Thursday, October 20, 2011

KONSEP ISLAM SEBAGAI AL-DIN

BAB 2: KONSEP ISLAM SEBAGAI AL-DIN


HASIL PEMBELAJARAN


Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:

1. Menerangkan pengertian ad-din.
2. Menjelaskan keperluan manusia kepada agama.
3. Membandingkan antara cara hidup Islam dan bukan Islam.


2.1 PENGERTIAN AD-DIN

Agama atau al-Din yang benar dalam sejarah manusia ialah ajaran yang dibawa oleh Nabi Adam a.s dan kemudiannya nabi-nabi lain selepasnya. Al-Din tersebut dibawa dan diturunkan oleh Allah s.w.t untuk membentuk serta mengarahkan manusia supaya menjadi insan yang baik dan mendapat keredhaan Allah s.w.t seterusnya kebahagiaan hidup di dunia yang fana ini dan di akhirat yang kekal abadi nanti.

Dalam Islam perkataan agama diistilahkan dengan kalimah al-Din. Agama dan ad-Deen adalah dua perkara yang berbeza walaupun ramai kebanyakan manusia menterjemahkannya sebagai sesuatu yang sama. Al-Din berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud satu cara hidup (way of life) yang melengkapi segenap aspek kehidupan yang meliputi hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam.

Pengertian al-Din sebagai agama yang benar menurut pengertian yang dikehendaki dan yang dibawa oleh al-Quran ialah dengan memberi penumpuan serta penekanan terhadap empat aspek sebagaimana berikut iaitu sebuah agama yang membawa makna:

a. Kehakiman dan Kekuasaan.
b. Tunduk dan patuh kepada kekuasaan
c. Segala sistem dan peraturan yang bersifat praktikal yang digubal oleh Allah s.w.t sebagai penggubal mutlak.
d. Terdapat balasan baik daripada kekuasaan dan kehakiman serta balasan buruk terhadap mereka yang mengingkari kekuasaan dan kehakiman tersebut.


Sebagai rumusan, perkataan serta pengertian al-Din sebagaimana yang dikehendaki dan menurut al-Quran ialah dengan merangkumi aspek akidah, ibadah, syariat dan akhlak. Sehubungan dengan itu, ulama Islam mengatakan dan menggelarkan atau juga mendefinisikan Islam itu sebagai al-Din iaitu sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

Oleh itu, Islam adalah al-Din yang mencakupi seluruh bidang kehidupan. Ajaran-ajaran Islam adalah dalam bentuk kesepaduannya yang sempurna. Ia mesti diterima seluruhnya dan tidak boleh dipecah-pecahkan, diterima sebahagian dan ditolak sebahagian yang lainnya. Segala cabang ajaran Islam dalam kesatuannya dapat diumpamakan sebagai tubuh manusia, di mana setiap anggota tubuh itu hanya dapat berperanan selagi ia masih menjadi sebahagian daripada tubuh tersebut. Tetapi jika ia sudah dipisahkan, umpama kaki yang sudah dipotong, maka tentulah ia tidak mungkin lagi berperanan sebagai kaki.


2.2 KEPERLUAN BERAGAMA BAGI MANUSIA


Tuhan yang Maha Kuasa menjadikan alam semesta yang luas terbentang dan menjadikan manusia dan hikmat menurut iradat dan kudrat yang Maha Tinggi. Setiap kejadian termasuklah bumi, matahari, bulan, bintang, segala cakerawala dan banyak lagi kejadian lain yang hanya diketahui Allah sahaja, segalanya beredar, bergerak, berjalan menurut peraturan dan ketentuan Allah s.w.t yang sangat rapi dan halus. Alam semesta seluruhya adalah berjalan mengikut sunnah Allah.

Begitu juga manusia yang menjadi khalifah Allah di bumi mestilah hidup menurut hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah demi keselamatan dan kesejahteraan baik dunia dan akhirat. Manusia dijadikan oleh Allah terdiri daripada dua unsur iaitu unsur jasmani dan rohani dan di dalam tubuh manusia terdapat dua kekuatan atau dua tenaga iaitu :

i. Tenaga membina yang tunduk kepada pengendalian akal yang waras yang boleh membezakan antara baik dan buruk, betul dan salah. Tenaga inilah yang boleh mengarahkan manusia untuk melakukan kebijakan dan keadilan, persamaan, kasih sayang, tolong menolong dan sebagainya.

ii. Tenaga merosakkan yang tunduk kepada runtunan nafsu, naluri yang liar, sesat, tamak, angkuh, hasad, dengki, bangga, suka menumpahkan darah dan sebagainya yang membawa keburukan dan kehancuran masyarakat dan negara.

Di tengah-tengah dua kekuatan atau dua pengaruh inilah manusia berdiri dalam masyarakat. Maka dengan tarikan dunia dan pelbagai godaan syaitan ramai manusia yang menjadi korban nafsu, korban kebendaan, pangkat dan kemasyhuran. Oleh yang demikian di sinilah pentingnya agama kepada manusia. Andaikata manusia dibiarkan tanpa agama, tanpa beriman kepada Allah yang Maha Esa, sudah tentu Allah tidak menjadikan manusia sebagai khalifah Nya di bumi untuk memakmurkan dunia dan melakukan kerja-kerja yang baik yang memberi faedah kepada manusia dan masyarakat.

Oleh itu manusia tidak boleh hanya bergantung kepada nilai dan undang-undang yang dibuat oleh akal fikiran manusia kerana iainya adalah perundangan yang tidak mutlak, tidak sempurna dan tidak dapat memenuhi maslahat seluruh manusia adalah disebabkan oleh fikiran manusia terbatas, di samping manusia selalu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti tarikan nafsu, alam sekitar, semangat kebangsaan, perasaan mementingkan diri dan keegoan. Dalam kehidupan manusia yang tidak terbatas maka manusia memerlukan perlembagaan yang mutlak, undang-undang yang sejagat yang ditetapkan oleh Tuhan pencipta alam semesta yang menjadikan seluruh manusia.


2.3 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

Sesiapa yang mempelajari dan mengkaji al-Quran serta ilmu-ilmu Islam yang lain nescaya ia akan mendapati bahawa ajaran Islam adalah amat sempurna dan sangat unik. Di antara tujuan perjuangan Islam ialah untuk mencari keamanan dan kesejahteraan semua manusia di samping menggalakkan semangat kerjasama keamanan di antara seluruh umat manusia.

Jika kita meneliti ajaran Islam secara mendalam, bolehlah kita ringkaskan bahawa manusia dari zaman dahulu kala sehingga generasi yang terakhir masing-masing mengenal diri dan menyakini dengan jiwa raganya bahawa Tuhan Yang Esa itu ialah pencipta alam. Dengan demikian setiap mereka haruslah menjadikan Islam sebagai satu cara hidup sebagaimana tafsiran ulama Islam yang mengatakan dan menggelarkan atau juga mendefinisikan Islam itu sebagai al-Din iaitu sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

Hal ini dapat dibuktikan dalam setiap ajaran yang diperintahkan oleh Islam agar diikuti dan dijadikan panduan hidup seharian. Antaranya ialah :

1. Islam memberitahu bahawa Allah s.w.t telah menetapkan manusia menjadi khalifah (pemimpin) di bumi ini. Dengan ini manusia dapat menghidupkan fungsi ’ubudiyah’ (pengabdian kepada Allah s.w.t) iaitu beriman kepada Allah s.w.t sesuai dengan petunjuk dan didikan Nabi s.a.w.

2. Islam juga telah memberitahu bahawa manusia akan hidup semula setelah mati. Oleh itu perlu difikirkan sekarang apakah amalan yang akan dibawa bersama untuk hari esok.

3. Islam mendidik manusia supaya sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah yang tidak terkira banyaknya. Oleh itu dengan sentiasa bersyukur jiwa dan raga seseorang muslim akan menjadi aman dan sejahtera.

4. Islam mendidik manusia supaya ikhlas mematuhi peraturan dan undang-undang samada yang datang daripada Allah s.w.t, Nabi atau daripada pihak yang berkuasa dalam masyarakat asalkan peraturan itu tidak berlawanan dengan lunas-lunas Allah s.w.t .

5. Islam mendidik manusia supaya sentiasa berakhlak mulia dan berbudi pekerti baik, iaitu hormat-menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain dalam usaha mencari kebajikan bersama.

6. Islam mendidik manusia supaya berani menegakkan kebenaran, kebaikan, keadilan serta takut untuk melakukan kesalahan atau pelanggaran hukum-hukum samada terhadap hukum Allah yang Maha Esa dan Nabi seterusnya terhadap negara dan sesama makhluk.

7. Islam mengajar manusia supaya menegakkan dan memperjuangkan keadilan di mana sahaja. Keadilan yang dituntut itu adalah keadilan makhluk baik dalam kalangan kaum Muslimin dan di antara kaum Muslim dengan orang kafir.

8. Islam mengajar umatnya supaya bersikap sederhana dalam soal-soal kehidupan dan tidak melampaui batas serta tenggelam dalam kemewahan yang boleh membawa kepada kemusnahan.

9. Islam memberikan panduan tentang makan, minum dan sebagainya sebagaimana firmannya dalam surah al-Imran ayat 31:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: ”Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah atau mengerjakan sembahyang, dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”


10. Islam mengajarkan semangat bertanggungjawab kepada setiap orang samada ketua negara, pemimpin, ketua keluarga, isteri dan lain-lain. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Setiap daripada kamu adalah bertanggungjawab terhadap kawalannya, raja adalah pengawal, seorang lelaki adalah pengawal terhadap ahli keluarganya dan perempuan (isteri) adalah pengawal terhadap rumah suaminya dan anaknya, maka setiap seorang daripada kamu adalah pengawal dan tiap-tiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap kawalannya.”


11. Islam mengajar umatnya agar menjadi pandai, bijak dan beramal sebagaimana yang dijanjikan olehNya yang mana Allah s.w.t akan meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan Allah akan meninggikan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat.

Demikianlah di antara pengajaran-pengajaran yang dibawa oleh agama yang paling unik dan paling praktis di antara seluruh agama-agama di dunia ini.





BAB 3: ASAS-ASAS SYARIAT ISLAM


HASIL PEMBELAJARAN


Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:


1. Menjelaskan tentang pengertian tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wa sifat.
2. Membandingkan antara ketiga-tiga tauhid.
3. Menyenaraikan sifat-sifat bagi Allah.
4. Memberi pengertian ibadah, muamalah, munakahat dan jinayat.
5. Membezakan antara ibadah umum dan ibadah khusus.
6. Menyenaraikan pembahagian muamalah beserta contoh.
7. Menghuraikan matlamat munakahat dalam Islam.
8. Membezakan antara hubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam.
9. Menjelaskan keperluan manusia dalam menjaga hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam.














3.1 AKIDAH

Beriman kepada Allah s.w.t. mestilah mencakupi seluruh wilayah tauhid yang terdiri daripada aspek iaitu Rububiyyah-Nya, Uluhiyyah-Nya dan nama-nama (Asma’) serta sifat-sifat-Nya.1


3.1.1 TAUHID RUBUBIYYAH (KETUHANAN)

i. Bererti mempercayai bahawa di dunia ini ada tuhan yang menciptakan alam yang sebegini luas dan Dialah yang menjadikan semua makhluk di alam ini dan yang maha berkuasa ke atas pentadbiran alam semesta ini.
ii. Tauhid dipunyai oleh semua agama di dunia ini kerana fitrah manusia mengakui wujudnya Tuhan yang menciptakan alam ini.
iii. Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah s.w.t sahajalah tuhan yang menciptakan setiap yang ada di alam ini samada yang dapat dilihat atau pun yang tersembunyi (ghaib).
iv. Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah s.w.t sahajalah tuhan yang memberi, menerima, membinasa dan menyembuhkan malah melakukan apa sahaja yang ia kehendaki ke atas makhluk-Nya.


3.1.2 TAUHID ULUHIYYAH (KEESAAN ALLAH)

i. Mempercayai bahawa Allah s.w.t itu pada zatnya satu, esa atau tunggal. tidak dua tidak tiga. Dan ianya bersifat azali (zat-Nya), tiada permulaan dan tiada akhirnya.
ii. Bermakna mempercayai bahawa Allah s.w.t itu esa dalam perbuatannya, tiada sekutu dalam pekerjaannya. Apabila ia menghendaki, hanya dengan berkata ( ﻓﻳﮑﻭﻥ ﮐﻥ ) maka jadilah sesuatu itu.
iii. Tidak memerlukan bantuan dalam segala urusan-Nya. maha berkuasa dan segalanya adalah dalam pentadbiran Allah Yang Maha Esa.
iv. Mempercayai Allah s.w.t itu esa sejak azali. tidak beranak dan tidak diperanakkan, tiada ibu bapa. Allah s.w.t itu pada azalinya esa, satu dan tetap satu.
v. Allah s.w.t saja yang wajib disembah bukannya kepada yang lain.
vi. Mengesakan Allah dari sudut perbuatan hambaNya yang diperintah atau disuruh seperti solat, puasa dan zakat.


3.1.3 TAUHID ASMA’ WA SIFAT (NAMA DAN SIFAT)

i. Mempercayai bahawa tiada tuhan yang maha pengasih, pemurah, kaya dan berkuasa melainkan Allah s.w.t.
ii. Mempercayai bahawa zat Allah s.w.t itu mempunyai nama-nama serta sifat-sifat yang maha sempurna, amat elok dan terbaik.
Iii. Mensifatkan Allah s.w.t dengan segala sifat kesempurnaan dan menangkis segala sifat kekurangan.


Sifat-Sifat Bagi Allah


Sifat-sifat bagi Allah s.w.t. dapat dibahagikan kepada tiga iaitu sifat wajib, sifat mustahil dan sifat harus.

a. Sifat-sifat Wajib Allah S.W.T.

Sifat-sifat kesempurnaan / wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib diketahui oleh manusia adalah 20 sifat, iaitu:

Wujud - Ada
Qidam - Sedia
Baqa’ - Kekal
Mukhalafatuhu Lil Hawadith - Bersalahan Allah s.w.t. dengan
yang baharu
Qiamuhu Binafsih - Berdiri Allah s.w.t. dengan sendiri
Wahdaniyah - Esa
Qudrat - Berkuasa
Iradat - Berkehendak
Ilmu - Mengetahui
Hayat - Hidup
Sama’ - Mendengar
Basar - Melihat
Kalam - Berkata-kata
Kaunuhu Qaadiran - Keadaan Allah s.w.t. Yang Berkuasa
Kaunuhu Muridan - Keadaan Allah s.w.t. Yang Berkehendak
Kaunuhu ‘Aliman - Keadaan Allah s.w.t. Yang Mengetahui
Kaunuhu Haiyyan - Keadaan Allah s.w.t. Yang Hidup
Kaunuhu Sami’an - Keadaan Allah s.w.t. Yang Mendengar
Kanuhu Basiran - Keadaan Allah s.w.t. Yang Melihat
Kaunuhu Mutakalliman - Keadaan Allah Yang Berkata- Kata

b. Sifat-Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t.

‘Adam - Tiada
Huduth - Baharu
Fana’ - Binasa
Mumathalatuhu Lil Hawadith - Bersamaan Dengan Segala Yang Baharu
Qiamuhu Bighairih - Berhajat Kepada Yang Lain
Ta’addud - Berbilang-bilang
‘Ajzu - Lemah
Karahah - Dipaksa
Jahlu - Tidak Tahu
Maut - Mati
Assommu - Tuli
Al ‘Umyu - Buta
Al Bukmu - Bisu
Kaunuhu ‘Aajizan - Keadaan Yang Lemah
Kaunuhu Mukrahah - Keadaan Tidak Berkehendak
Kaunuhu Jaahilan - Keadaan Yang Jahil
Kaunuhu Maiyyitan - Keadaan Yang Mati
Kaunuhu Assommu - Keadaan Yang Tuli
Kaunuhu A’ma - Keadaan Yang Buta
Kaunuhu Abkam - Keadaan Yang Bisu
c. Sifat Harus Bagi Allah s.w.t.

Harus bagi Allah s.w.t. untuk memperbuat (mengadakan) sesuatu dan meninggalkannya (meniadakannya).


3.2 SYARIAH

Terdapat empat aspek yang terkandung dalam syariah iaitu ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat.


3.2.1 IBADAH

Ibadah merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia kerana tujuan manusia dijadikan adalah semata-mata untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Kejayaan hidup di dunia dan akhirat adalah bergantung kepada ibadah yang dilakukan. Pengertian ibadah juga sering disalahertikan dengan menganggap bahawa ia hanya upacara tertentu sahaja seperti solat, haji dan lain-lain sedangkan ia sebenarnya merangkumi segala aspek kehidupan manusia.


a. Pengertian Dan Dalil

Ibadah dari sudut bahasa bermaksud menyembah, mematuhi, tunduk atau taat pada sesuatu. Namun dari sudut istilah, ibadah mempunyai berbagai-bagai tafsiran mengikut bidang kajian ilmu masing-masing iaitu19 :

i. Ulama akidah mentakrifkan: “Ibadah ialah mengesakan Allah s.w.t. dan mengagungkan-Nya dengan sepenuh takzim serta menghinakan diri dan menundukkan jiwa kepada-Nya”.

ii. Ulama tasawwuf mentakrifkan: “Ibadah ialah perbuatan seseorang mukallaf (orang Islam yang beraqal dan baligh) yang berlawanan dengan nafsunya untuk mengagungkan Allah s.w.t.”

iii. Ulama fiqh mentakrifkan: “Ibadah ialah segala pekerjaan yang dilakukan dengan penuh ketaatan untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. dan mengharapkan balasan pahala di akhirat.”

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:

“Sesungguhnya umat kamu ini adalah umat yang satu dan Aku adalah tuhan kamu semua. Oleh itu, hendaklah kamu semua sembahlah Aku!!”

Al-Anbiya’(21): 92

Firman Allah s.w.t. lagi:

*****************************
Maksudnya:

“Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang) yang bertakwa”.

Al-Baqarah (2) : 21

b. Pembahagian Ibadah

Ibadah terbahagi kepada dua kategori iaitu ibadah umum dan ibadah khusus. Ibadah umum ialah ibadah yang tidak ditentukan sifat, syarat dan peraturannya secara khusus dalam al-Quran ataupun al-Sunnah. Contoh ibadah umum ialah makan, minum, tidur dan sebagainya. Sekiranya perbuatan tersebut diniatkan kerana Allah s.w.t. dan selari dengan kehendak syarak maka ia akan dianggap sebagai ibadah. Ibadah khusus pula ialah amalan yang telah ditentukan sifat, syarat dan peraturannya oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti solat, puasa, zakat dan selain-lain lagi.

