Tuesday, April 26, 2011

MENGUNGKAP KESALAHAN THAREQAT SUFI/ TASAWWUF

Adalah fakta yang tidak bisa di pungkiri bahwa hari ini ajaran tasawuf telah tersebar di seluruh negara-negara islam, termasuk di Indonesia. Bahkan dapat kita lihat di kalangan masyarakat bahwa ajaran tasawuf telah menjadi ciri khas jika seseorang itu dinamakan ahlu sunnah wal jamaah. Banyak di kalangan masyarakat kita dengan bangga mengatakan “ saya ahlu sunnah wal jamaah dimana akidah kami asy’ari dan mazhab kami syafi’i serta tarekat kami naqsabandi.” ( Takrif seperti ini adalah keliru, yang benar bahwa Ahlu sunnah wal jamaah adalah pengikut Nabi saw dan para sahabatnya dengan tidak mengikuti paham asyaairah, fanatik bermazhab dan bertarikat sufi, karena semua itu tidak ada contoh dari Nabi saw )

Dalam menanggapi ajaran tasawuf biasanya masyarakat akan ada yang pro dan kontra. Masing-masing akan mempertahankan pendapatnya dan merujuk kepada para ulamaknya. Melihat adanya perbedaan seperti ini, sepatutnya kita sebagai ahlu sunnah wal jamaah ( pengikut Nabi saw dan para sahabatnya ) tidak perlu panik, karena Nabi aw sendiri telah memberitahukan kepada kita bahwa perbedaan akan berlaku, bahkan Nabi saw juga memberitahu bagaimana cara kita selamat dari berbagai perbedaan yaitu untuk berpegang kepada sunnahnya dan sunnah para sahabatnya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

( فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ )

Maksudnya : “ Sesungguhnya, orang yang hidup di antara kalian selepasku akan melihat banyak perselisihan yang timbul ; maka tetaplah kalian dengan sunnahku dan sunnah Khulafa al-Mahdiyyin al-Rashidiin, berpeganglah dengannya, dan gigitlah ia dengan geraham …“. [HR Abu Daud : 4607, al-Tirmidzi : no.2676]

Untuk menghadapi perbedaan tentang pro dan kontra ajaran tasawuf, maka saya mengajak saudara seislam untuk memilih dan mengambil pendapat yang sesuai dengan amalan nabi saw dan para sahabatnya, serta meninggalkan pendapat yang tidak di amalkan nabi saw dan para sahabatnya

Banyak orang menyangka bahwa ajaran tasawuf itu berasal dari islam, sebagaimana banyak yang menyangka bahwa diantara sufi ada yang menjadi wali Allah. Saya berharap agar kaum muslim mengkaji kembali ucapan dan amalan mereka sehingga dapat mengetahui betapa jauhnya mereka orang-orang sufi dari ajaran Islam.
Apa yang menyebabkan kaum sufi terjebak kepada kesesatan padahal mereka juga berkata bahwa mereka berpegang pada Qur’an dan Hadis?...Yang menyebabkan mereka sesat dalam ajarannya adalah karena mereka memahami Al-Qur’an dan Hadis tidak mengikut paham Nabi saw dan para sahabatnya. Mereka hanya mengikut kepada paham guru/ mursyidnya saja.

Berbagai kesalahan kaum sufi yang tidak ada contoh dari Nabi saw :

1.Munculnya istilah tasawuf adalah nama baru yang memecah belah kaum muslimin. Makna tasawuf atau shufi itu sendiri tidak mempunyai dasar yang jelas. Seperti ada yang mengatakan bahwa kata “ shufiyah “ diambil dari kata shufiyaa. Shufiyah bukan diambil dari kata “As-Shofa “, yang akan mejadi “Shofaa’i “ dan bukan “Shufi”. Terkadang antara ajaran tasawuf yang awal-awal dengan ajaran tasawuf yang akhi-akhir/ sekarang ini terjadi perbedaan. Bahkan ajaran tasawuf pada hari ini kesalahannya lebih banyak dari pada pendahulunya.

Di dalam al-Quran, al-Hadith dan Bahasa Arab tidak terdapat kalimah tasawuf atau sufi, atau suatu kalimah yang memberikan makna tertentu dari kalimah sufi atau tasawuf tersebut. Kalimah ini (sufi/tasawuf) berjaya dimasukkan ke dalam Bahasa Arab (diArabkan) oleh aktivis tasawuf melalui saluran falsafah yang mereka amal dan perjuangkan.

Apa yang terdapat di dalam al-Quran atau al-Hadith hanyalah kalimah takwa dan zuhud yang berbeza maksud, tujuan dan prinsipnya dengan tasawuf atau sufi, takwa dan zuhud melarang pelakunya dari meninggalkan syariat walau seinci sekalipun. Namun ada yang menyangka bahawa kedua-dua kalimah ini mempunyai sedikit persamaan.

Dalil tentang zuhud telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan pengertian dan penjelasannya yang sebenar: "Dan mereka merasa tidak tertarik hati padanya". YUSUF, 12:20.

Kalimah "zuhud" di ayat ini, bererti: "Tidak tertarik, tidak terikat, tidak terpengaruh dan tidak terasa cinta kepada sesuatu yang bersifat kebendaan". Walaupun begitu ia tidak pula ditinggalkan kerana kebendaan tersebut boleh dijadikan kepentingan dalam kehidupan di dunia walaupun bukan menjadi tujuan utama. Zuhud merupakan satu daripada amalan para nabi, para rasul, para sahabat dan orang-orang soleh.

Zuhud juga bukanlah satu ajaran yang menekankan supaya sentiasa mencari-cari Allah, kerana orang-orang yang zuhud sudah tahu di mana Allah berada melalui ilmu dan keimanannya terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah mengkhabarkan di mana Allah berada. Antara ayat penerangan yang dimaksudkan ialah ayat di bawah ini:


اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.

"Dialah (Allah) yang bersifat Amat Pemurah, bersemayam di atas 'Arsy". TAHA, 20:5.

Imam Malik rahimahullah telah menjelaskan tentang "Arsy Allah" dan "Istiwa" yang disebutkan oleh ayat di atas iaitu:

"A1-Istiwa itu maklum, caranya tidak diketahui (majhul), beriman dengannya wajib dan mempersoalkannya (bertanya tentangnya) adalah bid'ah". (Al-Baihaqi, (اصول الاعتقاد), hlm. 166. & Ibn Taimiyah, Fatawa, jld. 5, 365)

Dalam sebuah hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bertanya kepada seorang budak perempuan:

فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيْنَ اللهُ؟ قَالَتْ : فِى السَّمَاءِ . قَالَ : مَنْ اَنَا ؟ قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ الله . قَالَ : اَعْتِقْهَا فَاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam pernah bertanya kepada seorang hamba perempuan: Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasulullah bertanya lagi: Siapa aku? Dia menjawab: Engkau adalah Rasulullah. Setelah itu Rasulullah bersabda: Merdekakanlah dia kerana dia seorang yang beriman". (H/R Muslim, 836, al-Masajid wa Maudu'us as-Solah. An-Nasaii, (1203), Kitab as-Sahwum. Abu Daud (795), as-Solah.)

Orang-orang sufi/tasawuf berusaha mencari Allah di dunia. Ada yang mendakwa telah melihat Allah dengan kedua biji matanya dan ada pula yang mengakui bersatu dengan Allah. Dakwaan ini adalah dakwaan yang bohong dan terlalu keji. Ada pula yang mengakui dirinya sebagai tuhan dengan beralasan melalui teori hulul atau hululiah (الحلول او الحلولية). Khurafat ini telah disuarakan oleh Al-Bustami:

طلبت الله ستين سنة ، فاذا انا هو.

"Aku mencari-cari Allah selama enam puluh tahun, tiba-tiba aku dapati akulah dia (Allah). ( البدء والتاريخ , jld. 5. p. 91)

Oleh kerana keasyikan penganut sufi/tasawuf mencari Allah yang berpandukan kepada akal fikiran (hawa nafsu), mereka mudah menganggap sesuatu yang aneh dan kelihatan baik sebagai tuhan lalu disembah (sujud padanya):

وَاِذَا رَاَوْا صُوْرَةً حَسَنَةً خَرُّوْا لَهُ سَجُّدًا ، وَكَثِيْرٌ مِنْ اَهْلِ الْهِنْدِ يَفْعَلُوْنَ هَذَا.

"Apabila mereka melihat sesuatu yang dirasakan baik, mereka segera sujud kepadanya. Sebagaimana kebanyakan penganut Hindu melakukan seperti ini". ( البدء والتاريخ , jld. 5. p. 91)

Orang-orang yang zuhud tidak mencari-cari Allah kerana mereka tahu di mana Allah. Mereka menjadikan zuhud sebagai tali penghubung segala amalan dan perasaan cintanya kepada Allah dan juga sebagai tali penghubung antara sesama manusia.AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Syeikhul Islam Muhaiddin an-Nawawi as-Syafie rahimahullah di dalam kitabnya yang berjudul "Ar Raddatul ar Raudah":

وَمَنْ يَدِيْنُ بِهَذَا فَهُوِ زِنْدِيْق ، اَوْ بِتَعْبِيْرٍ اَدَق : صُوْفِىفَالصُّوْفِيَّةُ مُرَادِفَةٌ لِكُلِّ مَا يُنَاقِضُ اْلاِيْمَان الْحَقّ.

"Sesiapa yang beragama (menganut agama) sufi-tasawuf (yang dipelopori oleh al Hallaj) maka dia adalah zindik, atau dengan ibarat yang lebih jelas : Dia sufis, maka penganut sufi (seperti ini) samalah seperti seseorang yang menentang keimanan". (Burhannuddin al-Baqii,pمصرع التصوف,31)

Imam Syafie rahimahullah pernah memperkatakan tentang kebodohan sufi/tasawuf:

اَلتَّصَوُّفُ مَبْنِيٌّ عَلَى الْكَسَلِ ، وَلَوْ تَصَوََّفَ رَجُلٌ اَوَّل النَّهَارِ لَمْ يَاْتِ الظُّهْر اِلاَّ وَهُوَ اَحْمَق.

"Tasawuf dibina dia atas kemalasan, jika sekiranya seorang lelaki menganut tasawuf di pagi hari, tidak akan sempai ke Zohor dia akan jadi seorang yang biul/goblok". (Lihat: مصرع التصوف او تنبيه الغبى الى تكفير ابن عربي Bahruddin al-Baihaqi. Tahqia Abdulrahman al-Wakil.)

Dizaman Hasan Basri rahimahullah (21H) lahir seorang yang mula-mula digelar sufi yang pertama, iaitu Abu Hasyim al-Kufi berasal dari Kufah. Dia banyak melahirkan kata-kata yang anih, pelik dan bertentangan dengan naluri manusia dan syara. Dan Imam Syafie rahimahullah terlalu benci terhadap keekstriman, keradikalan dan kezindikan Sufi/tasawuf, beliau berkata:

"Saya meninggalkan Kota Basrah kerana di sana terdapat golongan zindik (sufi/tasawuf), mereka mengerjakan sesuatu yang baru yang mereka sebut dengan tahlilan". (Lihat: تلبيس ابليس hlm. 370. Ibn Jauzi.)

Amalan Sufi/tasawuf dianggap oleh Imam Syafie sebagai amalan yang fasik dan beliau banyak memperkatakan tentang penyelewengan kaum sufi/tasawuf, antaranya beliau pernah berkata:

"Tiada yang sanggup melakukan amalan itu (sufi/tasawuf dan tahlilan) kecuali orang yang fasik" (Lihat: حقيقةالتصوف وموقف الصوفية من اصول العبادة والدين Syeikh Soleh Bin Fauzan al-Fauzan.)

Menurut kekarutan Ibnu Arabi lagi di dalam teori wahdatul wujudnya: "Allah itu adalah segala-galanya, tidak ada sesuatu kecuali semuanya itu adalah Allah, oleh kerana itu apa sahaja yang disembah adalah Allah, sama ada berbentuk berhala, patung dan sebagainya kerana itu semua adalah hakikat Allah". (Lihat: مصرع التصوف. Hlm. 49-50. Burhanuddin al-Baihaqi.)

Abu Yazid al-Bustami pula adalah orang sufi pertama yang mempunyai fahaman ittihad dan menyebar-luaskan ajaran ini. Antara kata-kata beliau yang ditentang oleh ulama akidah ialah:

اِنِّيْ اَنَا اللهُ لاَ اِلَهَ اَلاَّ اَنَا فَاعْبُدُوْنِيْ

"Sesungguhnya akulah Allah, tidak ada Tuhan selain aku, maka sembahlah aku".

Disuatu kejadian pernah berlaku kepada Abu Yazid ucapan yang bertentangan dengan syara:

اَتَى رَجُلٌ اَبَا يَزِيْدَ ، وَدَقَّ عَلَيْهِ الْبَابَ فَقَالَ : مَنْ تَطْلُبُ؟ قَالَ : اَبَا يَزِيْدُ قَالَ : مُرَّ فَلَيْسَ فِى الْبَيْتِ غَيْرُ اللهِ عِزَّوَجَلَّ.

"Seorang lelaki mendatangi rumah Abu Yazid dan mengetuk pintunya. Abu Yazid bertanya: Siapa yang engkau cari? Jawabnya: Abu Yazid. Lalu Abu Yazid berkata: Pergilah! Di rumah ini tak ada sesiapa kecuali Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Tinggi".

Di dalam perkataan Abu Yazid di atas menunjukkan bahawa beliau mengaku sebagai Allah. Pernah juga dia berkata:

لَيْسَ فِى الْجُبَّةِ اِلاَّ اللهُ

"Tiada (apa-apa) di dalam jubahku (bajuku) selain Allah". (Lihat: Analisa Kritis Terhadap Tasawuf. hlm. 18-19. Samudi Abdullah. Pustaka Nasional. Singapura.)

Mereka yang mempunyai akal yang sihat dan memahami persoalan syara walaupun sedikit, tentu mengingkari semua kenyataan para tokoh-tokoh sufi di atas kerana bertentangan dengan syara.


2.Berbai’at kepada mursyid sebelum mengikuti tarekat. Berbaiat seperti yang diamalkan para kaum sufi tidak ada contoh dari nabi saw dan para sahabatnya. Orang-orang terdahulu belajar agama kepada para sahabat tanpa adanya bait khusus sebagaimana amalan pada mursyid thariqat.

3.Berdzikir dengan melafazkan “ Allah” saja tanpa diiringi dengan kalimah lain seperti Allahu akbar, alhamdulillah dll itu tidak di contohkan Nabi saw. Begitu juga dengan menentukan bilangannya, menentukan tempat khusus, cara khusus sewaktu melafadzkan dzikir.

4.Berdzikir dengan lafadz “Laa Ilaaha” saja,atau melafazkan kalimah “Illallahu” saja dengan tidak menyebut semuanya seperti “Laa ilaaha Illallahu”. Dan ada juga yang berdzikir dengan melafazkan hanya kalimah “hu”. Amalan seperti ini juga tidak dicontohkan Nabi saw dan para sahabatnya.

Menurut kaum sufi juga bahwa Dzikir Tauhid (juga dzikir tahlil atau dzikir nafty wa itsbat) terdiri atas bacaan perlahan disertai dengan pengaturan nafas, kalimat la ilaha illa llah, yang dibayangkan seperti menggambar jalan (garis) melalui tubuh. Bunyi la permulaan digambar dari daerah pusar terus ke hati sampai ke ubun-ubun. Bunyi Ilaha turun ke kanan dan berhenti pada ujung bahu kanan. Di situ, kata berikutnya, illa dimulai dengan turun melewati bidang dada, sampai ke jantung, dan ke arah jantung inilah kata Allah di hujamkan dengan sekuat tenaga. Orang membayangkan jantung itu mendenyutkan nama Allah dan membara, memusnahkan segala kotoran. Tatacara melafadzkan dzikir kalimah tauhid ini tidak ada contohpun dari Nabi saw dan para sahabatnya.

Segala amalan seperti berbai'at kepada mursyid sebelum beribadah, serta berdzikir dengan lafaz "Allah" saja dengan cara dan bilangan serta tempat yang khusus adalah tertolak pahalanya, karena tidak di contohkan nabi saw. Sebagaimana sabda Nabi saw yang artinya :

"Barang siapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak pernah kami perintahkan, maka amalannya tertolak." HR Muslim.

5.Ajaran tasawuf mempunyai banyak thariqat-thariqat ( suatu cara/ jalan secara khusus yang dirancang oleh syaikh atau pemimpinnya untuk para muridnya berupa kewajiban dan metode yang harus di pegangi oleh para muridnya secara ketat seperti thariqat At Tijaniyah, Al Qadariyah, Asy-Syaadziliyah, Ar-Rifaiyah, jistiyah dll dimana setiap thariqat menklaim bahwa thariqatnya yang benar dan yang lain salah. Islam melarang perpecahan seperti ini. Seperti fakta perkataan salah satu syaikh sufi dibawah ini :

Syekh Abi Hasan Asy-Syadzili mengatakan: “Barangsiapa yang tidak ikut masuk thoriqot-ku yaitu thoriqot shufiyyah (thoriqot-nya orang-orang ahli tasawwuf) maka ketika mati, orang itu membawa dosa besar karena hukumnya fardlu‘ain. Oleh karena itu, maka wajib untuk pergi mencari seorang guru Mursyid untuk minta talqin dzikir, dan jika sudah menemukan Mursyid yang telah masyhur dalam mengobati muridnya, namun walaupun orang yang mau belajar itu dilarang oleh orang tuanya maka ia wajib untuk berguru.“

Sikap mereka yang berpecah dan saling membanggakan diri didalam perkara yang salah ini bertentangan dengan firman Allah SWT :
Artinya :

31. Hendaklah kamu (Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadanya; dan kerjakanlah sembahyang Dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -

32. Iaitu orang-orang Yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira Dengan apa Yang ada padanya (dari fahaman dan amalan Yang terpesong itu). QS. Ar-Rum : 31-32

6.Orang-orang sufi berdoa kepada selain Allah, berupa para wali baik yang masih hidup maupun yang sudah mati. Mereka dalam doa berkata :” Wahai jailany, wahai Rifa’i dan wahai rasulullah saw , tolong kami selamatkan kami, hanya kepadamu tempat bersandar”.
Allah melarang kita berdoa kepada selain Dia, dan amalan ini dikatakan syirik. Sebagaimana firman-Nya :

Artinya :
Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja Yang lain dari Allah, Yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan Yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang Yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri Dengan perbuatan syirik itu).Q.S Yunus : 106.

