Sikap Syiah Terhadap Nabi, Khalifah & Ahli Sunnah
Syiah mengkafirkan para sahabat terutamanya Abu Bakr, Umar, Uthman dan para Salaf as-Soleh terutama yang berada dikurun mufadhalah. Tidak seorang sahabatpun yang selamat dari caci maki Syiah. Mereka mengkafirkan semua Ahli Sunnah. Ini dapat dibuktikan melalui kitab-kitab dan pengakuan para Imam mereka yang tidak boleh dinafikan lagi. Para ulama Syiah yang terang-terang mengkafirkan dan memaki para sahabat antara mereka ialah:
1. Maula Ali bin Husin berkata: Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin berkenaan Abu Bakr dan Umar maka dia berkata: Keduanya kafir dan sesiapa mencintai keduanya adalah kafir.[1]
2. Para sahabat selain Ali tidak sempurna dan tidak menghafal hukum-hukum Islam. Mereka tidak bersahabat dengan Nabi kecuali untuk kepentingan dunia bukan untuk agama dan menyebarkan agama.[2]
3. Berkata Majlisi: Tidak mensolatkan mayat musuh kita bukan kerana dia Jabariyah, Ahli Sunnah, Muktazilah atau Khawarij, tetapi adalah kerana tidak mengakui keimamam Syaidina Ali. Jika terpaksa mensolatkan maka solatlah dengan bertaqiyah agar dapat melaknatnya di takbir yang ke empat.[3]
4. Menurut Khomeini: Iman seorang Syiah tidak sempurna kecuali setelah berbeza (menentang) Ahli Sunnah.[4] Menurutnya lagi: Apabila seorang Ahli Sunnah bersemangat mengamalkan ibadah maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan.[5]
5. Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu adalah syaitan menurut Syiah.[6]
6. Tarikh 9hb Rabiulawal iaitu hari terbunuhnya Umar bin Al-Khattab telah dijadikan sebagai Hari Raya bagi Syiah.[7]
7. Mengahwini (menikahi) perempuan Yahudi lebih utama daripada menikahi perempuan Ahli Sunnah.[8]
8. Seorang Syiah diharamkan dari menikahi seorang wanita Ahli Sunnah, begitu juga diharamkan wanita Syiah menikahi lelaki Ahli Sunnah.[9]
9. Seluruh Ahli Sunnah adalah najis, lebih buruk dari Yahudi, Nasrani dan Majusi.[10]
10. Bermakmumkan Ahli Sunnah adalah tidak sah.[11]
11. Nikmatulah al-Jazairi berkata: Kita tidak boleh bersatu dengan Ahli Sunnah dengan satu Tuhan, satu Nabi dan satu Imam.[12]
12. Menurut Khomeini: Dan sesungguhnya yang terpenting dari mazhab kami ialah para aimmah kami mempunyai kedudukan (makam atau darjat) yang tidak diperolehi (tidak boleh dicapai) oleh malaikat yang paling hampir dengan Allah (Jibril) atau para nabi yang telah diutus.[13]
13. Di dalam al-Kafi disebutkan hadis yang bertujuan menghina dan mengkafirkan Amirul Mukminin iaitu: Saya bertanya kepada Abu Ja’far berkenaan asy-Syaikhan (Abu Bakr dan Umar) beliau berkata: Mereka meninggal dalam keadaan tidak bertaubat (kepada Ali bin Abi Talib). Mereka memperolehi laknat dari Allah, para malaikat dan manusia keseluruhannya. Na’uzu billahi min zalik.[14]
14. Setelah wafatnya Nabi semua para sahabat Nabi telah murtad, kecuali tiga orang sahaja iaitu al-Miqdad bin al-Aswad, Salman al-Farisi dan Abu Dzar al-Ghifari.[15]
15. Diriwayatkan dari Fudail bin Yasar dari Abu Ja’far bahawa ia berkata: Sesungguhnya ketika Rasulullah wafat, orang-orang kembali menjadi jahiliyah kecuali empat orang iaitu Ali bin Abi Talib, al-Miqdad, Salman dan Abu Dzar.[16]
16. Nikmatullah al-Jazairi berkata: Dinukil dari riwayat khusus bahawa syaitan akan dibelenggu dengan tujuh puluh belenggu dari besi Jahanam. Lalu diheret ke Masyar, kemudian kelihatan seorang lelaki yang diazab oleh malaikat, lehernya dibelenggu dengan seratus dua puluh belenggu dari jahanam. Syaitan menghampirinya dan berkata: Apakah yang dilakukan orang celaka ini (Umar) sehingga azabnya melebihi azabku? Sedangkan aku telah menyesatkan manusia dan membawa kepada kebinasaan? Umar berkata: Aku tidak melakukan kesalahan kecuali aku merampas kekhalifahan Ali.[17]
