Syubhat dan Hujah Orang-Orang yang Membolehkan Perayaan Maulid Beserta Bantahannya
Orang-orang yang membolehkan perayaan maulid ini memiliki banyak dalil (syubhat), dan di sini kami akan menyebutkan 22 dalil sebagai wakil dari dalil-dalil mereka yang tidak disebutkan di sini.
Itupun semua dalil mereka hanya berkisar pada 4 keadaan:
Itupun semua dalil mereka hanya berkisar pada 4 keadaan:
1. Ayat atau hadis yang sahih akan tetapi salah pendalilan (yakni tidak digunakan pada tempatnya – edt).
2. Hadis lemah, bahkan palsu yang tidak boleh diguna sebagai hujjah.
3. Perkataan sebahagian ulama, yang mereka ini bukan merupakan hujjah bila menyelisihi dalil.
4. Alasan yang dibuat-buat untuk mencapai maksud mereka yang rosak.
Berikut huraiannya:
Pertama: Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Yunus ayat 58:
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
Maksudnya: “Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada sesuatu yang mereka kumpulkan.”
Mereka
berkata, “Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kita untuk bergembira
dengan rahmat-Nya. Sedang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam adalah rahmat-Nya yang paling besar. Oleh kerana itulah, kita
bergembira dan merayakan maulid (hari lahir) baginda”.
Di antara yang berdalilkan
dengan ayat ini adalah seorang yang bernama Habib Ali Al-Ja’fary
Ash-Shufy dalam sebuah kasetnya yang berjudul Maqoshidul Mu`minah wa
Qudwatuha fil Hayah.
Bantahan:
Berdalilkan dengan ayat ini untuk membolehkan
maulid adalah suatu bentuk penafsiran firman Allah Ta’ala dengan
penafsiran yang tidak pernah ditafsirkan oleh para ulama salaf dan
mengajak kepada suatu amalan yang tidak pernah dikerjakan oleh para
ulama salaf. Ini adalah perkara yang tidak diperbolehkan
sebagaimana telah lalu penegasannya pada bab Pertama (Sila lihat buku
Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi dalam buku penulis; rujuk
sunniy.wordpress.com - edt).
Ibnu ‘Abdil Hady Rahimahullahu berkata dalam Ash-Shorimil Munky fir Roddi ‘alas Subky, hal. 427:
“… Dan tidak boleh memunculkan penafsiran terhadap suatu ayat atau sunnah dengan penafsiran yang tidak pernah ada di zaman para ulama salaf, yang mereka tidak diketahui dan tidak pernah pula mereka jelaskan kepada umat. Kerana perbuatan ini mengandung (tudingan) bahawa mereka tidak mengetahui kebenaran, lalai darinya. Sedang yang mendapat hidayah kepada kebenaran itu adalah seorang pengkritik yang datang pada kebelakangan, maka bagaimana lagi jika penafsiran tersebut menyelisihi dan bertentangan dengan penafsiran mereka ?!”.
Para
pembesar ulama tafsir telah menafsirkan ayat yang mulia ini dan tidak
terdapat sedikitpun dalam penafsiran mereka bahawa yang diinginkan
dengan rahmat di sini adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wasallam. Yang ada hanyalah bahawa rahmat yang diinginkan di sini adalah Al-Qur`an dan Al-Islam sebagaimana yang diinginkan dalam ayat sebelumnya, iaitu firman Allah Ta’ala:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ
لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran dari Tuhan kamu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada, serta petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya …” (Yunus : 57-58)
Inilah
penafsiran yang disebutkan oleh Al-Imam Abu Ja’far Muhammad bin Jarir
Ath-Thobary Rahimahullahu dalam Tafsir beliau (Lihat: Juz 15, halaman
105).
Imam Al-Qurthuby Rahimahullahu berkata ketika menafsirkan ayat di atas: “Abu Sa’id Al-Khudry dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu‘anhuma berkata:
“Kurnia Allah adalah Al-Qur`an dan rahmat-Nya adalah Al-Islam”. Juga dari keduanya (berkata), “Kurnia Allah adalah Al-Qur`an dan rahmat-Nya adalah dia menjadikan kamu ahli Qur`an”. Dari Al-Hasan, Adh-Dhohak, Mujahid, dan Qotadah, mereka menafsirkan, “Kurnia Allah adalah iman dan rahmat-Nya adalah Al-Qur`an”. (Lihat Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an juz8, halaman353)
Imam Ibnul Qoyyim Rahimahullahu berkata dalam Ijtima’ul Juyusy Al-Islamiyah ‘ala Ghozwul Mu’aththilah wal Jahmiyah halaman 6:
“Perkataan para ulama salaf sekitar di atas penafsiran bahawa kurnia Allah dan rahmat-Nya adalah Al-Islam dan As-Sunnah”.
Sesungguhnya
yang menjadi rahmat bagi manusia bukanlah kelahiran baginda, akan
tetapi rahmat itu hasilnya hanyalah ketika baginda diutus kepada
mereka. Makna inilah yang ditunjukkan oleh nas-nas syari’at:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Maksudnya:
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. (Al-Anbiya`: 107)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam telah bersabda:
إِنِّي لَـمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً
“Sesungguhnya
saya tidaklah diutus sebagai seorang yang suka melaknat, akan tetapi
saya diutus hanya sebagai rahmat.” (HR. Muslim no. 2599 dari Abu
Hurairah Radhiallahu‘anhu)
Syaikh Abdullah bin Muhammad bin Humaid Rahimahullahu berkata ketika menyebutkan tentang Abu Sa’id Al-Kaukabury (Dia adalah orang yang pertama kali merayakan maulid di negeri Maushil sebagaimana yang telah berlalu penjelasannya):
“Dia mengadakan perayaan tersebut pada malam kesembilan (Rabi’ul Awal) menurut yang dikuatkan oleh para ahli hadis bahawa baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dilahirkan pada malam itu (kesembilan) dan baginda wafat pada tanggal 12 Rabi’ul Awal menurut kebanyakan para ulama” (Lihat kitab beliau Ar-Rasa`ilul Hisan fii Fadho`ihil Ikhwan halaman 49).
Maka
betapa menghairankan bagi para pelaku maulid ini, mereka bergembira dan
bersenang-senang pada tanggal diwafatkannya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam (12 Rabi’ul Awwal), sementara hari kelahiran
baginda adalah tanggal 8 Rabi‘ul Awwal menurut pendapat yang paling
kuat, maka apakah ada kerosakan dan kerancuan akal yang lebih parah
dari ini?!
Ibnul Hajj Rahimahullahu berkata dalam Al-Madkhal (juz 2, halaman 15):
“Kemudian yang sangat menghairankan, mereka membolehkan merayakan maulid disertai dengan nyanyian, kegembiraan, dan keceriaan kerana kelahiran baginda ‘Alaihis sholatu wassalam -sebagaimana yang telah berlalu- pada bulan yang mulia ini. Padahal pada bulan ini juga baginda ‘Alaihis sholatu wassalam berpindah menuju kemuliaan Tuhannya ’Azza wa Jalla (yakni wafat – pent) yang mengejutkan ummat (para sahabat – pent). Mereka (para sahabat) ditimpa musibah besar yang tidak ada satu musibah pun yang mampu menandingi musibah ini selama-lamanya. Oleh kerana itu, keharusan atas setiap muslim adalah menangis, banyak-banyak bersedih, dan merenungi dirinya masing-masing terhadap musibah ini …”
Kemudian kita katakan kepada mereka,
“Bukankah ayat ini turun kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam?! Lantas kenapa baginda tidak pernah merayakan maulid sebagai bentuk pengamalan bagi ayat?! Kenapa juga baginda tidak pernah memerintahkan para sahabat dan keluarga baginda untuk melakukannya?! Padahal baginda adalah orang yang paling bersemangat mengajari manusia dengan perkara yang bermanfaat bagi mereka dan yang mendekatkan mereka kepada Penciptanya”.
“Bukankah ayat ini turun kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam?! Lantas kenapa baginda tidak pernah merayakan maulid sebagai bentuk pengamalan bagi ayat?! Kenapa juga baginda tidak pernah memerintahkan para sahabat dan keluarga baginda untuk melakukannya?! Padahal baginda adalah orang yang paling bersemangat mengajari manusia dengan perkara yang bermanfaat bagi mereka dan yang mendekatkan mereka kepada Penciptanya”.
(Rujukan: Al-Bida’ Al-Hauliyah hl. 173-177 dan Ar-Roddu ‘ala Syubuhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat pertama)
Kedua: Firman Allah ‘Azza wa Jalla dalam surah Al-Ahzab ayat 56:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
Mereka
mengatakan bahawa perayaan maulid boleh memberi motivasi sekaligus
sarana untuk berselawat kepada Rasul Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam.
Bantahan:
Syaikh
Hamud At-Tuwaijiri Rahimahullahu berkata dalam Ar-Roddul Qowy, halaman
70-71: “Sungguh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam telah
memberi motivasi untuk memperbanyakkan berselawat kepada baginda di
waktu-waktu tertentu, seperti pada hari Jumaat, setelah azan, ketika
nama baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam disebut, dan
waktu-waktu lainnya. Sekalipun demikian, baginda tidak pernah
memerintahkan atau memberi motivasi untuk berselawat kepada baginda
pada malam maulid baginda sendiri. Jadi, sesungguhnya (yang semestinya)
diamalkan adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Rasululullah
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dan (yang semestinya)
ditolak adalah segala sesuatu yang tidak baginda perintahkan”. Selesai
dengan sedikit perubahan.
Syaikh
Al-Muqthiry dalam Al-Mawrid (halaman 18) menyatakan: “Berselawat kepada
Nabi adalah perkara yang dituntut terus-menerus, bukan hanya di awal
tahun atau dua hari dalam seminggu.
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai
orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
Baginda ‘alaihish sholatu wassalam bersabda:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا
“Barangsiapa
yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya
sepuluh kali” (HR. Muslim no. 384 & 408 dari ‘Abdullah bin ‘Amr
ibnul ‘Ash dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhuma).
Baginda
telah memerintahkan untuk berselawat kepadanya setelah azan, dalam
solat dan demikian pula ketika nama baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wasallam disebut.
Baginda bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ علَيَّ
“Kecelakaan
bagi seseorang yang mendengar namaku disebut di sisinya, lantas dia
tidak berselawat kepadaku” (HR. Muslim no. 384 & 408 dari ‘Abdullah
bin ‘Amr ibnul ‘Ash dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhuma)
الْبَخِيْلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
“Orang
yang kikir (kedekut) adalah orang yang apabila namaku disebutkan di
sisinya, lalu dia tidak berselawat atasku” (HR. At-Tirmidzi no: 3546
dan An-Nasa`i dalam Al-Kubra no: 8100 & 9883 dari Al-Husain bin
‘Ali Radhiallahu‘anhuma dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul
Jami’ no. 2878).
(Rujukan:
Ar-Roddu ‘ala Syubuhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat kedua dan
Al-Mawrid fii Hukmil Ihtifal bil Maulid hal. 18)
Ketiga: As-Suyuthi
berkata dalam Al-Hawy (1/196-197): “…lalu saya melihat Imamul Qurro`,
Al-Hafizh Syamsuddin Ibnul Jauzy berkata dalam kitab beliau yang
berjudul ‘Urfut Ta’rif bil Maulid Asy-Syarif dengan nas sebagai
berikut: “Telah diperlihatkan Abu Lahab setelah meninggalnya di dalam
mimpi. Dikatakan kepadanya, “Bagaimana keadaanmu?”, dia menjawab, “Di
dalam Neraka, hanya saja diringankan bagiku (siksaan) setiap malam
isnin dan dituangkan di antara dua jariku air sebesar ini (dia
berisyarat dengan hujung jarinya) kerana saya memerdekakan Tsuwaibah
ketika dia memberitahu khabar gembira kepadaku tentang kelahiran Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dan kerana dia telah
menyusuinya.” (Lanjutan ucapan Ibnul Jauzi – edt) Jika Abu Lahab yang
kafir ini, yang Al-Qur`an telah turun mencelanya, diringankan
(siksaannya) di Neraka dengan sebab kegembiraan dia dengan malam
kelahiran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam, maka
bagaimana lagi keadaan seorang muslim yang bertauhid dari kalangan
ummat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam yang gembira
dengan kelahiran baginda dan mengerahkan seluruh kemampuannya dalam
mencintai baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam?!, Saya
bersumpah bahawa tidak ada balasannya dari Allah Yang Maha Pemurah,
kecuali Dia akan memasukkannya berkat keutamaan dari-Nya ke dalam
syurga-syurga yang penuh kenikmatan.”
Kisah
ini juga digunakan sebagai dalil oleh Muhammad bin ‘Alwi Al-Maliki
dalam risalahnya Haulal Ihtifal bil Maulid (halaman 8) tatkala dia
berkata: “Telah datang dalam Sahih Al-Bukhari bahawa diringankan
siksaan Abu lahab setiap hari Isnin dengan sebab dia memerdekakan
Tsuwaibah ….”
Bantahan:
Penyandaran
kisah di atas kepada Imam Al-Bukhari adalah suatu kedustaan yang nyata
sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikh At-Tuwaijiri dalam Ar-Roddul
Qowy halaman 56. Kerana tidak ada dalam riwayat Al-Bukhari sesuatupun
yang disebutkan dalam kisah di atas.
Berikut
konteks hadis ini dalam riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya no. 4711
secara mursal [*] dari ‘Urwah bin Zubair Rahimahullahu: “Tsuwaibah,
dulunya adalah hamba wanita kepada Abu Lahab. Abu Lahab membebaskannya,
lalu dia menyusui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam.
Tatkala Abu Lahab mati, dia diperlihatkan kepada sebahagian keluarganya
(dalam mimpi) tentang kejelekan keadaannya. Mereka (keluarganya ini)
berkata kepadanya: “Apa yang engkau dapat?”, Abu Lahab menjawab: “Saya
tidak mendapati setelah kamu kecuali saya diberi minum sebanyak ini
(Yakni jumlah yang sangat sedikit) kerana saya memerdekakan Tsuwaibah.”
[*]
Hadis Mursal adalah perkataan seorang tabi’in berkata “Rasululullah
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam bersabda ….”, atau dia
(tabi’in) menyandarkan sesuatu kepada Nabi Shallallahu alaihi wasallam.
Hadis mursal termasuk dalam sebahagian hadis lemah menurut pendapat
paling kuat di kalangan para ulama.
Syubhat ini dibantah dari beberapa sisi:
Hadis
tentang diringankannya siksa Abu Lahab ini telah dikaji oleh para ulama
dari zaman ke zaman. Akan tetapi tidak ada seorangpun di antara mereka
yang menjadikannya sebagai dalil disyari’atkannya perayaan maulid.
Ini
adalah hadis mursal sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Hafizh dalam
Al-Fath (yakni Fathul Baari – edt) (Juz 9, halaman 49) kerana ‘Urwah
tidak menyebutkan dari siapa dia mendengar kisah ini. Sedangkan hadis
mursal adalah termasuk golongan hadis-hadis dha’if (lemah) yang tidak
boleh diguna sebagai dalil.
Anggaplah
hadis ini sahih mausul (bersambung sampai kepada Nabi), maka yang
tersebut dalam kisah ini hanyalah mimpi. Sedangkan mimpi (selain mimpi
para Nabi) bukanlah wahyu yang boleh diterima sebagai hujah. Bahkan
disebutkan oleh sebahagian ahlil ilmi bahawa yang bermimpi di sini
adalah Al-‘Abbas bin ‘Abdil Muttholib dan mimpi ini terjadi sebelum
beliau masuk Islam.
Apa
yang dinukil oleh As-Suyuthi dari Ibnul Jauzy di atas bahawa Abu Lahab
memerdekakan Tsuwaibah kerana memberitakan kelahiran Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dan kerana dia menyusui Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam adalah menyelisihi apa yang telah tetap
di kalangan para ulama sirah (sejarah). Kerana dalam buku-buku sirah
ditegaskan bahawa Abu Lahab memerdekakan Tsuwaibah (waktunya) jauh
setelah Tsuwaibah menyusui Nabi Shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam.
Al-Hafizh
Ibnu ‘Abdil Barr Rahimahullahu berkata dalam Al-Isti’ab (Juz 1, halaman
12) ketika beliau membawakan biografi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wasallam. Setelah menyebutkan kisah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam disusukan kepada Tsuwaibah, beliau menyatakan:
“…Dan Abu Lahab memerdekakannya setelah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam berhijrah ke Madinah.” (Lihat juga Ath-Thobaqot
karya Muhammad bin Sa’ad bin Mani` Az-Zuhry Rahimahullahu (1/108-109),
Al-Fath (9/48), dan Al-Ishobah (4/250))
Kandungan kisah ini
menyelisihi zahir Al-Qur`an yang menegaskan bahawa orang-orang kafir
tidak akan mendapatkan manfaat dari amalan baiknya sama sekali di
akhirat, akan tetapi hanya dibalas di dunia.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menegaskan:
وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
Maksudnya: “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan”. (Al-Furqon : 23) (Lihat Fathul Bari (9/49), kecuali Abu Thalib yang diringankan siksanya kerana membela Nabi, sebagaimana dalam riwayat Muslim)
Kegembiraan
yang dirasakan oleh Abu Lahab hanyalah kegembiraan yang sifatnya
tabi’at manusia biasa kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam adalah anak kepada saudaranya (anak buah – edt). Sedangkan
kegembiraan manusia tidaklah diberikan pahala kecuali bila kegembiraan
tersebut muncul kerana Allah Subhanahu
wa Ta’ala. Buktinya, setelah Abu Lahab mengetahui kenabian anak
buahnya, diapun memusuhinya dan melakukan tindakan-tindakan yang kasar
padanya. Ini bukti yang kuat menunjukkan bahawa Abu Lahab bukan gembira
kerana Allah, tapi gembira kerana lahirnya seorang anak buahnya.
