Sunday, August 21, 2011

ASAS-ASAS AJARAN KRISTIAN

Ajaran Kristian pada hari ini di katakan telah diasaskan oleh Yesus Kristus atau dikenali dengan Nabi Isa AS dalam dunia Islam, tetapi jika kita kaji dengan lebih menyeluruh terutamanya di dalam Alkitab kita akan dapati bahawa hampir keseluruhan doktrin yang terkandung didalam ajaran kristian kini adalah berasal atau pun ciptaan seorang yahudi yang bernama Saul of Tarsus yang kemudiannya dikenali dengan nama Saulus ataupun Paulus. Nabi Isa yang sebenarnya adalah seorang Nabi Bani Israel yang diutuskan sebagai nabi yang megesahkan kebenaran kitab taurat dan membawa wahyu yang bernama Injil yang datangnya dari Allah (lihat Surah Al-Maidah ayat 46). Baginda juga diutuskan Allah untuk menyampaikan perkhabaran tentang kelahiran Nabi terakhir utusan tuhan yang maha agung iaitu Nabi Muhamad SAW (lihat Surah Saff ayat 6) akan dibawakan bukti dari bible yang kedatangan nabi Muhammad itu ada di dalam kitab tersebut dalam perbincangan yang akan datang.

Nabi Isa telah memperlihatkan mukjizat-mukjizat kenabiannya sebagaimana nabi-nabi yang lain di dalam melaksanakan tugas mengembangkan ajaran Allah yang kemudiannya telah diubah oleh tangan-tangan kotor mulia yang tak bertangungjawab. Kesemua mukjizat yang diperlihatkan oleh baginda itu adalah dengan keizinan dari Allah juga. Baginda menghidupkan rakannya iaitu Lazarus yang mati itu adalah atas izin Allah, baginda megubati penyakit orang yang terkena penyakit sopak juga atas izin Allah, kelahiran baginda yang ajaib tanpa berbapa itu juga adalah atas kehendak Allah yang mana kebanyakan penganut dunia kristian hari ini menolaknya dan bermacam lagi mukjizat yang diperlihatkan baginda itu adalah juga atas kehendak Allah. Baginda kemudiannya telah di selamatkan oleh Allah dari dibunuh oleh pendita yahudi yang tidak senang hati dengan baginda pada ketika itu, yang mana si pengkhianat Judas Iscariot telah diubah oleh Allah supaya menjadi seperti Nabi Isa dan akhirnya dibunuh di atas tiang salib. Begitulah antara gambaran yang telah dicatatkan di dalam “The Last & Final Testement of God” iaitu Al-Quran mengenai Nabi Isa yang menjadi pegangan seluruh Islam.

Walaupun kristian turut memaparkan perasaan cinta mereka terhadap Nabi Isa sebagaimana muslim tetapi cara mereka amat bertentangan sekali dengan kita. Kita amat sayang dan cinta dengan Nabi Isa kerana baginda adalah salah seorang Nabi Allah, segala mukjizat yang diperlihatkan adalah bukti bahawa baginda adalah seorang utusan Allah yang membawa ajaran yang benar. Tetapi orang kristian menyatakan perasaan cinta dan sayang mereka dengan menyatakan bahawa baginda itu adalah salah satu dari oknum ketuhanan di dalam triniti atau tritunggal dan pelbagai lagi dakwaan yang kadangkala seakan tidak masuk akal manusia yang waras.
Dalam perbincangan kali ini, kita akan melihat serba ringkas tentang doktrin-doktrin yang utama di dalam ajaran Kristian ini. Secara ringkas dapat kita menggariskan doktrin tersebut dalam lima perkara yang utama sebagaimana yang akan diterangkan di bawah.

Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)

Ajaran kristian percaya bahawa manusia sejak dari hari dilahirkan telah pun menanggung dosa. Menurut ajaran kristian, Adam dan Hawa telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan yang di sebut di dalam Al-Quran sebagai Shajarat Al- Khuldi di dalam taman Syurga atau di dalam bible disebut “The Garden Of Eden” (sila lihat The book Of Genesis di dalam bible badingkan dengan versi Al-Quran). Disebabkan oleh itu Adam dan Hawa dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga hasil dari perbuatan mereka itu. Akibat dari peyingkiran itu keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan akibat perbuatan mereka. Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir. Pelbagai cara yang dibuat untuk menghilangkan dosa ini, menurut perjanjian lama atau Old Testement orang yahudi mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk membersihan dosa seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung perlu dilakukan iaitu dengan kematian Anak Tuhan.

Doktrin anak tuhan (The Sonship of God)

Untuk menyelamatkan manusia dari derita dan neraka, Tuhan telah menurunkan anaknya kedalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya kan dilahirkan sebagai anak tuhan. Ajaran kristian percaya bahawa Jesus Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat John 3:16), oleh kerana jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain maka sudah sepastinya Jesus itu amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan Jesus telah dilahirkan dengan cara yang amat ajaib sekali iaitu tanpa melalui proses kelahiran manusia yang biasa.

Doktrin ketuhanan Yesus (The Divinity of Jesus)

Setelah Jesus itu digelar sebagai anak tuhan, Dunia kristian akhirnya menukarkan status Yesus sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka bahawa Jesus Christ itu sebenarnya adalah tuhan yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di tiang salib. Walaubagaimana pun, sesetengah golongan kristian seperti Jehovah’s Witnesses, Christadelphians dan juga golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini.

Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)Tiga abad selepas Jesus Christ, dalam Persidangan Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini secara rasminya dijadikan asas dalam ajaran kristian, walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan tuhan tetapi akhirnya puak ini dihapuskan dan akan diceritakan dalam bab yang lebih mendalam terhadap topik ini nanti. Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu.

Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion Jesus)

Doktrin terakhir dalam perbincangan kali ini adalah doktrin yang menjadi lambang utama dalam agama kristian iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib. Orang Kristian percaya bahawa tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus segala dosa-dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi kaedah penyaliban yang kemudiannya bangkit semula (resurrected) atas tujuan yang sama.

Ini adalah diantara doktrin yang menjadi asas bagi penganut kristian sejak dari dulu hingga sekarang. Ianya akan saya perincikan lagi dalam mesej-mesej yang akan datang dan anda akan melihat bagaimana doktrin-doktrin yang mereka gariskan yang kononnya menjadi asas ajaran Kristian itu akan dinafikan oleh kitab mereka sendiri dan juga sejarah kegerejaan yang mereka agung-agungkan.

No comments:

Post a Comment