Monday, June 18, 2012

PERKARA YANG DILARANG SELEPAS PENGEBUMIAN


1.  Tidak disyariatkan untuk memacak ranting atau pokok, menabur bunga, menjiruskan air dan memacak payung diatas kubur.
Terdapat hadis dari Ja’far bin Muhammad yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah menyiram air ke atas kubur anaknya Ibrahim” (HR Imam as-Syafi’ie dan al-Baihaqi). Berdasarkan hadis ini sebahagian ulamak –termasuk Imam Syafi’ie dan Imam Abu Hanifah- berpandangan; disunatkan menyiram air ke atas kubur setelah mengkebumikan jenazah. Namun menurut ulamak-ulamak hadis; hadis di atas adalah dhaif dan juga “mursal”. Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Adapun hadis kubur Ibrahim (anak Nabi s.a.w.) dan siraman air ke atasnya (oleh Nabi s.a.w.), hadis itu diriwayatkan oleh Imam as-Syafi’ie dan al-Baihaqi dengan isnad (yakni jalan periwayatan) yang dhaif” (al-Majmu’, 5/258).
Hadis mursal bermaksud hadis yang terputus sanadnya di antara Tabi’in dan Nabi s.a.w., yakni diriwayatkan terus oleh Tabi’in dari Nabi s.a.w. tanpa melalui sahabat.
Tidak disyariatkan menaruh pelepah kayu dan kembang diatas kubur. Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain dari Ibnu Abbas :
"Bahawa Nabi saw lewat pada dua buah kubur,maka sabdanya : "Kedua mereka sedang disiksa, padahal mereka disiksa itu bukanlah kerana melakukan dosa besar. Adapun orang ini, sebabnya ialah keana ia biasa tidak bersuci habis kencing, sedang orang ini suka mengadu domba."
Kemudia Nabi saw meminta sebuah pelepah korma lalu dibelahnya dua, kemudian yang sebelahnya di tanamkannya pada satu kubur , dan yang sebelah lagi pada kubur yang lain , serta sabdanya :"Moga-moga kedua mereka diberi keringanan, selama pelepah ini belum kering. "
Banyak orang salah dalam memahami hadis diatas, dan menjadikannya hujah untuk membenarkan menaburkan bunga diatas kubur. Ini pemahaman yang keliru, kerana menaburkan pelepah kurma untuk meringankan dosa adalah amalan khusus untuk nabi saw sebagai mukjizat. Jika menaburkan pelepah kurma adalah sunnah Nabi saw yang harus diikuti, tentulah telah diamalkan oleh para sahabat Nabi saw.
Maka penjelasan oleh Khatabi sebagai berikut : " Mengenai ditanamkannya belahan pucuk korma  itu oleh Nabi saw , dan sabdanya  : moga-moga kedua mereka diberi keringanan  selama pelepah ini belum kering, itu merupakan pengambilan berkah  atas amal dan doa Nabi saw agar mereka mendapat keringanan, dan seolah-olah beliau membatasi  diberinya keringanan itu selama pelepah korma masih basah, dan bukan berarti pelepah yang basah mempunyai keistimewaan khusus yang tidak terdapat pada pelepah kering. Dan orang-orang awam dikebanyakan negeri  biasa menghampari kuburan keluarga mereka dengan daun-daun korma. Menurut pendapatku , mereka melakukan itu tanpa adanya keterangan yang sah.
Apa yang dikatakan Khatabi itu benar adanya, dan inilah yang di pegang oleh para sahabat Nabi saw , kerana tak seorangpun  diantara mereka menurut riwayat yang menaruh pelepah korma  maupun menaburkan bunga-bunga di kubur.
2.  Dilarang duduk di atas kubur dan dibuat binaan berdasarkan hadis Jabir r.a  :
- Maksudnya : Nabi s.a.w melarang kubur disapu kapur putih, diduduki dan dibuat binaan di atasnya. HR Muslim.
-  Dari Abu hurairah bahawa  Rasulullah saw bersabda :
Lebih baik jika seseorang diantaramu duduk diatas bara  panas hingga membakar pakaiannya dan tembus kulitnya, dari pada ia duduk diatas kubur. HR Ahmad,muslim, Abu daud, Nasai, Ibnu Majah.
3. Dilarang menembok kubur dan  memberinya tulisan.
-  "Rasulullah saw telah melarang menembok kubur, mendudukinya dan membuat bangunan diatasnya" ( Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Nasai, Abu Daud, danjuga Tirmidzi yang menyatakan sahnya dengan kata-kata berikut : " Rasulullah saw telah melarang menembok kubur , membuat tulisannya padanya, membuat bengunan diatas kubur, menambahnya, menginjaknya. " Sedang kata-kata dari Nasai berbunyi sebagai berikut : " Membuat bangunan diatas kubur, menambahnya, menemboknya dan menulisinya." ) Dan menembok maksudnya adalah melabur dengan adukan semen.
Untuk perkara tentang menulis nama di batu nisan: Jika batu diatas kubur sebagai tanda tidak sampai kepada maksudnya iaitu agar kubur itu dikenal/ diketahui, disebabkan banyaknya persamaan dengan batu-batu kubur yang lain serta mengelirukan dimanakah kubur yang hendak diziarahi, maka dalam keadaan demikian dibolehkan menulis nama.
Sheikh Nasyiruddin Al-Albani secara pribadi didalam komentar terhadap qias meletakkan batu diatas kubur Uthman bin Mazh'un sebagai cara menghalalkan penulisan nama diatas kubur sebagai suatu qiyas yang jauh dari kebenaran. Kata beliau lagi : “Jika adanya batu tidak mencapai sasaran seperti apa yang Nabi saw letakkan batu keatas kubur iaitu untuk agar dikenali kubur tersebut, dan itu disebabkan  kerana

