Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Jika telah berlaku kematian, maka ada perkara-perkara yang perlu di uruskan oleh waris simati diantaranya :
1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
3. Membeli keperluan dan persediaan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
4. Menentukan orang untuk memandikan mayat.
5. Urusan menggali kubur.
6. Menentukan orang untuk menjadi imam pada solat jenazah.
PERKARA YANG WAJIB DIKERJAKAN DALAM PENGURUSAN JENAZAH.
1. Memandikannya.
2. Mengkafankan jenazah.
3. Solat ke atas jenazah.
4. Mengebumikannya.
ORANG YANG BERHAK MENGURUSKAN JENAZAH
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya, anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Berkata Aisyah : "Jika saya menghadapi suatu urusan, tidaklah akan saya abaikan!Tidaklah yang memandikan Nabi saw, Kecuali para istrinya." (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud juga Hakim yang menyatakan sahnya)
Jumhur membolehkan suami memandikan istrinya berdasarkan riwayat Daruqutni dan Baihaqi bahawa Ali ra. Memandikan Fatimah ra.
Juga kerana sabda Rasulullah saw.kepada Aisyah ra. :
"Seandainya engkau meninggal sebelumku, tentulah akan saya mandikan dan saya kafankan engkau " HR Ibnu Majah.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.
SIFAT-SIFAT PADA ORANG YANG HENDAK MENGURUSKAN JENAZAH.
1. Sifat berani.
2. Sabar.
3. Amanah.
4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
- " Hendaklah yang akan memandikan jenazah –jenazahmu itu orang-orang yang dapat dipercaya" HR Ibnu Majah.
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
AMALAN-AMALAN SUNNAH BAGI ORANG-ORANG YANG DATANG MENZIARAHI KEMATIAN
1. Membuka wajah mayat dan berdoa untuknya.
2. Mencium diantara kedua matanya.
- Dari Aisyah ra. Berkata : "
Sementara mereka dalam keadaan begitu tiba-tiba Abu Bakar datang. Ia segera kembali dari Sunh setelah berita sedih itu diterimanya. Sehingga ia sampai dan masuk masjid, ia tidak berbicara banyak kepada orang ramai melainkan terus kerumah Aisyah. Bila ia masuk, dilihatnya Nabi saw disalah satu bahagian dalam rumah itu sudah diselubungi dengan burd hibara ( sejenis kain bersulam buatan Yaman ). Ia menyingkapkan selubung itu dari wajah Nabi saw setelah itu menciumnya ( mencium diantara dua matanya ) kemudian ia menangis dan berkata :
" Demi bapak dan ibuku Ya Nabi Allah ( diucapkan sebagai tanda cinta dan mendoakan ), Maut yang sudah ditentukan Tuhan kepadamu sekarang sudah sampai kau rasakan. Sesudah itu tak akan ada lagi maut menimpamu. ( Lihat kitab Almausuu'ah alfiqhiyyah al muyassarah fii alkitab wa assunnah al muthaharah,jilid 4, ms 47, oleh Husein bin 'audah al 'awaysyah. )
3. Menangisinya kerana bersedih dengan tidak meraung-raung ( niyahah ).
Diterima dari Nu'man bin Basyir katanya : "Abdullah bin Ruwahah jatuh pingsan . Maka saudaranya 'Umarah menangisinya : " Wahai nasibnya, wahai begini, wahai begitu dan seterusnya sambil menyebut-nyebut jasa dan perbuatannya . Maka setelah ia sedar, katanya : " Tak satupun yang kau katakan, hanya ditanyakan pula kepadaku : Betulkah demikian yang engkau lakukan?" HR Bukhari
4. Memberitahukan kematian seseorang kepada kaum kerabat dan orang yang terdekat daripada mayat.
Diriwayatkan oleh Ahmad ,Bukhari dari Anas berkata : "Bahawa Nabi saw memberitahukan berpulangnya Zaid , Ja'far dan Ibnu Ruwahah sebelum diketahui oleh umum".

KEWAJIBAN ORANG-ORANG YANG HADIR SAAT WAFATNYA SESEORANG
1. Menutup kedua matanya bila telah meninggal dan berdoa untuknya.
Didalam shohih muslim disebutkan keterangan dari Ummi salamah : Rasululullah saw datang melawat Abu salamah. Didapatinya matanya terbuka, maka ditutupkannya kemudian sabdanya : Jika nyawa seseorang di cabut maka diikuti oleh pandangannya. Tiba-tiba kedengaran suara ribut diantara keluarga, maka Nabi bersabda pula,mafhumnya :
Janganlah kamu mengucapkan terhadap dirimu kecuali yang baik kerana malaikat- malaikat akan turun mengaminkan apa yang kamu ucapkan itu ! Lalu doanya :
( Allahummaghfir li abii salamata war fa' darajatahu fil mahdiyyin, wa akhlifhu fii 'aqibihil ghaabiriin, waghfir lanaa wa lahu ya Rabbal 'Alamiin. Wa afsih lahu fii qabrihi wa nawwirhu fi hi ) Ya Allah berilah ampunan bagi Abu Salamahdan tinggikan derajatnya di lingkungan orang-orang yang beroleh petunjuk, dan angkatlah penggantinya dikalangan anak cucunya yang tingal serta berilah keampunan bagi kami dan baginya wahai Tuan Rabbal Alamin dan berilah kelapangan baginya dalam kuburnya dan terangilah ia dengan cahaya.
2. Menutupinya dengan kain yang dapat menutup seluruh badannya.
- Dari Aisyah ra : Bahawa Rasululullah saw ketika beliau wafat, jasadnya ditutupi dengan selimut yaman. HR Bukhari dan Muslim.
3. Menyegerakan pengurusan jenazah. ( memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan menguburkannya )
4. Agar menyegerakan bahagian yang hadir untuk membayarkan hutang-hutangnya.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda : Barang siapa mengambil harta orang dan bermaksud hendak membayarkannya maka Allah akan membayarkannya. Dan barang siapa yang mengambilnya dengan maksud hendak menggelapkannya maka Allah akan menghabiskannya.

Wednesday, January 26, 2011
KEWAJIBAN KITA UNTUK ORANG YANG NAZAK ( ORANG YANG HAMPIR MENINGGAL )
Dikala nampak dekatnya ajal seseorang, maka bagi siapa sahaja yang berada di sisinya untuk melakukan perkara-perkara ini :
1. Mengajarkan membaca Laa Ilaaha Illallah, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dari Abu Said Al Khudri bahawa Rasululullah saw bersabda yang maksudnya : Ajarkanlah orang-orangmu yang akan meninggal membaca Laa Ilaaha Illallah.
Diriwayatkan pula oleh Abu Daud dari Muadz bin Jabal ra. Berkata, Rasululullah saw berabda yang artinya : Siapa-siapa yang ucapan terakhirnya berbunyi Laa Ilaaha Illallah, pastilah ia masuk syurga.
Talqin secara ringkas ini untuk sebelum kematian disyariatkan oleh agama, sedangkan setelah kematian tidak disyariatkan. Didalam kitab Sunan Tirmidzi pada kitab janaiz, bab talqin orang yang sakit saat menjelang mati serta berdoa untuknya, Berkata Abu Isa rahimahullahu : Adalah perkara yang di sunnahkan untuk mentalqinkan orang yang sakit saat telah dekat kematiannya dengan ucapan laa Ilaaha Illallah.
Talqin bukanlah dengan menyebutkan syahadat kepada seseorang yang sudah dekat ajalnya dan memperdengarkan kalimah talqin tersebut kepadanya. Tetapi hendaknya kita menyuruhnya atau meminta kepadanya untuk mengucapkan laa Ilaaha Illallah
Talqin ini dilakukan hanyalah bila seseorang itu telah tak sanggup lagi mengucapkan kalimah syahadat, jika ia masih sanggup mengucapkan kalimah syahadat maka tak perlu untuk mengajarkannya. Talqin juga untuk orang yang masih sadarkan diri dan dapat bicara. Orang yang telah hilang ingatan tak mungkin dapat di talqinkan. Sedangkan orang yang tidak dapat berkata-kata hendaknya ia mengulang-ngulang kalimah syahadat.
2. Berdoa dan mengucapkan kata-kata yang baik
Dari Ummi salamah ra berkata : Rasululullah saw bersabda yang artinya: Jika kamu menjenguk orang yang sakit atau melawat orang yang meninggal hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik kerana para malaikat akan turun mengaminkan apa-apa yang kamu ucapkan. HR Muslim.
3. Adapun amalan membaca surah yasin bagi si mati dan menghadapkannya ke arah kiblah, maka tidak ada hadis yang sohih yang berkenaan dengan ini semua. Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak pernah melakukan ini, untuk itu sepatutnya kita tidak melakukannya. Menghadapkan si sakit ke kiblat tidak disukai oleh Sa’id ibn al-Musayyib.
Dari Zur ‘ah ibn Abdurrahman bahawasanya dia melihat Sa ‘id ibn al-Musayyib dalam keadaan sakit, dan bersamanya Abu Salamah ibn Abdurrahman, maka iapun datang kepada Sa’id ibn al-Musayyib. Selanjutnya Abu Salamah menyuruhnya untuk untuk merubah katilnya agar menghadap ke kiblat. Dia pun melakukannya. Berkata Sa ‘id ibn al-Musayyib : Engkau telah merubah katilku ? Mereka berkata : Betul. Maka ia melihat kepada Abu Salamah dan berkata : Aku melihat perkara ini berdasarkan pengetahuanmu. Abu salamah berkata : Aku telah menyuruh mereka. Maka Sa ‘id al-Musayyib menyuruh mereka untuk merubah balik katilnya seperti asalnya. HR Ibnu Abi Syaibah. ( Lihat kitab Ahmakamul janaiz, al-Bani, ms 20 )
Sebahagian masyarakat kita ada yang membacakan surah yasin untuk orang yang nazak. Amalan membaca surah yasin untuk orang yang nazak, tidak ada contoh dari pada Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya. Kedudukan surah yasin tidak ada perbezaan dengan surah-surah yang lain. Dan tidak ada masa atau tempat khusus untuk membaca surah yasin. Diantara hadis keutamaan surah yasin kepada orang yang nazak adalah :
Artinya : Tidak ada seorangpun yang akan menghadapi kematian kemudian dibacakan disisinya surah yasin melainkan pasti Allah akan meringankan kematiannya.
HR ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Dari Abu Darda oleh Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahana ( 1/188)
Hadis diatas adalah hadis palsu. Didalam sanadnya terdapat perawi yang matruk bernama Marwan Bin Salim. Dia suka memalsukan hadis sebagaimana yang dijelaskan oleh as-Saaji. ( Lihat Bid ah-bid ah tentang surah yasin, oleh Ustaz Rasul Dahri )
4. Sunat menyediakan makanan atau pertolongan bagi keluarga si mati
Diterima dari Abdullah bin Ja'far bahawa Rasulullah saw. Bersabda yang artinya :" Buatkanlah makanan buat keluarga Ja'far,kerana mereka sedang ditimpa musibah yang menyibukkan mereka".HR Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmidzi yang menyatakan hasan lagi shahih.
Jika keluarga mayat menyediakan makanan untuk yang datang berkumpul, maka hal itu menambah kemalangan mereka serta meniru perbuatan orang jahiliyyah.
Hadis jarir katanya : " Berkumpul pada keluarga mayat dan menyediakan makanan setelah pemakaman, kami anggap sebagai meratapinya.

KEWAJIBAN ORANG YANG SAKIT
1. Redha dan sabar dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT terhadapnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Sungguh ajaib perihal seorang mukmin. Bagaimana juga keadaannya semuanya baik. Dan ini tidak akan ditemukan kecuali pada orang mukmin. Jika ia mendapat kegembiraan, ia akan bersyukur dan itu merupakan kebaikan dan jika ia ditimpa kemalangan ia akan bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya ( HR Muslim )
serta berbaik sangka terhadap Allah, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan Jabir yang mengatakan bahawa ia mendengar Rasulullah saw besabda 3 kali sebelum wafatnya : Janganlah seseorang itu meninggal kecuali dalam keadaan baik sangka kepada Allah.
2. Hendaknya sisakit merasa antara takut dan berharap, takut kepada azab Allah kerana dosa-dosanya dan berhaap kepada rahmatNya.
3. Tidak boleh berharap untuk mati. Diriwayatkan oleh Jama'ah dari Anas bahawa Nabi saw berkata : Janganlah seorang mengharap mati kerana suatu bencana yang menimpa dirinya. Dan seandainya ia terpaksa mengharapkannya, hendaklah ia mengucap : Ya Allah hidupkanlah aku, selama hidup itulebih baik untukku dan wafatkanlah aku jika wafat itu lebih berguna untukku. HR Bukhari dan Muslim.
4. Hendaknya si sakit untuk bertaubat dari perbuatan dosa yang lalu dan menyesalinya.
5. Melakukan hak-hak orang lain atau saudaranya yang harus ia perbuat, jika ia tidak boleh melakukannnya maka hendaklah ia memberi wasiat. Seperti minta maaf terhadap kezaliman yang pernah ia perbuat atau adanya hutang yang kena ia bayar.