Gembira seperti ini ada pada setiap orang.
(Rujukan:
Al-Bida’ Al-Hauliyah halaman 165-170, Ar-Roddu ‘ala Syubuhati man
Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat keenam dan Al-Hiwar ma’al Maliki
Syubhat pertama)
Keempat: Mereka
(para pendukung maulid) berkata, “Allah Subhanahu wa Ta’ala telah
memuliakan sebahagian tempat yang memiliki hubungan dengan para Nabi,
misalnya maqam (tempat berdiri) Ibrahim ‘alaihis salam."
Kerana itulah, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى
Maksudnya: “Dan jadikanlah sebahagian maqam (tempat berdiri) Ibrahim sebagai tempat solat”. (Al-Baqarah : 125)
Di
dalam ayat ini terdapat motivasi untuk memperhatikan semua perkara yang
berhubungan dengan para Nabi. Maka di antara bentuk pengamalan ayat ini
adalah dengan memperhatikan hari kelahiran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam.
Bantahan:
Sesungguhnya
seluruh ibadah landasannya adalah tauqifiyah (terbatas pada dalil yang
ada) dan ittiba’, bukan berlandaskan pendapat dan perbuatan bid’ah.
Jadi, perkara apapun yang dimuliakan oleh Allah dan Rasul-Nya
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam berupa waktu ataupun tempat,
maka hanya itu saja yang berhak untuk dimuliakan. Dan perkara apapun
yang tidak dimuliakan oleh Allah dan Rasul-Nya, maka perkara tersebut
tak boleh dimuliakan. Benar Allah Subhanahu wa Ta’ala telah
memerintahkan seluruh hamba-Nya untuk menjadikan maqam Ibrahim [*]
sebagai tempat solat, akan tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak
pernah memerintahkan mereka untuk menjadikan hari kelahiran Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam sebagai hari raya yang
mereka berbuat bid’ah di dalamnya.
[*]
Maqam di sini ertinya tempat seseorang berdiri. Dikatakan sebagai maqam
Ibrahim kerana di tempat inilah Nabi Ibrahim berdiri ketika membangun
(membina) Ka’bah. Kerananya, jangan sampai ada yang salah faham dan
menyangkan maqam Ibrahim adalah kuburannya. Lagipula, para ulama telah
bersepakat bahawa semua kuburan para nabi ‘alaihimush sholatu was salam
tidak ada yang tsabit (kuat) berdasarkan nas mahupun berita yang
autentik (asli). Syaikhul Islam menukilkan dari Imam Malik bin Anas
Rahimahullahu beliau berkata: “Tidak ada seorang nabi pun di dunia ini
yang diketahui kuburnya kecuali kubur Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam.” (Lihat Majmu’ Al-Fatawa 27/444 )
[Rujukan:
Ar-Roddul Qowy karya Syaikh At-Tuwaijiri hal. 83 dan Ar-Roddu ‘ala
Syubuhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid, syubhat ketiga)
Kelima: Mereka juga berdalil dengan hadis Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma tentang puasa ‘Asyura`:
أَنََّ
رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ
فَوَجَدَ اليَهُوْدَ صِيَمًا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي
تَصُوْمُوْنَهُ؟َ فَقَالُوْا: هَذَا يَوْمٌ عَظِيْمٌ، أَنْجَى اللهُ
فِيْهِ مُوْسَى وَقَوْمَهُ وغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ
مُوْسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُوْمُهُ. فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوْسَى مِنْكُمْ.
فَصَامَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَرَ
بِصِيَامِهِ.
“Nabi
datang (hijrah) ke Madinah dan baginda mendapati orang-orang Yahudi
berpuasa pada hari ‘Asyura`. Lalu baginda pun bertanya, “Apa ini?”,
mereka (orang-orang Yahudi) menjawab, “Ini adalah hari yang baik, hari
dimana Allah menyelamatkan Bani Isra`il dari musuh mereka, maka Nabi
Musa berpuasa padanya”. Baginda bersabda: “Kalau begitu saya lebih
berhak terhadap Musa daripada kamu”. Maka baginda pun berpuasa dan
memerintahkan (manusia) untuk berpuasa”. (HR. Al-Bukhari no. 1900 dan
Muslim no. 1130)
Al-Hafizh
Ibnu Hajar Rahimahullahu sebagaimana yang dinukil oleh As-Suyuthi dalam
Al-Hawy lil Fatawa (Juz 1, halaman 196) berkata setelah beliau
menyebutkan bahawa perayaan maulid tidak pernah dikerjakan oleh tiga generasi pertama ummat ini.
Beliau menyatakan: “Telah nampak bagiku untuk menetapkannya (yakni
perayaan maulid) di atas landasan yang sahih iaitu …” Lalu beliau
menyebutkan hadits Ibnu ‘Abbas di atas.
Kemudian beliau berkata lagi: “Jadi, dari hadis ini diambil faedah tentang perbuatan kesyukuran
kepada Allah atas nikmat yang Allah berikan pada suatu hari tertentu
dengan cara menghasilkan suatu kenikmatan atau menolak suatu bahaya.
Sedang kesyukuran kepada Allah adalah dengan mengamalkan berbagai jenis ibadah, seperti sujud, berpuasa, sedekah, dan membaca Al-Qur`an. Maka, nikmat apakah yang lebih besar daripada nikmat munculnya Nabiyyurrahmah ini Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam pada hari itu. Oleh kerana itu, selayaknya untuk memperhatikan hari itu (yakni hari maulid) agar bersesuaian dengan kisah Musa ‘alaihis salam pada hari ‘Asyuro`”. Selesai berdasarkan maknanya.
Sedang kesyukuran kepada Allah adalah dengan mengamalkan berbagai jenis ibadah, seperti sujud, berpuasa, sedekah, dan membaca Al-Qur`an. Maka, nikmat apakah yang lebih besar daripada nikmat munculnya Nabiyyurrahmah ini Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam pada hari itu. Oleh kerana itu, selayaknya untuk memperhatikan hari itu (yakni hari maulid) agar bersesuaian dengan kisah Musa ‘alaihis salam pada hari ‘Asyuro`”. Selesai berdasarkan maknanya.
Hadis
ini juga dijadikan dalil oleh Muhammad bin ‘Alwy Al-Maliki untuk
membolehkan perayaan maulid dalam kitabnya Haulal Ihtifal bil Maulid
halaman 11-12.
Jawaban:
Sesungguhnya Al-Hafiz Rahimahullahu telah menegaskan di awal ucapannya bahawa asal perayaan maulid adalah bid’ah, tidak pernah dikerjakan oleh para ulama salaf.
Perkataan beliau tentang hal ini akan kami sebutkan pada bab ketiga
belas. (Sila lihat buku Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi dalam buku
penulis; rujuk sunniy.wordpress.com - edt).
Pemahaman
Al-Hafiz tentang dibolehkannya maulid yang beliau petik dari hadis di
atas merupakan pemahaman yang salah dan tertolak. Kerana tidak ada seorangpun dari kalangan para ulama salaf yang memahami dari hadis tersebut dibolehkannya perayaan maulid. Lihat kembali pembahasan pada bab pertama dan juga kitab Al-Muwafaqat (3/41-44) karya Asy-Syathibi Rahimahullahu.
Mengkiaskan (menganologikan) bid’ah maulid dengan puasa ‘Asyuro` adalah suatu bentuk takalluf (memaksa-maksa) yang
nyata dan tertolak kerana ibadah landasannya adalah syari’at, bukan
berdasarkan pendapat ataupun anggapan baik. (Yakni kias tersebut
merupakan kias yang batil - edt)
Sesungguhnya puasa ‘Asyura`
adalah perkara yang telah diamalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam, bahkan baginda memberi motivasi untuk
mengamalkannya. Berlainan halnya dengan perayaan maulid dan
menjadikannya sebagai hari raya, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam tidak pernah mengerjakannya dan juga tidak pernah
memotivasi untuk mengerjakannya.
[Rujukan: Al-Bida’ Al-Hauliyah hal. 159-161 dan Ar-Roddu ‘ala Syubhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat kelima]
Keenam: Setelah
menyebutkan perkataan Al-Hafiz di atas, As-Suyuthi kemudian membawakan
dalil yang lain iaitu hadis Anas bin Malik Radhiallahu‘anhu, beliau
berkata:
“Bahawa
sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam melakukan
aqiqah untuk diri baginda sendiri setelah baginda diangkat menjadi
Nabi”. (HR. Al-Baihaqy, 9/300)
Lalu
dia (As-Suyuthi) berkata: “… Padahal telah datang (riwayat) bahawa
datuk baginda ‘Abdul Mutthalib telah melaksanakan aqiqah untuk baginda
pada hari ketujuh kelahiran baginda, sedangkan aqiqah tidaklah diulangi
dua kali. Maka perbuatan tersebut (yakni aqiqah setelah menjadi Nabi)
dibawa kepada (pemahaman) bahawa yang baginda lakukan itu adalah dalam
rangka menampakkan kesyukuran atas penciptaan Allah terhadap diri
baginda sebagai rahmat bagi seluruh alam dan sekaligus (perbuatan
baginda tersebut) sebagai syari’at bagi umatnya sebagaimana baginda
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam telah berselawat untuk
dirinya sendiri. Oleh kerana itulah, disunnahkan juga bagi kita untuk
menampakkan kesyukuran dengan kelahiran baginda …”
Jawaban:
Hadis
di atas yang menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu alaihi wa sallam
melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri setelah diangkat menjadi nabi
adalah hadis yang lemah dan tidak boleh diguna untuk berhujah,
kerana di dalamnya terdapat seorang perawi lemah yang bernama ‘Abdullah
bin Muharrar Al-Jazary.
Al-Baihaqi
setelah meriwayatkan hadis di atas, beliau berkata, “Abdurrazzaq
berkata: “Tidaklah mereka meninggalkan ‘Abdullah bin Muharrar kecuali
kerana keadaan hadis ini, dan juga (hadis ini) diriwayatkan dari jalan
lain dari Anas dan tidak dipandang sama sekali.”
‘Abdullah
bin Muharrar ini telah dilemahkan oleh sekian banyak ulama dengan
kelemahan yang sangat keras, di antaranya adalah: Imam Ahmad,
Ad-Daraquthny, Ibnu Hibban, Ibnu Ma’in, Imam Al-Bukhari, dan juga
Al-Hafizh Adz-Dzahabi Rahimahumullahu jami’an. (Lihat At-Talkhis
Al-Habir (4/147) dan Mizanul I’tidal pada biografi ‘Abdullah bin
Muharrar ini)
Syaikh
Abu Bakr Al-Jaza`iry Hafizahullah berkata dalam Al-Inshof fima Qila fil
Maulid (halaman 61-62): “Apakah tsabit (sahih) bahawa aqiqah itu
dulunya disyari’atkan bagi ahli jahiliyah (musyrik Quraisy) dan
(apakah) mereka mengamalkannya, sehingga kita boleh mengatakan bahawa
‘Abdul Mutthalib telah melakukan aqiqah terhadap anak lelaki dari
anaknya?! Apakah amalan-amalan ahli jahiliyah diperhitungkan dalam
Islam sehingga kita boleh menyatakan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam melakukan aqiqah untuk dirinya hanya sekadar
sebagai kesyukuran dan bukan dalam rangka menegakkan sunnah aqiqah,
jika dia (datuk baginda) telah mengaqiqahkan baginda?!. Maha Suci
Allah, betapa aneh dan asingnya pendalilan ini.
Apakah jika sahih (benar)
bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam menyembelih
seekor kambing sebagai bentuk kesyukuran akan nikmat penciptaan diri
baginda, apakah hal ini membolehkan untuk menjadikan hari lahir baginda
sebagai hari raya bagi manusia?!”.
[Rujukan: Al-Bida’ Al-Hauliyah halaman 161-164 dan Ar-Roddu ‘ala Syubhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat kelapan]
Ketujuh: Muhammad
‘Alwy Al-Maliki dalam kitabnya Haulal Ihtifal bil Maulid halaman 10
berdalil tentang disyari’atkannya perayaan maulid dengan hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim no: 1162 dari hadis Abu Qotadah
Al-Anshory Radhiallahu‘anhu:
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ اَلِاثْنَيْنِ, قَالَ: ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ, وَبُعِثْتُ فِيهِ, أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ
Bahawa
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam ditanya tentang puasa
pada hari Isnin, maka baginda menjawab: "Ia adalah hari kelahiranku,
hari itu aku diutus, dan hari itu diturunkan al-Qur’an padaku."
Sisi pendalilan dari hadis ini (menurutnya) adalah bahawa baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam memuliakan dan mengagungkan hari lahir baginda
dengan cara berpuasa pada hari itu. Ini (berpuasa) hampir semakna
dengan perayaan walaupun bentuknya berbeza. Yang jelas makna pemuliaan
itu ada, sama ada dengan berpuasa atau dengan memberi makanan atau
dengan berkumpul-kumpul untuk mengingat dan berselawat kepada baginda
dan lain-lainnya.
Bantahan:
Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tidak berpuasa pada hari
kelahiran baginda, iaitu pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal [*] akan tetapi
baginda berpuasa pada hari Isnin yang setiap bulan berulang sebanyak
empat kali. Baginda juga tidak pernah mengkhususkan untuk mengerjakan
amalan-amalan tertentu pada tarikh kelahiran baginda. Maka semua ini
adalah bukti yang menunjukkan bahawa baginda Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam tidaklah menganggap hari kelahiran baginda lebih
afdal daripada yang lainnya. (Lihat Ar-Roddul Qowy halaman 61-62)
[*] Itupun telah kita tegaskan bahawa yang benarnya baginda dilahirkan pada tarikh 8 Rabi’ul Awwal.
Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tidak mengkhususkan berpuasa
hanya pada hari isnin saja, akan tetapi baginda juga berpuasa pada hari
khamis, sebagaimana dalam hadis Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu secara
marfu‘:
“Amalan-amalan
diberikan setiap hari Isnin dan khamis, maka saya senang jika amalan
saya diberikan sedang saya dalam keadaan berpuasa”. (HR. At-Tirmidzi
no. 747 dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa` no. 949)
Jadi,
berdalilkan dengan puasa hari Isnin untuk membolehkan perayaan Maulid
adalah puncak takalluf (pemaksaan) dan pendapat yang sangat jauh dari
kebenaran. Jika yang diinginkan dari perayaan maulid adalah sebagai
bentuk kesyukuran kepada Allah Ta’ala atas nikmat kelahiran Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam, maka suatu perkara yang
masuk akal (dan memang inilah yang ditetapkan oleh syari’at) kalau
pelaksanaan kesyukuran tersebut sesuai dengan pelaksanaan kesyukuran
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam atasnya, yakni dengan
berpuasa. Oleh kerana itu, hendaknya kita berpuasa sebagaimana baginda
berpuasa [*] bukan malah dengan membazirkan wang untuk makanan dan yang
semisalnya. Lihat Al-Inshof fima Qila fil Maulid hal. 64-66 karya Abu
Bakr Al-Jaza`iry.
[*]
Maksudnya berpuasa pada hari Isnin sebagaimana Nabi Shallallahu‘alaihi
wasallam berpuasa hari Isnin. Adapun berpuasa tepat pada tarikh 12
Rabi’ul Awwal (kalaupun ini kita anggap pendapat yang paling benar
tentang hari lahir baginda), maka tidak disyari’atkan kerana tidak ada
dalil yang mengkhususkannya untuk puasa, yang ada hanyalah berpuasa
pada hari Isnin. (ed)
(Rujukan: Al-Bida’ Al-Hauliyah hal. 171-172 dan Ar-Roddu ‘ala Syubhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat keempat)
Kelapan: Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tentang keutamaan hari Jumaat:
“Sebaik-baik
hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat, padanya
diciptakan Adam, padanya dia diwafatkan, padanya dia dimasukkan ke
Syurga dan padanya dia dikeluarkan darinya, serta tidak akan tegak Hari
Kiamat kecuali pada hari Jumaat”. (HR. Muslim no: 854 dari Abu Hurairah
Radhiallahu‘anhu)
Dalam
kitab Haulal Ihtifal halaman 14, Muhammad ‘Alwy Al-Maliki menyatakan
bahawa jika hari Jumaat memiliki keutamaan kerana pada hari itu Nabi
Adam tercipta, maka tentunya hari ketika pimpinan para Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tercipta itu lebih layak untuk
mendapatkan keutamaan dan kemuliaan.