banyaknya kubur (semisalnya), dan banyaknya batu (yang serupa)! Maka didalam keadaan demikian dibenarkan menulis NAMA dengan kadar untuk bermatlamatkan apa yang disebut diatas (untuk dikenali)". - Ahkam Al-Janaaiz, 263.
4.  Kubur bukan tempat membaca al-Quran.
- Berdasarkan hadis  yang bermaksud :
Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur, kerana sesungguhnya syaitan lari bertempiaran dari rumah yang dibaca didalamnya  surah al-Baqarah. HR Muslim dan Tirmidzi.
Hadis ini menunjukkan kubur bukanlah tempat untuk membaca al-Quran dan al-Quran tempat bacaannya adalah dirumah.
-  Dari Ibnu Umar ra. berkata : Rasulullah saw bersabda : " Jadikanlah rumah-rumah untuk tempat solatmu dan jangan jadikan  rumah-rumah sebagai kuburan" HR Bukhari , Muslim.
Sebahagian masyarakat ada yang membaca al-Quran, berdzikir dan bertahlil. Selanjutnya menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati. Amalan ini tidak disunnahkan, dan pengiriman pahala bacaan quran tidak sampai ke si mati. Diantara pendapat ulama tentang ini :
- Imam syafi'i berpendapat bahawa pahala bacaan Quran yang dikirimkan kepada  orang yang sudah meninggal tidak sampai kepadanya. Berdasarkan ayat ini yang bermaksud :"Dan sesungguhnya seorang manusia tiada memperoleh kecuali apa yang telah diusahakannya." An-Najm ayat 39. Dan hadis yang mengatakan maksudnya : " Apabila manusia meninggal, terputuslah seumber amalannya kecuali 3 sahaja, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.
- Berkata Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis diatas, " adapun bacaan al-Quran serta solat dan mengirimkan pahalanya kepada orang yang sudah mati, tidak akan sampai kepadanya". Imam nawawi mengulangi beberapa kali dalam berbagai tempat didalam syarah sahih muslim.
Sebahagian masyarakat mengambil hujah sunnahnya membaca qur an di atas kubur karena merujuk kepada hadis yang lemah, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Mubassyir dari pada Abdul Rahman bin al-ala’ bin al- lajlaj dari bapanya :
“ Bahawasanya dia ( bapa ) berwasiat apabila dia meninggal dan setelah dia ditanam agar dibacakan disisi kepalanya permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya.”
Didalam hadis diatas terdapat perawi ( orang yang meriwayatkan hadis ) bernama Abdul Rahman bin al-‘ala’ bin al-Lajlaj dimana perawi ini merupakan seorang yagn tergolong dikalangan perawi yang majhul ( tidak dikenali ), seperti yang disebut oleh al-Imam al- Zahabi sewaktu menceritakan biodata perawi ini dalam kitabnya Mizanul I’tidal ( 2/574, no. 4925 ). Menurut beliau : “ Tiada seorangpun yang meriwayatkan daripadanya kecuali Mubassyir bin Ismail al-Halabi.”
Hadis yang didalamnya terdapat perawi yang majhul ( tidak dikenali ) dihukum oleh ulama hadis seperti al-Albani sebagai dhaif (lemah ). Ia tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum-hakam syarak. ( Rujuk Ahkam al-Janaiz, karya al-Albani, ms 244 )
 Adapun hadis – hadis yang menyatakan bacaan yasin, bacaan Quhuwallahu ahad dan sebagainya di atas kubur kesemuanya merupakan hadis yang maudhu’ ( palsu ) La asla lahu ( tidak ada asalnya. )
Jadi sangat jelas dari huraian diatas bahawa amalan saat menziarahi kubur adalah memberi salam kepada ahli kubur dan berdoa untuk diri dan ahli kubur, serta mengambil pengajaran dan menginsafi diri.
5.  Dilarang mentalqinkan mayat selepas pengebumian.