7.Didalam ajaran tasawuf terdapat banyak thariqat-thariqat, seperti thariqat at-Tijaniyah, Asy-Syadziliyah, An-Naqsabandiyah dll. Padahal islam hanya mempunyai satu jalan saja yaitu jalan nabi Muhammad saw. Sebagaimana firman-Nya “

Artinya :
Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.Al-An’am : 153.

8.Orang-orang sufi mendakwahkan dirinya dapat menyingkap dan mengetahui ilmu ghaib. Al Qur an mengingkari ungkapan mereka sebagaimana dalam firman-Nya :

Artinya :

Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi Yang mengetahui perkara Yang ghaib melainkan Allah!" dan tiadalah mereka menyedari Bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (Sesudah mati).An-Naml ; 65

9.Orang-orang sufi mengklaim dan mendakwahkan bahwa mereka sekarang ini dapat melihat Rasul saw dalam keadaan terjaga. Al-Qur an mendustakan anggapan mereka sebagaimana firmanNya :

Artinya : "Supaya Aku mengerjakan amal-amal Yang soleh Dalam perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja Yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). Al Mukminun : 100

Tidak ada satu sahabat nabi saw yang dapat melihat Nabi saw setelah beliau wafatdalam keadaan terjaga. Maka apakah mereka lebih mulia dari pada sahabat nabi saw.

10.Orang-orang sufi sengaja mengadakan lawatan ke kuburan-kuburan untuk bertabarruk(meminta keberkahan) kepada penghuni kuburan ( simati ). Ini adalah kesyirikan. Orang-orang sufi biasanya akan mengadakan "rombongan ziarah" ke kuburan wali (ke masjid Demak misalnya ). Dengan itu mereka telah menyelisihi sabda Rasulullah saw yang artinya :

" tidak boleh melakukan kunjungan ( secara khusus kemasjid-masjid ) kecuali tiga tempat, masjidil haram, masjidku ini ( masjid nabawi ) dan masjidil Aqsha." HR Muttafaqun 'alaih.

11.Orang sufi mengaku bahwa mereka mengambil ilmu dari Allah secara langsung tanpa melalui perantara nabi saw. Ungkapan ini batil dan menyelisihi firman-Nya :

Artinya :Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang kafir. Al Maidah , ayat 67.

Imam Ibnu Katsir berkata; Ayat ini ( surah al Hijr :99 ) menjadi dalil kesalahan kaum mulhid ( pelaku kekufuran ) yang berpendapat bahwa pengertian al-yaqin dalam QS.15/99 adalah ma’rifah. ( Sehingga menurut versi mereka ) siapa saja yang telah mencapai derajat ma’rifah, maka tanggungan taklifnya gugur.

12.Orang-orang sufi berpendapat bahwa Allah menciptakan Nabi saw dari cahayaNya dan dari cahaya Nya tersebut Allah menciptakan segala sesuatu ( Allah menciptakan segala sesuatu dari Nur Muhammad demikian anggapan sufi ). Al Qur an mendustakan anggapan mereka sebagaimana firmanNYa :

Artinya :
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".QS. Al-Kahfi : 110

13.Orang-orang sufi mengklaim bahwa Allah dapat dilihat didunia ini. Al Qur’an mendustakan anggapan mereka ketika Allah berfirman melalui lisan Nabi Musa As :

Artinya :
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu Yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke Gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya Engkau akan dapat melihatKu", setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesarannya) kepada Gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan Gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhanku), Aku bertaubat kepadaMu, dan Akulah orang Yang awal pertama beriman (pada zamanku). QS. Al ‘Araf : 143

Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya ‘Ulumuddin ( Bab Hikayatul muhibbin wamukassyafaatihim ), ia menyebutkan sebuah kisah , inilah kisahnya : Pada suatu hari Abu Turab berkata : “ Aduhai sekiranya aku dapat melihat Abu Yazid “, maka temannya menimpalinya : “ Sesungguhnya aku tidak mempunyai kesempatan menemuinya. Karena aku telah melihat Allah Ta’ala, maka aku tidak berkeinginan lagi melihat Abu Yazid.” Abu Turab berkata : “ Celaka kamu apakah kamu akan terpedaya dengan melihat Allah Azza wa jalla? Padahal sekiranya kamu melihat Abu YazidAl-Busthomi ( Abu Yazid Al-Busthomi adalah tokoh sufi zindik wafat tahun 261 H ) sekali saja, maka hal itu lebih bermanfaat bagimu daripada kamu melihat Allah sebanyak 70 kali.” Kemudian Al-Ghazali berkomentar : “ Contoh-contoh Al-Mukasyafaat ( Menyingkap tabir ghaib ) seperti ini hendaknya seorang mukmin tidak mengingkarinya.

Perkataan Al-Ghazali diatas sangat bertentangan dengan Al-Qur’an, sunnah dan akal sehat. Justeru sebaliknya seorang mukmin wajib mengingkarinya.

14.Mereka beranggapakan bahwa Al-Qur’an mempunyai kandungan arti lahir dan arti batin. Arti lahir adalah yang dipahami lafaz-lafaznya, sesuai dengan kaedah-kaedah seperti yang dapat dilihat dalam kitab-kitab tapsir. Adapun arti bathin menurut mereka adalah arti yang tersembunyi dibalik kata-katanya. Inilah yang disebut dengan istilah Ashabul isyarat. Mereka mencela para ulama fekah sebagai orang yang tiak ada perhatian kepada amalan-amalan hati. Ini adalah kaedah yang batil dalam ilmu tafsir,tidak ada istilah arti lahir dan bathin dalam al-Qur’an . Al-Qur’an hanya mempunyai satu arti yang benar seperti apa yang dipahami oleh para sahabat Nabi saw.

15.Adanya penyimpangan dalam memahami agama disebabkan pemisahan antara syariat dan hakikat. Menurut Ahlu sunnah wal jama’ah syariat adalah hakikat itu sendiri,seperti sholat yang terdiri dari gerakan – gerakan tertentu yang harus ditunaikan dengan disertai perasaan khusyuk dan inabah.

Syariat menurut mereka adalah merupakan sejumlah hukum praktis berupa tuntutan, yaitu apa yang di kenal dengan sebutan “Al-Fiqh Al Islami”, sedangkan hakikat adalah isyarat dan rahasia yang terkandung dibalik hukum tersebut. Menurut mereka bahwa para fuqaha mengajar umat tentang rukun sholat dan sunnahnya. Sedangkan orang sufi memperhatikan aspek amalan hati berupa almahabbah wal kasyyah ( cinta dan takut ).

Ini pada kelompok moderat, adapun untuk kelompok sufi yang ekstrim, bahwa syariat hukum ditujukan kepada masyarakat awam, mengingat keterbatasan daya fikir dan hati mereka dalam menguasai apa yang terkandung dibalik syariat dan hukum agama. Yang menjadi sasaran orang-orang sufi dalam memahami syariat adalah tujuan yang ada dibalik ketetapan syariat tersebut. Bila mana hal itu telah dapat diselami , maka bagi mereka syariat bukan lagi suatu keharusan.Contoh seperti sholat. Hakikat dari pensyariatan sholat adalah terjalinnya komunikasi antara manusia dan Allah secara berterusan. Bilamana komunikasi tersebut bisa terjalin , maka yang bersangkutan tidak perlu lagi mengerjakan sholat, bagi orang yang telah dapat mengenal hakikat maka tidak ada lagi tuntutan untuk mengerjakan syariat.

