama Abdul Wahhab.” (Lihat Imam wa Amir wa Da’watun Likullil ‘Ushur, hal. 162)

Jika hari ini ada orang menyebut kata “WAHABI” untuk dinisbatkan kepada orang yang kebetulan mengambil pendapat dan sependapat dengan syaikh Muhammad bin Abdul Wahab, maka sudah tentu orang tersebut orang syiah rafidhah, sufi dan orang-orang bodoh yang tidak tahu apa-apa tentang ilmu.

MENGHINA DAN MENGKAFIRKAN PARA SAHABAT NABI SAW ADALAH KAFIR

Menghina Para Sahabat Adalah Kafir

Orang syiah secara terang-terangan menghina para sahabat Nabi saw, Syiah selalu mengajak orang untuk mencintai ahlu bait dan mereka menamakan mereka sebagai ahlu bait. Mereka selalu mengambil perkataan Ali ra sebagai hujah untuk menutupi kesesatan ajaran kufurnya.

Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".[1] sedangkan nas dari al-Quran, hadis-hadis sahih, athar dan fatwa-fatwa para ulama muktabar telah menghukum kafir (tanpa khilaf) bagi sesiapa yang menghina para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam kerana mereka adalah Khairu Ummah. Allah berfirman tentang mereka:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ.

“Kamu (terutamanya para sahabat) sebaik-baik umat dikeluarkan untuk manusia”.[2]

أَكْرِمُوْا أَصْحَابِيْ ، فَأِنَِّهُمْ خِيَارُكُمْ.

“Muliakan oleh kamu sekalian para sahabatku kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang (yang menjadi contoh) terbaik bagi manusia”.[3]

Para sahabat hidup dikurun mufadhalah, berada di siratul mustaqim, diredai oleh Allah dan umat pilihan di mana terdapat begitu banyak hadis-hadis sahih dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan antaranya:

اِنَّ اللهَ نَظَرَ فِيْ قُلُوْبِ الْعْبَادِ فَوَجَدَ قَلْبَ مُحَمَّدٍ خَيْرَ قُلُوْبِ الْعِبَادِ ، فَاصْطَفَاهُ لِنَفْسِهِ ، وَابْتَعَثَهُ بِرِسَالَتِهِ ، ثُمَّ نَظَرَ فِيْ قُلُوْبِ الْعِبَادِ بَعْدَ قَلْبِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَجَدَ قُلُوْبَ أَصْحَابِهِ خَيْرَ قُلُوْبِ الْعِبَادِ ، فَجَعَلَهُمْ وُزَرَاءَ نَبِيَّهِ

“Sesungguhnya Allah telah melihat hati-hati para hamba-hambaNya maka Allah dapati hati Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah hati yang terbaik antara hati hamba-hambaNya. Maka Dia memilihnya dan diutusnya dengan risalah kemudian Dia melihat kepada hati-hati para hambaNya setelah hati NabiNya. Maka Dia dapati hati-hati para sahabat adalah hati yang terbaik antara para hamba-hambaNya. Maka Dia jadikan mereka sebaik-baik pendamping NabiNya yang mereka berperang di atas agamaNya”.[4]

Diriwayatkan dari Ahmad bin Muhammad bin Sulaiman at-Tustari rahimahullah ia berkata: Aku mendengar Abu Zur’ah rahimahullah berkata:

“Jika engkau melihat seseorang mencerca salah seorang sahabat Nabi maka ketahuilah bahawa ia adalah zindiq. Kerana dalam pandangan kami Rasulullah adalah haq dan al-Quran adalah juga haq, sedangkan yang menukil al-Quran dan sunnah-sunnah Nabi kepada kita adalah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.[5]
Perlulah diketahui oleh setiap orang beriman bahawa mereka yang mencela para sahabat adalah bertujuan untuk memburuk-burukkan kebenaran saksi-saksi kita. Tentulah matlamat mereka ingin menghapuskan al-Quran dan as-Sunnah dengan menimbulkan keraguan dan was-was. Sebenarnya merekalah yang lebih patut diburukkan kerana mereka itu adalah orang-orang zindiq.[6]

Kekejian dan kemungkaran Syiah bukan sahaja menolak al-Quran tetapi telah merubah dan merosakkan kandungan Kitabullah tersebut yang tidak pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap kitab mereka.[7] Para Ulama Salaf as-Soleh mengharamkan kalangan Ahli Sunnah dari bersatu dan bertolong-tolongan dengan Syiah. Syiah telah menjadi ancaman yang besar dan amat bahaya kepada umat Islam sama ada di segi akidah, ibadah, muamalah atau siyasah. Syiah sentiasa berniat untuk menghapuskan golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah dimanapun mereka berada dengan berbagai-bagai cara, kekuatan dan tipu muslihat. Syiah adalah seteru atau musuh umat Islam, tersenarai dalam sejarah hitam kerana mereka selalu bersama seteru-seteru Islam yang lain seperti Yahudi dan Nasrani demi untuk membunuh umat Islam. Syiah telah membawa masuk tentera Tartar ke negara Islam untuk menyembelih umat Islam. Dan Syiahlah yang telah menjatuhkan Khalifah Abbasiyah.[8]



[1] . Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984.
[2] . Ali Imran. 3:110.
[3] . Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam “al-Iktiqad” 320. al-Khatib dalam “Tarikh Baghdad”. 6/57. Dikeluarkan oleh Ibn Manduh dalam “Kitab al-Iman”. 1/961-162. Disebut oleh Syeikh al-Albani dalam “Silsilah as-Sahihah”. 3/109-110. dan dalam “Sahih al-Jami”. 2/345.
[4] . Hadis dikeluarkan oleh Ahmad 1/379. Disahihkan oleh Hakim dan
disetujui oleh az-Zahabi.
[5]. Lihat: as-Sharimul Maslul ‘ala Syatmir Rasul. Hlm. 580.
[6]. H/R al-Khattab al-Baghdadi dalam al-Kifayah, hlm 48 Riwayat yang sahih.
[7]. Dipetik dari ceramah Syeikh Rabi’ Ibn Hadi al-Madkhli. Jumaat 10. 7
1427. Di Taif, Arab Saudi.
[8]. Ibid.

SIKAP SYIAH TERHADAP NABI SAW, KHALIFAH DAN AHLU SUNNAH

Sikap Syiah Terhadap Nabi, Khalifah & Ahli Sunnah

Syiah mengkafirkan para sahabat terutamanya Abu Bakr, Umar, Uthman dan para Salaf as-Soleh terutama yang berada dikurun mufadhalah. Tidak seorang sahabatpun yang selamat dari caci maki Syiah. Mereka mengkafirkan semua Ahli Sunnah. Ini dapat dibuktikan melalui kitab-kitab dan pengakuan para Imam mereka yang tidak boleh dinafikan lagi. Para ulama Syiah yang terang-terang mengkafirkan dan memaki para sahabat antara mereka ialah:

1. Maula Ali bin Husin berkata: Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin berkenaan Abu Bakr dan Umar maka dia berkata: Keduanya kafir dan sesiapa mencintai keduanya adalah kafir.[1]

2. Para sahabat selain Ali tidak sempurna dan tidak menghafal hukum-hukum Islam. Mereka tidak bersahabat dengan Nabi kecuali untuk kepentingan dunia bukan untuk agama dan menyebarkan agama.[2]

3. Berkata Majlisi: Tidak mensolatkan mayat musuh kita bukan kerana dia Jabariyah, Ahli Sunnah, Muktazilah atau Khawarij, tetapi adalah kerana tidak mengakui keimamam Syaidina Ali. Jika terpaksa mensolatkan maka solatlah dengan bertaqiyah agar dapat melaknatnya di takbir yang ke empat.[3]

4. Menurut Khomeini: Iman seorang Syiah tidak sempurna kecuali setelah berbeza (menentang) Ahli Sunnah.[4] Menurutnya lagi: Apabila seorang Ahli Sunnah bersemangat mengamalkan ibadah maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan.[5]

5. Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu adalah syaitan menurut Syiah.[6]

6. Tarikh 9hb Rabiulawal iaitu hari terbunuhnya Umar bin Al-Khattab telah dijadikan sebagai Hari Raya bagi Syiah.[7]

7. Mengahwini (menikahi) perempuan Yahudi lebih utama daripada menikahi perempuan Ahli Sunnah.[8]

8. Seorang Syiah diharamkan dari menikahi seorang wanita Ahli Sunnah, begitu juga diharamkan wanita Syiah menikahi lelaki Ahli Sunnah.[9]

