Monday, February 13, 2012

PEMIKIRAN IMAM IBN TAYMIYYAH DAN MUHAMMAD ABDUL WAHAB: SATU ANALISIS PEBANDINGAN

SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN II
(PEMIKIR II

“Al-Asha`irah dan Cabaran Mutakhir”
20-22 Julai 2010

Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya Kuala Lumpur

PEMIKIRAN IMAM IBN TAYMIYYAH DAN MUHAMMAD ABDUL WAHAB: SATU ANALISIS PEBANDINGAN

Dr. Abdull Rahman Mahmood

Engku Ibrahim Engku Wok Zin
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010

1
PEMIKIRAN IMAM IBN TAYMIYYAH DAN MUHAMMAD ABDUL WAHAB: SATU ANALISIS PEBANDINGAN
Oleh:

Dr. Abdull Rahman Mahmood
Engku Ibrahim Engku Wok Zin

ABSTRAK

Imam Ibn Taymiyyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab merupakan dua tokoh besar yang telah menimbulkan kontroversi dalam masyarakat umat Islam pada zaman mereka sehingga ke hari ini. Syeikh Muhammad Abdul Wahab merupakan tokoh yang merialisasikan aliran pemikiran yang pernah dikemukan oleh Imam Ibn Taymiyyah pada abad ke tujuh. Dewasa ini, pendokong aliran pemikiran ini dikenali sebagai golongan Salafiyyah dan aliran ini masih berkembang diserata pelusuk dunia sehingga tersebar juga di Malaysia. Kajian ini berusaha untuk mengkaji sejauh mana persamaan dan perbezaan antara pemikiran Imam Ibn Taymiyyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab dalam menangani isu yang berlaku dikalangan umat Islam khususnya isu-isu yang berkaitan dengan akidah. Kajian ini mengunakan metode kualitatif dengan memberikan penekanan kepada sudut anlisis perbandingan antara dua tokoh yang dikaji. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa antara kedua tokoh ini terdapat beberapa sudut perbezaan antaranya pemikiran Ibn Taymiyyah lebih menjurus kepada teori sementara pemikiran Syeikh Abdul Wahab menjurus kepada teori dan amali.

PENGENALAN

Imam Ibn Taymiyyah yang lahir pada abad ketujuh Hirah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab yang lahir pada abad ke dua belas Hijrah merupakan pengasas kepada gerakan Salafiyyah yang tersebar sehingga ke hari ini. Kemunculan dua tokoh ini telah melahirkan satu pertembungan pemikiran yang hebat dalam masyarakat umat Islam. Ada sebilangan umat Islam yang melampau dan keterlauan menganggap bahawa kehebatan dua tokoh ini melebihi tokoh-tokoh ulama fikah seperti Imam al-Shafie, Imam Malik, Imam Abu hanifah dan lain-lain.

 Kertas kerja ini dibentangkan di dalam Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II, anjuran Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 20-22hb. Julai 2010.

 Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor. Email: abrm@ukm.my
 Pensyarah Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
2
lain menganggap kedua tokoh ini sebagai tokoh yang tidak mencapai tahap mujtahid dan ada yang menganggap mereka sebagai golongan yang sesat dan terkeluar dari agama. (Abu Zuhrah t.th.: 5).

Ekoran daripada perselisihan terhadap dua tokoh ini, masyarakat umat Islam juga berselisih pendapat menganai kedudukan gerakan Salafiyah yang dikaitkan dengan mereka. Ada yang menerima gerakan ini secara keseluruhannya sebagai satu akidah ulama salaf yang wajib diikuti oleh seluruh umat Islam sehingga aliran lain dianggap salah dan tidak dibenarkan untuk disebar kepada umat Islam. Sementara sebilangan umat Islam yang lain mengangap gerakan Salafiyyah ini sebagai satu aliran bidah yang sesat dan perlu dijauhi.

Sungguhpun kedua tokoh ini merupakan pengasas kepada gerakan Salafiyyah namun, kedua tokoh ini wujud dalam tempoh masa yang berlainan dan persekitaran politik yang berbeza. Oleh itu kertas kerja ini akan berusaha untuk meneliti pemikiran kedua tokoh ini dengan menumpukan kepada analisis perbandingan untuk melihat titik persamaan dan perbezaan antara kedua-dua pemikir ini.

IMAM IBN TAYMIYYAH

Beliau adalah Ahmad bin Abdul Halim Bin Abdul Salam dikenali dengan Ibn Taymiyyah, juga digelar dengan Abi al-Abbas. Dilahirkan pada bulan Rabiulawwal tahun 661 H di Bandar Harran yang menjadi pusat perkembangan ilmu falsafah pada zaman awal Islam. Nisbah nama beliau kepada Harran menunjukan bahawa beliau bukan dari keturunan Arab. Beliau memulakan kehidupan awal di Bandar Harran sehingga berusia tujuh tahun. Apabila kerajaan Islam jatuh ketangan tentera Tatar dan tentera Tatar menyerang Bandar Harran beliau dan keluarganya berhijrah ke Damsyik. Keluaraga Ibn Taymiyyah terkenal dengan kehebatan dalam bidang ilmu pengetahuan.(Abu Zahrah t.th:20).

Bapanya seorang ulama yang terkenal, sejak beliau tiba di Damsyik kehebatanya terserlah dan kemasyhurannya mula tersebar luas dikalangan masyarakat. Dinyatakan bahawa beliau mengajar hadis berdasarkan ingatannya tanpa melihat kepada buku. Kehebatan bapanya ini terserlah juga pada anaknya Imam Ibn Taymiyyah.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
3
Ibn Taymiyyah memulakan kehidupan remajanya dengan menghafaz al-Quran, hadis dan Bahasa Arab. Beliau juga mempelajari fikah mengikut Mazhab Hambali yang terdapat di Damsyik ketika itu. Kebanyakan penulis mengenai biodata Imam Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa beliau seorang yang sangat pintar.(Nassar1979: 637)
Menurut Dr. „Iwadullh Hijazi, (1992:186) bahawa Imam Ibn Taymiyyah sudah pasti mendengar dan melihat perselisihan antara golongan Asha‟irah yang mengunakan metode falsafah dan naqli menentang golongan Hanabilah pada waktu itu, sehingga mereka menuduh Hanabilah sebagai golongan yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk dan menjadikan Tuhan juga sebagai jisim.

Kesan daripada keadaan persekitaran ini menyebabkan Imam Ibn Taymiyyah menelusuri pelbagai jenis ilmu yang terdapat pada waktu itu seperti pandangan ahli falsafah dan pemikiran Muktazilah. Tujuan daripada pembelajaran ini adalah untuk menilai kedudukan semua ilmu ini dan memperkayakan ilmu pengetahuannya. Kebijksanaan beliau telah membantu beliau untuk menguasai semua ilmu ini dengan mudah dan mampu menyaingi ahli dalam setiap bidang. Imam Ibn Taymiyyah meninggal dunia pada tahun 728 H sewaktu berusia 67 tahun .( Hijazi,1992:186)

METODOLOGI IBN TAYMIYYAH

Metodologi Imam Ibn Taymiyyah secara keseluruhannya boleh dirumuskan kepada empat perkara:

1. Beliau sangat berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. Akal menurut beliau adalah untuk menyokong apa yang terdapat dalam al-Quran dan Sunnah. Jika belaku pertentangan antara akal dan nas maka perlu di dahulukan nas. Oleh itu beliau menentang golongan ahli falsafah dan muktazilah yang mendahulukan akal. (Abu Zuhrah t.th.:237-238)

2. Beliau tidak menerima kata-kata seseorang hanya kerana nama atau kemsyhurannya tanpa hujah dari al-Quran, Sunnah atau kata-kata sahabat. Oleh itu beliau berani menegaskan pandangan yang bertentangan daripada mazhab yang terdahulu atau apa yang dimaksudkan dengan membuka pintu ijtihad.( Hijazi 1992:190).
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
4
3. Dalam persoalan akidah beliau melihat umat Islam berpecah belah kepada beberap kelompok seperti Mutakallimin dan ahli falsafah. Hal ini yang menyebabkan kelemahan kepada umat Islam. Untuk menyatukan umat Islam maka mereka perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Oleh itu Ibn Taymiyyah mempelajari falsafah ilmu lain untuk meruntuhkan mereka dan menyatukan umat. (Nassar 1979: 637-639)

4. Beliau berfikiran bebas tanpa terikat dengan mazhab tertentu selain daripada al-Quran dan Sunnah dan pegangan ulama salaf. Sungguhpun begitu beliau banyak berpegang dengan pandangan Imam Ahmad Ibn Hambal dalam persoalan fikah kerana pandangan diambil dari al-Quran dan Sunnah. ( Hijazi 1992:190).

MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Ulama berselisih pendapat mengenai tarikh lahir dan tarikh wafat Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Pendapat yang masyhur menyataka beliau lahir di Uyainah pada tahun 1115 H bersamaan 1703 M. Beliau wafat pada tahun 1206 H/1792M. Menurut penulis sejarah mengenai Ulama Najd (al al-Shaikh 1974: 21) bahawa beliau berketurunan dari Kabilah Bani Tamim yang terkenal di Semenanjung Arab. Bapa dan datuknya merupakan ulama yang terkenal dan berpegang dengan mazhab Hambali. Pengikut Syeikh Muhammad Abdul Wahab menjelaskan bahawa beliau seorang yang bijak dan mendapat pendidikan awal dari kalangan keluarganya.Beliau menghafaz al-Quran sejak usia kanak-kana lagi.(Ibn Ghannam 1982:82)

Namun musuh-musuh beliau sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Zaini Dahlan (1986:66) menyatakan firasat mereka bahawa Syeikh Muhammad akan menjadi seorang yang akan membawa fitnah dan penyelewengan.

Menurut Hersi Muhammad (1996:36) yang menulis mengenai “Salafiyyah Wahabiyyah” bahawa perbazaan pendapat ulama mengenai Syaeikh Muhammad merujuk kepada dua keadaan yang berbeza. Pandangan pertama merujuk kepada zaman kanak-kanak dan perkembangan beliau. Sementara pandangan kedua merujuk kepada penadapt ulama setelah melihat gerakan yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahhab.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
5
METODOLOGI SYEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Menurut Syiekh Abu Zuhrah(1996:212) pada umumnya Syeikh Muhamad Abdul Wahab meneruskan pemikiran yang telah dibawa oleh Imam Ibn Taymiyyah. Oleh itu asas manhaj mereka adalah berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. Syeikh Muhamad Abdul Wahab menjelaskan menganai pegangannya (Al Butami 1395:41):

" الذي نعتقد وندين بو، وىو مذىب سلف الأمة وأئمتها من الصحابة
والتابعين، والتابعين لذم بإحسان من الأئمة الأربعة وأصحابهم رضي الله عنهم.
وىو الإيمان بآيات الصفات وأحاديثها، والإقرار بها، وإمرارىا كما جاءت من
غير تشبيو ولا تمثيل، ولا تعطيل". ثم يقول في موضع آخر: " الإيمان بصفات
الله وأسمائو التي وصف بها نفسو، وسمى بها نفسو في كتابو وتنزيلو أو على
لسان رسولو صلى الله عليو وسلم من غير زيادة عليها ولا نقصان منها، ولا
تجاوز لذا، ولا تفسير، ولا تأويل لذا، بما يخالف ظاىرىا، ولا بشبو بصفات
الدخلوقين، بل أقروىا كما جاءت.

Begitu juga Syeikh Muhamad Abdul Wahab berusaha mengabungkan antara tauhid dari demensi agama dan tauhid dari demensi sosial dan politik. Bahkan ia menjadi teori utama dalam pemikiran beliau. Oleh itu beliau berusaha untuk menyatukan Umat Arab dengan kekuatan politik yang berasaskan fahaman tauhid. Beliau pernah berkata kepada Ibn Sa‟ud)ِ Aminah 1993:194):

ىذه كلمة التوحيد التي دعت اليها الرسل كلهم فمن تمسك بها وعمل بها
ونصرىا ملك البلاد والعباد وأنت ترى نجدا كلها وأقطارىا أطبقت على الشرك
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
6
والجهل والفرقة والاختلاف والقتال لبعضهم بعضا فأرجوا أن تكون إماما يجتمع
عليو الدسلمون وذريتك من بعدك

SEJARAH PEMIKIRAN SALAFIYYAH

Penggunaan perkataan Salafiyyah merujuk kepada satu golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong fahaman salaf. Asas utama perjuangan mereka adalah mengembalikan umat kepada tauhid menyentuh mengenai persoalan takwil dan tashbih serta hubungan persoalan tauhid dan kubur. Imam Abu Zuharah (1996: 190) menjelaskan bahawa permulaan mazhab ini muncul pada abad keempat Hijrah oleh satu golongan yang mendakwa diri mereka pendokong fahaman Imam Ahmad bin Hambal yang mempertahankan mazhab Salaf serta memerangi mazhab selain daripadanya.

Aliran ini telah ditentang hebat oleh ulama Hanabilah sendiri sewaktu ia tersebar pada abad ke empat dan kelima Hijrah sehingga ia lemah dan berkubur. Imam al-Jawzi antara ulama yang lantang mengkritik pandangan-pandangan al-Qadi Abu Yu‟la al-Hambali (457H) yang menyebar fahaman ini pada waktu itu. Beliau menulis satu buku khusus yang berjudul دفع التشبيو untuk menolak penyelewengan golongan ini. Menurut beliau fahaman yang dibawa oleh golongan ini telah mencemarkan mazhab Hambali dan mereka seolah-olah menjadi orang awam dalam memahami agama.(Abu Zuhrah 1996: 196).

Namun Aliran ini muncul semula secara lebih terserlah pada abad ketujuh setelah kelahiran Imam Ibn Taymiyyah. Kelahiran Imam Ibn Taymiyyah ditengah masyarakat Islam yang berilmu pengetahuan di Damsyik dengan kewibawaannya yang luar biasa menyebabkan berlaku pertembungan pemikiran yang hebat antara beliau dan tokoh ulama Ashairah yang menguasai masyarakat Islam pada waktu itu. Setiap kumpulan mendakwa bahawa mereka mendokong pandangan ulama Salaf
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
7
dan Ahli Sunnah waljamaah sehingga akhirnya Imam Ibn Taymiyyah dipenjara dan aliran ini mula reda dan lemah.

Kemudian aliran ini didokong pula oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke dua belas sehinggalah ajaran ini tersebar sehingga ke hari ini. Menurut Abu Zuhrah (1996: 212) Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab telah mempelajari tulisan-tulisan Imam Ibn Taymiyyah dan mendalami pemikirannya. Oleh kerana persekitaran pergolakan politik dan sosial yang tidak stabil serta tahap buta huruf yang tinggi sehingga menyebabkan banyak berlaku perkara-perkara mungkar dan bidah maka Syeikh Muhammad Abdul Wahab bangkit untuk menentang beberapa penyelewangan yang berlaku pada waktu itu. Beliau telah merealisasikan pemikiran-pemikiran Imam Ibn Taymiyyah yang masih bersifat teori seperti persoalan berkaitan bidah dan syirik.

SUDUT PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM PEMIKIRAN IBN TAIMIYYAH DAN SYEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa Syeikh Muhammad Abdul Wahab membawa pemikiran yang telah dikemukan oleh Imam Ibn Taymiyyah khususnya yang berkaitan dengan akidah. Namun para ulama telah mengemukakan beberapa perbezaan antara kedua-dua pemikir ini. Dalam kertas yang ringkas ini penulis mengutarakan dua pandangan yang berbeza mengenai dua pemikir ini. Perbezaan yang pertama dipetik dari kenyataan pengikut aliran Salafiyyah sendiri iaitu Syeikh al-Albani dan pandangan yang kedua daripada penentang mereka iaitu Syeikh Abu Zuhrah.
Syeikh Al-Albani (Islamweb.net) menjelaskan dua perbezaan ketara antara Imam Ibn Taymiyyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab iaitu perbezaan dalam tahap penguasaan ilmu. Menurut beliau:

1. Syeikh Muhammad Abdul Wahab hanya memfokuskan kepada persoalan tauhid yang tulin dan tidak menumpukan kepada kensep-konsep Islam yang lain. Berbanding dengan Ibn Taymiyyah yang menyeru kepada Islam secara menyeluruh dari semua sudut melibatkan akidah dan fekah. Ini menunjukkan bahawa pembaharuan Syeikh Muhammad Abdul Wahab hanya terhad dalam persoalan berkaitan akidah sahaja. Penekanan terhadap konsep akidah ini
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
8
menyebabkan beliau dan pengikutnya menjadikan persaoalan ibadat sama dengan akidah. Syeikh Al-Albani berkata:

فيجب أن نعلم أن الشيخ محمد بن عبد الوهاب رحمو الله كان سلفياً في
العقيدة، ولو الفضل الأول من بعد شيخ الإسلام ابن تيمية رحمهما الله جميعاً
في نشر دعوة التوحيد في العالم الإسلامي بصورة عامة، وفي البلاد النجدية
والحجازية فيما بعد بصورة خاصة، يعود الفضل إليو بعد ابن تيمية . ولذلك
فلعل انكبابو واجتهاده في دعوة الناس إلى ىذا التوحيد الخالص الدصفى من
أدران الشرك والوثنية بكل التفاصيل ىو الذي صرفو عن الاشتغال بإتمام
الدعوة السلفية، وذلك في لزاربة الجمود على التقليد، وعلى التمذىب الذي
صار فيما قبل زمانو وفي زمانو وفيما بعده صار ديناً، كل من ترك التقليد نبذ
بالزيغ والانحراف ونحو ذلك مما ألدح الأستاذ المحاضر إليو في كلمتو السابقة.
وىو من ىذه الحيثية، أي: من حيث أنو كان يدعو إلى التوحيد دون ما سوى
ذلك مما يتعلق بالإسلام الدصفى على ما سمعتم؛ يختلف عن شيخ الإسلام ابن
تيمية رحمو الله، فإن ىذا الشيخ الجليل قد دعا إلى الإسلام بعموم الإسلام من
كل نواحيو أن يُفهم على الوجو الصحيح، على التفصيل الصحيح الذي
سمعتمو .

2. Syeikh Muhammad Abdul Wahab tidak mengambil berat mengenai pengunaan hadis daif dan penghujahan hukum mengenai hadis daif. Begitu juga beliau berpegang dengan mazhab Hambali. Berbanding dengan Imam
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
9
Ibn Taymiyyah yang alim dalam bidang hadis dan membina penghujahan hukum berasaskan kepada hadis dan membentuk ijtihad. Syeikh Al-Albani berkata:

" بخلاف الشيخ محمد بن عبد ال وهاب، فلم تكن لو ىذه العناية، لا في
الحديث ولا في الفقو السلفي، فهو من الناحية الدذىبية حنبلي، ومن الناحية
الحديثية كغيره، فليس لو آثار في الفقو تدلنا على أنو كابن تيمية سلفي الدنهج
في التفقو في الدين، لعل لو في ذلك عذراً كما ألمحنا إليو آنف اً. وكذلك في
الأحاديث فهو كغيره مع الأسف الشديد، لا معرفة عنده بالحديث الصحيح
والضعيف، ومن الأدلة التي تدلنا على ىذا أن لو رسالة مطبوعة متداولة عند
أتباعو النجديين حتى اليوم، اسمها آداب المشي إلى المسجد، وقد أورد في
مطلع ىذه الرسالة الحديث الدعروف عند السلفيين عامة إلا القليل منهم
بضعفو، ألا وىو حديث أبي سعيد الخدري، الذي أخرجو الإمام ابن ماجة
في سننه، من طريق الفضيل بن مرزوق، عن عطية السعدي - عطيه
العوفي، والسعدي أيض اً" ويقول ايضا"، فهذا يدل على أن شيخ الإسلام
الثاني في التوحيد محمد بن عبد الوهاب ليس كشيخ الإسلام الأول من
حيث أنو كان سلفياً في كل نواحي الدعوة ولرالاتها الكثيرة"

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
10
Penjelasan Syeikh Al-Albani ini menunjukkan bahawa Syeikh Muhammad Abdul Wahab tidak memiliki keupayan keilmuan yang setara dengan Imam Ibn Taymiyyah yang menguasai pelbagai bidang ilmu sehingga diakui oleh musuh-musuh mereka. Syeikh „Iwadullah Hijazi (1992:186) menyebut kehebatan Ibn Taymiyyah

ولقد قال فيو احد معاصريو: قد الان الله لو العلوم كما الان لداوود الحديد
فكان اذا سئل عن فن من العلم ظن الرائي أنو لا يعرف غير ذلك الفن ،
وحكم أن أحدا لا يعرفو مثلو ، وكان الفقهاء من سائر الطوائف اذا جلسوا
معو استفادوا في مذاىبهم منو ما لم يكونوا قد عرفوه قبل ذلك ، ولا يعرف أن
احدا ناظره فانقطع عنو ولا تكلم في علم من العلوم سواء اكان من علوم
الشرع أم من غيرىا إلا فاق فيو أىلو والدنسبين اليو وكانت لو اليد الطولى في
حسن التصنيف.

Manakala Syeikh Muhamad Abu Zuhrah (1996:212) menyebut beberapa perbezaan antara Syeikh Muhammad Abdul Wahab dengan Imam Ibn Taymiyyah, antaranya:

1. Syeikh Muhammad Abdul Wahab menjadikan persoalan ibadat sama dengan persoalan akidah sehingga seseorang itu boleh menjadi kufur kerana persoalan ibadah sehingga ada dikalangan awam mereka menyamakan perokok dengan orang mushrik. Syeikh Muhamad Abu Zuhrah berkata:

لم يكتفوا بجعل العبادة كما قررىا الاسلام في القران والسنة وكما ذكر ابن
تيمية بل ارادوا ان تكون العبادات ايضا غير خارجةعلى نطاق الاسلام فيلتزم
الدسلمون ما التزم.

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
11
2. Imam Ibn Taymiyyah hanya berdakwah dan menegakkan hujjah menentang musuhnya tanpa memikul senjata. Sementara Syeikh Muhammad Abdul Wahab memikul senjata memerangi mereka yang tidak sependapat dengannya dengan alasan memerangi bidah dan wajib melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.(Abu Zuhrah, t,th: 530)
3. Berpegang dengan perkara-perkara yang kecil yang tiada kaitan dengan berhala namun dianggapnya sebagai berhala seperti penggunaan gambar fotografi.
4. Mereka juga melampau dalam memahami makna bidah sehingga dalam perkara yang tiada kaitan dengan agama dan ibadah juga dikira bidah seperti meletakkan lansir di Raudah Nabi di anggap perkara bidah.
5. Pengikut Syeikh Muhammad Abdul Wahab menganggap hanya pendapat mereka yang benar dan tidak mungkin berlaku salah sementara pendapat orang lain adalah salah dan tidak mungkin benar.

Syeikh Abd al-Muta‟l al-Sa‟idi (t.th,438-439) dalam bukunya “al-Mujaddidun fi al-Islam” menyebut perbezaan antara Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan Ibn Taymiyyah dari sudut kejayaan dan kegagalan dalam menyebarkan fahaman dan pemikiran mereka. Menurut beliau kejayaan Syeikh Muhamad Abdul Wahab menyebarkan fahamannya di Najd kerana beliau muncul dan menyebarkan fahamannya dalam masyarakat badwi yang cetek pemikiran dan mudah menerima fahaman baru disamping dokongan pemerintah. Sementara kegagalan penyebaran fahaman Imam Ibn Taymiyyah kerana ia muncul di masyarakat kota yang telah banyak menerima pendidikan dan ilmu pengetahuan disamping tidak mendapat dokongan pemerintah al-Mamalik pada waktu itu.
Perbezaan antara Ibn Taymiyyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab dalam menangani beberapa isu semasa seperti isu berkaitan tasawwuf. Imam Ibn Taymiyyah masih bersifat sederhana dan boleh menerima golongan sufi yang tidak menyeleweng dari landasan syarak sementara golongan wahabiyyah menolak tasawuf secara total. (Raid 2010: 35)

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
12

FAHAMAN TAUHID MENURUT SYEIKH MUHAMMAD BIN ABD AL-WAHHAB

Antara perbezaan ketara fahaman Syeikh Muhammad Abdul Wahab dengan fahaman Imam Ibn Taymiyyah adalah berkaitan pendekatan konsep tauhid. Oleh itu penulis berusaha menganalisis pendirian Syeikh Muhammad Abdul Wahab berkaitan persoalan ini. Menurut al-Syanqiti (1994:9) tauhid dari segi bahasa Arab berasal dari kata kerja wahhada yang bermaksud menyatukan dan mengesakan atau menjadikan sesuatu itu satu. Dari segi istilah pula, selain ia dirujukkan kepada satu disiplin ilmu, ada di kalangan ulama yang mendefinisikannya sebagai suatu perbuatan yang merujuk kepada erti mengesakan ibadat hanya kepada Allah dengan meyakini dia sahaja yang layak disembah tanpa menyekutui nya berserta dengan keyakinan keesaan Allah dari aspek zat, sifat dan af‟alnya. Tauhid dijelaskan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab (1, 1999: 120) sebagai tonggak agama yang dibawa oleh semua rasul yang diutuskan Allah. Ia merupakan perintah Allah yang paling utama perlu dilaksanakan. Seseorang masih tidak dikira sebagai seorang Islam jika tauhid dan tuntutannya masih belum ditunaikan. Sebarang perlakuan yang bertentangan dengan tuntutan tauhid pula sama ada perbuatan hati, lidah dan anggota zahir akan menyebabkan seseorang itu terkeluar dari batasan seorang Islam (1, 1999: 120). Tauhid menurut Syeikh Muhammad Abdul Wahab juga adalah pemisah antara Islam dan kufur yang menjadi lawan kepada syirk. Ukuran Islam atau tidaknya seseorang adalah bergantung kepada sejauh mana tauhid dijaga dan dipertahankan dengan cara tidak dicampur adukkan dengan perbuatan-perbuatan syirik.

Menurut Syeikh Muhammad Abdul Wahab lagi(1, 1999: 102), golongan musyrikin Mekah juga mentauhidkan Allah s.w.t. tetapi menerusi jenis tauhid yang tidak memasukkan mereka ke dalam agama Islam. Dengan merujuk kepada sebilangan ayat al-Qur‟an, beliau menjelaskan bahawa golongan musyrikin mentauhidkan Rububiyyah Allah s.w.t. Mereka yakin bahawa yang mencipta alam, menurunkan rezeki, yang menghidupkan, yang mematikan, yang mentadbir alam dan semua makhluk berada di bawah kuasanya hanyalah Allah sahaja. Walau bagaimanapun, menurut beliau, dengan hanya mentauhidkan Allah pada sifat-sifat Rububiyyah masih lagi tidak dapat menyelamatkan mereka daripada kekal dalam neraka Allah. Mereka masih dikira golongan musyrikin yang terus kekal dalam Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
13
kekufuran. Ini adalah kerana perutusan para rasul bukan hanya bermatlamatkan menyeru manusia kepada tauhid jenis ini sahaja.

Syeikh Muhammad Abdul Wahab (2, 1999:167) juga menyatakan, perutusan para rasul yang paling utama adalah untuk menyeru manusia agar mengiktiraf tauhid dalam ibadat yang dimanifestasikan menerusi kalimah tauhid dengan maksud tidak boleh mengemukakan ibadat melainkan hanya kepada Allah s.w.t sahaja. Ibadat sebagaimana yang dijelaskan oleh beliau adalah sebarang perbuatan yang disuruh oleh Allah s.w.t. sama ada perbuatan hati, lidah dan anggota yang disimpulkan sebagai apa-apa bentuk ketaatan kepada Allah sama ada merujuk kepada erti melaksanakan surahanNya ataupun meninggalkan larangannya. Kesimpulan ini adalah berasaskan kepada definisi ibadat yang pernah dikemukakan oleh Ibn Taymiyyah yang menegaskan bahawa ibadat adalah satu istilah yang dipadankan kepada apa-apa perbuatan makhluk yang disukai dan diredai oleh Allah s.w.t. sama ada perbuatan lidah, perbuatan anggota zahir dan perbuatan hati. Maka setiap perbuatan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. seperti solat, puasa, zakat, haji, bercakap benar, menunaikan amanah, berbuat baik kepada ibu bapa, menunaikan janji, cinta Allah dan Rasul, taubat, ikhlas, takut, sabar, syukur, tawakkal, bergantung harapan dan sebagainya adalah ibadat yang mesti dikhususkan hanya kepada Allah s.w.t. sahaja

