Thursday, August 25, 2011

Pembahagian Najis

Pembahagian Najis

Oleh:
Abu Ruwais as-Syubrawi

Pengertian Najis

Dan segi bahasa:

Najis bermaksud kotoran.

Ibn Faris r.h berkata:

“Najis menurut sumber yang sahih menunjukkan sesuatu yang berlawanan dengan maksud suci. Sesuatu yang diistilahkan sebagai najis, bermakna ia kotor.” (Rujuk Mu’jam Maqayis al-Lughah, jil. 5, ms. 393 dan al-Qamus al-Fiqhi, ms. 348)

Dan segi istilah:

‘Ain sesuatu benda yang kotor di sisi syarak. (Rujuk al-Bahr al-Raiq, jil. 1, ms. 382 dan Syarh al-Mumti’, jil. 1, ms. 331)

Pembahagian Najis:

Najis terbahagi kepada dua, iaitu:

1 - Najis ‘ainiyyah, iaitu segala ‘ain benda yang haram dimakan atau dimanfaatkan bukan kerana dinilai dari segi ia dihormati (seperti lembu, kambing dan ayam), kotor atau boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh badan dan akal. (Rujuk Kasysyaf al-Qina’ ‘Ala Matn al-Iqna’,jil. 1, ms. 29, al-Libab Syarh al-Kitab,jil. 1, ms. 5, Syarh al-Zarqani ‘Ala Mukhtasar Khalil, jil. 1, ms. 5 dan Mughni al-Muhtaj, jil. 1, ms. 77)

Syeikh Ibn ‘Uthaimin r.h berkata:

“Mengenai najis ‘ainiyyah, ia tidak mungkin disucikan sampai bila-bila. Umpamanya, didatangkan seluruh air laut untuk menyucikan tulang keldai ia langsung tidak dapat menyucikannya kerana ‘ain tulang itu sendiri sudah dikategorikan sebagai najis.” (Rujuk Syarh al-Mumti’, jil. 1, ms. 351)

2 - Najis hukmiyyah, iaitu apabila ia terkena sesuatu yang suci ia pasti menajiskannya. (Rujuk al-Syarh al-Mumti’, jil. 1, ms. 351)

Najis hukmiyyah boleh disucikan menggunakan sesuatu yang suci seperti air, batu, tisu dan sebagainya.

Najis ‘Ainiyyah

Terdapat nas-nas yang sarih (jelas) menetapkan sembilan jenis najis yang dikategorikan sebagai najis ‘ainiyyah, iaitu:

1 - Air kencing manusia

Anas bin Malik r.a berkata:

“Seorang Arab Badwi telah kencing di penjuru masjid. Orang ramai pun bergegas kepadanya. Lalu Nabi s.a.w menghalang mereka agar tidak mengapa-apakanrya. Selepas dia selesai kencing, Nabi s.a.w memerintahkan membawa setimba air lalu menuangkan air itu ke atas air kencingnya.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Ibn Battal r.h berkata:

“Ia menunjukkan bahawa cara menyucikan masjid daripada najis ialah dengan menghilangkan kotoran ‘ain itu.” (Rujuk Syarh Ibn Battal, jil. 1, ms. 327)

Imam Nawawi r.h berkata:

“Ia menunjukkan tsabit daripada hadis bahawa air kencing manusia adalah najis. Itulah yang disepakati oleh ulama.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 3, ms. 190)

2 - Najis manusia

Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

Apabila selipar seseorang terpijak najis, ingatlah bahawa tanah itulah sebagai penjuci baginya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Beliau mensahihkannya. Ia juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Ibn Hibban dan al-Baghawi. Al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Sunan Abu Daud.

Al-Baghawi r.h berkata:

“Berdasarkan zahir hadis, sebahagian ahli ilmi antaranya al-Nakha’i berpendapat bahawa tsabit perbuatan Nabi s.a.w menyapu kedua-dua belah selipar atau khuf yang terkena najis binatang itu pada tanah di hadapan pintu masuk masjid. Kemudian, baginda mengimami solat para sahabat. Pendapat ini juga dinyatakan oleh al-Auza’i dan Abu Tsaur.” (Rujuk Syarh al-Sunnah, jil. 2, ms. 93)

3 - Air mazi

Al-Nawawi r.h berkata:

Air mazi ialah air yang berwarna keputihan, jernih dan berlendir.

Ia keluar disebabkan hasil permainan (alat sulit atau sentuhan lelaki dan wanita) dan ciuman. Ia tidak memancut dan tidak menyebabkan keletihan, Kadangkala ia keluar tanpa disedari dan berlaku pada lelaki dan wanita.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 3, ms. 213 dan Tahrir Alfaz al-Tanbih, ms. 43 – 44)

Ali bin Abu Talib r.a berkata:

Aku adalah lelaki yang paling banyak keluar air mazi. Oleh itu, aku malu untuk bertanya kepada Rasulullah s. a. w kerana anaknya kepunyaanku (isteri). Lalu aku perintahkan al-Miqdad bin al-Aswad menanyakannya. Baginda bersabda: Basuhlah kemaluanmu dan berwuduk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi r.h berkata:

“Hadis ini mengandungi faedah yang banyak. Antaranya tidak wajib mandi junub apabila keluar air mazi dan diwajibkan berwuduk sahaja. Oleh kerana air mazi itu najis, baginda memerintahkan agar membasuh kemaluan.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 3, ms. 213)

4 - Air Wadi

“Air wadi ialah air berwarna pekat, kekeruhan, tidak berbau dan keluar sejurus selepas kencing. Jika sentiasa keluar, kebiasaan ia berlaku ketika membawa (mengangkat) sesuatu yang berat.” (Rujuk Tahrir Alfaz al-Tanbih, ms. 43-44 dan Kifayah al-Akhyar Fi Hilli Ghayah al-Ikhtisar, ms. 102)

Al-Nawawi r.h berkata:

“Ijmak ulama mengatakan air mazi dan wadi itu najis.” (Rujuk al-Majmu’, jil. 2, ms. 571)

5. Bangkai

Firman ALLAH S.WT:

“Diharamkan bagi kamu memakan bangkai.” (Surah al-Maidah: 3)

Ibn Jarir al-Tobari r.h berkata:

“ALLAH mengharamkankan bagi kamu memakan bangkai wahai orang-orang yang benar-benar beriman.” (Rujuk Jami’ al-Bayan, jil. 9, ms. 492)

Termasuk juga dalam kategori bangkai ialah apa yang diambil daripada sesuatu yang masih hidup berdasarkan hadis Abi Waqid al-Laitsi katanya:

Rasulullah s. a. w telah tiba di kota Madinah. Ketika itu, baginda melihat orang ramai sedang memegang ketiak kambing dan bonggol unta. Sabda baginda: Sesuatu yang dipotong darjada binatang ketika hidup, ia termasuk bangkai. (Hadis riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan al-Hakim. Beliau mensahihkannya dan dipersetujul oleh al-Zahabi. Al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Sunan Abu Daud)

Al-Khattabi r.h berkata:

Inilah hukum bagi daging binatang dalam keadaan anggotanya itu masih bercantum dengan badannya (diambil ketika masih hidup). Tetapi, tidak termasuk bulu yang dicukur, rambut dan sebagainya. Begitu juga masalah anjing yang dilepaskan lalu membaham sedikit daging binatang yang diburu itu sebelum disembelih atau panah yang dilepaskan mengenai sebahagian anggota buruan lalu jatuh bersama panah dalam keadaan dia masih hidup. Semua itu haram dimakan kerana jelas menunjukkan ia termasuk binatang yang masih hidup. Ini kerana, daging yang diambil dari binatang yang masih hidup dikira sebagai bangkai.” (Rujuk Ma’alim al-Sunan, jil. 4, ms. 272)

6 - Darah Haid

Asma’ binti Abu Bakar r.a berkata:

Seorang wanita bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Apakah pandangan engkau mengenai darah haid yang terkena pada pakaian salah seorang seorang daripada kami? Apakah yang perlu dia lakukan? Jawab baginda: Apabila darah haid terkena pada pakaian salah seorang antara kamu, gosokkan ia (kikis) dan bersihkan dengan air. Kemudian, solatlah menggunakan pakaian itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam Syafie r.h berkata:

“Hadis ini menunjukkan bahawa darah haid adalah najis.” (Rujuk al-Umm,jil. 1, ms. 67)

Ibn Battal r.h berkata:

“Hadis Asma’ Binti Abu Bakar merupakan kaedah usul di sisi ulama mengenai hukum membasuh pakaian yang terkena najis. “ (Rujuk Syarh Ibn Battal,jil. 1, ms. 338)

Al-Syaukani r.h berkata:

“Ketahuilah, sesungguhnya darah haid adalah najis menurut ijmak muslimin. (Rujuk Nail al-Autor, jil. 1, ms. 58)

7 - Tahi binatang yang tidak dimakan dagingnya

Ibn Mas’ud r.a berkata:

Nabi s.a.w ingin membuang air besar Lalu baginda memerintahkan aku agar membawa kepadanya tiga bji batu. Aku hanya menernui dua biji batu. Aku cuba rnendapatkan batu ketiga tetapi tidak menernuinya. Oleh itu, aku mengambil najis lalu membawa kepadanya. Baginda telah mengambil dua bji batu dan membuang najis itu sambil bersabda: “ini najis”. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat lain:

Aku menemui dua biji batu dan najis keldai. Lalu baginda memegang dua bjji batu dan membuang najis itu sambil bersabda. “Ia adalah najis”. (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Tobrani)

Al-Syaukani r.h berkata:

“Hadis ini menunjukkan bahawa larangan beristinjak menggunakan tahi hinatang” (Rujuk Nail al-Autor, jil. 1, ms. 121)

8 - Sesuatu yang disentuh oleh anjing

Abdullah bin Mughaffal r.a berkata:

‘Apabila anjing menjilat bekas-bekas kamu, basuhlah dengan air sebanyak tujuh kali. Lumurkanlah (samak) dengan tanah pada bilangan yang kelapan.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, al-Nasaai dan Ibn Majah)

Ibn al-Mulqin r.h berkata:

“Perintah membasuh sesuatu yang terkena jilatan anjing atau sesuatu yang diminum oleh anjing secara zahirnya menunjukkan air itu najis. Dikuatkan lagi dengan daiil daripada riwayat berikut: “Sucikanlah atau basulah bekas yang terkena jilatan anjing sebanyak tujuh kali dan salah satu atau yang pertamanya dengan tanah. (Rujuk I’lam Ri Fawaid ‘Umdah al-Ahkam, jil. 1, ms. 295)

Al-Nawawi r.h berkata:

Hadis menunjukkan sesuatu yang terkena jilatan anjing najis. Sekiranya ia adalah makanan berair, haram memakannya. Ini kerana, membuangnya sudah tentu termasuk pembaziran. Sedangkan, jika ia masih suci mengapa kita diperintahkan membuangnya. Dalam masa yang sama kita dilarang membazir harta. Inilah pendapat yang kami dan jumhur ulama pegang, iaitu sesuatu yang terkena jilatan anjing adalah najis.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 3, ms. 184 dan al-Daari al-Mudhiyah, jil. 1.ms.23-24)

9 - Daging binatang yang tidak dimakan sehingga menjadi bangkai walaupun disembelih

Anas bin Malik r.a berkata:

“Ketika hari peperangan Khaibar, seorang lelaki telah menemui Rasulullah s.a.w (menjemput baginda) lalu berkata: Wahai Rasulullah, adakah kamu memakan keldai (seolah-olah jika baginda makan, dijemput bersama mereka menjamu keldai). Baginda tidak menghiraukannya) lalu seorang sahabat yang lain (menjemput semula sambil) berkata: Wahai Rasulullah, Daging keidai hampir kehabisan. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Abu Talhah supaya menghebahkaan kepada orang ramai bahawa ALLAH dan Rasul-NYA melarang kamu memakan daging keldai kerana ia adalah kotor atan najis. Lantas mereka menelungkupkan semua isinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menurut Salamah bin al-Akwa’ r.a, Rasulullah s.a.w telah berkata:

“Periuk apakah ini dan untuk tujuan memasak apa? Sahabat menjawab: Memasak daging. Tanya baginda: Daging apa? Sahabat menjawab: Daging keldai tunggangan.

Sabda Nabi s.a.w:

Buanglah dan pecahkan pinggan mangkuk yang digunakan. Jawab sahabat: Wahai Rasulullah, Mungkin kami patut membuang dan mernbasuhya sahaja. Jawab baginda. Boleh juga begitu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi r.h berkata:

“Ini jelas menunjukkan bahawa ia najis dan haram memakannya. Dikaitkan lagi dengan hadis lain bermaksud ia najis atau riwayat lain bermaksud ia kotor atau najis.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 13, ms. 94)

Ibn Kathir r.h berkata:

“Hadis ini menunjukkan bahawa binatang yang tidak dimakan dagingnya apabila disembelih tetap najis.” (Rujuk Irsyad al-Faqih ila Ma’rifat Adillat al-Tanbih Li Ibn Kathir, jil. 1, ms. 85)

[Di-ambil/Dipetik daripada Wudhu' & Solat Menurut Mazhab Syafi'e, oleh Abu Ruwais al-Syubrawi]

No comments:

Post a Comment