17. Nikmatullah al-Jazairi berkata tentang Abu Bakr: Dahulu Abu Bakr bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tetapi masih menggantung berhala di lehernya yang disembunyikan dalam pakaiannya. Ketika sujud tujuannya adalah sujud kepada berhala tersebut. Dia melakukannya sehingga Rasulullah wafat. Lalu mereka menampakkan apa yang dahulu mereka sembunyikan dalam hati.[18]
Keseluruhan qaul, fatwa dan kenyataan yang dikeluarkan oleh para ulama Syiah ini terus terang telah mencela, mencerca, menghina, memaki hamun dan mengkafirkan Ahli Sunnah wal-Jamaah sejak zaman para sahabat radiallahu ‘anhum sehinggalah ke hari kiamat.
Perbandingkanlah semuanya itu dengan dalil-dalil al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang dinukil di bawah ini:
وَالسَّابِقُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَاْلأَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْاهُمْ بِإِحْسَانْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ وَاَعَّدَ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ تَحْتَهَا اْلأَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فَيْهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمِ.
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”.[19]
Ayat di atas ini menjelaskan tentang keredaan Allah terhadap para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dan mendapat syurga serta kekal di dalamnya. Mereka mendapat kejayaan yang besar tetapi sebaliknya Syiah melaknat dan mengkafirkan mereka. Ini bermakna Syiah telah menolak beberapa ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih antaranya seperti hadis di bawah ini:
لِلْفُقَرِآءِ الْمُهَاجِرِيْنَ الَّذَيْنَ أُخْرِجُوْا مِنْ دِيَارِهْمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُوْنَ فَضْلاً مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ أوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُوْنَ.
“(Juga) bagi para fuqara yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan keredaanNya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar”.[20]
Di ayat ini pula Allah mengangkat darjat para sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah sebagai orang-orang yang benar (as-sadiqun) tetapi Syiah menganggap mereka sebagai orang kafir. Bagaimana hukumnya orang-orang yang menolak ayat ini dan mengkafirkan para sahabat? Sudah pasti Syiah itulah sebenarnya yang kafir. Firman Allah:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا.
“Dan demikianlah Kami menjadikan kamu umat yang adil dan pilihan”.[21]
Allah ‘Azza wa-Jalla menjadikan para sahabat dan orang-orang yang beriman sebagai umat yang adil dan pilihan tetapi Syiah telah menjadikannya sebagai orang-orang kafir. Apakah Ikhwanul Muslimin telah membutakan mata hatinya tentang kedudukan ayat ini? Tidak tahukah mereka bahawa Syiah telah melaknat dan mengkafirkan para sahabat? Patutkah mereka bersatu dan menerima akidah Syiah yang sudah jelas menyeleweng? Allah berfirman:
كًنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجِتْ لِلنَّاسِ.
“Kamu sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia”.[22]
Allah ‘Azza wa-Jalla mengangkat para sahabat dan orang-orang beriman sebagai sebaik-baik umat tetapi Syiah menjatuhkan martabat mereka sebagai orang kafir dan dilaknat. Bagaimanakah akidah seseorang yang tidak mengkafirkan Syiah sedangkan Syiah telah mengkafirkan para sahabat? Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَ الَّذِيَنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ.
“Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya dan kemudian orang-orang yang sesudahnya”.[23]
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengangkat para sahabatnya, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in sebagai sebaik-baik umat tetapi Syiah menganggap sebagai sekeji-keji umat. Apakah seseorang itu boleh menolak hadis sahih ini kemudian membela, mempertahan dan tolong-menolong dengan Syiah dalam bab-bab yang berkaitan dengan agama?
Dan fahamilah hadis-hadis sahih seterusnya yang menjelaskan tentang kemuliaan para sahabat:
إِنَّ اللهَ اخْتَارَ أَصْحَابِيْ عَلَى الثَّقَلَيْنِ سِوَى النَّبِيِّيْنَ وَالْمُرْسَلِيْنِ.
“Sesungguhnya Allah telah memilih para sahabatku atas semua jin dan manusia kecuali para nabi dan para rasul”.[24]
أَكْرمُوْا أَصْحَابِيْ فَإِنَّهُمْ خِيَارُكُمْ.
“Muliakanlah para sahabatku kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang terbaik antara kamu”.[25]
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلُفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ مِنْ بَعْدِيْ.
“Hendaklah kamu kembali kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku”.[26]
مَا أَنَا عَلَيْهِ الْيَوْم وَأَصْحَابِيْ
“(Yang selamat) ialah orang yang mengikut apa yang aku di atasnya dan para sahabatku”.[27]
لاَ تَسُبُّوْا أَصْحَابِيْ ، فَلَوْ أَنَّ أَحَدكُمْ أَنْفَقَ مِثْل أُحُدٍ ذَهَبًا ، مَا بَلَغَ مُدّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نصِيْفَهُ.
“Janganlah kamu mencerca para sahabatku, seandainya salah seorang dari kamu berinfaq sebesar gunung Uhud tidaklah ia mencapai ganjarannya satu mud bahkan tidak pula mencapai setengah darinya”.[28]
اَلْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ.
“Seorang Muslim (yang baik) adalah seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dari lidah dan tangannya”.[29]
Lidah (mulut) atau kata-kata orang-orang Syiah amat petah dalam memaki hamun, melaknat dan mengkafirkan para sahabat. Apakah para tokoh Ikhwanul Muslimin tidak mencernakan hadis-hadis berikut di hati mereka? Islam tidak menghalalkan seseorang mengkafirkan seseorang yang tidak dikafirkan oleh syara. Rasulullah bersabda:
مَنْ دَعَا رَجُلاً بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ : عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلاَّ حَارَ عَلَيْهِ.
“Barangsiapa memanggil seseorang dengan panggilan kafir atau berkata: Engkau musuh Allah sedangkan dia tidak kafir maka perkataan tersebut kembali (terpantul) kepada Si Pemanggil”.[30]
لاَيَرْمِيْ رَجُلٌ رَجُلاً بِالْكُفْرِ اَوْ بِالْفسْقِ إِلاَّ ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ.
“Janganlah seseorang itu menuduh seorang yang lain dengan tuduhan kafir atau fasik kerana perkataan itu akan kembali kepadanya sekiranya orang yang dituduh itu tidak sebagaimana yang dituduh”.[31]
إذَا قَالَ الرَّجُلُ ِلأَخِيْهِ يَاكَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا فَإِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَإِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيْهِ.
“Apabila seseorang berkata kepada saudaranya: Wahai Si Kafir, maka sesungguhnya perkataan itu kembali kepada salah seorang dari keduanya! Sekiranya orang itu tidak layak dipanggil kafir maka perkataan itu akan kembali kepada dirinya sendiri”.[32]
لَعَنَ الْمُؤْمِنِ كَقَتْلِهِ.
“Melaknat seorang mukmin adalah sama seperti membunuhnya”.[33]
مَنْ لَعَنَ شَيْئًا لَيْسَ بِأَهْلِهِ رَجَعَتِ الْلَعْنَةَ عَلَيْهِ.
“Sesiapa melaknat sesuatu yang bukan ahlinya, laknat tersebut akan kembali ke atasnya”.[34]
سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوْقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ.
“Memaki hamun seorang muslim adalah fasik dan membunuhnya adalah kufur”.[35]
Ternyata golongan Syiah telah melanggar kesemua hadis-hadis sahih di atas. Kitab-kitab besar yang menjadi rujukan utama Syiah dipenuhi dengan bermacam-macam fitnah yang dilontarkan kepada Ahli Sunnah wal-Jammah yang digelar sebagai “Nasibi” yang dianggap sebagai pembangkang (penentang) Ali yang telah kafir.
Malangnya golongan Ikhwanul Muslimin masih bermati-matian ingin menyatukan Syiah dengan Sunnah, menganggap mereka seperti mazhab-mazhab Islam yang lain sedangkan tidak dibenarkan menyatukan orang-orang Islam dengan orang-orang kafir.
Lindungilah agama Islam yang progresif ini dari dicemari dan dicabuli oleh ideologi Syiah dan kesyirikannya.
[1]. Bihar al-Anwar. 2/216.
[2] . Lihat: Aqidah asy-Syiah was-Sahabah. Maulah.
[3] . Lihat: Mir’atul Uqul 4/72-73.
[4] . Lihat: al-Hukumat al-Islamiyah. Hlm. 83, Khomeini.
[5] . Ibid.
[6] . Lihat: al-Anwar an-Nu’maniyah 1/80.
[7] . Lihat: Ibid.
[8] . Lihat: al-Mahasin an-Nafsaniyah. Hlm. 154, Husin Usfur.
[9] . Ibid.
[10] . Lihat: al-Anwar an-Nu’maniyah. 1/108.
[11] . Lihat: al-Khomeini wat-Taqiyah.
[12] . Lihat: al-Anwar an-Nu’maniyah 1/278.
[13] . Lihat: al-Hukumat al-Islamiyah hlm. 52, Khomeini.
[14] . Lihat: Syarah al-Kafi. Hlm. 20. (XX1/321-322), Kulaini.
[15] . Lihat: Raudatul Kafi, al-Kulaini.
[16] . Lihat: Tafsir al-Aiyasyi 1/199. al-Burhan 1/319 dan as-Safi 1/305.
[17] . Lihat: al-Anwar an-Nu’maniyah 1/81-82.
[18] . Ibid. 2/111.
[19] . at-Taubah. 9:100.
[20] . al-Hasyr. 59:8.
[21] . al-Baqarah. 2:143.
[22] . Ali Imran. 3:110.
[23] . Hadis Muttafaqun ‘alaihi. Bukhari 2652. Muslim 2533 (211).
[24] . H/R Bazzar dalam Musnadnya. Disebut oleh Ibn Hajar dalam al-Isabah 1/21-22. Beliau berkata: Para perawinya dipercayai. Disebut oleh al-Haitami dalam
Majma’ az-Zawaid 10/16.
[25]. H/R Baihaqi dalam “al-Iktiqad” 320. al-Khatib dalam “Tarikh Baghdad” 6/57.
Disebut oleh al-Albani dalam “Silsilah as-Sahihah” 3/109 dan dalam “Sahih al-
Jami”. 2/345.
[26] . H/R Ahmad 4/126-127. Abu Daud 5/13. Turmizi dalam Syarah Tuhfatul
Ahwazi 7/438. Ibn Majah 1/15 dalam Muqaddimah. al-Hakim dalam Kitabul
Ilmi 1/95-97. Disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah 2/647.
[27] . H/R Turmizi dalam Kitab al-Iman 2641. 5/25-26.
[28] . H/R Bukhari dan Muslim.
[29] . H/R Bukhari 1/54. Dan Muslim 1/65.
[30] . H/R Bukhari 3246. Muslim 93. Dan Ahmad 20492.
[31] . H/R Bukhari 6045 dan 5585.
[32] . H/R Bukhari 5639. Muslim. 91. Turmizi 256. Dan Ahmad 4404.
[33] . H/R Bukhari 5640.
[34] . H/R Abu Daud 426 dan Turmizi 1901.
[35] . H/R Bukhari 46. Muslim 97. Dan Turmizi 1906.
No comments:
Post a Comment