Wednesday, February 9, 2011

MENGAPANKAN JENAZAH

Mengkafani mayat dengan apa sahaja yang dapat menutupi tubuh mayatnya walaupun hanya dengan sehelai kain.

Hadis Khabbab bin Al-Arat r.a katanya:
Kami berhijrah bersama Rasulullah s.a.w di jalan Allah demi mengharapkan keredaan Allah, maka sudah sewajarnya kami diganjarkan dengan pahala oleh Allah. Di antara kami ada orang yang tidak sempat menikmati nikmat ganjaranNya di dunia, antaranya Mus'ab bin Umair. Dia terbunuh pada perang Uhud. Tidak ditemukan satu benda pun untuk mengapan mayatnya kecuali sehelai selimut. Apabila kami tutupkan selimut itu pada kepalanya, maka kedua kakinya keluar (tidak tertutup) dan ketika selimut itu kami tutupkan pada kedua kakinya, kepalanya pula kelihatan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Tutupkanlah selimut itu di kepalanya, manakala kedua kakinya tutuplah dengan izkhir iaitu sejenis rumput yang berbau wangi. Namun di antara kami ada juga orang-orang yang sempat mengecapi hasilnya iaitu berkesempatan merasakan ganjaranNya di dunia. HR Bukhari dan Muslim

Perkara-perkara yang disunatkan mengenai kain kafan :

1. Hendaklah kain yang baik , bersih dan menutupi seluruh badan.

- Rasulullah saw bersabda : Jika salah seorang diantaramu menyelengarakan saudaranya, hendaklah ia memilih kain kafannya yang baik.

2. Hendaklah kain kafan yang berwarna putih.

- "Pakailah diantara pakaian-pakaianmu yang putih warnanya, kerana itu merupakan pakaian yang terbaik dan kafanilah dengan itu jenazah-jenazahmu !" HR Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi,

3. Jenazah hendaklah di kapankan dengan 3 helai kain berwarna putih.

Tidak ada perbezaan bilangan kain kapan untuk jenazah lelaki atau perempuan, semua dikapankan dengan 3 helai kain. Adapun kain kapan tersebut tidak berbentuk baju, sorban atau kain yang dijahit, hadis-hadis tentang perkara ini adalah munkar, sebagaimana telah dijelaskan oleh Syaikh Nasiruddin al Albani dalam kitab ad-Dhaifah ( 5909 ).

Adapun hadis laila binti Qa if ath Tsaqafi didalam perkara mengkapankan anak Rasulullah s.a.w dengan 5 helai kain adalah tidak sah sanadnya. Kerana didalamnya ada Nuh bin Hakim at Tsaqafi, dia dikategorikan majhul sebagaimana dijelaskan oleh al Hafiz Ibnu Hajar dan lainnya, didalamnya juga ada illat ( kecacatan ) yang lain sebagaimana dijelaskan oleh al Zaila'i didalam kitab Nasabul al rayah ( 258/2 )
Dari Laila, ia berkata : " Akulah di antara orang yang memandikan Ummu Kalsum Binti Rasulullah s.a.w ketika meninggalnya. Mula-mula Rasulullah memberi kepada kami kain sarung, kemudia baju, kemudian tudung kepala, kemudian selimutnya, kemudian aku melipatnya sesudah itu dengan kain yang akhir. " HR Ahmad.

Begitu juga ada hadis yang menyerupainya seperti hadis yang menjelaskan pemandian anak Rasulullah s.a.w zainab dimana mafhum lafaz hadisnya : Maka kami kapankan dia ( Zainab ) dengan 5 kain. Hadis tersebut adalah Syaz atau munkar, sebagaimana di tahkik didalam kitab ad-Dhaifah al-Albani ( 5844 ). ( Rujuk kitab Ahkamul janaiz al Albani, ms 85 )

- Diterima dari Ummu 'Athiyyah bahawa Nabi saw telah mengulurkan kepadanya kain sarung, baju, selendang, dan dua helai kain ( untuk pembalut tubuh mayat ).
Tidak boleh berlebih-lebihan dalam mengkapankan mayat, tidak disunnahkan melebihi daripada 3 kain sahaja. Kerana melebihi 3 kain kapan menyanggahi dari banyak kain yang dikapankan ke pada Rasulullah s.a.w. Sebagaimana Rasulullah s.a.w dikapankan hanya dengan 3 kain sahaja. Lebih dari 3 kain kapan untuk mengelakkan pembaziran.
Dari Aisyah, katanya : Rasulullah s.a.w dikafani dengan 3 helai kain kafan putih bersih yang baru, buatan kurshuf ( sebuah negeri Yaman ) tanpa ghamis dan sorban. HR Bukhari dan Muslim.
Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.

4. Disunahkan jika ada kemudahan untuk memastikan bahawa satu diantara 3 helai kain kapan tersebut adalah kain hibarah ( kain yang bergaris dimana warna putih lebih banyak )

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :
Jika salah seorang diantara kamu meninggal, dan dia mendapatkan sesuatu ( kain ), maka kapankanlah dengan kain hibarah ( kain bergaris ). HR Abu daud

Dari Abu Zubair dari Jabir dengan lafaz yang bermaksud :
Barang siapa mendapat kemudahan, maka kapankanlah dengan kain hibarah ( kain yang bergaris ). HR Ahmad.

5. Hendaklah di asapi dengan wangi-wangian.

- Jika kamu mengasapi mayat, maka asapilah 3 kali. HR Ahmad.
Dari Abu sa'id, Ibnu Umar dan Ibnu Abbas mewasiatkan agar kain kafan diasapi dengan kayu cendana.

CARA MENGAPANKAN JENAZAH :

1. Bentangkan sehelai tikar ditempat yang hendak dikapankan jenazah. Aturkan diatas tikar itu 5 utas tali pengikat kapan : a. Tali dibahagian hujung kaki. b. Tali dibahagian lutut. c. Tali dibahagian pinggang ( perut ). d. Tali dibahagian dada. e. Tali dibahagian hujung kepala. Selanjutnya dibentangkan 3 helai kain kapan.

2. Tiap helai kain kapan hendaklah disapu dengan wangi-wangian seperti minyak wangi.

3. Kapas digunakan jika diperlukan, seperti adanya darah atau nanah terus keluar dan tidak boleh dielakkan, maka sepatutnya disumbat dengan kapas pada tempat yang keluar darah atau nanah tersebut. Kapas tidak perlu untuk menutupi bahagian tertentu dari tubuh mayat tanpa ada sebab apa-apa.

4. Setelah dibungkus dengan kain yang pertama iaitu kain yang teratas, maka dilanjutkan membungkus dengan kain kedua.

5. Hendaklah kain kapan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari helaian kain yang paling atas sampai yang paling bawah

6. Kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala.

1 comment: