Friday, June 24, 2011

SIAPAKAH SYIAH DAN ABDLLAH BIN SABA'

Siapa syiah dan Abdullah Bin Saba’?

Jika dicetuskan soalan, mengapa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti imam as-Syafie, Hambali, Maliki, Hanafi, Ibn Taimiyah dan begitu ramai para ulama Salaf yang menolak serta mengkafirkan Syiah (dikenali juga dengan sebutan Rafidhah)? Persoalan dan isu ini hanya akan terjawab apabila kita merujuk kepada kitab-kitab Salaf atau kitab-kitab para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang telah mendedahkan kebatilan Syiah, dimana kitab-kitab tersebut telah menjelaskan hakikat kesesatan Syiah sama ada pada akidah, ibadah, akhlak atau amalan-amalannya.

Definisi dan pengertian Syiah: Menurut etimologis: Syiah bermaksud pengikut, pendukung atau penyokong. Menurut terminologi pula ialah: Sesiapa yang hanya mengangkat keimamam, kepimpinan atau kekhalifahan dan keimaman Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu dan Ahli Bait.

Pengertian Tasyaiyu’(التشيع) menurut etimologis ialah: Berittiba’ (patuh dan mentaati) secara agama dan mengangkat (berwala’) kepada orang yang ditaati dengan penuh keikhlasan tanpa berbelah bagi untuk menjadi penganut syiah

Para Ulama Ahli Sunnah menolak fahaman Syiah dan Tasyaiyu’ kerana mazhab, ajaran atau fahaman ini bukan dari Islam. Ada pun perbezaan pokok antara Ahli Sunnah wal-Jamaah dengan Syiah tidak terletak pada tata-cara ibadahnya yang bersetatus furu’ melainkan pada perkara usul atau akidah yang berupa asas.

Sebenarnya Syiah adalah kelahiran dari (ciptaan) musuh Allah yang terlaknat iaitu Yahudi. Syiah merupakan perancangan (konspirasi) Yahudi yang telah dijayakan oleh seorang lelaki Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ dengan cara mengkultuskan (mensucikan) Ali bin Abi Talib dan Ahli Bait.

Abdullah bin Saba’ adalah seorang Yahudi dari San’a, Yaman. Si Munafik ini datang ke Madinah dimasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan radiallahu ‘anhu dengan berpura-pura sebagai seorang yang alim. Dialah juga perancang terhadap pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan dan membangkitkan hura-hara dalam kalangan para sahabat radiallahu ‘anhum.

Ramai para penulis dan para ulama Syiah mengakui adanya seorang lelaki utusan Yahudi ini (Abdullah bin Saba’). Antara para ulama Syiah yang membenarkan wujudnya Abdullah bin Saba’ ialah: Sa’ad bin Abdullah al-Qummi ( Usul Mazahib as-Syiah al-Imamiyah al-Ithna Asyariyah. 1/74.), an-Naubakhti ( at-Thusi, al-Fihris hlm. 75.), Abdullah an-Nasyi’ al-Akbar ( Masail Imamah, W 293.), Abdullah al-Mamaqani ( Tanqih al-Maqal, W. 1351.) Muhammad Husin al-Zain ( Lihat: asy-Syiah fit Tarikh. Hlm. 213.), dan ramai lagi. Oleh itu, kewujudan Abdullah bin Saba’ bukanlah suatu rekaan.

Fitnah Yang Dicetuskan Oleh Abdullah Bin Saba’

Abdullah bin Saba’ adalah seorang munafik berbangsa Yahudi. Beliau menyelinap ke dalam masyarakat Islam dan melahirkan keIslamannya kemudian menyembunyikan kekafirannya kerana bertujuan untuk mencetuskan berbagai-bagai makr (penipuan), talbis (perangkap), tadlis (pembohongan) dan fitnah demi untuk menghancurkan Islam dari dasar akidah dan syariatnya.

Antara fitnah-fitnah dan diayah keji yang telah ditabur oleh Abdullah bin Saba’ ialah:

1. Mendiayahkan bahawa Ali bin Abi Talib telah menerima wasiat sebagai Khalifah Rasulullah ( Lihat: Firaq asy-Syiah. Hlm. 44. an-Naubakhti. )

2. Mendakwa bahawa Ali bin Abi Talib pencipta segala makhluk dan pemberi rezeki.( Lihat: Tahzib at-Tarikh ad-Dimsyaki. Juz 7. hlm. 430.)

3. Mencipta pembohongan bahawa Ali bin Abi Talib tidak mati, dia tetap hidup di awang-awangan. Petir adalah pekikan Ali ketika marah dan kilat adalah cemeti Ali.( Lihat: al-Faraq Baina al-Firaq. Hlm. 234. al-Baghdadi.)

4. Menuduh Abu Bakr, Umar bin Khattab dan Uthman bin Affan radiallahu ‘anhum sebagai orang-orang zalim (kafir) kerana merampas hak khalifah Ali setelah wafatnya Rasulullah. Dan semua umat yang membaiah khalifah diketika itu adalah kafir.( Firaq asy-Syiah. Hlm. 44. an-Naubakhti.)

5. Para roh suci atau roh al-Qudus berinkarnasi ke dalam diri para Imam Syiah. . ( Lihat: al-Bad’u wat-Tarikh. 5/129.)

Para pembaca sewajarnya berusaha membaca buku-buku tulisan para ulama Ahli Sunnah (antaranya) seperti buku-buku yang ditulis oleh Prof. Dr. Ihsan Ilahi Zahiri. Para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mendedahkan semua rahsia penipuan, pembohongan dan bahayanya gerakan Syiah. Rancangan kotor dan jahat mereka bermula sejak diwujudkan gerakan Syiah. Mereka telah merancang untuk menghapuskan Ahli Sunnah wal-Jamaah. Pendedahan dan pembongkaran tentang batil dan bahayanya fahaman Syiah juga telah diusahakan oleh Prof. Dr. Ihsan Ilahi Zahiri di dalam buku “Asy-Syiah wa-Ahlul Bait”( Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan tajuk“Syiah Berbohong Atas Nama Ahlul Bait”. Alihbahasa Bey Arifin & Mu’ammal Hamidi. Terbitan PT. BINA ILMU. Surabaya.)

No comments:

Post a Comment