3.2.2 MUAMALAT
a. Konsep Muamalt
Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, menjurus kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.
Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.
Segala harta yang ada di alam ini adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang disediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepada mereka. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanah Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
Firman Allah s.w.t :
***********************
Maksudnya: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan ,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya).”
(Surah Al-Mulk Ayat 15)
Mencari harta kekayaan amat digalakkan oleh Islam kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.
Dalam mencari harta kekayaan, umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t Islam telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut. Antaranya ialah:
i. Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s.w.t.
ii. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain.
iii. Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh manusia.
iv. Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah s.w.t merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.
v. Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan yang bukan Islam.

b. Peranan Dan Tujuan Muamalat
Antara peranan dan tujuan muamalat dalam Islam ialah:
i. Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Inilah matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.
ii. Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas.
iii. Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t., kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba, rasuah, menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w . yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu,dia tidak akan mendapat pahala,bahkan dosa yang akan menimpanya”

(Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Halim)

3.2.3 MUNAKAHAT

a. Konsep Nikah

Nikah diertikan sebagai satu ikatan yang berlaku melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin diantara pasangan lelaki dengan pasangan perempuan bagi mengharuskan pergaulan diantara mereka serta menghalalkan hubungan kelamin antara satu sama lain . Ia bertujuan memelihara kehormatan diri, melaksanakan tuntutan agama dan mewujudkan ikatan kasih sayang di antara suami isteri di samping menambahkan (meramaikan) zuriat.

Dengan sempurnanya akad atau perjanjian tersebut maka pasangan yang telah menjadi suami isteri berkewajipan memikul serta melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang telah ditentukan dalam suasana yang harmoni, aman damai, saling menghormati dan berkasih sayang dalam sebuah keluarga.



b. Matlamat Perkahwinan Dalam Islam

Islam telah meletakkan berbagai peraturan dan sistem demi menjamin kesejahteraan umat dan manusia keseluruhannya. Perkahwinan dan pembentukan keluarga dalam Islam mempunyai tujuan dan matlamatnya yang tersendiri di samping memenuhi fitrah kejadian manusia. Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan seperti berikut:

i. Memelihara Kesinambungan Kemanusiaan

Satu perkara yang tidak dapat disangkal lagi bahawa melalui perkahwinan dapat menambah keturunan dan generasi manusia. Ia menjadi faktor asasi ke arah kekal dan berkekalannya penerusan manusia di muka bumi Allah ini.

Firman Allah s.w.t. yang berbunyi:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً

Maksudnya:

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya-Hawa), dan juga yang membiakkan dari padakeduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati ( mengawasi ) kamu.”

(Surah al-Nisa’ 4 :1)

ii. Memelihara Nasab Keturunan

Melalui perkahwinan manusia dapat berbangga dengan kemuliaan keturunannya dan dapat berkongsi kebahagiaan hidup. Tanpa perkahwinan ini kehidupan manusia akan hilang kemuliaan keturunan manusia dan akan berleluasalah kerosakan di muka bumi.
iii. Memelihara Masyarakat Daripada Keruntuhan Akhlak

Perkahwinan dapat meyelamatkan peribadi dan masyarakat daripada keruntuhan akhlak. Ini disebabkan perkahwinan akan memberi jalan keluar kepada kecenderungan fitrah manusia dengan cara yang dihalalkan oleh syarak.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Wahai pemuda: Barangsiapa dikalangan kamu yang mampu berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana ia terlebih menundukkan pandangan, dan menjaga kemaluan.”
(Riwayat al-Jama’ah)


iv. Pembentukan Keluarga Dan Kesempurnaan Pendidikan Anak-anak

Melalui perkahwinan pasangan hidup suami isteri akan dapat membina keluarga, memberi pendidikan kepada anak-anak dan memikul tanggungjawab keluarga secara bersama. Isteri berperanan dalam menguruskan rumah tangga dan melaksanakan pendidikan anak-anak bersesuaian dengan fitrah kewanitaannya. Suami pula bekerja dan mencari nafkah serta melaksanakan tanggungjawab lain yang bersesuaian dengan sifat kelelakiannya. Kesepaduan ini akan melahirkan semangat kerjasama dan kemesraan suami isteri. Ia juga dapat membina suasana bimbingan dan pendidikan yang mulia dalam kehidupan keluarga seharian.


v. Menghindarkan Penyakit

Perkahwinan mampu menghindarkan berbagai penyakit kelamin hasil daripada perbuatan zina atau seks rambang seperti Siplis, Aids dan sebagainya yang dikira sebagai bala daripada Allah s.w.t sebagai pengajaran kepada manusia.





vi. Memberi Ketenangan Jiwa

Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1985), perkahwinan akan menghasilkan perasaan ikatan kasih sayang dan ketenangan jiwa. Suami setelah selesai daripada tugas hariannya akan pulang untuk bersama-sama keluarga dan anak-anak. Ketika itulah akan hilang masalah dan kepenatan sepanjang hari. Isteri juga akan merasai perasaan yang sama apabila dapat mendampingi suami. Mereka akan merasa bahagia, gembira dan tenang jiwa sesama mereka.

Firman Allah s.w.t :

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui”.
Surah Yasin (36) :36

3.2.4 Jinayat

a. Konsep Jinayat

Menurut pengertian umum, jenayah ialah kesalahan dan perbuatan yang dilarang disisi undang-undang syarak dan pesalah dikenakan hukuman hudud, qisas atau taazir. Iaitu segala perbuatan jahat yang dilakukan dengan tujuan untuk menceroboh harta benda, kehormatan, anggota dan tubuh badan manusia serta semua kesalahan yang meliputi perbuatan jahat, baik kesalahan tersebut berkaitan dengan hak Allah, seperti minum arak, tidak berpuasa, tidak sembahyang dan kesalahan berkaitan dengan hak manusia seperti mencuri dan menceroboh,

Menurut pandangan jumhur ulama, jenayah ialah sesuatu perbuatan yang diharamkan oleh syarak samada ia dilakukan tehadap diri manusia dan anggota serta harta seperti membunuh, memukul, memotong, dan mencederakan yang merangkumi semua perbuatan jenayah yang dikenakan hukuman hudud, qisas atau taazir.
b. Konsep hukuman jenayah

Bil Tujuan Kesalahan Hukuman Bentuk hukuman
1. Menjaga nyawa dan kehormatan jiwa manusia -membunuh
-mencederakan - Qisas
- qisas / diat - bunuh balas
- bayar ganti rugi
2 Menjaga kewarasan akal -minum arak - hudud - 80 kali sebatan
3 Menjaga keturunan dan zuriat - berzina - hudud - 100 x sebatan
- rejam

4. Menjaga agama - murtad - hudud - bunuh

5. Menjaga harta benda - mencuri
- merompak Hudud - potong tangan


3.3 AKHLAK


Islam menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan meletakkan akhlak dan adab sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik, kehidupan manusia menjadi kucar-kacir. Allah s.w.t. telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai model terbaik dan contoh akhlak yang terpuji kepada seluruh umat Islam. Dalam kehidupan terdapat hak yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, hubungan manusia dengan Allah s.w.t. serta hubungan manusia dengan alam. Hubungan dengan Allah s.w.t. melibatkan perkara yang wajib dilakukan iaitu berkaitan dengan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Manakala hubungan sesama manusia pula lebih luas daripada itu yang melibatkan hubungan sesama makhluk seperti taat kepada kedua ibubapa, mengormati jiran tetangga dan sebagainya. Begitu juga hubungan manusia dengan alam yang meliputi haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.





3.3.1 HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH

Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. bersifat hubungan antara hamba dengan Penciptanya. Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan paling mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia dengan mana-mana manusia atau makhluk lain. Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. adalah berteraskan akidah tauhid. Manusia diberikan kemuliaan sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi.

Firman Allah s.w.t. yang berbunyi:


***************************

Surah al-Baqarah (2): 30


Sesuai dengan taraf manusia sebagai khalifah di muka bumi, Allah s.w.t. yang Maha Pencipta bukan sahaja mengindahkan fizikal kejadian manusia itu, tetapi juga menganugerahkan nikmat akal kepada manusia untuk membezakannya daripada makhluk yang lain. Dengan berbekalkan akal yang dianugerahkan ini dan berpandukan pula ajaran Islam yang lengkap, manusia memikul tanggungjawab dan amanah yang amat berat.

Namun selaku hamba Allah s.w.t. di muka bumi ini, manusia mempunyai beberapa tuntutan dan kewajipan yang perlu dilaksanakan, antaranya ialah rukun Islam. Pelaksanaan rukun Islam yang lima mempengaruhi diri individu muslim untuk mengiktiraf secara sukarela tentang kewujudan dan keesaan Allah s.w.t. itu sendiri. Pelaksanaan rukun Islam yang lima sekaligus berfungsi sebagai lambang pengakuan diri seseorang tentang kewujudan Allah s.w.t.

Keupayaan seseorang melaksanakan rukun Islam yang lima membuktikan tentang ketinggian iman dan daya kegigihan yang maha tinggi untuk mematuhi, menyembah dan menyerahkan diri kepada Allah s.w.t. Pelaksanaan rukun Islam yang lima juga melambangkan kejayaan seseorang membesar dan mengagungkan Allah s.w.t. yang diakui sebagai pencipta dirinya sendiri. Pengagungan manusia akan Allah s.w.t. juga melambangkan kerendahan diri seseorang apabila berhadapan dengan fenomena kebesaran Allah s.w.t.

Rukun Islam juga dapat mencetuskan sifat ihsan di dalam diri seseorang. Dengan ini lahirlah kesedaran dan keinsafan tentang kehadiran kekuasaan Allah s.w.t. pada setiap masa dan di setiap tempat. Segala tingkah laku dan perbuatannya dirasakan sebagai berada di dalam cermin terang yang sentiasa dalam pemerhatian Allah s.w.t. sifat ihsan ini penting bagi melahirkan individu muslim yang sentiasa bertakwa kepada Allah s.w.t. tanpa mengira tempat dan masa.

Oleh yang demikian, dalam menjaga hubungan di antara manusia dengan Penciptanya (hablumminallah), kita hendaklah sentiasa melakukan segala suruhan Allah s.w.t. dengan penuh ketaatan, ikhlas dan mengharapkan keredaan-Nya semata-mata serta meninggalkan segala larangan-Nya.


3.3.2 HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA

Setiap individu diwajibkan mematuhi segala titah perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangan-Nya apabila berhubungan di antara satu dengan yang lain. Hal ini disebabkan tidak ada manusia yang dapt hidup bersendirian. Justeru, pematuhan perundangan gubalan Allah s.w.t. yang mengatur cara bagaimana seharusnya manusia itu berinteraksi di antara satu dengan yang lain dalam membentuk keluarga, jiran, masyarakat, negara, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya juga termasuk di dalam bidang hubungan manusia dengan manusia.

Dalam melalui kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari berhubung dengan sesama manusia, dengan rakan sekerja, teman serumah, jiran tetangga, masyarakat sekampung dan sebagainya yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar kehidupan menjadi lebih sempurna. Manusia sebagai makhluk sosial memerlukan hubungan interaktif dalam kehidupan sehari-harinya. Oleh karena itu, berukhuwwah bukan saja akan mempereratkan hubungan silaturrahim (kasih sayang) di antara sesama muslim, malah juga melibatkan hubungan non-muslim (bukan Islam).

Oleh yang demikian, dalam menjaga hubungan sesama manusia (hablumminannas), manusia seharusnya menyemai kedalam dirinya sifat-sifat yang baik seperti amanah, jujur, toleransi, berkasih sayang, hormat menghormati, bersangka baik, tolong menolong dan menjauhi dari sifat yang buruk seperti menfitnah orang lain, mengumpat, dengki mendengki, kedekut, menipu, menganiyai sesama manusia dan lain-lain lagi

Bagi memupuk perasaan kasih sayang dan hubungan baik sesama manusia, Allah s.w.t. dan rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan manusia. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat dan ketinggian seseorang. Allah s.w.t. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan dalam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan perlakuan zalim apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan.


3.3.3 HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM

Allah s.w.t. mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk ciptaan-Nya. Selaku khalifah Allah di muka bumi ini manusia dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini. Allah s.w.t. telah memberikan panduan-Nya kepada manusia tentang tatacara bagaimana manusia patut berinteraksi dengan alam.




Firman Allah s.w.t. yang berbunyi:

**************************

Surah Al-Zaariyat (): 56

Menurut Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t., namun manusia diberikan taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain lantaran kelebihan akal dan tanggungjawab kekhalifahannya. Sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi, antara intipati tugas yang perlu dilaksanakan oleh manusia ialah merealisasikan akidah tauhid dalam kehidupannya. Ini kearana asas pembangunan tamadun manusia yang hakiki bermula daripada cara hidup yang dianjurkan oleh Islam, dan hanya Islam yang mampu untuk memakmurkan dunia ini dengan sebaik-baiknya, justeru manusia perlu memelihara dan memulihara alam sekitar mengikut peraturan-peraturan Allah s.w.t. atau sunnatullah.

Alam diciptakan untuk dimanfaatkan oleh manusia. Manusia perlu mengkaji dan meneliti kejadian tuhan untuk mengetahui mana yang baik dan bermanfaat untuk digunakan, begitu juga yang memudaratkan untuk dijauhi. Islam melarang keras manusia menggunakan cara yang boleh memudaratkan untuk kepentingan diri sendiri. Setiap benda yang baik harus digunakan dengan sepenuhnya untuk kebaikan manusia seluruhnya. Sekiranya perkara yang boleh memudaratkan itu dirangsang, ia akan merosakkan kehidupan manusia itu sendiri. Kemajuan tamadun Islam telah dilandaskan atas asas tersebut agar manusia dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang aman dan sejahtera.

Dalam memandu manusia untuk berinteraksi dengan alam sekitar, Allah s.w.t. telah memperundangkan tatacara bagaimana manusia seharusnya bertingkah laku apabila berhubung dengan alam sekitarnya. Hal ini penting kerana segala yang berada di lautan dan di daratan semuanya dijadikan untuk kepentingan dan kebahagian manusia sejagat. Dengan penganugerahan akal, manusia digalakkan oleh Allah s.w.t. untujk menguasai dan menerokai angkasa lepas, menyelami dasar lautan dalam dan mencari gali di perut bumi untuk mengambil faedah dan mengetahui rahsia alam. Semua perkara ini adalah ke arah peningkatan keimanan kepada Allah s.w.t. dan tamadun manusia demi kepentingan kehidupan manusia sejagat.

Perundangan yang digubal oleh Allah s.w.t. dalam hal hubungan manusia dengan alam sekitarnya mempengaruhi atau memberi kesan kepada manusia dalam dua hal iaitu:

i. Supaya manusia sentiasa ingat dan bersyukur kepada Allah s.w.t. apabila dia dikurniakan pangkat, kebesaran dan harta kekayaan.
ii. Supaya kesemuanya dipergunakan sebaik mungkin bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Hubungan manusia dengan alam juga merupakan matlamat tamadun Islam. Allah s.w.t. telah memperundangkan aturcara bagaimana manusia seharusnya bertingkahlaku apabila berhubungan dengan alam sekitarnya. Hal ini penting kerana segala yang berada di lautan dan di daratan semuanya dijadikan untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia sejagat. Kesejahteraan alam amat penting untuk manusia terus hidup dan membentuk peradaban, maka Islam menekankan penjagaan alam sekitar agar tidak mengganggu sistem ekologi manusia dan tidak memberi mudharat kepada masyarakat manusia. Allah s.w.t. menciptakan alam untuk dimanfaatkan oleh semua tanpa ada yang mengeksploitasi untuk kepentingan diri dengan mengenepikan kepentingan orang ramai. Sebarang tindakan yang menjejaskan keselamatan dan merosakkan alam sekitar ditegah sama sekali. Ini adalah untuk menjamin kehidupan masyarakat seluruhnya agar berada dalam keadaan yang sejahtera.







Kesimpulan

Islam amat menitikberatkan tiga hubungan antara Pencipta, manusia dan makhluk lain, iaitu hubungan antara manusia dengan Pencipta, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitar. Oleh itu keharmonian manusia dengan alam sekitarnya akan wujud, sejajar dengan tanggungjawab manusia menurut Islam sebagai khalifah yang mengabdikan dirinya kepada Pencipta dan memakmurkan bumi ini mengikut peraturan-Nya.

Sebagai kesimpulan, manusia dengan fitrah dan tabi’i yang semulajadi akan tunduk akur kepada Allah yang maha bijaksana sebagai pencipta sekalian alam termasuk diri mereka sendiri. Oleh itu maka hubungan manusia dengan penciptanya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam sejagat akan melahirkan kekukuhan iman di dalam jiwa serta ketakwaan yang padu daripada aspek rohani dan jasmani yang akhirnya akan tunduk dan patuh hanya kepada penciptanya iaitu Allah yang maha kuasa.




















BAB 4: MAQASID SYARIAH


HASIL PEMBELAJARAN


Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:

1. Menyatakan pengertian daruriyyat al-khamsah.
2. Menerangkan prinsip-prinsip yang terdapat dalam dharuriyat al-khamsah.
3. Menjelaskan kesan-kesan pengabaian terhadap prinsip-prinsip tersebut.
























4.1 PENGERTIAN

Secara umumnya maqasid syariah bermaksud matlamat-matlamat syariah yang terdapat dalam kesemua hukum atau kebanyakannya. Ia juga bermaksud matlamat syarak dan rahsia yang diletakkan oleh pembuat undang-undang (Allah s.w.t.) bagi setiap hukum.

Para ulama membahagikan maqasid syariah kepada tiga bahagian iaitu al-dharuriyyat (asasi), al-hajiyyat (keperluan) dan al-tahsiniyyat (pelengkap). Namun perbincangan tentang maqasid syariah ini lebih berkisar kepada al-dharuriyyat al-khams. Ini kerana kedudukannya yang lebih penting dan utama berbanding dengan yang lain.

Dharuriyyat bermaksud suatu kepentingan (maslahah) di mana kehidupan agama dan keduniaan manusia bergantung padanya. Sekiranya kepentingan ini tiada atau tidak diambil peduli maka ia akan menyebabkan berlakunya kepincangan hidup manusia di dunia ini dan hilanglah kenikmatan, malah akan mengalami seksaan di akhirat nanti. Oleh yang demikian, maka dharuriyyat al-khams adalah merupakan maslahah (kepentingan) asasi yang meliputi lima perkara iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Segala urusan individu dan masyarakat adalah bergantung kepada kelima-lima perkara ini yang merupakan prinsip dalam maqasid syariah.

