Monday, February 13, 2012

DASAR UTAMA AJARAN ISLAM

DASAR UTAMA AJARAN ISLAM

1, AQIDAH
Akidah iaitu konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah swt, para rasul, malaikat, kitab-kitab, hari akhirat dan qadha dan qadar.
Menerima Islam sebagai ad-din bererti berpegang teguh kepada aqidah yang benar yang menjadi teras dalam kedudukan Islam sebagai suatu binaan yang kukuh.

Perkataan aqidah merupakan perkataan bahasa Arab yang bererti ikatan atau simpulan. Menurut istilah aqidah difahami sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa.

Aqidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kukuh, yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci (Mohd. Sulaiman Yasin. 1984: 197) seperti yang terdapat dalam ajaran Islam. Nilai-nilai mutlak yang dimaksudkan ialah keimanan dan keyakinan kepada perkara-perkara ghaibiyyat yang berpaksikan keyakinan terhadap Allah s.w.t yang Esa. Esa dan sudut Uluhiyyah dan Rububiyyah-Nya serta esa pada al- Asma dan as-Sifat.
Terdapat enam elemen yang menjadi asas aqidah Islam :

(i) Keimanan kepada Allah s.w.t sebagai yang Maha Mutlak kekuasaanya di mana setiap muslim perlu yakin dan menyerah diri hanya kepada-Nya.
(ii) Keimanan kepada malaikat yang merupakan makhluk mulia yang dijadikan Allah s.w.t sebagai lambang keagongan dan kehebatan kekuasaan-Nya.
(iii) Keimanan kepada Kitab yang ditucunkan oleh Allah s.w.t dengan menjadikannya panduan dalam berbagai aspek kehidupan.
(iv) Keimanan kepada para Rasul yang diutuskan oleh Allah sebagai utusan yang menyampaikan risalah Allah s.w.t.
(v) Keimanan tentang kewujudan hari Akhirat sebagai matlamat akhir kehidupan.
(vi)Keimanan kepada Qada dan Qadar sebagai hak mutlak Allah s.w.t.

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat meraba-raba mencari tuhan. Ada yang menyembah berhala, pokok, matahari, sungai, manusia dan sebagainya. Ada juga manusia yang mengaku menjadi tuhan seperti Firaun dan Haman. Cara beribadat juga berbagai-bagai dan semuanya batil. Ada yang langsung tiada agama. Berhala yang disembah bermacam-macam keadaan dan bentuk serta merupakan hasil ciptaan dan buatan mereka sendiri. Namun, tidak ada dikalangan Tuhan yang mereka sembah itu yang dapat memberikan apa-apa kebaikan atau kemudaratan. . . . Kenyataan ini memberikan gambaran bahawa beraqidah adalah fitrah semulajadi manusia dan Allah s.w.t sahaja yang mampu memenuhi kehendak fitrah makhluk-Nya.

Nama-nama bagi Aqidah islamiah :
- Al-Tauhid : Kerana ia juga tertumpu kepada perbincangan tentang keesaan Allah, samada dari sudut al-uluhiyyah (keesaan), al-Rububiyyah (kekuasaan), al-asma’ Wa al-Sifat (nama dan sifat). Tauhid merupakan perbincangan yang paling agung dalam ilmu aqidah.
- Al-Sunnah : Beerti jalan. Dinamakan aqidah salaf itu sebagai al-Sunnah, kerana mereka mengikuti jalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat.
- Ushuluddin : Merangkumi perkara-perkara tunjang dalam islam seperti rukun islam, rukun iman, masalah-masalah yang qath’I (pasti), dan ijma’ (kesepakatan) al-salaf al-Soleh.
- Al-Fiqh al-Akbar : Sama seperti Ushuluddin. Dan berlawanan dengan al-Fiqh al-asghor di mana ianya berkaitan dengan hukum-hakam yang terhasil dari ijtihad.
- Al-Syariah : Iaitu sesuatu yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan sebesar-besar perkara yang disyariatkan adalah aqidah.
- Al-Iman : Merangkumi semua perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah.

2, SYARIAT
Syariat berupa hukum-hukum perundangan Islam yang bertujuan mengatur kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara; sama ada berupa hukum-hukum yang berkaitan dengan Taharah, solat, zakat, puasa, dan haji. Berkaitan dengan muamalat dalam urusan-urusan peribadi seperti munakahat (perkahwinan), warathah (perwarisan) dan juga yang berkaitan dengan urusan am seperti at- Tijarah (perniagaan), al-jinayah (jenayah), al-lmarah atau al-khilafah (pemerintahan), perhubungan antarabangsa dan lain-lain.

Syariat dalam Islam sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. la bersumberkan empat perkara, iaitu: al-Quran, al-Hadith, , Ijmak ulama dan Qiyas. Hak menentukan hukum adalah Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w sementara ulama dibenarkan berijtihad dalam perkara-perkara yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan al-Hadith secara jelas. Islam melarang keras terhadap sesiapa yang cuba merampas hak Allah s.w.t dalam menentukan hukum.

Allah s.w.t mengutuskan Rasulullah s.a.w dengan bimbingan al-Quran untuk menjadi panduan hidup manusia di mana Allah s.w.t tidak menzalimi manusia dan makhluk-Nya tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri sendiri. Peraturan dan perundangan Islam adalah seimbang dan mudah dalam semua perkara. Islam telah menyediakan berbagai kemudahan dan pilihan dalam menyelesaikan segala masaiah.
Syariah terbahagi kepada ibadah dan muamalat. Ibadah adalah peraturan untuk melakukan ketaatan kepada Allah, meliputi juga melakukan kebaikan kepada sesama manusia dan alam. Adapun muamalat adalah Peraturan perhubungan sesama manusia yang meliputi aspek akhlak, ekonomi, dan kemasyarakatan.

Dari sudut bahasa, perkataan ibadah merupakan perkataan bahasa Arab yang berasal daripada kata dasar ‘abada, ya’budu, ‘ibadatan. Perkatan tersebut merujuk kepada maksud merendahkan diri, tunduk, taat, dan patuh.
Dari sudut istilah adalah : Seluruh perkara yang dicintai dan diredai oleh Allah s.w.t baik itu ucapan dan perbuatan, maupun secara zahir dan bathin.

Ibadah terbahagi kepada dua kategori, iaitu :
1. Ibadah umum.
Adalah merupakan ibadah yang tidak ditentukan sifat, syarat, dan peraturannya secara khusus dalam al-Qur’an ataupun as-Sunnah. Antara contoh ibadah umum adalah makan minum dan tidur.
2.Ibadah khusus.
Adalah merupakan ibadah yang telah ditentukan syarat serta peraturannya oleh al-Qur’an atau al-Sunnah. Contohnya solat, puasa dan zakat.

CIRI-CIRI IBADAH
1. Manusia berkomunikasi dan berhubungan secara langsung dengan Allah s.w.t tanpa memerlukan sebarang perantara.
2. Amalan tersebut boleh dilakukan dimana-mana dan pada bila-bila masa melalui aktiviti yang diizinkan oleh syarak.
3. Meliputi segenap aktiviti kehidupan manusia berdasarkan syarat-syarat yang telah ditentukan.

SYARAT-SYARAT IBADAH
Setiap tindakan atau aktiviti diterima sebagai ibadah sekiranya memenuhi beberapa syarat seperti berikut :

1. Beriman kepada Allah s.w.t.
Beriman kepada Allah s.w.t maksudnya dia tidak mengamalkan amalan – amalan yang tidak sukai-Nya seperti amalan kufur dan syirik kepada Allah s.w.t.
2. Ikhlas.
Tujuannya dalam beribadah hanya untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t sahaja.
3. Ittiba’ ( mencontohi Sunnah Rasulullah s.a.w )
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w dan seburuk-buruk perkara adaalah perkara baharu yang diadak-adakan. Setiap perkara baharu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” HR. Bukhari dan Muslim.


3, AKHLAK
Akhlak adalah peraturan –peraturan berhubung nilai baik dan buruk antara manusia sesama manusia dan antara manusia dengan alam dan Tuhan.
Akhlak merupakan perkataan bahasa Arab yang bererti tingkahlaku, perangai atau keperibadian. Menurut al-Ghazali, akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir sesuatu perbuatan atau tingkahlaku. Perbuatan atau tingkahlaku tersebut terjadi dengan spontan hasil dari pancaran rohani.
Islam datang untuk membetulkan keadaan akhlak manusia. Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk menyeru manusia membuang segala sifat kemungkaran yang berpunca daripada nafsu yang jahat dan godaan syaitan kepada sifat dan akhlak yang terpuji dan dipandang mulia oleh Allah s.w.t.

Sabda baginda s.a.w bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia" (riwayat Imam Malik)

Islam datang untuk menyucikan hati-hati manusia, menanam benih-benih nur iman dan hidayah. Kalau dahulu sebelum datangnya Islam, masyarakat hidup porak peranda. Kekuatan fizikal dan kabilah menjadi asas kepada penguasaan terhadap kaum yang lain. Manusia hidup dalam kesesatan yang nyata, boleh dikatakan sama dengan haiwan malah lebih teruk daripada haiwan. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t

"Dan Rasulullah s.a.w. menyucikan mereka dan mengajar mereka al-Quran serta hikmat yang selama ini mereka dalam kesesatan". (Surah Ali Imran ayat: 164)

Dalam hubungan sosial, Islam meletakkan asas-asas kukuh dalam pergaulan hidup manusia seharian. Batasan-batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan telah digariskan oleh Islam agar manusia tidak melakukan dosa dan melanggar syariat hukum Allah s.w.t.

Sudah jelas kepada kita. sekiranya pergaulan hidup kita dipengaruhi oleh budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam contohnya cara hidup barat yang sesat pasti masyarakat yang mengikutnya menjadi seperti mereka yang dukuti baik cara berpakaian, cara bercakap, adab dan tingkahlaku, muamalat dan seumpamanya.

inilah yang terjadi kepada generasi kita hari ini yang terpengaruh dengan cara hidup barat yang liar yang tidak diharuskan oleh Islam. Masalah gejala sosial seperti zina, bohsia, budaya lepak, anak luar nikah, masalah dadah, arak, judi dan sebagainya adalah berpunca daripada sikap tidak ingin menjadikan Islam sebagai cara hidup serta tiada bimbingan menurut cara hidup Islam.

Masyarakat Madinah yang diasaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menjadi contoh masyarakat yang tinggi dan mulia akhlaknya. Mereka hidup dalam lingkungan roh Islam dan menjadikan Islam cara hidup. Kehidupan mereka aman damai dan mendapat perlindungan Allah s.w.t. Tidak wujud perkara-perkara yang menyalahi peraturan Islam. Sekiranya terdapat perkara yang mungkar terus ditegah dan dijatuhkan hukuman dengan tujuan mendapat keredaan dan keampunan Allah s.w.t di akhirat kelak.
Firman Allah s.w.t " Dan di antara mereka ada yang berkata, Wahai Tuahanku kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari siksaan api neraka. (Surah al- Baqarah ayat:201)

Masyarakat yang hidup tanpa panduan akhlak Islam tiada nilai-nilai murni, tiada kesejahteraan hidup, tiada jaminan untuk mengecap kebahagian, hidup dalam ketakutan, hum hara, maksiat berleluasa dan sebagainya. Golongan kaya

berkuasa, yang miskin dijadikan hamba abdi, yang kuat menindas yang lemah, yang berkuasa melakukan kejahatan dibiarkan tetapi yang miskin melakukan kejahatan disiksa. Tidak ada panduan hidup yang hakiki dan setiap puak ada undang-undang tersendiri yang boleh dipinda-pinda mengikut hawa nafsu mereka.

Islam mengatur hidup manusia dengan penuh bijaksana dan penuh keadilan, mengajar manusia nilai-nilai mulia, mengharamkan penindasan, haramkan maksiat, haramkan syirik kepada Allah s.w.t, menyarankan hidup bersatu padu. tolong menolong dan mewujudkan masyarakat madani yang murni yang mendapat hidayah Allah s.w.t. Dan adalah menjadi matlamat utama Ipengutusan Rasulullah s.a.w agar manusia berakhlak mulia denga nilai-nilai akhlak mahmudah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnaya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak mulia. "

Islam adalah sistem hidup yang mempunyai pertalian di antara Pencipta dengan makhluk dan juga pertalian antara sesama makhluk. Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah ciptaan Allah s.w.t yang mencipta manusia dan makhluk yang lain. Oleh yang demikian ajaran Islam mengajak manusia beriman kepada Allah s.w.t. sebagai Pencipta Yang Maha Mutlak. Hanya Allah s.w.t Tuhan yang berhak disembah. Islam menyeru manusia mengenali Tuhan Yang Maha Perkasa, Maha Esa, Maha Bijaksana dan mengabdikan seluruh jiwa dan aspek hidup manusia kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:
"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada Ku. " (Surah al-Zariyat ayat: 56)
Apabila Allah s.w.t mencipta manusia sudah pasti yang menciptakan manusia itu tinggi kuasa-Nya daripada makhluk. Sebagai makhluk sememangnya manusia bersifat lemah dan sentiasa memerlukan hidayah, bimbingan dan pertolongan Allah s.w.t. Manusia juga sebenarnya yakin dan percaya tanpa ragu-ragu lagi bahawa Allah s.w.t yang mengatur kehidupan, memberi rezeki, mentadbir alam dan segala-galanya milik mutlak-Nya. Firman Allah s.w.t:

"Hanya Engkau jualah ya Allah yang kami sembah dan Engkau jualah ya Allah tempat kami memohon pertolongan. " (Surah al-Fatihah ayat:5)

Selain hubungan manusia dengan Allah s.w.t, Islam juga menggariskan peraturan hidup sesama manusia dalam rumahtangga, masyarakat dan negara. Islam bukan agama individu atau sekumpulan manusia. bahkan Islam adalah peraturan hidup untuk semua manusia. Untuk sesama manusia Islam mewujudkan sistem hidup yang praktikal di mana Islam meminta umatnya mengenali sesama sendiri. eratkan hubungan silaturrahim, lahirkan kasih sayang, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran sebagaimana firman- Nya:

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang diutuskan, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah S.W.T. " (Surah ali-lmran ay at: 110)

Sabda Rasulullah s.a.w: " Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia kasih dirinya. "
Daripada firman Allah s.w.t. dan hadith Rasulullah s.a.w. di atas, dapat difahami bahawa umat Islam itu bersaudara dan terdapat hak serta tanggungjawab sesama sendiri. Ini adalah kerana Islam mahu semua umatnya beriman kepada Allah s.w.t Tuhan yang berhak disembah. Ini dapat dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w yang berusaha menyampaikan cara hidup Islam kepada manusia agar manusia tidak berada dalam kekufuran dan kejahilan. Apabila seseorang itu beriman kepada Allah s.w.t sudah pasti dia tidak ingin melihat saudaranya yang lain teraba-raba dalam kesesatan dan keindahan rahmat Allah s.w.t di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat dapat sama-sama dinikmati.

Dalam apa sahaja aspek kehidupan manusia, Islam tidak membebankan kemampuan manusia malah apa yang disyariatkan adalah untuk memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia dan mendapat keredaan Allah s.w.t. Tegahan yang terdapat dalam ajaran Islam adalah semata-mata untuk mencegah keburukan dan kemudaratan. Misalnya Islam mengharamkan riba, judi, zina dan seumpamanya kerana perbuatan tersebut mendatangkan keburukan kepada keturunan manusia, tingkahlaku manusia dan hubungan sesama manusia.

PENUTUP
Penaklukan dan penguasaan penjajah-penjajah Barat ke atas watan umat Islam telah menimbulkan fenomena baru kepada umat Islam dalam menanggapi persoalan ad-Din yang mereka anuti, iaitu Islam. Pengetahuan dan ajaran hasil pengaruh pemikiran umat Kristian yang memisahkan antara agama dengan dunia telah memberi kesan yang amat dahsyat ke atas aqidah dan pemikiran umat Islam kini (Nik Mohd Rosdi, 1995:1).

Antara fenomena yang dapat dilihat:

(i) Kemunculan peribadi-peribadi yang bernama Islam dan mengaku muslim tetapi cara berpakaian, cara makan dan minum, cara bercakap, cara berjalan, cara bergaul, dan sebagainya tidak melambangkan Islam.
(u) Budaya Barat dipuja sedangkan sunnah Rasulullah s.a.w diketepikan.
(ui) Amalan ibadah difahami hanya dalam skop yang sempit.
(iv) Melakukan ibadah khusus seperti puasa dan haji sedangkan dalam masa yang sama mengamalkan riba dan rasuah dalam urusan ekonomi, politik dan sebagainya.
(v) Wujudnya jurang perbezaan antara golongan agama dengan golongan profesional.
(vi) Ramai di kalangan masyarakat hari ini menghadapi krisis yang hebat mengenai agama. Apakah agama merupakan salah satu dari kenyataan hidup ? Apakah agama merupakan satu keperluan manusia? Atau agama hanya merupakan satu kecenderungan peribadi semata-mata dengan erti kata siapa suka boleh beragama dan siapa tidak suka boleh boleh jadi atheis kerana kedua-dua pendirian itu sama sahaja?(Muhammad Qutb: 1978: 3).

Kesimpulannya, gejala keruntuhan aqidah dan akhlak seperti di atas adalah berpunca daripada ketidak fahaman umat Islam terhadap pengertian Islam itu sendiri. Oleh itu wajarlah pengertian Islam sebagai ad-din difahami dengan pengertian yang sebenarnya dan akhirnya maruah Islam dan umatnya dapat kembali dipertahankan.

No comments:

Post a Comment