Saturday, June 18, 2011

KONFLIK MU'AWIYAH RA DAN ALI RA, BAGAIMANA MEMAHAMINYA?

Apa yang tertulis di bawah ini adalah diantara jawaban dialog dengan seorang hamba Allah yang bernama Ashoff murthada, tentang bagaimana memahami konflik antara Mu’awiyah ra dan Ali ra. Banyak orang mengatakan bahwa ia pengikut syiah, tetapi ia menafikannya. Sebaliknya ia juga banyak berhujah dengan kaedah-kaedah selain ulama ahlu sunah yaitu syiah.

Untuk akhi Ashof Murtadha, semoga Allah memberikan anda dan kita semua hidayahNya

Pertama :

Sebagai Ahlu sunnah wal jamaah, maka sepatutnya kita mengikuti pandangan para ulama ahlu sunnah wal jamaah sebelumnya serta mengikuti para sahabat Nabi saw dalam memahami apapun permasalahan. Kita tidak bisa secara tiba-tiba mengambil kesimpulan sendiri, dan menepikan pandangan para ulama ahlu sunnah.

Perbedaan pandangan tentang apa yang terjadi pada Mu’awiyah ra dan Ali ra telah ada sebelum kita, bahkan sejak dulu lagi sebelum kelahiran kita hari ini. Untuk itu, cukuplah kalau kita sebagai Ahlu sunah untuk mengikuti pandangan mereka. Jangan sampai kita mengatakan dengan lisan bahwa kita Ahlu sunnah tetapi dalam pendirian berpegang kepada pendirian musuh ahlu sunnah seperti Khawarij dan syiah.
Jika kita ahlu sunnah maka bersikaplah sebagai ahlu sunnah, yaitu mengambil istilah atau amalan-amalan yang merupakan tanda sebagai ahlu sunnah wal jamaah. Jika anda pengikut golongan yang disesatkan ulama ahlu sunnah seperti syiah, maka tinggalkan pendirian mereka dan apa saja amalan dan ungkapan yang merupakan ciri khas merujuk kepada mereka ( syiah ). Jika anda tetap berpegang pada pendirian syiah, yaitu memburukkan Mu’awiyah sementara anda juga mengaku sebagai ahlu sunnah, maka ketahuilah bahwa sikap anda menunjukkan bahwa sebenarnya anda adalah pengikut syiah yang sedang bertaqiyah atau ahlu sunnah yang tidak sedar bahwa ia telah berpegang kepada doktrin dan ajaran syiah.

Semoga anda jujur dengan ucapan anda akhi ashof bahwa anda seakan ingin mengatakan anda bukan orang syiah, tetapi kalau anda tidak jujur dan menyembunyikan identitas syiah anda dengan taqiyah, maka hal itu justru akan menjauhkan anda dari hidayah Allah bahklan akan sesat selamanya. Semoga Allah memberikan anda dan kita semua hidayahNya.

Diantara pendirian dan sikap musuh ahlu sunnah seperti syiah adalah memburuk-burukkan para sahabat Nabi saw seperti Mu’awiyah ra. Mereka mencari apa saja hujah untuk menguatkan sikap mereka walaupun dengan dalil akal yang bertolak belakang dengan akal itu sendiri.

Kedua :

Didalam mengkaji sejarah perselisihan antara para sahabat, terdapat beberapa panduan yang harus kita ikuti sebagai ahlu sunnah :

Ramai yang menganggap sejarah adalah satu bidang yang mudah. Bagi yang menulisnya, ia sekadar mencatat peristiwa yang telah berlaku sementara bagi yang membacanya, ia sekadar novel pengembaraan yang menyenangkan. Anggapan di atas tidaklah tepat. Sejarah adalah satu bidang ilmu yang memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

Al-Allamah Ibn Khaldun rahimahullah (808H) menjelaskan hakikat ini:

“Suatu yang harus diketahui ialah bahawa sejarah itu adalah disiplin ilmu yang memiliki pelbagai pendekatan. Aspek penggunaannya adalah sangat banyak. Tujuannya pula dapat dibeda-bedakan. Sejarah membuat kita faham akan hal-ehwal sesuatu bangsa yang terdahulu kerana ia tercermin melalui perilaku mereka. Melalui sejarah kita dapat mengetahui biografi para nabi, sesebuah kerajaan dan dasar-dasar raja-rajanya. Ia membolehkan sesiapa yang berminat menteladani contoh-contoh sejarah sebagaimana dalam bidang agama dan perkara-perkara duniawi.

Untuk menulis sesuatu sejarah menghendaki sumber yang banyak dan pengetahuan yang bermacam-macam. Ia memerlukan agakan yang tepat dan ketekunan yang membolehkan para sejarawan itu menemui kebenaran dan menjauhkan daripada melakukan pelbagai ketersasulan dan kesalahan. Sekiranya seseorang sejarawan itu menerima catatan sejarah dalam bentuk yang dinukilkan dan tidak mempunyai pengetahuan yang jelas tentang prinsip-prinsip yang didasarkan oleh kebiasaan, tentang fakta-fakta politik yang asas, tentang watak peradaban, atau keadaan-keadaan yang mempengaruhi organisasi sosial manusia, dan sekiranya lanjutan daripada itu, dia menilai antara bahan yang terpencil atau lama, melalui perbandingan di antara yang baru atau semasa, maka pastinya dia tidak akan dapat mengelak daripada tergelincir dan menyimpang daripada jalan yang benar.