Allah s.w.t. telah mengisyaratkan supaya memelihara kelima-lima maslahah asasi (dharuriyyat al-khams) ini melalui firman-Nya yang berbunyi:

*************************************
Al-Mumtahanah (): 12

Maksudnya: “Wahai nabi, apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, mereka tidak akan berzina, mereka tidak akan membunuh anak-anak mereka dan mereka tidak akan melakukan sesuatu dusta yang mereka ada-adakan daripada kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepada dalam sesuatu perkara yang baik, maka terimalah pengakuat taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah pengampunan dosa mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”


4.2 PRINSIP MAQASID

Seperti yang telah dijelaskan bahawa terdapat lima perkara yang terkandung dalam maslahah (kepentingan asasi) atau dharuriyyat al-khams iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Oleh itu, prinsip maqasid syariah adalah berkisar tentang pemeliharaan dan penjagaan terhadap kelima-lima perkara tersebut sama ada dari segi mewujudkannya atau mengekalkannya iaitu:

a. Memelihara Agama

Salah satu daripada fitrah semula jadi manusia ialah memikirkan hal-hal ghaib, alam roh dan alam ketuhanan. Sejak kelahiran Adam a.s. hingga hari ini, berbagai-bagai agama telah muncul sama ada agama yang hak iaitu agama wahyu daripada Allah s.w.t. yang berakhir dengan Islam atau agama yang bathil iaitu ciptaan manusia yang menyembah sesuatu yang lain daripada-Nya. Allah s.w.t. memberikan kebebasan beragama kepada manusia dan soal penganutan agama-agama adalah menjadi hak asasi mereka. Antara satu sama lain tidak boleh mamaksa atau menggunakan kekerasan untuk mempercayai apa yang dianutinya. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi:


********************

Maksudnya: “Tidak ada paksaan dalam beragama.”

Al-Baqarah (2): 256

Oleh kerana kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh setiap anggota masyarakati itu sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu masyarakat yang adil, aman dan sejahtera, setiap individu dikehendaki mematuhi dan beribadat serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. yang Maha Esa dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Bagi umat Islam, Allah s.w.t. telah mewajibkan pelaksanaan segala rukun Islam yang lima, dan untuk menjaga agama pula Islam telah mewajibkan jihad serta mengenakan seksaan ke atas mereka yang keluar daripada Islam. Maka dengan itu akan terpeliharalah konsep beragama dan terpeliharalah agama setiapa orang Islam daripada kerosakannya.


b. Memelihara Jiwa

Islam melarang pembunuhan sama ada diri sendiri atau diri orang lain. Ini kerana perbuatan tersebut boleh memusnahkan generasi manusia. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada merbahaya dan sebarang tindakan yang boleh mencederakan fizikal orang lain sentiasa digalakkan oleh Islam. Allah s.w.t. menerangkan hal ini dalam firman-Nya:

**************************

Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri, sesungguhnya Tuhan itu penyayang padamu”.
An-Nisaa (4):29

Bagi mewujudkan jiwa atau nyawa, Islam telah mensyariatkan kahwin kerana ia akan membawa kepada berkekalan jenis manusia melalui kelahiran (beranak-pinak). Bagi memelihara jiwa pula Allah s.w.t. mewajibkan makan dan minum serta mengenakan pakaian, di samping mengenakan seksaan ke atas pembunuhan iaitu qisas atau diat dan kaffarah. Ini bertujuan untuk memelihara jiwa-jiwa manusia.


c. Memelihara Akal

Akal adalah anugerah Allah s.w.t. yang paling berharga kepada manusia. Akal juga salah satu ciri manjadikan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna yang dijadikan oleh Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Dengan akal jugalah manusia menjadi khalifah Allah s.w.t. di atas muka bumi ini, menjadi pengguna segala sumber alam yang dijadikan oleh Allah s.w.t. untuk mereka. Akal jugalah merupakan ciri utama yang menentukan hakikat kemanusiaan. Kemuliaannya diakui oleh Allah s.w.t. ke atas manusia dalam bidang ibadat dan hal-hal lain juga bergantung kepada kemampuan akal. Contohnya seseorang itu baharu diwajibkan solat jika sempurna akalnya (aqil). Dalam erti kata yang lain, orang gila tidak diwajibkan solat.

Untuk mewujudkan akal yang sihat, Islam mengharuskan setiap perkara yang menjamin keselamatan dan menyuburkannya dengan menimba ilmu pengetahuan. Manakala bagi menjaga akal pula, Islam mengharamkan setiap perkara yang boleh merosakkan atau melemahkan kekuatan seperti minuman yang memabukkan, mengambil sesuatu yang boleh mengkhayalkan seperti dadah dan sebagainya serta mengenakan seksaan yang menakutkan ke atas mereka yang mengambil sesuatu yang memabukkan akal atau merosakannya. Dengan ini maka akal manusia akan terpelihara.

Firman Allah s.w.t. yang berbunyi:

***********************

Maksudnya: “Hai orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh keberuntungan.”

Al-***********():

d. Memelihara Keturunan

Manusia adalah makhluk Allah s.w.t. yang paling sempurna dan paling mulia. Justeru itu, Islam berusaha memelihara kesempurnaan keturunan dan Allah s.w.t. telah memperundangkan cara yang terbaik untuk memelihara pembentukan keluarga yang sempurna.

Untuk mewujudkan keturunan, Islam mensyariatkan perkahwinan manakala untuk menjaganya pula, Islam telah mengharamkan zina dan membuat tuduhan dengan cara mengenakan seksaan ke atas orang yang berzina serta membuat tuduhan. Oleh itu keturunan manusia akan berterusan dan terpelihara daripada campur-aduk. Mengenai pengharaman zina telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang berbunyi:

**********************

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji, dan juga suatu jalan yang buruk.”

Al-*************():





e. Memelihara Harta

Fitrah semulajadi manusia juga ialah suka mencari kekayaan. Justeru itu penimbunan harta kekayaan oleh setiap individu adalah sesuatu yang amat digalakkan oleh al-quran, terutamanya umat Islam agar mereka menjadi kaya dan berkuasa di muka bumi ini.

Untuk menghasilkan harta, Islam menggalakkan supaya berusaha mencari rezeki dan mensyariatkan muamalat di antara manusia seperti berjual beli, sewa menyewa, pinjaman dan sebagainya. Untuk memelihara harta pula Islam telah mengharamkan mencuri, mewajibkan hukum potong tangan pencuri, mengharamkan tipu daya, khianat, riba dan memakan harta orang lain dengan cara yang tidak betul (batil) serta mewajibkan ganti rugi ke atas harta-harta yang dimusnahkan. Dengan demikian harta-harta manusia akan terpelihara. Al-Quran telah menjelaskan tentang pengharaman mencuri seperti berikut:

**************************
Maksudnya: “Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.”
Al-Maaidah (5):38

4.3 Kesan Pengabaian Terhadap Maqasid

Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini bahawa dharuriyyat al-khams adalah merupakan maslahah (kepentingan) yang mana keperluannya sampai kepada peringkat yang sangat genting dan mendesak. Pengabaian terhadap maslahah ini akan menyebabkan manusia berada dalam keadaan merbahaya dan terancam sama ada dari segi agama, nyawa, keturunan, akal mahu pun harta. Tanpanya juga maka kehidupan manusia di dunia akan menjadi cacat dan tidak memperoleh kenikmatan, malah akan menerima azab yang pedih di akhirat nanti. Oleh itu kesan pengabaian terhadap maqasid dapat dilihat dari aspek-aspek berikut:

a. Aspek Agama

Kepentingan agama perlu diutamakan daripada kepentingan-kepentingan lain. Justeru itu prinsip utama Islam ialah untuk memelihara keselamatan agama seperti pencegahan berlakunya penyelewengan ajaran Islam contohnya ialah ajaran sesat dan budaya murtad. Pengabaian terhadap aspek agama akan menyebabkan manusia lupa dirinya sebagai hamba Allah s.w.t. Segala kewajipan yang wajib dilaksanakan seperti rukun islam akan ditinggalkan, sehingga sampai ke satu tahap manusia akan kufur dan syirik kepada Penciptanya. Mereka akan sanggup melakukan apa sahaja di luar batasan syarak demi memenuhi keperluan lain yang lebih bersifat duniawi yang sememangnya selari dengan tuntutan hawa nafsu mereka.


b. Aspek Jiwa Atau Nyawa

Tiada apa yang lebih berharga di dunia ini pada diri setiap manusia selain daripada nyawa. Justeru itu Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai dasar yang paling utama. Sekiranya aspek ini diabaikan maka manusia akan mudah dan berani melakukan jenayah pembunuhan atau lain-lain kesalahan seperti pergaduhan dan lain-lain lagi yang akhirnya juga membawa kepada pembunuhan. Sejarah menunjukkan kepada kita bagaimana orang-orang arab jahiliyyah melakukan pembunuhan bayi perempuan secara berleluasa. Begitu juga dengan kes-kes bunuh diri yang dilakukan oleh seseorang akibat daripada tekanan perasaan dan kekecewaan yang dihadapi. Islam telah meletakkan jenayah membunuh diri sebagi salah satu daripada dosa besar.





c. Aspek Keturunan Atau Kehormatan

Manusia adalah makhluk Allah s.w.t. yang dibekalkan dengan nafsu syahwat. Ia merupakan salah satu ciri yang menyempurnakan sifat-fifat kemanusiaan. Matlamat utama penganugerahan seks adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan kesinambungan generasi manusia. Sekiranya matlamat ini difahami, nescaya seks dapat dipergunakan untuk kepentingan, kebahagiaan dan kesejahteraan manusia sejagat. Ini dapat dicapai apabila ia disalurkan mengikut peraturan yang sempurna melalui sistem nikah kahwin secara syarak.

Pengabaian terhadap aspek keturunan boleh membawa kepada penyaluran nafsu syahwat dengan cara yang tidak mengikut syarak. Akibat daripada kegilaan seks telah menyebabkan keruntuhan moral dan kemusnahan sistem berketurunan. Kelahiran anak-anak luar nikah yang merupakan kesan daripada perzinaan, pembunuhan dan pengguguran bayi yang tidak berdosa telah menjadi satu kebiasaan pada hari ini. Oleh itu, untuk memelihara tamadun manusia, akhlak dan keturunannya maka al-Quran telah memperundangkan secara tegas pengharaman zina dan segala yang dapat membawa kepada perlakuan zina.


d. Aspek Akal

Pengabaian terhadap aspek akal dalam maqasid syariah akan membawa kepada hilangnya keistimewaan manusia berbanding makhluk-makhluk lain di muka bumi ini. Fungsi akal manusia akan hilang apabila mereka mengambil minuman ataupun benda-benda lain yang memabukkan. Dalam keadaan sedemikian, mereka berkemungkinan melakukan sesuatu perkara dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kalaulah keadaan akal manusia tidak diambil kira dalam maqasid syariah, nescaya segala perlakuan mereka akan dianggap sebagai dosa apabila melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah walaupun dalam keadaan tidak waras dan hilang pertimbangan. Oleh sebab itu Islam amat menekankan penjagaan akal kerana ia juga diambil kira dalam penentuan sesuatu kewajipan syarak seperti ibadat solat, puasa dan sebagainya.




e. Aspek Harta

Pemilikan kekayaan merupakan naluri semulajadi manusia. Tanpa kawalan dan garis panduan daripada Islam, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mengaut segala kekayaan dan keuntungan di dunia. Sampai ke satu tahap setelah diselubungi hawa nafsu dan hasutan syaitan, manusia sanggup melakukan segala perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. seperti mencuri, berjudi, bermuamalat dengan sistem riba dan sebagainya. Dengan itu, pemilikan harta seseorang akan sentiasa berada dalam keadaan terancam dan tidak selamat lagi.















BAB 5
TASAWWUR ISLAM : KEISTIMEWAAN DAN CIRI-CIRI


HASIL PEMBELAJARAN


Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:


1. Menjelaskan konsep keseimbangan dan kesederhanaan.
2. Menjelaskan maksud kesejagatan.
3. Menerangkan pengertian Rabbani, Syumul, Thabat wa al-Murunah dan Waqi’iyyah (Realistik).
4. Menjelas dan menghuraikan ciri-ciri utama Islam.
































5.1 KESEIMBANGAN DAN KESEDERHANAAN


Prinsip ini bermaksud seimbang dan sederhana antara dua perkara yang bertentangan. Setiap sudut itu diberi peluang dan ruang yang cukup serta hak dengan seadil-adilnya. Konsep keseimbangan ini menunjukkan bagaimana dua perkara yang bertentangan masih dapat disatukan. Malahan penyatuan secara sederhana antara dua elemen bertentangan tersebut dapat melahirkan suatu hasil yang jauh lebih baik daripada pemisahan antara kedua-duanya. Antara prinsip keseimbangan dan kesederhanaan tamadun Islam ialah:


5.1.1 SEIMBANG DARI SUDUT KEPERCAYAAN

Islam mengajak manusia mempercayai perkara-perkara yang dapat dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jelas. Ia membezakan kepercayaan golongan yang keterlaluan dalam mempercayai semua perkara tanpa bukti dan dalil dengan golongan yang tidak menerima kewujudan sesuatu yang di luar penguasaan pancaindera. Ia berpihak kepada kesederhanaan dalam membezakan antara Atheis, iaitu mereka yang menolak kewujudan tuhan dengan mereka yang mempercayai banyak tuhan.

Ia bersifat sederhana antara mereka yang beranggapan bahawa alam sejagat ini adalah kewujudan yang hakiki semata-mata dengan mereka yang beranggapan bahawa ia hanya merupakan fatamorgana. Dengan meyakini bahawa dunia ini hanyalah suatu jambatan ke arah kehidupan abadi di akhirat, maka ia menjadikan masyarakat Islam seimbang antara kedua-dua golongan tersebut.


Keserhanaan juga dapat dilihat antara orang yang meletakkan kepercayaan dengan akal sahaja dengan orang yang meletakkan kepercayaaan dengan wahyu semata-mata. Gabungan antara akal dengan wahyu memberikan kelebihan kepada umat Islam dalam mewujudkan budaya berfikir yang baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.


5.1.2 SEIMBANG DALAM IBADAT DAN SYIAR

Islam mewajibkan umatnya melaksanakan tanggungjawab beribadah kepada Allah s.w.t. Dalam kehidupan seharian, manusia juga perlu bekerja bagi menyara kehidupan. Dalam hal ini Islam mengajar agar diseimbangkan antara pencarian kehidupan dengan pengamalan ibadah kepada Allah s.w.t. Menyara kehidupan adalah keperluan asas bagi diri manusia sebagaimana beribadah yang merupakan satu kewajipan bagi umat Islam. Justeru kedua-duanya perlu berjalan seiringan dalam bentuk sederhana dan seimbang agar kedua-duanya dapat dilaksanakan dengan baik.

Firman Allah s.w.t.:



Maksudnya:

“Apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual-beli, itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Apabila solat sudah dilakukan maka bertaburanlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.”

Al-Jumu’ah (62): 9-10

Ini adalah suatu gambaran tentang keadaan umat Islam dengan agama dan kehidupan. Ia melakukan urusan dunia sebelum solat dan apabila diseru, ia meninggalkan segala urusan dunia dengan segera semata-mata untuk melakukan ketaatan dan beribadat kepada penciptanya. Setelah selesai melakukan kewajipan kepada penciptanya ia akan kembali semula melaksanakan urusan tersebut.
5.1.3 SEIMBANG ANTARA KEROHANIAN DENGAN KEBENDAAN

Dalam bidang akhlak, wujud perseimbangan antara mereka yang terlalu ideal menganggap manusia seperti malaikat dengan mereka yang menganggap manusia seperti haiwan. Antara dua anggapan tersebut terdapat fitrah semulajadi manusia yang telah ditentukan.

Dalam melihat hakikat insan, terdapat perbezaan antara agama yang menyatakan bahawa manusia merupakan roh yang dipenjarakan dengan mereka yang beranggapan bahawa manusia berupa jasad semata-mata. Begitu juga keseimbangan dalam pandangan tentang kehidupan antara golongan yang mengingkari kehidupan selepas mati dengan golongan yang menolak kehidupan dunia. Keseimbangan antara kerohanian dengan kebendaan dalam Islam menuntut penganutnya mengambil keperluan dunia tetapi melarang sikap melampaui batas dengan tidak membenarkan penganutnya mengharamkan diri daripada menikmati kurniaan Allah s.w.t. Dengan itu wujudlah keseimbangan antara kerohanian dengan kebendaan dalam diri insan, sesuai dengan fitrah kejadiannya yang menggabungkan antara unsur roh dengan fizikal.

Jika kita perhatikan semua ibadah yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. memerlukan kepada material (kebendaan) untuk melaksanakannya. Oleh sebab itu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari material tetapi bukan untuk kepuasan nafsu, sebaliknya atas dasar tuntutan ibadah semata-mata.

Firman Allah s.w.t.:



Maksudnya:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”

Surah al-Qasas (28): 77

Oleh sebab itu matlamat mencari dan menggunakan kebendaan dalam membina tamadun dan mengejar kemajuan itu haruslah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah s.w.t. kerana kehidupan di dunia adalah jambatan ke akhirat.


5.1.4 SEIMBANG ANTARA INDIVIDU DAN MASYARAKAT

Islam menggariskan keseimbangan antara individu dengan masyarakat sama ada dari sudut hak mahupun peranan. Islam menjamin hak asasi individu dan menjamin keharmonian masyarakat menerusi tanggungjawab yang dipikul oleh setiap individu dalam masyarakat. Hak asasi individu sentiasa terpelihara dalam syariat Islam. Dalam hubungan antara individu dengan masyarakat, setiap orang mesti memelihara kehormatan darah manusia dan menghalang pembunuhan tanpa hak. Mereka mesti memelihara kehormatan dan nama baik orang lain serta tidak boleh menghina atau mencaci. Anggota masyarakat harus memelihara kehormatan harta sendiri atau harta orang lain dan tidak boleh mengambil harta yang bukan haknya. Kehormatan berumahtangga harus dipelihara. Seseorang individu tidak boleh menjejaki keburukan dan mengintip rahsia rumahtangga orang lain.

Namun begitu hak dan kebebasan individu mestilah tidak bertentangan dengan kepentingan masyarakat. Apabila bertentangan maka hak masyarakat mestilah diutamakan. Pengorbanan nyawa individu haruslah dilakukan apabila negara terancam. Harta individu perlu dikeluarkan apabila masyarakat memerlukannya. Kebebasan, keyakinan dan pegangan individu tidak membenarkan seseorang menikam dari arah belakang. Memang menjadi tanggungjawab individu terhadap masyarakat untuk menjaga keluarga dan masyarakat daripada menyeleweng.

Antara contoh lain yang dapat dilihat dalam prinsip ini ialah perlaksaan ibadah zakat. Islam amat menggalakkan kita mencari harta benda dan kekayaan tetapi dalam masa yang sama apabila telah cukup syarat nisab dan haulnya, maka kita diwajibkan mengeluarkan sebahagian daripada harta kita untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan. Ini merupakan satu tanggungjawab sosial supaya kita peka dengan kehidupan orang lain dan bukannya hanya untuk kaya atau senang seorang diri sahaja.


5.2 KESEJAGATAN (‘ALAMIYYAH)

Antara ciri Islam ialah kesejagatan. Ia tidak terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu, bahkan milik seluruh manusia yang berpegang kepada al-Deen. Ini bermakna tamadun Islam dapat dilihat di mana-mana sahaja tanpa ada sempadan geografi.

Contohnya Nabi Isa a.s. hanya diutuskan untuk Bani Israel sahaja, begitu juga dengan Nabi Musa a.s. yang diutuskan kepada bangsa Yahudi. Berbeza dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa risalah Islam untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini tanpa mengira bangsa. Islam bukanlah milik bangsa Arab sahaja walaupun Rasulullah s.a.w. sendiri adalah daripada keturunan Arab. Oleh itu Tamadun Islam boleh berada di mana-mana sahaja di seluruh pelusuk nuka bumi ini.

5.3 KETUHANAN (RABBANI)

Sebagaimana kita ketahui bahawa agama Islam merupakan agama yang unggul yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. untuk seluruh manusia. Ianya datang daripada Allah s.w.t. dan merupakan satu-satunya agama yang diterima di sisi-Nya di akhirat nanti. Ia bersifat ketuhanan yang berpaksikan kepada ketauhidan Allah s.w.t. yang bermatlamatkan untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. di samping mengecapi nikmat dan keindahan anugerah-Nya.

Selain daripada sumbernya yang merupakan wahyu daripada Allah s.w.t. iaitu al-Quran dan al-Sunnah, matlamat cara dan tujuan kehidupan manusia juga telah ditetapkan oleh-Nya. Ini bermakna seluruh amal perbuatan manusia adalah berpaksikan tauhid kepada Allah. Contohnya apabila ingin melakukan sesuatu pekerjaan, umat Islam digalakkan memulakannya dengan kalimah ‘Bismillah’, atau pun mengucapkan ‘Alhamdulillah’ sebagai tanda kesyukuran serta menyebut ‘Inna lillahi...’ apabila menerima sesuatu ujian atau bala.

Kesedaran kewujudan Allah s.w.t. telah tersemat dalam diri manusia sejak di alam roh lagi. Tamadun Islam yang suci berpegang kepada prinsip ketauhidan tuhan yang satu (monotheism), bukan dua, tiga atau berbagai-bagai (politeism). Justeru apabila wujudnya sifat ‘rabbaniyyah’ maka manusia akan terlepas atau bebas daripada perhambaan atau pengabdian kepada selain daripada Allah s.w.t. Namun begitu, masih terdapat manusia yang ingkar dengan melakukan kezaliman dan kemaksiatan, dan setelah terkena bala bencana barulah mereka ingin kembali kepada Allah s.w.t.


5.4 MENYELURUH (SYUMUL)

Islam adalah cara hidup yang datang daripada Allah s.w.t. Ia bersifat menyeluruh dalam mengatur segala urusan kehidupan semua manusia dan bukan untuk golongan atau bangsa tertentu sahaja. Ia mempunyai nilai-nilai hidup yang tetap dan tidak boleh dipermainkan. Cara hidup Islam juga mempunyai keserasian dan persefahaman antara cita-cita dan kenyataan. Islam merupakan agama terakhir dan Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan bagi menyempurnakan risalah Islam Nabi-nabi terdahulu.

Firman Allah s.w.t.:


Maksudnya:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhai Islam itu menjadi agamamu “
Al-Maidah(5): 3

Islam memberikan panduan dan pedoman yang sempurna untuk kehidupan manusia secara menyeluruh. Tidak ada suatu perkara pun yang tidak diberikan panduan. Aspek akidah dan kepercayaan, peratiran dan kehakiman, akhlak dan hubungan antara manusia sesama manusia atau hubungan alam sekelilingnya telah dijadikan pedoman dalam Islam melalui ajarannya yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Ajaran Islam bersifat umum meliputi semua individu tanpa mengira bangsa, masa, sempadan geografi dan sebagainya. Aspek keadilan yang dibawa adalah merangkumi semua umat manusia sama ada orang Islam atau orang bukan Islam. Contohnya bidang peperangan, beberapa adab perlulah dipatuhi seperti jangan membunuh orang tua, kaum perempuan dan kanak-kanak, jangan memusnahkan rumah ibadat dan lain-lain lagi. Ini termasuklah yang melibatkan orang bukan Islam.

Dalam aspek ibadah, ajaran Islam meliputi kesemua fakulti atau sudut yang terdapat pada diri manusia. Dari sudut lisan, manusia sentiasa digalakkan supaya berzikir mengingati Allah, dari sudut fizikal tubuh badan manusia disyariatkan supaya mengerjakan solat sebagai tanda perhambaan kepada Allah, dari sudut hati manusia digalakkan agar sentiasa bertawakal serta meletakkan harapan hanya kepada Allah sahaja dan bukan kepada makhluk atau perantaraan lain, manakala dari sudut akal pula manusia sentiasa dianjurkan supaya bertafakur iaitu berfikir dan merenung tentang kebesaran Allah s.w.t.

Dari segi aturan kehidupan, Islam telah menetapkan dan mengatur tatacara hidup manusia iaitu bermula sejak dari alam rahim lagi iatu ketika masih janin sehinggalah kepada umur dewasa dan tua, ataupun daripada hidup di alam ini sehinggalah ketika menemui ajal, mati bagi bertemu Allah s.w.t. Oleh itu kita dapat lihat bahawa kesemuanya telah dimabil kira untuk diberikan panduan dan pedoman dalam ajaran Islam.

Agama Islam memainkan peranan yang penting dalam membina ketamadunan manusia ke arah kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Ajaran Islam juga menjamin kesejahteraan, keharmonian, kemakmuran, keamanan dan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat melalui perlaksanaan syariat-Nya. Agama Islam begitu unggul kerana ianya dapat dilihat melalui beberapa segi seperti ajarannya yang lengkap dan sesuai untuk diamalkan oleh semua bangsa di dunia ini bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia seluruhnya. Ia juga sesuai diamalkan pada setiap masa dan semua tempat berlandaskan syariat Allah s.w.t.


5.5 TETAP DAN ANJAL

Ajaran Islam adalah tetap dan tidak berubah dari segi matlamatnya dalam pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik perlaksanaannya. Islam memberi kebebasan dari sudut merealisasikan tamadun dengan mengambilkira matlamat yang harus dicapai dan bukan kemajuan dari sudut kebendaan semata-mata.

Al-Quran telah menggariskan beberapa peraturan yang mesti dipatuhi dalam pembangunan tamadun manusia supaya pembangunan yang dijalankan membawa kebaikan kepada semua manusia dan makhluk-makhluk Allah s.w.t. yang lain. Di antara peraturan-peraturannya ialah setiap pembangunan yang dijalankan hendaklah berlandaskan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta keimanan kepada Allah di samping bertujuan untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran supaya mendapat keredhaan Allah dalam melaksanakan pembangunan tersebut.

Sebagai contohnya Islam membenarkan umatnya untuk menikmati apa jenis makanan asalkan ianya halal dan tidak memudharatkan, begitu juga dengan apa jua fesyen pakaian maka ianya adalah diharuskan selagi mana ia tidak mendedahkan aurat. Ini semua menunjukkan bahawa ia anjal dari sudut melakukan usaha untuk mencapai kemajuan tetapi tetap dari segi prinsip seperti kesederhanaan, keseimbangan, kestabilan awam dan sebagainya.


Rasulullah s.a.w. dan khulafa’ al-Rasyidin merupakan contoh teladan kepada tamadun lain di atas kejayaan mewujudkan negara Islam yang bertamadun dan terkenal pada masa itu. Kejayaan ini disebabkan olah dasar perlaksanaan pembangunan yang menekankan pembangunan rohani dan fizikal yang mana kedua-duanya sangat penting ke arah mewujudkan negara yang bertamadun.

Mana-mana negara yang mementingkan pembangunan material tanpa mengambil berat pembangunan kerohanian adalah negara yang lemah, malah turut terdapat sesetengah sarjana lebih cenderung memilih ukuran kebendaan sebagai wujudnya sesuatu tamadun. Tetapi yang sebenarnya aspek dalaman atau rohani patut ditekankan berbanding soal kebendaan atau fizikal kerana unsur ini dianggap pencetus kepada tamadun umat khususnya yang berpegang kepada akidah Islam.


5.6 REALISTIK (WAQI’IYAH)

Islam realistik kerana mengambilkira realiti manusia dan alam sejagat. Kewujudan alam semesta ini menunjukkan dan membuktikan kewujudan Allah s.w.t. Kehidupan manusia di muka bumi ini adalah untuk mencari dan menyempurnakan sunnatullah.

Segala peraturan dan undang-undang Islam yang bersumberkan al-Quran dan hadis akan menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan bagi hidup manusia jika dilaksanakan dengan sempurna. Hal yang demikian adalah kerana semua hukum terkandung dalam kedua-dua sumber tersebut yang bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan di kalangan umat manusia.

Islam tidak mengharamkan sesuatu yang diperlukan oleh manusia dan tidak pula menghalalkan sesuatu yang membahayakan manusia. Contohnya dalam masalah hiburan, Islam mengharuskan beberapa bentuk hiburan atau permainan selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam seperti terdapat unsur-unsur perjudian, melalaikan dan sebagainya. Ini bertujuan bagi memenuhi fitrah manusia yang cenderung kepada hiburan.


Dalam memenuhi tuntutan kekuatan seks atau keperluan biologis pula, maka Islam telah mensyariatkan perkahwinan yang bertujuan untuk menyalurkan keperluan atau tuntutan tersebut dengan cara yang betul. Namun Islam turut merai dan melayani hakikat perbezaan yang wujud antara manusia. Justeru bagi pasangan suami isteri yang sukar hidup bersama kerana sudah tidak sehaluan dan saling tidak mempercayai, maka Islam telah menghalalkan talak sebagai jalan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut, berbeza dengan sesetengah ajaran yang langsung tidak memberi ruang untuk memberi jalan penyelesaian kepada pasangan yang bermasalah untuk berpisah dengan cara yang baik.

Ajaran Islam juga menjaga kebajikan dan kepentingan makhluk-makhluk lain yang terdapat di alam ini. Islam menetapkan beberapa peraturan yang harus diikuti terhadap pembangunan alam supaya alam sekitar dan penghuni yang hidup di dalamnya tidak teraniaya.
























BAB 6: PANDANGAN SEMESTA ISLAM


HASIL PEMBELAJARAN


Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:


1. Menyenaraikan hak-hak Allah ke atas manusia.
2. Menjelaskan tanggungjawab manusia terhadap Allah.
3. Menghuraikan keperluan manusia menjaga alam.
4. Menyatakan pengkelasan ilmu.
5. Menjelaskan sumber-sumber ilmu.
6. Menyenarai dan menghuraikan hierarki penerima ilmu.
7. Menyenaraikan sumber-sumber nilai.
8. Mengklasifikasikan nilai mengikut hierarkinya.
9. Menjelaskan kenapa perlunya nilai dalam kehidupan serta memberikan contoh.

















6.1 KONSEP HAK DAN TANGGUNGJAWAB

Mengikut Kamus Dewan, hak didefinasikan sebagai benar atau kebenaran dan sekiranya sesuatu perkara itu di tentukan oleh agama maka hak bermaksud kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu. Manakala tanggungjawab pula mengikut kamus dewan bermaksud kewajipan yang dipikul oleh seseorang atau segala yang wajib ditanggung.


6.2 KONSEP TUHAN

a. Menjadikan Manusia

Allah s.w.t. berkuasa untuk mencipta manusia dan seluruh alam semesta. Manusia dicipta dengan sebaik-baik bentuk jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain samada dari aspek rohani mahupun fizikal. Ini jelas melalui firman-Nya:


Maksudnya:

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
Al-Tin(95): 4

Walaubagaimanapun penciptaan manusia tidak menjadi suatu kewajipan bagi Allah s.w.t. Ia mempunyai kuasa dan tidak tertakluk kepada arahan atau perintah sesiapa pun untuk mencipta manusia dan alam keseluruhannya. Allah s.w.t. menjadikan semua itu tanpa mengharapkan sesuatu, akan tetapi sudah tentu mempunyai tujuan dan hikmah di sebaliknya.





b. Meletakkan Garis Panduan

Allah s.w.t. tidak membiarkan segala ciptaan-Nya begitu sahaja. Ia telah menyediakan garis panduan dan peraturan-Nya yang tersendiri. Peraturan ini terbahagi kepada dua iaitu pertama sunnatullah atau juga disebut sunnah alam (tabiat semulajadi) dan yang kedua ialah peraturan yang diturunkan melalui Nabi-nabi dan Rasul-rasul-Nya untuk dipraktikkan dalam kehidupan manusia supaya dapat mencapai al-falah (kebahagian dunia dan akhirat)31. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w.:





Maksudnya:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua pegangan. Sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya, maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah rasulnya”.
(Riwayat al-Bukhari)

Kedua-dua sumber yang dinyatakan dalam hadis di atas sudah cukup untuk dijadikan pedoman dalam membentuk sebuah tamadun yang unggul. Justeru itu, kejadian alam semesta tidak dapat dipisahkan daripada kedua-dua peraturan yang dinyatakan di atas.

c. Memberi Kebebasan Memilih Antara Yang Baik Dan Yang Buruk


Islam bukannya agama paksaan. Ia memberi kebebasan kepada manusia untuk memilih di antara perkara yang baik dan yang buruk. Allah s.w.t. telah menciptakan manusia dengan membekalkan akal fikiran supaya mereka dapat berfikir bagi menentukan sesuatu keputusan. Allah s.w.t. juga tidak memaksa manusia untuk mengikut segala garis panduan yang ditentukan, sebaliknya memberi kebebasan kepada manusia untuk menggunakan akal fikiran mereka bagi mengkaji dan meneliti dengan sebaik mungkin jalan yang akan mereka lalui untuk mencapai kepada matlamat al-falah ataupun matlamat duniawi semata-mata.
Melalui kebebasan yang diberikan oleh Allah s.w.t., maka didapati telah muncul dua golongan. Golongan pertama ialah mereka yang menggunakan akal fikiran selaras dengan kehendak peraturan dan garis panduan yang disediakan oleh Allah s.w.t. Manakala golongan kedua pula ialah golongan yang kehilangan punca sehingga membuat keputusan dan bertindak tidak sejajar dengan kehendak Allah s.w.t. Lantaran itu golongan yang kedua inilah yang akan merosakkan sebuah tamadun yang gemilang.

Jika meneliti sejarah, kita dapati bahawa Allah s.w.t. telah memberikan akal kepada Nabi Adam a.s. untuk berfikir dan mencari pengetahuan iaitu dengan mengeluarkan segala rahsia yang terpendam di muka bumi ini, sehingga mengetahui tanda-tanda kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. di seluruh alam semesta.32


d. Hak Allah Ke Atas Manusia

Keistimewaan ciptaan manusia berbanding dengan makhluk yang lain telah dijelaskan dalam al-Quran terutama dalam menduduki kerusi khalifah (pemimpin). Firman Allah s.w.t.:



Maksudnya:

“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa dibumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhan amat cepat seksaanNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Al-An’am(6) : 165

Perkataan ‘khalifah’ boleh diertikan sebagai ‘wakil’ untuk menerima mandat daripada pentadbir yang tertinggi iaitu Allah s.w.t. Ini merupakan suatu amanah yang wajib ditunaikan oleh manusia dalam mentadbir dan membangunkan dunia seluruhnya agar keamanan dan kemakmuran dapat dinikmati oleh semua makhluk Allah s.w.t. Syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. merupakan garis panduan yang mesti diamalkan secara menyeluruh (total) agar keamanan dan kemakmuran dapat dinikmati sepenuhnya tanpa sebarang gangguan.


Kejernihan fitrah semulajadi dan kejujuran daya akal yang bersih, serta petunjuk agama yang benar akan memandu manusia kepada hakikat bahawa manusia dicipta oleh Allah s.w.t. Sebagai ciptaan Allah s.w.t. akan membuktikan tentang kebenaran, kesempurnaan dan keindahan pencipta-Nya dalam kejadian diri manusia.

Bertitik tolak daripada hakikat ini dapatlah difahami bahawa di antara yang dicipta dengan yang mencipta maka yang menciptalah yang sebenar-benar mengetahui akan hakikat yang diciptanya. Maka dialah yang berhak memberitahu kepada yang dicipta-Nya akan hakikat kejadian diri-Nya atau hakikat dirinya. Oleh itu, jelaslah dalam kedua-dua hubungan ini bahawa hanya Allah s.w.t. yang dapat memberitahu manusia tentang hakikat dirinya.

6.3 KONSEP MANUSIA

a. Mengenal Diri Dan Pencipta

Persoalan tentang hakikat Allah s.w.t. dan manusia adalah perkara yang terpenting. Manusia merupakan ciptaan tuhan yang paling istimewa. Ia terbentuk daripada roh dan jasad. Ia mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berbeza dengan makhluk yang lain iaitu ilmu pengetahuan dan keahlian yang merupakan hasil fikiran yang membezakannya daripada binatang serta mengangkatnya sebagai makhluk yang berfikir.

Manusia tidak boleh hidup sendiri tanpa bantuan makhluk lain. Ia lemah dalam menghadapi makhluk yang lebih kuat. Manusia perlu kepada pengaruh atau kebolehan untuk mengendalikan kehidupannya. Dengan pengaruh tersebut manusia mampu mengawal dan menundukkan makhluk yang lebih kuat. Begitu juga dengan kuasa yang sering dikaitkan dengan manusia kerana apa yang diperlukan dapat dicapai.33

Usaha manusia untuk hidup dan perhatiannya dengan pelbagai cara bagi mendapat dan mencapai kehidupan yang lebih bermakna telah membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Itulah sebabnya mengapa manusia memerlukan makanan untuk terus hidup dan mendapatkan nafkah sebagaimana Allah s.w.t. adakan dalam dirinya, bagi membantu untuk berkemahuan dan berusaha untuk suatu penghidupan.

