KHUTBAH HARI RAYA
a. Khutbah selepas solat 'Id
Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra :
[ إن النبي و أبا بكر و عمر كانوا يصلون العيدين قبل الخطبة ]
Maksudnya : "Sesungguhnya Nabi saw, Abu Bakar dan Umar telah bersolat kedua hari raya sebelum khutbah" [HR Al-Bukhari : 963, Muslim : 888]
Dari Ibnu Abbas ra :
[ شهدت العيد مع رسول الله و أبو بكر و عمر و عثمان ، فكلهم كانوا يصلون قبل الخطبة ]
Maksudnya : "Aku telah menyaksikan hari raya bersama Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan Usman ra, kesemua mereka bersolat sebelum khutbah".[HR Al-Bukhari : 962, Muslim : 884]
* Al-'Allamah Waliyyullah Addahlawi telah berkata : Sesungguhnya sunnah Rasulullah saw dan Khulafa' Arrashidin ra adalah berkhutbah selepas dari solat. Adapun berlaku penukaran waktu khutbah iaitu sebelum solat adalah bid'ah yang dicipta pada zaman Marwan. Wallahua'alam.
b. Pilihan untuk mendengar khutbah atau tidak
Diriwayatkan dari Abdullah bin Assa'ib ra :
[ شهدت العيد مع النبي ، فلما قضى الصلاة قال : إنا نخطب فمن أحب أن يجلس للخطبة فليجلس،
ومن أحب أن يذهب، فليذهب ]
Maksudnya : "Aku telah menyaksikan hari raya bersama Nabi saw. Apabila selesai bersolat, kami berkhutbah, barang sesiapa yang ingin mendengar khutbah maka duduklah, dan barangsiapa yang ingin pergi maka dia pergilah". [HR Abu Daud : 1155]
c. Sifat Khutbah
*Telah berkata Ibnul Qayyim :
- Secara umumnya Nabi saw memulakan khutbahnya dengan pujian.
- Tidak dinaqalkan dari Baginda saw bahawa Baginda saw mengkhususkan
permulaan khutbah Baginda saw dengan takbir.
- Adapun Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang diriwayatkan dari
Sa'd Al-Quradhi ra bahawa Baginda saw memperbanyakkan takbir dalam
khutbah, tidak menunjukkan Baginda saw memulakan khutbahnya dengan
takbir.
* Juga tidak dinaqalkan dari Baginda saw dengan hadis yang shahih bahawa Baginda saw berkhutbah dengan dua khutbah. Cuma di sana ada hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari gurunya : Abdullah bin Syabib dengan sanadnya dari Sa'd ra dari Nabi saw :
[ كان يخطب خطبتين، يفصل بينهما بجلسة ]
Maksudnya : "Nabi saw telah berkhutbah dua khutbah dan memisahkan antara keduanya dengan sekali duduk" [HR Al-Bazzar : 53 pada Musnad Sa'd Al-Quradhi ra]
- Tetapi hadis di atas adalah hadis yang lemah, kerana di sana terdapat seorang perawi iaitu Abdullah bin Syabib. Imam Al-Bukhari telah menghukumnya sebagai : Mungkarul Hadis.
- Telah berkata Imam Annawawi : Tidak thabit (shahih) bahawa Nabi saw mengulangi khutbahnya (iaitu dengan dua khutbah).
* Maka kekallah dengan satu khutbah sahaja pada hari raya. Wallahu'alam.
13. UCAPAN PADA HARI RAYA
Telah thabit dari para sahabat ra, apabila mereka bertemu di hari raya, mereka mengucapkan serta mendoakan dengan berkata :
[ تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَ مِنْكَ]
Maksudnya : "Moga Allah menerima amalan kami dan kamu"
• Adapun ucapan-ucapan selain ini seperti (كل عام و أنتم بخير), tidak dinaqalkan dari para salafussoleh. Sesungguhnya Allah telah berfirman :
﴿ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَى بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ ﴾
Maksudnya : "Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik". [Al-Baqarah : 61].
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment