Saturday, March 31, 2012

IBADAH DALAM ISLAM

IBADAH DALAM ISLAM



- Ibadah adalah salah satu daripada tiga asas utama Islam, aqidah, ibadah dan tasawwuf atau akhlak.

- Perkaitan di antara ketiga-tiga perkara tersebut adalah perkaitan yang kekal dan tidak boleh dipisahkan.

- Amal ibadah atau dipanggil juga amal salih merupakan perkara yang amat penting dalam Islam. Ia adalah hasil daripada keimanan kepada Allah s.w.t. , beriman dengan hari Akhirat dan beriman dengan Rasullullah s.a.w. Tiada apa yang berguna dan lebih penting kepada manusia di hari Akhirat kecuali amal salih.




3.1 KONSEP IBADAH DALAM ISLAM



- Allah s.w.t. menjadikan dan menempatkan manusia di bumi adalah untuk menyempurnakan tiga tugas iaitu ibadah, khalifah dan pemakmur bumi.

- Ibadah merupakan tugas utama sekali diantara dua tugas yang lain manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai mana diterangk oleh Allah dalam surah al_Dzariat ayat 56 yang bermaksud "Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkansemata-,ata untuk beribadat kepada ku.

- Kewajipan rasul yang diutuskan kepada manusia adalah untuk menyeru melakukan ibadah kepada Allah seperti dalam firman allah yang bermaksud :-

1. "Dan (Isa) al-Masih berkata : " Wahai Bani Israel, beribadatlah kamu kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu" - Surah al-Maidah : 72.

2. " Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya, maka ia menyeru : Wahai kaumku, beribadatlah kemu kepada Allah, tidak ada Tuhan begimu selain daripadaNYa."

3. " Dan kepada kaum'Ad (kami mengutuskan) saudara mereka Hud. Ia menyeru : Wahai kaumku, beribadatlah keamu kepada Allah, tidak ada tuhan bagimu selain daripadaNya. Kamu hanyalah mengada-ngada sahaja" -surah Hud:61

4. " Sesungguhnya Kami telah mengutuskan kepada setiap umat itu rasul (untuk menyeru) supaya kamu beribadat kepada Allah dan menghindari Taghut" surah al-Nahl : 36.

Konsep ibadat dalam Islam pula merangkumi segala kegiatan manusia sama ada dari segi rohaniah, jasmaniah, dunia, akhirat, zahir dan batin yang mencakupi semua perkara dan perbutan yang sesuai dengan suruhan dan larangan Allah s.w.t iaitu mentaati segala yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang.


3.1.1 PENGERTIAN IBADAH



- Ibadah berasal daripada perkataan Arab abada Allah, ya'budu, ibadatan wa ubudiatan yang dari segi bahasa bererti : Menurut perintah Allah, tunduk dan menghinakan diri kepadaNya1[1].

- Ibadah dari segi istilah boleh dilihat dari dua sudut. Sudut pertama dilihat dari segi zat ibadah iaitu : Segala perkara yang disukai dan diredai Allah s.w.t. sama ada perkataan atau perbuatan, zahir atau pun batin2[2]. Manakala sudut kedua dilihat dari segi peranan manusia iaitu : Taat kepada Allah s.w.t. dengan melaksanakan segala yang disuruh menurut cara Rasullullah s.a.w.

- Berlandaskan pengertian ibadah dari segi istilah yang pertama dapatlah difahami bahawa ibadah meliputi segala perbuatan, perkataan dan niat manusia.

- Sekiranya dilakukan mengikut cara yang sepatutnya dan tidak mencanggahi syara' akan dikira sebagai ibadah.

- Melaksanakan segala yang disuruh terbahagi kepada dua, suruhan iaitu Allah s.w.t. menyuruh manusia melakukan sesuatu perkara dan larangan iaitu Allah s.w.t. menyuruh manusia meninggalkan sesuatu perkara.

- Inilah hakikat agama Islam kerana makna Islam ialah al-istislam iaitu menyerah diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t. beserta dengan ketundukan, kehinaan dan merendah diri kepadaNya3[3].

Ibadah Yang Afdal atau Utama

Ibadaha afdal ialah ibadah yang dilakukan bagi tujuan mencapai keredaan allah s.w.t bagi setiap masa mengikut kehendak masa itu. Antaranya :

1. Ibdaha yang afdal ketika peperangan menentang musuh Allah ialah berjihad walaupun terpaksa meninggalkan egala sembahyang sunat di malam hari, puasa fi siang hari atau wirid2 tertentu.

2. Ibadah yang afdal ketika ada tetamu ialah melayan tetamu.

3. Ibadah yang afdal ketika sembahyang 5 waktu ialah bersungguh-sungguh mengerjakannya dengan cara yang paling sempurna dan mengerjakannya pada awal-awal waktu.

4. Ibadah yang afdal ketika azan ialah meninggalkan segala wirid dan bacaan lain dan menjawab azan dengan penuh perhatina.

5. Ibadah yang afdal ketika kesusahan ialah menolong orang0orang yang ditimpa kesusahan.

6. Ibadah yang afdal ketika di arafah ialah berdoa , berzikir dan tilawah al-Quran.

7. Ibadah yang afdla ketika ada orang yang sakit ialah menziarahi si sakit.


Peringkat-peringkat Ibadah

Ibadah ada 3 peringkat :

Peringkat 1 : Iaitu beribadat kepada Allah kerana mengharapkan pahala dan takutkan siksa. yang demikian adalah "ibadat" yang ,asyhur iaitu merupakan ibadat orang kebanyakan.

Peringkat 2 : Iaitu ada yang beribadat untuk memperolehi kehormatan dan digelar sebgai hamba Allah. yang demikian disebut "Ubudiyat"

Peringkat 3 : iaitu ada yang beribadat kepada Allah kerana membesarkan, mengoagongkan dan kerana heibah iaitu perasaan hormat dan takut serta malu dan cinta kepada NYa. Ubudat ini adalah yang lebih tinggi daripada Ibadat dan Ubudiyat.


3.1.2 ASAS-ASAS IBADAH



Pertama : Ibadah hanyalah hak Allah s.w.t.

Kedua : Ibadah yang dilakukan mestilah secara langsung atau terus kepada Allah s.w.t. tanpa sebarang perantaraan.

Ketiga : Memelihara keseimbangan antara rohani dan jasmani.

Keempat : Ibadah dalam Islam bersifat mudah, ringan dan dalam kemampuan manusia melaksanakannya.

Kelima : Ikhlas
- Amal ibadah dikira sah dan diterima (maqbul) dengan dua syarat iaitu: Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan al-mutabaah mengikut cara yang diajarkan oleh Nabi s.a.w4[4].

-amal ibadah merupakan ketetapan syara', segala suruhan dan larangan bukan ciptaan manusia dan manusia tidak berhak mencampuri urusan ini. Mereka ditugaskan melaksanakannya. Di sini timbul syarat yang kedua iaitu al-mutabaah, agar segala amalan tidak terkeluar dari batasan syara' atau mencanggahinya.

- Seseorang yang sudah diterima amalannya dengan penerimaan maqbul tidak semestinya ia automatik mendapat penerimaan mabrur, tetapi setiap penerimaan mabrur mesti bermula dengan penerimaan maqbul.

- Penerimaan ini dapat diketahui secara umumnya melalui tingkahlaku seseorang itu selepas ibadah. Sebagai contoh; jika seseorang itu menunaikan solat dalam erti kata yang sebenarnya solat itu dapat mencegahnya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Firman Allah s.w.t. :


3.1.3 PEMBAHAGIAN DAN SKOP IBADAH




3.1.3.1 Pembahagian Ibadah



Ibadah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut sudut-sudut yang tertentu.



i) Hukum, ibadah terbahagi kepada tiga bahagian :

a) Fardu ain : Ibadah yang dituntut daripada setiap orang mukallaf untuk menunaikannya secara wajib, seperti solat, puasa dan haji5[5].

b) Fardu kifayah : Ibadah yang dituntut daripada keseluruhan muslimin bukan setiap orang daripada mereka.

c) Sunat : Ibadah yang dituntut oleh syara' untuk melakukannya secara tidak wajib.



