Tuesday, December 20, 2011

esus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit – Bahagian 3

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit – Bahagian 3

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Tiba kita ke bahagian ke 3 berkenaan dengan hujjah2 bahawa Nabi Isa / Yesus a.s TIDAK DISALIB malahan beliau diangkat ke langit dan ditukarkan rupanya oleh Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa. Sebarang komen adalah dialu2kan dan diharap agar kita dapat berdialog secara ilmiah dengan beradab sopan dan beretika. Dan ketahuilah, saya tidak berniat untuk menghina dan merendah2kan agama Kristian apa lagi Yesus kerana Yesus adalah nabi kami yang mulia juga. Kerana rasa tanggungjawab dan sayang kepada anda untuk memberitahu perkara sebenar maka saya tulis tentang perkara ini. Tidak dapat duit ke apa pun saya tulis ni, tetapi semata2 kerana tanggungjawab, rasa kasih dan kesian belas saya terhadap anda. Diharap dapat membacanya dengan teliti dan perlahan2 dengan penuh penghayatan. Jika anda membaca dengan skip dan terus ke bawah terus, sememangnya anda tidak akan dapat menghayati apa yang ingin disampaikan di sini :)

Pertama sekali kita mesti tahu berdasarkan kepada Perjanjian Baru sendiri menyebut bahawa anak2 murid Yesus lari menyembunyikan diri pada ketika peristiwa salib berlaku. Hanya seorang yang menjadi saksi peristiwa tersebut iaitu Saint Peter / Petrus. Mari kita telusuri Surah Matius ini

26:34 Yesus berkata kepadanya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya malam ini, sebelum ayam berkokok, engkau telah menyangkal Aku tiga kali.”
26:35 Kata Petrus kepada-Nya: “Sekalipun aku harus mati bersama-sama Engkau, aku takkan menyangkal Engkau.” Semua murid yang lain pun berkata demikian juga.

Ayat2 di atas JELAS menunjukkan bahawa anak2 murid Yesus memberitahu bahawa TIDAK AKAN menyangkal Yesus walau mati sekali pun. Dan lihat pula ayat di bawah ini, memberitahu bahawa selepas itu anak2 muridnya semua melarikan diri.


26:55 Pada saat itu Yesus berkata kepada orang banyak: “Sangkamu Aku ini penyamun, maka kamu datang lengkap dengan pedang dan pentung untuk menangkap Aku? Padahal tiap-tiap hari Aku duduk mengajar di Bait Allah, dan kamu tidak menangkap Aku.
26:56 Akan tetapi semua ini terjadi supaya genap yang ada tertulis dalam kitab nabi-nabi.” Lalu semua murid itu meninggalkan Dia dan melarikan diri.

Tetapi Petrus mengikut Yesus dari jauh, sepertimana yang diberitahu dalam ayat berikut pula


26:57 Sesudah mereka menangkap Yesus, mereka membawa-Nya menghadap Kayafas, Imam Besar. Di situ telah berkumpul ahli-ahli Taurat dan tua-tua.
26:58 Dan Petrus mengikuti Dia dari jauh sampai ke halaman Imam Besar, dan setelah masuk ke dalam, ia duduk di antara pengawal-pengawal untuk melihat kesudahan perkara itu.

Kemudian pada peristiwa salib pula seperti ayat di bawah;


26:63 Tetapi Yesus tetap diam. Lalu kata Imam Besar itu kepada-Nya: “Demi Allah yang hidup, katakanlah kepada kami, apakah Engkau Mesias, Anak Allah, atau tidak.”
26:64 Jawab Yesus: “Engkau telah mengatakannya. Akan tetapi, Aku berkata kepadamu, mulai sekarang kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Mahakuasa dan datang di atas awan-awan di langit.”
26:65 Maka Imam Besar itu mengoyakkan pakaiannya dan berkata: “Ia menghujat Allah. Untuk apa kita perlu saksi lagi? Sekarang telah kamu dengar hujat-Nya.

Tetapi apabila datang seorang perempuan bertanyakan kepada Petrus sama ada dia kenal atau tidak Yesus itu, maka Petrus menyangkalnya. Sedangkan dia sudah berjanji kepada Yesus sebelumnya bahawa dia tidak akan MENYANGKAL Yesus, seperti mana yang disebutkan dalam ayat2 di atas sebelumnya tadi.


26:69 Sementara itu Petrus duduk di luar di halaman. Maka datanglah seorang hamba perempuan kepadanya, katanya: “Engkau juga selalu bersama-sama dengan Yesus, orang Galilea itu.”
26:70 Tetapi ia menyangkalnya di depan semua orang, katanya: “Aku tidak tahu, apa yang engkau maksud.”
26:71 Ketika ia pergi ke pintu gerbang, seorang hamba lain melihat dia dan berkata kepada orang-orang yang ada di situ: “Orang ini bersama-sama dengan Yesus, orang Nazaret itu.”
26:72 Dan ia menyangkalnya pula dengan bersumpah: “Aku tidak kenal orang itu.”
26:73 Tidak lama kemudian orang-orang yang ada di situ datang kepada Petrus dan berkata: “Pasti engkau juga salah seorang dari mereka, itu nyata dari bahasamu.”
26:74 Maka mulailah Petrus mengutuk dan bersumpah: “Aku tidak kenal orang itu.” Dan pada saat itu berkokoklah ayam.
26:75 Maka teringatlah Petrus akan apa yang dikatakan Yesus kepadanya: “Sebelum ayam berkokok, engkau telah menyangkal Aku tiga kali.” Lalu ia pergi ke luar dan menangis dengan sedihnya.

Ok , sekarang jelas di situ bahawa dalam Perjanjian Baru, hanya Petrus seorang yang menjadi saksi peristiwa salib itu di kalangan anak2 murid Yesus. Dan dia mengatakan dia tidak mengenali Yesus apabila ditanya oleh seorang perempuan. Jika dia mengaku kenal Yesus, kemungkinan besar dia sendiri akan dihukum bunuh di situ.

Mari kita flash back ke belakang pula …….

Dengar pesan Yesus sebelum peristiwa penangkapan dan peristiwa salib ini terhadap anak2 muridnya. Semua pesannya itu bertepatan sekali dengan peribadi Muhammad S.a.w

Yohanes 16:13 Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.
16:14 Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku.
16:15 Segala sesuatu yang Bapa punya, adalah Aku punya; sebab itu Aku berkata: Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku.”
16:16 “Tinggal sesaat saja dan kamu tidak melihat Aku lagi dan tinggal sesaat saja pula dan kamu akan melihat Aku.”


Dan perhatikan ayat ini baik2


16:16 “Tinggal sesaat saja dan kamu tidak melihat Aku lagi dan tinggal sesaat saja pula dan kamu akan melihat Aku.”

Selepas itu , anak2 muridnya bukan melihat Yesus lagi, tetapi manusia lain yang diserupakan dengan Yesus, dan Yesus diserupakan dengan manusia lain, kemudiannya dia diangkat ke langit

Dalam Yohanes itu Yesus menambah lagi di belakangnya


16:28 Aku datang dari Bapa dan Aku datang ke dalam dunia; Aku meninggalkan dunia pula dan pergi kepada Bapa.”

Dia tidak kata dia kembali bersatu dengan bapa, tetapi pergi kepada bapa. Sememangnya sesiapa sahaja yang meninggal dunia akan kembali kepada ALlah, bukan Yesus seorang.

Kita semua datang dari Allah dan akan kembali kepadaNya untuk diadili. Bukan Yesus seorang sahaja, itu kamu semua mesti faham :)

Kemudian lihat pula Dialog Yesus kepada Tuhan dalam Yohanes 17 pula

17:3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.
17:4 Aku telah mempermuliakan Engkau di bumi dengan jalan menyelesaikan pekerjaan yang Engkau berikan kepada-Ku untuk melakukannya.
17:5 Oleh sebab itu, ya Bapa, permuliakanlah Aku pada-Mu sendiri dengan kemuliaan yang Kumiliki di hadirat-Mu sebelum dunia ada.