9. Seluruh Ahli Sunnah adalah najis, lebih buruk dari Yahudi, Nasrani dan Majusi.[10]

10. Bermakmumkan Ahli Sunnah adalah tidak sah.[11]
11. Nikmatulah al-Jazairi berkata: Kita tidak boleh bersatu dengan Ahli Sunnah dengan satu Tuhan, satu Nabi dan satu Imam.[12]

12. Menurut Khomeini: Dan sesungguhnya yang terpenting dari mazhab kami ialah para aimmah kami mempunyai kedudukan (makam atau darjat) yang tidak diperolehi (tidak boleh dicapai) oleh malaikat yang paling hampir dengan Allah (Jibril) atau para nabi yang telah diutus.[13]

13. Di dalam al-Kafi disebutkan hadis yang bertujuan menghina dan mengkafirkan Amirul Mukminin iaitu: Saya bertanya kepada Abu Ja’far berkenaan asy-Syaikhan (Abu Bakr dan Umar) beliau berkata: Mereka meninggal dalam keadaan tidak bertaubat (kepada Ali bin Abi Talib). Mereka memperolehi laknat dari Allah, para malaikat dan manusia keseluruhannya. Na’uzu billahi min zalik.[14]

14. Setelah wafatnya Nabi semua para sahabat Nabi telah murtad, kecuali tiga orang sahaja iaitu al-Miqdad bin al-Aswad, Salman al-Farisi dan Abu Dzar al-Ghifari.[15]

15. Diriwayatkan dari Fudail bin Yasar dari Abu Ja’far bahawa ia berkata: Sesungguhnya ketika Rasulullah wafat, orang-orang kembali menjadi jahiliyah kecuali empat orang iaitu Ali bin Abi Talib, al-Miqdad, Salman dan Abu Dzar.[16]

16. Nikmatullah al-Jazairi berkata: Dinukil dari riwayat khusus bahawa syaitan akan dibelenggu dengan tujuh puluh belenggu dari besi Jahanam. Lalu diheret ke Masyar, kemudian kelihatan seorang lelaki yang diazab oleh malaikat, lehernya dibelenggu dengan seratus dua puluh belenggu dari jahanam. Syaitan menghampirinya dan berkata: Apakah yang dilakukan orang celaka ini (Umar) sehingga azabnya melebihi azabku? Sedangkan aku telah menyesatkan manusia dan membawa kepada kebinasaan? Umar berkata: Aku tidak melakukan kesalahan kecuali aku merampas kekhalifahan Ali.[17]

17. Nikmatullah al-Jazairi berkata tentang Abu Bakr: Dahulu Abu Bakr bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tetapi masih menggantung berhala di lehernya yang disembunyikan dalam pakaiannya. Ketika sujud tujuannya adalah sujud kepada berhala tersebut. Dia melakukannya sehingga Rasulullah wafat. Lalu mereka menampakkan apa yang dahulu mereka sembunyikan dalam hati.[18]

Keseluruhan qaul, fatwa dan kenyataan yang dikeluarkan oleh para ulama Syiah ini terus terang telah mencela, mencerca, menghina, memaki hamun dan mengkafirkan Ahli Sunnah wal-Jamaah sejak zaman para sahabat radiallahu ‘anhum sehinggalah ke hari kiamat.

Perbandingkanlah semuanya itu dengan dalil-dalil al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang dinukil di bawah ini:

وَالسَّابِقُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَاْلأَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْاهُمْ بِإِحْسَانْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ وَاَعَّدَ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ تَحْتَهَا اْلأَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فَيْهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمِ.

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”.[19]

Ayat di atas ini menjelaskan tentang keredaan Allah terhadap para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dan mendapat syurga serta kekal di dalamnya. Mereka mendapat kejayaan yang besar tetapi sebaliknya Syiah melaknat dan mengkafirkan mereka. Ini bermakna Syiah telah menolak beberapa ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih antaranya seperti hadis di bawah ini:

لِلْفُقَرِآءِ الْمُهَاجِرِيْنَ الَّذَيْنَ أُخْرِجُوْا مِنْ دِيَارِهْمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُوْنَ فَضْلاً مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ أوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُوْنَ.

“(Juga) bagi para fuqara yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan keredaanNya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar”.[20]

Di ayat ini pula Allah mengangkat darjat para sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah sebagai orang-orang yang benar (as-sadiqun) tetapi Syiah menganggap mereka sebagai orang kafir. Bagaimana hukumnya orang-orang yang menolak ayat ini dan mengkafirkan para sahabat? Sudah pasti Syiah itulah sebenarnya yang kafir. Firman Allah:

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا.

“Dan demikianlah Kami menjadikan kamu umat yang adil dan pilihan”.[21]

Allah ‘Azza wa-Jalla menjadikan para sahabat dan orang-orang yang beriman sebagai umat yang adil dan pilihan tetapi Syiah telah menjadikannya sebagai orang-orang kafir. Apakah Ikhwanul Muslimin telah membutakan mata hatinya tentang kedudukan ayat ini? Tidak tahukah mereka bahawa Syiah telah melaknat dan mengkafirkan para sahabat? Patutkah mereka bersatu dan menerima akidah Syiah yang sudah jelas menyeleweng? Allah berfirman:

كًنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجِتْ لِلنَّاسِ.
“Kamu sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia”.[22]

Allah ‘Azza wa-Jalla mengangkat para sahabat dan orang-orang beriman sebagai sebaik-baik umat tetapi Syiah menjatuhkan martabat mereka sebagai orang kafir dan dilaknat. Bagaimanakah akidah seseorang yang tidak mengkafirkan Syiah sedangkan Syiah telah mengkafirkan para sahabat? Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَ الَّذِيَنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ.

“Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya dan kemudian orang-orang yang sesudahnya”.[23]

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengangkat para sahabatnya, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in sebagai sebaik-baik umat tetapi Syiah menganggap sebagai sekeji-keji umat. Apakah seseorang itu boleh menolak hadis sahih ini kemudian membela, mempertahan dan tolong-menolong dengan Syiah dalam bab-bab yang berkaitan dengan agama?

Dan fahamilah hadis-hadis sahih seterusnya yang menjelaskan tentang kemuliaan para sahabat:

إِنَّ اللهَ اخْتَارَ أَصْحَابِيْ عَلَى الثَّقَلَيْنِ سِوَى النَّبِيِّيْنَ وَالْمُرْسَلِيْنِ.

“Sesungguhnya Allah telah memilih para sahabatku atas semua jin dan manusia kecuali para nabi dan para rasul”.[24]
أَكْرمُوْا أَصْحَابِيْ فَإِنَّهُمْ خِيَارُكُمْ.

“Muliakanlah para sahabatku kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang terbaik antara kamu”.[25]

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلُفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ مِنْ بَعْدِيْ.

“Hendaklah kamu kembali kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku”.[26]
مَا أَنَا عَلَيْهِ الْيَوْم وَأَصْحَابِيْ

“(Yang selamat) ialah orang yang mengikut apa yang aku di atasnya dan para sahabatku”.[27]

لاَ تَسُبُّوْا أَصْحَابِيْ ، فَلَوْ أَنَّ أَحَدكُمْ أَنْفَقَ مِثْل أُحُدٍ ذَهَبًا ، مَا بَلَغَ مُدّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نصِيْفَهُ.

“Janganlah kamu mencerca para sahabatku, seandainya salah seorang dari kamu berinfaq sebesar gunung Uhud tidaklah ia mencapai ganjarannya satu mud bahkan tidak pula mencapai setengah darinya”.[28]

اَلْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ.

“Seorang Muslim (yang baik) adalah seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dari lidah dan tangannya”.[29]

Lidah (mulut) atau kata-kata orang-orang Syiah amat petah dalam memaki hamun, melaknat dan mengkafirkan para sahabat. Apakah para tokoh Ikhwanul Muslimin tidak mencernakan hadis-hadis berikut di hati mereka? Islam tidak menghalalkan seseorang mengkafirkan seseorang yang tidak dikafirkan oleh syara. Rasulullah bersabda:

مَنْ دَعَا رَجُلاً بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ : عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلاَّ حَارَ عَلَيْهِ.

“Barangsiapa memanggil seseorang dengan panggilan kafir atau berkata: Engkau musuh Allah sedangkan dia tidak kafir maka perkataan tersebut kembali (terpantul) kepada Si Pemanggil”.[30]

لاَيَرْمِيْ رَجُلٌ رَجُلاً بِالْكُفْرِ اَوْ بِالْفسْقِ إِلاَّ ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ.

“Janganlah seseorang itu menuduh seorang yang lain dengan tuduhan kafir atau fasik kerana perkataan itu akan kembali kepadanya sekiranya orang yang dituduh itu tidak sebagaimana yang dituduh”.[31]

إذَا قَالَ الرَّجُلُ ِلأَخِيْهِ يَاكَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا فَإِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَإِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيْهِ.
“Apabila seseorang berkata kepada saudaranya: Wahai Si Kafir, maka sesungguhnya perkataan itu kembali kepada salah seorang dari keduanya! Sekiranya orang itu tidak layak dipanggil kafir maka perkataan itu akan kembali kepada dirinya sendiri”.[32]

لَعَنَ الْمُؤْمِنِ كَقَتْلِهِ.

“Melaknat seorang mukmin adalah sama seperti membunuhnya”.[33]

مَنْ لَعَنَ شَيْئًا لَيْسَ بِأَهْلِهِ رَجَعَتِ الْلَعْنَةَ عَلَيْهِ.

“Sesiapa melaknat sesuatu yang bukan ahlinya, laknat tersebut akan kembali ke atasnya”.[34]

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوْقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ.

“Memaki hamun seorang muslim adalah fasik dan membunuhnya adalah kufur”.[35]

Ternyata golongan Syiah telah melanggar kesemua hadis-hadis sahih di atas. Kitab-kitab besar yang menjadi rujukan utama Syiah dipenuhi dengan bermacam-macam fitnah yang dilontarkan kepada Ahli Sunnah wal-Jammah yang digelar sebagai “Nasibi” yang dianggap sebagai pembangkang (penentang) Ali yang telah kafir.

Malangnya golongan Ikhwanul Muslimin masih bermati-matian ingin menyatukan Syiah dengan Sunnah, menganggap mereka seperti mazhab-mazhab Islam yang lain sedangkan tidak dibenarkan menyatukan orang-orang Islam dengan orang-orang kafir.

Lindungilah agama Islam yang progresif ini dari dicemari dan dicabuli oleh ideologi Syiah dan kesyirikannya.

[1]. Bihar al-Anwar. 2/216.
[2] . Lihat: Aqidah asy-Syiah was-Sahabah. Maulah.
[3] . Lihat: Mir’atul Uqul 4/72-73.
[4] . Lihat: al-Hukumat al-Islamiyah. Hlm. 83, Khomeini.
[5] . Ibid.
[6] . Lihat: al-Anwar an-Nu’maniyah 1/80.
[7] . Lihat: Ibid.
[8] . Lihat: al-Mahasin an-Nafsaniyah. Hlm. 154, Husin Usfur.
[9] . Ibid.
[10] . Lihat: al-Anwar an-Nu’maniyah. 1/108.
[11] . Lihat: al-Khomeini wat-Taqiyah.
[12] . Lihat: al-Anwar an-Nu’maniyah 1/278.
[13] . Lihat: al-Hukumat al-Islamiyah hlm. 52, Khomeini.
[14] . Lihat: Syarah al-Kafi. Hlm. 20. (XX1/321-322), Kulaini.
[15] . Lihat: Raudatul Kafi, al-Kulaini.
[16] . Lihat: Tafsir al-Aiyasyi 1/199. al-Burhan 1/319 dan as-Safi 1/305.
[17] . Lihat: al-Anwar an-Nu’maniyah 1/81-82.
[18] . Ibid. 2/111.
[19] . at-Taubah. 9:100.
[20] . al-Hasyr. 59:8.
[21] . al-Baqarah. 2:143.
[22] . Ali Imran. 3:110.
[23] . Hadis Muttafaqun ‘alaihi. Bukhari 2652. Muslim 2533 (211).
[24] . H/R Bazzar dalam Musnadnya. Disebut oleh Ibn Hajar dalam al-Isabah 1/21-22. Beliau berkata: Para perawinya dipercayai. Disebut oleh al-Haitami dalam
Majma’ az-Zawaid 10/16.
[25]. H/R Baihaqi dalam “al-Iktiqad” 320. al-Khatib dalam “Tarikh Baghdad” 6/57.
Disebut oleh al-Albani dalam “Silsilah as-Sahihah” 3/109 dan dalam “Sahih al-
Jami”. 2/345.
[26] . H/R Ahmad 4/126-127. Abu Daud 5/13. Turmizi dalam Syarah Tuhfatul
Ahwazi 7/438. Ibn Majah 1/15 dalam Muqaddimah. al-Hakim dalam Kitabul
Ilmi 1/95-97. Disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah 2/647.
[27] . H/R Turmizi dalam Kitab al-Iman 2641. 5/25-26.
[28] . H/R Bukhari dan Muslim.
[29] . H/R Bukhari 1/54. Dan Muslim 1/65.
[30] . H/R Bukhari 3246. Muslim 93. Dan Ahmad 20492.
[31] . H/R Bukhari 6045 dan 5585.
[32] . H/R Bukhari 5639. Muslim. 91. Turmizi 256. Dan Ahmad 4404.
[33] . H/R Bukhari 5640.
[34] . H/R Abu Daud 426 dan Turmizi 1901.
[35] . H/R Bukhari 46. Muslim 97. Dan Turmizi 1906.

DAARUT TAQRIB DAN IKHWANUL MUSLIMIN

Kegiatan Daarut Taqrib Dan Ikhwanul Muslimin

Daarut Taqrib ( yaitu satu badan atau wadah yang ini diwujudkan untuk menyatukan Syiah dan Ikhwanul Muslimin.) telah menjadi markas utama bagi sebuah organisasi yang bekerjasama antara Ikhwanul Muslimin dan Syiah. Ditubuhkan semata-mata untuk menyatukan Syiah dengan Sunnah. Daarut Taqrib telah mengeluarkan dana yang besar dan mewah dalam mengendalikan segala urusannya tetapi tidak diketahui dari mana sumber kewangannya sedangkan anggotanya tidak pernah dikenakan yuran atau bayaran.
Markas ini telah membelanjakan untuk sebuah rumah eksklusif di Zamaalik, Kaherah (Cairo) yang dipenuhi dengan perabut-perabut luks, peralatan pejabat, menerbitkan majalah Islam yang besar, menggaji para pengurus, pengelola dan penulis-penulisnya. Dari manakah semua dana itu dan siapakah yang membiayainya? ( Lihat: Majalah al-Azhar. 24/285-286. )

Semua persoalan ini terjawab melalui pengakuan dari beberapa penulis Syiah yang menjelaskan bahawa:

“Daarut Taqrib didirikan dengan dana pembiayaan yang datangnya dari tokoh-tokoh pembesar Syiah. Di Daarut Taqrib sesiapapun dari Ahli Sunnah tidak mempunyai hak untuk melakukan sembarang tugas tanpa persetujuan dari tokoh-tokoh Syiah”.( Lihat: al Khomeini. Hlm. 27. Ahmad Mughniyah.)

Ini bermakna Daarut Taqrib dengan kerjasama pertubuhan Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah markas Syiah – Ikhwanul Muslimin. Kegiatan dan konspirasi Daarut Taqrib bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin bertujuan untuk menghancurkan manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah, memesongkan akidah umat Islam melalui berbagai-bagai bid’ah, menghilangkan prinsip wala’ wal-bara’ yang diamalkan di kalangan mereka terutama terhadap pemimpin dengan menggantikannya dengan tauhid hakimiyah dan menyebarkan diayah di kalangan umat dengan membesar-besarkan pemikiran para tokoh Ikhwanul Muslimin.

Daarut Taqrib merupakan markas golongan elit Syiah untuk melaksanakan program-program dan perancangan mereka terhadap Ahli Sunnah. Beroperasi menyebarkan propaganda yang hanya memberi faedah, kelebihan, keuntungan dan memberi ruang kepada Syiah untuk mencapai matlamat mereka merealisasikan segala niat buruk terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah.

SIAPAKAH SYIAH DAN ABDLLAH BIN SABA'

Siapa syiah dan Abdullah Bin Saba’?

Jika dicetuskan soalan, mengapa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti imam as-Syafie, Hambali, Maliki, Hanafi, Ibn Taimiyah dan begitu ramai para ulama Salaf yang menolak serta mengkafirkan Syiah (dikenali juga dengan sebutan Rafidhah)? Persoalan dan isu ini hanya akan terjawab apabila kita merujuk kepada kitab-kitab Salaf atau kitab-kitab para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang telah mendedahkan kebatilan Syiah, dimana kitab-kitab tersebut telah menjelaskan hakikat kesesatan Syiah sama ada pada akidah, ibadah, akhlak atau amalan-amalannya.

Definisi dan pengertian Syiah: Menurut etimologis: Syiah bermaksud pengikut, pendukung atau penyokong. Menurut terminologi pula ialah: Sesiapa yang hanya mengangkat keimamam, kepimpinan atau kekhalifahan dan keimaman Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu dan Ahli Bait.

Pengertian Tasyaiyu’(التشيع) menurut etimologis ialah: Berittiba’ (patuh dan mentaati) secara agama dan mengangkat (berwala’) kepada orang yang ditaati dengan penuh keikhlasan tanpa berbelah bagi untuk menjadi penganut syiah

Para Ulama Ahli Sunnah menolak fahaman Syiah dan Tasyaiyu’ kerana mazhab, ajaran atau fahaman ini bukan dari Islam. Ada pun perbezaan pokok antara Ahli Sunnah wal-Jamaah dengan Syiah tidak terletak pada tata-cara ibadahnya yang bersetatus furu’ melainkan pada perkara usul atau akidah yang berupa asas.

Sebenarnya Syiah adalah kelahiran dari (ciptaan) musuh Allah yang terlaknat iaitu Yahudi. Syiah merupakan perancangan (konspirasi) Yahudi yang telah dijayakan oleh seorang lelaki Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ dengan cara mengkultuskan (mensucikan) Ali bin Abi Talib dan Ahli Bait.

Abdullah bin Saba’ adalah seorang Yahudi dari San’a, Yaman. Si Munafik ini datang ke Madinah dimasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan radiallahu ‘anhu dengan berpura-pura sebagai seorang yang alim. Dialah juga perancang terhadap pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan dan membangkitkan hura-hara dalam kalangan para sahabat radiallahu ‘anhum.

Ramai para penulis dan para ulama Syiah mengakui adanya seorang lelaki utusan Yahudi ini (Abdullah bin Saba’). Antara para ulama Syiah yang membenarkan wujudnya Abdullah bin Saba’ ialah: Sa’ad bin Abdullah al-Qummi ( Usul Mazahib as-Syiah al-Imamiyah al-Ithna Asyariyah. 1/74.), an-Naubakhti ( at-Thusi, al-Fihris hlm. 75.), Abdullah an-Nasyi’ al-Akbar ( Masail Imamah, W 293.), Abdullah al-Mamaqani ( Tanqih al-Maqal, W. 1351.) Muhammad Husin al-Zain ( Lihat: asy-Syiah fit Tarikh. Hlm. 213.), dan ramai lagi. Oleh itu, kewujudan Abdullah bin Saba’ bukanlah suatu rekaan.

Fitnah Yang Dicetuskan Oleh Abdullah Bin Saba’

Abdullah bin Saba’ adalah seorang munafik berbangsa Yahudi. Beliau menyelinap ke dalam masyarakat Islam dan melahirkan keIslamannya kemudian menyembunyikan kekafirannya kerana bertujuan untuk mencetuskan berbagai-bagai makr (penipuan), talbis (perangkap), tadlis (pembohongan) dan fitnah demi untuk menghancurkan Islam dari dasar akidah dan syariatnya.

Antara fitnah-fitnah dan diayah keji yang telah ditabur oleh Abdullah bin Saba’ ialah:

1. Mendiayahkan bahawa Ali bin Abi Talib telah menerima wasiat sebagai Khalifah Rasulullah ( Lihat: Firaq asy-Syiah. Hlm. 44. an-Naubakhti. )

2. Mendakwa bahawa Ali bin Abi Talib pencipta segala makhluk dan pemberi rezeki.( Lihat: Tahzib at-Tarikh ad-Dimsyaki. Juz 7. hlm. 430.)

3. Mencipta pembohongan bahawa Ali bin Abi Talib tidak mati, dia tetap hidup di awang-awangan. Petir adalah pekikan Ali ketika marah dan kilat adalah cemeti Ali.( Lihat: al-Faraq Baina al-Firaq. Hlm. 234. al-Baghdadi.)

4. Menuduh Abu Bakr, Umar bin Khattab dan Uthman bin Affan radiallahu ‘anhum sebagai orang-orang zalim (kafir) kerana merampas hak khalifah Ali setelah wafatnya Rasulullah. Dan semua umat yang membaiah khalifah diketika itu adalah kafir.( Firaq asy-Syiah. Hlm. 44. an-Naubakhti.)

5. Para roh suci atau roh al-Qudus berinkarnasi ke dalam diri para Imam Syiah. . ( Lihat: al-Bad’u wat-Tarikh. 5/129.)

Para pembaca sewajarnya berusaha membaca buku-buku tulisan para ulama Ahli Sunnah (antaranya) seperti buku-buku yang ditulis oleh Prof. Dr. Ihsan Ilahi Zahiri. Para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mendedahkan semua rahsia penipuan, pembohongan dan bahayanya gerakan Syiah. Rancangan kotor dan jahat mereka bermula sejak diwujudkan gerakan Syiah. Mereka telah merancang untuk menghapuskan Ahli Sunnah wal-Jamaah. Pendedahan dan pembongkaran tentang batil dan bahayanya fahaman Syiah juga telah diusahakan oleh Prof. Dr. Ihsan Ilahi Zahiri di dalam buku “Asy-Syiah wa-Ahlul Bait”( Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan tajuk“Syiah Berbohong Atas Nama Ahlul Bait”. Alihbahasa Bey Arifin & Mu’ammal Hamidi. Terbitan PT. BINA ILMU. Surabaya.)

Thursday, June 23, 2011

STUDI KRITIS PEMAHAMAN JAMA'AH TABLIGH

SEJARAH SINGKAT

Jama'ah Tabligh didirikan oleh Syaikh Maulana Ilyas bin Syaikh Muhammad Ismail Al-Kandahlawi Al-Hanafi -Rahimahullah- di benua hindia, tepatnya di kota Sahar Nufur.

Beliau dilahirkan tahun 1303 H. di lingkungan keluarga yang mengikuti thariqat Al-Jitsytiyyah ash-Shufiyyah. Beliau orang yang hafidz (hafal Qur'an) dan menimba ilmu di Madrasah Diyuband setelah diba'iat oleh guru besar Thariqat, Syaikh Rasyid Ahmad Al-Katskuhi.

Pusat perkembangan jama'ah tabligh ada di India, tepatnya perkampungan Nidzammudin, Delhi. Mereka memiliki masjid sebagai pusat tabligh yang dikeliliingi oleh 4 kuburan wali.

Mereka terkesan sangat mengagungkan masjid tersebut dan menganggap suci masjid yang ada kuburannya tersebut.Da'wah jama'ah tabligh menyebar hingga ke Pakistan, Bangladesh dan negara-negara asia timur dan menyebar hingga ke seluruh dunia.
Tujuan dakwah mereka adalah membina ummat islam dengan konsep khuruj/jaulah (keluar wilayah untuk berdakwah dengan waktu-waktu yang telah ditentukan) yang lebih menekankan kepada aspek pembinaan suluk/akhlak, ibadah-ibadah tertentu seperti dzikir, zuhud, dan sabar. (baca 'Jama'ah Tabligh' karya M. Aslam Al-Bakistani -beliau mantan tokoh Jama'ah tabligh yang ruju' /taubat dari manhaj tablighi-)

AQIDAH MEREKA

Jama'ah tabligh bermanhaj shufi dalam masalah aqidah.
Tasawwuf sangatlah mendominasi anggota-anggota jama'ah dimana mereka sangat bersemangat dalam ibadah, dan dzikir, melatih diri dengan sedikit makan dan minum, tidur dan berbicara. Mereka juga mencurahkan perhatian besar terhadap mimpi dan takwilnya.

Aqidah mereka menurut pandangan ahlus sunnah wal jama'ah adalah rusak dan khatir, sesat dan menyesatkan. Aqidah jama'ah tabligh tercampur baur dengan syirik, khurafat, bid'ah, wihdatul wujud dan hulul (akan datang keterangannya mengenai kesesatan aqidah jama'ah tabligh ini).

Mereka berkeyakinan akan adanya mukasyafah (tersingkapnya tabir ghaib -ini merupakan aqidah shufi yang rusak), wali-wali aqhtab (adanya wali-wali kutub yang memiliki kemampuan mempengaruhi kahidupan makhluk -ini termasuk kesyirikan yang nyata), dan mereka membenarkan ucapan-ucapan syatahat (ucapan-ucapan yang keluar dari orang-orang shufiyah ketika akal mereka hilang dan mereka menganggap mereka (orang-orang shufiyah ini, peny.) dalam maqam yang paling tinggi dan ucapannya hampir seperti wahyu -Wallahul musta'an).

