Wednesday, August 3, 2011

PANDUAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

PANDUAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI MENURUT SUNNAH

PADA HARI PERTAMA

Pertama: Memberi nama yang baik, dan tidak disyariatkan adzan dan iqamah untuk bayi yang baru lahir, kerana hadis-hadis tentang masalah ini adalah lemah.

Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada yang menunjukkan pada hari pertama kelahirannya. Ini berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim.
Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud)

Kedua: Mentahnik

Antara sunnah yang perlu diamalkan terhadap bayi ialah `tahnik’, iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma. Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga merata. Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain.

Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh.


عَنْ أَبِى مُوْسَى أنَّهُ قَالَ: وُلِدَلِيْ غُلاَمٌ فَأتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمَّاهُ اِبْرَاهِيْمَ وَحَنَّكَهُ بِتَمْرةٍ، وَدَعَا لَهُ بِاْلَبَرَكَةِ، وَدَفَعَهُ إِليَّ

Terjemahan:

Daripada Abu Musa, katanya: Aku mendapat anak lelaki, lalu aku bawa dia kepada Nabi (sallallahu alayhi wasalam) dan baginda namakan dia dengan Ibrahim dan mentahnikkannya dengan sebijik kurma. Imam Bukhari menambahkan: Nabi (sallallahu alayhi wasalam) doakan untuknya keberkatan, kemudia baginda serahkan dia kembali kepadaku”.(HR Bukhari dan Muslim)

Ketiga: Memberi ucap selamat/tahniah dan mendo'akan keberkahan

Antara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah setiap muslim dianjurkan memberi ucap selamat dengan mendoakan kesejahteraan anak dan ibubapanya, serta turut sama bergembira.

Firman Allah Taala: Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang dia sedang berdiri sembahyang di mihrab (katanya), "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya.. (3:39)
Ibnu Qaiyim al-Jauziyah menyebutkan di dalam Tuhfatul Maudud, dari Abu Bakar al-Munzir, bahwa dia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Basri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya ada seorang lelaki yang baru dianugerahi seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak itu: "Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda." Hasan al-Basri berkata kepada lelaki itu: "Apakah kamu tahu, apakah dia seorang penunggang kuda atau penunggang keledai?" Lelaki itu bertanya: "Jadi bagaimana cara kami mengucapkannya?" Hasan al-Basri menjawab: "Katakanlah, semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga ia mencapai masa balighnya."

PADA HARI KETUJUH

Pertama: Memberi nama kalau kita tidak menamakannya pada hari pertama
Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)
Dapat disimpulkan dari hadis-hadis berkenaan bahawa Islam memberi kelonggaran terhadap tempoh pemberian nama anak. Boleh pada hari pertama, boleh dilewatkan pada hari ketiga, dan boleh ada hari ketujuh.

Anak-anak itu mesti diberikan nama yang baik, seperti ‘Abdullah atau ‘Abdul Raman.
Adalah diriwayatkan dari Naafi’ yang Ibn ‘Umar berkata: Rasulullah (SAW) bersabda : “Nama-nama kamu yang disukai Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdul Raman.”
(Riwayat Muslim, 2132)

Adalah mustahabb (digalakkan) untuk memberi anak-anak itu nama Nabi:
Telah diriwayatkan Anas ibn Maalik bersabda: Rasulullah (SAW) bersabda: “Seorang anak telah dilahirkan kepada ku malam tadi dan aku memanggilnya dengan nama bapa ku Ibrahim.”Riwayat Muslim, 2315

Adalah mustahabb (digalakkan) untuk menamakan anak itu pada hari ke tujuh, tetapi tiada salah untuk menamakan nya pada hari kelahiran nya, sebab hadith yang dipetik diatas.

Telah diriwayatkan dari Samurah ibn Jundub yang Rasulullah (SAW) bersabda: “Setiap anak berada dalam tuntutan untuk ‘aqiqah nya yang sepatutnya disembelih untuknya pada hari ke tujuh, kepala nya harus dicukur dan dia diberi nama.
Diriwayatkan oleh Abu Daud, 2838; disahihkan oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami’, 4541

Ibn al-Qayyim berkata:
Tujuan memberi nama adalah untuk mengenal-pasti sesuatu itu, kerana jika sesuatu yang tiada nama maka susah untuk merujuk nya. Jadi dibenarkan untuk menamakan anak pada hari kelahirannya, dan dibenarkan untuk menangguhkan memberi nama hingga hari ketiga, atau sehingga hari ‘aqiqah, atau sebelum atau selepas itu. Hal ini adalah besar ruangnya” Tuhfat al-Mawlud, halaman 111

Kedua: Aqiqah dengan menyembelih kambing, memasaknya, dan membuat majelis kenduri.
Antara sunah menyambut kelahiran bayi ialah beraqiqah.

