Sunday, June 24, 2012

SOLAT SUNAT RAWATIB


Solat sunat Rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum mahupun sesudah solat fardu lima waktu. Bagi solat Rawatib sebelum solat fardu ianya dikenali sebagai solat sunat Qabliyah dan bagi solat Rawatib yang dikerjakan sesudah solat fardu ianya dikenali sebagai solat Ba’diyah.

Fungsi Solat Qabliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui aktiviti kehidupan seharian yang adakalanya terlalu sibuk sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk khusyuk ketika mendirikan solat fardu. Oleh itu solat Qabliyah berfungsi untuk mententeramkan jiwa serta memastikan kita berada dalam keadaan yang cukup bersedia bagi menyempurnakan solat fardu.

Solat Ba’diyah pula bertindak bagi menyempurnakan apa-apa kekurangan yang mungkin wujud ketika melaksanakan solat fardu seperti kesilapan dalam bacaan, tidak khusyuk, tersilap dalam pergerakan dan lain-lain.

Solat sunat Rawatib ini pula terbahagi kepada mu’akkad (diperkuatkan) dan ghairu mu’akkad (tidak diperkuatkan). Para ulamak berbeza pendapat tentang jumlah rakaat solat Rawatib yang mu’akkad sama ada jumlah keseluruhannya dua belas atau sepuluh rakaat.

SOLAT RAWATIB YANG  MU’AKKAD

Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah radhiallahu’ anha menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat Rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ
إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ.
Maksudnya:
Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 728

Di dalam riwayat yang lain diperjelaskan pula apakah itu solat-solat yang berjumlah dua belas rakaat seperti yang dimaksudkan hadis di atas. Daripada Ummu Habibah radhiallahu’ anha, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ

وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ.

Maksudnya:
Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Kedua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.  Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 380.

Melalui riwayat Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh pula menunjukkan jumlah rakaat solat Rawatib adalah sepuluh. Dia berkata:

حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ

رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ فِي بَيْتِهِ

وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الصُّبْحِ.

Maksudnya:
Aku telah menghafal (menjaga) dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sepuluh rakaat (iaitu solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumahnya, dua rakaat setelah solat Isyak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1180.

Dari sini dapat kita fahami bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan kedua-dua jumlah rakaat iaitu dua belas mahupun sepuluh rakaat solat sunat Rawatib. Perbezaan tersebut adalah disebabkan perbezaan jumlah rakaat ketika melaksanakan solat Qabliyah Zuhur. Oleh itu bolehlah bagi kita semua untuk memilih untuk mengerjakan solat Qabliyah Zuhur tersebut sebanyak empat mahupun dua rakaat.

Keutamaan mengerjakan solat Rawatib adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh hadis riwayat Ummu Habibah radhiallahu’ anha iaitu disediakan sebuah rumah di syurga bagi mereka yang mendirikannya. Selanjutnya penulis akan membentangkan setiap jenis solat Rawatib dan tatacara perlaksanaannya.

SOLAT RAWATIB GHAIRU MU’AKKAD
Berkaitan solat Rawatib Qabliyah Asar, Maghrib dan Isyak maka ianya termasuk dalam solat sunat yang tidak mu’akkad. Maka mengerjakannya termasuklah amalan-amalan sunat yang terpuji. Dalil disyariatkan solat-solat tersebut adalah keumuman sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ثَلاَثًا لِمَنْ شَاءَ.
Maksudnya:
Di antara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamah) ada solat (sunat) – baginda mengulanginya hingga tiga kali- bagi yang menghendakinya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan, no 624.

Di samping itu terdapat juga hadis khusus yang meriwayatkan anjuran untuk mengerjakan solat Qabliyah Asar sebanyak empat rakaat malah bagi mereka yang mengerjakannya akan dikasihi oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا.
Maksudnya:
Allah akan mengasihi orang yang mengerjakan solat empat rakaat sebelum Asar. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 430.

Berkaitan solat Qabliyah Maghrib telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh, dia berkata:

كَانَ الْمُؤَذِّنُ إِذَا أَذَّنَ قَامَ نَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبْتَدِرُونَ السَّوَارِيَ

حَتَّى يَخْرُجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُمْ كَذَلِكَ يُصَلُّونَ الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْمَغْرِبِ

وَلَمْ يَكُنْ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ شَيْءٌ. قَالَ عُثْمَانُ بْنُ جَبَلَةَ وَأَبُو دَاوُدَ عَنْ شُعْبَةَ:

لَمْ يَكُنْ بَيْنَهُمَا إِلَّا قَلِيلٌ.

Biasanya apabila muadzdzin (juru azan) mengumandangkan azan, maka para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri dan segera menghampiri tiang-tiang (untuk dijadikan sutrah) sampai Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar sedang mereka dalam keadaan demikian. Mereka solat dua rakaat sebelum (Qabliyah) Maghrib. Tiada (yakni jarak waktu yang singkat) sesuatu di antara azan dan iqamah. ‘Utsman bin Jabalah dan Daud meriwayatkan daripada Syu’bah: Tiada (jarak) antara keduanya kecuali sebentar. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan, no: 625

Berkenaan dengan solat Qabliyah Maghrib ini al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

Saya (iaitu Ibnu Hajar) katakan bahawa seluruh dalil menunjukkan bahawa solat dua rakaat sebelum (Qabliyah) Maghrib dilaksanakan secara ringkas (ringan) seperti solat sunat Fajar. Hikmah dianjurkan solat sunat dua rakaat tersebut adalah sebagai harapan agar doanya dimakbulkan, sebab doa di antara azan dan iqamah tidak ditolak (mustajab). Apabila suatu waktu itu lebih mulia, maka pahala ibadah yang dikerjakan pada waktu tersebut akan lebih banyak – al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 4, ms. 89



Pentingnya thuma’ninah didalam solat.


Pembahasan pentingnya thuma’ninah ini akan saya bahagi kepada dua topik, iaitu thuma’ninah ketika ruku’ dan sujud, dan thuma’ninah ketika berdiri (itidal ).
a. Thuma’ninah ketika ruku’dan sujud.
Diantara kesalahan dalam solat adalah Tidak thuma'-ninah dan  tidak meluruskan tulang punggung ketika  ruku' dan sujud. Perkara ini berdasarkan hadis-hadis dibawah ini:
- Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,

 "Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya tidak ada shalat bagi orang yang tidak melakukan ruku' dan sujud dengan meluruskan punggungnya." (Shahih. HR. Ahmad (IV/23), Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (no. 2971), Ibnu Majah (no. 871), Ibnu Khuzaimah (no. 593, 667), ath-Thahawi dalam Syarh Musykilil Aatsaar (no. 3901), Ibnu Hibban (no. 1888-at-Ta'liiqaatul Hisaan), dan selainnya. Lihat Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 2536))
Bahkan seseorang yang tidak thuma’ninah dalam ruku’ dan sujud dikatakan pencuri yang paling jahat yang mencuri didalam solat, sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pencuri yang paling jahat ialah yang mencuri di dalam solat; tidak menyempurnakan ruku’nya dan sujudnya.”–Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Al-Tabarani dan Al-Hakim.
Untuk menjelaskan lagi, agar kita tidak termasuk dalam golongan yang telah disebutkan tadi, marilah kita perhatikan beberapa lagi maksud potongan hadith yang berkaitan. Sebagaimana  sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila kamu ruku’, letakkan telapak tanganmu di atas lutut dan luruskan belakangmu dan tetapkan ruku’mu.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud.
Tetapkan ruku’mu, bermakna bertenang seketika (thoma’ninah).
-Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Solat seseorang tidak mendapat pahala sehinggalah dia meluruskan tulang belakangnya di dalam ruku’ dan sujudnya.” Abu Awanah, Abu Daud dan Al-Sahmi.
-Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila sujud maka mantapkan muka dan tanganmu sehingga tulang-tulangmu kembali kepada kedudukannya.” – Ibnu Khuzaimah.
 -Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak sah solat orang yang tidak menyentuh hidungnya ke lantai sepertimana dahinya menyentuh lantai.” Al-Darqutni, Al-Tabarani, Abu Naim.
-Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak sempurna solat seseorang itu sehinggah dia sujud sampai tenang persendiannya, lalu mengucap Allahu Akbar, mengangkat kepalanya sampai duduk dengan tetap.” Abu Daud.
b. Thuma’ninah ketika i’tidal ( antara ruku’dan sujud ).
Jika kita bangkit dari ruku’ ( waktu i’tidal ), maka kita harus melakukannya dengan thuma’ninah, iaitu dengan meluruskan tulang belakang ( berdiri tegak ). Sebagaimana  sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Allah tidak akan memerhati solat hamba yang tidak meluruskan tulang punggungnya di antara ruku’ dan sujud”– Riwayat Ahmad dan Al-Tabarani.
Maknanya; Bagi orang yang tidak melakukan i’tidal dengan sempurna, Allah tidak mengambil kira solatnya.
-Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
 “Tidak sempurna solat seseorang sehinggalah ia membaca takbir, lalu ruku’, kemudian membaca sami’Allahulimanhamidah (Allah mendengar orang yang memujiNya), sampai dia berdiri lurus.” Abu Daud dan Al-Hakim.
Ramai orang tidak sempat berdiri lurus ketika bangun dari ruku’. Mereka cuma angkat badan sedikit dan terus sujud. Maknanya tidak ada i’tidal (berdiri lurus setelah ruku) dalam solat mereka; sedangkan i’tidal adalah rukun. Sebagaimana  sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
-Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
كَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ اسْتَوَى حَتَّى يَعُوْدَ كُلُّ فَقَارٍ مَكَانَهُ
"Apabila mengangkat kepalanya (bangkit dari ruku'), maka beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam meluruskan (badannya) hingga semua rangkaian tulang belakangnya kembali ke posisinya". [HR al Bukhari].