ii) Umum dan khusus, ibadah terbahagi kepada dua bahagian :

a) Ibadah khusus : Ibadah yang telah dinyatakan jenis, rukun dan syaratnya oleh syara'. Seperti solat dan puasa, manusia tiada hak untuk meminda atau melaksanakannya mengikut sesuka hati kereka.

b) Ibadah umum : Ibadah yang tidak ditetapkan oleh syara' cara-cara melaksanakannya, ini terpulang kepada seseorang untuk melaksanakanya. Ibadah ini meliputi seluruh kehidupan manusia di dunia seperti belajar, bekerja, makan, tolong orang dan sebagainya. Ibadah ini dikira sebagai ibadah sekiranya menepati syarat-syarat berikut:

1. Orang yang melakukannya adalah orang Islam.

2. Amalan itu tidak bercanggah dengan syara'.

3. Dilakukan dengan niat yang baik.

4. Ketika mengerjakannya orang tersebut tidak meninggalkan ibadah khassah.



iii) Cara pelaksanaan, ibadah terbahagi kepada tiga bahagian :

a) Ibadah badaniah : Dilakukan dengan keupayaan angota badan seseorang semata-mata, seperti solat, puasa, zikir dan tilawah.

b) Ibadah maliah : Dilakukan dengan perantaraan harta benda, seperti zakat, sedekah, hadiah, derma dan sebagainya.

c) Ibadah maliah badaniah : Dilakukan dengan keupayaan angota badan beserta dengan harta, seperti haji, jihad dan lain-lain.



iv) Ijabiah dan salbiah, ibadah terbahagi kepada dua:

a) Ibadah ijabiah : Melakukan suruhan sama ada wajib atau sunat, seperti solat lima waktu dan zikir.

b) Ibadah salbiah : Meninggalkan larangan sama ada haram atau makruh, seperti minum arak, berzina, merokok dan makan petai6[6].


3.1.3.2 Skop Ibadah



Ibadah dalam Islam bersifat syumul meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Semua perkara yang tidak bertentangan dengan syara' termasuk adat akan dikira sebagai ibadat. Secara umumnya keluasan skop ibadah dalam Islam boleh dilihat menerusi perkara berikut :



a) Masa : Dalam Islam ada ibadah yang terikat dengan masa dan ada yang tidak terikat, ada ibadah harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

b) Tempat : Terdapat ibadah dilaksanakan di rumah, masjid, Mekah dan lain-lain lagi. Ada yang tidak dikhususkan tempat.

c) Cara : Ibadah boleh dilakukan secara bersendirian dan ada yang secara berjemaah.

d) Bentuk : Ada ibadah yang khusus, umum, badaniah, maliah, badaniah dan maliah, ijabiah dan salbiah.

e) Kegunaan : Untuk diri sendiri seperti solat dan puasa dapat menyihatkan rohani dan jasmani, untuk diri sendiri dan orang lain seperti zakat dan sedekah.




3.2 PERANAN IBADAH DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI



- beribadah dengan cara yang betul agar mencapai motif sesuatu amal ibadah.



- Setiap ibadah mempunyai motif dan tujuan tersendiri seperti solat, ia secara umumnya adalah untuk menguatkan iman dan melekatkannya pada diri seseorang. Ia seperti air bagi tumbuh-tumbuhan dan seperti udara kepada manusia. Ia merupakan pembersih jiwa, penghubung di antara hamba dengan Tuhannya, pemberi ingatan secara berterusan dan pencegah seseorang itu daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar7[7].

- Puasa berfungsi menjadikan seseorang itu lebih mencintai Allah s.w.t. daripada hawa nafsunya, membiasakannya bersifat ikhlas, berkemahuan dan sabar8[8].

- Zakat menyucikan seseorang itu daripada bersifat bakhil, menjadi hamba harta, menyintai Allah s.w.t. daripada harta dan melibatkan diri membantu orang-orang yang susah.

- Haji pula merupakan tarbiah amaliah bagi seseorang muslim melalui pelbagai latihan dan ujian. Keimanan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menyelesaikannya dengan sempurna.



Hubungan Ibadah dengan Aqidah

1. Ibadah adlah hasil daripada aqidah iaitu keimanan terhadap Allah sebebanrnya yang telah membawa manusia untuk beribadat kepada Allahs.w.t

2. Aqidah adalah asas penerimaan ibadah iaitu tanpa aqidah perbuatan seseorang manusia bagaimana baik pun tidak akan diterima oleh Allah s.w.t

3. Aqidah merupakan tenaga penggerak yang mendorong manusia melakukan ibadat serta menghadapi segala cabaran dan rintangan.


3.3 KESAN-KESAN IBADAH



Amal ibadah yang dilaksanakan dengan cara yang terbaik dan tepat, akan memberi kesan yang baik lagi berfaedah kepada individu dan masyarakat.


Ibadah Solat

solat dari segi bahasa bererti doa dan pujian. Dari segi istilah iaitu : Perkataan danperbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan slam.

Dalil kewajipan solat, firman Allah s.w.t yang bermaksud :" Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu diwajibkan atas sekelian orang-orang yang beriman untuk melakukannya pada waktu-waktu yang tertentu..."

Kesan dan Peranan Solat

1. Solat dapat mencegah seseorang dari melakukan kekejian dan kemungkaran. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :" Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar..."

2. Solat dapat membersihkan manusia sama ada zahir dan batin. Dari segi zahir : sebelum mendirikan solat diwajibkan berwudhuk untuk menyempurnakan solatnya disamping pakaian, badan dan tempat solat yang bersih dan suci. Manakala batin : solat yang dilakukan denga mengikut syarat dan rukunnya serta khusyuk akan membersihkan dosa-dosa yang dilakukan selagi tidak dilakukan dosa besar.

3. Solat dapat melatih diri menghargai masa dan mendisiplinkan waktu dalam setiap hal.

4. Solat berjemaah pula melatih umat supaya taat kepada pemimpin manakala pemimpin (imam) pula wajib mengambil berat terhadap rakyatnya(makmum)

5. Solat berjemaat dapat membentuk perpaduan, kasih sayang dan ukhwah sekaligus berperanan membersihkan rasa dengki, iri hati dan permusuhan di kalangan anggota masyarakat.


Ibadah Puasa

Puasa ialah menahan diri dari segala perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga maghrib dengan syarat-syaarat tertentu.

dalil kewajipan berpuasa, firman Allah s.w.t bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebalum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa...."

Kesan Puasa;

1. Puasa dapat menundukkan hawa nafsu jahat dan memelihara dari terperangkap dengankejahatan syaitan.

2. Puasa dapat melahirkan manusia yang berakhlak mulia kerana melalui puasa dapat mengamalkan akhalak seperti sabar, ikhlas, menepati masa, memelihara diri dari perbuatan keji dan menjaga perkataan dari ungakapan tercela dan sebagainya.

3. Puasa dapat membentuk manusia muslim dan mukmin yang bertqwa kepada Allah untuk melakukan amalan yang muliadan meninggalkan malan yang keji.

4. Puasa dapat melahirkan kesedaran dan keinsafan seperti menolong golongan yang kuragn bernasib baik dan tidak melakukan pembaziran serta merasakan kasih sayang kepada fakir miskin.

5. Puasa dapat menghindarkan dan mencegah segal penyakit yang berasal dari perut seperti darah tinggi, kencinf manis dan sebagainya.


Ibadah zakat

Dari segi Bahasa : Bersih, subur dan berkembang.

Dari segi istilah : kadar harta tertentu yang wajib dikeluarkan kepada golongan yang berhak menerimanya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Kesan Zakat :

1. Zakat dapat membersihkan jiwa dari mencintai harta benda secara tamak dan rakus.

2. Zakat dapat memberi jaminan sosial terhadap masyarakat kerana di dalam pungutan dan pengagihan semula zakat. Zakat dapat menyusun semula masyarakat yang tidak seimbang menerusi kegiatan perekonomian yang sistemetik.

3. zakat mengajar manusia agar hubungan antara mereka dengan harta mereka berada dalam keadaan yang wajar. Ini mengingatkan mereka bahawa harta yang dimiliki adlah milik Allah.