Mentalqinkan mayat diatas kubur tidak disyariatkan oleh agama, dan tidak di contohkan oleh Rasulullah saw serta tidak diamalkan oleh para sahabatnya. Hadis dibawah ini selalu dijadikan hujah dalam bab talqin, tetapi hadis tersebut lemah. Selain itu talqin selepas jenazah di makamkan tidak dilakukan oleh satupun para sahabat Rasulullah s.a.w. Jika amalan talqin itu benar, tentu para sahabat nabi saw telah melakukannya.
Diriwiyatkan oleh Thabrani dari Abu Umamah,katanya : " Jika salah seorang diantara saudaramu meninggal dunia, dan kuburnya telah diratakan,maka hendaklah salah seorang diantaramu berdiri dekat kepala kubur itu dan mengatakan :"Hai Anu anak si Anu, kerana ia sebenarnya ia mendengar nya tapi tidak dapat menyahutnya. Lalu hendaklah di panggilnya lagi: " Hai Anu anak si Anu", maka mayat itu akan duduk lurus. Lalu dipanggilnya lagi : "Hai Anu anak si Anu", maka ia akanmenjawab: "Ajarilah kami ini ". hanya kamu tidak menyadarinya. Maka hendaklah di ajarinya : " Ingatlah apa yang kau bawa sebagai bekal tatkala meninggal dunia ini, yaitu mengakui bahawa  Tiada sesembahan yang haq melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu hamba dan utusanNya, dan bahawa engkau telah ridha Allah sebagai Tuhan, islam sebagai agama,Muhammad sebagai Nabi dan Quran sebagai imam."
Maka Munkar dan Nakir akan saling memegang tangan sahabatnya dan mengatakan : "Ayulah kita berangkat, apa perlunya kita menunggu orang yang di ajari jawabannya yang benar ini. Seorang lelaki bertanya  : "Ya Rasulullah , bagaimana kalau ibunya tidak dikenal?" Ujarnya : " Hubungkan sahaja dengan neneknya Hawa dan katakan : " Hai Anu anak si Hawa"
Dalan sanadnya terdapat "Ashim bin Abdullah seorang yang lemah dan berkata Haritsani  setelah mengemukakan hadis tersebut bahawa pada sanadnya terdapat orang yang tidak dikenal.
Hadis itu dhaif / lemah. ( Lihat kitab Al-Irwa'  753. )
Dan berkata Nawawi  didalam kitab Al-Majmu' ( 304/5) dan Al 'Iraqi didalam "Takhrijul ihya' (420/4)  mengatakan sanadnya lemah. ( Lihat kitab  Almausuu'ah alfiqhiyyah al muyassarah  fii alkitab wa assunnah al muthaharah, Jilid 4, Ms 182, oleh Husein bin   'audah al 'awaysyah. )
Jelaslah bahawa hadis Abu Umamah diatas adalah lemah. Bahkan didalamnya ada perawi yang bernama al-Azdi atau al-Audi yang tidak ditsiqahkan  oleh seorangpun di kalangan ulama hadis. Sehingga Ibnu  Abi Hatim menyatakan bahawa orang tersebut adalah majhul ( Tak dikenal ).
Ibnu Qayyim rahimahullah setelah membawakan  hadis berkenaan talqin, riwayat al-Tabrani daripada hadis Abu Umamah  berkata : Maka  hadis tidak shahih marfu’nya ( rujuk kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnu al-Qayyim al-Jawziyah, jilid I, ms: 523. ).
Al-Haisami juga menyebutkan hadis talqin didalam bukunya Majma al-Zawaid. Beliau berkata : Hadis tersebut diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam bukunya al-Kabir ( Mu’jam al-Kabir ). Dalam sanadnya terdapat beberapa orang perawi yang saya tidak mengetahui mereka ( majhul ). Dan al-Hafiz Ibnu Hajar dalam bukunya Amali al-Azkar setelah mentakhrijkan hadis tersebut berkata : Apa yang telah dinyatakan oleh Ibnu Ajlaan dalam buku al-Futuhaat al-Rabbaniyah iaitu  : hadis gharib. Sanad hadisnya dari dua jalan. Kedua-duanya sangat lemah.
Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah saw, dan para sahabat tidak ada yang melakukan talqin kepada mayat di selepas jenazah dimakamkan.
6.  Dilarang mencaci mayat.
- Diriwayatkan dari Aisyah ra. oleh Bukhari bahawa Rasulullah saw. Bersabda : " Janganlah kamu mencaci orang yang telah meninggal, kerana mereka telah sampai kepada apa yang mereka telah lakukan"
7.  Dilarang mengadakan kenduri arwah.

No comments:

Post a Comment