Tuesday, January 10, 2012

SYIAH ZAIDIYAH ADALAH AHLI BID'AH DAN SESAT

Syiah Zaidiyyah atau disebut Al-Hadawiyah merupakan salah satu firqah daripada firqah Al-`Adliyah Al-Qadariyah yang berpegang dengan akidah Al`Adl,iaitu mereka menafikan khalq( ciptaan) Allah Ta`ala pada af`alul `ibad( perbuatan hamba) kononnya atas dakwaan mereka ingin menafikan al-Jabr( -pegangan Jabariyah-bahawa hamba dipaksa oleh Allah dalam perbuatan mereka ) sebagaimana mereka menafikan nas-nas sifat-sifat Zatiyah dan Fi`liyyah.

Namun begitu mereka dianggap oleh sebahagian Ulama` firaq sebagai firqah Syiah yang paling hampir dengan Ahli Sunnah wal Jamaah,dimana mereka menyifatkan mazhab mereka sangat jauh daripada sikap ghuluw(melampau) Syiah Imam Dua Belas(Imamiah) sebagaimana sikap mereka yang disandarkan kepada pengasas mereka iaitu Zaid bin `Ali Zainul `Abdin (wft 80-122H) yang mengiktiraf keimaman Abu Bakar,`Umar dan Uthman dan mereka tidak mengkafirkan para sahabat Nabi kecuali setelah beberapa lama telah berlaku penyelewengan iaitu mereka menyeleweng daripada prinsip-prinsip serta asas-asas yang telah dibina oleh pengasas mereka Zaid bin `Ali, mereka menolak Khalifah Abu Bakar dan `Umar mereka berlepas diri daripada Uthman dan mereka ber`itiqad dengan akidah Raj`ah(kebangkitan semula sebelum kiamat), Kemaksuman Imam-imam dan mereka dalam hal ini akhirnya menyamai Rafidhah(Imamiah)

Walau bagaimanapun mereka tetap dikategorikan sesat oleh para Ulama` Islam kerana antara usul Akidah dan furu`mereka:

1) Condong kepada akidah muktazilah dalam masalah berkaitan zat Allah,dan pilihan dalam amalan,serta hukum berkenaan pelaku dosa besar,dan mereka menyamai pendapat muktazilah dalam masalah Manzilah baina manzilatain.

2) Mereka membolehkan al-Imamah pada kesemua anak-anak Fatimah,sama ada daripada keturunan Al-Imam Al-Hasan atau Al-Hussain .

3) Kebanyakan mereka mengakui akan keimaman Abu Bakar dan `Umar ,mereka tidak melaknat keduanya sebagaimana yang dilakukan oleh Rafidhah.

4) Mereka tidak membenarkan nikah Mut`ah dan mereka mengingkarinya.

5) Mereka berpandangan sama dengan Syiah Rafidhah dalam zakat Al-khumus dan bolehnya Taqiyyah dalam keadaan terpaksa.

6) Dalam azan mereka ditambah dengan kalimah " Hayya `ala khairil `amal" yang menyamai Syiah Rafidhah.

7) Mereka berpandangan Solat Tarawih adalah Bid`ah dan hal ini menyamai Syiah Rafidhah.

8) Mereka menolak solat dibelakang imam yang fajir(zalim).

9) Mereka tidak mengimani akidah Mahdi Al-Muntazar.

10) Mereka berpandangan bahawa wajibnya keluar memberontak ke atas imam yang zalim dan tidak wajib taat kepada mereka.

Rujukan: Al-Mausu`ah Al-Muyassarah Fi Al-Adyan Wal Mazahib Wal Ahzab Al-Mu`asarah, jilid 1 hlm 76


Kesimpulannya Syiah Zaidiyyah termasuk daripada firqah yang terkeluar daripada Ahli Sunnah kerana perbezaannya dengan ahli Sunnah dalam masalah Akidah dan condongnya mereka kepada akidah muktazilah,namun mereka jika dibandingkan dengan Imamiah lebih dekat dengan Ahli Sunnah.Ulama` Hadith Yaman Syeikhuna Yahya Al-Hajurri hafizahullah juga pernah menyatakan bahawa kebanyakan Syiah hari ini yang mendakwa dan menisbahkan diri mereka adalah Zaidiyyah sebenarnya sudah terpengaruh dengan Akidah Imamiah Rafidhah,hal ini terbukti dengan realiti yang berlaku di Yaman,namun kita tidak menafikan masih ada mereka yang berpegang dengan Zaidiyyah terutama di Yaman,namun kebanyakannya sudah terpengaruh dengan akidah Syiah Imamiah atau Rafidhah atau dikenali juga dengan Al-Jarudiyyah.

1 comment:

  1. Zaidiyyah yg masih berpegang kepada ajaran asli Imam Zaid serta menjaga amanah2 Beliau.... MASIH ADA !!! (Zaidiyyah Salaf)

    ReplyDelete