Hadis Rasulullah s.a.w.: Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Dari Aisyah dia berkata: Rasulullah bersabda: ‘Bayi laki-laki diaqiqahi dengan dua kambing yang sama dan bayi perempuan satu kambing.’ [Shahih, Hadits Riwayat Ahmad (2/31, 158, 251), Tirmidzi (1513), Ibnu Majah (3163), dengan sanad hasan]
Berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain bahawa aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi.

Ketiga: Mencukur rambut dan disedekahkan timbangan rambut itu dengan nilai perak
Antara sunnah menyambut kelahiran anak ialah mencukur kepada anak pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan perak seberat timbangan rambutnya itu.

Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan perkara ini, antaranya ialah:
Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)

Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan.

Pada hari ketujuh ini, sunat mencukur rambut bayi. Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, maksudnya: "Rasulullah saw telah menyuruh agar dicukur rambut Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua, lalu dicukur dan disedekahkan timbangan rambut itu dengan nilai perak."

Setelah rambut bayi itu dicukur, ianya tidak langsung dibuang. Sebaliknya, rambut itu ditimbang dengan perak, dan nilainya disedekahkan kepada fakir miskin. Apabila kita mencukur rambut bayi, rambut itu hendaklah dicukur semuanya. Bukan sekadar menggunting beberapa helai rambut ataupun dicukur sebahagiannya dan ditinggalkan sebahagiannya.

Contoh amalan adat yang wajib dijauhi adalah :

Adanya majlis kenduri yang diadakan Mengikut bagi upacara mencukur rambut. Pada majlis tersebut, bayi itu dibawa ke ruang tengah dan disambut dengan taburan beras kunyit yang bercampur dengan wang duit atau syiling. Tiga atau lima atau tujuh orang tetamu yang dihormati akan diminta memotong rambut bayi itu. Tetamu akan mengambil sejemput beras kunyit dan sejembut bertih lalu menaburkannya di keliling bayi; kemudian menyapukannya air tepung tawar ke bahagian rambut yang hendak dipotongnya lalu mengambil gunting dan memotong rambut bayi itu. Potongan rambut yang digunting tadi dimasukkan ke dalam mangkuk.

Biasanya didalam majlis kenduri tersebut ada bacaan maulid berzanji yang diadakan serentak dengan majlis mencukur rambut itu. Perkara ini menyalahi peraturan syariat.

Adapun perbuatan menabur beras kunyit, wang, bertih serta memasukkan potongan rambut itu ke dalam mangkuk atau kelapa muda adalah perbuatan khurafat.

Selain unsur pembaziran, perbuatan-perbuatan yang disebutkan di atas itu jelas tiada hubung-kait dengan anjuran Islam yang menggalakkan pencukuran rambut.

Keempat: Bersedekah kepada faqir miskin seberat timbangan rambut dengan
perak baik dengan peraknya atau dengan harganya (uangnya).

Permasalahan adzan dan iqamah di telinga bayi :

Apakah disyariatkan untuk adzan ditelinga bayi yang baru lahir?
Didalam kitab Ahkamul Maulud Fi Sunnatil Muthahharah edisi Indonesia Hukum Khusus Seputar Anak Dalam Sunnah Yang Suci, hal 31-36 Pustaka Al-Haura oleh
Salim bin Ali bin Rasyid Asy-Syubli Abu Zur’ah Muhammad bin Khalifah bin Muhammad Ar-Rabah dijelaskan bahawa tdk disunahkan adzan pada telinga bayi yg baru lahir, krn lemahnya hadits-hadits yg diriwayatkan dalam permasalahan ini.

Ada beberapa hadits yg diriwayatkan dalam masalah adzan pada telinga bayi ini, diantaranya :

Dari Abi Rafi maula Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam ia berkata : “Aku melihat Rasulullah mengumandangkan adzan di telinga Al-Hasan bin Ali dgn adzan shalat ketika Fathimah Radhiyallahu ‘anha melahirkannya”.
Dikeluarkan oleh Abu Daud (5105), At-Tirmidzi (4/1514), Al-Baihaqi dalam Al-Kubra (9/300) dan Asy-Syu’ab (6/389-390), Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (931-2578) dan Ad-Du’a karya beliau (2/944), Ahmad (6/9-391-392), Abdurrazzaq (7986), Ath-Thayalisi (970), Al-Hakim (3/179), Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (11/273). Berkata Al-Hakim : “Shahih isnad dan Al-Bukhari dan Muslim tdk mengeluarkannya”. Ad-Dzahabi mengkritik penilaian Al-Hakim dan berkata : “Aku katakan : Ashim Dla’if”. Berkata At-Tirmidzi : “Hadits ini hasan shahih”.
Semua dari jalan Sufyan At-Tsauri dari Ashim bin Ubaidillah dari Ubaidillah bin Abi Rafi dari bapaknya.

Dan dikeluarkan oleh Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (926, 2579) dan Al-Haitsami meriwayatkan dalam Majma’ Zawaid (4/60) dari jalan Hammad bin Syua’ib dari Ashim bin Ubaidillah dari Ali bin Al-Husain dari Abi Rafi dgn tambahan.
“Arti : Beliau adzan pada telinga Al-Hasan dan Al-Husain”.

Rawi berkata pada akhir : “Dan Nabi memerintahkan mereka beruntuk demikian”.
Dalam isnad ini ada Hammad bin Syuaib, ia dilemahkan oleh Ibnu Main. Berkata Al-Bukhari tentang : “Mungkarul hadits”. Dan pada tempat lain Bukhari berkata : Mereka meninggalkan haditsnya”.

Berkata Al-Haitsami dalam Al-Majma (4/60) : “Dalam sanad ada Hammad bin Syua’ib dan ia lemah sekali”.

Kami katakan di dalam sanad juga ada Ashim bin Ubaidillah ia lemah, dan Hammad sendiri telah menyelisihi Sufyan At-Tsauri secara sanad dan matan, di mana ia meriwayatkan dari Ashim dan Ali bin Al-Husain dari Abi Rafi dgn mengganti Ubaidillah bin Abi Rafi dgn Ali bin Al-Husain dan ia menambahkan lafadz : “Al-Husain” dan perintah adzan. Hammad ini termasuk orang yg tdk diterima hadits jika ia bersendiri dalam meriwayatkan. Dengan begitu diketahui kelemahan haditsnya, bagaimana tdk sedangkan ia telah menyelisihi orang yg lebih tsiqah dari dan lebih kuat dlabt yaitu Ats-Tsauri. Karena itulah hadits Hammad ini mungkar, pertama dinisbatkan kelemahan dan kedua krn ia menyelisihi rawi yg tsiqah.
Adapun jalan yg pertama yakni jalan Sufyan maka di dalam sanad ada Ashim bin Ubaidillah. Berkata Ibnu Hajar dalam At-Taqrib : “Ia Dla’if”, dan Ibnu Hajar menyebutkan dalam At-Tahdzib (5/42) bahwa Syu’bah berkata : “Seandai dikatakan kpd Ashim : Siapa yg membangun masjid Bashrah niscaya ia berkata : ‘Fulan dari Fulan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa sa beliau membagunnya”.

Berkata Adz-Dzahabi dalam Al-Mizan (2/354) : “Telah berkata Abu Zur’ah dan Abu Hatim : ‘Mungkarul Hadits’. Bekata Ad-Daruquthni : ‘Ia ditinggalkan dan diabaikan’. Kemudian Daruquthni membawakan untuk hadits Abi Rafi bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam adzan pada telinga Al-Hasan dan Al-Husain” (selesai nukilan dari Al-Mizan).

Maka dgn demikian hadits ini dha’if krn perputaran pada Ashim dan anda telah mengetahui keadaannya.

Ibnul Qayyim telah menyebutkan hadits Abu Rafi’ dalam kitab Tuhfatul Wadud (17), kemudian beliau membawakan dua hadits lagi sebagai syahid bagi hadits Abu Rafi’. Salah satu dari Ibnu Abbas dan yg lain dari Al-Husain bin Ali. Beliau memuntuk satu bab khusus dgn judul “Sunnah adzan pada telinga bayi”. Namun kita lihat keadaan dua hadits yg menjadi syahid tersebut.

Hadits Ibnu Abbas dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman (6/8620) dan Muhammad bin Yunus dari Al-Hasan bin Amr bin Saif As-Sadusi ia berkata : Telah menceritakan pada kami Al-Qasim bin Muthib dari Manshur bin Shafih dari Abu Ma’bad dari Ibnu Abbas.

“Arti : Sesungguh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam adzan pada telinga Al-Hasan bin Ali pada hari dilahirkannya. Beliau adzan pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri”.

Kemudian Al-Baihaqi mengatakan pada isnad ada kelemahan.
Kami katakan : Bahkan hadits maudhu’ (palsu) dan cacat (ilat) ialah Al-Hasan bin Amr ini. berkata tentang Al-Hafidh dalam At-Taqrib : “Matruk”.
Berkata Abu Hatim dalam Al-Jarh wa Ta’dil 91/2/26) tarjumah no. 109 :’Aku mendengar ayahku berkata : Kami melihat ia di Bashrah dan kami tdk menulis hadits darinya, ia ditinggalkan hadits (matrukul hadits)”.

Berkata Ad-Dzahabi dalam Al-Mizan : “Ibnul Madini mendustakan dan berkata Bukhari ia pendusta (kadzdzab) dan berkata Ar-Razi ia matruk.
Sebagaimana telah dimaklumi dari kaidah-kaidah Musthalatul Hadits bahwa hadits yg dla’if tdk akan naik ke derajat shahih atau hasan kecuali jika hadits tersebut datang dari jalan lain dgn syarat tdk ada pada jalan yg selain itu (jalan yg akan dijadikan pendukung bagi hadits yg lemah, -pent) rawi yg sangat lemah lebih-lebih rawi yg pendusta atau matruk. Bila pada jalan lain keadaan demikian (ada rawi yg sangat lemah atau pendusta atau matruk, -pent) maka hadits yg mau dikuatkan itu tetap lemah dan tdk dpt naik ke derajat yg bisa dipakai untuk berdalil dgnnya. Pembahasan haditsiyah menunjukkan bahwa hadits Ibnu Abbas tdk pantas menjadi syahid bagi hadits Abu Rafi maka hadits Abu Rafi tetap Dla’if, sedangkan hadits Ibnu Abbas maudlu.

Adapun hadits Al-Husain bin Ali ialah dari riwayat Yahya bin Al-Ala dari Marwan bin Salim dari Thalhah bin Ubaidillah dari Al-Husain bin Ali ia berkata : bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Siapa yg kelahiran anak lalu ia mengadzankan pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri maka Ummu Shibyan (jin yg suka mengganggu anak kecil, -pent) tdk akan membahayakannya”.

Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman (6/390) dan Ibnu Sunni dalam Amalul Yaum wal Lailah (hadits 623) dan Al-Haitsami membawakan dalam Majma’ Zawaid (4/59) dan ia berkata : Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan dalam sanad ada Marwan bin Salim Al-Ghifari, ia matruk”.

Kami katakan hadits ini diriwayatkan Abu Ya’la dgn nomor (6780).
Berkata Muhaqqiq : “Isnad rusak dan Yahya bin Al-Ala tertuduh memalsukan hadits”. Kemudian ia berkata : ‘Sebagaimana hadits Ibnu Abbas menjadi syahid bagi hadits Abi Rafi, Ibnul Qayyim menyebutkan dalam Tuhfatul Wadud (hal.16) dan dikelurkan oleh Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab dan dgn menjadi kuatlah hadits Abi Rafi. Bisa jadi dgn alasan ini At-Tirmidzi berkata : ‘Hadits hasan shahih’, yakni shahih lighairihi. Wallahu a’lam (12/151-152).

Kami katakan : tdklah perkara itu sebagaimana yg ia katakan krn hadits Ibnu Abbas pada sanad ada rawi yg pendusta dan tdk pantas menjadi syahid terhadap hadist Abu Rafi sebagaimana telah lewat penjelasannya, Wallahu a’lam.
Sedangkan haidts Al-Husain bin Ali ini ialah palsu, pada sanad ada Yahya bin Al-Ala dan Marwan bin Salim kedua suka memalsukan hadits sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Ad-Dlaifah (321) dan Albani membawakan hadits Ibnu Abbas dalam Ad-Dlaifah nomor (6121). Inilah yg ditunjukkan oleh pembahasan ilmiah yg benar. Dengan demikian hadits Abu Rafi tetap lemah krn hadits ini sebagaimana kata Al-Hafidh Ibnu Hajar dalam At-Talkhish (4/149) : “Perputaran hadist ini pada Ashim bin Ubaidillah dan ia Dla’if.

