Wednesday, February 1, 2012

Fatwa Syeikh Bin Baz-rahimahullah- berkenaan mimpi melihat Nabi -sallallahu`alaihiwasallam-

Fatwa Syeikh Bin Baz-rahimahullah- berkenaan mimpi melihat Nabi -sallallahu`alaihiwasallam-



Soalan: Ramai dikalangan ulama kita mengatakan bahawasanya merupakan daripada kemungkinan bahawasanya boleh melihat Rasulullah -sallallahu`alaihiwasalam- di dalam mimpi dan bahawasanya melihat baginda di dalam mimpi ialah suatu hakikat,kerana sesungguhnya syaitan-syaitan tidak boleh menyerupai keperibadian Rasulullah -sallallahu`alaihiwasallam-,adakah akidah seperti ini merupakan suatu kesyirikan atau tidak?

Jawapan:

Perkataan ini merupakan suatu kebenaran dan merupakan daripada akidah kaum muslimin,dan tidak ada padanya kesyirikan, kerana sesungguhnya telah thabit daripada Nabi-sallallahu`alaihiwasallam- bahawasanya baginda bersabda: " Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi,maka sesungguhnya dia telah melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai rupaku" disepakati akan keshahihannya.Maka hadith ini shahih,menunjukkan bahawasanya baginda sallallahu`alaihiwasallam boleh dilihat di dalam mimpi dan bahawasanya sesiapa yang melihat baginda dalam rupanya yang makruf maka sesungguhnya dia telah melihatnya kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai rupanya,akan tetapi ianya tidak melazimi daripada keadaan tersebut orang yang melihat merupakan orang yang soleh,dan tidak boleh berpegang dengannya dalam sesuatu perkara yang bercanggah dengan apa yang diketahui daripada syariat,bahkan wajib mengembalikan apa yang didengari oleh orang yang melihatnya dalam mimpi daripada Nabi berupa perintah-perintah,larangan-larangan,atau khabar atau selain dari perkara tersebut daripada apa yang orang yang melihatnya mendengarnya atau melihatnya daripada Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada Kitab dan Sunnah yang shahih,maka apa yang menepati salah satu daripadanya maka diterima,apa yang menyelisihinya atau salah satu daripadanya ditinggalkan kerana Allah subhanah telah menyempurnakan bagi umat ini agamaNya,dan telah mencukupkan kepadanya nikmat(islam) sebelum kewafatan Nabi sallallahu`alaihiwasallam,maka tidak boleh menerima daripada seseorang pun daripada manusia apa yang menyalahi apa yang diketahui daripada syariat Allah dan agamaNya,sama ada hal tersebut datang melalui jalan mimpi atau selainnya,dan perkara ini merupakan ijmak dikalangan ahli ilmu yang diambil kira (ilmu dan kedudukan) mereka,adapun sesiapa yang melihat baginda `alaihissalam bukan dalam rupanya maka sesungguhnya mimpinya itu adalah dusta,seperti dia melihat amrad yang tidak ada janggut padanya,atau dia melihat hitam warnanya,atau apa yang seperti hal tersebut daripada sifat-sifat yang menyalahi sifatnya sallallahu`alaihiwasallam,hal ini kerana baginda sallallahu`alaihiwasallam bersabda: " Maka sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai rupaku" maka hadith tersebut menunjukkan bahawasanya syaitan kadang-kadang boleh menyerupai rupa yang bukan rupanya `alaihi solatu wassalam dan dia mendakwa bahawasanya dia ialah Rasul sallallahu`alaihiwasallam bertujuan untuk menyesatkan manusia dan melakukan penyamaran(putar-belit) ke atas mereka.

Kemudian bukan semua yang mendakwa mimpinya melihat baginda-sallallahu`alaihiwasallam- ialah orang yang benar,adapun diterima dakwaan tersebut daripada orang-orang yang dipercayai yang dikenali dengan kebenaran dan istiqamah di atas syariat Allah subhanah,dan sesungguhnya yang melihat baginda sallallahu`alaihiwasallam semasa hidupnya terdiri daripada kaum-kaum yang ramai namun mereka tidak masuk islam dan ianya tidak memberi manfaat kepada mereka seperti Abu Jahal,Abu Lahab dan `Abdullah bin Ubai bin Salul ketua kaum munafiqin dan selain dari mereka,maka rukyah(mimpi melihat) baginda dalam tidur `alaihi solatu wasallam lebih aula.

Diterjemah Oleh:

Abul Hussein

Pelajar Fakulti Dakwah dan Usuluddin Universiti Islam Madinah
Sumber: http://www.binbaz.org.sa/mat/1670

No comments:

Post a Comment