Melihat kepada definisi ibadat ini, maka Syeikh Muhammad Abdul Wahab menegaskan bahawa perbuatan seperti doa, meminta tolong, sembelihan korban, nazar, rasa takut (khawf), Raja‟, tawakkal, inabah, mahabbah, khasyyah, raghbah, ruhbah, ta‟alluh, ruku‟, sujud, khusyuk, tazallul, ta‟zim jika dihadapkan kepada makhluk Allah s.w.t. sekalipun mereka terdiri daripada kumpulan atau individu yang hampir dengan Allah s.w.t akan membatalkan tauhid ibadat. Pelakunya pula akan jatuh ke dalam kesalahan syirik akbar. Kesannya akan menyebabkannya terkeluar daripada Islam (2, 1999:167). Dari sini dapat difahami bahawa tauhid ibadat yang dikemukan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab ataupun istilah tauhid Uluhiyyah yang biasa digunakan oleh golongan Salafiyyah adalah merujuk kepada segala usaha mengesakan segala bentuk ibadat seperti bergantung harapan, doa, memohon pertolongan, takut, tawakkal dan sebagainya hanya kepada Allah s.w.t. Manakala tauhid Rububiyyah pula adalah merujuk kepada usaha mengesakan segala perbuatan Allah seperti mencipta, memberi rezki, menghidupkan, mematikan, menurunkan
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
14
hujan, menumbuhkan tanaman dan mentadbir segala urusan alam hanya untuk Allah s.w.t. (3, 1999:157)
Menurut Syeikh Muhammad Abdul Wahab, dengan melaksanakan tuntutan tauhid Rububiyyah tanpa disertai dengan tauhid ibadat tidak akan melepaskan seseorang dari belenggu syirik yang di tentang oleh para rasul a.s. Sekalipun tauhid Rububiyyah menurut pandangan beliau adalah suatu yang benar dan perlu dilaksanakan tetapi dengan hanya mengiktiraf tauhid jenis ini masih tidak melayakkan seseorang itu digolongkan sebagai seorang Islam. Buktinya keseluruhan golongan musyrikin Mekah telah mengiktiraf tauhid ini tetapi mereka masih diperangi oleh Rasulullah s.a.w dan dikira sebagai musyrikin (Najib 1994 :14). Dari sini boleh diperhatikan bahawa tauhid ibadat menurut Syeikh Muhammad Abdul Wahab tidak akan terlaksana melainkan tuntutan tauhid Rububiyyah telah dipenuhi. Dengan erti kata yang lain tauhid ibadat akan melazimkan tauhid Rububiyyah, manakala tauhid Rububiyyah tidak melazimkan tauhid ibadat. Dengan melaksanakan tuntutan tauhid ibadat bererti seseorang itu telah melaksanakan kedua-dua tuntutan tauhid ini dan menjadikannya digolongkan di kalangan orang Islam. Dalam menjelaskan kesimpulan ini Syeikh Muhammad Abdul Wahab menegaskan bahawa sesiapa yang melaksanakan tauhid Uluhiyyah sebenarnya dia telah melaksanakan tauhid Rubibubiyyah kerana tauhid Uluhiyyah sebenarnya mengandungi tauhid Rububiyyah dan ia juga adalah natijah kepada tauhid Rubibiyyah (al-„Abud 1413H: Jil.1,386)
SYIRIK DAN PEMBAHAGIANNYA MENURUT SYEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHAB
Syeikh Muhammad Abdul Wahab mengetengahkan syirik sebagai lawan kepada tauhid. Menerusi pembahagian tauhid kepada tauhid rububiyyah dan tauhid ibadat maka syirik juga boleh dibahagikan kepada syirik pada rububiyyah dan syirik pada ibadat sekalipun tidak terdapat pembahagian sebegini secara jelas dalam penulisan beliau. Kebiasaan penulisannya merujuk kepada syirik dalam aspek ibadat sahaja. Menerusi kenyataan Syeikh Muhammad Abdul Wahab bahawa keseluruhan manusia bahkan golongan musyrikin Mekah juga turut sama berikrar dan mengiktiraf tauhid
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
15
rububiyyah Allah1, dapat disimpulkan seolah-olah jarang berlaku syirik dalam sifat rububiyyah Allah dalam kehidupan manusia. Justeru itu penekanan dakwahnya kebanyakannya dijuruskan kepada pembasmian syirik dalam aspek ibadat sahaja sekalipun beliau tidak mengingkari kewajipan mengiktiraf tauhid rububiyya (Muhammad bin Abd Allah t.th:41). Penekanan terhadap aspek ibadat, membuatkan Syeikh Muhammad Abdul Wahab mendefinasikan syirik sebagai memohon sesuatu hajat kepada selain Allah ataupun mempersembahkan apa-apa ibadat yang diperintahkan oleh Allah kepada yang lain. Beliau melihat sesiapa yang melakukan apa sahaja jenis ibadat kepada selain Allah bererti dia telah menjadikan selain Allah sebagai tuhan. Secara tidak langsung dia telah melakukan syirik iaitu dalam kategori syirik akbar kepada Allah s.w.t.( cAbd al-Karim Najib 1994, jil2,:30)
Syeikh Muhammad Abdul Wahab melihat, apa-apa perbuatan yang menyebabkan syirik pada ibadat akan membatalkan ikrar kalimah syahadah seseorang. Ini adalah kerana syirik ibadat berlawanan sama sekali dengan makna dan tuntutan kalimah syahadah. Dalam menjelaskan perkara ini, Syeikh Muhammad Abdul Wahab menyamakan pelakunya dengan golongan musyrikin Mekah yang pada tanggapan beliau, mereka mentauhidkan rububiyyah Allah tetapi masih memohon hajat kepada berhala, malaikat, nabi dan orang-orang salih yang pada anggapan mereka golongan ini adalah rakan kongsi Allah dan sama-sama mempunyai hak membuat keputusan. Kerana tidak bergantung harap sepenuhnya kepada Allah, mereka sama-sama digolongkan sebagai golongan musyrikin. Justeru itu Syeikh Muhammad Abdul Wahab melihat mana-mana orang Islam yang bergantung harap kepada para nabi dan orang-orang salih dalam usaha mendapatkan syafaat mereka adalah sama dengan golongan musyrikin Mekah yang menyembah berhala( cAbd al-Karim Najib 1994, jil2,:32).

Bertitik tolak daripada pemahaman Syeikh Muhammad Abdul Wahab terhadap konsep tauhid ibadat, beliau telah meletakkan 10 perkara yang boleh membuatkan seseorang muslim murtad dari agama Islam yang mesti ditakfirkan. Paling utama adalah melakukan ibadat kepada selain Allah s.w.t., 2) menggunakan pengantara antara Allah dan hamba, 3) tidak mengkafirkan golongan musyrikin atau
1 Kenyataan ini dijelaskan secara terang-terangan oleh SMAW dalam semua penulisannya yang berkaitan dengan tauhid dan syirik. Sebagai contohnya sila lihat Muhammad Abd al-Wahhab (1999), Kasyf al-Syubahat, dalam Majmucah al-Tawhid al-Najdiyyah, Riyad: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah. h.102
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
16
ragu-ragu pada kekufuran mereka atau membenarkan pandangan kufur mereka, 4) beriktikad bahawa ajaran (huda) lain lebih sempurna daripada ajaran Nabi atau peraturan lain lebih sempurna daripada peraturan yang dianjurkan oleh Nabi, 5) benci terhadap ajaran Rasululullah s.a.w. sekalipun masih melaksanakannya, 6) mempermainkan (istihza‟) tuntutan agama atau pahala dan balasannya, 7) melakukan sihir atau rida dengan perbuatan sihir, 8) membantu musyrikin menguasai umat Islam, 9) beranggapan ada manusia yang harus tidak terikat dengan syariat Nabi Muhammad sebagaimana nabi Khidir a.s tidak terikat dengan syariat nabi Musa dan 10) berpaling daripada agama Allah dengan tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya. Melakukan salah satu daripada 10 perkara ini akan membatalkan keislaman seseorang sama ada ia dilakukan secara main-main atau sebaliknya dalam keadaan takut ataupun tidak melainkan dalam keadaan terpaksa untuk menjaga nyawa(Syeikh Muhammad Abdul Wahab 1999: 177-178).
Syeikh Muhammad Abdul Wahab membahagikan syirik kepada dua kategori iaitu syirik akbar dan syirik asghar. Syirik akbar adalah perbuatan syirik yang boleh menyebabkan seseorang muslim murtad dari agama Islam. Manakala syirik asghar pula adalah perbuatan syirik yang belum sampai ke peringkat pelaku nya menjadi murtad (al-„Abud 1413H: 40-41),. Antara perbuatan syirik akbar yang didatangkan sebagai contoh oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab adalah seperti memohon sesuatu hajat kepada mereka yang sudah mati dan bernazar untuk mereka dengan harapan mereka akan dapat membantunya di hadapan Allah s.w.t. Manakala syirik asghar pula adalah seperti perbuatan riya‟, bersumpah atas nama selain Allah, ungkapan “ini datangnya daripada kamu dan juga Allah”, “aku bertawakal kepada kamu dan kepada Allah”, “jika tidak kerana kamu, ini tak akan berlaku” dan sebagainya. Walau bagaimanapun menurut Syeikh Muhammad Abdul Wahab perbuatan-perbuatan ini ada kalanya akan membawa kepada syirik akbar bergantung pada keadaan dan niat pelakunya (al-„Abud 1413H: 40-41),.