Mereka menghidupkan dan mengajarkan bid'ah-bid'ah syirkiyyat seperti tabaruk (mencari berkah di kuburan), tawassul terhadap makhluk, terhadap kuburan-kuburan nabi dan wali, dan kesyirikan-kesyirikan yang nyata lainnya. Mereka juga menghidupkan bid'ah-bid'ah mawalid dengan membaca qashidah burdah yang penuh dengan kesyirikan dan kebid'ahan. (Baca kitab mereka yang berjudul Bahjatul qulub karya Muhammad Iqbal, salah seorang tokoh jama'ah tabligh, buku ini penuh dengan keanehan-keanehan, kesyirikan dan kebid'ahan yang sesat lagi menyesatkan).

KHURUJ METODE DAKWAH BID'AH

Mereka begitu mencintai metode dakwah mereka yang mereka nama khuruj ini, bahkan seolah-olah khuruj ini termasuk dalam bagian tak terpisahkan dari syariat islam yang murni dan suci ini.

Mereka telah mengotori manhaj dakwah nabi dengan memasukkan apa-apa yang bukan dari-nya.Mereka begitu mengagung-agungkan metode ini, sampai-sampai jika ada diantara jama'ah yang disuruh memilih antara khuruj dan haji, maka mereka lebih memilih dan menyatakan keutamaan khuruj, sembari menyatakan, jika kita berhaji maka pahalanya dan kebaikannya adalah untuk kita sendiri, namun jika kita melaksanakan khuruj maka pahala dan kebaikannya selain untuk kita, juga untuk manusia lainnya.Bahkan mereka lebih memuliakan khuruj dibandingkan jihad fi sabilillah, sebab menurut mereka khuruj itulah jihad fi sabilillah.

Mereka berdalil tentang disyariatkannya khuruj ini dengan mimpi pendiri jama'ah tabligh ini, yakni Maulana Ilyas Al-Kandahlawi, yang bermimpi tentang tafsir Al-Qur'an Surat Ali Imran 110 yang berbunyi : "Kuntum khoiru ummatin UKHRIJAT linnasi ..." mereka menafsirkan kata ukhrijat dengan makna keluar untuk mengadakan perjalanan (siyahah). Sungguh penafsiran yang bathil yang menyelisihi hampir seluruh kitab tafsir ulama' salaf dan khalaf.

Mereka pun ketika khuruj dan berdakwah kepada ummat tanpa disertai ilmu dan bashirah (hujjah yang nyata dan jelas). Mereka mengajak kaum muslimin untuk menegakkan sholat namun mereka tidak mau membahas permasalahan sholat secara mendalam beserta hujjah dan dalilnya sehingga mereka tidak tahu bagiamana sifat sholat rasulullah yang benar itu. Mereka mengajak untuk mencontoh kepada rasulullah sedangkan mereka tidak mengetahui sunnah-sunnah dan hadits rasulullah, mereka tidak peduli entah yang mereka gunakan itu hadits dhaif atau maudhu', yang penting hadits...!!!

Mereka telah menetapkan sesuatu syariat yang seharusnya menjadi hak Allah dan rasul-Nya, mereka mengkhususkan bilangan jumlah hari dalm dakwah (baca : khuruj) secara tertentu tanpa ada keterangannya dari rasulullah, mereka menentukan bilangan hari dalam khuruj dengan bilangan yang tidak ada dasarnya sama sekali dari sunnah.Mereka menentukan bilangan hari khuruj selama 6 bulan, 3 bulan, 40 hari, 20 hari, 7 hari lalu seminggu.

Suatu pengkhususan yang tidak berdasar dalam manhaj da'wah rasulullah. Mereka begitu terdorong dan bersemangat mengikuti hadits rasulullah yang menyatakan : "Balligu 'anni walau aayah..." (Sampaikan dariku walau satu ayat...) namun mereka melupakan kata 'annii (dari-ku, yakni dari rasulullah), yang seharusnya mereka menyampaikan ayat yang telah benar-benar nyata dari rasulullah. Mereka juga lupa akan ayat Allah yang berbunyi : "Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajakmu kepada Allah atas bashiroh (hujjah yang nyata)" (QS. Yusuf 108). Yang seharusnya mereka menyeru kepada islam di atas hujjah yang nyata...!!!

Khuruj yang dilakukan jama'ah Tabligh yang mereka tentukan jumlah harinya pada hakikatnya tidak pernah menjadi amalan generasi para salaf dan khalaf.

Yang mengherankan adalah mereka keluar untuk tabligh (menyampaikan islam) namun mereka mengakui bahwa mereka tidak layak untuk tabligh dan bukan ahlinya.
Tabligh seharusnya dilakukan oleh orang-orang yang memiliki kapabilitas keilmuan yang mumpuni seperti yang dilakukan oleh rasulullah ketika mengutus delegasinya yang terdiri dari sahabat alim yang mengajarkan islam kepada ummatnya, seperti beliau mengutus Ali bin Abi Thalib, Mu'adz bin Jabal, dan selainnya seorang diri, tidak pernah beliau mengutus serombongan sahabat lain untuk menyertai individu-individu utusan rasul tersebut.

Karena itu kami menasehati jama'ah tabligh untuk lebih memperdalam ilmu dien ini. Mengenai ucapan mereka -Jama'ah Tabligh- yang menyatakan : "lihatlah para sahabat... mereka berasal dari mekkah, berasal dari medinnah... namun kuburan-kuburan mereka tersebar, ada yang dikuburkan di negeri Bukhara, di negeri samarkhand, di negeri Andalusia..." maka sungguh mereka salah meletakkan ucapan mereka yang mengqiyaskan apa yang dilakukan oleh para sahabat itu sebagai khuruj ala tablighi. Namun adalah mereka, para sahabat -Ridhwanullah 'alaihim ajma'in- mereka keluar adalah dalam rangka jihad fi sabilillah.

KEANEHAN-KEANEHAN KITAB TABLIGHI NISHAB / FADHAILUL 'AMAL

Sungguh, mereka benar-benar telah menjadikan 2 kitab tulisan tokoh mereka yakni Tablighi Nishab (atau dikenal dengan Fadhailul 'amal) yang ditulis oleh Maulana Zakaria al-Kandahlawy dan Hayatus-Shahabah yang ditulis oleh Maulana Yusuf al-Kandahlawy, sebagaimana 2 kitab syaikhani (yaitu Bukhari Muslim, peny.),
padahal 2 kitab yang mereka jadikan rujukan utama, yang senantiasa mereka baca di setiap waktu, yang mereka cintai, yang selalu mereka bawa kemana-mana, adalah kitab yang sesat lagi menyesatkan, di dalamnya tercampur antara hadits shahih dengan hadits dhaif, maudhu', dan laa ashla lahu, di dalamnya terkumpul bid'ah, syirik, khurafat, dongeng, mitos, dan kesesatan lainnya (akan menyusul contoh-contohnya dalam risalah ini).

Namun, begitu taqlidnya mereka, begitu husnudh-dhonnya mereka, sehingga mereka biarkan kesesatan itu tetap ada di dalam kitab mereka, mereka tidak ridha dan rela kitab mereka dibersihkan dari kesesatan ini, mereka tetap menginginkan kitab itu seperti apa adanya sebagaimana ditulis oleh penulisnya, dan mereka tidak sadar bahwa penulis kedua kitab itu tidak ma'shum, namun mereka tetap tidak mengindahkannya, dan mereka menganggap seolah-olah penulis 2 kitab itu bagaikan wali yang ma'shum. –

Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka- Sungguh, telah banyak para ulama' pencinta kebenaran yang mengkoreksi kitab-kitab semacam ini, yang berusaha membuang dan membersihkan agama ini dari kotoran-kotoran, yang berusaha memelihara kemurnian agama ini, yang berusaha memerangi para ahli bid'ah dan kebid'ahannya.
Namun, usaha mereka itu tidaklah mendapatkan tempat bagi orang-orang yang cinta akan kesesatan dan kebid'ahan.

Diantara kesesatan kitab itu adalah :

TABLIGHI NISHAB MENCAMPUR HADITS-HADITS MAUDHU' DAN DHAIF 1

Dalam Fadha'iludz Dzikir, hal. 96 Diriwayatkan dari Umar, Rasulullah Shallahu 'alaihi wa Salam bersabda : "Manakala nabi Adam 'alahi salam melakukan perbuatan dosa, ia mengetengadahkan kepala ke langit seraya berkata : 'Ya Rabb, aku memohon kepada-Mu dengan keagungan Muhammad, ampunilah dosaku.' Maka Allah menurunkan wahyu dari 'arsy. Lalu Adam berkata : 'Maha suci nama-Mu, tatkala Kau menciptaku, aku mengetengadahkan kepalaku ke arah arsy, ternyata tertulis padanya, Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah. Maka aku mengetahui bahwa tak seorangpun yang lebih mulia martabatnya di sisi-Mu daripada orang yang telah engkau jadikan beriringan dengan nama-Mu.' Lalu Allah berfirman kepada Adam, 'wahai Adam, sesungguhnya Muhammad itu nabi terakhir dan termasuk anak cucumu, seandainya Muhammad tidak diciptakan maka Aku tidak menciptamu." (Tablighi Nishab, bab Fadhailudz Dzikir, hal 96.)

Keterangan : Hadits di atas adalah hadits Maudhu' dalam Al-Maudhu'at Al-Kabir. Perawi-perawi dalam hadits di atas majhul (tidak dikenal).

2. Dalam Fadha'iludz Dzikir, hal. 109-110 Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata, bersabda Rasulullah : 'Barangsiapa menziarahi kuburanku, maka wajib atasnya syafatku.' (Tablighi Nishab, Bab Fadha'iludz Dzikir, hal. 109-110)

Keterangan : Hadits di atas hadits Maudhu', lihat Dhaiful Jami' no 5618. 3.

Dalam Fadha'ilul Haj, hal. 101 Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata, Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang menziarahiku setelah wafat maka ia laksana menziarahiku sewaktu aku hidup." Berkata penulis : Diriwayatkan oleh Imam Thabrani, Daruquthni dan Baihaqi. Baihaqi menyatakan Hadits ini Dhaif dalam Al Ittihaf. Berdasarkan riwayat Imam Baihaqi dalam Al-Misyqat disebutkan, "Siapa yang melakukan haji dan menziarahi kuburanku, maka ia seperti menziarahiku sewaktu aku hidup." Berkata penulis : Al-Muwaffiq dalam Al-Mughni menjadikan hadits ini sebagai dalil terhadap keutamaan ziarah ke makam nabi. (Tablighi Nishab, bab Fadha'ilul Haj, hal 101)

Keterangan : Hadits di atas Maudhu' dalam Dha'iful Jami' no 5563

Inilah sekelumit di antara kandungan hadits-hadits Maudhu' alam Tablighi Nishab, yang masih sangat banyak lagi di dalamnya yang harus dibersihkan dan dibuang jauh-jauh.

Karena Rasulullah bersabda dalam haditsnya yang Mutawattir : "Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja maka persiapkan duduknya di atas neraka", termasuk berdusta atas nama nabi yakni menyampaikan kepada ummat apa-apa yang bukan dari beliau namun disandarkan terhadap beliau, masuk di dalamnya menyampaikan atau menggunakan hadits maudhu', dan telah sepakat ummat ini bahwa hadits maudhu' tidak dapat dijadikan hujjah atau dalil.

TABLIGHI NISHAB BERISI KHURAFAT, HIKAYAT DAN DONGENG.

Muhammad Zakaria al-Kandahlawy -semoga Allah mengampuninya- didalam bukunya Tablighi Nishab merangkum khurafat, bid'ah, mitos dan hikayat-hikayat yang memekakkan telinga dan jauh dari kodrat dan tidak bisa dibenarkan akal sehat. Rujukan yang dipegangnya tak dapat dipercaya dan ia menukil dari pengarang yang tak mendapatkan legitimasi para ulama'.

Diantara kisah-kisah tersebut adalah :

[1].Dalam Fadhailul Haj, hal 137-138, akhir bab IX, hikayat ke-13 Dinukil dari As-Suyuthi dalam kitab Al-Hawi bahwa Sa'id Ahmad Ar-Rifa'I berziarah ke makam Nabi setelah haji pada tahun 555 H. Ia melagukan dua bait syair sebagai berikut : Dalam hal yang jauh, ruhku kulepaskan.... Bumi menerima dariku, karena ia wakilku... Inilah kerajaan khayalan yang aku hadiri... Maka ulurkan tangan kananmu agar terengkuh oleh bibirku... Lalu tangan nabi yang diberkahi keluar dari makamnya yang mulia dan Ar-Rifa'i pun mencium tangannya. Penulis menambahkan dalam kitab Al-Bunyan Al-Masyid, "ada 90 ribu orang yang menyaksikan hal itu. Mereka adalah peziarah makam Nabi. Diantara peziara itu adalah Syaikh Abdul Qodir Jailani." (Tablighi Anishab, bab Fadhailul Haj, hal 137-138, akhir bab IX, hikayat 13)

[2]. Dalam Fadha'ilul Haj, hal 133 Syaikh Abu Khair Al-Aqtha' berkata, "Aku merasa lapar karena selama 5 hari aku belum makan.
Lalu aku berziarah dan ketiduran setelah aku membaca shalawat kepada Nabi di sisi makamnya. Aku bermimpi Nabi datang bersama Syaikhani dan Ali Radhiallahu 'anhu. Kemudian beliau memberi aku sepotong roti. Aku makan roti itu setengahnya, ketika aku terbangun, aku melihat setengah roti sisanya masih ada di tanganku." (Tablighi Nishab, bab Fadha'ilul Haj, hal 133)

[3]. Dalam Fadahilul hajj, hal 141 Syaikh Syamsuddin, ketua Khadamul haram An-Nabawi berkata : "Satu jama'ah dari Aleppo menyuap gubernur Madinnah agar mereka dizinkan membongkar makam Syaikhani dan mengambil jasad keduanya. Maka ketika itu datanglah 40 orang laki-laki membawa cangkul pada malam harinya. Keempat puluh orang itu iba-tiba saja hilang di telan bumi. Setelah itu gubernur Madinah berkata, 'Janganlah kau sebarkan hal ini, atau aku akan memenggal kepalamu." (Tablighi Nishab, bab Fadha'ilul Haj, hal 141)

[4]. Dalam Fadha'ilul Haj, hal 87) Syaikh Zakaria berkata, "Dinukil dari beberapa Syaikh, bahwa seorang Syaikh yang tinggal di negeri Khurasan lebih dekat ke Ka'bah karena ia selalu bersentuhan dengan ka'bah dibandingkan orang-orang yang selalu berthawaf di ka'bah. Bahkan terkadang ka'bah datang mengunjunginya." (Tablighi Nishab, bab Fadha'ilul Haj, hal 87)

[5]. Dalam Fadhailush Shadaqah, hal. 588. dikisahkan Syaikh Zakaria mengerjakan sholat sebanyak 1000 raka'at dengan berdiri. Apabila ia merasa lelah, maka ia sholat dengan duduk sebanyak 1000 raka'at. (Tablighi Nishab, bab Fadha'ilush Shadaqah, hal 588)


[6]. Dalam Fadha'ilul Qur'an, hal. 15. Diceritakan bahwa Ibnu Katib mengkhatamkan Al-Qur'an setiap hari sebanyak 8 kali.

[7]. Dalam Fadhailul Haj, hal. 218. Diceritakan bahwa Nabi Khidr mengerjakan sholat shubuh di mekkah dan duduk di rukun syami sampai terbit matahari, kemudian sholat Dhuhur di Madinah, sholat ashar di Baitul Maqdis dan Sholat Maghrib dan Isya' di Al-Iskandari.

[8]. Dalam Fadha'ilush Shadaqah hal. 588. Diceritakan bahwa Abu Muhammad Al Jurairi melaksanaknan I'tikaf di Makkah selama setahun penuh, tidak tidur tidak pula bersandar di dinding atau tiang.

[9].Dalam Fadhailul Hajj, hal 135 Seseorang bertanya kepada Nabi Khidir, "apakah kamu melihat seseorang yang lebih mulia daripada dirimu?" menjawab Nabi Khidir, "Pada suatu ketika aku berada di dalam masjid Muhammad (di madinah). Pada waktu itu Imam Abdurrazaq sedang mengajari jama'ah tentang hadits nabi, maka aku melihat seorang pemuda duduk sendiri di pojok masjid sambil meletakkan kepalanya di atas kedua lututnya. Aku bertanya padanya, 'mengapa kau tidak mengikuti majlis Abdurrazaq dan mendengarkan hadits-hadits nabawi', ia menjawab, 'Di sana jama'ah mendengarkan pengajian dari Abdurrarzaq, namun di sini ada seorang sendirian mendengarkan pelajaran Abdurrazaq tanpa ada orang lain.' Kemudian Nabi Khidr berkata, 'Jika benar demikian maka katakanlah siapakah aku ini?' Ia menjawab 'Kamu adalah nabi Khidr'. Nabi Khidr berkata. 'dengan demikian aku mengetahui bahwa ada sebagian wali Allah yang tidak aku ketahui dikarenakan ketinggian derajatnya." (Tablighi Nishab, bab Fadha'ilul Hajj, hal 135)

Banyak lagi hikayat-hikayat lainnya di samping dongeng-dongeng di atas, yang mana di dalam buku ini banyak sekali berserakan di dalamnya mitos, kebatilan, khurafat dan bid'ah. Apakah gerangan yang diinginkan pengarang buku ini dengan memuat segala malapetaka ini? Bagiamana bisa Jama'ah Tabligh menerima sesuatu yang rasanya pahit ini? Bagiamanakah sikap ulama' mereka terhadap bahaya sufistik ini? Apakah ada yang bisa menjawab? Hanya Allah lah tempat mengadu...!!!