Bantahan:
Syaikh
At-Tuwaijiri Rahimahullahu berkata dalam Ar-Roddul Qowy (halaman 82):
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tidak
pernah mengkhususkan hari Jumaat untuk melaksanakan sesuatupun berupa
amalan-amalan sunnah, dan baginda telah melarang untuk mengkhususkan
hari Jumaat dengan berpuasa atau mengkhususkan malam Jumaat untuk solat
malam. Di dalam Sahih Muslim (no: 1144) dari Abu Hurairah
Radhiallahu‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam
bahawa baginda bersabda:
“Jangan
kamu mengkhususkan malam Jumaat di antara malam-malam lainnya dengan
mengerjakan solat malam dan jangan kamu khususkan hari Jumaat di antara
hari-hari lainnya dengan berpuasa, kecuali apabila (hari Jumaat)
bertepatan dengan hari kebiasaan salah seorang di antara kamu berpuasa.”
Jika
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tidak mengkhususkan
hari Jumaat dengan sesuatu apapun berupa amalan-amalan sunnah (padahal
Adam ’alaihis salam diciptakan pada hari itu), maka apa hubungannya
dengan Ibnul ‘Alwy dan selainnya, yang menyebutkan pendalilan tersebut
tentang dibolehkannya perayaan maulid?!” Selesai dengan perubahan.
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid, syubhat ketujuh]
Kesembilan: Hadis
Anas bin Malik Radhiallahu‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa ‘ala alihi wasallam bercerita ketika baginda melakukan Isra` dan
Mi’raj:
“Lalu
dia (Jibril) berkata: “Turun dan solatlah!”, maka saya pun turun lalu
mengerjakan solat. Lalu dia bertanya: “Tahukah engkau di mana engkau
solat? Engkau solat di Betlehem, tempat ‘Isa ‘alaihis salam
dilahirkan.” (HR. An-Nasa`i (1/221-222/450))
Hadis
ini dijadikan dalil oleh Muhammad ‘Alwy Al-Maliki dalam Haulal Ihtifal
(halaman 14-15) untuk membolehkan perayaan maulid. Sisi pendalilannya
adalah bahawa baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam
diperintahkan untuk memuliakan tempat kelahiran Nabi ‘Isa dengan cara
solat di atasnya. Maka hari dan tempat kelahiran Nabi Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam lebih layak lagi untuk
dimuliakan dengan mengadakan perayaan maulid.
Bantahan:
Kisah
tentang solat baginda di Betlehem ini juga datang dari hadis Syaddad
bin ‘Aus Radhiallahu‘anhu riwayat Al-Bazzar dalam Al-Musnad (no: 3484)
dan Ath-Thobarony (7/282-283/7142) dan juga dari hadis Abu Hurairah
Radhiallahu‘anhu riwayat Ibnu Hibban dalam Al-Majruhin (1/187-188)
dalam biografi Bakr bin Ziyad Al-Bahily.
Ketiga-tiganya adalah hadis yang lemah dan mungkar.
Berikut kesimpulan bantahan Al-‘Allamah Al-Anshary Rahimahullahu dalam
Al-Qaulul Fashl, halaman. 138-145 terhadap kisah di atas:
(1) Hadis Anas bin Malik Radhiallahu‘anhu.
Ibnu
Katsir Rahimahullahu berkata setelah menyebutkan hadis ini dalam
rangkaian hadis-hadis tentang Isra` dan Mi’raj ketika menafsirkan ayat
pertama dari surah Al-Isra: “Di dalam kisah ini ada gharabah [*]
(keanehan) dan sangat mungkar”.
[*] Kata gharib
atau gharabah jika digunakan oleh At-Tirmidzi dalam Sunannya, Ibnu
Katsir dalam Tafsirnya dan Az-Zayla’iy dalam Nashbur Royah maka
kebanyakannya bermakna dha’if (lemah).
Beliau
juga berkata dalam Al-Fushul fii Ikhtishori Sirotur Rosul, “Gharib
(aneh), sangat mungkar, dan sanadnya muqarib. Dalam hadis-hadis yang
sahih, ada perkara yang menunjukkan tentang kemungkarannya, wallahu
A’lam”.
Yakni
kisah tentang solatnya baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam di Betlehem ini, tidak ada disebutkan dalam kisah Isra` dan
Mi’raj dalam hadis-hadis lain yang sahih.
(2) Hadits Syadad bin Aus Radhiallahu‘anhu.
Di dalam sanadnya ada perawi yang bernama Ishaq bin Ibrahim ibnul ‘Ala` Adh-Dhahhak Az-Zubaidy Ibnu Zibriq Al-Himshy.
Al-Hafizh
berkata dalam Al-Fath: “(Orangnya) Jujur, tapi banyak kesalahan (dalam
periwayatan). Muhammad bin ‘Auf mengungkapkan bahawa dia pendusta.”
Adz-Dzahabi
berkata dalam Al-Mizan: “An-Nasa`i berkata : “(Orangnya) tidak tsiqah”.
Abu Daud berkata: “Tidak ada apa-apa (tidak ada nilainya) dan dia
dianggap pendusta oleh Muhammad bin ‘Auf Ath-Tho`i, seorang ahli hadis
negeri Himsh.”
Ibnu Katsir Rahimahullahu berkata dalam Tafsirnya setelah menyebutkan jalan-jalan periwayatan hadis Syaddad
ini: “Tidak ada keraguan, hadis ini (maksudkannya adalah yang
diriwayatkan dari Syaddad bin Aus) mengandung beberapa perkara, di
antaranya ada yang sahih (sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Baihaqi),
dan di antaranya ada yang mungkar, seperti (kisah) solat (Nabi
–Shollallahu alaihi wa sallam-) di Betlehem dan (kisah) pertanyaan (Abu
Bakar) Ash-Shiddiq tentang sifat Baitul Maqdis dan selainnya, wallahu
A’lam.”
(3) Hadits Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu.
Di dalam sanadnya terdapat Bakr bin Ziyad Al-Bahily. Ibnu Hibban berkata: “Syaikh
pendusta, membuat hadis palsu dari para tsiqat (perawi-perawi
terpercaya), tidak halal menyebut namanya dalam kitab-kitab kecuali
untuk dicela.”
Beliau juga berkata memberi komentar hadis Abu Hurairah di atas: “Ini
adalah sesuatu yang orang awam ahli hadis tidak akan ragu lagi bahawa
ini adalah palsu, lebih-lebih lagi pakar dalam bidang ini.”
(Perkataan beliau ini dinukil oleh Ibnul Jauzy dalam Al-Maudhu’at
(1/113-114), Adz-Dzahaby dalam Al-Mizan (1/345) dan Asy-Syaukany dalam
Al-Fawa`id Al-Majmu’ah fil Ahadits Al-Maudhu’ah halaman 441)
Ibnu
Katsir berkata berkata dalam Al-Fushul fii Ikhtishori Sirotur Rosul
(halaman 22) dalam memberi komentar hadis Abu Hurairah ini: “Juga tidak
sahih kerana keadaan Bakr bin Ziyad yang telah berlalu.” Yakni beliau
menghukuminya sebagai perawi yang matruk (ditinggalkan hadisnya).
Sebagai kesimpulan,
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullahu berkata dalam tafsir surah
Al-Ikhlash halaman 169: “Apa yang diriwayatkan oleh sebahagian mereka
tentang hadis Isra` bahawa dikatakan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam: “Ini adalah baik, turun dan solatlah”, maka
baginda turun lalu solat, “Ini adalah tempat bapakmu, turun dan
solatlah”, merupakan (riwayat) dusta dan palsu. Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tidak pernah solat pada malam itu
kecuali di Masjid Al-Aqsha sebagaimana dalam As-Sahih dan baginda tidak
pernah turun kecuali padanya.”
Ibnul
Qayyim Rahimahullahu dalam Zadul Ma’ad berkata: “Kononnya khabar
tentang baginda turun di Betlehem dan solat padanya. Padahal hal itu
tidak benar dari baginda selama-lamanya.” (Selesai dari Al-Qaulul Fashl)
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat kesembilan]
Kesepuluh: Sesungguhnya
para penya’ir dari kalangan sahabat, seperti Ka’ab bin Zuhair, Hassan
bin Tsabit, dan yang lainnya Radhiallahu‘anhum, mereka membacakan
sya’ir-sya’ir pujian kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wasallam dan baginda redha dengan perbuatan mereka serta membalas
mereka dengan membacakan selawat dan mendo’akan kebaikan kepada mereka.
Ini dijadikan dalil oleh Hasyim Ar-Rifa’iy sebagaimana dalam Ar-Roddul Qowy halaman 78.
Bantahan:
Al-‘Allamah
At-Tuwaijiri Rahimahullahu berkata dalam Ar-Roddul Qowy, halaman 79:
“Tidak pernah pun disebutkan dari salah seorang para penya’ir sahabat
radhiyallahu ‘anhum bahawa mereka mengungkapkan kecintaan mereka kepada
Nabi Shallallahu‘alaihi wasallam dengan melantunkan qasidah-qasidah
(sya’ir-sya’ir) pada malam kelahiran baginda, akan tetapi kebanyakan
mereka melantunkannya ketika terjadinya penaklukan suatu negeri dan
ketika mengalahkan musuh-musuh. Di bangun di atas dasar ini, bererti
pelantunan (sya’ir) di depan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam bukanlah sesuatu yang pernah dilakukan oleh Ka’ab bin Zuhair,
Hassan bin Tsabit, dan selain keduanya dari kalangan para penya’ir
sahabat, (bukanlah) merupakan perkara yang boleh dipegang oleh
Ar-Rifa’iy dan selainnya dalam menguatkan bid’ah maulid.” (Selesai
dengan sedikit meringkas).
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat kesepuluh]
Kesebelas: Sesungguhnya perayaan maulid adalah kumpulan zikir, sedekah, dan pengagungan terhadap sisi kenabian. Dan semua perkara ini tentunya merupakan perkara yang dituntut dan dipuji dalam syari’at Islam.
Jawaban:
Tidak
diragukan bahawa semua yang disebutkan di atas berupa zikir, sedekah,
dan mengingat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam merupakan
ibadah, bahkan termasuk di antara ibadah yang memiliki kedudukan yang
besar dalam Islam. Akan tetapi perlu diketahui, bahawa ibadah akan
diterima setelah dipenuhi dua syarat, ikhlas dan sesuai dengan petunjuk
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam (Lihat kembali bab
Syarat Diterimanya Amalan). Kemudian, di antara kaedah yang masyhur di
tengah para ulama dan para penuntut ilmu bahawa suatu ibadah apabila
perintah pelaksanaannya datang dalam bentuk umum (yakni tidak terikat
dengan suatu waktu mahupun tempat), maka ibadah tersebut juga mesti
dilaksanakan secara mutlak tanpa mengkhususkan waktu dan tempat
tertentu, apabila dikhususkan tanpa adanya dalil maka perbuatan
tersebut dihukumi sebagai bid’ah (Kaedah ini disebutkan oleh Syaikh
Nashirudin Al-Albany dalam Ahkamul Jana`iz halaman 306). Oleh kerana
itulah, adalah termasuk bid’ah tatkala mengkhususkan pelaksanaan ibadah
zikir, sedekah, dan mengingat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam hanya pada tarikh kelahiran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wasallam.
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat ke sebelas]
Kedua Belas: Sesungguhnya
perayaan maulid adalah perkara yang dianggap baik oleh banyak ulama dan
telah diterima, bahkan dilangsungkan secara turun temurun oleh
kebanyakan kaum muslimin dikebanyakan negeri-negeri kaum muslimin.
Maka
tentunya hal itu adalah kebaikan kerana kaedah yang diambil dari hadis
Ibnu Mas’ud Radhiallahu‘anhu menyatakan bahawa: “Apa-apa yang dianggap
baik oleh kaum muslimin, maka itu juga baik di sisi Allah.”
Ini adalah termasuk dalil yang disebutkan oleh Muhammad bin ‘Alwy Al-Maliki dalam Haulal Ihtiffal halaman 15.
Bantahan:
Telah berlalu jawaban atas hadis Ibnu Mas’ud Radhiallahu‘anhu pada bab ketiga. (Sila lihat buku Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi dalam buku penulis; rujuk sunniy.wordpress.com - edt). Siapa yang dimaksudkan sebagai ulama oleh Al-Maliki di sini??!
Kalau yang dia maksudkan adalah para sahabat serta orang-orang yang
mengikuti mereka dengan baik, maka ini adalah kedustaan atas nama mereka. Kalau yang dia maksudkan adalah selain mereka dari kalangan Al-Qaramithah,
Al-Bathiniyah, dan Shufiah, maka Al-Maliki benar kerana sememangnya
perayaan maulid, tidaklah ia muncul kecuali atas inisiatif mereka,
sebahagian mereka (yakni Al-Bathiniyyah) telah dikafirkan oleh para
ulama. Lihat bab kesembilan dari buku ini. (Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi).
Syaikh Sholeh Al-Fauzan Hafizhahullah berkata dalam risalah beliau Hukmul Ihtifal bi Dzikril Maulid An-Nabawy: “Yang
menjadi hujah adalah sesuatu yang tsabit (sahih) dari Rasul Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam. Sedang yang tsabit dari Rasul
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam adalah larangan berbuat
bid’ah secara umum, dan ini (yakni perayaan maulid) di antara bentuknya.
Amalan manusia, jika menyelisihi dalil maka bukanlah hujah walaupun jumlah mereka banyak.
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.” (Al-An’am : 116)
Itupun akan terus menerus ada (berkat nikmat Allah) pada setiap zaman orang-orang yang mengingkari bid’ah ini dan
menjelaskan kebatilannya. Jadi, tidak ada hujah pada amalan orang yang
terus menghidupkan (bid’ah ini) setelah jelas baginya kebenaran.”
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat kedua belas]
Ketiga Belas: Sebahagian mereka berdalih bahawa sebahagian ulama sunnah ada yang memperbolehkan perayaan maulid, seperti Imam As-Suyuthi Rahimahullahu dan yang lainnya.
Maka kami hanya mengikuti mereka kerana mereka adalah orang yang berilmu.
Bantahan:
Tidak
diragukan bahawa ucapan ini adalah ucapan yang penuh dengan fanatisme,
taqlid, dan kesombongan yang telah diharamkan oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala sebagaimana yang telah berlalu penjelasannya pada bab kelima
dari buku ini.
Kemudian, perselisihan para ulama dalam masalah ini (yakni bid’ah maulid) adalah perselisihan yang sifatnya tadhadh (saling berlawanan dan menafikan), yang salah satunya adalah kebenaran dan yang lainnya adalah kebatilan, bukan perselisihan tanawwu’ (cabang) yang sifatnya masih menerima toleransi dan kompromi.
Sebagai seorang muslim, hendaklah mengembalikan semua perselisihan hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, sebagaimana yang telah kami tegaskan pada bab pertama. (Lihat Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi - edt).
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat ketiga belas]
Keempat Belas: Pengakuan
dari seseorang yang bernama Muhammad ‘Utsman Al-Mirghony dalam
muqaddimah kitabnya yang berjudul Al-Asror Ar-Robbaniyah, halaman 7.
Dia menyatakan bahawa dia menerima syari’at perayaan maulid ini langsung dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dalam mimpinya.
Bantahan:
Al-‘Allamah Isma’il Al-Anshory Rahimahullahu berkata dalam Al-Qaulul Fashl:
“Sesungguhnya bersandar di atas pengakuan bahawa seseorang menerima perintah-perintah Nabi Shallallahu’alaihi wasallam dalam mimpi untuk merayakan maulid Nabi Shallallahu’alaihi wasallam tidaklah dipandang, kerana mimpi dalam tidur tidak dapat menetapkan sunnah yang tidak ada dan tidak dapat membatalkan sunnah yang sudah ada sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama.”
“Sesungguhnya bersandar di atas pengakuan bahawa seseorang menerima perintah-perintah Nabi Shallallahu’alaihi wasallam dalam mimpi untuk merayakan maulid Nabi Shallallahu’alaihi wasallam tidaklah dipandang, kerana mimpi dalam tidur tidak dapat menetapkan sunnah yang tidak ada dan tidak dapat membatalkan sunnah yang sudah ada sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama.”
Imam Abu Zakaria An-Nawawy
Rahimahullahu berkata dalam menjelaskan perkataan Imam Muslim
Rahimahullahu tentang “Menyingkap aib-aib para perawi hadis” dalam
Sahih Muslim (1/115): “Tidak boleh menetapkan hukum syar’i dengannya
(iaitu dengan mimpi), kerana keadaan tidur bukanlah keadaan menghafal
dan yakin terhadap apa yang didengari oleh seseorang yang bermimpi
tersebut. Mereka telah bersepakat bahawa termasuk syarat orang yang
diterima riwayat dan persaksiannya adalah orang yang terjaga, bukan
orang yang lalai, bukan orang yang buruk hafalannya, dan tidak banyak
salah (dalam hafalan), …”
Inilah hukum semua mimpi selain mimpi para Nabi yakni tidak boleh menetapkan syari’at yang tidak pernah dituntut oleh Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dan sebaliknya mimpi tidak boleh
menghapuskan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dalam hidup baginda, walaupun yang dia
lihat di dalam mimpinya adalah betul Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wasallam. Akan tetapi hal ini tentunya tidak mungkin.
