1. Meninggikan kubur hingga sejengkal.
Berdasarkanhadis Jabir r.a katanya yang bermaksud : Sengguhnya Nabi s.a.w diletakkan di lahad, dan diletakkan bati diatas kuburnya, serta ditinggikan kuburnya sekadar sejengkal. HR Ibnu Hibban, Baihaqi.
Berkata Tirmidzi : "Hal ini menjadi amalan bagi sebahagian ulama, mereka tidak menyukai meninggikan kubur dari permukaan tanah, kecuali sekedar untuk menjadi tanda bahawa itu kubur, agar tidak diinjak dan diduduki.
Berkata Syafi'i : " Saya ingin agar buat menimbun kubur itu tidak diambil tambahan dari tanah lain, cukup bila ditinggikan kira-kira sejengkal dari permukaan bumi. Saya juga ingin agar tidak dibangun dan ditembok. Kerana itu merupakan hiasan dan bermegah-megah , suatu hal yang tidak layak menghadapi kematian. Dan saya lihat makam-makam muhajirin dan anshar tidak ditembok.
2. Membuat kubur melengkung.
Qadhi 'Iyadh menyebutkan pendapat kebanyakan para ulama bahawa yang lebih utama ialah meninggikan kubur secara melengkung. Hal itu berdasarkan :
Bahawa Sofyan Nammar menceritakan kepadanya bahawa ia melihat kubur Nabi saw dilengkungkan. HR Bukhari.
3. Menandai kubur dengan batu.
- Hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah dari Anas :
Bahawa Nabi saw memberi tanda kubur Usman bin Mazh'un dengan batu.
Maksudnya ditaruhnya diatasnya batu untuk menandai.
4. Berdoa bagi mayat selepas dikebumikan.
Selepas pengebumian, digalakkan memohon keampunan dengan Allah untuk si mati kerana pada masa ini si mati sedang disoal mengenai kehidupannya.
Allhummagfir lahu wa Allahumma tsabbithu ( Ya Allah ampunkanlah kesalahannya, Ya Allah teguhkan pendiriannya )
Dari Uthman, selepas pengebumian, Rasullulah akan berdiri di tepi kubur itu dan berkata mohonlah keampunan untuk saudaramu itu & doakanlah penerimaannya kerana sekarang ini si mati sedang disoal mengenainya. ( Abu Daw’ud & al-hakim )
5. Disunatkan mengucapkan takziah kepada keluarga si mati.
Ta'ziah bererti : menyabarkan dan menghibur orang yang ditimpa musibah dengan menyebutkan hal-hal yang dapat menghapuskan duka dan meringankan penderitaannya.
Ta'ziah ini di syariatkan, dan hukumnya sunnat walaupun terhadap dzimmi sekalipun. berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi dari 'Amar bin Hazam dengan sanad yang hasan, bahawa Nabi saw bersabda : "Tidak seorang mukminpun yang datang bertakziah kepada saudara-saudaranya yang ditimpa musibah, kecuali akan diberi pakaian kebesaran oleh Allah SWT pada hari kiamat.
6. Disunnahkan jiran atau keluarga terdekat untuk memberi makanan kepada keluarga si mati.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Buatlah makanan untuk keluarga Ja'far, sesungguhnya telah datang kepada mereka apa yang menyibukkan mereka ( kematian Ja'far ). HR Abu Daud, al-Tirmidzi dan Ibnu Majah. Dinilai hasan oleh al-Bani.
sidane kapan rapotane?
ReplyDeletethanks
ReplyDelete