Untuk memperlihatkan apakah sebenarnya syirik akbar dan syirik asghar sebagaimana yang dikemukakan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab, cAbd Rahman bin Nasir al-Sacdi (t.th.: 41) menjelaskan bahawa syirik akbar adalah mengemukakan apa-apa amalan yang dituntut oleh syarak sama ada berbentuk keyakinan hati, kata-kata atau perbuatan anggota kepada selain Allah s.w.t. atau dengan erti kata yang lain, mengemukakan sebarang jenis ibadat yang dituntut oleh
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
17
syarak kepada selain Allah s.w.t. Manakala syirik asghar pula adalah setiap perbuatan yang tidak mencapai status ibadat sama ada dalam bentuk kehendak hati, kata-kata ataupun perbuatan anggota zahir tetapi boleh menjadi wasilah kepada syirik akbar(al-Sacdi t.th.: 41).
Dengan berhujah kepada ayat al-Quran, Syeikh Muhammad Abdul Wahab (2, 1999: 67) menggariskan 17 jenis perbuatan yang dikira sebagai ibadat. Seseorang muslim akan jatuh ke dalam syirik akbar sekiranya salah satu jenis perbuatan ini dikemukakan kepada selain Allah iaitu 1) doa, 2) meminta tolong (isticanah), 3) meminta tolong ketika kesusahan (istighathah), menyembelih binatang korban, 4) nazar, 5) meletakkan rasa takut (khawf), 6) meletakkan harapan (raja‟), 7) tawakkal, 8) inabah, 9) meletakkan rasa cinta, 10) meletakkan rasa takut (khasyyah), raghbah, 11) rahbah, 12) ta‟alluh, 13) ruku‟, 14) sujud, 15) khusyu‟, 16) tadhallul dan 17) takzim.

ISU TAKFIR DAN KAITANNYA DENGAN SYEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Antara isu yang dikatakan menjadi titik perbezaan antara Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan Imam Ibn Taymiyyah adalah persoalan takfir dan menghalalkan pembunuhan sesama Islam. Isu ini merupakan isu terbesar yang dikaitkan dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya berbanding dengan isu-isu lain. Isu ini bukan hanya dakwaan musuh-musuh Syeikh Muhammad Abdul Wahab malah diakui sama oleh beberapa ulama yang bersetuju dengan dakwahnya (Muhammad 1989: 158). Beliau diketengahkan sebagai seorang tokoh yang mudah meletakkan hukum kafir, syirik dan murtad kepada umat Islam lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak bersetuju dengan perjuangannya semata-mata berasaskan kepada pemahaman sendiri terhadap makna tauhid dan syirik tanpa meraikan pandangan dan batasan-batasan tertentu yang digariskan oleh ulama-ulama lain (Sulayman bin cAbd al-Wahhab 1987: 25,28-30). Takfir yang dilakukan oleh beliau bukan sahaja diaplikasikan ke atas golongan jahil malah turut sama dikenakan ke atas mereka yang bergelar ulama yang berkemampuan untuk berijtihad (Dahlan 2001: 23). Ia bukan sahaja terdiri daripada jenis takfir ke atas kata-kata dan perbuatan malah merangkumi takfir dari jenis khusus kepada diri pelaku dan penutur. Begitu juga Syeikh Muhammad Abdul Wahab dilihat melakukan takfir yang bukan sahaja merujuk kepada individu-individu tertentu malah meluaskan

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
18
takfirnya ke atas sesebuah masyarakat. Di samping itu Syeikh Muhammad Abdul Wahab juga mentakfirkan individu atau umat Islam yang masih hidup malah mereka yang telah mati turut sama ditakfirkan (Abd „Aziz bin Muhammad 1989: 165). Seolah-olah beliau dan pengikut-pengikutnya sahaja yang masih kekal dalam agama Islam, memahami konsep tauhid dan melaksanakan tuntutan-tuntutannya. Manakala mereka yang tidak mentakfirkan seseorang yang ditakfirkan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab adalah kafir atas alasan mereka tidak mengkafirkan orang yang kafir (Sulayman bin cAbd al-Wahhab 2, 1987: 32-33).

Kaitan Syeikh Muhammad Abdul Wahab dengan isu takfir ini telah dikemukakan oleh kebanyakan ulama yang hidup pada zamannya sama ada ulama yang bermazhab Hanbali yang menggunakan pendekatan al-athariyyah dalam memahami akidah Islam ataupun ulama tiga mazhab lain yang menggunakan pendekatan ahl al-kalam al-sunni menerusi aliran al-Asya‟irah dan al-Maturidiyyah. Antara tokoh ulama yang mensabitkan isu ini dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya ialah Sulayman bin Sahim al-Hanbali (m1181H), Muhammad Ibn cAfaliq al-Hanbali (1163H), Sulayman bin cAbd al-Wahhab al-Hanbali(m.1208), Muhammad bin cAbd Allah Ibn Fayruz al-„Ahsa‟i al-Hanbali (m.1216H), Muhammad bin cAli al-Fawdi al-Hanbali (m.1246H), Muhmmad bin cAbd Allah bin Hamid al-Hanbali (m1290),cAbd Allah bin Muways (m. 1175H), cAbd Allah bin Ahmad bin Sahim (m.1175H), cAbd Allah bin Muhammad bin cAbd al-Latif al-„Ahsa‟i (salah seorang bekas guru kepada SMAW), cUthman bin Mansur al-Nasiri (m.1282H), cUthman bin Sanad al-Basri (m. 1250H), Muhammad bin Sulayman al-Kurdi (m. 1194H)(salah seorang bekas guru SMAW), Marbad bin Ahmad al-Tamimi (m. 1171H), Sayf bin Ahmad al-cAtiqi (m. 1189H), Salih bin cAbd Allah al-Sa‟igh (m. 1183H), Ahmad bin cAli al-Qubbani, cAbd Allah bin Dawud al-Zubayri (m.1225H), cAlawi bin Ahmad al-Haddad (m.1232H), cUmar bin Qasim al-Tunisi, Muhammad bin cAbd Allah bin Kiram al-Maghribi (m.1227H), cAbd al-cAziz bin cAbd al-Rahman bin cAdwan (m.1179H), Hasan bin cUmar al-Syata (m.1274H), (Hasan bin Farhan al-Maliki (2004:127-133) Muhammad bin cAli Syawkani (m.1250H), Dawud bin Sulayman, Husayn bin Ghinam al-Yamani, cAbd Allah bin cIsa bin Muhammad al-Sancani, Muhammad bin Ismacil al-Sancani dan sebagainya (Siddiq bin Hasan al-Qannuji 1889: 194-201).
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
19
Di sini diperturunkan sebahagian contoh pandangan tokoh ulama yang hidup sezaman dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab yang melaporkan sikap beliau dalam isu takfir dan menghalalkan darah umat Islam yang telah dikira kafir.
Ibn cAfalik berkata ketika menjawab surat Ibn Mucammar (Abd „Aziz bin Muhammad 1989:163)
“Lelaki ini (SMAW) telah mengkafirkan umat Islam –Demi Allah, bahkan dia telah mendustakan rasul-rasul Allah- Dia menghukum syirik ke atas mereka dan umat-umat mereka … Atas nama Allah dia (SMAW) bersumpah bahawa keadaan golongan musyrikin lebih baik dari ummat ini”
Ahmad bin cAli al-Qubbani pula berkata,
“Dia (SMAW dan pengikutnya) telah mengkafirkan umat ini semuanya dan dia mengkafirkan semua orang yang tidak sepandangan dengan kesesatan dan kekufurannya … semua nabi dan rasul lain akan datang bersama ribuan umatnya, tetapi Nabi yang mulia (nabi Muhammad) tiada bersamanya melainkan satu bilangan umat yang kecil yang terdiri daripada penduduk cUyaynah sahaja. Adapun umatnya yang lain, semuanya kekal dalam neraka bersama-sama golongan kuffar sedangkan mereka banyak melakukan ketaatan dan ibadat” (Abd „Aziz bin Muhammad 1989:163).

Sulayman Ibn Sahim al-Hanbali pula berkata,
“Sesiapa yang tidak setuju dengan pandangannya (SMAW) pada setiap apa yang ia tuturkan dan tidak naik saksi atas kebenarannya, Dia (SMAW) pasti akan menghukum kufurnya. Manakala sesiapa yang setuju dengan setiap pandangannya, Dia akan berkata, kamu adalah muwahhid sekalipun dia di kalangan orang yang fasik”
cUthman bin Mansur al-Hanbali al-Najdi pula berkata,
“Allah telah menguji penduduk Najd begitu juga penduduk semenanjung tanah Arab dengan keluarnya seorang yang melakukan takfir umat ini sama ada ke atas orang awam ataupun ulama dengan alasan rapuh yang sama sekali tidak dibenarkan oleh Allah s.w.t…. lelaki ini (SMAW) telah menjadikan ketaatan kepadanya sebagai rukun yang keenan daripada rukun Islam”.

Sulayman bin cAbd Wahhab al-Hanbali saudara kepada SMAW pula berkata,
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
20
Berapakah rukun Islam di sisi mu wahai Muhammad bin cAbd al-Wahhab. Dia (SMAW) menjawab, lima. Syaykh Sulayman menambah, Tetapi kamu menjadikannya enam, Rukun keenam ialah, sesiapa yang tidak mengikut kamu maka dia bukan Islam. Inilah rukun Islam keenam di sisi mu (Dahlan 2001:60).

Walau bagaimanapun, menerusi beberapa surat tulisan Syeikh Muhammad Abdul Wahab sendiri, beliau menafikan sekeras-kerasnya kaitan antara tuduhan sebegini dengan beliau. Menerusi surat yang dikirim kepada Muhammad bin cAyd seorang penguasa Tharmada‟ beliau menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengkafirkan mana-mana orang jahil yang belum dijelaskan hujah kerana perbuatan syirik yang dilakukan. Menerusi surat yang dikirim kepada penduduk al-Qasim pula, beliau menafikan kata-kata yang dikaitkan dengannya bahawa umat Islam selama 600 tahun sebelumnya hidup tanpa agama, mentakfirkan mana-mana orang yang bertawassul dengan orang salih, mentakfirkan Imam Busayri dan mana-mana orang yang bersumpah atas nama selain Allah. Menerusi suratnya kepada Tuwayjari pula, beliau menjelaskan bahawa beliau yakin terhadap keislaman seseorang yang mengamalkan tuntutan tauhid dan berlepas diri dari syirik dan ahlinya walau di mana sahaja dia berada. Menerusi surat ini juga beliau menjelaskan bahawa beliau hanya mengkafirkan golongan yang melakukan syirik pada uluhiyyah Allah setelah kebatilan syirik dijelaskan dan ia dapat difahami dengan jelas (Abd „Aziz bin Muhammad 1989: 170-171. al-Najdi 1995 j.1: 34, j. 10: 113)

Sekalipun perkara ini dinafikan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab, namun menerusi ungkapan beliau yang berbunyi beliau hanya mentakfirkan golongan kafir dan musyrik sahaja, begitu juga pegangannya bahawa sesiapa yang berdoa kepada selain Allah adalah kafir kerana doa itu adalah ibadat, menjadi satu kewajipan mentakfirkan golongan kafir dan sesiapa yang tidak mentakfirkan golongan kafir adalah murtad dapat memperlihatkan kewajaran isu ini dikaitkan dengan beliau. Justeru itu jika diperhatikan karya-karya beliau contohnya Kasyf al-Syubahat (1999: 103.105,106,116-122) yang disusun untuk menjawab persoalan-persoalan yang menjadi perselisihan antara beliau dengan ulama lain, sering kali lafaz musyrikin digunakan untuk dirujukkan kepada lawannya manakala kumpulannya pula dirujukkan dengan istilah muwahhidun. Malah beliau melihat orang-orang musyrikin Mekah dahulu lebih baik dan lebih memahami erti tauhid dari musuh-musuhnya. Pada pandangan beliau musuh-musuhnya lebih kufur

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
21

daripada muysrikin Mekah. Ini adalah kerana golongan musyrikin Mekah hanya bergantung dan memohon hajat kepada selain Allah ketika aman sahaja manakala musuh-musuhnya bukan sahaja memohon hajat kepada selain Allah ketika senang malah ia dilakukan juga dalam suasana getir (4,1999: 151)
Kesimpulannya isu takfir yang dikaitkan dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab adalah satu perkara yang sukar untuk dinafikan. Menerusi buku Daciyyah Laysa Nabiyyan, Hasan bin Farhan al-Maliki menyenaraikan sebanyak empat puluh contoh takfir yang dilakukan Syeikh Muhammad Abdul Wahab ke atas ulama-ulama yang tidak merestui perjuangannya, mereka-mereka yang tidak sepandangan dengannya dalam masalah takfir, kabilah-kabilah Arab, negeri-negeri Islam dan sebagainya. Dari sini dapat diperhatikan bahawa Syeikh Muhammad Abdul Wahab bukan sahaja mentakfirkan individu tertentu malah beliau juga mentakfirkan masyarakat dan negeri. Beliau bukan sahaja mentakfirkan orang awam yang jahil malah para ulama juga terlibat sama. Beliau bukan sahaja mentakfirkan pelaku amalan yang dianggap kafir tetapi mereka yang tidak mentakfirkan amalan itu turut ditakfirkan dan takfir Syeikh Muhammad Abdul Wahab bukan sahaja terhenti kepada mereka yang masih hidup bahkan melibatkan mereka yang sudah mati.

KESIMPULAN

Imam Ibn Taymiyyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab merupakan dua tokoh pemikir yang telah melahirkan satu aliran pemikiran baru dalam kelompok masyarakat umat Islam. Pandangan-pandangan beliau berkaitan persoalan akidah telah menyebabkan berlaku perselisihan pendapat yang ketara di kalangan ulama pada zaman mereka dan gemanya masih berlarutan sehinggan kini.
Sungguhpun kedua-dua tokoh ini mempunyai banyak persamaan kerana Syeikh Muhammad Abdul Wahab merupakan pendokong kepada fahaman yang telah dikemukan oleh Iman Ibn Taymiyyah. Namun para pengkaji mendapati wujud beberapa perbezaan antara dua tokoh pemikir ini. Antaranya pemikiran Imam Ibn Taymiyyah pada keseluruhannya bersifat teori dan pertentangan beliau dengan ulama sezamannya adalah bersifat penghujahan akademik. Sementara pemikiran Syeikh Muhammad Abdul Wahab bersifat teori dan direalisasikan juga dalam bentuk amali. Oleh itu pertembungan beliau dengan ulama sezamannya bersifat penghujahan dan pertumpahan darah.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
22
Perbezaan ketara antara Imam Ibn Taymiyyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab adalah dalam persoalan tauhid dan takfir. Sungguhpun kedua-dua pemikir ini mempunyai persamaan pada asasnya dalam persoalan tauhid namun pendekatan Syeikh Muhammad Abdul Wahab jauh berbeza. Pendekatan pemikiran tauhid Syeikh Muhammad Abdul Wahab mempunyai dua demensi iaitu demensi agama dan demensi politik. Dalam demensi agama beliau telah memperincikan persoalan tauhid yang hanya dipecahkan oleh Ibn Taymiyyah sehingga seluruh gerak laku manusia dikira tauhid. Natijah daripada perincian tauhid membuka pintu kepada takfir dikalangan umat Islam. Sementara dalam demensi politik beliau telah menjadikan tauhid sebagai asas untuk menolak khilafah Usmaniyah sebagai satu usaha untuk menyatu umat Arab dan mengembalikan khalifah kepada masyarakat Arab. Demensi sosiologi politik dan tauhid ternyata jelas dalam pemikiran Syeikh Muhammad Abdul Wahab yang memang dirancang dengan teliti sebagai satu usaha untuk melakukan perubahan dalam masyarakt semenajung Arab.

RUJUKAN

Abd al-Karim Najib, Ahmad .1994. Fasl al-Khitab Fi Bayan „Aqidah Syaykh Muhammad Bin „Abd al-Wahhab. Kaherah: Maktabah al-Tabi‟in.
Abu Zuhrah, Imam Muhammad. t.th. Ibn Taymiyyah. Kaherah. Dar al-Fikr al-Arabi.
Abu Zuhrah, Imam Muhammad.1996. Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah. Kaherah. Dar al-Fikr al-Arabi.
al-„Abud, Salih bin Abd Allah . 1413H. Aqidah Syaykh Muhammad bin „Abd al-Wahhab al-Salafiyyah Wa Atharuha Fi al-„Alam al-Islami. tp: ttp.
Aminah Muhammad Nasir. 1983. Syeikh Muhammad Abd al-Wahhab Manhajuhu fi Mabahith al-cAqidah. Bayrut. Dar al-Shuruk.
Al al-Butami, Ahmad bin Hajar. 1994. Al-Aqacid al-Salafiyyah bi Adillatiha al-Naqliyyah wa al-Aqliyyah. Qatar: Dar al-kutub al-Qatariyyah.
Dahlan, Ahmad Zayny. 2001. al-Durar al-Suniyyah Fi Radd cAla al-Wahabiyyah, t.tp: al-Machad al-cAli Li al-Tafaqquh Fi al-Din.
Dahlan, Zayni. 2001. al-Durar al-Suniyyah Fi Radd cAla al-Wahabiyyah, ttp: al-Machad al-cAli Li al-tafaqquh Fi al-Din.
Farghal, Yahya Hashim Hasan. t.th. al-Usus al-Manhajiyyah li Bina‟ al-Aqidah al-Islamiyyah. Kaherah. Dar al-Fikr al-Arabi.
Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
20-22 Julai 2010
23
Ibn Ghannam, al-Imam al-Husayn. 1982.Tarikh Najd. Tahqiq Nasir al-Din al-Asad.Riyad: t.tp.
Hersi Muhammad Hailulah. 1996. Al-Salafiyyah al-Wahabiyyah Bayn Muayyidiha wa Muntaqidiha. Borneo Printers. Kuala Lumpur.
Hijazi, cIwad Allah. 1992. Dirasat Fi al-Aqidah al-Islamiyyah. Kaherah. Dar al-Tibacah al-Muhammadiyyah.
http://www.saaid.net/Doat/khalid . 28 Jun 2010.
al-Maliki, Hasan bin Farhan. 2004. Daciyyah Laysa Nabiyyan, Jorden: Dar al-Razi.
Muhammad Abd al-Wahhab (3).1999. al-Risalah al-Khamisah. dalam dalam Majmu‟ah al-Tawhid al-Najdiyyah. Riyad: Maktabah al-Malik fahd al-Wataniyyah.
Muhammad Abd al-Wahhab.(2) al-risalah al-Tasi‟ah. dalam dalam Majmu‟ah al-Tawhid al-Najdiyyah. Riyad: Maktabah al-malik fahd al-Wataniyyah.
Muhammad bin Abd Allah bin Sulayman. t.th., Dacwah al-Syaykh Muhammad bin cAbd al-Wahhab Wa Atharuha Fi cAlam al-Islami, tp: ttp.
Muhammad bin Abd al-Wahhab.(1) .1999. „Kashf al-Shubahat‟. dalam Majmu‟ah al-Tawhid al-Najdiyyah. Riyad: Maktabah al-malik fahd al-Wataniyyah.
Muhammad, Abd „Aziz . 1989. Da‟awa al-Munawi‟in Li Da‟wah Syaykh Muhammad bin „Abd al-Wahhab. Riyad: Dar al-Tayyibah.
al-Najdi, Abd al-Rahman bin Muhammad.1995. al-Durar al-Saniyyah Fi al-Ajwibah al-Najdiyyah. ttp:tp.
Nassar, Abd al-Sattar. 1979. Al-Madrasah al-Salafiyyah. Kaherah. Dar al-Ansar.
al-Qannuji, Siddiq bin Hasan.1889. Abjad al-cUlum al-Wasyi al-Marqum Fi Bayan Ahwal al-cUlum, Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
al-Sacdi, cAbd Rahman bin Nasir . t.th. al-Qawl al-Sadid Syarh Kitab al-Tawhid. ttp: tp.
al-Sacidy, Abd al-Mutacal. t.th. al-Mujaddidun fi al-Islam. Kaherah. Maktabah al-Adab.
Sulayman bin cAbd al-Wahhab . 1987. al-Sawaiq al-Ilahiyyah. Kaherah: Dar al-Insan.
al-Syanqiti, Syaikh Muhammad al-Khidr .1994. Istihalah al-Ma‟iyyah bi al-Dhat. Jorden: Dar al-Basyir.
al-Syawkani, Muhammad bin cAli. t.th. Badr al-Talic Bi Mahasin Man Bacda Qarn al-Sabic, Kaherah: Matbacah al-Saaadah.

1 comment:

  1. Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.

    ReplyDelete