Yang dilihat di dalam mimpnya pasti adalah syaitan yang mengaku sebagai
Nabi Shallallahu‘alaihi wasallam, kerana tidak mungkin baginda
memerintahkan sesuatu yang telah baginda larang ketika baginda masih
hidup.[*]
[*]Terdapat
hadis yang sahih dari Nabi menyatakan: “Barangsiapa yang melihatku
dalam mimpi, maka seakan-akan dia melihatku dalam keadaan jaga, serta
syaitan tidak dapat menyerupaiku.” Namun, disini tidak ada yang
menghalang syaitan untuk berpura-pura mengaku sebagai Nabi dalam
keadaan menyerupai mana-mana wajah selain wajah Nabi, Wallahua’lam.
(Tambahan – edt)
Imam Asy-Syathibi Rahimahullahu berkata dalam Al-I’tisham (Juz 1, halaman 209): “Mimpi selain para Nabi tidak dapat dihukum sebagai syari’at,
bagaimanapun keadaannya kecuali mestilah diperhadapkan kepada sesuatu
yang ada di depan kita berupa hukum-hukum syari’at (yakni telah ada hukum tersebut di dalam Al-Kitab dan As-Sunnah).
Jika hukum-hukum syari’at ini membolehkannya, maka kita amalkan
berdasarkan hukum-hukum itu. Jika tidak, maka wajib untuk ditinggalkan
dan berpaling darinya. Faedahnya tidak lain adalah sekadar sebagai
khabar gembira (apabila mimpinya baik) atau peringatan (jikalau
mimpinya buruk). Adapun mengambil petikan-petikan hukum darinya, maka
tidak (boleh)!”
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat keempat belas]
Kelima Belas: As-Sakhawi (Beliau adalah salah seorang murid senior dari Al-Hafizh Ibnu Hajar Rahimahullahu) Rahimahullahu berkata:
“Jika
penganut salib (Nasrani/kristian) menjadikan malam kelahiran Nabi
mereka sebagai hari raya besar, maka penganut Islam lebih layak dan
lebih-lebih patut untuk memuliakan (Nabi mereka).”
Ini disebutkan oleh Hasyim Ar-Rifa’iy dan dia berdalil dengannya dalam membolehkan maulid sebagaimana dalam Ar-Roddul Qowy, halaman 25 karya Syaikh Hamud bin Abdillah At-Tuwaijiri Rahimahullahu.
Jawaban:
Tidak ada keraguan bahawa merayakan maulid dan menjadikannya sebagai hari raya adalah di bangun atas tasyabbuh (penyerupaan) kepada Nasrani,
sedangkan tasyabbuh kepada orang-orang kafir adalah perkara yang
diharamkan dan dilarang berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk darinya”. (HR. Abu Daud no. 4031 dari Ibnu ‘Umar Radhiallahu‘anhuma dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah (1/676) dan Al-Irwa` no. 2384)
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat kelima belas]
Keenam Belas:
Sesungguhnya perayaan maulid adalah amalan yang boleh menghidupkan
semangat kita untuk mengingat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam, dan ini adalah perkara yang disyari’atkan.
Ini dijadikan dalil oleh Muhammad bin ‘Alwy Al-Maliki dalam Haulal Ihtifal halaman 20.
Bantahan:
Cara mengingat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam bukanlah dengan berbuat bid’ah yang telah baginda larang,
akan tetapi dengan cara meninggalkan semua jenis bid’ah (termasuk di
dalamnya perayaan maulid) dan semua perkara yang baginda larang.
[Lihat
bab Hakikat Kecintaan Kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam] - (Sila
lihat buku Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi dalam buku penulis; rujuk
sunniy.wordpress.com - edt).
Mengingat Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam, (kalau sekadar itu yang diinginkan),
maka tidak perlu dengan merayakan maulid. Kerana mengingati Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam boleh dilakukan dengan
berselawat kepada baginda, berdo’a setelah mendengar azan, berselawat
kepada baginda ketika mendengar nama baginda disebut, berdo’a setelah
berwudhu, dan amalan-amalan ibadah lainnya.
Semua
amalan ini adalah amalan yang sifatnya dilaksanakan secara berterusan
(terus-menerus) siang dan malam, bukan hanya sekali setahun. [*]
[*] Di antara sarana
yang mengingatkan kita kepada Nabi Shallallahu‘alaihi wasallam adalah
dengan membaca dan mengkaji hadis-hadis baginda Shallallahu ‘alaihi
wasallam agar dapat diamalkan. Sehingga orang yang mempelajari
hadis-hadis baginda akan tahu dan faham tentang aqidah, syari’at,
ibadah, akhlak, dan perjuangan baginda dalam menegakkan Islam. Semua
ini akan mendorong dirinya dan orang lain untuk mengamalkan sunnah dan
mengingati Nabi Shallallahu‘alaihi wasallam.
Bahkan seseorang yang mengamalkan sunnah akan mengingatkan kita tentang peribadi Nabi Shallallahu‘alaihi wasallam,
seakan-akan baginda berada di depan kita. Adapun orang yang meramaikan
bid’ah maulid, maka mereka tidaklah mengingatkan kita tentang peribadi
baginda Shallallahu‘alaihi wasallam, akan tetapi justeru mengingatkan
kita tentang natal, mengingatkan kita tentang orang-orang bathiniyyah
dan shufiyyah kerana merekalah yang pertama kali melakukan maulid
menurut para ahli sejarah. (ed)
[Rujukan:
Hukmul Ihtifal bil Maulidin Nabawy war Roddu ‘ala man Ajazahu halaman
29-30 karya Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Asy-Syaikh]
Ketujuh Belas: Mereka
mengatakan: “Perayaan maulid ini hanya sekadar adat istiadat yang tidak
ada kaitannya dengan agama sehingga tidak boleh dianggap sebagai
bid’ah.”
Bantahan:
Perkataan ini adalah tempat larian terakhir
bagi orang-orang yang membolehkan perayaan maulid setelah seluruh
dalil-dalil mereka digugurkan. Itupun alasan yang mereka katakan ini
adalah alasan yang tidak dapat diterima kerana para pendahulu mereka
yang membolehkan maulid baik dari kalangan ulama mahupun yang bukan
ulama telah menetapkan bahawa perayaan maulid adalah ibadah di sisi
mereka, dan seseorang akan mendapatkan pahala dengannya. [Lihat bab
Orang-Orang yang Merayakan Maulid Menganggapnya Bagian dari Agama]
Kelapan Belas: Mereka juga berkata: “Perayaan maulid ini memang adalah bid’ah, tapi dia adalah bid’ah hasanah (yang baik).”
Bantahan:
Bantahan
atas syubhat ini telah kami paparkan panjang lebar pada bab ketiga dari
buku ini. (Sila lihat buku Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi dalam buku
penulis; rujuk sunniy.wordpress.com - edt).
Kesembilan Belas: Perayaan
maulid ini, walaupun dia adalah bid’ah akan tetapi telah diterima dan
diamalkan oleh umat Islam sejak ratusan tahun yang lalu.
Ini dijadikan dalil oleh Muhammad Mushthofa Asy-Syinqithi.
Bantahan:
Berikut
kami bawakan secara ringkas bantahan Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu
Asy-Syaikh Rahimahullahu terhadap syubhat ini dari risalah beliau
Hukmul Ihtifal bil Maulid war Roddu ala man Ajazahu. Beliau berkata:
“Ada beberapa perkara yang menunjukkan bodohnya orang ini:
Pertama: Bahawasanya umat ini ma’shumah (terpelihara)
untuk bersepakat di atas kesesatan sedangkan bid’ah dalam agama adalah
kesesatan berdasarkan nas dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam. Jadi perkataan dia ini, mengharuskan bahawa umat ini telah
bersepakat (untuk membenarkan) perayaan maulid yang dia sendiri telah
mengakuinya sebagai bid’ah.
Kedua: Sesungguhnya berhujjah dengan pengakuan seperti ini untuk menganggap
baik suatu bid’ah, bukanlah warisan para ulama yang hidup di ketiga
zaman keutamaan dan tidak pula orang-orang yang mencontoh mereka, sebagaimana hal ini telah diterangkan oleh Imam Asy-Syathibi Rahimahullahu dalam kitab beliau Al-I’tisham.
Beliau
(Asy-Syathibi) berkata: “Tatkala berbagai bid’ah dan penyimpangan telah
disepakati oleh manusia atasnya (membenarkannya), maka jadilah orang
yang jahil berkata: “Seandainya ini adalah kemungkaran maka tentu tidak
akan dikerjakan oleh manusia.”