6. Memberikan wasiat kepada keluarganya yang tidak mendapatkan warisan darinya
sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
Diwajibkan atas kamu , apabila kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak , berwasiat untuk ibu bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, ini adalah kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa. Al Baqarah : 180
Dalam perkara wasiat ini, tidak perlu memberikan wasiat kepada keluarga yang berhak menerima waris. Dan tidak dibenarkan adanya unsur paksaan dalam pemberiaan wasiat.
7. Dituntut untuk mewasiatkan supaya dikebumikan mengikut sunnah sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat antaranya : Daripada 'Amir ibn Sa'ad ibn Abi Waqqas, sesungguhnya bapanya berkata ketika beliau sakit yang menyebabkan kematiannya :
Maksudnya : Buatkan untukku lahad dan letakkan untukku batu ( nisan ) sepertimana yang dilakukan terhadap Rasulullah s.a.w. HR Muslim.

Monday, January 24, 2011
UNTUK SEMUA SAUDARA DAN SAHABAT
Mukaddimah
Pernyataan “ kembali kepada kepada Islam” selalu kita dengar di setiap ceramah-ceramah atau dalam tulisan yang berkaitan dengan dakwah.Terkhusus lagi untuk orang yang baru sadar akan pentingnya Islam, setelah dia melalui perjalanan maksiat yang cukup panjang. Sebagai contoh, ada orang yang gemar maksiat dimasa lalunya. Boleh jadi dia pedagang sukses yang dulunya suka menzalimi orang dengan menipu, memakan duit riba, mengambil harta orang. Boleh jadi mungkin dia juga birokrat dan pegawai sukses yang dulunya biasa melakukan korupsi, mengambil hak orang lain untuk kepentingan sendiri, memfitnah dan hasad dengki. Atau orang miskin yang selama ini tak peduli kepada agamanya.
Setelah sadar akan kesalahannya maka ia datang kepada ustaz kemudian berkata : “ Ustaz, saya ingin kembali kepada Islam. Apa yang sebaiknya saya lakukan?”.” Ustaz, saya ingin kembali kepada kebenaran. Apa yang harus saya buat?” Atau ungkapan seorang bukan Islam yang berkata : “Ustaz, saya ingin masuk Islam, apa yang harus saya lakukan?” Ada juga soalan seorang yang jujur ingin belajar agama berkata : “Ustaz, saya ingin belajar agama, darimana saya harus memulainya?” Dan banyak lagi ungkapan yang semakna dengan itu yang tak mungkin saya tuliskan disini semua.
Berdasarkan soalan soalan diatas, maka ustaz memulai pengajarannya. Terkadang pengajaran itu dari seorang ustaz yang terkenal, dimana namanya selalu tertulis di media masa dan elektronik maupun di blog-blog internet. Adakalanya juga dari seorang ustaz yang tinggal di kampung, yang hanya mengajar di surau kecil, terkadang jiranpun tak mengenalinya.
Pengajaran Islam disampaikan dengan berbagai cara dan di berbagai tempat. Selalu kita jumpa ustaz yang ceramah dan mengajar di radio, televisi. Terkadang ustaz ada yang menulis buku dan artikel-artikel di majalah maupun Koran, maka Islam dapat di ketahui melalui tulisan-tulisan mereka. Pada hari ini tulisan merekapun boleh kita baca di blog-blog internet dengan mudahnya. Hari ini Islam dapat kita ketahui di berbagai tempat. Kita boleh pergi ke pondok pesantren, atau belajar di sekolah sekolah swasta agama, university, majlis-majlis agama mingguan di masjid atau di halaqa-halaqah tarbiyah. Yang mempunyai rezeki lebih, mereka boleh pergi ke toko buku. Disana banyak sekali buku buku Islam, baik yang bertuliskan arab maupun buku-buku yang sudah diterjemahkan kebahasa kita. Dengan mudahnya orang boleh membaca buku-buku tersebut sambil duduk dirumah.
Didalam kehidupan masyarakat, kita selalu menjumpai berbagai maksiat sebagai bukti berlakunya keruntuhan moral seperti pencopetan, perampokan, pemerkosaan, penipuan, pertikaian sesama umat islam. Tanpa disadari kita telah hilang rasa persaudaraan seiman, bahkan persaudaraan dalam ikatan keluarga. Yang ada di otak kita adalah bagaimana saya dapatkan harta dan kedudukan juga kepentingan. Tak peduli siapa yang menghalang, saya akan hantam. Baik dengan cara halal atau haram.
