Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Jika telah berlaku kematian, maka ada perkara-perkara yang perlu di uruskan oleh waris simati diantaranya :
1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
3. Membeli keperluan dan persediaan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
4. Menentukan orang untuk memandikan mayat.
5. Urusan menggali kubur.
6. Menentukan orang untuk menjadi imam pada solat jenazah.
PERKARA YANG WAJIB DIKERJAKAN DALAM PENGURUSAN JENAZAH.
1. Memandikannya.
2. Mengkafankan jenazah.
3. Solat ke atas jenazah.
4. Mengebumikannya.
ORANG YANG BERHAK MENGURUSKAN JENAZAH
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya, anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Berkata Aisyah : "Jika saya menghadapi suatu urusan, tidaklah akan saya abaikan!Tidaklah yang memandikan Nabi saw, Kecuali para istrinya." (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud juga Hakim yang menyatakan sahnya)
Jumhur membolehkan suami memandikan istrinya berdasarkan riwayat Daruqutni dan Baihaqi bahawa Ali ra. Memandikan Fatimah ra.
Juga kerana sabda Rasulullah saw.kepada Aisyah ra. :
"Seandainya engkau meninggal sebelumku, tentulah akan saya mandikan dan saya kafankan engkau " HR Ibnu Majah.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.
SIFAT-SIFAT PADA ORANG YANG HENDAK MENGURUSKAN JENAZAH.
1. Sifat berani.
2. Sabar.
3. Amanah.
4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
- " Hendaklah yang akan memandikan jenazah –jenazahmu itu orang-orang yang dapat dipercaya" HR Ibnu Majah.
No comments:
Post a Comment