Sunday, June 24, 2012

Pentingnya thuma’ninah didalam solat.


Pembahasan pentingnya thuma’ninah ini akan saya bahagi kepada dua topik, iaitu thuma’ninah ketika ruku’ dan sujud, dan thuma’ninah ketika berdiri (itidal ).
a. Thuma’ninah ketika ruku’dan sujud.
Diantara kesalahan dalam solat adalah Tidak thuma'-ninah dan  tidak meluruskan tulang punggung ketika  ruku' dan sujud. Perkara ini berdasarkan hadis-hadis dibawah ini:
- Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,

 "Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya tidak ada shalat bagi orang yang tidak melakukan ruku' dan sujud dengan meluruskan punggungnya." (Shahih. HR. Ahmad (IV/23), Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (no. 2971), Ibnu Majah (no. 871), Ibnu Khuzaimah (no. 593, 667), ath-Thahawi dalam Syarh Musykilil Aatsaar (no. 3901), Ibnu Hibban (no. 1888-at-Ta'liiqaatul Hisaan), dan selainnya. Lihat Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 2536))
Bahkan seseorang yang tidak thuma’ninah dalam ruku’ dan sujud dikatakan pencuri yang paling jahat yang mencuri didalam solat, sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pencuri yang paling jahat ialah yang mencuri di dalam solat; tidak menyempurnakan ruku’nya dan sujudnya.”–Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Al-Tabarani dan Al-Hakim.
Untuk menjelaskan lagi, agar kita tidak termasuk dalam golongan yang telah disebutkan tadi, marilah kita perhatikan beberapa lagi maksud potongan hadith yang berkaitan. Sebagaimana  sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila kamu ruku’, letakkan telapak tanganmu di atas lutut dan luruskan belakangmu dan tetapkan ruku’mu.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud.
Tetapkan ruku’mu, bermakna bertenang seketika (thoma’ninah).
-Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Solat seseorang tidak mendapat pahala sehinggalah dia meluruskan tulang belakangnya di dalam ruku’ dan sujudnya.” Abu Awanah, Abu Daud dan Al-Sahmi.
-Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila sujud maka mantapkan muka dan tanganmu sehingga tulang-tulangmu kembali kepada kedudukannya.” – Ibnu Khuzaimah.
 -Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak sah solat orang yang tidak menyentuh hidungnya ke lantai sepertimana dahinya menyentuh lantai.” Al-Darqutni, Al-Tabarani, Abu Naim.
-Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak sempurna solat seseorang itu sehinggah dia sujud sampai tenang persendiannya, lalu mengucap Allahu Akbar, mengangkat kepalanya sampai duduk dengan tetap.” Abu Daud.
b. Thuma’ninah ketika i’tidal ( antara ruku’dan sujud ).
Jika kita bangkit dari ruku’ ( waktu i’tidal ), maka kita harus melakukannya dengan thuma’ninah, iaitu dengan meluruskan tulang belakang ( berdiri tegak ). Sebagaimana  sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Allah tidak akan memerhati solat hamba yang tidak meluruskan tulang punggungnya di antara ruku’ dan sujud”– Riwayat Ahmad dan Al-Tabarani.
Maknanya; Bagi orang yang tidak melakukan i’tidal dengan sempurna, Allah tidak mengambil kira solatnya.
-Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
 “Tidak sempurna solat seseorang sehinggalah ia membaca takbir, lalu ruku’, kemudian membaca sami’Allahulimanhamidah (Allah mendengar orang yang memujiNya), sampai dia berdiri lurus.” Abu Daud dan Al-Hakim.
Ramai orang tidak sempat berdiri lurus ketika bangun dari ruku’. Mereka cuma angkat badan sedikit dan terus sujud. Maknanya tidak ada i’tidal (berdiri lurus setelah ruku) dalam solat mereka; sedangkan i’tidal adalah rukun. Sebagaimana  sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
-Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
كَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ اسْتَوَى حَتَّى يَعُوْدَ كُلُّ فَقَارٍ مَكَانَهُ
"Apabila mengangkat kepalanya (bangkit dari ruku'), maka beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam meluruskan (badannya) hingga semua rangkaian tulang belakangnya kembali ke posisinya". [HR al Bukhari].










No comments:

Post a Comment