Ramai ahli sejarah tafsir dan ulama terkenal telah melakukan kesalahan ketika menyampaikan hikayat-hikayat dan peristiwa-peristiwa. Hal itu terjadi kerana mereka mengambil dengan begitu saja tanpa memikirkan nilainya. Mereka tidak memeriksa prinsip-prinsip yang berlaku pada situasi historis, juga tidak memperbandingkannya dengan bahan-bahan yang serupa. Mereka juga tidak menyelidikinya mengikut ukuran falsafah, dengan bantuan pengetahuan tentang watak alam semesta atau perenungan, dan dengan pengetahuan yang mendalam tentang peristiwa-peristiwa sejarah.” [Muqaddimah, ms. xix-xx]

Pencermatan ke atas kata-kata Ibn Khaldun di atas akan membantu kita meletakkan garis panduan untuk membicara sejarah para sahabat. Terdapat lima garis panduan yang utama dan ia adalah seperti berikut:

Panduan Pertama:

Menyedari bahawa sejarah yang bakal dibicara melibatkan sekumpulan manusia yang paling mulia sesudah para Rasul dan Nabi.
Salah satu daripada sekian banyak persaksian tersebut adalah firman Allah (yang bermaksud):

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [al-Taubah 9:100]

Dalam ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta‘ala menyebut para sahabat daripada kalangan Muhajirin, Ansar dan yang selepas mereka, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah juga menjanjikan syurga yang kekal kepada mereka semua. Ayat di atas membuktikan kedudukan istimewa para sahabat yang dipersaksikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Persaksian Allah adalah berterusan daripada zaman kehidupan Rasulullah sehinggalah kepada zaman kewafatan para sahabat itu sendiri. Ini kerana Allah Maha Mengetahui perbuatan semua sahabat, sama ada yang sudah, sedang atau akan dilakukan.

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (774H) mengulas:
“Para sahabat seluruhnya adalah adil di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Allah telah memuji mereka dalam kitab-Nya (al-Qur’an) dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memuji mereka melalui sabda baginda. (Pujian ini merujuk kepada) seluruh akhlak dan perbuatan mereka. Juga terhadap pengorbanan harta dan jiwa yang mereka persembahkan demi membela Rasulullah, semata-mata mengharapkan balasan yang besar dan pahala yang mulia di sisi Allah.” [al-Ba‘its al-Hatsits (الباعث الحثيث) Syarh Iktishar ‘Ulum al-Hadits (diteliti dan disyarah oleh Ahmad Syakir, Dar al-Fikr, Beirut, 1996), ms. 127]

Oleh itu al-Imam Ibn Baththah rahimahullah (387H) mengingatkan:
“(Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah) bersaksi bahawa seluruh kaum Muhajirin dan Ansar dijamin masuk syurga, mendapat keredhaan, diterima taubatnya dan memperoleh rahmat daripada Allah. Hendaklah anda meresapkan ilmu ini benar-benar dan engkau yakini dengan hatimu bahawa seorang yang telah melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, menyertai baginda, beriman kepada baginda dan mengikuti baginda meskipun sesaat adalah lebih utama daripada orang yang belum pernah melihat baginda dan belum pernah menyertai baginda sekalipun dia mengerjakan seluruh amal syurga.” [al-Syarh wa al-Ibanah ‘ala Ushul al-Sunnah wa al-Diyanah (diteliti oleh Redha bin Na’san Mu’thi; Maktabah al-Faisal, Mekah), ms. 263

Panduan Kedua:

Mengenali sikap para sahabat bahawa mereka bukanlah sekumpulan orang yang suka berperang.

al-Imam Abu al-Hasan al-Asya’ari rahimahullah (324H) menegaskan:
“Adapun apa yang terjadi antara Ali, al-Zubar dan Aisyah radhiallahu 'anhum, maka ia tidak lain adalah takwil dan ijtihad. Ali adalah imam (pemimpin saat itu) manakala setiap daripada mereka adalah orang yang layak berijtihad. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah bersaksi bahawa mereka adalah ahli syurga dan (sebahagiannya) akan gugur syahid. Maka ini menunjukkan bahawa setiap daripada mereka adalah benar dalam ijtihad mereka. Demikianlah juga apa yang terjadi antara Ali dan Muawiyah radhiallahu 'anhuma, ia adalah takwil dan ijtihad.

Semua sahabat adalah imam dan terdiri daripada orang yang dipercayai, tanpa dicurigai agama (mereka). Demi sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah memuji mereka keseluruhannya serta menyuruh kita untuk menghormati, mengagung dan mencintai mereka sebagai satu bentuk ibadah. Hendaklah berlepas diri daripada setiap orang yang mencela seorang jua daripada mereka, radhiallahu 'anhum ajma‘in.” [al-Ibanah ‘an Ushul al-Diyanah (Univ. Islam Madinah), ms. 224-225]

Berkenaan jumlah sahabat yang terlibat dalam Perang Jamal, al-Sya’bi rahimahullah (104H) menerangkan: “Tidak ada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang turut serta dalam Perang Jamal kecuali Ali, Ammar, Thalhah dan al-Zubair. Jika dikatakan ada orang kelima, maka aku berdusta.” Adapun Perang Siffin, maka Muhammad bin Sirin rahimahullah (110H) menegaskan: “Api fitnah (Perang Siffin) membara sementara para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berjumlah puluhan ribu. Tidak sampai seratus orang yang terlibat di dalamnya, bahkan tidak sampai tiga puluh orang.” [Kedua-duanya diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Khallal dalam Kitab al-Sunnah (Dar al-Rayah, Riyadh, 1410H), riwayat no: 729 & 728 dan sanad kedua-duanya dinilai sahih oleh peneliti kitab: Dr. ‘Athiyah al-Zaharani]
Berdasarkan Panduan Kedua ini, dapat dikenali sikap para sahabat radhiallahu 'anhum bahawa mereka bukanlah sekumpulan manusia yang suka berperang sesama mereka. Perang Jamal dan Perang Siffin benar-benar berlaku akan tetapi ia bukanlah di atas pilihan mereka. Lebih penting, yang terlibat secara tidak sengaja dalam kedua-dua peperangan tersebut hanya segelintir sahabat yang terkeliru dalam melakukan takwil dan ijtihad. Majoriti sahabat mengecualikan diri daripadanya.
Panduan Pertama dan Kedua di atas membentuk asas yang penting kepada setiap individu yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dalam membicarakan sejarah para sahabat. Tanpa kedua-dua asas ini, seseorang itu akan cenderung kepada membicara sejarah para sahabat dengan pandangan yang negatif, sekaligus menjerumuskan dirinya untuk membuat kesalahan-kesalahan yang fatal.

Panduan Ketiga:

Setiap peristiwa sejarah hendaklah dinilai sama ada ia adalah sahih atau tidak.
Al-Imam Ibn Baththah berpesan:

“Kita wajib menahan diri daripada pertikaian yang terjadi di antara sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Sebabnya, mereka telah melalui pelbagai peristiwa bersama Rasulullah dan telah mendahului manusia yang lain dalam hal keutamaan. Allah telah mengampuni mereka dan memerintahkan agar (umat Islam terkemudian) memintakan ampun untuk mereka dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan mencintai mereka. Semua itu Allah wajibkan melalui lisan Rasul-Nya.
Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, bahawa mereka akan saling berperang. Mereka memperoleh keutamaan daripada yang lainnya kerana segala kesalahan dan kesengajaan mereka telah dimaafkan. Semua pertikaian yang terjadi di antara mereka telah diampuni.

(Oleh itu) janganlah melihat (memberi perhatian) ulasan-ulasan tentang Perang Siffin, Perang Jamal, pertikaian di Dewan (Bani Sa‘idah) dan selainnya yang terjadi di antara mereka. Janganlah anda tulis untuk dirimu sendiri atau orang lain. Janganlah anda meriwayatkannya daripada seorang jua dan jangan pula membaca serta menyampaikannya kepada orang lain. Itulah perkara yang disepakati oleh para ilmuan umat Ini. Mereka sepakat melarang perkara yang kami sebutkan (di atas).” [al-Syarh wa al-Ibanah, ms. 268-269]

Panduan Keempat:

Setiap peristiwa sejarah hendaklah dinilai kewajarannya.

Panduan Kelima:

Peristiwa sejarah yang sahih dan wajar hendaklah dibicara dengan pemikiran yang positif.

Demikian lima panduan kepada sesiapa yang ingin membicarakan sejarah para sahabat. Ringkasnya untuk membicarakan apa-apa sejarah para sahabat, hendaklah terlebih dahulu menyedari bahawa yang bakal dibicarakan melibatkan sekumpulan orang yang diredhai oleh Allah dan dijamin masuk syurga. Selain itu mereka juga adalah sekumpulan orang yang saling bersatu, bersaudara dan berkasih sayang sesama mereka hasil daripada nikmat Allah kepada mereka. Justeru apabila ingin membicarakan sejarah mereka, hendaklah disemak terlebih dahulu sama ada peristiwa tersebut adalah sahih sumbernya dan wajar berlaku pada zaman, tempat dan keadaan manusia pada saat itu. Seandainya sahih dan wajar, maka bicaralah dengan minda yang positif agar ia menepati ciri-ciri mereka yang diredhai oleh Allah dan ahli syurga. Semoga dengan panduan ini, kita juga termasuk dalam golongan yang diredhai Allah dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

Amalan seseorang bergantung pada niatnya. Jika niatnya untuk menegakkan keadilan dan kebenaran yang berasaskan nilai Ilahiyah, maka dalam situasi apapun Allah meredhainya. Secara umum Allah telah meredhai para sahabat Nabi saw, serta nabi saw melararang kita untuk mencela siapa saja diantara para sahabatnya, ini merupakan ijmak para ulama sunni yang tidak ada perselisihan diantara mereka.Kenapa akal kita tidak bisa menerima bahwa diantara Ali ra dan Mu’awiyah ada yang salah dan benar ijtihadnya. Yang benar ijtihadnya maka mendapat dua pahala, dan Allah meredhainya. Begitu juga siapa yang salah maka mendapat hanya satu pahala , dan Allah juga redha padanya. Sebagaimana amalan bergantung pada niatnya maka orang akan dibangkitkan di akhirat nanti sesuai dengn niatnya.
Inilah pendirian ahlu sunnah wal jamaah, adapun pendirian yang terus menghujat Mu’awiyah dan mengkafirkannya adalah pendirian Khawarij dan syiah. Tinggalkanlah pendirian syiah tersebut jika anda ingin masih mengatakan bahwa anda ahlu sunnah. Kecuali jika anda berani terang-terangan mengaku bahwa anda adalah orang syiah, maka akan jelas kedudukannya dimana anda dalam masalah yang kita bincangkan ini.

Ketiga :

Sebagaimana banyak riwayat yang menyatakan kelebihan Ali ra, maka di sana juga terdapat hadis dan atsar sahabat tentang kelebihan Mu’awiyah ra.
Khawarij memerangi Saidina Ali kerana akidah mereka yang rosak mengkafirkan para Sahabat Rasulullah s.a.w sedangkan Muawiyah r.a memerangi Ali r.a kerana ijtihad yang salah yang tentu sahaja diberi satu pahala atas ijtihadnya.Muawiyah r.a tidak pernah mengkafirkan Ali r.a.

Menyalahi ‘Ijmak’ Ulama. Keluar daripada Ijmak yang bersifat Qath’i adalah perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Sunni, bukankah menyalahi Ijmak itu sifat Khawarij?!

Ingatlah, punca kesesatan adalah kerana mereka menafsir dan memahami nas agama diluar kefahaman para Ulama yang ada ketika itu iaitulah para Sahabat.
Jika kita merujuk kepada Usul Fiqah Ahli Sunnah wal Jamaah, kita dapati terdapat kaedah jelas menyatakan bahawa tidak boleh kita menimbulkan pendapat baharu yang menyalahi ijmak atau khilaf yang telah sedia wujud di zaman Salaf.
Misalnya, jika para Sahabat berbeza pendapat kepada dua pendapat dalam satu masalah maka tidak boleh para Tabiin mengadakan pendapat ketiga dalam masalah tersebut. [Rujuk: Min Usul al-Fiqh 'ala Manhaj Ahlil Hadis, Zakaria bin Ghulam Qadir al-Bakistani, Maktabah Raqamiyyah, Al-Madinah International University].
Memang kita perlu mengikut dalil tetapi bukanlah maknanya kita boleh mentafsirkan dalil sesuka hati dan mereka-reka pendapat baharu sesuka hati. Ada hadnya untuk kita berbeza pendapat, cukuplah dengan Ijmak Ulama terdahulu jika sudah ada ijmak, jika masalah yang timbul masalah turas cukuplah dengan ijtihad ulama terdahulu dan ambil lah yang terdekat dengan Wahyu. Janganlah kita ikut resmi Khawarij, Nas diambil Kefahaman ditolak.

Adapun berkenaan Khawarij, kesesatan mereka itu sabit dalam hadis-hadis yang sahih bahkan Ulama al-Asya’irah sendiri bersetuju bahawa Khawarij adalah kaum yang sesat akidahnya. Adapun pembunuh Saidina Usman bin al-Affan r.a jika kita teliti dengan betul dan penuh keimanan, orang yang membunuh beliau adalah kaum yang zalim iaitulah Syiah Rafidah pimpinan Abdullah bin Saba’ -Laknatullahi ‘alaih- dan jika kita melihat Fatwa Syeikhul Islam Ibn Taimiah, mereka ini juga tidak lari daripada ciri-ciri kaum Khawarij bahkan Khawarij itu sendiri berasal daripada pengikut Syiah Rafidah sendiri.

Kenapa kita sebagai ahlu sunnah wal jamaah tidak mengikuti pendapat Imam-imam terdahulu seperti al-Sya’bi, Sufyan Uyainah, Sufyan al-Sauri, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuwaih, Imam al-Syafii sendiri, dan lain-lainnya dalam perkara ini......

Mu’awiyah Radhiyallahu ‘anhu adalah Sahabat

Mari kita menelaah bersama, apakah Mu’awiyah Radhiyallahu ‘anhu termasuk sahabat atau bukan.Sebagai hujjah utama dan pertama, saya turunkan kesaksian Nabi Shallalallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri dalam dua haditsnya yang mulia.

Nabi Shallalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :” اللهم اجعله هادياً مهدياً واهده واهد به . يعني معاوية “. أخرجه أحمد والترمذي وصححه الألباني في (السلسلة الصحيحة/1969)

“Ya Alloh, jadikanlah Mu’awiyah sebagai pembawa petunjuk yang memberikan petunjuk. Berikanlah petunjuk padanya dan petunjuk (bagi umat) dengan keberadaannya.” (HR Ahmad dan Turmudzi. Dishahihkan oleh al-Albani dalam as-Silsilah ash-Shahihah : 1969)

Apakah mungkin Nabi Shallalallahu ‘alaihi wa Sallam mendoakan kebaikan tidak kepada sahabatnya? Nabi Shallalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :” اللهم علم معاوية الكتاب والحساب وقه العذاب “. أخرجه أحمد وصححه الألباني في (السلسلة الصحيحة/ 3227)
“Ya Alloh, anugerahkanlah kepada Mu’awiyah ilmu al-Kitab (al-Qur`an) dan al-Hisab (ilmu hitung) serta jauhkanlah beliau dari adzab.” (HR Ahmad dan dishahihkan oleh al-Albani dalam as-Silsilah ash-Shahihah : 3227).

Kepada siapakah Nabi Shallalallahu ‘alaihi wa Sallam mendoakan kebaikan jika tidak kepada sahabatnya? Dan masih banyak lagi riwayat-riwayat yang senada dan semakna. Dari dua hadits di atas, dapat kita tarik kesimpulan dengan tegas dan terang bahwa Mu’awiyah bin Sufyan Radhiyallahu ‘anhu adalah sahabat Nabi. Sebab, tatkala Nabi saw berkata demikian, hal ini menunjukkan bahwa Mu’awiyah hidup di zaman Rasulullah, bertemu dengan beliau dan mengimani beliau. Lantas, tidakkah ini menunjukkan bahwa Mu’awiyah ra adalah seorang sahabat Nabi yang mulia?!
Kesaksian Siapakah Yang Lebih Diterima?

Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani rhm beserta murid dan simpatisannya beranggapan bahwa Mu’awiyah bin Abi Sufyan bukanlah seorang sahabat. Sedangkan para Imam Ahlis Sunnah, seperti Ibnu ‘Abdil Barr dalam al-Isti’ab fi Ma’rifatil Ashhab, Ibnul Atsir dalam Usudul Ghabah fi Ma’rifatish Shahabah, ad-Dzahabi dalam Siyaru ‘Alamin Nubala’ , Ibnu Sa’d dalam ath-Thobaqotul Kubra, al-Mizzi dalam Tahdzibul Kamal, Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyqi, al-Khathib al-Baghdadi dalam Tarikhul Baghdad, Abu Nu’aim dalam Ma’rifati ash-Shahabah dan selain mereka, seperti al-Bukhari, ath-Thabari, Ibnu Qutaibah, Ibnul Jauzi, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Hibban, Syaikhul Islam, Ibnu Katsir, Ibnul ‘Imad, as-Suyuthi dan selain mereka, semuanya mengakui bahwa Mu’awiyah bin Abi Sufyan ra adalah salah seorang sahabat nabi yang mulia.

Al-Hafizh al-‘Alla`i rhm berkata dalam kitabnya Tahqiqu Munif ar-Rutbah (hal. 105) :“وكذلك روى أيضاً عن معاوية جريرُ بن عبد الله البجلي، وأبو سعيد الخدري, وعبد الله بن عمرو بن العاص، وعبد الله بن الزبير، ومعاوية بن خَديج، والسائب بن يزيد، وجماعة غيرهم من الصحابة ـ رضي الله تعالى عنهم ـ

.“Demikian pula, para sahabat juga meriwayatkan dari Mu’awiyah seperti : Mu’awiyah Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali, Abu Sa’id al-Khudri, ‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash dan sejumlah sahabat lainnya –semoga Alloh meridhai mereka semuanya-…”
Kesaksian al-‘Alla`i di atas menjelaskan bahwa para sahabat sendiri meriwayatkan dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, lantas bagaimana bisa beliau dikatakan bukan sebagai seorang sahabat Nabi saw.

Karena itulah Imam Muhammad bin Sirin rhm berkata :كان معاوية رضي الله عنه لا يتهم في الحديث عن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ“Mu’awiyah ra tidaklah tertuduh di dalam haditsnya dari Nabi saw.”Sa’id bin Ya’qub ath-Tholiqoni berkata : Saya mendengar ‘Abdullah bin Mubarak berkata :تراب في أنف معاوية أفضل من عمر بن عبد العزيز.“Debu di dalam hidung Mu’awiyah, lebih mulia dibandingkan ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz.”سئل المعافى بن عمران: أيهما أفضل معاوية أو عمر بن عبد العزيز؟ فغضب, وقال للسائل: أتجعل رجلاً من الصحابة مثل رجل من التابعين؛ معاوية صاحبه وصهره وكاتبه وأمينه على وحي اللهAl-Mu’afi bin ‘Imran ditanya : “Manakah yang lebih mulia, Mu’awiyah ataukah ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz?” Lantas al-Mu’afi pun marah dan berkata kepada sang penanya, “Apakah engkau hendak menjadikan salah seorang sahabat nabi sama seperti tabi’in. Mu’awiyah adalah sahabat, ipar, penulis wahyu dan kepercayaan Nabi saw.” [Lihat al-Bidayah wan Nihayah VIII/140]

Demikianlah kesaksian para imam dan ulama ahlus sunnah, lantas kesaksian siapakah yang lebih utama untuk diterima dan diambil?!!
Persyaratan definisi sahabat telah terhimpun pada Mu’awiyah bin Abi Sufyan ra. Bahwa beliau bertemu dengan Nabi saw dan beriman kepadanya, serta wafat dalam keadaan Islam. Dan inilah pendapat terpilih tentang definisi sahabat. Bahkan Rasulullah saw sendiri memuji dan mendoakan kebaikan untuk beliau, dan para sahabat mengambil riwayat beliau serta para ulama ahlus sunnah terdahulu menyaksikan keutamaan dan status sahabat beliau.

Sungguh amatlah aneh jika kita berpegang pada pendapat yang lemah dan syadz dan meninggalkan pendapat yang kuat dan masyhur. Beberapa Keutamaan Mu’awiyah ra- Beliau adalah Paman Kaum Muslimin. Hal ini oleh sebab saudari beliau, Ummu Habibah, adalah isteri Rasulullah saw.- Beliau adalah salah seorang sahabat yang diisyaratkan Nabi akan berperang di tengah lautan dan akan masuk surga.
Hal ini sebagaimana sabda Nabi saw :عن أم حرام قالت: قال رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ : ” أول جيش من أمتي يغزون البحر قد أوجبوا”

Dari Umu Haram ra beliau berkata, Rasulullah saw bersabda : “Pasukan pertama dari ummatku yang perang di lautan maka wajib baginya (surga).” [HR Bukhari : 2924]
Ibnu Hajar mengatakan : “Al-Muhallab berkata : “hadits ini menjelaskan keutamaan Mu’awiyah karena beliaulah orang pertama yang berperang di lautan.” Adapun lafazh “qod aujabu” (maka wajib atasnya) maksudnya adalah : melakukan perbuatan yang wajib atasnya surga.” [al-Fath VI : 120].-

Beliau adalah penulis wahyu dan kepercayaan Rasulullah saw.- Beliau didoakan memperoleh hidayah dan memberikan hidayah.- Beliau didoakan menguasai ilmu fiqh dan ilmu hitung.- Beliau adalah orang yang faqih. (Majalah Adz-Dzakhiirah)

Keempat :

a. Adanya tokoh provokator dalam sejarah

Di antaranya adalah tokoh Abdullah bin Saba`, seorang Yahudi dari Yaman yang berpura-pura masuk Islam. Peran orang ini sangat besar dalam memberi provokasi umat Islam yang tinggal di wilayah-wilayah yang jauh dari Madinah, di mana mereka masih baru saja masuk Islam dan belum lagi paham benar dengan ajaran Islam. Tokoh yang satu ini telah melakukan perjalanan panjang dari satu tempat ke tempat lainnya hanya untuk memprovokasi umat Islam.

Sayangnya oleh para gembong orientalis, tokoh macam ini diusahakan agar dihapus dari catatan sejarah, agar seolah yang bikin onar itu memang para shahabat sendiri. Padahal bukti keberadaannya tidak bisa dipungkiri dalam sejarah.
Tangan kotor Ibn Saba` ini jelas kelihatan nyata tatkala dia berhasil memprovokasi penduduk Mesir untuk membunuh Khalifah Utsman bin Affan ra. Namun ketika rombongan pembunuh Utsman dari Mesir bertemu langsung dengan Khalifah Utsman ra. dan mendapatkan penjelasan, mereka pun sadar bahwa mereka telah ditipu mentah-mentah oleh Ibnu Saba`.

Tapi Ibnu Saba` tidak kehabisan akal, dia membuat surat palsu seolah-olah Utsman ra. memerintahkan kepada gubernur Mesir untuk membunuh rombongan ini. Akhirnya untuk kedua kalinya mereka tertipu dan mengepung rumah Khalifah Utsman.

b. Jaringan Kerja Yang rapi

Dalam kerjanya, Ibnu Saba` yang mantan Yahudi ini ternyata tidak sendirian, dia berhasil mengkader SDM yang tangguh dari kalangan mawali (bekas budak) untuk menjalankan manhaj dan harakahnya.

Para mawali ini pun dulunya masuk Islam hanya sekedar menyelamatkan diri sebagai tawanan perang. Kerja mereka menghembuskan provokasi dan berita miring seputar diri khalifah Utsman radan mencari-cari kelemahannya. Misalnya isu nepotisme, korupsi dan bermegah-megahan yang ditujukan kepada kepribadian beliau dan keluarganya. Termasuk isu pergantian gubernur yang tadinya dipegang oleh shahabat senior menjadi para orang muda.

Namun semua tuduhan kosong itu berhasil ditepis oleh Khalifah Utsman ra, juga oleh para shahabat lainnya yang tahu betul apa yang terjadi. Sehingga para penuduh pun tahu persis dan sadar bahwa berita yang mereka terima itu tidak lain hanyalah provokasi rendahan.

Sehingga hanya mereka yang benar-benar bodoh dan tinggal di wilayah pinggiran serta jauh dari informasi saja yang mudah termakan dengan isapan jempol seperti itu.

c. Objek Provokasi

Ibnu Saba` beserta prajurit mawali-nya benar-benar pandai mencari mangsa untuk objek provokasinya. Mereka tidak mungkin berhasil kalau menyebarkan provokasi di pusat-pusat peradaban dan pemerintahan. Karena umat Islam ini umumnya melek berita dan paham betul tentang keshalehan khalifah yang mereka cintai itu.
Sebaliknya, objek provokasi ditujukan kepada orang-orang marginal, miskin, lemah, papa, dan hidup susah. Dahulu mereka adalah orang gurun pasir dengan temperamen kasar, nekad, tidak kenal basa-basi dan berpikir pragmatis (pikiran pendek). Sehingga tindakan mereka anarkis dan sama sekali tidak berdasarkan logika atau kajian yang matang.
Dengan mudah mereka main hunus pedang untuk urusan yang tidak jelas ujung pangkalnya.

Saran

Sekedar saran, kami anjurkan anda memperbanyak membaca buku yang menelanjangi orientalisme, khususnya yang berbicara masalah pembelaan terhadap umat Islam.
Salah satu buku yang anda bisa baca adalah karya Prof. Dr. Muhammad Amhazun yang judulnya Tahqiq Mawaqifus Shahabah Fil Fitnah. Alhamdulillah buku ini sudah diterjemahkan oleh Dr. Daud Rasyid MA dengan judul Fitnah Kubro, Tragedi pada masa shahabat, (Klarifikasi sikap serta analisa historis dalam perspektif ahli hadits dan Imam al-Tabari).

Kelima :

Telah masyhur dalam sejarah Islam bahawa selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w dan selepas terbunuhnya Khalifah al-Rasyidin yang ketiga; Usman bin Affan r.h, umat Islam berada dalam keadaan perpecahan dan perbedaan pendapat yang membawa kepada pertumpahan darah.
Sering dikatakan bahawa persengketaan yang berlaku dalam peperangan Jamal dan Siffin adalah persengketaan antara Sahabat-sahabat Rasulullah r.hum dan mereka ini berperang sesama sendiri.

Namun, berapakah jumlah Sahabat yang berperang sesama sendiri ini? Adakah semua Sahabat yang hidup ketika itu terlibat dalam persengekataan sesama sendiri ini? Syiah Rafidah mendakwa semua Sahabat menjadi kafir kecuali beberapa orang kerana mereka semua terlibat dalam pertumpahan darah ini. Benarkah sedemikian rupa?
Jawapan yang tepat dan tidak adalah dakwaan dan tuduhan jijik Rafidah ini adalah dusta sama sekali kerana para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim majoriti mereka tidak terlibat dalam pertempuran sesama sendiri ini.

Imam Muhammad bin Sirin r.h, salah seorang Tabiin yang menyaksikan persengketaan ini dengan dua matanya berkata:
هاجت الفتنة، وأصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم عشرة آلاف، فما حضرها منهم مائة، بل لم يبلغوا ثلاثين

Maksudnya: “Berlaku fitnah sedangkan jumlah para Sahabat Rasulullah s.a.w semuanya (yang masih hidup) ketika itu 10,000 (sepuluh ribu) orang, tidak ikut serta dalam fitnah itu daripada mereka kecuali 100 (seratus) orang bahkan mungkin tidak sampai 30 (tiga puluh) orang sekalipun”. [al-Bidayah wan Nihayah, 7/281].
Hal ini juga dapat dilihat dalam kitab-kitab sejarah Islam yang muktabar seperti al-Bidayah wan Nihayah oleh Ibn Kasir dan Tarikh al-Islam Imam al-Zahabi. Al-Imam Ibn Kasir r.h ketika menyenarikan nama-nama pembesar Sahabat yang terbunuh semasa peperangan Jamal menyebut hanya dua orang iaitu Talhah r.a dan al-Zubair r.a sedangkan kata Ibn Kasir r.h jumlah keseluruhan yang terbunuh dalam peperangan Jamal adalah 10,000 orang.

Bandingkan jumlah korban keseluruhan dengan jumlah Sahabat yang terkorban dalam peperangan Jamal ini, menunjukkan betapa sedikitnya Sahabat yang terlibat dalam peperangan ini.

Bahkan lebih menarik, Al-Zubair r.a tidaklah dibunuh di medan peperangan namun seorang Rafidah yang terlibat dalam pembunuhan Usman r.a mengekori beliau semasa beliau meninggalkan medan peperangan lalu si celaka ini membunuh beliau secara tipu muslihat ketika beliau sedang tidur reda Allah sebanyak-banyaknya atas beliau-Hawari Rasulillah s.a.w-.

Ketika berlaku peperangan Jamal ini, Saidina Al-Zubair r.a sebuah hadis Nabi s.a.w kepada beliau ketika Nabi s.a.w menemui beliau sedang duduk bersama Ali r.a lantas Nabi s.a.w bersabda: “Adakah kamu mencintainya wahai Zubair?” Jawab Zubair: “Apakah yang menghalangi aku untuk mencintainya?” Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Maka bagaimana pula keadaan kamu nanti ketika kamu memeranginya sedangkan kamu berlaku zalim kepadanya?”

Apabila beliau teringat akan hadis ini, maka Saidina Zubair r.a segera beredar daripada pertempuran dan bersumpah tidak akan memerangi Ali r.a. [al-Bidayah wan Nihayah, 7/268-269].

Demikian juga telah tsabit semua Sahabat ridwanullahi ‘alaihim yang terlibat dalam peperangan Jamal ini menyesal dan mengaku mereka bersalah dalam tindakan mereka dan terjadi perdamaian antara mereka sebaik sahaja selesai peperangan.
Imam al-Sya’bi r.h begitu mengingkari ramainya Sahabat yang terlibat dalam peperangan Jamal sehingga beliau berkata:

لم يشهدها إلا علي، وعمار، وطلحة، والزبير من الصحابة

Maksudnya: “Tidak turut serta dalamnya (perang Jamal) melainkan Ali, Ammar, Talhah, dan al-Zubair daripada Sahabat”. [Tarikh al-Islam, 3/484]
Malah riwayat-riwayat sejarah lainnya menyatakan para Sahabat yang turut serta bersama Ali r.a dalam peperangan Jamal ini tidak lebih daripada 1000 sahabat sahaja sedangkan seperti kata Ibn Sirin r.h jumlah Sahabat yang masih hidup ketika itu adalah 10,000 orang. Bayangkan terdapat 9000 lagi sahabat ridwanullahi ‘alaihim tidak menyertai fitnah yang terjadi ini.

Sudahlah bilangan Sahabat yang turut serta ini sedikit, peperangan yang berlaku pula bukan berpunca daripada mereka ridwanullahi ‘alaihim sebagaimana yang ditegaskan para sejarawan Islam. Berkata Imam al-Zahabi r.h menyatakan pendapat para Ahli Sejarah:
اصطف الفريقان، وليس لطلحة ولا لعلي رأسي الفريقين قصد في القتال، بل ليتكلموا في اجتماع الكلمة، فترامى أوباش الطائفتين بالنبل، وشبت نار الحرب، وثارت النفوس
Maksudnya: “Kedua-dua pasukan berada dalam barisan dan tiada niat dalam diri Talhan dan Ali, ketua kedua-dua pasukan untuk berperang bahkan untuk berbincang untuk menyatukan suara lalu sekelompok orang daripada kedua-dua pihak mula melontarkan lembing maka menyala lah api peperangan dan berkobarlah jiwa…”.[Tarikh al-Islam, 3/486].

Jelas kalimah أوباش menunjukkan yang memulakan peperangan adalah kaum yang tidak diketahui dan bukanlah daripada kalangan Sahabat sendiri bahkan mereka itu sangat berusaha untuk menyatukan kaum muslimin, bahkan Aisyah r.ha Ummul Mukmini sendiri ketika memujuk Kaab bin Sur keluar bersamanya ke Jamal berkata: “Sesungguhnya tujuanku hanyalah untuk memperbaiki antara manusia”.

Bahkan Kaab bin Sur al-Azdi r.h (Abu Nuaim r.h memasukkan beliau dalam kalangan Sahabat) keluar sebagai pemegang tali unta Ummul Mukminin membawa Mushaf dan perisai saja dan sepanjang peperangan beliau mengajak manusia supaya berdamai namun dia terbunuh terkena panah sesat (dan kita tidak meragui kemungkinan besar kaum Sabaiah –Rafidah- yang memanah beliau kerana tidak mau peperangan dihentikan).
Demikian juga Muslim al-Juhani r.h daripada pihak Ali r.a diarahkan oleh Ali r.a untuk mengarak Mushaf dan menyeru supaya mereka berhenti berperang dan kembali kepada hukum al-Quran namun dia juga dibunuh bahkan dikatakan orang pertama yang terbunuh.