4. zakat dapat memberi keadilan sosial yang meluas, dapat memperkukuhkan kedudukan politik dan menambah kewangan negara. Cintohnya dapat mengadakan pelbagai pembangunan seperti mendirikan masjid, industri, hospital, sekolah , universiti dan lain-lain.

5. Zakat dapat mengembangkan pengeluaran ekonomi negara. Adalah menjadi tujuan zakat supaya harta dapat berkembang demi untuk meninhkatkan ekonomi umat Islam.


Ibadah Haji

dari segi bahasa : pergi atau menuju.

Dari segi istilah : mengunjungi baitullah (kaabah) dengan niat untuk mengerjakan ibadah kepada Allah s.w.t dengan rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu dan dikerjakan pada masa tertentu.

dalil wajib haji : Firman allah s.w.t yg bermaksud :"Mengerjakan haji adlaah kewajipan manusia terhadap allah iaitu bagi orang-orang yang sanggup atau mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah"

Kesan dan peranan haji:

1. Ibadah haji dapat memperteguhkan keimanan dan menumbuhkan jiwa tauhid yang tinggi terhadap Allah terutamnya melalui ucapan talbiah.

2. Merupakan perhimpunan agong umat islam dan dapat mewujudkan perpaduan, persamaan dan persaudaraan umat berdasarkan kesatuan aqidah. Oleh itu ibadah haji dapat menyelesaikan masalah perkauman di kalangan umat islam.

3. Dapat membentuk sikap, pemikiran dan akhlak serta disiplin yang mulia.

4. dapat menjadikan seseorang muslim mengambil ikhtibar dari sejarah iaitu sejarah pengorbanan dalam perlakuan Nabi Ibarahim a.s dan puteranya Ismail a.s Ibadah ini juga dapat membawa manusia menyaksikan sejarah perjuangan ISlam menentang musuh-musuh Islam seperti peristiwa melontar jamrah.



3.3.1 Kesan Ibadah kepada Individu



Pertama : Menjadikan seseorang itu taatkan perintah Allah s.w.t. dalam semua keadaan sama ada terang-terangan mahu pun bersembunyi.

Kedua : Membersihkan diri seseorang itu daripada sifat-sifat tercela dan dosa. Dosa di sini adalah dosa-dosa kecil kerana dosa besar mestilah dibersihkan dengan cara bertaubat nasuha kepada Allah s.w.t.

Ketiga : Mendekatkan diri seseorang itu kepada Allah s.w.t, kerana Allah s.w.t. sukakan orang beribadat.

Keempat : Menjadikan seseorang itu bersikap al-raja' (penuh pengharapan) kepada Allah s.w.t. dan di waktu yang sama ia khauf (penuh ketakutan) terhadap azab Allah s.w.t.

Kelima : Melahirkan individu yang berdisiplin, menepati waktu, bersabar, bermaruah dan sebagainya.



3.3.1 Kesan Ibadah kepada Masyarakat



Pertama : Mewujudkan suasana harmoni, tenang, bekerjasama dan sekata. Permusuhan dan pertengkaran sesama sendiri dapat dielakkan. Kerja yang berat dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah.



Kedua : Wujudnya suasana berkasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain. Orang tua mengasihi yang muda dan yang muda menghormati yang tua.



Ketiga : Penurunan kadar jenayah dan segala perbuatan salah laku. Orang yang menyibukkan diri mereka dengan melaksanakan ibadah menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk menyibukkan diri mereka dengan perkara yang salah.



Keempat : Tidak akan mudah ditipu dan dikalahkan oleh musuh kerana Allah s.w.t. akan membantu. Sebaliknya jikalau umat Islam lemah beribadah dan ditambah lagi berterusan melakukan maksiat, Allah s.w.t. tidak akan membantu mereka dan mereka hanya menunggu saat-saat kehancuran.



Kelima : Diturunkan rezeki secara melimpah ruah, sama ada dari langit atau dari bumi. Sehingga manusia tidak terfikir atau terlintas di hati bagaimana ia beroleh rezeki yang sedemikian itu.


http://sites.google.com

No comments:

Post a Comment