Peradaban bermaksud manusia harus menghuni suatu tempat yang umum dan sama-sama tinggal di pelbagai kota dan perkampungan untuk keselesaan beramah-tamah serta memenuhi keperluan dan kepuasan manusia sesuai dengan sifat semulajadi manusia yang perlu bantu-membantu demi mencapai suatu taraf. Dalam semua keadaan yang berbeza-beza, terdapat sesuatu yang mempengaruhi peradaban khususnya dalam ertikata suatu organisasi sosial.

Ia perlu mengenali pencipta sebenar yang menjadikannya dan sifat-sifat keagungan serta kesempurnaan yang ada pada-Nya. Pengetahuan dan keyakinan kepada pencipta yang sebenar akan membentuk satu budaya berfikir sebelum mengambil suatu tindakan yang bakal membentuk tamadun.

b. Mengetahui Garis Panduan Dan Pedoman

Keistimewaan manusia juga bergantung kepada kadar kepatuhan terhadap nasihat dan arahan Allah s.w.t. secara sedar dan bukan secara ikutan semata-mata. Pengetahuan tentang garis panduan dan pedoman hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk manusia adalah sebagai elemen utama yang meletakkan manusia dalam golongan yang istimewa. Manusia perlu berusaha dan belajar untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang garis panduan Allah s.w.t. Apa yang dimaksudkan dengan garis panduan telah dijelaskan di bawah hak Allah.34



c. Memilih Perkara Yang Baik

Manusia memang telah dikurniakan secara fitrahnya oleh Allah s.w.t. iaitu suka kepada kebaikan samada untuk diri, keluarga ataupun masyarakat. Manusia juga terdiri daripada dua unsur utama iaitu jasmani dan rohani, maka fitrah semula jadi manusia juga terdiri kepada dua:

i. Kejasmanian, kebendaan, dan keduniaan
ii. Kerohanian, ketuhanan, dan keakhiratan

Dari segi jasmani manusia memerlukan tiga perkara asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Makanan diperlukan bagi membolehkan tubuhnya membesar dan terus hidup, pakaian diperlukan bagi menutup dan melindungi aurat daripada cuaca dan sebagainya, manakala tempat tinggal pula diperlukan untuk beristirehat, tidur dengan selesa dan sebagainya. Dalam ertikata yang lain dari segi jasmani, manusia sentiasa rindu kepada kebendaan, keselesaan, keselamatan, keduniaan dan keseronokan.

Dari segi rohani pula manusia itu sentiasa rindukan hal kebenaran, ketuhanan dan keakhiratan. Hal ini disebabkan jasad manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. daripada tanah, roh datang daripada-Nya dan kepada-Nya juga ia dikembalikan.

Kadang-kadang manusia melampaui fitrah semulajadi dengan memilih perkara-perkara buruk untuk dirinya. Peranan pengetahuan tentang petunjuk Allah s.w.t. adalah untuk memandu manusia membuat pilihan yang tepat. Ketaatan kepada Allah s.w.t. menjadi suatu titik tolak menuju kepada kebaikan. Perkara ini akan membantu pembentukan sebuah tamadun yang mulia.

d. Menunaikan Ibadah

Fungsi manusia di muka bumi ini adalah semata-mata untuk mentauhid, menyembah, patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Inilah fungsi utama dan matlamat penciptaan manusia itu oleh Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. sendiri dalam firman-Nya :


Maksudnya:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembahKu”
Al-Zariyat(51): 56

Menyedari hakikat ini manusia berfungsi untuk menjadikan Allah s.w.t. sebagai titik tolak segala kegiatan hidup sejak dilahirkan sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir. Justeru itu tidak sesaat pun dan di mana-mana juga seseorang itu berada ia akan terlepas daripada fungsi untuk mengabdikan diri pada Allah s.w.t. Sehubungan dengan agungnya fungsi manusia di muka bumi ini, maka Allah s.w.t. telah melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini sebagai ganjaran yang tidak terhingga nilainya.

Oleh itu ibadah adalah merupakan pembuktian ketaatan manusia kepada tuhannya. Manusia perlu meletakkan ketaatan tertinggi kepada tuhan melalui ibadah. Hubungan manusia dengan tuhan juga dapat direalisasikan menerusi ibadah.

e. Persediaan Untuk Hari Pembalasan

Perjalanan manusia tidak akan tamat setakat di dunia sahaja. Sebaik sahaja manusia menghembuskan nafas yang terakhir, jasadnya yang terbujur akan dikebumikan di dalam tanah dan seterusnya akan menjadi tanah. Rohnya kemudian akan segera menerima soal jawab pada malaikat Munkar dan Nakir. Selepas mengalami soal jawab di dalam kubur, rohnya akan kekal di ‘alam barzakh hinggalah ke hari kebangkitan.

Dunia adalah jambatan sementara untuk menuju ke alam akhirat. Fungsi manusia di bumi bukan tamat sekadar di dunia sahaja, malah akan dikira dan ditimbang segala perbuatannya samada baik atau jahat. Oleh yang demikian setiap manusia mesti melengkapkan diri untuk menempuh hari pembalasan selepas dihitung amalan baik dan buruk.

Perlu diketahui bahawa Allah s.w.t. adalah tuhan yang maha adil dan tidak pernah menganiayai seseorang. Syurga adalah ganjaran kepada orang yang berjaya mentauhid, beribadah dan patuh kepada Allah s.w.t., manakala neraka disediakan bagi mereka yang kufur kepada-Nya. Syurga adalah sebesar-besar nikmat, rahmat dan kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan atau dikhayalkan oleh akal manusia. Neraka pula adalah tempat yang paling sengsara dan pedih, yang tidak pernah terlintas di akal manusia kesengsaraannya. Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal untuk selama-lamanya.


6.4 KONSEP ALAM

a. Sunnah Allah Terhadap Alam

Fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk alam ialah adanya permulaan dan penghujung. Pada setiap kejadian terdapat fitrah khas yang telah ditentukan untuknya seperti api membakar, matahari menerangi dan sebagainya. Manusia harus sedar bahawa alam akan hancur apabila tiba waktu yang ditetapkan.35

Dalam al-Quran banyak ayat yang mengarahkan manusia supaya menggunakan akal fikiran. Dengan berfikir mereka boleh membuat analisis dan merenung tentang kejadian alam. Dengan cara ini akan terbukti dan tersingkap dengan jelas kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t.

Sememangnya penciptaan manusia dan alam memberi dua kesan iaitu:36

i. Supaya manusia ingat dan bersyukur apabila dikurniakan kekayaan dan pangkat.
ii. Supaya apa yang didapati digunakan sebaik mungkin bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t.




b. Keperluan Alam Terhadap Manusia

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang paling istimewa dan telah diiktiraf sebagai khalifah Allah di muka bumi. Ini juga sesuai dengan kelebihan-kelebihan yang ada pada manusia. Antara kelebihan manusia berbanding makhluk lain ialah:37

i. Menamakan benda
ii. Mempunyai emosi
iii. Mengenal kualiti benda
iv. Menggambar dan memikir masa hadapan
v. Memberi makna atau analisis fenomena yang dilihat

Sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi manusia dan alam mempunyai kaitan yang amat rapat. Sesungguhnya alam terlalu penting kepada manusia kerana segala sumber rezeki adalah daripada alam. Udara yang bersih adalah hasil daripada proses yang dilakukan oleh tumbuhan dan begitulah seterusnya alam dan manusia tidak dapat dipisahkan.38

c. Keperluan Menjaga Alam Sekitar

Hubungan manusia dengan alam juga merupakan matlamat tamadun Islam. Allah s.w.t. telah memperundangkan aturcara bagaimana manusia seharusnya bertingkahlaku apabila berhubungan dengan alam sekitarnya. Hal ini penting kerana segala yang berada di lautan dan di daratan semuanya dijadikan untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia sejagat. Kesejahteraan alam amat penting untuk manusia terus hidup dan membentuk peradaban, maka Islam menekankan penjagaan alam sekitar agar tidak mengganggu sistem ekologi manusia dan tidak memberi mudharat kepada masyarakat manusia. Allah s.w.t. menciptakan alam untuk dimanfaatkan oleh semua tanpa ada yang mengeksploitasi untuk kepentingan diri dengan mengenepikan kepentingan orang ramai. Sebarang tindakan yang menjejaskan keselamatan dan merosakkan alam sekitar ditegah sama sekali. Ini adalah untuk menjamin kehidupan masyarakat seluruhnya agar berada dalam keadaan yang sejahtera.39
6.5 KONSEP ILMU

6.5.1 PENGKELASAN ILMU

Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada mahmud (terpuji), mazmum (tercela) dan mubah (harus). Mulla Sadra pula mengklafisikasikan ilmu kepada ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan. Walaubagaimanapun dalam perbincangan ini, jenis-jenis ilmu diklasifikasikan mengikut alat pencapai ilmu .

i. Ilmu Wahyu

Ilmu wahyu merupakan ilmu-ilmu syariat, ilmu agama, ilmu akidah, ilmu naqli (ilmu yang bersumberkan nas-nas al-Quran atau al-Sunnah) dan ilmu ini wajib dipelajari oleh orang Islam. Kebenarannya bersifat mutlak dan kadang kala di luar jankauan fikiran, akal dan pancaindera. Ilmu ini amat berguna kerana ia memberi manfaat untuk mengenali kekuasaan Allah s.w.t melalui kitab Allah s.w.t dan memberi panduan kepada kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan ketatanegaraan. Walaubagaimanapun untuk kesempurnaan hidup di dunia manusia memerlukan juga ilmu tentang alam fizikal, alam kemanusiaan dan alam kemasyarakatan bersesuaian dengan tugas manusia di alam ini sebagai khalifah, bukan hanya bergantung kepada ilmu naqli atau ilmu agama semata- mata.

ii. Ilmu Ilham

Ilmu ilham dikenali sebagai ilmu ladunni dan ia hanya diperolehi oleh orang- oarang yang mendekati dirinya kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh melalui jalan ilham.

Firman Allah s.w.t:




Maksudnya:

“Lalu mereka mendapati seorang hamba daripada hamba-hamba Kami yang telah Kami kurniakan rahmat dari sisi Kami dan yang telah Kami ajarkan kepadanya sejenis ilmu (yakni ilmu ladunni ) dari sisi Kami.”

Surah al-Kahfi (18) : 65

iii. Ilmu Empirikal (Pancaindera) dan Ilmu Rasional (Akal)

Ilmu empirikal ialah ilmu dan fakta yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir. Asas ilmu empirikal terletak kepada keupayaan pancaindera. Manakala ilmu rasional pula terletak pada keupayaan aktiviti akal dan kedua- duanya mestilah disepadukan dengan ilmu wahyu. Ilmu empirikal dan rasional penting untuk menanggapi fenomena - fenomena alam semesta, kerana itu akan menyingkap jiwa manusia kepada keagungan Ilahi. Dasar - dasar ilmu empirikal dan rasional yang seharusnya dimaklumi ialah penggunaan semaksima mungkin akal dan pancaindera untuk menguatkan kepercayaan beragama, keyakinan kewujudan Tuhan dan seterusnya mengenali keagungan Tuhan semesta alam.


6.5.2 SUMBER DAN JENIS-JENIS ILMU

Islam meletakkan ilmu pengetahuan di kedudukan dan tahap yang tertinggi sebagaimana yang telah disebut di dalam al-Quran dan al-Hadis. Ianya dapat diperolehi dari pelbagai sumber, antaranya ialah:

i. Wahyu

Wahyu merupakan penghulu kepada sumber segala ilmu. Ianya datang dari Allah s.w.t dan disampaikan kepada manusia menerusi perantaraan Rasul samada melalui al-Quran atau al-hadith. Kedatangan wahyu adalah untuk menjawab hal-hal yang berkaitan dengan ketuhanan, akidah, akhlak serta hukum-hukum syariah khususnya yang berkaitan dengan halal dan haram. Termasuk juga dalam kategori wahyu ialah hadis-hadis Qudsi dan hadis sahih.


Seorang muslim bukan sahaja diwajibkan mengambil pengetahuan dari wahyu malah diperintahkan taat dan mengikut ajaran yang terkandung di dalamnya.

Firman Allah s.w.t :


Maksudnya :
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu hendaklah kamu terima dan yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi”.

Surah al-Hashr (59) : 7

Wahyu diturunkan dengan berbagai cara, antaranya :

a. Melalui mimpi yang benar(Arru’ya Asolihah), di mana Nabi s.a.w pernah melihat fajar seperti waktu subuh di dalam mimpi baginda s.a.w, lantas setelah bangun dari tidur baginda mengerti tentang perkara yang perlu dilakukannya.

b. Turunnya malaikat dan memasukkan ilmu ke dalam hati tanpa dapat dilihat dengan mata kasar.

c. Datang malaikat menyerupai seorang lelaki yang bercakap-cakap dengan Rasulullah s.a.w , seperti dalam kisah hadis mengenai pengertian iman, Islam dan Ihsan.

d. Datang malaikat dalam keadaan yang asal tetapi tidak dapat dilihat, hanya didengar dan terus dilimpahkan ilmunya ke dalam hati Rasulullah s.a.w.

e. Mendengar perkataan dari sebalik tabir atau hijab seperti peristiwa Nabi s.a.w menerima perintah solat lima waktu dalam peristiwa Mikraj dan juga peristiwa Nabi Musa a.s bercakap-cakap dengan Allah s.w.t di Lembah Suci Tuwa.

ii. Ilham

Ilham boleh diertikan sebagai satu tanggapan emosi secara langsong yang terbit dalam hati manusia untuk bertindak balas dengan persekitaran. Ia datang dengan cara Allah s.w.t masukkan terus ilmu ke dalam hati seseorang hamba yang dikasihinya seperti para ulamak, orang soleh dan sebagainya. Bagi golongan tasawwuf pula, ilham merupakan sesuatu kurniaan yang sangat tinggi, hasil dari mujahadah dan riyadhah yang bersungguh-sungguh. Kurniaan ini akan hadir kepada mereka yang bersih dirinya zahir dan batin, mengawal nafsu dengan tidak melakukan sesuatu yang dibenci oleh Allah s.w.t dan istiqamah dalam melakukan kebaikan. Mereka yang dikurniakan ilham atau kasyaf ini akan nampak atau mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh orang lain tanpa perlu belajar.


Walau bagaimanapun, bagi ahli ibadah, mereka tidaklah menjadikan ilham ataupun kasyaf itu sebagai matlamat dalam ibadah. Bahkan segala kebajikan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t Pengalaman luar biasa tentang kejadian ghaib boleh disebut sebagai ‘karamah’ dan kebolehan membaca fikiran disebut ‘kasyaf ’.

Kesimpulannya, ilham merupakan ilmu ladunni (pemberian terus dari Allah s.w.t), kepada hamba-Nya yang soleh seperti kisah Nabi Khidhir dalam pengembaraannya.

iii. Intuisi
Intuisi ialah ilham akal, fikiran dan jiwa aktif yang berpindah dari permulaan ke pengakhirannya tanpa perantaraan, tanpa sengaja dan kemahuan sendiri. Keupayaan intuisi berbeza pada seseorang dengan seseorang yang lain. Dalam perbincangan falsafah Islam, intuisi telah diwarnai oleh pengertian-pengertian falsafah manakala dalam tasawwuf pengertiannya hampir menyamai makna ilham dan kashaf.


Intuisi juga sering disebut ilham, iaitu ilmu yang berasal dari penghayatan langsung. Intuisi dari segi pengetahuan tidak terhad kepada Rasul-Rasul sahaja tetapi juga dialami oleh manusia biasa. Ilham akal atau intuisi yang baik adalah dari Allah s.w.t dan yang tidak baik adalah dari syaitan atau manusia.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, intuisi ialah kebolehan mengetahui sesuatu tanpa berfikir atau mengkaji tetapi datang dari bisikan kalbu atau gerak hati.

Melalui intuisi kita memperolehi penghayatan tentang realiti batin alam. Ia berupa pemerolehan ilmu menerusi mata hati dan gerak hati. Hati yang sihat, bersih dan ikhlas akan menggerakkannya ke arah pemahaman yang murni tentang fenomena-fenomena alam yang tidak mungkin tercapai kebenarannya dengan penggunaan akal semata-mata.

Mata hati dan gerak hati terdiri daripada tiga komponen, iaitu hati qalb, hati dalam dan intelek. Melalui qalb, akan diperolehi cahaya iman, sifat beriman, dan ilmu batin daripada Allah s.w.t Melalui hati dalam pula, diperolehi cahaya makrifah, gnostik (ma`rifah dan penglihatan – mukashafah). Manakala menerusi intelek diperolehi cahaya Tauhid, pengesaan Tuhan oleh mereka yang benar-benar mengesakan-Nya dengan pengamatan terhadap keagongan kekuasaan Tuhan dan kebesaran-Nya dan meraih aspek kejiwaan yang tenang dan hening. Di antara ketiga-tiga ini, status intelek merupakan yang paling tinggi.

iv. Akal

Akal ialah alat yang memberikan keistimewaan kepada manusia, berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Akal yang sihat dan aktif dapat menguasai ilmu pengetahuan yang mengandungi tanda-tanda kewujudan dan kebesaran Allah S.W.T sebagai pencipta alam ini. Akal juga membolehkan manusia mengenal diri, keluarga dan masyarakat. Ia juga membolehkan manusia mendalami isi kandungan alam ini yang boleh meningkatkan potensi amalan ke arah menjadi insan yang bertakwa.

Sungguhpun akal diakui sebagai sumber pengetahuan, tetapi ia juga terbatas. Ahli falsafah dan ulamak Islam mengakui kelemahan akal ini, al-Ghazali dan beberapa ulamak lain pernah memperingatkan bahawa akal itu terbatas dan ianya tidak mampu menguasai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, akhlak khususnya perkara-perkara ghaib seperti soal ketuhanan, kenabian, roh, akhirat, hikmah dalam melakukan sesuatu amal ibadah dan lain-lain lagi. Begitu juga dalam soal memberi penilaian kepada sesuatu tingkah laku (akhlak) samada ianya baik atau buruk. Justeru di sinilah kita perlu merujuk kepada ilmu wahyu dan perlu merujuk kepada Rasul untuk menerangkannya.

v. Pancaindera

Pancaindera manusia berfungsi sepenuhnya semasa manusia mula-mula mengalami proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu. Ia amat berguna dalam proses memperolehi maklumat atau pengetahuan melalui pengalaman, pembacaan dan pengamatan. Maklumat yang diperolehi melalui pancaindera merupakan sumber utama yang perlu ada dalam sesuatu proses menuju ke arah intelektual yang lebih tinggi.