Pemahaman yang sangat sesat menyesatkan ini bermula dari pada kaedah pemisahan antara syariat dan hakikat, yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

16.Orang-orang sufi sangat mengkultuskan mursyid. Orang-orang sufi telah meletakkan berbagai peraturan umum untuk pendidikan yang harus diikuti oleh para santrinya, seluruh peraturan itu berkisar kepada kepatuhan total dari santri kepada syaikh atau guru. Sehingga dengan peraturan itu santri berubah menjadi robot yang telah di program tanpa kepribadian yang merdeka.Dengan itu berubah menjadi pengikut buta . Jika pendidikan ini selesai, maka para santri dibebani ketentuan lainyang serba khusus seperti dalam berpakaian, berjalan, berguru kepada syaikh dan menempuh thariqat. Diantara peraturan itu :

a.Jadilah engkau di depan syaikh/ guru bagai mayat di tangan orang yang sedang memandikannya.
b.Jangan membantah sehingga tidak terusir.
c.Barang siapa mengatakan kepada gurunya : Mengapa?, maka dia tidak akan lulus ( beruntung )
d.Barang siapa yang tidak mempunyai syaikh, maka syaikhnya adalah syaitan.

Para sahabat nabi saw tidak pernah menerapkan sistim pendidikan yang mengharuskan para santri patuh tanpa reserve, akan tetapi sistim pendidikan yang ditempuh oleh mereka adalah sistim pendidikan kepemimpinan dan kesantrian.Sehingga pernah salah seorang dari mereka bertanya kepada rasulullah saw : Apakah keputusan ini berdasarkan wahyu atau berdasarkan pendapat hasil musyawarah ya Rasulullah saw.

Sifat ta’ashub / fanatik orang-orang sufi kepada syaikh atau mursyidnya menyelisihi firman-Nya :

Artinya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya, dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. QS, Al-Hujurat:1

Rasulullah saw bersabda yang artinya :Tidak ada keta’atan kepada seorangpun dalam bermaksiat kepada Allah, karena sesungguhnya keta’atan itu dalam hal yang ma’ruf ( kebaikan ). Muttafaqun ‘alaihi.

17.Diantara orang sufi ada yang mengaku wali dan para muridnya mengatakan bahwa mursyidnya adalah wali, dengan didapati beberapa kelebihan yang dianggap sebagai karamah.

Ketahuilah bahwa tidak akan ada seorang dikatakan wali Allah tetapi dalam keyakinan dan amalan bertentangan dengan Allah dan RasulNya, kecuali itu adalah istidraj ( memperdayakan ) bagi mereka agar tetap berjalan kepada kesesatan. Itu adalah adalah diantara perbuatan syaitan. Sebagaimana firman-Nya :

Artinya :
Dan sesiapa Yang berpaling dari pengajaran (Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu Temannya Yang tidak renggang daripadanya. QS. Az-Zukhruf : 36

18. Menurut kajian Dr Qassim Ganny, dalam "Tarikh at Tasawuf fil Islam",
faktor ideologi tarikat sufi/tasawuf meresap dalam masyarakat Islam adalah seperti berikut:

1. Ia telah diresapkan ke dalam ajaran Islam oleh musuh-musuh Islam pada zaman perluasan Islam ke Rom dan Iran (Parsi).

2. Wujud persamaan doktrin dalam ideologi tarikat sufi/tasawuf dengan kepercayaan mistik agama Hindu-Buddha. Sufi/tasawuf berasal dari Agama Majusi yang meresap masuk apabila ramai penganut dan para pendita Agama Hindu dan Buddha memeluk agama Islam.

3. Sufi (tarikat tasawuf) tumbuh dari kesan pemikiran (fikrah) falsafah, tidak terkecuali falsafah Neoplatonisme. Adanya persamaan antara teori falsafah tarikat falsafah Greek (Yunani).

4. Sufi (tasawuf) terpengaruh dari ajaran Masihi, Yahudi dan pendita-penditanya. Menghidupkan ideologi tersebut setelah mereka memeluk agama Islam, sama ada dengan kesedaran (keikhlasan) atau secara nifak yang bertujuan jahat.

5. Sufi (tasawuf) pada kenyataannya, diambil dan terpengaruh dari teori falsafah orang-orang kafir, terutama dari Agama Hindu-Buddha yang tujuan asalnya menggunakan falsafah tersebut untuk menentang kaum filosof yang menyerang Islam melalui falsafah.

6. Tarikat sufi (tasawuf) dan segala tarikat kebatinan yang terdapat dalam kepercayaan masyarakat Islam yang telah menjadi amalan dan pegangan mereka, pada asalnya adalah ciptaan yang dipelopori oleh Yahudi dan diresapkan ke dalam akidah Islamiyah. Gerakan ini diketuai oleh seorang pendita Yahudi, iaitu Abdullah bin Saba (berasal dari Yaman). Gerakan konspirasi jahat ini diprogramkan semata-mata untuk merosakkan akidah, ibadah, memecah-belah perpaduan Islam, mengkucar-kacirkan barisan ummah serta untuk melemahkan kekuatan dan keutuhan Daulah Islamiyah.

19. Banyak orang menyangka bahawa ajaran tasawuf itu dari Islam, dan banyak pula orang menyangka bahawa antara penganut sufi ada yang menjadi wali.

Kajilah, ucapan-ucapan mereka dibawah ini menunjukkan betapa jauhnya orang-orang sufi dari Islam dan ajaran al-Quran.

(1). Syeikh Muhayiddin Ibn Arabi yang dikuburkan di Damaskus (Syiria) adalah salah seorang tokoh besar sufi, dia berkata di dalam kitabnya Al-Futuhaat al-Makiyah:

"Berapa banyak hadis menjadi sahih dari jalan periwayatnya sampai kepada al-Makaasyif (orang yang menyingkap tabir ghaib) kerana sudah ditentukan tanda-tandanya. Lalu ia bertanya kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam tentang darjat hadis tersebut, maka baginda mengingkarinya lantas bersabda: Saya tidak pernah mengatakannya dan saya juga tidak pernah menghukumi dengannya".

Kitab hadis masyhur karangan al-Ajluny amat merbahaya dan ucapan semacam ini sangat merbahaya sekali dan menghina hadis nabi serta merendahkan ulama-ulama hadis seperti Imam Bukhari, Muslim dan lain-lainnya.

(2). Ibn Arabi telah berkata tentang kesatuan antara agama-agama seperti agama Yahudi, Nasrani dan Majusi dan Islam:

"Dahulu saya membantah temanku kerana agamaku tidak menjadi agamanya. Kemudian hatiku boleh menerima atas semua keadaan itu, kini hatiku jadi padang gembalaan orang-orang kesamaran, menjadi kuil para pendita, rumah untuk penyembah patung, Ka'bah untuk orang tawaf, papan untuk menulis Taurat dan Mushaf menulis ayat al-Quran".

Al-Quran mengingkari perkataan Ibn Arabi ini dengan firman:
"Barangsiapa mencari agama selain Islam maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya dan ia di akhirat termasuk orang-orang yang merugi". ALI-IMRAN 3: 85.

(3). Ibn Arabi beriktikad bahawa Allah adalah makhluk dan makhluk adalah Allah. Sehingga antara yang satu dengan yang lain saling mengibadahi. Ia memperkatakan tentang hal ini dengan ucapannya:
"Dia (Allah) memujiku dan akupun memujiNya, Dia beribadah kepadaku dan akupun beribadah kepadaNya".

(4). Ibn Arabi dalam kitabnya al-Fusyush berkata: "Sesungguhnya apabila seseorang suami menyetubuhi isterinya, maka sesungguhnya dia sedang menyetubuhi Allah".

(5). An-Nablisi menjelaskan maksud ungkapan Ibnu Arabi di atas: "Sesungguhnya ia sedang menikahi al-haq (Allah)."

(6). Abu Yazid al-Bustami mendakwa berbicara secara langsung kepada Allah: "Dan hiasilah aku dengan ke EsaanMu, ikut sertakanlah aku ke dalam rabbaniyah (sifat ketuhanan)Mu, sehingga apabila hamba-hambaMu melihatku mereka akan berkata: Kami melihatMu".
Sehingga ia berkata kepada dirinya sendiri: "Maha suci aku, maha suci aku, alangkah agungnya kedudukanku, al-Jannah (syurga) hanyalah permainan anak-anak kecil."

(7). Jalalluddin ar-Rumi berkata: "Saya adalah seorang muslim tapi juga Nasrani, saya seorang Brahmana juga Zorodisty. Aku tidak mempunyai tempat ibadah kecuali satu masjid, gereja dan rumah berhala."

(8). Ibnu al-Faridh berkata: "Sesungguhnya Allah menampakkan diri kepada Qais dalam bentuk Laila. Ia menampakkan diri kepada Kutsair dalam bentuk Azah dan ia menampakkan diri kepada Jumail dalam bentuk Busainah".
Apa yang tersebut dalam syair at-Taubah yang terkenal adalah bukti bahawa dia mengakui penampakan-penampakan Allah. (Ibnu al-Faridh yang sufi tersebut memiliki kesamaan iktiqad dengan agama Hindu (reinkarnasi).

(9). Rabiah al-Adawiyah pernah ditanya: Apakah kamu membenci syaitan? Dia menjawab: "Kecintaanku hanya untuk Allah, maka tidak pernah tersisa dalam hatiku kebencian kepada seorangpun (walaupun terhadap syaitan)".

Dia (Rabiah al-Adawiyah kononnya) pernah berbicara dengan Allah Ta'ala: "Jika aku beribadah kepadaMu lantaran rasa takut dari api nerakaMu, maka bakarlah diriku dengannya (api neraka itu)."

Padahal Allah Ta'ala telah kerkali-kali mengingatkan supaya kita berwaspada dari api neraka sebagaimana firmanNya: "Hai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka". AT-TAHRIM 66:6

Ramai manusia yang berkata tentang (keperibadian) Rabiah: "Sesungguhnya dia adalah seorang wanita penyanyi (artis) atau penari. Lalu bagaimana kita boleh mengambil ucapan-ucapan yang bertentangan dengan al-Quran?

(10). As-Syeikh Usman al-Burhani, seorang sufi kontemporer dari Sudan, dia menulis sebuah buku berjudul "Intisaru Aulia'ir-Rahman 'Ala Aulia'isy-Syaitan" yang ia maksudkan adalah orang-orang Wahhabi dan Ikhwanul Muslimin.

20.Golongan sufi/tasawuf telah membawa ramai penganutnya ke alam fantasi, khayalan dan syatahat yang bertentangan dengan syara.

Teori ajaran kesufian ini seolah-olah menginginkan agar agama Islam menjadi suatu metos yang seakan-akan serupa dengan hikayat seribu satu malam yang dipenuhi dengan lamunan yang tidak jejak di alam nyata.

Mereka melakukan pemujaan secara ghulu terhadap syeikh-syeikh yang disangka mempunyai keramat dan dianggap wali, sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati.

Mengkeramatkan kubur para syeikh mereka yang dianggap wali serta mencipta cerita-cerita keluar-biasaan para wali sufi sehingga semuanya itu hampir serupa dengan keajaiban dalam cerita dongeng dewa-dewa Buddha/Hindu yang tidak ada kena-mengena dengan agama Islam.

Sunday, April 17, 2011

APAKAH DAKWAH DAN SIAPAKAH YANG BERDAKWAH

Apakah arti dakwah dan siapa yang berdakwah

1. Dakwah secara istilah adalah mengajak manusia kepada Allah swt, itu dibuktikan dengan memahami dan mengamalkan sunah-sunnah nabi saw, termasuk dalam dakwah itu sendiri.

2. Pengertian dakwah secara bahasa adalah mengajak atau memanggil. Dalam konteks pemahaman seperti ini, adalah suatu pemikiran yang tidak rasional kalau kita katakan bahwa orang lain tidak buat dakwah kecuali kita. Sehinggalah dalam urusan perniagaan duniawi, manusia saling mengajak manusia untuk membeli barang perniagaannya.

3. Masih lagi dalam pengertian secara bahasa, maka terdapat golongan yang salah dan sesat mendakwahkan pahamannya, Seperti Ahmadiyah, syiah, sekuler dan kelompok leberal, khawarij dll.

4. Adakah golongan asyaa’irah, fanatisme bermazhab dan tarekat sufi naqsabandi/ qadariyah, jistiyah, sadziliyah termasuk dalam mendakwahkan dalam makna secara istilah? Tentu tidak. Karena pemahaman-pemahaman tersebut bertentangan dengan apa yang di pahami dan di amalkan oleh nabi saw dan para sahabatnya, bahkan oleh 4 imam mazhab sekalipun. Sesiapa saja dan golongan mana saja yang mendakwahkan pemahaman selain yang di pahami kaum salaf ( nabi saw dan para sahabatnya ), maka dikatakan tidak berdakwah kepada Allah, atau berdakwah dengan makna istilahi. Tetapi mereka berdakwah kepada paham golongan mereka, ini termasuk dakwah secara bahasa saja.

5. Bagaimana cara untuk menilai golongan tertentu itu adalah mendakwahkan pahaman golongan atau berdakwah kepada Allah?.......
Pertama kita lihat pendiri golongan/ jamaah tersebut. Apakah pemahamannya dalam akidah?, apakah mazhabnya dalam fekah ( fanatik dalam bermazhab atau tidak )?, apa tarekat tasawufnya?
Kedua, lihat ditempat markaz/ atau pusat pendidikan mereka,kitab apakah yang digunakan dalam mehamai akidah?kitab apakah yang di gunakan dalam belajar fekah, kitab apakah yang di gunakan dalam belajat tasawuf?

6. Kita ambil contoh mudah kepada jama’ah tabligh. Jika saudara ingin melihat sejauh mana kebenaran jama’ah ini kita lihat dari beberapa soal di bawah ini: Pertama, apakah pemahaman akidah syaikh Mohd Ilyas dalam bab asma wa sifat Tuhan?, apakah mazhab fekah dia ?, apakah tarekat tasawuf yang dia ikuti? Di setiap markaz jamaah ini yang dijadikan pusat pendidikan ( markaz India, banglades, dan pakistan ),kitab apa yang di gunakan dalam pelajaran akidah?, kitab apa yang dipelajari dalam fekah dan bagaimana pelaksanaannya ( ada unsur fanatisme bermazhab atau tidak )?,adakah pengajaran atau pembenaran terhadap ajaran tarekat sufi seperti naqsabandi, qadariyah, jistiyah dan sadziliyah?

7. Shaikh Mohd Ilyas adalah berpaham maturudiyah dalam akidah, bermazhab hanafi dalam fekah dan jistiyah dalam tarekat. Di markaz markaz tabligh terdapat pelajar-pelajar di ajarkan pemahaman merujuk kepada kitab yang sepaham dengan pendirinya,bahkan ada suatu tradisi bagi yang telah belajar kitab, untuk mengikuti tarekat sufi sebagai pelengkap keilmuan rohani. Seperti jika di Indonesia terdapat beberapa markaz yang didapat mengajarkan kitab tafsir jalalain dimana penulisnya berpaham asyaairah dalam akidah, juga di ajarkan kita ihya ulumiddin dimana penulisnya adalah sufi yang berpaham asyaairah dlam akidah.

8. Sangat jelas bagi orang yang berakal dan pencari kebenaran untuk melihat,bahawa jamaah ini berdakwah dalam pengertian bahasa, yaitu mengajak atau mendakwah manusia kepada paham golongan.

9. Terdapat di kalangan awam jamaah ini berdalih dan mengatakan :”kita mengajak orang ke masjid, kita mengajak orang meninggalkan maksiat, kita mengislamkan orang, tidak kah ini salah?”

10. Saya jawab, anda tidak salah karena anda yang melakukan itu semua, tetapi kesalahan anda adalah anda di tempat yang salah. Anda sedang melakukan kebaikan bersama pendiri dan tokoh-tokoh di dalam suatu jamaah yang bermasalah pemahamannya. Siapa yang menjamin bahwa orang-orang yang akhi islamkan, dan orang –orang yang saudara jauhkan dari maksiat tersebut bisa tidak berakidah asyaairah, fanatik dalam bermazhab dan mengikut ajaran tarekat sufi? Adakah anda bisa menjamin itu semua?

11. Contoh mudah, anda mengajak orang untuk masuk islam. Ini adalah amalan yang baik, selanjutnya anak orang yang masuk Islam itu akan di hantar ke madrasah jamah tabligh. Anak tersebut akan belajar selama 8 tahun sehingga menjadi maulana/ orang yang alim, istilah di kalangan jamaah tabligh. Adakah anda bisa menjamin bahwa di sana ribuan anak yang belajar untuk tidak berpegang kepada akidah asyaairah, fanatisme dalam bermazhab, dan ajaran tarekat sufi?

12. Tentu sangat mustahil anda bisa menjamin semua itu. Maka akhi muslim, pahamilah perkara ini dengan tenang hati dan dengan akal fikiran yang terbuka.

13. Jika anda tidak aktif dan tidak ikut aktif dalam aktiviti jamaah tabligh, bukan berarti akhi tidak berdakwah. Doktrin dimana seakan akan orang diluar jamaah tabligh tidak buat dakwah sangat kuat di jamaah ini. Seakan akan hanya mereka saja yang sedang berdakwah. Ini pemahaman yang sangat keliru.

14. Pastikan bahwa kita mempunyai pemahaman yang benar dalam akidah, beribadah, dan akhlak. Selanjutnya dakwahkan secara infiradi kepada siapa saja yang terdekat. Jika kita dapat ada jamaah suatu dakwah yang benar pemahamannya ( tidak asyaaira, tidak fanatik dalam bermazhab dan tidak bertarekat sufi ), maka ikutilah untuk berjamaah dalam dakwah. Jika jamaah itu tidak kita temui,.....maka teruskan dakwah secara infiradi bersama sahabat-sahabat terdekat yang sepaham , teruskan istiqamah sampai mati. Karena pekara tersebut sudah dianggap berjamaah, karena saudara berpegang kepada kebenaran walau bersendirian.

