Cara Sahabat Menasihati Pemerintah
Al-Imam Al-Hafiz Abu Bakr `Amru bin Abi `Ashim( Wafat 287 H) berkata dalam kitab As-Sunnah:" Bab: Bagaimanakah Cara Rakyat Menasihati Pemerintah" beliau mendatangkan sebuah riwayat daripada Syuraih bin `Ubaid Al-Hadhrami dan selainnya yang menyebutkan bwahawasanya `Iyadh bin Ghanam menyeksa penduduk Dara`ketika ia menaklukinya.Hisyam bin Hakim mengecam keras perbuatan tersebut sehingga hal tersebut membuat `Iyadh marah.Setelah beberapa hari kemudian Hisyam bin Hakim datang berjumpa `Iyadh untuk menyampaikan nasihat dan alasannya.Hisyam berkata kepada `Iyadh: " Tidakkah engkau mendengar sabda Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:
إن من أشدّ الناس عذابا أشدّهم عذابا في الدنيا لناس
Sesungguhnya orang yang paling keras seksaanya di akhirat nanti adalah orang yang palng keras (melakukan) seksaan terhadap manusia( di dunia ).
`Iyadh bin Ghanam menjawab: " Wahai Hisyam bin Hakim,kami telah mendengar hadith yang engkau sampaikan itu dan kami telah melihat apa yang engkau saksikan,namun apakah engkau belum pernah mendengar sabda Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:
مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِسُلْطَانٍ بِأَمْرٍ، فَلَا يُبْدِ لَهُ عَلَانِيَةً، وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ، فَيَخْلُوَ بِهِ، فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ، وَإِلَّا كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ لَهُ
Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah,janganlah dia melakukannya secara terang-terangan( di khalayak ramai ),akan tetapi hendaklah dia mengambil tangannya(pemerintah) dan bersendirian bersamanya( bertemu empat mata),jika nasihatnya diterima,tentulah ianya diharapkan,jika tidak maka sesungguhnya dia telah menlaksanakan kewajibannya terhadap pemerintah.
Dan engkau wahai Hisyam terlalu berani,engkau berani menentang pemerintah Allah (yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk memerintah).Tidakkah engkau takut dibunuh oleh pemerintah hingga engkau menjadi mangsa pembunuhan pemerintah Allah di muka bumi?
[ HR Ahmad dalam Musnadnya no:15333, Ibnu Hibban dalam Shahihnya no:5612,5613, At-Thabarani dalam Mu`jam Al-Kabir no:1007,Al-Hakim dalam Al-Mustadrak no:5269, Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra no:16660, Ibnu Abi `Ashim dalam As-Sunnah no:1096, dan sanadnya Shahih dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Zilalul Jannah ]
Faedah:
1) Mengingkari kemungkaran yang berlaku di kalangan pemerintah adalah wajib bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk melakukannya dan ianya merupakan fardhu kifayah,namun ianya mempunyai metod dan adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam.
2) Perbuatan sahabat yang mulia,Hisyam bin Hakim radiallahu`anhu mengingkari perbuatan pemerintah ketika itu`Iyadh bin Ghanam berlaku empat mata dihadapannya,bukan di belakangnya atau di khalayak ramai.Selepas menasihatinya tidak ada riwayat menceritakan Hisyam bin Hakim melancarkan demonstrasi atau tunjuk perasaan membantah perbuatan `Iyadh bin Ghanam.
3) Istidlal( penghujahan) yang digunakan oleh kedua-dua mereka iaitu Hisyam bin Hakim dan `Iyadh bin Ghanam menunjukkan fiqh dan kefahaman mereka terhadap metod Nabi sallallahu`alaihiwasallam dalam menasihati pemerintah.
4) Bagaimana kejam mahupun zalimnya perbuatan pemerintah,maka kita dilarang untuk memberontak terhadapnya.Tidak keluar memberontak,menghinanya di depan khalayak ramai.Hal tersebut bukanlah bermakna kita meredhai kezaliman dan kemungkaran yang dilakukannya.
Abul Hussein
No comments:
Post a Comment