Adakah Disyari’atkan Solat Qabliyah Jumaat?


Para ulama berbeda pendapat dalam masalah ini, sebagian mengatakan bahwa sholat sunnah qabliyah Jum’at adalah amalan yang disunnahkan, sedangkan sebagian yang lain mengatakan bahwa sholat qabliyah jum’at tidak ada dan tidak disunnahkan sama sekali.
Pendapat yang kedua ini lebih kuat dan lebih benar. Hal itu dikarenakan beberapa hal, diantaranya adalah :
Pertama : Sholat Jum’at hukumnya berbeda dengan Sholat Dhuhur, sehingga tidak boleh disamakan. Pelaksanaan solat qobliyah jumaat tidak boleh di qiyaskan dengan adanya solat qobliyah dhuhur, kerana qiyas dalam ibadah itu batil.
Terkadang mereka berhujah dengan keumuman sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Di antara dua azan, ada shalat sunah.”
Alasan ini telah dijawab Ibnul Qayyim sebagai berikut, “… Setelah Bilal selesai berazan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam langsung berkhotbah, dan tidak ada satu pun sahabat yang melakukan shalat dua rakaat, dan azan hanya sekali. Ini menunjukkan bahwasanya shalat Jumat itu sebagaimana shalat ‘id, tidak ada shalat sunah sebelumnya. Ini adalah pendapat yang paling kuat di antara dua pendapat ulama (dalam masalah ini), dan demikianlah yang ditunjukkan oleh sunah, karena setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar rumah, beliau naik mimbar dan Bilal langsung mengumandangkan azan shalat Jumat.
Setelah selesai azan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam langsung berkhotbah, tanpa ada jarak waktu. Ini diketahui oleh semua orang. Kalau begitu, bagaimana mungkin sahabat bisa (punya waktu) shalat sunah (sebelum shalat Jumat)? Oleh karena itu, siapa saja yang meyangka bahwa setelah Bilal berazan, para sahabat melakukan shalat sunah, maka ini pendapat yang sangat keliru. Yang telah kami sebutkan di atas, bahwasanya tidak ada shalat sunah khusus sebelum shalat Jumat adalah pendapat Imam Malik, Imam Ahmad, dan pendapat paling mayoritas di antara ulama Syafi’iyah.” (Zadul Ma’ad, 1:411)
Ibnu Al-Hajj mengatakan dalam Al-Madkhal, 2:239, “Sesungguhnya, para sahabat adalah orang yang paling tahu dengan keadaan dan paling paham dengan hadis ini (yaitu antara dua azan ada shalat sunah), maka tidak ada yang bisa menenangkan diri kita selain dengan mengikuti amalan yang mereka lakukan.” (Ahadist Al-Jumu’ah, hlm. 317)
Ada juga yang berhujah bahwa mungkin Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan shalat sunah tersebut di rumahnya, setelah matahari tergelincir, baru kemudian keluar rumah dan berkhotbah.
Pernyataan ini telah dijawab oleh Abu Syamah, dalam Al-Ba’its, “Andaikan itu terjadi, tentu akan disampaikan oleh para istri beliau, sebagaimana mereka menceritakan tentang shalat sunah yang dikerjakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baik siang maupun malam, dan tata caranya …. Dengan demikian, jika tidak ada nukilan riwayat dari mereka maka pada asalnya shalat tersebut tidak ada dan menunjukkan bahwa hal itu tidak pernah terjadi, juga shalat tersebut tidak disyariatkan.” (Al-Ba’its ‘ala Inkar Al-Bida’ wa Al-Hawadits, hlm. 97)
Syaikh Masyhur Hasan Salman berkata, ”Seandainya itu terjadi, niscaya para istri beliau akan menceritakannya, sebagaimana mereka menceritakan semua shalat beliau di rumahnya. Baik shalat siang maupun malam, bagaimana shalat tahajudnya dan bangun pada malam hari. Tentang hal itu (qabliyah Jum’at, red.) tidak benar sedikitpun. Dan pada asalnya adalah ketidakadaanya. (Ini) menunjukkan, bahwa hal tersebut tidak terjadi dan tidak disyari’atkan.
Adapun sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Al Hasan Abdurrahman bin Muhammad bin Yasir dalam (hadits Abu Qasim Ali bin Ya’kub, 108) dari Ishaq bin Idris, telah menceritakan kepada kami Aban, telah bercerita kepada kami, Ashim Al Ahwal dari Nafi’ dari ‘Aisyah secara marfu’ dengan lafazh,
كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ الْجُمْعَةِ رَكْعَتَيْنِ فِي أَهْلِهِ

Maksudnya : Rasulullah biasa shalat dua raka’at sebelum Jum’at di rumahnya.
Maka hadits ini batil lagi palsu. Ishaq telah merusaknya. Dia adalah al aswari al bashari. Ibnu Mu’ayyan berkata tentang Ishaq,” Dia seorang pendusta, pemalsu hadits.” (Lihat Al Ajwibah An Nafi’ah, hlm. 28). Pendusta ini, hanya seorang diri dalam meriwayatkan hadits ini.
Kemudian apabila ada yang berkata “Sesungguhnya, Jum’at merupakan shalat dzuhur yang diringkas. Maka seperti Dzuhur, Jum’at pun memiliki sunnah qabliyah.”

Menanggapi pendapat seperti ini, Syaikh Masyur Hasan Salman berkata: Perkataan ini keluar dari kebenaran dari berbagai sisi.
1. Tidak boleh menggunakan qiyas dalam pensyari’atan shalat. [Lihat Bidayah Mujtahid 1/172) dan Al Baits ’Ala Inkaril Bida’ Wal Hawadits, hlm. 92].
2. Sesungguhnya, sunnah adalah apa yang berasal dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, berupa ucapan ataupun perbuatan, atau sunnah khalifah beliau yang mendapat petunjuk. Dan dalam permasalahan kita ini, tidak termasuk hal tersebut. Tidak boleh menetapkan sunnah-sunnah seperti dalam hal ini dengan qias. Karena penetapan qias adalah termasuk hal-hal yang sebab perbuatannya diakui pada zaman Nabi, sehingga bila Rasulullah tidak melakukan dan tidak mensyari’atkannya, maka meninggalkan perbuatan tersebut merupakan sunnah.
3. Jum’at merupakan shalat yang berdiri sendiri yang berbeda dengan shalat Dzuhur dalam hal jahr (mengeraskan bacaan), bilangan raka’at, khutbah dan syarat-syaratnya namun waktu pelaksanaannya sama dengan zhuhur. Dan bukanlah menyamakan sesuatu karena ada unsur kesamaan lebih baik dari pada membedakan, bahkan dalam hal ini membedakan antara zhuhur dan jum’at lebih baik karena segi perbedaannya lebih banyak. [Zaadul Ma’ad 1/432].
4. Dalam Shahih-nya, Bukhari mengeluarkan riwayat dari Ibnu Umar. Ibnu Umar berkata,

صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَسَجْدَتَيْنِ بَعْدَ الظُّهْرِ وَسَجْدَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَسَجْدَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَسَجْدَتَيْنِ بَعْدَ الْجُمُعَةِ
Aku shalat bersama Nabi dua raka’at sebelum Dzuhur, dua raka’at setelah Dzuhur, dua raka’at sesudah Maghrib dan dua raka’at setelah Isya’ serta dua raka’at setelah Jum’at.

Riwayat tersebut menunjukkan, bahwa Jum’at -menurut mereka- bukanlah Dzuhur. Seandainya Jum’at masuk dalam nama Dzuhur, niscaya jum’at tidak perlu disebut. Kemudian dalam riwayat tersebut tidak disebutkan adanya sunnah sebelum Jum’at, melainkan sesudahnya saja. Ini menunjukkan bahwa tidak ada sholat sunnat sebelum Jum’at. [Al Baits ‘Ala Inkaril Bida’ Wal Hawadits, 94].
5. Anggaplah bahwa Jum’at merupakan Dzuhur yang qashar (diringkas). Akan tetapi Nabi saw  tidak pernah melakukan shalat sunnah Dzuhur yang diringkas dalam safarnya, baik sebelum maupun setelahnya. Beliau hanya mengerjakan sunnat-sunnat Dzuhur ketika mengerjakan dhuhur secara sempurna. Maka, jika keberadaan sunnah dalam Dzuhur yang diringkas berbeda dengan Dzuhur yang genap, maka apa yang disebutkan oleh mereka menjadi bantahan bagi mereka, bukan membela mereka.

Oleh sebab itulah, mayoritas (jumhur) imam sepakat, bahwa tidak ada sunnah qabliyah Jum’at yang ditentukan dengan waktu dan bilangan tertentu. Karena sunnah itu hanya boleh ditetapkan dengan ucapan ataupun perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Padahal Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memerintahkan shalat tersebut, baik dengan perkataan maupun perbuatannya. Demikian ini merupakan madzhab Imam Malik dan Imam Syafi’i serta kebanyakan pengikutnya. Ini pula yang populer di kalangan madzhab Imam Ahmad. [Fatawa Ibnu Taimiyyah, 1/136 dan Majmunah Ar Rasail Al Kubra, 2/167-168]
Kedua : Hadits-hadist yang menunjukan adanya sholat qabliyah jum’at adalah hadist-hadist dho’if yang tidak bisa dijadikan sandaran.
Al-Albani rahimahullah mengatakan:
“Semua hadits yang diriwayatkan berkenaan dengan shalat sunnah Qabliyah Jum’at Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah tidak ada yang shahih sama sekali, yang sebagian lebih dha’if dari sebagian yang lain” [Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 232)]
Diantara hadist-hadist dhoif tersebut adalah :
Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dan al-Thabraniy rahimahullah iaitu:

كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ اَلْجُمُعَة أَرْبَعًا وَبَعْدَهَا أَرْبَعًا لاَ يُفْصَلُ فِي شَيْءٍ مِنْهُنَّ.

Maksudnya:   
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu solat sebelum (Qabliyah) Jumaat empat rakaat dan sesudah (Ba’diyah) sebanyak empat rakaat, baginda tidak memisahkan di antara empat rakaat itu (dengan salam). - Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqamah al-Shalah wa al-Sunnah Fiha, no: 1119 dan Imam al-Thabraniy dalam kitab al-Mu’jam Kabir, no: 12674.

Namun begitu perawi-perawi dalam sanad hadis ini telah dikritik hebat oleh ulamak hadis seperti Imam Ahmad, Imam al-Bushiriy, Imam al-Zayla’iy, Imam Ibnu Qayyim, Imam al-Nawawi, al-Hafidz Ibnu Hajar dan Imam al-Albani rahimahullah sehingga taraf hadis ini adalah berstatus dha’if jiddan (sangat lemah). Ulamak hadis telah bersepakat bahawa hadis dha’if Jiddan tidak boleh dijadikan sandaran untuk menetapkan hukum.