15. Untuk orang yang alim, yang memahami ilmu salaf, boleh datang kepada mereka. Baik itu mengikuti khuruj mereka atau berkawan dengan mereka, untuk mengajak mereka meninggalkan pemahaman yang salah ( akidah asyaairah, fanatisme dalam bermazhab dan bertarekat sufi). Adapun untuk golongan awam, sebaiknya jangan khuruj dengan mereka, perbanyak belajar tentang ilmu-ilmu salaf dengan ulama-ulama dan ustaz yang memahami ilmu salaf. Karena siapa yang ikut mereka, biasanya sangat susah untuk memahami kebenaran hingga keluar daripadanya,karena di jamaah tabligh sangat kuat doktrin kesufian dimana seseorang harus taat pada amir atau syaikh sehingga kepada masalah pemahaman agama sekalipun secara tidak sadar.Bolehkah orang awam berkawan dengan orang jamaah ini? boleh selama masih bisa untuk membatasi diri agar tidak terpengaruh, karena terkadang banyak juga di kalangan jamaah ini dari golongan awam yang perlu kita pahamkan.

16. Apakah yang harus di luruskan atau di perbaiki di jamaah tabligh agar bisa dikatakan suatu jamaah yang mengajak menusia kepada Allah? Pertamaa,proses pemahaman akidah yang ada di madrasah-madrasah jamaah ini harus di ubah, yakni dari pemahaman asyaairah kepada pemahaman salaf ( Nabi saw dan para sahabatnya ). Dengan itu harus ada perubahan diri dari kalangan para tokohnya untuk kembali kepada ajaran salaf dalam akidah. Kedua, dalam proses pembelajaran fekah di madrasah hendaknya diajarkan konsep bermazhab yang tidak fanatik. Artinya kembali kepada kaedah para imam mazhab, jika di dapati pada pendapat ulama yang bertentangan dengan dalil yang shahih, maka harus ditinggalkan.Ketiga, para tokoh jamaah ini hendaknya sepakat untuk meninggalkan ajaran tarekat sufi seperti naqsabandiyah, qadariyah, sadziliyah, jistiyah dan apapun bentuknya, selanjutnya ajaran tarekat tersebut di hapuskan di setiap madrasah-madrasah di markas jamaah tabligh. Untuk orang awam memang sulit memahami pentingnya kembali kepada salaf,mereka biasanya akan bersikap mengikut para masyaikhnya, tetapi bagaimana untuk para tokoh dan masyaikh yang ada di raiwind,India dan bangladesh?....adakah mereka semua siap untuk kembali kepada salaf. kalau ya jawabannya, maka jamaah ini harus di dukung, dan tidak ada siapa muslim di muka bumi ini kecuali harus mendukung gerakan dakwah ini. kalau tidak siap, dan tetap memusuhi ulama salafi serta tetap berpegang kepada paham sedia ada, maka jamaah ini tetap jamaah yang mengajak kepada golongan yang tetap harus di jauhi untuk orang awam dan di dakwahi bagi orang alim yang memahami ilmu salaf.

Monday, April 11, 2011

HIKMAH PERJALANAN UMRAH

HIKMAH PERJALANAN UMRAH

Tepat pada hari Senin, tanggal 11 April 2011 jam 3 sore, saya beserta keluarga (istri, ibunda, dan kakak ipar)tiba di Alor Setar Kedah, Malaysia dari Jeddah. Perjalanan umrah selama 10 hari sangat mengesankan, penuh dengan berbagai penglihatan dan pengalaman yang di lalui. Madinah dengan masjid nabawi dan makkah dengan masjidulharam akan senantiasa memberikan rasa rindu untuk kita selalu pergi kesana, mengingat Allah swt dengan Haji dan Umrah ikhlas hanya untukNya, mengikut sunnah RasulNya. Apabila menghadirkan diri ke dalam Masjidil Haram, airmata akan terus melimpahi kelopak mata, terkena panah kerinduan kepadaNya, dan rasa penyesalan terhadap dosa, serta merendahkan diri kepada Allah swt.

Di masjidul haram, kita akan senantiasa melihat banyaknya manusia bertafakur, beribadah dan menangis merendahkan diri dan meminta kepada Allah swt. Ya Allah, berilah kami hidayahMu.....ampunkanlah dosa-dosa kami.....berikanlah kami ridhaMu...syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari kemarahanMu dan nerakaMU.
Memahami Hakikat..

Perbedaan antara Makkah yang didalamnya ada masjidul haram dan Madinah yang didalamnya ada masjid Nabawi dengan tempat-tempat lain adalah terletak kepada rahmat dan karuniaNya. Banyak hadis-hadis yang menyampaikan tentang fadhilah beribadah di masjid Nabawi dan Masjid haram berbanding masjid-masjid lain. Begitu juga hadis yang mengatakan bahwa Dajjal tidak akan dapat memasuki kota Makkah dan Madinah dll.

Pembahasan disini saya ingin menyampaikan untuk kita bisa membedakan bahwa kita bukan membesarkan Madinah dan Makkah, tetapi tetap membesarkan Allah swt yang menjadikan Makkah dan Madinah. Kita hanya mengagumi kelebihan Makkah dan Madinah berbanding tempat-tempat lain yang Allah sendiri telah tentukan. Tidak ada sekutu bagi Allah, baik itu di Makkah dan Madinah atau di tempat selain dari padanya. Dimana saja kita berada, kita tetap mentauhidkan Allah swt dengan mengamalkan sunnah rasulNya.

Kita tidak menyembah Makkah atau Kaabah, tetapi datang kerana di sini dilimpahi rahmat dan kurniaanNya. Cara berfikir seperti ini wajib difahami agar seorang hamba tidak tersalah. Jangan sampai ada seseorang membesarkan tempat,seseorang atau waktu tertentu, terlupa bahawa kesemua itu hendaklah dikembalikan kepada Allah, bukan kepada makhluk.

Kita dapat merujuk kepada apa yang di ucapkan Umar Bin Khattab saat beliau hendak mencium hajar aswad, bagaimana kita dapat mengambil pelajaran bahwa kita harus membedakan antara mengagungkan hajar aswad atau sunnah Nabi Muhammad saw. Sebab itu Saidina Umar bin al-Khattab apabila hendak mencium Hajarul Aswad berkata:
“Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pelajaran ini sepatutnya ada pada proses belajar dan mengajar dalam dunia pendidikan, khususnya pada pengajian agama. Kita sepatutnya mengatakan : “ Saya mengikuti pendapatmu wahai guruku atau masyaikhku karena pendapatmu merujuk kepada dalil yang tidak bertentangan dengan sunnah nabiku ( Nabi Muhammad saw ), dan saya tidak mengikuti pendapatmu karena dalil dan hujahmu bertentangan dengan sunnah nabiku.”

Malangnya pada situasi hari ini, banyak golongan pelajar masih lagi fanatik buta kepada guru dan masayaikhnya tanpa mengkaji dalil-dalil ucapannya, sehingga mereka terjebak kepada mengikuti guru/ masyaikh dari pada harus mengikuti nabi saw dan para sahabatnya. Mereka terjebak kepada membesarkan guru/ masyaikh dari pada harus membesarkan Allah swt dan mengikuti sunnah NabiNya.

Akidah

Pemahaman akidah sebelum menunaikan umrah dan haji sangat diperlukan, kalau tidak maka semua yang dia korbankan akan sia-sia saja di hadapan Allah, baik itu pengorbanan harta, tenaga dll. Mentauhidkan Allah swt maknanya melakukan sunnah NabiNya ikhlas karena Allah saja. Melakukan ikhlas karena Allah maknanya tidak mengamalkan amalan syirik dan kufur yang dibenciNya.

Sebagai contoh amalan syirik dan amalan-amalan yang boleh membatalkan iman serta menghapuskan pahala kebaikan ialah masih terdapat diantara jamaah haji dan umrah yang datang ke Makkah dan Madinah dengan membawa azimat/ tangkal agar dengannya ia selamat di perjalanan, memberi makan burung di sekitar masjidil haram untuk mendapatkan berkah, mengusap kiswah ka’bah dengan kain untuk dijadikan tangkal, pergi haji dan umrah tetapi masih lagi yakin dan percaya kepada dukun untuk menjauhkan diri dari mudharat dan musibah, pergi ke Makkah dengan membawa bendera fanatisme kepada golongan, partai dan mazhab, berkerja sama dengan orang kafir untuk memusuhi saudara seiman demi kepentingan dunia, masih mengekalkan sifat ingin dan suka menzalimi sesama, memfitnah sesama, mencaci maki sesama dan lain sebagainya.

Demikian amalan-amalan diatas yang wajid dijauhi oleh sesiapa yang ingin menjejakkan kaki ke bumi suci ini agar terpelihara ketulusan tauhid. Kita bukan hanya dididik untuk mengamalkan sunnah dalam haji dan umrah secara zahir, tetapi kita juga mentarbiyah hati kita untuk bersih dari amalan yang dibenci Allah dan rasulNya.

Betapa ramai orang yang pergi ke Makkah dan Madinah, tetapi adakah seramai itu yang pergi dengan tauhid dan sunnah-sunnah rasulNya dalam melaksanakan haji dan umrah. Kalau memang ya jawabannya, kenapa semakin banyak yang melakukan haji dan umrah tetapi banyaknya yang bermusuhan dan saling membenci juga tidak kalah jumlahnya dari yang pergi ke sana.

Ibadah haji dan umrah sepatutnya melahirkan sifat ikhlas untuk taat kepada Allah dan rasulNya, bukan taat kepada ego dan pendiriannya. Bukan juga taat kepada golongan, mazhab, partai dan masyaikhnya melebihi taat kepada Allah dan rasulNya. Seperti masih ramai lagi di kalangan masyarakat bahkan pada pelajar yang berpegang kepada akidah asyairah, fanatik kepada mazhab dan mengamalkan tarekat sufi dimana itu semua tidak pernah dicontohkan Nabi saw. Malangnya, masih banyak juga masyarakat kita terjebak kepada untuk mengikut aktiviti-aktiviti dakwah jama’ah atau kumpulan-kumpulan dakwah hanya sebatas semangat dalam dakwah, tanpa mengetahui bahwa pendiri dan tokoh-tokohnya adalah penyebar paham tarekat, fanatisme dalam bermazhab dan penganut akidah asyaairah.

Amalan

Tiada harapan yang lebih besar dari seorang insan ketika berada di msjidil haram dari harapan agar Allah menerima ibadah dan memakbulkan doa. Demikianlah apa yang Ibrahim dan Ismail harapkan ketika mereka membina Kaabah.
Firman Allah (maksudnya):
Dan (ingatlah) ketika Ibrahim bersama-sama Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa: “Wahai Tuhan kami! terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (al-Baqarah: 127).

Jika Ibrahim dan Ismail yang merupakan nabi berdoa agar amalan mereka Allah terima, maka kita jauh lebih patut berdoa agar amalan kita ini diterima. Segala belanja perjalanan dan masa yang ditumpukan tidak memberi makna jika amalan tertolak.

Maka, untuk memastikan amalan kita diterima, tauhid hendaklah benar-benar tulus tanpa syirik. Kemudian, amalan yang diamalkan itu hendaklah seperti yang diajar oleh Tuhan Kaabah melalui Ibrahim dan pewarisnya Nabi Muhammad s.a.w. Bukan amalan yang ditunjukkan oleh mutawwif atau guru-guru di travel-travel yang mengadakan umrah dan haji sedangkan tiada contoh yang ditunjukkan oleh pewaris Ibrahim, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ini soal penting.

Nabi Ibrahim dan anaknya ketika membina Kaabah telah berdoa: (maksudnya)
“dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara Ibadat kami” (al-Baqarah: 128).

Walaupun Ibrahim dan Ismail telah membangun Kaabah, tetapi mereka tetap meminta kepada Allah bagaimana cara beribadah. Justeru, mereka memohon agar Allah menunjukkan kepada mereka cara ibadah yang Allah mahu. Ibadah hanya kepada Allah dengan cara yang Allah inginkan. Bukan ibadah kepada Allah dengan cara yang kita inginkan!

Malangnya, kita lihat manusia ketika tawaf dan sa’i ada berbagai cara dan rupa. Mereka bergantung kepada guru pakej atau mutawwif mereka, sehingga lupa untuk bertanya sunnah Nabi s.a.w ketika tawaf dan sa’i.

Perkara amalan yang menyelisihi/ tidak diajarkan nabi saw diantaranya masih lagi melafazkan niat umrah atau haji, padahal niat adalah amalan hati, yang dilafazkan adalah pada saat berihlal dan talbiah saja. Ada yang tawaf dengan doa-doa khas bagi setiap putaran, padahal itu tidak pernah ada dalam petunjuk Ibrahim, atau Ismail atau Muhammad a.s. Mereka sibuk membaca buku panduan sambil tawaf dan sa’i sehingga bertabrakan dengan orang didepannya,

Ada pula yang menjerit berdoa beramai-ramai bersama seorang pemimpinnya yang telah dibayar. Mereka melaungkan doa bagaikan berdemonstrasi di depan Kaabah. Keadaan ini cukup mengganggu insan yang lain tanpa disadari.

Ada juga mencium apa yang tidak dicium oleh Nabi s.a.w, melakukan apa yang tidak dilakukan Nabi saw. Kesemua itu berada di bawah sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”. (Riwayat Muslim).

Jika melihat fenomena pelaksanaan haji dan umrah tidak merujuk kepada sunnah, maka akan didapai kesimpulan bahwa pelaksanaan haji dan umrah akan menjadi susah, seakan-akan perlu masa yang lama untuk mempelajarinya. Padahal jika kita merujuk kepada sunnah Nabi saw, kita akan dapati bahwa amalan haji dan umrah secara khususnya sangat lah mudah, ia bisa dilakukan oleh siapa saja, tanpa harus dibebani dengan membaca dan menghapal doa yang panjang terkadang justru si pembaca tidak memahaminnya.

Tatacara umrah

1. Disunnahkan bagi yang hendak melaksanakan umrah agar mandi sebelum ihram, baik itu perempuan maupun lelaki. Bagi lelaki, agar mengenakan pakaian yang tidak berjahit, yaitu yang sering dinamakan oleh para ahli fikih dengan “pakaian tanpa jahitan.” Umumnya memakai seperti kain apa saja untuk menutupi bagian atas dan satu helai lainnya menutupi bagian bawah. Dibolehkan memakai sandal ( yang tidak berjahit juga ) atau setiap yang melindungi kedua belah telapak kaki asal tidak menutupi kedua tumit. Tidak boleh memakai peci, sorban dan apa saja untuk menutupi kepala secara langsung, hukum ini berlaku hanya bagi lelaki.
Rasulullah saw bersabda, yang mafhumnya :

Bagi yang berihram tidak boleh mengenakan gamis, sorban, mantel yang bertudung , celana, atau pakaian yang dicelup sumba dan wewangian, khuf (sepatu dari kulit), terkecuali jika tidak ada sandal(boleh mengenakan khuf). Dan beliau besabda ; “ wanita yang berihram tidak dibenarkan mengenakan niqab (yaitu penutup ujung hidung dan jenisnya bermacam-macam) dan sarung tangan”. Muttafaqun alaihi”shahih abi daud”.

Ia harus mengenakan kain ihram sebelum miqat walaupun dirumahnya, sebagaimana dikerjakan oleh Nabi saw dan para sahabatnya. Hal ini memudahkan bagi jamaah umrah yang menggunakan pesawat, karena tiak memungkinkan untuk memakai kain ihram di miqat, maka mereka diperbolehkan memakai kain pakaian ihram sebelum naik pesawat, tetapi mereka tidak niat untuk berihram kecuali sejenak sebelum sampai miqat agar tidak terlewatkan miqat tanpa berihram. Amalan di atas khususnya untuk jamaah umrah yang pergi dari Indonesia atau Malaysia terus menuju Jeddah dan ke makkah. Adapun yang dari Jeddah terus ke Madinah, maka mereka bisa berihram di miqat Dzul hulaifah atau Birr ali.Selanjunta pergi menuju Makkah.

Hendaknya memakai minyak wangi dibagian tubuh dengan menggunakan parfum apapun yang tidak berwarna, terkecuali bagi wanita. Karena parfum mereka adalah yang berwarna dan tidak berbau. Semua itu dilakukan sebelum berniat ihram di miqat, sedangkan setelah itu diharamkan.

Perkara yang dilarang setelah ihram :
Sengaja mencukur, memotong atau mencabut mana-mana bulu diseluruh badan. Sengaja memotong kuku kaki atau tangan. Sengajamemakai wewangian ketika ihram. Menikah, atau menikahkan orang lain, meminang, menjadi wali atau wakil. Sengaja membunuh atau memburu haiwan darat ( yang bukan peliharaan ), berjima’, bercumbu dengan isteri tanpa jima’, melakukan dosa atau maksiat dengan sengaja dan berdebat.


2. Jika jamaah terus pergi ke Madinah sesampai di Jeddah, tentu nantinya akan bermiqat di Birr ali. Adapun amalan sesampai di miqat seperti Dzulhulaifah/ Birr ali adalah :

Mandi dan memakai kain ihram ( jika sebelumnya belum mandi dan belum memakai kain ihram ), sholat dua rakaat, sholat ini bukan sholat untuk ihram sebagaimana dipahami banyak orang. Sholat itu dilakukan karena kekhususan tempat dan barakahnya. Tidak ada sholat khusus untuk ihram, tetapi jika masuk sholat sebelum masa ihram, maka seseorang tetap sholat kemudian baru berihram setelah sholat. Dengan cara itu berarti ia telah meneladani Nabi saw, karena beliau memakai pakaian ihram setelah sholat zhuhur.