Pancaindera yang terpenting ialah penglihatan dan pendengaran kerana kedua-dua pancaindera ini dapat menangkap lebih banyak maklumat dan kedua-dua elemen. Inilah yang menjadi fokus utama dalam al-Quran, khusus mengenai sikap dan tuntutan dalam memikir dan memahami fenomena alam yang terbentang luas ciptaan Allah s.w.t

6.5.3 HIERARKI PENERIMAAN ILMU

Semua manusia menerima ilmu daripada Allah s.w.t dengan tahap penerimaan dan pencapaian yang berbeza. Secara umumnya peringkat penerimaan ilmu boleh dibahagikan kepada beberapa golongan.



i. Para Rasul dan Nabi

Rasul didefinisikan sebagai seorang lelaki yang menerima wahyu daripada Allah s.w.t dan diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umat manusia. Manakala Nabi ialah seorang lelaki yang menerima wahyu tetapi tidak diperintahkan untuk menyampaikannya. Kedua-dua golongan ini sahaja yang menerima ilmu wahyu daripada Allah s.w.t, para Rasul dan Nabi terpelihara daripada melakukan dosa-dosa serta memiliki akhlak mulia sebagai ikutan bagi umat manusia.

ii. Para Wali (Auliya’)

Para wali (Auliya’) merupakan golongan selepas para Nabi dan Rasul dalam peringkat penerimaan ilmu. Mereka adalah kekasih Allah yang sentiasa membersihkan diri daripada sifat yang buruk, sentiasa melakukan amalan yang baik dan menghayati sifat-sifat terpuji dalam usaha mendekatkan diri mereka kepada Allah s.w.t Oleh yang demikian mereka menerima ilmu yang agak istimewa daripada Allah s.w.t, iaitu yang bebentuk hidayah (petunjuk Allah).

iii. Hukama’ (Para Ulamak, Cendekiawan)

Mereka ialah golongan yang mahir dalam menguasai ilmu-ilmu wahyu dan syariah. Para ulamak dan cedekiawan sentiasa menggunakan akal dengan cara yang amat wajar berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Pengunaan akal secara mutlak dengan menolak risalah para Rasul dan Nabi, boleh menyebabkan mereka hilang akal dan sesat.

iv. Golongan Awam

Golongan penerima ilmu seterusnya ialah golongan awam. Mereka adalah golongan orang ramai( orang kebanyakan). Golongan ini menerima ilmu daripada Nabi dan Rasul serta menerima pelajaran dan pengajaran daripada wali atau hukama’.



6.6 KONSEP NILAI

Apakah yang dimaksudkan dengan nilai? Nilai merupakan satu unsur yang dapat mencermin atau mengukur perlakuan manusia. Dalam Islam nilai ilmu dan pemikiran merupakan unsur terpenting yang mwnwntukan tindakan dan perlakuan manusia. Nilai tersebut digambarkan sebagai sesuatu yang tersirat yang dinyatakan secara lisan, dan ditunjukkan dengan kenyataan seperti betul, salah atau memuaskan.

Dalam istilah lain konsep nilai dikenali sebagai aksiologi. Perkataan aksiologi dipinjam daripada perkataan Inggeris axiology yang bermaksud sains nilai, teori dan sistem nilai. Axiology berasal daripada dua suku kata Greek iaitu axios (harga /nilai) dan logos (logik/teori) yang membawa maksud ‘teori nilai’.

Aksiologi Islam menentukan gerak, tindakan atau tingkah laku manusia di bawah nilai-nilai Islam pada sebarang masa dan tempat berdasarkan konsep al-amru bi al-ma’ruf (suruhan berbuat kebaikan) dan al-nahyu ‘an al-munkar (tegahan berbuat kemungkaran). Ukuran nilai adalah mutlak, ianya bukan direka oleh manusia dan tidak pula berdasarkan kepada sesuatu adat dan budaya.


6.6.1 SUMBER-SUMBER NILAI

Sumber nilai yang paling besar dan utama dalam Islam ialah dari al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber ini mengajar manusia tentang menjaga hubungan antara hamba dengan Pencipta dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Al-Quran dan al-Sunnah merupakan sesuatu yang berbentuk dasar dan asas yang tidak boleh berubah dan perlu dipegang dengan kukuh sebagai panduan dan peraturan mutlak tindak tanduk, tingkah laku atau gerak geri kita dalam kehidupan di muka bumi ini.


Setiap orang muslim yang mukallaf wajib belajar al-Quran dan hadis serta memahaminya dan merealisasikan nilai-nilai yang wujud ke dalam kehidupan. Sumber nilai yang dibawa oleh Allah s.w.t adalah bersifat sejagat dan tetap. Jika suatu perkara itu wajib di sesuatu tempat, maka hukumnya tetap sama walaupun berpindah ke tempat lain. Contohnya seperti kewajipan solat, puasa dan sebagainya.

Selain al-Quran dan al-Sunnah, ‘uruf atau adat juga boleh dijadikan sebagai sumber nilai. ‘Uruf yang juga dikenali sebagai adat resam ditakrifkan sebagai sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mereka mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi suatu perkara yang lumrah. Namun ‘uruf itu boleh diambilkira selagimana ia tidak bertentangan nas syarak.

Sebagai contohnya syarat sekufu (kafa’ah) dalam perkahwinan yang merupakan adat yang baik di kalangan bangsa Arab telah diberi perhatian oleh syarak dalam perundangannya. Namun kebiasaan adat resam yang mengharuskan bermuamalah riba atau melakukan akad yang mempunyai unsur-unsur penipuan adalah dilarang oleh syarak.


6.6.2 HIERARKI NILAI

Islam menggariskan beberapa susunan nilai bagi mengawal tingkahlaku dan pergerakan manusia. Terdapat lima kategori nilai dalam Islam iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Susunan nilai ini boleh dibahagikan pula kepada dua hierarki iaitu:

a. Nilai Makruf Atau Mahmudah (Nilai Yang Baik Atau Terpuji)

a. Wajib (Fardhu): Iaitu sesuatu yang mesti dilakukan. Mengerjakan perkara yang disuruh, akan mendapat pahala dan meninggalkannya akan mendapat dosa. Contohnya sembahyang fardhu lima waktu, menutup aurat dan sebagainya.
b. Sunat (Matlub): Iaitu perkara yang digalakkan untuk mengerjakannya serta mendapat pahala manakala meninggalkannya pula tidak mendapat apa-apa dosa. Contohnya solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan sebagainya.

c. Harus (Mubah): Iaitu suatu yang dilakukan tidak akan mendapat balasan pahala atau dosa. Contuhnya makan, tidur dan sebagainya.


b. Nilai Mungkar Atau Mazmumah (Nilai Yang Buru Atau Tercela)

i. Makruh (Karahah): Iaitu sesuatu yang dibenci dan tidak disukai, meninggalkannya akan mendapat pahala dan melakukannya tidak mendapat apa-apa balasan. Contonya memperbanyakkan kumur ketika berpuasa, memakan dan meminum sesuatu yang baunya kurang enak (busuk) dan lain-lain lagi

ii. Haram: Iaitu sesuatu yang dilarang sama sekali melakukannya. Mendapat pahala jika meninggalkan dan berdosa jika mengingkarinya. Contohnya seperti mencuri, berjudi, minum arak dan lain-lain lagi.


6.6.3 PERLAKSANAAN NILAI DALAM KEHIDUPAN

Kemuliaan jiwa dan ketenangan hidup manusia tidak akan tercapai sekiranya manusia berpaling dari nilai-nilai yang dituntut oleh Islam. Nilai yang dimaksudkan di sini ialah nilai akhlak, kerana ianya menentukan corak serta hala tuju seseorang individu. Nilai inilah yang dibawa dalam visi dakwah Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:


***************************


Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia”.

(Riwayat sebahagian dari ahli Sunan)


Oleh itu, nilai paling utama dalam kehidupan manusia ialah nilai akhlak kerana ia mencorak perjalanan kehidupan manusia serta perhubungan antara sesama manusia, dengan alam dan Tuahn. Nilai dalam Islam ditentukan oleh wahyu. Islam tidak menerima penetapan nilai oleh majoriti manusia atau kesesuaian berdasarkan keadaan dan masa. Nilai yang dikemukan oleh wahyu jauh lebih sesuai dengan fitrah manusia, merentasi sempadan masa dan geografi.

Manusia secara fitrahnya tidak dapat hidup bersendirian. Manusia perlu berhubungan dengan manusia atau makhluk lain. Manusia juga secara semulajadi perlu kepada Tuhan. Islam datang dengan perundangannya, memberi panduan tentang perjalanan perhubungan yang sepatutnya terjalin antara manusia, alam dan Tuhan. Keseimbangan antara individu dan masyarakat juga perlu berlangsung. Semuanya tersedia dalam nilai-nilai akhlak Islam.

Dalam kehidupan seharian, manusia tidak dapat lari daripada keluarga dan masyarakat. Mereka berinteraksi dalam bidang sosial, ekonomi, politik, pendidikan, teknikal, kebudayaan dan sebagainya, semuanya adalah penghayatan nilai. Dalam semua urusan hidup yang merangkumi semua bidang di atas, manusia disuruh menghayati nilai makruf dan meninggalkan nilai yang mungkar. Orang yang menghayati sistem nilai ini dikatakan orang yang berakhlak mulia dan bertamadun.

Sekiranya manusia, mentaati dan memenuhi segala tuntutan Allah s.w.t samada dari segi sosial, politik, ekonomi dan budaya nescaya mereka akan memperoleh ketenangan dan kesejahteraan yang hakiki. Manusia perlu ingat bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan percubaan, manakala akhirat merupakan balasan kekal abadi. Namun sekiranya aspek nilai dipinggirkan, manusia akan hidup terumbang-ambing dan tidak akan mendapat kebahagiaan di duni dan akhirat kerana akal manusia tidak mampu untuk memikir semua perkara dan kadangkala pertimbangan akal manusia sering tersilap.

Sebagai kesimpulan, nilai baik ialah yang selari dan bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah yang seterusnya direalisasikan menerusi ibadah khusus dan umum. Apabila manusia menghayati akhlak yang mulia, akan terbinalah tamadun yang suci murni berpaksikan tauhid iaitu tamadun Islam.















BAB 7: KONSEP JIHAD DALAM ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN


Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:


1. Menyatakan pengertian jihad.
2. Menyenaraikan jenis dan unsur jihad.
3. Menerangkan kepentingan dan keutamaan jihad.

7.1 PENGERTIAN JIHAD

Dalam istilah bahasa Jihad berasal daripada kalimah ‘al-Juhd’ yang bererti keberatan dan kesusahan. Di pandang dari sudut ini maka jihad bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita sama ada yang mulia dan ideal ataupun tidak. Dengan istilah ini, kita mungkin berjihad ketika belajar untuk menghadapi peperiksaan. Tetapi “jihad” dalam definisi syariat hanya boleh membawa satu makna, iaitu menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap dakwah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi, setinggi-tingginya.

Penggunaan kalimah jihad dengan pengertian yang umum ini terdapat dalam al-Quran yang berbunyi:

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفاً وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُون
“ Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan.”
Luqman (31): 15

7.2 JENIS-JENIS JIHAD
Jihad berdasarkan pengertiannya yang umum dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

(1) Jihad melawan hawa nafsu, iaitu merujuk kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperbaiki peribadi dengan memupuk nilai-nilai terpuji seperti jujur, rajin berusaha, mencintai ilmu dan berani serta menghindar nilai nilai terkeji seperti khianat, malas melakukan perkara langho (sia-sia) dan bacul.

(2) Jihad melawan syaitan, iaitu merujuk kepada usaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan hasutan syaitan yang mendorong manusia melakukan perkara yang melampaui batas Allah (taghut).

(3) Jihad melawan golongan munafik, iaitu merujuk kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menentang golongan ‘musuh dalam selimut’. Termasuk juga dalam kategori ini ialah usaha yang bersungguh-sungguh untuk menegak kebenaran dan menenggelamkan kebatilan, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran serta menuntut keadilan dan menepikan kezaliman.

(4) Jihad melawan tentera-tentera musuh, iaitu merujuk kepada jihad dengan memikul senjata bagi menghadapi tentera-tentera musuh yang mengancam kesetabilan yang secara langsung boleh memusnahkan sebuah peradaban.

7.3 UNSUR-UNSUR JIHAD
a. Hijrah
Jihad merupakan komponen utama selain iman dalam penyempurnaan hijrah. Tidak kira samada hijrah pada makna sebenar iaitu berpindah atau pun hijrah hati dan jiwa dari keburukan kepada kebaikan. Malahan dalam al-Quran sendiri banyak menggandingkan antara kalimah hijrah dengan jihad. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang berbunyi:
                 
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah untuk menegakkan agama Islam, mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.”
Al-Baqarah (2): 218
Sesungguhnya hijrah dapat menguji sejauh mana tahap keimanan dan pengorbanan seseorang individu tersebut terhadap agamanya. Ini kerana hijrah bukan dapat dilakukan dengan sewenang-wenangnya tetapi memerlukan sifat sabar, sanggup berjihad dan menerima apa jua rintangan dan cubaan yang melanda serta sanggup berkorban apa sahaja, jiwa harta mahu pun keluarga.

b. Syahid

Syahid dalam pengertian khusus bermaksud gugur di medan perang jihad fi sabilillah, manakala pengertian yang lebih umum ialah mati pada jalan Allah atau kerana Allah, iaitu selain daripada berperang di medan peperangan. Keteguhan
(thabat ) dalam berjihad adalah sentiasa beramal melaksanakan tuntutan agama dalam mencapai matlamatnya walaupun selama mana masa yang akan dilalui sehingga kembali berjumpa dengan Allah s.w.t,sedang dia sudah mendapat satu anatara dua perkara yang eloknya iaitu dapat mencapai matlamatnya ataupun matu syahid pada akhinya.

Firman Allah s.w.t.:
          •    •      

Maksudnya: "Di antara orang-orang yang beriman, ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur (syahid), dan di antara mereka ada yang menunggu giliran dan mereka tidak mengubah janjinya) sedikitpun."
(Al-(Ahzab) :23


c. Perjuangan

Jihad fi sabilillah ialah berjuang samada perjuangan itu disalurkan menerusi lisan, harta benda atau dengan perbuatan. Ia termasuklah melancarkan jihad perang samada memerangi musuh-musuh Allah, musuh-musuh Islam atau musuh-musuh yang tidak kita ketahui atau memerangi hawa nafsu yang buruk dan kotor pada diri sendiri. Tujuan perjuangan iai adalah untuk menegakkan yang hak dan keadilan serta bagi menghancurkan dan melenyapkan kemungkaran atau kebatilan bagi mencapai jalan yang diredhai dan diperkenankan oleh Allah.

Firman Allah s.w.t.:
                                  •            

Maksudnya: “Dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada ada sesuatu yang uzur) dengan pahala yang amat besar (iaitu) beberapa darjat kelebihan daripadanya. Dan (ingatlah) Allah maha pegampun lagi maha Mengasihani.”

(Surah al-Nisa’ 95-96)


d. Pengorbanan

Semangat jihad yang sebenarnya mendorong masyarakat Islam untuk berkorban demi kemajuan dan pembangunan manusia, ekonomi dan negara. Jihad adalah sebagai bukti keimanan seseorang muslim, dia selalu bersegera berbuat sesuatu perbuatan yang diredhai dan disenangi Allah s.w.t. serta bersedia berkorban apa saja yang ada padanya untuk kepentinangan agama Allah s.w.t. Kerana itulah Allah s.w.t. memuji orang yang bersegera memenuhi panggilan jihad.





Firman Allah s.w.t.:

                              
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu. Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal ditempatmu? Apakah kamu sudah puas dengan kehidupan di dunia. Padahal kenikmatan hidup ini hanya lah sedikit kalau dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.”
At Taubah: 38)

Jihad menuntut seseorang itu mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk mencapai matlamat. Tidak berlaku jihad di dunia ini tanpa pengorbanan bersmanya. Rasulullah s.a.w. telah mendidik para sahabatnya untuk berjihad pada jalan Allah dan mengorbankan setiap yang berharga dan bernilai bagi memenangkan agama Islam.

7 .4 KEPENTINGAN DAN KEUTAMAAN JIHAD

Antara kepentingan dan keutamaan jihad ialah:

(a) Jihad dapat membersihkan dan mensucikan hati, menjadikan sifat-sifat yang rendah serta keji diganti dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji.

(b) Jihad dapat membersih dan menyucikan jiwa dari kegelapan dan kekotoran syirik untuk diisi dengan kejernihan dan dan sinar cahaya tauhid.

(c) Jihad merupakan wasilah untuk mencapai kemuliaan tauhid, keikhlasan ibadah dan kebersihan akhlak dan ketinggian budaya. Inilah nilai hidup yang hakiki disisi Allah s.w.t untuk mendapat keampunan, keredhaan dan rahmatnya yang tidak ternilai sekalipun dibandingkan dengan dunia ini dn segala isinya. (Dr. Harun Din).

(d) Jihad menerusi hati tanpa usaha atau tindakan zahir merupakan jihad yang paling lemah. Orang yang mempunyai semangat jihad yang lemah akan hanya berjihad dengan hati apabila ia menghadapi ajaran sesat, murtad, kebatilan, kemungkaran dan kezaliman.

(e) Tahap semangat jihad ini dapat diukur berdasarkan sabda Rasullulah s.a.w “Sesiapa sahaja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya dengan lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengn hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

(f) Berjihad dengan kata-kata (lisan) dan pena (penulisan) mempunyai medan yang amat luas kerana kedua-duanya merupakan alat komunikasi (perhubungan) antara manusia yang amat mudah dilakukan dan amat berkesan.


(g) Pendakwah, mubaligh, jurunasihat, jururunding, penceramah, pensyarah dan guru berjihad dengan lidahnya. Sementara penulis, penterjemah, karyawan dan sasterawan berjihad dengan penanya. Dengan kata-kata dan pena, mereka menyuruh manusia taat kepada perintah Allah s.w.t sama ada suruhan atau larangan. Mereka mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan berfaedah dan meninggalkan perkara buruk dan sia-sia serta maksiat. Mereka menyeru manusia menegakkan kebenaran dan keadilan. Sabda Rasulullah s.a.w “Jihad yang paling utama ialah berkata benar (adil) di hadapan pemerintah yan zalim)”.

(h) Jihad harta bermaksud manusia hendaklah menjadikan harta sebagai alat untuk berjihad Fi sabilillah dengan membelanjakan hartanya pada jalan Allah s.a.w.




7.5 SOALAN PENGUKUHAN

1. Jelaskan pengergtian jihad mengikut bahasa dan istilah.

2. Dewasa ini ramai orang keliru dengan penggunaan perkataan jihad, huraikan jenis-jenis dan unsur jihad yang dianjurkan oleh Islam.

3. Berdasarkan nota yang ada , sila jelaskan kepentingan dan keutamaan jihad didalam menengakkan Islam.




























BAB 8: ISLAM DAN CABARAN SEMASA


HASIL PEMBELAJARAN


Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:


1. Menyenaraikan punca-punca permasalahan kepada keruntuhan akhlak.
2. Menjelaskan cara-cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak.



8.1 KERUNTUHAN AKHLAK

8.1.1 KERENGGANGAN KELUARGA


Akhlak remaja yang rosak pada masa kini ada kaitan dengan pendidikan keluarga di rumah atau lebih tepat lagi hasil didikan ibu bapa sejak mereka kecil. Menurut Abu Saufi (1995:18) pengaruh lingkungan keluarga dalam hidup anak adalah besar, Oleh sebab itu, suasana penuh kasih sayang, tolong menolong dan akhlak mulia wajar menjadi amalan dalam hidup seharian.

a. Sebab-Sebab Berlakunya Kerenggangan Keluarga

Banyak kajian mendapati sikap dan amalan ibu bapa adalah faktor penting apabila mendidik anak-anak. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah model sepanjang hidup berumah tangga. Sikap dan amalan negatif ibu bapa lebih jelas dilihat kebelakangan ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang menyebabkan ibu bapa berbuat demikian. Hal ini adalah kesilapan ibu bapa samada secara sedar mahupun tidak.

Menurut Dr Kasmini (1990:8), Institusi keluarga yang bermasalah dan ibu bapa yang sering bergaduh boleh meninggalkan kesan buruk pada anak-anak. Mereka bukan sahaja dibabitkan dengan masalah orang tua dan terpaksa melihat tingkah laku buruk tetapi juga terpaksa menghadapi masalah lain seperti memikirkan siapa yang mereka harus patuh, samada ibu ataupun bapa.

Abdullah Naseh Ulwan (1988: 131) menegaskan ibu bapa yang bercerai juga menjadi punca akhlak remaja runtuh. Apabila keadaan ini berlaku sudah pasti ibu bapa yang bercerai tidak mampu memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak menyebabkan anak-anak terabai. Keadaan ini menyebabkan anak-anak mencari keseronokan di luar rumah.






b. Cara-Cara Mengatasi

i. Sikap dan amalan ibu-bapa yang perlu lebih bertanggungjawab.
ii. Memelihara hubungan kekeluargaan
iii. Memupuk serta mewujudkan perasaan kasih sayang di kalangan ahli keluarga.


8.1.2 PENYALAHGUNAAN DADAH


Penagihan dan pergantungan terhadap dadah ialah satu masalah serius yang kini melanda segenap lapisan manusia di dunia. Ketagihan dadah adalah penyakit sosial yang boleh mengancam keselamatan, kesajahteraan negara dan merosakkan maruah diri serta meruntuhkan institusi masyarakat. Dadah disalah guna hingga ke tahap membimbangkan malah dapat dianggap sebagai musuh utama negara dan ia merupakan perdagangan haram antarabangsa yang dibawa ke dalam sesebuah negara melalui penyeludupan.

a. Penyalahgunaan Dadah dan Benda yang Mengkhayalkan

Penyalahgunaan dadah dan mengambil dadah atau lebih umumnya segala bahan yang disalahgunakan yang termasuk di bawah kategori dadah seperti heroin, morfin, ganja dan candu serta sebagainya baik melalui suntikan atau menghisap atau menelan, asalkan ia merosakkan kewarasan akal merupakan perbuatan keji.

Selain daripada itu, kebelakangan ini telah lahir pula suatu gejala lain, iaitu penyalahgunaan gam, iaitu perbuatan menyedut atau menghidu gam sebagai bahan pengganti dadah dengan tujuan untuk mengkhayalkan serta membawa kepada rosaknya kewarasan akal.





b. Hukum

Semua perbuatan tersebut juga adalah diharamkan dan berdosa. Walaupun ia adalah tidak sama dengan arak dan tidak ada had, namun ia adalah tertakluk di bawah hukuman ta’zir. Perbuatan ini tidak sama dengan arak, kerana arak adalah haram dengan sebab minum.

Adapun dadah, ganja, gam dan benda mengkhayalkan yang lain diharamkan sebab merosakkan akal yang waras dan ia tidak dengan cara minum. Walaubagaimanapun hukuman ta’zir atu adalah dengan budi bicara serta kebijaksanaan hakim yang mana boleh juga dijatuhkan hukuman sebat atau penjara dan sebagainya.

Ancaman yang dibawa oleh dadah kepada masyarakat dan negara menyebabkan kerajaan Malaysia mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara., selaras dengan matlamat menghapuskan ancaman dadah dan mengenakan hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah sekiranya jumlah dadah yang ditangkap melebihi had tiga kilogram.

Firman Allah : ( Surah al – Maidah : 48 )

          •                           •                    
“Dan Kami turunkan kepadamu ( wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (ahli kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu. Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).”

c. Punca Permasalahan

i. Pengaruh rakan sebaya.
ii. Ingin mencuba sesuatu yang baru.
iii. Kurang didikan agama.

d. Cara Mengatasi

i. Peranan ibu-bapa, mengenali siapakah kawan dan rakan anak-anak mereka.
ii. Remaja perlu di beri didikan yang mencukupi.

8.1.3 SEKS BEBAS

a. Takrif Seks Bebas

Seks bebas boleh ditakrifkan sebagai perhubungan seksual antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang ikatan yang sah. Perlakuan ini boleh menimbulkan banyak implikasi negatif kerana ia tidak hanya melibatkan perhubungan antara lelaki dan perempuan sahaja, malahan ia juga akan menyebabkan lahirnya ramai anak-anak tidak sah taraf. Masalah yang semakin meruncing ini perlu penyelesaian yang segera kerana ia bukan sahaja melibatkan golongan remaja bahkan orang dewasa yang sepatutnya bertindak sebagai pembimbing turut melakukan perbuatan yang sama.
b. Faktor-Faktor Berlakunya Seks Bebas

Pelbagai faktor telah dikenalpasti berlakunya masalah ini. Antaranya ialah:

i. Kurangnya jati diri dan didikan agama
ii. Terpengaruh dengan rakan sebaya
iii. Berlakunya perkembangan seksual dalam diri. Peringkat remaja merupakan suatu peringkat di mana mereka akan mula tertarik terhadap jantina yang berbeza. Tarikan dan rangsangan ini sekiranya tidak dikawal akan mendorong mereka untuk bertindak di luar batasan.
iv. Faktor persekitaran (cth : lambakan VCD lucah, lama web pornografi, penjualan kondom secara terbuka)
v. Masalah kekeluargaan

c. Langkah-Langkah Menangani (Cara Mengatasi Permasalahan)


i. Peranan ibu bapa

Ibu bapa adalah orang yang memainkan peranan utama dalam mencorakkan kehidupan sebenar para remaja. Kawalan ibu bapa sangatlah penting untuk menjadi asas pembentukan anak. Kawalan pula bukanlah dalam bentuk yang keterlaluan atau terlalu ketat tetapi memberi peluang kepada anak-anak untuk memahami proses perkembangan diri masing-masing. Ibu bapa juga boleh mendekatkan diri dengan mereka, mengenalpasti dengan siapa mereka berkawan dan paling penting menerapkan asas-asas agama dalam mendidik mereka. Ibu bapa juga perlu sentiasa bersikap prihatin, meningkatkan lagi komitmen bagi membina sebuah keluarga yang harmoni, memupuk nilai positif supaya anak mereka menjadi warga negara yang produktif dan sihat. Bahkan dengan cara ini secara tidak langsung kita dapat membentuk identiti remaja berhemah di samping dapat memantapkan kesedaran kendiri yang boleh diguna pakai dalam keluarga dan negara.


ii. Peranan kerajaan


Menyentuh tentang saranan kerajaan yang menyarankan agar mata pelajaran Pendidikan Seks perlu diajar di sekolah. Ini merupakan peluang yang baik untuk memberikan kesedaran kepada mereka mengenai bahayanya melakukan seks bebas di usia muda. Cuma, cara pendekatan, didikan dan penyampaian kita mengenai seks haruslah betul agar ia dapat disesuaikan dengan budaya tempatan dan mudah difahami oleh golongan ini. Dengan cara ini, golongan remaja akan lebih berwaspada sebelum melakukan tindakan yang boleh mendatangkan kemudaratan dalam diri mereka.


iii. Peranan Masyarakat


Kepelbagaian aktiviti haruslah dilakukan untuk membolehkan remaja menyertai aktiviti-aktiviti masyarakat bagi membolehkan interaksi mereka dengan golongan dewasa terus wujud. Fenomena ini membolehkan perkembangan remaja seimbang dan dapat menyeimbangkan pengaruh terhadap diri mereka daripada asyik terdedah kepada komersial dan hiburan. Justeru, langkah kerajaan membentuk program program “Rakan Muda” sangat baik dan patut diteruskan.


iv. Peranan remaja sendiri


Remaja seharusnya bertanggungjawab ke atas diri sendiri dengan mencegah diri daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat. Dalam menghadapi masalah yang dihadapi, remaja diharapkan dapat berfikir dengan lebih terbuka dan tidak menyalahkan pihak yang lain. Selain itu, untuk meningkatkan keimanan diri, remaja sendiri seharusnya taat dan mengamalkan agama masing-masing agar setiap perlakuan ada garis panduannya terutama yang berkait dengan dosa dan pahala. Kesedaran perlu ada dalam menjaga maruah bukan sahaja maruah diri bahkan maruah ibu bapa.


8.1.4 SUMBANG MAHRAM

a. Pengenalan

Sumbang mahram adalah penyakit sosial dan petanda penyakit masyarakat yang pudar akhlaknya. Ia adalah kesan kehidupan yang jauh menyimpang daripada nilai ketuhanan dan cara hidup Islam sebenar. Sumbang mahram atau perbuatan seks terlarang ke atas ahli keluarga sendiri yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini boleh dianggap sebagai satu tragedi pada ketika Malaysia sedang berkembang pantas menjadi negara maju.






Firman Allah :

                         
“ Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”.
(Surah al- Qashash: 50)


Bapa merogol anak sendiri, haruan makan anak semakin menggila, lunturnya belas kasihan di hati dan lupa akan perintah Allah.

Firman Allah :

        ••              

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(Surah at- Tahrim: 6)

Dalam satu kes yang dilaporkan oleh media, seorang cucu berusia 14 tahun menjadi mangsa sumbang mahram kepada datuknya sendiri sehingga dia mengandung.

Kerakusan perilakunya seperti binatang. Anak sendiri menjadi mangsa kebuasan nafsu bapa, dan paling menyedihkan datuk serta abang turut memainkan peranan. Bukan sebagai pelindung tetapi sebagai ‘nasi tambah’ yang mencemarkan lagi Institusi kekeluargaan.

Dilaporkan, perangkaan polis menyatakan bahawa paling ramai melakukan kesalahan sumbang mahram ialah bapa kandung iaitu 380 orang. Diikuti bapa tiri 249, bapa saudara 231 dan abang ipar atau adik ipar 119. Apa sudah jadi dengan institusi kekeluargaan di negara ini ? Di mana nilai kemanusiaan dan perasaan ihsan terhadap ahli-ahli keluarga yang sepatutnya dilindungi? Kalau dahulu rumah adalah tempat jaminan keselamatan untuk anak-anak, kini tidak lagi.

Firman Allah :
   
“Lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita “
(Surah al- Nisa’: 34)

Analisis saksama kepada isu tersebut menunjukkan bahawa ada beberapa faktor yang menyumbang ke arah gejala ini yang mana ianya dapat diatasi dengan menyingkap punca dan asal permasalahan ini , antaranya:

b. Punca Permasalahan

Faktor dalaman yang merangkumi:

i- Kejahilan masyarakat terhadap cara hidup dan pengamalan Islam .
ii- Hilangnya rasa taqwa dan keyakinan mendalam terhadap kewujudan Allah.
iii- Pembangunan kehidupan masyarakat yang lebih menekankan kemajuan fizikal dan kebendaan
iv- Ilmu yang tidak didasari oleh amal dan perbuatan yang penuh keinsafan.
v- Kejahilan sifat malu, takut yang tidak berasas dan tidak mahu menjaga tepi kain orang, jika dibiarkan akan menyebabkan kehancuran dalam masyarakat.

Faktor luaran antaranya:

Rangsangan nafsu yang diakibatkan oleh siaran berunsur lucah di televisyen dan video lucah.


Firman Allah :
 • • •  
“Sesungguhnya nafsu itu amat mengajak kepada kejahatan”
(Surah Yusuf :53)

Faktor persekitaran iaitu:

Seperti rumah sempit dan tidak mempunyai bilik mencukupi untuk anak lelaki dan anak perempuan .


c. Cara Mengatasi Permasalahan

i. Memperbaiki kaedah dan pendekatan pengajaran Islam di peringkat sekolah mahupun dalam masyarakat seperti di surau dan masjid.
ii. Menunjukkan cara hidup Islam yang sebenarnya kepada anak-anak dan masyarakat di sekeliling.
iii. Mengamalkan perintah dan saranan Islam dalam tata cara dan batas pergaulan dalam keluarga sebagai langkah pencegahan kepada jenayah seksual.
iv. Pengetahuan mengenai pedoman adab Islam untuk memasuki rumah orang lain, perintah menundukkan pandangan, batas pergaulan lelaki dan perempuan serta perintah menjaga adab pergaulan dalam rumah tangga perlu digilap semula. Islam menyarankan agar kita mengajar anak yang telah baligh meminta izin sebelum memasuki kamar kita dalam tiga waktu iaitu sebelum subuh, tengahari dan selepas Isya’
v. Hikmah di sebalik saranan itu supaya aurat kita dan adegan tertentu tidak disaksikan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya, ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah “

(Riwayat at-Tirmidzi)

Dalam menangani permasalahan ini tindakan undang-undang di dalam qanun jinayah syar’iyah (terbitan darul ma’rifah): Bersetubuh dengan mahram (perempuan yang haram berkahwin dengannya) diistilahkan oleh syara’ berzina dengan mahram wajib dikenakan hukuman bunuh ke atas lelaki itu. Hukuman tersebut bersandarkan kepada hadis rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud :

“Mereka (lelaki) yang melakukan persetubuhan dengan perempuan yang menadi mahramnya, hendaklah kamu bunuh dia"



8.1.5 INDIVIDUALISTIK

Satu fenomena yang menjadi duri dalam kehidupan umat Islam masa kini ialah gejala keruntuhan akhlak. Aspek penekanan yang di tekankan di sini adalah dari sudut individualistik, meterialistik dan rasuah. Gejala ini merupakan “barah kepada masyarakat” yang perlu dikaji dan ditangani puncanya dan seterusnya di rawat kerana kesannya akan membawa kepada kehancuran umat Islam ‘ dan akan gagal membina “ ummatan wasatan dan khairu ummah ” sebagaimana yang dituntut oleh Allah s.w.t.

Individualistik pula bererti bersikap dan sebagainya sebagai ibdividualistik (tidak di kuasai @ dikongkong oleh golongan @ pihak lain), bersifat individu, berasaskan @ berpegang pada individualisme (Kamus Dewan ( DBP ). Individualistik mengikut Kamus Besar pula bererti ( 1 ) sifat nafsi-nafsi ( 2 ) masing-masing berlumba-lumba untuk mencari kepentingan diri sendiri.

8.1.6 MATERIALISTIK

Di dalam Kamus Dewan (DBP) materialistik di ertikan sesuatu yang berkaitan dengan kebendaan, bersifat mengutamakan (mementingkan kebendaan. Manakala di dalam Kamus Besar B.M UTUSAN – susunan Haji Zainal Abibin Safarwan bererti (1) kebendaan, duniawi (2) loba, tamak.
Fahaman metarialisme (kebendaan) datang dari pengaruh barat. Menurutnya, merupakan fahaman yang berdasarkan penolakan kepada agama dan pemikiran yang menafikan adanya Tuhan, alam ghaib, wahyu dan kerasulan. Sungguhpun penganjur-penganjur falsafah kebendaan ini tidak menganggapnya sebagai satu agama yang baru, namun pada hakikatnya falsafah ini adalah sejenis agama yang baru. Fahaman baru ini sedang melanda dunia Islam tanpa disedari oleh kita sendiri.
Sesungguhnya tamadun kebendaan yang menafikan ketuhanan merupakan dajjal yang membawa kerosakan ke atas dunia ini. Tamadun yang dilahirkan pada abad 17 dan mulai mencapai peringkat kematangan dalam abad ini. Tamadun kebendaan ini meletakkan kebendaan dan pemiliknya sebagai suci dan mengagungkan kebendaan dari segala-galanya.
Beliau turut menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan fahaman ini dapat menawan jiwa orang-orang Islam.
Antaranya ialah:
Pertamanya.
Kelemahan orang Islam dari sudut keimanan, ijtihad dan ilmu pengetahuan. Fikiran menjadi sempit dan keghairahan terhadap agama mereka telah lenyap sama sekali.
Keduanya .
Para ulama tidak memainkan peranan yang sebenar dan tidak pula berusaha untuk memimpin orang Islam lain terutama anak-anak muda Islam.
Ketiga.
Penjajahan yang berlaku ke atas negara-negara umat Islam. Orang-orang Islam mengkagumi falsafah barat yang dianggap mengandungi kebenaran dan kemajuan.
Inilah di antara faktor yang menyebabkan fahaman ini meresap dengan cepat ke dalam jiwa orang-orang Islam. Tambahan pula, ulama tidak menyedari akan bahaya fahaman ini. Al-Nadwi melihat fahaman ini sebagai satu ancaman yang besar kepada umat Islam.
Akhirnya, kebanyakan pemimpin negara Islam adalah hasil daripada pendidikan barat. Inilah sebab utama berlakunya pertarungan antara dua alam pemikiran yang berlaku di dunia Islam menyebabkan negara Islam terumbang-ambing.