Lihat, para Sahabat dalam peperangan Jamal ini sentiasa berusaha untuk menghentikan peperangan yang bukan mereka mulakan. Maka Laknat Allah atas tangan-tangan tersembunyi di sebalik kejadian ini yang tidak lain tidak bukan pengikut Abdullah bin Saba’, pengasas ajaran Syiah.

Berpindah pula kepada fitnah yang kedua iaitu peristiwa Siffin yang berlaku antara Saidina Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a.

Berkata al-Imam Ahmad bin Hanbal r.h: Menceritakan kepada kami Umayyah bin Khalid, dikatakan kepada Syu’bah: Ibn Abi Syaibah telah meriwayatkan daripada al-Hakam daripada Abdul Rahman bin Abi Laila berkata: “Turut serta dalam peperangan Siffin daripada Ahli Badar 70 (tujuh puluh) orang”. Berkata Syu’bah: “Abu Syaibah salah, kami telah berdiskusi dengan al-Hakam berkenaan perkara ini dan kami tidak dapati Ahli Badar yang menyertai Siffin kecuali Khuzaimah bin Tsabit[1]”. Dikatakan juga turut serta dalam Siffin daripada Ahli Badar, Sahl bin Hunaif r.a dan Abu Ayyub al-Ansari r.a. [al-Bidayah wan Nihayah, 7/281].

Al-Zahabi r.h menukil daripada Khalifah bahawa Sahabat Ahli Badar yang menyertai Siffin bersama Ali r.a adalah: ‘Ammar bin Yasir, Khawat bin Jabir, Sahl bin Hunaif, Abu Saad al-Sa’idi, Abul Yusr, Abu Rifa’ah al-Ansari dan Abu Ayyub al-Ansari.

Sahabat yang bukan Ahli Badar pula adalah: Khuzaimah bin Tsabit, Qais bin Saad bin Ubadah, Abu Qatadah, Sahl bin Saad al-Sa’idi, Qurzah bin Kaab, Jabir bin Abdullah, Ibn Abbas, al-Hasan, al-Husein, Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Uqbah bin ‘Amir, Abu ‘Ayyash al-Razki, ‘Adi bin Hatim, al-Asy’as bin Qais, Sulaiman bin Surad, Jundub bin Abdullah, dan Jariah bin Qudamah”.

Lihat jumlah Sahabat yang menyertai peperangan Siffin ini boleh dibilang dengan jari saja wahai kaum Muslimin sekalian, masih terdapat beribu-ribu Sahabat lain lagi yang tidak turut serta dalam peperangan ini.

Adapun riwayat daripada Abdul Rahman bin Abza r.a:
شهدنا مع علي ثمانمائة ممن بايع بيعة الرضوان، قتل منهم ثلاثة وستون رجلاً، منهم عمار
Maksudnya: “Kami menyertai Ali bersama 800 orang yang berbaiat dalam Baiat al-Ridwan, terbunuh antara mereka 360 lelaki antaranya Ammar”. [Tarikh al-Islam, 3/545].

Riwayat ini munkar kerana perawinya: Yazid bin Abdul Rahman adalah Abu Khalid al-Dalani kerana dia sahaja bernama Yazid bin Abdul Rahman yang mempunyai riwayat yang diriwayatkan oleh Abdul Salam bin Harb.

Yazid ini dihukum Layyin oleh Ibn Adi dalam al-Kamil fid Dhu’afa’ dan cukuplah menjelaskan kedaifannya dengan disenaraikan dalam al-Kamil, kitab yang khusus menceritakan perawi yang daif sahaja dan Syuraik berkata: “Dia seorang Murjiah, kami berlindung dengan Allah daripadanya”. [Lihat al-Kamil, 7/277-278 dan al-Tarikh al-Kabir , al-Bukhari, 8/346-347].

Maka jelas kepada kita jumlah Sahabat yang terlibat dalam peperangan Siffin tidak sampai beberapa kerat sahaja, maka di manakah kesahihan tohmahan Rafidah bahawa ‘SEMUA SAHABAT KECUALI BEBERAPA KERAT’ kafir mereka kerana berperang sesama sendiri??

Kemudian, adakah mereka yang terlibat dalam peperangan Kafir? Demi Allah, sama sekali tidak kerana Nabi s.a.w telah menamakan mereka sebagai MUSLIMIN sebagaimana dalam sabda baginda:

إنَّ ابني هذا سَيِّدٌ ، ولعَلَّ اللهَ أَنْ يُصلِحَ به بَيْنَ فِئتَينِ عَظِيمَتَينِ من المسلمين

Maksudnya: “Sesungguhnya anak ku ini (yakni al-Hasan bin Ali r.hma) adalah Sayyid (penghulu), mudah-mudahan Allah akan membaikkan dengannya dua puak yang besar daripada Muslimin”. [al-Bukhari].

Hadis ini mengisyaratkan islah yang dilakukan oleh Saidina al-Hasan r.a dengan menyerahkan jawatan Khalifah kepada Saidina Muawiyah r.a yang dengan itu kaum muslimin berkumpul semula di bawah satu Khilafah dan dinamakan tahun itu sebagai ‘Tahun Jamaah’.

Jelas dan terang lagi bersuluh Nabi s.a.w menamakan kedua-dua kumpulan yang menyokong Ali r.a dan Muawiyah r.a sebagai MUSLIMIN, maka siapakah Rafidah sehingga berani-berani sahaja mengkafirkan para Sahabat Nabi s.a.w. Sungguh rahmat dan reda Allah tidak putus-putus mencurah ke atas para Sahabat Rasulullah s.a.w dan tidak putus-putus pula laknatNya atas kaum Rafidah yang zalim dan fasiq ini.

No comments:

Post a Comment