Selanjutnya berdiri menghadap kiblah, berniat untuk melakukan umrah ( tidak perlu di lafazkan seperti mengucapkan “ sengaja aku melakukan umrah karena Allah swt”, karena itu tidak ada contoh dari Nabi saw. Ianya adalah amalan hati dan ketetapan hati yang perlu di pastikan saja. Selanjutnya niat dan amalan hati tersebut di lafazkan dengan menyebut ucapan saat berihlal yaitu : Labbaika Allahumma ‘umratan.

Kemudian membaca doa : “ Allahummah hadzihi ‘umratun laa riya’a fiiha walaa sum’ah. ( Ya Allah ini adalah umrah tidak mengandung riya’ maupun sum’ah ).
Dibolehkan juga membaca setelah itu : Allahumma mahaali haitsu habastani ( Ya Allah tempat tahallulku dimana Engkau menahan diriku untuk tiak bisa melanjutkan umrahku. )
Karena jika telah menggantung niat sedemikian rupa, kemudian tertahan atau sakit, maka ia boleh tahallul untuk menyelesaikan umrahnya dan tidak diwajibkan membayar dam atau denda.

Selanjutnya memulakan untuk bertalbiah : Labbaika Allahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika, innal hamda , wanni’mata laka wa mulka, laa syariika laka.

Ucapan talbiah di atas terus di ucapkan sepanjang perjalanan sehingga kita sampai di mekkah dan melihat rumah-rumah disana, atau sampai kita melihat ka’bah saat hendak memulakan tawaf.
Disunnahkan untuk mengeraskan ucapan talbiyah, begitu juga untuk perempuan, selama tidak menjadi godaan bagi kaum lelaki, karena Aisyah juga bertalbiah dengan suara keras hingga terdengar oleh kaum lelaki.

3. Barang siapa berkesempatan untuk mandi sebelum memasuki kota Makkah, maka hendaknya ia mandi. Dan masuk pada siang harinya meneladani Rasulullah saw. Hendaknya masuk dari arah atas yang sekarang disebut dengan pintu almu’allah, karena nabi saw masuk dari bukit yang paling tinggi yaitu bukit Kada’ diatas kuburan, dan memasuki masjid dari pintu bani syaibah, karena pintu ini adalah jalan terdekat menuju hajar aswad. Di perbolehkan juga untuk memasukinya dari pintu manapun.

4. Jika anda memasuki masjid, jangan lupa untuk mendahulukan kaki kanan dan mengucapkan : Allahumma sholli wa sallim ‘ala Muhammad, Allahummaftahlii abwaaba rahmatika. (Ya Allah, berilah shalawat dan salam atas Muhammad, ya Allah bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMU. )

5. Apabila melihat ka’bah, seyogyanya agar mengangkat kedua tangan untuk berdoa. Disini tidak ada dalil yang bisa dijadikan sandaran dari nabi saw tentang doa khusus, maka boleh berdoa dengan doa-doa yang mudah, atau berdoa dengan doanya Umar ra :
Allahumma antassalaamu waminkassalaamu, fa hayyinaa rabbanaa bissalaam. ( Ya Allah, Engkaulah keselamatan, dariMula keselamatan, maka hidupkanlah kami dengan penuh kesejahteraan wahai Rabb kami ).

6. Kemudian segera menuju hajar aswad dan menatapnya dengan sungguh-sungguh kemudian mengucap basmalah dan bertakbir. Kemudian mengusapnya dengan tangannya, menciumnya dengan bibirnya, dan membungkukkan badan menghadapnya. Jika kita tidak memungkinkan untuk menciumnya, maka kita bisa menyentuh dengan tangan kemudian mencium tangan. Jika tidak bisa juga untuk menyentuhnya cukup dengan mengisyaratkan tangan kepadanya. Amalan mengusap dan mencium hajar aswad dengan bibir, dan jika tidak bisa cukup dengan mengisyaratkan dengan tangan adalah amalan yang harus dilakukan pada setiap putaran, sehingga 7 putaran.

7. Kemudian memulakan tawaf seputar ka’bah dengan memposisikan ka’bah disebelah kiri kita, Dari hajar aswad sampai hajar aswad lagi terhitung satu putaran. Semuanya di lakukan dengan pakaian ihram secara idhthiba’ ( memasukkan kain ihram sebelah atas dari bawah ketiaknya yang sebelah kanan, dan meletakkan ujungnya diatas pundak kiri ) pada tiga putaran pertama, bermula dari hajar aswad dan berakhir di hajar aswad, dan berjalan pada putaran-putaran selanjutnya.

8. Mengusap rukun yamani dengan tangan pada setiap putaran jika memungkin, jika tidak bisa mengusapnya maka tidak perlu mengisyaratkan tangan, cukup berjalan dan melaluinya saja.

9. Jika kita diantara rukun yamani dan rukun hajar aswad, maka disunnah membaca :
Rabbanaa aa tinaa fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah waqinaa ‘adzaabannaar ( Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari adzab api neraka ). Jika mampu dan memungkinkan, seseorang boleh beriltizam antara rukun hajar aswad dan pintu ( mengarahkan dada, wajah dan kedua bahu kepadanya).

Tidak ada doa khusus dalam tawaf, ia boleh membaca alQur an, atau berdzikir sesuka hatinya yang mudah baginya.

10. Jika telah telah selesai putaran ketujuh, maka bertolak menuju maqam ibrahim membaca : Watta khidzuu mimmaqaami ibrahiima musholla(Dan jadikanlah sebahagian maqam ibrahim tempat shalat) Ali Imran : 125.

Dengan memposisikan maqam ibrahim antara dirinya dan ka’bah, lalu sholat disaa dua rakaat dengan membaca surah al kafirun pada rakaat pertama dan surah al ikhlas pada rakaat kedua. Jika tidak mampu untuk sholat di tempat tersebut, maka boleh sholat dimana saja di dalam masjid haram.

11. Jika selesai sholat, hendaklah ia menuju tempat air zamzam, meminum air zamzam tersebut, serta mengusapkannya di kepala. Kemudian kembali ke hajar aswad, untuk menciumnya dengan bibir, atau mengusapnya dengan tangan, atau mengisyaratkan tangan kepadanya.

12. Kemudian pergi menuju shafa untuk memulakan sa’i , jika telah dekat dengan shafa maka bacalah ayat 158 dari surah al Baqarah

Artinya : Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa Yang menunaikan Ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan Dengan berulang-alik) di antara keduanya. dan sesiapa Yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka Sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha mengetahui.

Lalu mengucapkan : Nabda’u bimaa bada Allahu bihi
Kemudian mendaki atas bukit shafa berdiri menghadap ka’bah hingga melihatnya,mengucap takbir tiga kali, terus membaca :

Laa ilaaha Illallahu wahdahulaa syarikalahu, lahul mulku walahul hamdu, yuhyii wayumiitu, wahuwa ‘ala kulli syai in qadir. Laa ilaaha Illallahu wahdahulaa syarikalahu, anjaza wa’dah, wanashara ‘abdahu, wahazamal ahzaaba wahdahu. ( 3 kali ).
Selanjutnya boleh berdoa dengan doa apa saja yang mudah untuk dilafazkan.
Kemudian turun dari bukit shafa, untuk melaksanakan sa’i menuju bukit marwah. Jika sampai pada tanda lampu hijau dari kanan dan kiri maka hendaklah melakukan lari-lari kecildengan cepat menuju tanda hijau berikutnya, dari situ terus melanjutkan untuk berjalan menuju bukit marwah.Sesampai di bukit marwah, terus naik menuju atas bukit lalu melakukan sebagaimana dilakukan di atas bukit shafa. Kemudian turun dari bukit marwah untuk menuju bukit shafa, dengan berjalan ditempat yang diperintahkan untukberjalan dan berlari-lari kecil ditempat lari-lari kecil, dan ini dihitung sebagai putaran kedua. Tidak ada bacaan khusus yang harus dibaca dan dihafal semasa melakukan sa’i. Untuk itu, siapapun yang melakukan sa’I, boleh membaca apa yang termudah baginya, seperti membaca quran yang dia hapal, atau berdzikir .

13. Kemudia kembali ke marwah, dan begitu seterusnya hingga lengkap baginya tujuh putaran yang berakhir di bukit marwah.

14. Jika telah selesai dari putaran ketujuh di marwah, setelah membaca apa apa yang patut di baca sebagaimana di bukit shafa, maka selanjutnya mencukur rambut kepalanya bagi lelaki, boleh juga memendekkannya sahaja. Adapun untuk perempuan maka cukup baginya untuk memotong rambutnya sedikit atau sepanjang ruas jari.
Dengan demikian, maka umrahnya telah selesai, dan menjadi halal apa yang diharamkan baginya sewaktu ihram.