Cara Mengatasi masalah materialistik
Dalam menghadapi cabaran idealisme tersebut umat Islam perlu kembali melihat keadaan dan hakikatnya yang sebenar, memperbaiki dan membetulkan nilai-nilai agama dalam diri sendiri dan masyarakat, merombak sistem ekonomi dengan menghapuskan riba serta melaksanakan sistem zakat dan baitulmal. Ia bertujuan untuk memperseimbangkan taraf umat muslimin serta menghapuskan kemiskinan, menekankan kemajuan sains dan ilmu pengetahuan agar dapat mendekatkan pertaliannya dengan agama serta menubuhkan persatuan umat Islam di peringkat antarabangsa. Al-Nadwi menegaskan bahawa dalam menjalankan dakwah Islam, para pendakwah harus mengamalkan beberapa sikap iaitu:
Pertama.
Seseorang itu mestilah mempunyai perasaan cinta dan keikhlasan iman kepada Allah tanpa sebarang keinginan untuk memperolehi sebarang faedah kebendaan dan keuntungan lain sebagai penghargaan.
Kedua.
Hendaklah meneguhkan amalan Amru bil makruf dengan cara mengajak manusia supaya melakukan perkara kebaikan dan melarang daripada kemungkaran. Ketiganya ia hendaklah menjadi contoh atau model seorang muslim sejati kepada muslim yang lain. Keempat ia hendaklah berbangga menjadi seorang muslim dan apa yang diserunya. Jika ia mempunyai nilai pemikiran seumpama itu, maka tidak diragukan lagi bahawa dia akan berjaya di dalam perjuangan yang suci ini.
Al-Nadwi berpendapat bahawa jalan yang paling selamat dalam mendidik umat Islam ialah kembali beriman kepada Alllah sebagaimana Rasulullah dahulu telah melaksanakannya dengan begitu berkesan. Kemungkaran dan kerosakan adalah berpunca dari keengganan manusia untuk kembali kepada penawar dan rawatan nubuwwah. Hanya dengan kembali kepada bentuk didikan di atas sahajalah manusia masa kini dapat diselamatkan sebagaimana manusia pada zaman dahulu diselamatkan oleh Rasulullah. Oleh itu, beliau menyarankan umat Islam kembali kepada acuan madrasah kerasulan.
Dalam menghadapi pengaruh barat di dunia Islam al-Nadwi mengakui peranan yang dimainkan oleh tokoh Jemaah al-Islamiyyah Pakistan Abu Ala al-Maududi dan pemimpin Ikhwan al-Muslimun di Mesir dalam mengkritik pemikiran barat dan menyorot kelemahan-kelemahannya dari segi ilmiah dan agama.
Beliau menyebut bahawa agama Kristian telah kehilangan pengaruhnya ke atas dunia barat dan kekosongan itu diambil alih oleh faham kebendaan semata-mata, namun agama Kristian gagal mengetengahkan seorangpun yang dapat menentang kekejian faham kebendaan, membimbing dunia barat kembali kepada asas-asas agama sebenar, memulihkan keyakinan terhadap agama Kristian yang asli dan mempertahankan nilai-nilai akhlak daripada fahaman kebendaan dan norma-norma pemuasan hawa nafsu yang wujud dalam budaya sekarang.
Dunia barat telah gagal menghadapi cabaran-cabaran moden dan gagal menemui penyelesaian terhadap masalah-masalah semasa melalui pandangan agama terhadap kehidupan dunia ini.
Sebaliknya barat telah berputus asa dengan agama Kristian sama sekali. Barat telah gagal dalam pembinaan insan walaupun mereka berjaya dalam teknologi kini sehingga mampu terbang di udara seperti burung dan berenang seperti ikan di dalam lautan. Tetapi mereka gagal bagaimana hendak berjalan di atas dunia ini. Perkara ini disebabkan akal dan jiwa mereka kosong daripada kerohanian. Mereka muflis dalam pembinaan dalaman diri. Secara ringkasnya, al-Nadwi memainkan peranan penting dalam menangkis salah faham pemikiran barat terhadap Islam dan menyarankan umat Islam tidak merasa naif berhadapan dengan barat. Beliau menyebutkan kemunduran umat Islam bukan sahaja merugikan umat Islam sendiri tetapi dunia keseluruhannya.
___________________________________
Abu Hassan Ali al-Nadwi- Buku al-Sira’ Bayn al-Fikrah al-Islamiyyah wa al-Fikrah al-Gharbiah al-Nadwi


8.1.7 RASUAH

Menurut Kamus Besar, rasuah bererti tumbuk rusuk, wang sogok, wang suap dan tutup mulut. A-Qaradhawi di dalam bukunya Halal dan Haram Dalam Pandangan Islam (PT Bina Ilmu – Surabaya, Jakarta) menjelaskan termasuk makan harta orang lain dengan cara batil ialah menerima suap. Iaitu wang yang d berikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukum yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya di dahulukannya urusannya atau ditunda kerana ada sesuatu kepentingan diri.

Islam mengharamkan seorang Islam menyuap penguasa dan pembantu-pembantunya. Begitu juga penguasa dan pembantu-pembantunya ini diharamkan menerima wang suap tersebut, dan kepada pihak ketiga diperingatkan jangan sampai mahu menjadi perantara antara pihak penerima dan pemberi.

Firman Allah s.w.t :

             ••    

“ Dan jangan kamu makan harta benda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa ( hakim ) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, pada hal kamu mengetahui ”.

(S. al-Baqarah :188)

Rasulullah s.a.w pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat orang Yahudi untuk menetapkan jumlah pajak yang harus di bayarnya, kemudian mereka menyogokkan sejumlah wang. Maka kata Abdullah kepada orang Yahudi itu :“Suap yang kamu sogokan kepadaku itu adalah haram.Oleh itu kami tidak akan menerimanya”.
(Riwayat: Malik)

Ketiga-tiga perkara di atas iaitu indvidualistik, materialistik dan rasuah merupakan antara gejala-gejala keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam masa kini.

a. Punca Permasalahan

Keruntuhan akhlak dikalangan umat Islam dewasa kini adalah disebabkan kegagalan memahami dasar-dasar asasi dalam corak hidup Islam dan tujuan hidup dalam Islam.

Pertama: Dasar-Dasar Asasi Dalam Hidup Islam

Cara hidup Islam didasarkan atas satu pendekatan yang khusus di mana ia meletakkan tempat yang istimewa terhadap kedudukan manusia di dalam alam semesta yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Bagi menjelaskan kedudukan, peranan dan tujuan hidup manusia di dunia ini, Islam telah menggariskan beberapa dasar yang dapat difahami seperti berikut :

(a) Allah s.w.t adalah pencipta, Penguasa dan Pemilik alam semesta. Allah s.w.t telah menciptakan manusia dan menyediakannya tempat tinggal sementara di muka bumi, serta mengurniakan akal untuk berfikir bagi membezakan di antara yang hak dengan yang batil. Manusia juga telah diberikan kebebasan dengan daya ikhtiar dan hak memilih, malah ia juga diberikan kuasa untuk menggunakan sumber-sumber Islam mengikut cara yang disukainya.


(b) Manusia telah ditugaskan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Mereka dituntut untuk beriman dan patuh kepada segala perintah dan peraturan-peraturan yang ditetapkan olehNya. Dengan akal, daya ikhtiar dan kemampuan memilih manusia bebas sama ada untuk beriman atau kufur kepada Allah s.w.t. Tetapi manusia diingatkan bahawa tempat mereka di bumi tidak kekal. Manusia ditetapkan untuk tinggal di atas muka bumi hanya sebagai satu tempat persediaan.

(c) Untuk membolehkan manusia melaksanakan tugasnya, maka Allah s.w.t mengutuskan kepada manusia para Rasul dan nabi-nabi beserta syariat dan kitab-kitab sebagai panduan dan bimbingan hidup mereka. Rasulullah s.a.w adalah Rasul yang terakhir, membawa syariat dan kitab terakhir bagi panduan seluruh manusia hingga akhir zaman.

(d) Manusia diperintahkan beriman kepada Rasulullah s.a.w. Ia dituntut untuk menyebarkan risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Manusia yang beriman ditugaskan untuk menyeru manusia-manusia yang telah terseleweng untuk kembali kepada jalan yang benar. Manusia juga dituntut agar membina diri dan membangunkan seluruh masyarakatnya menurut ajaran yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

(e) Apabila tiba masanya setiap manusia akan mati. Selepas itu apabila tiba masanya seluruh alam ini pula dibinasakan oleh Allah s.w.t. Sebaik sahaja manusia dibangkitkan semula, semua manusia akan dikumpulkan untuk dihisab. Pada hari itu tahulah manusia tempat kediaman mereka yang sebenar di akhirat
Kerelaan sepenuh hati seseorang muslim untuk mengikuti dasar-dasar asasi cara hidup yang ditetapkan oleh Islam ini dirumuskan oleh al-Quran. Firman Allah s.w.t :

 •         •                                 

“ Sesungguhnya Allah s.w.t telah membeli diri orang-orang mukmin, jiwa-jiwa dan harta benda mereka dengan menyediakan bagi mereka jannah. Mereka berperang di jalan Allah s.w.t, mereka membunuh (musuh-musuh Allah s.w.t.) dan mereka di bunuh (oleh musuh-musuh Allah s.w.t.). (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah s.w.t di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjiNya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”.
(Surah at-Taubah: 111)
Dari sini jelas bahawa Islam memulakan dasar-dasar cara hidupnya dengan meletakkan garis-garis panduan yang tersusun rapi dan menetapkan hubungan yang jelas di antara manusia dan Penciptanya. Dari dasar ini seluruh kehidupan peribadi dan bermasyarakat merupakan pelaksanaan dalam membina dan memperkukuhkah hubungan di antara manusia dan Allah s.w.t. Teras kepada hubungan ini adalah iman yang merupakan titik tolak kepada ad-Din Islam itu sendiri.

Kedua: Tujuan Hidup Dalam Islam

Seseorang muslim yang berpegang teguh kepada tujuan hidup Islam akan membentuk kehidupannya menurut tuntutan-tuntutan berikut :

(a) Menjadi Seorang Muslim Yang Soleh

Ia akan membentuk hidupnya di atas landasan aqidah yang sahih (1). Sentiasa menjaga kesejahteraan imannya dengan berpegang teguh dengan segala perintah Allah s.w.t serta bersungguh menjauhi larangan-larangan Allah s.w.t. Tidak lalai terhadap yang wajib dan tidak memandang ringan terhadap yang haram. Berterusan berusaha memperbaiki diri dan sudut iman, amal, akhlak dan ilmu demi untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t :
     
“ Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya ”.
( Surah al-Muddaththir : 38 )

(b) Menjadi Ahli Keluarga Muslim Yang Sempurna

Ia juga mesti membentuk dirinya sebagai ahli keluarga menurut apa yang ditetapkan oleh Islam. Sebagai anak ia mestilah melaksanakan tanggungjawabnya terhadap kedua ibibapanya, menunaikan hak-hak ahli keluarga dan kaum kerabatnya yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam. Hendaklah ia sentiasa menjaga adab-adab terhadap ahli-ahli di dalam keluarganya.

Sekiranya telah tiba masanya untuk ia mendirikan rumah tangganya sendiri, maka mestilah ia memilih teman hidup yang baik seperti yang telah disyaratkan oleh Islam. Sekiranya ia seorang lelaki maka mestilah dipenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Jika ia seorang wanita maka mestilah dipenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang solehah.


Sekiranya ia telah mendapat seorang anak maka hendaklah ia memastikan bahawa anak tersebut dibesarkan dengan pendidikan Islam yang sempurna. Pada masa ini hendaklah keduanya melaksanakan tugas sebagai ibu bapa yang penuh bertanggungjawab terhadap pembentukan man dan akhlak anak tersebut sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

(c) Menjadi Anggota Masyarakat Yang Bertanggungjawab

Ia juga hendaklah menjadi seorang anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap masyarakatnya. Ia memastikan bahawa masyarakatnya mengamalkan Islam sebagai landasan kehidupan. Hendaklah ia menjadi di antara unsur yang memperkukuhkan segala bidang perlaksanaan sistem Islam sama ada dari segi politik, sosial, pendidikan, perundangan, ketenteraan dan seterusnya di dalam masyarakatnya. Hendaklah ia sentiasa berusaha untuk menyuruh kepada kebaikan dan berusaha untuk menegah perbuatan-perbuatan yang mungkar. Dengan ini akan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Islam dalam ertikata yang sepenuhnya diamalkan di dalam masyarakatnya.

Sekiranya Islam pada keseluruhannya tidak dijadikan sebagai landasan perjalanan masyarakat, maka hendaklah ia berusaha dengan muslim yang lain di dalam satu kumpulan untuk menegakkannya. Ia akan terus berusaha untuk menegakkan Islam walaupun terpaksa menghadapi kerugian dari segi harta benda dan jiwa demi untuk melaksanakan peranannya sebagai seorang anggota masyarakat Islam yang bertanggungjawab.


b. Cara-Cara Memperbaiki Akhlak

Untuk memperbaiki akhlak, Islam telah menunjukkan beberapa cara dan kaedah. Antaranya ialah :

i. Dengan menggunakan nilai-nilai akidah atau keimanan di dalam jiwa. Apabila keimanan telah kuat di dalam jiwa seseorang, maka ia akan sentiasa merasa dirinya tidak pernah terlepas daripada penglihatan atau pengawalan Allah s.w.t. Perasaan tersebut akan mendorongnya untuk berusaha menghiasi batin atau jiwanya dengan segala sifat yang terpuji yang diredhai oleh Allah s.w.t.

ii. Dengan mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan syahwat atau hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat-sifat yang buruk dan keji, dan mengarahkannya kepada memperbanyakkan melihat atau mendengar perkara-perkara yang menjadikan manusia sentiasa berfikir atau menggunakan akalnya yang menjadi punca segala sifat yang baik dan terpuji.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu ( yakni orang yang lebih susah atau lebih miskin daripadamu ), dan janganlah melihat orang yang di atasmu ( yakni orang yang lebih senang atau lebih mewah daripadamua ). Yang demikian lebih baik, supaya kamu tidak menghinakan nikmat Allah s.w.t ke atasmu.”

(Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“ Ketika seseorang daripada kamu melihat kepada orang yang mendapat kelebihan atasnya dalam harta dan bentuk ( rupa ) maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebh rendah daripadanya yang dia dilebih ke atasnya ”.
(Riwayat Bukhari)


Rasulullah s.a.w memerintah kita menziarahi orang-orang sakit, orang mati, menghadiri pengebumian dan lain-lainnya yang boleh menjadikan kita mensyukuri segala nikmat yang Allah s.w.t kurniakan. Perkara-perkara sebegini boleh membuatkan kita berfikir dan menyedari akan hakikat kehidupan yang sementara ii dengan melihat keadaan telah ditimpa musibah atau ditarik semula nikmat yang telah dikurniakan.

iii. Dengan mempelajari huraian atau penjelasan al-qura dan al-Sunnah serta penafsirannya oleh para ulamak mengenai akhlak terpuji yang telah diperintahkan kepada kita supaya menghiasi jiwa dengannya dan juga akhlak tercela supaya kita berusaha membersihkan jiwa daripadanya.

iv. Dengan berusaha melatih dan membiasakan diri dengan perbuatan-perbuatan yang baik seperti ibadat solat, puasa dan lai-lannya, menanamkan ke dalam jiwa sifat-sifat terpuji dan sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk serta melawan atau mengendalikan hawa nafsu yang mengajak kepadanya.

v. Dengan berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berakhlak mulia dan menjauhi diri daripada berkawan atau berjiran dengan orang-orang yang berakhlak buruk dan keji. Ini kerana kawan dan jiran atau orang-orang sekeliling kita mempunyai pengaruh yang berkesan dalam pembinaan akhlak terutama seseorang yang masih dalam peringkat pertumbuhannya. Sebab itulah dikataka ‘perhatikan jiran sebelum berumah dan kawan sebelum berjalan’.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Jangan berteman kecuali dengan orang yang beriman dan jangan memakan makananmu kecuali orang yang bertaqwa.”



vi. Mempelajari kehidupan para Nabi, Rasul dan kehidupan para ulamak serta auliya’, dan seterusnya menjadikan kehidupan dan akhlak mereka sebagai contoh teladan yang baik bagi kita.

vii. Dalam segala tindakan dan langkah yang diambil, kita hendaklah sentiasa menuruti kepala atau akal kita dan janganlah sekali-kali mengikut perut atau nafsu syahwat.



8.1.8 SOALAN PENGUKUHAN

1. Menurut Abu Saufi (1995:18) pengaruh lingkungan keluarga dalam hidup anak adalah besar, Oleh sebab itu, suasana penuh kasih sayang, tolong menolong dan akhlak mulia wajar menjadi amalan dalam hidup seharian.

Huraikan secara ringkas punca-punca permaslahan kepada keruntuhan akhlak dewasa kini .

2. Daripada pernyataan di atas sila jelaskan bagaimana cara yang perlu di ambil bagi mengatasi masalah akhlak .















BIBLIOGRAFI


Abdel Karem Zaidan (Dr) (1987), Dasar-dasar Ilmu Da’wah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Abd. Razak Mat Saat (Hj) (1989), Nota-nota Panduan Pengetahua Agama Islam, Jurnamin Enterprise.

Ab. Latif bin Muda (1998), Pengantar Ilmu Tauhid, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Abu ‘Urwah (1988), Risalah Usrah (Jilid 1), Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Abu ‘Urwah (1990), Konsep-konsep Umum Islam (Cetakan Kedua), Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Ahmad Fauzi Hj.Murad (Hj) & Ahmad Tarmizi Talib (1997), Tamadun Islam, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Amat Juhari Moain (Prof Madya) (1987), Jihad Dan Pengertiannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hal. 12.

Azhar Hj Mad Aros (2004), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS), Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Azhar Hj. Mad Aros et.al. (2001), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ezad Azraai Jamsari (2004), Pengajian Islam, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Haron Din (Dr) (2003), Manusia Dan Islam (Jilid 3), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hassan Hj Ahmad (1997), Maqasid Syariah: Konsep Dan Pengaruhnya Dalam Pembentukan Hukum (Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Kebangsaan Anjuran Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM), Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hal. 5.

Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid (1997), Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.

Mohd Yusuf Ahmad (2005), Pengajian Islam (Cetakan Kedua), Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Abdullah al-Khatib (1993), Pandangan Semula Kepada Risalah Ta’alim (Edisi Terjemahan), Shah Alam: Pustaka Media Budi.

Muhammad Na’im Yasin (Dr) (1996), Persoalan Iman Dan Perkara-perkara Yang Merosakkannya (Terjemahan oleh Mohd Sofwan Amrullah), Selangor: Pustaka Ilmi.

Muhammad Isa Selamat (1995), Sifat 20: Sifat-sifat Allah Dan Mentauhidkan Diri Kepada-Nya, Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Mustafa Abd.Rahman (2000), Hadis Empat Puluh, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa Haji Daud (2002), Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Paizah Hj Ismail & Ridzwan Ahmad (2000), Fiqh Malaysia: Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Sheikh Abdullah Mohd Basmih (1986), Muqaddimah Mastika Hadis, Kuala Lumpur: BAHEIS.

Sulaiman Nordin (2001), Sains Menurut Perspektif Islam, Cetakan ke 13, Bangi: UKM.

Wahbah al-Zuhaili (1997), Fiqh & Perundangan Islam, Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussein, Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2 comments:

  1. Mohon diizinkan untuk mengambil sebagai rujukan. Terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
  2. mohon diizinkan ambik sebagai rujukan

    ReplyDelete