Dia tidak kata ‘aku telah memuliakan aku’. Tetapi Yesus mengatakan aku telah memuliakan Engkau, nampak di situ peribadi yang berasingan, bukan peribadi yang sama

Aku dengan Engkau adalah 2 entiti yang berbeza, Kristian belajar dari mana Aku dan Engkau adalah sama? Dari kerajaan Rom :)

Lihat lagi sambungannya

17:8 Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada-Ku telah Kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa Aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.
17:9 Aku berdoa untuk mereka. Bukan untuk dunia Aku berdoa, tetapi untuk mereka, yang telah Engkau berikan kepada-Ku, sebab mereka adalah milik-Mu

Yesus mengatakan bahawa Tuhan telah MENGUTUSKAn dia. UTUSAN sama makna dengan RASUL. RASUL / UTUSAN , jelas di situ Yesus hanyalah UTUSAN / RASUL dari Allah, bukan Allah itu sendiri

Kemudian dia menyambung lagi

17:11 Dan Aku tidak ada lagi di dalam dunia, tetapi mereka masih ada di dalam dunia, dan Aku datang kepada-Mu. Ya Bapa yang kudus, peliharalah mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sama seperti Kita.

Perhatikan frasa “supaya mereka menjadi satu sama seperti Kita” , so, jika manusia bersatu bersama Yesus, maka manusia juga adalah Allah lah? Begitu?

Sedangkan maksud bersatu itu tidak semestinya bersatu TUBUH. Bersatu hati pun dipanggil BERSATU.

Apabila 2 manusia bersatu hati, adakah dia orang yang sama?? SUDAH TENTU BUKAN!

2 peribadi yang bersatu hati bukan 1 entiti yang sama, ianya BERSATU pada HATI :)

17:20 Dan bukan untuk mereka ini saja Aku berdoa, tetapi juga untuk orang-orang, yang percaya kepada-Ku oleh pemberitaan mereka;

Kamu Muslim juga percaya kepada Yesus / Isa a.s. Kami percaya kerana ia termasuk dalam RUKUN IMAN kami, iaitu Percaya kepada Rasul2

Kami beriman kepada Yesus, hanya kamu Kristian TIDAK BERIMAN kepada Rasul Terakhir iaitu Muhammad S.a.w

Di bawah ini diulangi lagi tentang BERSATU

17:21 supaya mereka semua menjadi satu, sama seperti Engkau, ya Bapa, di dalam Aku dan Aku di dalam Engkau, agar mereka juga di dalam Kita, supaya dunia percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.

17:22 Dan Aku telah memberikan kepada mereka kemuliaan, yang Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu, sama seperti Kita adalah satu:

Perhatikan pada frasa “agar mereka juga di dalam Kita” , maka manusia2 lain pun boleh bersatu dengan Yesus dan Allah, maka semua mereka adalah Allah, gitu?

Fahamilah wahai Kristian, pesanan Yesus agar kita INGAT pada ALLAH dalam hati ini, TIDAK BERPISAH denganNya, selami jiwa dan raga kita menghayati KEBESARAN ALLAH. Tetapi itu bukan bermakna kita adalah ALLAH, sama ertinya itu bukan bermakna Yesus itu adalah ALLAH.

Yesus adalah rasulNya, yang sentiasa mengingatinya. Di dalam Ilmu Tasawwuf ada istilah Bersatu dengan Allah, itu bukan bermakna kita menjadi ALLAH, tetapi HATI kita tidak melihat perkara lain melainkan ALLAH, sentiasa ingat, berzikir kepada Allah dan melaksanakan kewajipan dan ibadah2 lain terhadap Allah, itu maksudnya.

Lihat pula pada peristiwa penangkapan Yesus kononnya, dalam Yohanes 18

18:10 Lalu Simon Petrus, yang membawa pedang, menghunus pedang itu, menetakkannya kepada hamba Imam Besar dan memutuskan telinga kanannya. Nama hamba itu Malkhus.

Lihat itu, Petrus merupakan seorang yang sangat berani! Berani dia memutuskan telinga hamba imam besar dengan pedangnya. Ok jelas di sini Petrus adalah seorang yang sangat2 berani

Tetapi mengapa apabila dia ditanya oleh seorang hamba wanita, dia takut untuk mengaku bahawa dia kenal Yesus – ketika peristiwa salib itu? Begitu penakutkah Petrus?

Baca dalam surah Matius ni

26:69 Sementara itu Petrus duduk di luar di halaman. Maka datanglah seorang hamba perempuan kepadanya, katanya: “Engkau juga selalu bersama-sama dengan Yesus, orang Galilea itu.”
26:70 Tetapi ia menyangkalnya di depan semua orang, katanya: “Aku tidak tahu, apa yang engkau maksud.”
26:71 Ketika ia pergi ke pintu gerbang, seorang hamba lain melihat dia dan berkata kepada orang-orang yang ada di situ: “Orang ini bersama-sama dengan Yesus, orang Nazaret itu.”
26:72 Dan ia menyangkalnya pula dengan bersumpah: “Aku tidak kenal orang itu.”
26:73 Tidak lama kemudian orang-orang yang ada di situ datang kepada Petrus dan berkata: “Pasti engkau juga salah seorang dari mereka, itu nyata dari bahasamu.”
26:74 Maka mulailah Petrus mengutuk dan bersumpah: “Aku tidak kenal orang itu.” Dan pada saat itu berkokoklah ayam.
26:75 Maka teringatlah Petrus akan apa yang dikatakan Yesus kepadanya: “Sebelum ayam berkokok, engkau telah menyangkal Aku tiga kali.” Lalu ia pergi ke luar dan menangis dengan sedihnya.

Dalam Yohanes 18 juga Petrus mengaku dia TIDAK KENAL Yesus


18:13 Lalu mereka membawa-Nya mula-mula kepada Hanas, karena Hanas adalah mertua Kayafas, yang pada tahun itu menjadi Imam Besar;
18:14 dan Kayafaslah yang telah menasihatkan orang-orang Yahudi: “Adalah lebih berguna jika satu orang mati untuk seluruh bangsa.”
18:15 Simon Petrus dan seorang murid lain mengikuti Yesus. Murid itu mengenal Imam Besar dan ia masuk bersama-sama dengan Yesus ke halaman istana Imam Besar,
18:16 tetapi Petrus tinggal di luar dekat pintu. Maka murid lain tadi, yang mengenal Imam Besar, kembali ke luar, bercakap-cakap dengan perempuan penjaga pintu lalu membawa Petrus masuk.
18:17 Maka kata hamba perempuan penjaga pintu kepada Petrus: “Bukankah engkau juga murid orang itu?” Jawab Petrus: “Bukan!”

Kemudian Petrus menyangkal lagi dalam ayat seterusnya


18:25 Simon Petrus masih berdiri berdiang. Kata orang-orang di situ kepadanya: “Bukankah engkau juga seorang murid-Nya?”
18:26 Ia menyangkalnya, katanya: “Bukan.” Kata seorang hamba Imam Besar, seorang keluarga dari hamba yang telinganya dipotong Petrus: “Bukankah engkau kulihat di taman itu bersama-sama dengan Dia?”


18:27 Maka Petrus menyangkalnya pula dan ketika itu berkokoklah ayam.

Jika Petrus mengaku kenal Yesus pada waktu itu, kemungkinan besar dengan dia sekali akan dihukum bunuh, kerana anak murid yang lain telah melarikan diri, HANYA Petrus seorang yang menyaksikan kejadian tersebut. Ini diceritakan di dalam kitab Bible Kristian anda sendiri. Sudah lah dalam Yohanes diceritakan bahawa orang lain yang bertanya kepada nya, dalam Matius pula dikatakan seorang hamba wanita, cerita itu pun sudah tidak tepat dan berlainan orang yang bertanya.

Maka mengapa Petrus takut untuk mengaku bahawa dia kenal Yesus? Sedangkan dia berani melawan orang2 suruhan imam besar dan sanggup memutuskan telinga salah seorang dari mereka dengan pedangnya??

Tidak kah anda fikir, bahawa Petrus TAHU bahawa orang yang disalib itu SEBENARNYA BUKAN YESUS??????

Kerana itu dia tidak mahu mengaku bahawa dia kenal Yesus, dan tidak cuba langsung untuk membantu orang yang akan disalib itu :)

Dan perhatikan baik2 satu petikan dari ayat di atas tadi

18:14 dan Kayafaslah yang telah menasihatkan orang-orang Yahudi: “Adalah lebih berguna jika satu orang mati untuk seluruh bangsa.”

Maka yang menghasut orang2 Yahudi agar menyalib Yesus ialah Kayafas. Dan perhatikan ayat di bawah ini ketika orang suruhan imam besar menampar Yesus.

18:22 Ketika Ia mengatakan hal itu, seorang penjaga yang berdiri di situ, menampar muka-Nya sambil berkata: “Begitukah jawab-Mu kepada Imam Besar?”

18:23 Jawab Yesus kepadanya: “Jikalau kata-Ku itu salah, tunjukkanlah salahnya, tetapi jikalau kata-Ku itu benar, mengapakah engkau menampar Aku?”

Mengapa kelihatannya Yesus ketakutan? Mengapa dia menjawab tamparan dari orang suruhan itu? Mengapa dia tidak redha dan tenang sahaja menerima tamparan itu? Persaksikanlah, orang itu adalah orang yang diserupakan dengan Yesus, bukannya Yesus yang sebenar.
18:22 Ketika Ia mengatakan hal itu, seorang penjaga yang berdiri di situ, menampar muka-Nya sambil berkata: “Begitukah jawab-Mu kepada Imam Besar?”
18:23 Jawab Yesus kepadanya: “Jikalau kata-Ku itu salah, tunjukkanlah salahnya, tetapi jikalau kata-Ku itu benar, mengapakah engkau menampar Aku?”

Penutup


SEMUA nabi dan RASUL beriman kepada kematian dan TIDAK TAKUT kepada kematian

Itu termasuklah Yesus sendiri

Sebab itu Allah memberitahu dalam AlQuran bahawa orang yang disalib itu adalah orang yang DISERUPAKAN wajahnya dengan Isa a.s

Kerana itulah orang yang hendak disalib itu mengatakan

“…..Eli Eli lama sabakhtani…..” Matius 27:46

yang dalam bahasa Arabnya “Allah Allah lamma tadakhtani”

dalam bahasa melayunya “Allah Allah kenapa kau tinggalkan aku??”

Itu BUKTI JELAS bahawa orang yang hendak disalib itu BUKANNYA Isa, kerana Isa a.s TIDAK TAKUT kepada KEMATIAN dan sentiasa PASRAH kepada ALLAH S.w.t.

Dan Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengetahui. BAGAIMANA mungkin Isa a.s mengatakan Allah telah MENINGGALKANNYA??? Sedangkan Isa a.s sendiri pun tahu bahawa ALLAH Maha Melihat


“Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.


Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.


Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?” Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Surah Al Maa’idah : Ayat 15 – 17

Sedarlah wahai saudara Kristian, kitab Perjanjian Baru itu ditulis setelah berpuluh tahun Yesus tiada di muka bumi ini. Dan ianya adalah penulisan berdasarkan riwayat mereka2 yang terdahulu, bukannya firman Allah itu sendiri. Ianya tidak disahkan oleh Yesus sendiri kerana bukan ditulis ketika dia masih ada. Penulis-penulis Injil itu bukannya RASUL, kerana seorang RASUL mesti mempunyai MUKJIZAT. Penulis-penulis injil yang ada di dalam AlKitab itu hanya menulis menurut penceritaan semula oleh orang lain dan ilham-ilham sendiri.

Sedarlah bahawa ianya juga telah banyak dipinda, diupdate, diubah suai ayat2nya mengikut kesesuaian zaman dan sebagainya. Sedarlah bahawa yang menulis kitab tersebut dan menyebarkan Kristian pada awalnya adalah orang2 Yahudi dan kerajaan ROME yang menuduh Yesus itu sendiri sesat. Kembalilah menTAUHIDkan ALLAH dengan sebenar2nya. Wallahu a’lam :)

Rujukan:

1 – AlQuran AlKarim

2 – Bible – http://sabdaweb.sabda.org

No comments:

Post a Comment