PERNYATAAN ULAMA'-ULAMA' SUNNAH TENTANG JAMA'AH TABLIGH

Syaikh Al-Allamah Al-Muhaddits Muhammad Nashrudin Al-Albani -Rahimahullah- dalam fatawa Al-Imarotiyah hal. 30 ketika ditanya
tentang jama'ah tabligh, beliau memberikan jawaban : "Da'wah Jama'ah Tabligh adalah sufi masa kini (shufiyyah ashriyyah) yang tidak berpijak kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya..."

Fatwa terakhir Samahatusy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim 'alu Syaikh -Rahimahullah- : "Saya jelaskan bahwa jam'iyyah ini (jama'ah tabligh, peny.) adalah jam'iyah yang tidak kebaikan padanya. Sebab itu jam'iyah ini adalah bid'ah lagi sesat menyesatkan." (fatawa SyaikhIbrahim, hal. 405 tanggal 29/1/82 H)

Fatwa terakhir Al-Allamah Samahatusy-Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baaz -Rahimahullah-, ketika beliau ditanya mengenai jama'ah tabligh, beliau menjawab : "...Jama'ah Tabligh dari India yang sudah dikenal ini terdapat khurafat, bid'ah dan syirik pada mereka..." (Fatwa terakhir Syaikh bin Bazz dikutip dari kaset Ta'qib Samahatusy-Syaikh Abdul Aziz bin Bazz 'ala Nadwah.)

Syaikh Hammud bin Abdullah At-Tuwaijiri -Rahimahullah- ketika ditanya tentang jama'ah tabligh, beliau menjawab secara terperinci dalam Al-Qoul Al-Baligh fi ar-Roddi 'ala jama'atit tabligh yang intinya adalah : "Saya katakan bahwa jama'ah tabligh itu kelompok yang sesat lagi bid'ah. Mereka tidaklah mengikuti jalan yang telah ditempuh Rasulullah dan sahabatnya, juga para tabi'in. Akan tetapi mereka mengikuti metode shufiyyah yang bid'ah..."

Syaikh Ali Hasan ketika ditanya mengenai kebaikan jama'ah tabligh karena banyaknya pemuda yang masuk islam melalui da'wah mereka, menjawab : "Perkataan itu benar namun kurang!

Benar jama'ah tabligh menda'wahi banyak manusia dimana menghasilkan orang yang dahulunya berandalan sekarang bertaubat, tetapi sebagaimana pendapat ulama', bahwasanya hidayah itu ada dua, yakni hidayah 'ila thariq (ke jalan) dan hidayah fi thariq (di jalan). Ya.. memang jama'ah tabligh ini mendakwahi manusia 'ila thariq, tapi mereka tidak berdakwah fi thariq.

Bagaimana tidak !!! aqidah mereka saja hancur!!! Mereka mengatakan dalam kitab mereka yang masyhur tablighi nishab yang penuh dengan khurafat serta penyimpangan-penyimpangan..." (kaset muhadharah Syaikh Ali berjudul Manhaj as-Salaf).

Fatawa Lajnah Al-fatawa fi idaratil Buhuts al-ilmiyyah wal ifta' wad da'wah wal irsyad, menyatakan : "Jama'ah Tabligh sangat berlebihan dalam hal-hal negatif dan generalisasi terhadap suatu masalah.

Jama'ah tabligh tidak jelas mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah dalam berdakwah sampai dengan perincian prinsip-prinsip syariat islam dan cabang-cabang hukumnya..." (dinukil oleh Ust. Falih Nafi' dalam kitabnya Ad-Diinun-Nashiihah hal 17-18)

NASIHAT BAGI JAMA'AH TABLIGH

Kami nasihatkan bagi jama'ah tabligh dan orang-orang yang simpati pada da'wah mereka, termasuk orang-orang yang mengepankan ukhuwwah dan tidak menegakkan pilar saling menasihati dan membiarkan kebathilan dan kesalahan seperti ini dipendam dengan maksud menjaga ukhuwwah dan supaya ummat tidak terpecah belah, agar :

1.Bertakwa kepada Allah, takut akan siksa-Nya dan adzab-Nya. Menjauhi apa-apa yang dilarang-Nya dan meninggalkan segala hal yang mengakibatkan murka-Nya.

2.Bertaubat kepada Allah akan kesalahan-kesalahan kita, berjanji tidak akan mengulanginya,dan meninggalkan segala pemahaman-pemahaman sesat dan salah yang selama ini kita pegang.

3. Menuntut ilmu dien yang syar'i yang selaras dengan pemahaman salaf ash-sholih, mengamalkannya, mendakwahkannya dan sabar dalam memeliharanya.

4.Senantiasa menegakkan pilar nasehat-menasehati dan tolong menolong dalam kebenaran dan ketakwaan.

KESESATAN AJARAN SYIAH

Definisi (شِيْعَة) Syiah Dan Tasyayyu' (تَشَيُّع)

Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau Pembela". Contohnya: Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau pembela Ali". Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya". Dan apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.

Tasyayyu' (التشيع) pula menurut keterangan Syeikh al-Mufid ialah[1]:

التشيع لغة : هوالاتباع على وجه التدين والولاء للمتبوع علىالاخلاص.

"Tasyayyu' menurut etimologi adalah sikap mengikut yang didasari agama dan mengangkat orang yang diikuti dengan ikhlas".[2]

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman kalimah syiah dalam erti faktual suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum terbentuk. Tetapi kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara Syiah (penyokong) Ali dan Syiah Muawiyah. Hanya kelompok Syiah di waktu itu kesemua mereka berfahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Abdullah Bin Saba' (Si Munafik)

Abdulah bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan radiallahu 'anhu. Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri. Abdullah bin Saba' pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu 'anhu: "Engkaulah Allah".[3] Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).

Abdullah bin Saba' orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait".[4] Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba':

"Abdullah bin Saba' mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".[5]

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'. Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba'iyah. Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).

Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.[6]

Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba'. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.[7]

Syiah Mengkafirkan Para Sahabat

Agama Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum. Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka:

1. Abu Ja'far berkata:

"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".[8]

2. Al-Kulaini[9] mensifatkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat.[10] Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah. Menurut Kulaini:

"Penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang".[11]

Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi:

"Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah".[12]

3. Al-Majlisi seorang ulama besar Syiah menegaskan:

“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian".[13]

Budak Ali bin Husin berkata:

"Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar. Maka dia menjawab: Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".[14]

4. Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:

"Sesungguhnya penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali dari penduduk Mekkah".[15]

Demikianlah kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para ulama Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang awamnya.

Al-Quran Menurut Syiah

Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai, ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli. Al-Quran yang asli berada di tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada putera-puteranya. Menurut Syiah lagi bahawa pada masa sekarang ini al-Quran yang asli berada di tangan Imam Mahadi al-Muntazar.

Al-Kusyi pula berkata:

"Tidak sedikitpun isi kandungan di dalam al-Quran (yang digunakan oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah sekarang, Pent.) yang boleh kita jadikan pegangan".[16]

Menurut para ulama Syiah:

“Seseorang itu akan dianggap kafir dan masuk neraka kerana tidak mengikut Imam Dua Belas Syiah atau kafir terhadap Syiah”.

Syiah banyak merubah ayat-ayat al-Quran dan tafsirannya. Contohnya ayat:

مَاسَلَكَكُمْ فِى سَقَرٍ

"Mengapa kamu masuk neraka?"

(Menurut penafsiran ulama Syiah):

قَالُوْا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّيْن

"Orang-orang kafir menjawab, Kami tidak solat".

Ulama Syiah merubah tafsirannya yang sebenarnya kepada maksud dan tafsiran:

"Kami (masuk neraka kerana) tidak mengikut Imam (Syiah)".[17]

Begitulah kekarutan, khurafat dan batilnya kepercayaan penganut syiah yang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai akidah yang sesat lagi menyesatkan.

Hadis Menurut Syiah

Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya. Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait. Menurut Syiah hadis bukan semata-mata dari Nabi tetapi dari Imam Dua Belas yang maksum. Nilai perkataan imam yang maksum senilai dengan wahyu dan sabda nabi.[18]

Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

1. Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi(نَاصِبِي) "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin Abi Talib" kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah.

Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi. Menurut ulama Syiah lagi:

"Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat".[19]

Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani. Beliau menegaskan:

"Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah".[20]

2. Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara dengan orang-orang kafir musyrikin dan najis. Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri (ulama besar Syiah):

"Najis ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu yang tidak beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama Islam menolak yang datang dari Islam. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli, kafir zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)".[21]

Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah):

"Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".[22]

3. Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak mengimani) Imam Dua Belas. Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):

"Tidak ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas".[23]

Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah):

"Sesiapa yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah orang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir".[24]

Syiah menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah. Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan dari Daud bin Farqad:

"Aku bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam: Bagaimana pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menimpakan dengan tembok atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin".[25]

Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah):

"Berkata Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq): Ambillah harta an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun kamu mendapatkannya dan berikan kepada kami seperlima".[26]

Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah):

"Dari dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan najis secara hukum, dibolehkan mengambil segala harta benda mereka bahkan dihalalkan membunuhnya".[27]

Begitulah sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka gelar sebagai an-Nasibi. Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah mengistiharkan bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dan rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah (harta rampasan perang).

Agama Syiah Mewajibkan Taqiyah

Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah. Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah. Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah.[28] Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah. Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.

Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka. Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.

Abu Ja'far berkata:

"Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah".[29]

Abdullah berkata:

"Wahai Abu 'Umar! Sesungguhnya sembilan persepuluh dari agama terletak pada taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah pada segala sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".[30]

Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad:

"Wahai Daud! Sekiranya kamu mengatakan bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti orang yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu itu".[31]

Sebenarnya taqiyyah dalam agama Syiah adalah perbuatan nifak, pembuat nifak adalah seorang munafik. Tidak ada hadis sahih yang menghalalkan taqiyah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Syiah. Si Munafik pula dilaknat Allah dan ditempat di neraka yang paling bawah (kerak neraka), maka Ahli Sunnah wal-Jamaah diharamkan dari bertaqiyah.

Syariat Syiah Yang Menyesatkan

Syariat Syiah yang sebenar amat bertentangan dengan syariat Ahli Sunnah wal-Jamaah. Syiah digolongkan oleh Imam Syahrastani di dalam bukunya “Al-Milal Wan-Nihal” dan al-Bagdadi dalam bukunya “Al-Faraq Bain al-Firaq” segabai golongan 72 yang ke neraka, kerana penganut Syiah selain mengkafirkan Amirul Mukminin Abu Bakar, ‘Umar al-Khatab, Uthman radiallahu anhum dan para sahabat yang lain, mereka juga lebih meyakini syariat Daud 'alaihis salam daripada syariat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Abu Ja'far berkata:

"Apabila Imam ghaib (Imam Mahdi) datang, ia akan memerintah dengan hukum syariat Daud (bukan syariat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, pent)".[32]

Nikah Mut'ah

Syiah menghalalkan nikah mut'ah seberapa banyak, beberapa kali yang diinginkan dan yang semampu. Mereka menghalalkan nikah mut'ah sehingga ke Hari Kiamat. Sebaliknya Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mengharamkan nikah mut'ah sehinggalah ke Hari Kiamat. Antara hadis (hadis-hadis sahih) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mengharamkan nikah mut’ah ialah:

عَنْ عَلِيِّ اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ نِكَاحِ الْمُتْعَةِ يَوْمَ خَيْبَرَ وَعَنْ لُحُوْمِ الْحُمُرِ اْلاَهْلِيَّةِ.

"Dari Ali (Bin Abi Talib): Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan baginda mengharamkan makan daging keldai kampung".[33]

اَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى يَوْمِ الْفَتْحِ عَنْ مُتْعَةِ النِّسَاءِ.

"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang nikah mut'ah pada hari futuh (pembukaan) Mekkah".[34]

Antara tanda-tanda penganut agama Syiah ialah menghalalkan nikah mut’ah walaupun telah diharamkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Golongan Syiah telah menyelewengkan hadis-hadis sahih yang mengharamkan mut’ah. Oleh itu, orang-orang beriman yang mengakui sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah perlu membenteras fahaman dan ajaran Syiah kerana Syiah adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.

RUKUN IMAN AGAMA SYIAH

Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara, iaitu:

1. Beriman kepada keEsaan Allah - (التوحيد)

2. Beriman kepada Keadilan - (العدل)

3. Beriman kepada Kenabian - (النبوة)

4. Beriman kepada Imam - (الامانة)

5. Beriman kepada Hari Kiamat - (المعاه)

Imam Malik secara terang-terangan telah mengkafirkan golongan Syiah kerana golongan ini membenci para sahabat Nabi dan sesiapa yang membenci sahabat Nabi adalah kafir. Hal ini telah disepakati oleh sebahagian besar ulama.[35]

Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:

"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".[36]

Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:

"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".[37]

Begitulah fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap golongan Syiah. Tidak terdapat seorangpun dari kalangan mereka yang menerima Syiah sama ada fahaman atau akidah mereka. Oleh itu, berwaspadalah terhadap gerakan, doktrin dan di’ayah Siyah, kerana pada hakikatnya mereka adalah pembohong yang hanya mengajak kepada kesesatan, pecah-belah dan kehancuran umat Islam. Wallahua’lam. Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.

[1]. Syeikh al-Mufid adalah seorang ulama Syiah abad (414 H/ 1022M).
[2]. Lihat: Awaailul Maqalat. hlm. 2. Syeikh al-Mufid.
[3]. Lihat: Rijal al-Kusyi. Hlm. 106-108. (Kitab ini "Rijal al-Kusyi") adalah kitab tertua menjadi rujukan dan pegangan golongan Syiah.
[4]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asyariah. (1/74).
[5]. Lihat: الشيعة فى التاريخ Hlm. 213. Muhammad Husin al-Zain.
[6]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asariyah. (1/74).
[7]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithan 'Asariyah. (1/77).
[8]. Lihat: Tafsir as-Safi. (1/389).
[9]. Al-Kulaini, nama penuhnya Muhammad bin Yakub al-Kulaini. Meninggal dunia pada 328H
[10]. Lihat: Usul al-Kafi. (1/488).
[11]. Ibid. (2/409).
[12]. Lihat: Al-Kafi. (1/372-374).
[13]. Lihat: بحار الانوار. (4/385). Muhammad Baqir al-Majlisi
[14]. Ibid. (2/216).
[15]. Ibid. (2/410).
[16]. Lihat: As-Safi. (1/33).
[17]. Lihat: Usul Kafi. (1/438).
[18]. Keyakinan bahawa para imam maksum menjadikan semua perkataan yang keluar dari mereka adalah sahih. Maka tidak diperlukan menyandarkan sanadnya kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana di kalangan Ahlu Sunnah wal-Jamaah. Lihat: Tarikh al-Imamiyah. Hlm. 140. Abdullah Faiyad.
[19]. Lihat: Asy-Syiah wa as-Sunnah. Hlm. 7. Ihsan Ilahi Zahiri.
[20]. Lihat: Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147.
[21]. Lihat: Manhaj Shalihin. (1/116).
[22]. Lihat: Tahrirul al-Wasilah. (1/116). Cetakan Beirut.
[23]. Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah. (28/153). Cetakan Beirut.
[24] Lihat: Kitabul Khalash Fi Zilli al-Qaimmul Mahdi. Hlm. 44. Cetakan Beirut, Lebnon.
[25]. Lihat: 'Ilal asy-Syar'i. Hlm. 44. Cetakan Beirut.
[26]. Lihat: Tahzibul Ahkam. (1V/122) Cetakan Tehran.
[27]. Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah Fi Ahkam al-Atraf at-Tahirah. (X11/323-324).
[28]. Lihat: Al-Qummi, terjemahan Asaf .A Fyze. Hlm. 71.
[29]. Lihat: Usul Min Kafi. (2/219).
[30]. Ibid.
[31]. Lihat: Wasail asy-Syiah (X1/466). Cetakan Tehran.
[32]. Lihat: Tarikh Ma Ba'da Zuhur. Hlm. 728. Cetakan Beirut.
[33]. H/R Bukhari (5/78 dan 6/129). Muslim (9/189-190).
[34]. H/R Muslim. (4/133).
[35]. Lihat: Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984.
[36]. Ibid. Hlm. 57.
[37]. Ibid. hlm. 57.