Syaikh Al-Albani telah membawakan hadits Abu Rafi dalam Shahih Sunan Tirmidzi no. (1224) dan Shahih Sunan Abi Daud no (4258), beliau berkata : “Hadits hasan”. Dan dalam Al-Irwa (4/401) beliau menyatakan : Hadits ini Hasan Isya Allah”.
Dalam Adl-Dla’ifah (1/493) Syaikh Al-Albani berkata dalam keadaan melemahkan hadits Abu Rafi’ ini : “At-Tirmidzi telah meriwayatkan dgn sanad yg lemah dari Abu Rafi, ia berkata :
“Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam adzan dgn adzan shalat pada telinga Al-Husain bin Ali ketika ia baru dilahirkan oleh ibu Fathimah”.
Berkata At-Timidzi : “Hadits shahih (dan diamalkan)”.

Kemudian berkata Syaikh Al-Albani : “Mungkin penguatan hadits Abu Rafi dgn ada hadits Ibnu Abbas”. (Kemudian beliau menyebutkannya) Dikelurkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman.

Aku (yakni Al-Albani) katakan : “Mudah-mudahan isnad hadits Ibnu Abbas ini lebih baik daipada isnad hadits Al-Hasan (yg benar hadits Al-Husain yakni hadits yg ketiga pada kami, -penulis) dari sisi hadits ini pantas sebagai syahid terhadap hadits Abu Rafi, wallahu ‘alam. Maka jika demikian hadits ini sebagai syahid untuk masalah adzan (pada telinga bayi) krn masalah ini yg disebutkan dalam hadits Abu Rafi’, adapaun iqamah maka hal ini gharib, wallahu a’alam.
Kemudian Syaikh Al-Albani berkata dalam Al-Irwa (4/401) : ‘Aku katakana hadits ini (hadits Abu Rafi) juga telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas degan sanad yg lemah. Aku menyebutkan seperti syahid terhadap hadits ini ketika berbicara tentang hadits yg akan datang setelah dalam Silsilah Al-Hadits Adl-Dla’ifah no (321) dan aku berharap di sana ia dpt menjadi syahid untuk hadits ini, wallahu a’alam.
Syaikh Al-Albani kemudian dalam Adl-Dlaifah (cetakan Maktabah Al-Ma’arif) (1/494) no. 321 menyatakan : “Aku katakan sekarang bahwa hadits Ibnu Abbas tdk pantas sebagai syahid krn pada sanad ada rawi yg pendusta dan matruk. Maka Aku heran dgn Al-Baihaqi kemudian Ibnul Qayyim kenapa kedua merasa cukup atas pendlaifannya. Hingga hampir-hampir aku memastikan pantas (hadits Ibnu Abbas) sebagai syahid. Aku memandang termasuk kewajiban untuk memperingatkan hal tersebut dan takhrij akan disebutkan kemudian (61121)” (selesai ucapan Syaikh).

Sebagai akhir, kami telah menyebutkan masalah ini secara panjang lebar untuk anda wahai saudara pembaca dan kami memuji Allah yg telah memberi petunjuk pada Syaikh Al-Albani kpd kebenaran dan memberi ilham padanya. Maka dgn demikian wajib untuk memperingatkan para penuntut ilmu dan orang-orang yg mengamalkan sunnah yg shahihah yg tsabit dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada setiap tempat bahwa yg pegangan bagi hadits Abu Rafi’ yg lemah ialah sebagaimana pada akhir penelitian Syaikh Al-Albani dalam Ad-Dlaifah berhenti padanya. Dan inilah yg ada di hadapan anda. Dan hadits ini tdklah shahih seperti yg sebelum beliau sebutkan dalam Shahih Sunan Tirmidzi dan Shahih Sunan Abu Daud serta Irwaul Ghalil, wallahu a’lam.

Kemudian kami dptkan syahid lain dalam Manaqib Imam Ali oleh Ali bin Muhammad Al-Jalabi yg masyhur dgn Ibnul Maghazil, tapi ia juga tdk pantas sebagai syahid krn dalam sanad ada rawi yg pendusta.

No comments:

Post a Comment