Adanya fenomena seperti diatas, maka ustaz lagi lagi ditanya. “ Ustaz, kenapa kita berpecah dan hilang persaudaraan islam?” “Ustaz,kenapa banyak maksiat dikalangan masyarakat kita?” “Ustaz, kenapa kita selalu dilanda musibah?”…..Maka ustaz menjawab : “ Itu semua terjadi karena kita tidak kembali kepada Islam.” “Itu semua terjadi karena kita tidak berpegang pada Islam.”
Masalah kita hari ini adalah, bagaimana seandainya diantara orang yang ingin kembali kepada Islam itu adalah kita?.Kita yang ingin mendalami Islam dengan membaca buku, membaca blog-blog internet, majalah, dan Koran. Kita yang mendengar radio, televisi, dan ceramah ceramah dimasjid.
Bagaimana kita boleh memastikan dan meyakini bahwa apa yang kita baca dan dengar ini adalah benar. Apa tolak ukur kebenaran sehingga boleh kita mengatakan bahawa pandangan orang lain adalah salah?......Kita yang hari ini saling memfitnah dan berperang sesama sendiri, bagaimana kita dapat memahami bahawa Islam boleh menyebabkan kita bersatu ?......
Melalui blog ini, saya ingin mengajak saudara-saudara seiman bahkan saudara-saudara yang bukan Islam untuk kita berbincang dan berdialog sehingga kita boleh bersama-sama mengenal Islam secara benar, mengamalkan Islam, dan mendakwahkan Islam. Mari kita buka minda dan hati kita untuk berdialog dan merenung serta bertanya pada diri sendiri, adakah islam yang saya ketahui dan amalkan hari ini benar atau salah? Kalau benar, apa tolak ukurnya…..? Kenapa kita tidak sampaikan kepada orang lain? Kalau salah, Kenapa kita tetap mengamalkannya? Amalan yang kita buat hari ini adakah ia sekedar pendapat ulama atau amalan Nabi.?
Melalui blog ini, saya ingin mengajak saudara-saudara untuk mengenal bahwa Islam meliputi seluruh aspek kehidupan. Islam tidak hanya di masjid, atau di pondok-pondok saja. Islam tidak hanya di majlis-majlis pengajian atau di halqah saja. Islam justru berawal dari tempat-tempat itu. Sehingga kita akan merasakan bahwa Islam ada di sosial masyarakat ,islam ada dalam ekonomi masyarakat, islam ada dalam politik masyarakat dan Islam juga harus ada dalam minda dan hati kita.
Banyak hal yang akan kita bincangkan didalam blog ini. Kita ambil contoh jika kita membincangkan tentang akidah, adakah keyakinan dan tawakal kita hanya kepada Allah saja atau kepada suatu benda dan makhluk Nya disaat kita menghadapi segala ujianNya?.... Adakah kita masih yakin kepada dukun-dukun dan peramal untuk menyelesaikan masalah kita..?Adakah ketakutan dan keyakinan kita kepada atasan dan bos melebihi dari pada takut dan yakin kepada Allah..? Padahal kita tahu bahwa jika akidah kita tidak benar, maka semua amalan kita akan terhapus dan kekal di neraka selamanya, walaupun kita dinilai baik dimata manusia.
Jika kita membincangkan tentang ibadah, maka soalannya adalah adakah cara kita solat,zakat,puasa, umrah dan haji benar-benar telah menepati sebagaimana apa yang dilakukan oleh Rasulullah, atau hanya mengikut tradisi dan adat, atau hanya mengikut pendapat ulamak yang salah dan berdalilkan hadis yang lemah?.........Padahal Islam menyuruh kita untuk beribadah dengan ilmu. Adakah ilmu itu didalam diri kita?
Begitu juga jika kita membincangkan tentang akhlak. Adakah akidah dan ibadah kita memberikan kesan kepada baiknya akhlak…….atau kita diantara yang rajin solat dan sangat membenci dukun, tapi dalam satu masa kita tetap melihat perkara haram, kita masih istiqomah menggunakan tangan dan kaki untuk mengambil perkara haram dan menzalimi sesama. Kita masih lagi memakan duit riba dan sesuatu yang haram, kita masih lagi hasad dengki dan memfitnah orang dengan berbagai tuduhan. Dimanakah akhlak ….? Atau akhlak hanya dipahami skedar berbuat baik kepada ibu bapak serta dan tidak ada hubungan dengan social masyarakat?.....
Sekali lagi saya berharap, semoga blog ini menjadikah salah satu wadah untuk kita menambah ilmu, menambah iman dan amal, dan memberikan semangat untuk tetap menjaga persaudaraan seiman serta istiqamah dan bersama selalu didalam dakwah.

Subscribe to:
Posts (Atom)