Hadith ini (Iftiraq Ummah) disisi Ibnu Hazm (wafat 456H) dan Dr Yusuf Al-Qardhawi dianggap dha`if(lemah) mereka melemahkannya kerana hadith ini boleh dimaqlubkan atau diselewengkan maksudnya.
Jawapan:
Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam takhrij serta membawakan senarai para ulama salaf yang menshahihkan hadith ini maka bilangan mereka,kedudukan mereka serta banyaknya jalan periwayatan hadith tersebut sudah memadai untuk menjawab syubhat golongan yang hanya bertaqlidkan kepada Ibnu Hazm semisal Qardhawi,juga perlu difahami keadaan Ibnu Hazm yang kita tidak menafikan ketokohan beliau dalam Islam namun tidak dinafikan banyak hadith yang dikritik oleh Ibnu Hazm dianggap oleh sebahagian ulama` hadith sebagai syaz(ganjil) dan menyelisihi imam-imam hadith yang jauh lebih alim dan mahir dala...m bidang ini,misal yang paling mudah lihat sahaja masalah Ibnu Hazm mengkritik hadith pengharaman Alat-alat Muzik yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari dalam Shahihnya.
Malah Ibnu Hazm juga merupakan antara ulama` yang syaz dalam manhajnya menghukum hadith yang dha`if kerana beliau tidak berpendapat dengan `itibar dan syawahid(penyokong) dalam Ilmu hadith,maka disisi beliau hadith hasan lighairihi memang tidak wujud bahkan beliau mengingkarinya,justeru disebabkan itulah beliau mendha`ifkan(melemahkan) hadith tersebut disebabkan beliau hanya menghukum satu sanad hadith sahaja tanpa melihat dan meneliti jalan-jalan periwayatan yang lain,dan ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada pendapat tersebut yang dianggap oleh para ulama` sebagai syaz(ganjil).Antara ulama yang menghukum pendapat Ibnu Hazm sebagai syaz ialah Az-Zarakasyi -rahimahullah-beliau berkata:
وشذ ابن حزم عن الجمهور فقال ولو بلغت طرق الضعيف ألفا لا يقوى ولا يزيد انضمام الضعيف إلى الضعيف إلا ضعفا
Ibnu Hazm telah berpegang dengan pendapat yang syaz(ganjil) daripada jumhur,kerana beliau berpendapat: kalau jalan-jalan periwayatan yang dha`if(lemah) mencapai seribu pun ianya tidak menguatkan(hadith) dan tidak menambahkan penggabungan dha`if kepada dha`if yang lain melainkan ia tetap dha`if(lemah)[ Rujuk An-Nukat `ala Muqaddimah Ibnu Solah oleh Az-Zarkasyi 1/322 ]
Begitu juga walaupun Ibnu Hazm melemahkan hadith tersebut namun beliau tidaklah sejahat Qardhawi dalam mengingkari matan hadith iftiraq(perpecahan) yang berlaku di kalangan umat Islam,kerana Ibnu Hazm -rahimahullah- tetap menyebutkan ifitraq ummah dalam Kitabnya "Al-Fasl fi Milal wa An-Nihal".
No comments:
Post a Comment