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah iaitu seorang tokoh ulamak hadis bermazhab Syafi’i juga telah berkata:

Ada juga hadis yang menyebutkan disunnahkan melaksanakan solat sunat sebelum (Qabliyah) Jumaat, tetapi sanad hadis ini dha’if (lemah). Di antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah oleh al-Bazzar:

كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ اَلْجُمُعَة رَكْعَتَيْنِ وَبَعْدَهَا أَرْبَعًا.
Maksudnya:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat sunat dua rakaat sebelum (Qabliyah) solat Jumaat, dan empat rakaat setelah solat Jumaat.”

Hadis serupa daripada ‘Ali yang diriwayatkan oleh Atsram dan Thabraniy dalam kitab al-Ausath:

كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ اَلْجُمُعَة أَرْبَعًا وَبَعْدَهَا أَرْبَعًا.

Maksudnya:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat sunat sebelum (Qabliyah) solat Jumaat empat rakaat dan setelahnya empat rakaat.”

Akan tetapi dalam silsilah sanad riwayat ini terdapat Muhammad bin Abdurrahman al-Sahmi, dan dia adalah orang yang dha’if (lemah) menurut Imam al-Bukhari dan lainnya. Atsram mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis yang lemah. Daripada Ibnu ‘Abbas juga disebutkan hadis yang serupa, akan tetapi dengan tambahan لاَ يُفْصَلُ فِي شَيْءٍ مِنْهُنَّ  “Baginda tidak memisahkan empat rakaat itu (dengan salam)”. Ibnu Majah meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang lemah. Imam al-Nawawi mengatakan dalam kitab al-Khulashah, bahawa hadis ini adalah hadis yang batil. Hadis ini juga disebutkan daripada Ibnu Mas’ud dan silsilah sanadnya lemah dan terputus. – Rujuk Al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, Jilid  5, ms. 210-211 ketika mengsyarah no: 937.
Di sana ada hadist yang dijadikan dalil bagi yang mengatakan adanya sunnah qabliyah jum'at, hadist tersebut menyebutkan bahwa :
“Ibnu ‘Umar biasa memanjangkan shalat sebelum shalat Jum’at dan mengerjakan shalat dua rakaat setelahnya di rumahnya. Dan dia menyampaikan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa melakukan hal tersebut.” ( HR Abu Daud dan Ibnu Hibban )
Hadist di atas tidaklah menunjukkan adanya sunnah qabliyah jum’at, karena maksud dari kalimat : “Ibnu ‘Umar biasa memanjangkan shalat sebelum shalat Jum’at” adalah sholat sunnah mutlaq atau sholat tahiyatul masjid.
Jadi, disunnahkan pada hari jum’at, ketika masuk masjid untuk mengerjakan sholat sunnah tahiyatul masjid, berdasarkan  sabda Nabi saw :
إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ
Jika seorang dari kalian masuk masjid, maka shalatlah dua raka’at sebelum ia duduk.” (Bukhåriy-Muslim)
Jika kita masuk masjid ketika imam sedang berkhutbah, maka hendaklah meringankan solatnya,  berdasarkan sabda Nabi saw :
إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاْلإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيْهِمَا.
Jika seorang dari kalian datang (untuk) pada hari Jum’at sementara imam sedang berkhuthbah, maka shalatlah dua raka’at, dan ringankanlah shalatnya tersebut.(Bukhåriy-Muslim)

Sholat Sunnah ( sunah muthlaq ) ketika Menunggu Imam atau Khatib

Jika ada waktu longgar ( waktu yang lapang ) disunnahkan juga untuk sholat sunnah mutlak, sampai imam naik mimbar. Sholat sunnah tersebut bukanlah sholat sunnah qabliyah jum’at, walaupun dikerjakan sebelum adzan Jum’at. Berdasarkan hadis dibawah ini :
Abu Huroiroh radhiallahu ‘anhu menuturkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.
“Barang siapa mandi kemudian datang untuk sholat Jumat, lalu ia sholat semampunya dan dia diam mendengarkan khotbah hingga selesai, kemudian sholat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jum’at ini sampai jum’at berikutnya ditambah tiga hari.” (HR. Muslim)
Imam al-Syafi’i rahimahullah telah memperjelaskan tentang kewujudan solat sunat Mutlak ini di dalam kitabnya al-Umm. Beliau telah menyatakan:

Dikhabarkan kepada kami oleh Ibrahim bin Muhammad, yang mengatakan dikhabarkan kepada saya oleh Ishak bin Abdullah, daripada Sa’id al-Maqburi, daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang solat pada tengahari, sehinggalah gelincir matahari, selain Jumaat. – Rujuk kitab al-Umm (Kitab Induk) karya Imam al-Syafi’i, jilid 2, ms. 21.

Dikhabarkan kepada kami oleh Malik daripada Ibnu Syihab, daripada Tsa’labah bin Abi Malik, bahawa dia mengkhabarkan kepadanya, bahawa mereka itu berada pada zaman ‘Umar bin al-Khatthab radhiallahu’ anh pada hari Jumaat mengerjakan solat (sunat Mutlak) sehingga datanglah ‘Umar bin al-Khatthab. Tatkala ‘Umar telah datang dan duduk atas mimbar dan juru azan melakukan azan, mereka duduk berbincang-bincang. Sehingga apabila juru azan sudah diam, nescaya mereka itu diam. Dan tiada seorangpun yang berbicara. Disampaikan hadis kepada saya oleh Ibnu Abi Fudaik, daripada Ibnu Abi Dzi’b, daripada Ibnu Syihab, yang mengatakan, disampaikan hadis kepada saya oleh Tsa’labah bin Abi Malik, bahawa duduk imam itu memutuskan bertasbih. Dan perkataan imam itu memutuskan perkataan orang-orang yang hadir. Mereka itu berbincang-bincang pada hari Jumaat dan ‘Umar duduk atas mimbar. Apabila juruazan sudah diam, nescaya ‘Umar berdiri, lalu tiada seorangpun yang berkata-kata sehingga diselesaikan oleh ‘Umar akan khutbah itu seluruhnya. Apabila dibacakan iqamah untuk solat dan ‘Umar turun, lalu mereka itu berkata-kata.

Apabila manusia pergi menghadiri solat Jumaat, nescaya mereka itu bersolat, sehingga jadilah imam di atas mimbar. Apabila imam telah berada di atas mimbar, nescaya dicegah dari mereka itu orang yang telah mengerjakan solat dua rakaat (Tahiyyatul Masjid ) atau lebih dari berkata-kata. Sehingga imam itu sudah mulai berkhutbah. Apabila dia telah mula berkhutbah, nescaya diam dengan memperhatikan. – Rujuk kitab al-Umm (Kitab Induk) karya Imam al-Syafi’i, jilid 2, ms. 22.

Berkenaan dengan solat sunat mutlak ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

Dianjurkan bagi orang yang masuk masjid pada hari Jumaat (bila sahaja) untuk mengerjakan solat sunat Mutlak sebelum duduk tanpa terikat dengan bilangan (rakaat ), juga tidak ditentukan waktunya, hingga imam keluar. Atau duduk ketika masuk masjid setelah solat Tahiyyatul Masjid atau sebelumnya. – Rujuk Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah, (edisi terjemahan dengan tajuk Solat Jum’at Bersama Rasulullah : Hukum Dan Bid’ah Solat Jumaat, Najla Press, Jakarta, 2002) ms. 60.

 Ibnu Qayyim rahimahullah pula telah berkata:

Apa yang perlu dicatat, tidak terdapat solat sunat Qabliyah Jumaat. Ini disebabkan, apabila Bilal selesai melaungkan azan, maka Nabi s.a.w. terus menyampaikan khutbah tanpa ada selang waktu. Inilah yang terjadi. Maka bagaimana mungkin ada anggapan bahawa setelah Bilal azan mereka bangkit untuk mendirikan solat sunat dua rakaat. – Rujuk Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Mukhtashar Zaadul Ma’ad, ms. 47.