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam Al-Iqtidha`: “Barangsiapa
yang berkeyakinan bahawa kebanyakan adat-adat yang menyelisihi sunnah
ini adalah perkara yang disepakati (akan kebolehannya) dengan
berlandaskan bahawa ummat ini telah menyetujuinya dan mereka tidak
mengingkarinya, maka dia telah salah dalam keyakinannya itu.
Sesungguhnya akan terus-menerus ada orang-orang yang melarang dari
seluruh adat-adat yang dimunculkan, yang menyelisihi sunnah.”
Ketiga: Sesuatu
(berupa keterangan) yang akan kami sebutkan dari para ulama kaum
muslimin berupa dipenuhinya perayaan maulid tersebut dengan
perkara-perkara yang diharamkan, serta penjelasan bahawa perayaan
maulid yang tidak mengandung perkara-perkara yang diharamkan maka dia
tetap merupakan bid’ah.”
Kedua Puluh: Mereka juga berdalil dengan perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, yang (katanya) beliau membolehkan perayaan maulid.
Beliau berkata: “Demikian pula apa yang dimunculkan oleh sebahagian manusia, apakah dalam rangka menandingi Nasrani dalam
perayaan maulid ‘Isa ‘alaihis salam atau karena kecintaan kepada Nabi
Shallallahu‘alaihi wasallam dan mengagungkan baginda. Allah memberikan
pahala kepada mereka atas kecintaan dan ijtihad ini, bukan atas
bid’ah-bid’ah berupa menjadikan Maulid Nabi Shallallahu‘alaihi wasallam
sebagai ‘Aid (perayaan) …” (Lihat Al-Iqtidha` halaman 294)
Di
antara orang yang berdalilkan dengannya adalah Muhammad Musthofa
Al-’Alwy. Dia berkata: “Maka perkataan Syaikhul Islam ini jelas
menunjukkan bolehnya amalan maulid Nabi Shallallahu‘alaihi wasallam
yang bersih dari kemungkaran-kemungkaran yang bercampur dengannya.”
Bantahan:
Syaikh
Muhammad bin Ibrahim Alu Asy-Syaikh menyatakan (Lihat Mulhaq dari
risalah Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Asy-Syaikh yang berjudul Hukmul
Ihtifal bil Maulid war Roddu ala man Ajazahu), “Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyah Rahimahullahu berkata dalam kitabnya Al-Istighatsah: “Suatu
kesalahan, jika timbul dari buruknya pemahaman orang yang mendengar,
bukan kerana kelalaian pembicara, maka tidak mengapa (yakni tidak
berdosa) ke atas pembicara. Tidak dipersyaratkan pada seorang alim jika
dia berbicara harus menjaga jangan sampai ada pendengar yang salah
faham.”
Lagi
pula beliau sendiri telah menegaskan dalam lanjutan ucapan beliau
bahawa perayaan maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam
adalah bid’ah yang mungkar. Adapun mu’alliq (yang memberi komentar)
Al-Iqthidha`, dia berkata: “Bagaimana mungkin mereka memiliki pahala
atas hal ini padahal mereka telah menyelisihi petunjuk Rasulullah
Shallallahu‘alaihi wasallam dan petunjuk para sahabat baginda.” [*]
[*] (Tambahan – edt): Ucapan lengkap Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah
di atas adalah seperti berikut: "Bid'ah yang diadakan oleh sebahagian
orang, baik kerana perbuatan itu menyerupai perbuatan orang Nasrani
dalam mengadakan peringatan kelahiran Isa 'alaihis salam, atau kerana
mengaku cinta kepada Nabi dengan menjadikan hari kelahiran Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam sebagai perayaan Maulid walaupun
orang-orang masih memperselisihkan hari kelahiran baginda, maka semua
ini tidak pernah dilakukan oleh salaf. Jika perbuatan ini baik atau
benar nescaya para salaf radiallahu 'anhum lebih berhak untuk
melakukannya daripada kita. Sebab, mereka lebih cinta kepada Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam dan lebih mengagungkannya daripada kita.
Mereka lebih semangat dalam mengamalkan kebaikan.
Sebenarnya,
hakikat mencintai dan memuliakan Nabi itu adalah mengikuti dan
mentaatinya, mengikuti perintah dan menghidupkan sunnahnya, baik secara
lahir ataupun yang batin, menyebarkan agamanya dan berjihad dalam
memperjuangkannya, baik itu dengan hati, tangan dan lidah. Semua ini
adalah cara para pendahulu kita yang pertama dari kalangan kaum
Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka." (Iqtidha' Ash-Shirath Al-Mustaqim; 2/615, yang ditahqiq oleh Dr. Nashir Al-Aql)
Keduapuluh Satu: Mereka berkata: “Perayaan
maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memang tidak pernah dilakukan
oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, akan tetapi ia merupakan syi’ar
agama Islam, bukan merupakan bid’ah.”
Bantahan:
Ini menunjukkan kejahilan orang yang mengucapkannya terhadap syari’at Islam,
maka apakah orang yang seperti ini layak untuk berkomentar dalam agama
Allah?! Orang ini telah membezakan antara agama dan syi’ar agama
padahal Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman:
ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
Maksudnya: “Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi`ar-syi`ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.” (Al-Hajj: 32)
Dalam ayat ini, Allah ‘Azza wa Jalla menjadikan syi’ar agama sebagai lambang dari katakwaan hati yang merupakan kewajiban.
Maka apakah setelah ini, masih ada orang yang mengaku faham agama yang
mengatakan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sengaja
meninggalkan syi’ar agama (menurut sangkaan mereka) yang satu ini
(maulid)?!
Kerana
ucapan ini mengharuskan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
sengaja meninggalkan sebuah ketaatan yang merupakan kewajiban (Dan
meninggalkan ketaatan yang merupakan kewajiban dengan sengaja adalah
dosa besar), padahal para ulama telah bersepakat bahawa para Nabi terjaga (maksum) dari dosa besar.
Al-Hafizh Ibnu Hajar Rahimahullahu berkata dalam Fathul Bari (8/69): “Para nabi maksum dari dosa-dosa besar berdasarkan ijmak” (Lihat juga Majmu’ Al-Fatawa (4/319) dan juga Minhajus Sunnah (1/472) karya Ibnu Taimiyah).
Al-Hafizh Ibnu Hajar Rahimahullahu berkata dalam Fathul Bari (8/69): “Para nabi maksum dari dosa-dosa besar berdasarkan ijmak” (Lihat juga Majmu’ Al-Fatawa (4/319) dan juga Minhajus Sunnah (1/472) karya Ibnu Taimiyah).
Keduapuluh Dua: Di antara dalil mereka adalah bahawa tidak ada satupun dalil yang tegas dan jelas melarang mengadakan perayaan maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Bantahan:
Sebenarnya
dalil semacam ini tidak layak kami sebutkan, kerana dalil ini
hakikatnya sudah lebih dahulu patah sebelum dipatahkan. Akan tetapi
yang sangat disayangkan, dalil ini masih juga diucapkan oleh sebahagian
orang yang mengaku berilmu yang dengannya dia menyesatkan manusia dari
jalan Allah.
Kami tidak akan menjawab dalil ini sampai mereka menjawab beberapa pertanyaan di bawah ini:
(1) Tunjukkan pada kami satu dalil yang tegas dan jelas yang melarang dari narkoba dengan semua jenisnya!.
(2)
Tunjukkan pada kami satu dalil yang tegas dan jelas yang mengharamkan
praktik-praktik perjudian kontemporer, seperti undian berhadiah melalui
telepon, SMS, dan selainnya!
(3)
Tunjukkan pada kami satu dalil yang tegas dan jelas yang menunjukkan
haramnya kaum muslimin menghadiri natal dan perayaan kekafiran lainnya!
Mereka tidak akan mendapatkan satu pun dalil tentangnya -walaupun mereka bersatu untuk mencarinya- kecuali dalil-dalil umum yang melarang dari semua amalan di atas dan yang sepertinya. Dan ketiga-tiga perkara di atas, hanya orang yang bodoh tentang agama yang menyatakan halal dan harusnya.
Maka demikian halnya perayaan maulid. Betul, tidak
ada dalil yang tegas dan jelas yang melarangnya, akan tetapi dia tetap
merupakan bid’ah dan keharaman berdasarkan dalil-dalil umum yang sangat
banyak berkenaan larangan berbuat bid’ah dalam agama, berkenaan
dengan larangan menyerupai dan mengikuti orang-orang kafir, berkenaan
dengan …, berkenaan dengan …, dan seterusnya dari perkara-perkara haram
yang terjadi sepanjang pelaksanaan maulid. Wallahul Musta’an.
Oleh: Al-Ustaz Hammad Abu Muawiyah
Telah disunting semula oleh: Abu Sholeh
Sumber: http://sunniy.wordpress.com
No comments:
Post a Comment