Monday, February 13, 2012

PENGERTIAN ISLAM

PENGERTIAN ISLAM

Islam berbeza dari agama-agama lain yang ada di muka bumi ini kerana perkataan Islam tidak mempunyai hubungkait sama ada dengan individu-indidu tertentu, golongan atau tempat tertentu. Dari segi pemilihan nama, Islam merupakan nama istimewa yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada Din-Nya. Al-Quran sebagai kalam Allah menyebut Islam sebagai al-lslam dan ia adalah ad- din (Abdullah Akhili, et. al, 1996:2).

Rasulullah s.a.w telah memberikan takrif yang berbagai tentang Islam menurut suasana majlis dan keadaan orang yang bertanya. Seterusnya para ulama memperjelaskan lagi dengan berbagai definisi yang dapat memberikan gambaran sebenar tentang Islam.
Antara definisi Islam dari sudut istilah yang diberikan oleh para ulama ialah:

(a) Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan pengakuan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya mampu.
Definisi ini berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w. apabila ditanya oleh jibril mengenai pengertian Islam.
"al-lslam itu ialah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan (yang berhak diabdikan diri sebenar-benarnya) melainkan Allah, dan (kamu bersaksi) sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya mampu. " (Sahih Muslim, hadith 1 ; hal. 1)
Sabda Rasulullah ini juga membawa maksud bahawa Islam adalah mentauhidkan Allah, tunduk, patuh, dan ikhlas kepada Allah serta beriman dengan dasac-dasar yang telah ditetapkan oleh-Nya.

(b) Kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri dengan penuh keikhlasan, dengan sukarela bukan secara terpaksa (Abd Karim Zaydan, 1979: 13) kepada Allah s.w.t. dalam seluruh aspek kehidupan. Merangkumi jasmani dan rohani, akal dan perasaan. Meliputi aspek aqidah, syariat dan akhlak.
Allah s.w.t. menyebut di dalam firman-Nya; Maksudnya : Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari selain dari din (agama) Allah, Pada hal kepada-Nyalah tunduk taat sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi; sama ada dengan sukarela atau pun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan. (ali-lmran: 83)

(c) Islam merupakan jawapan kepada tiga persoalan penting yang dihadapi oleh manusia, iaitu : Dari mana manusia datang, mengapa manusia datang dan ke mana kesudahan manusia? (Abdul Karim Zaydan, 1979:10-11)
Hanya Islam mampu menjawab persoalan-persoalan ini dengan memberi jawapan yang menepati fitrah akal manusia. Antara jawapan kepada persoalan "dari mana manusia datang" ialah firman Allah s.w.t. : Maksudnya: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatikanlah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dan setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketui daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan kejadiannya. (al-Haj:5)

(d) Islam ialah ruh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi dalam kehidupan, ubat yang paling mujarab bagi penyakit dan jafan lurus yang selamat bagi manusia yang melaluinya (Abdul Karim Zaydan, 1979: 10). Firman Allah s.w.t. : Dan Kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (al-lsra:82)
Firman Allah s.w.t. : Maksudnya; Dan sesiapa yang berserah din sepenuhnya kepada Allah (dengan ikhlas) serta dia berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang kukuh. (Luqman :22)
(e) Peraturan hidup {way of life) yang bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia serta disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w. untuk menjadi panduan seluruh umat manusia.

ISLAM SEBAGA1 AD-DIN
Perkataan din merupakan istilah khusus dalam al-Quran yang bermaksud sistem hidup, cara hidup, peraturan atau perundangan hidup. Islam sebagai ad-din membawa maksud Islam adalah satu-satunya sistem hidup atau peraturan yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi panduan umat manusia. Islam merupakan satu-satunya din yang diredai Allah s.w.t yang memandu manusia ke arah kesejahteraan dan keredaan hidup di dunia dan kenikmatan hidup di akhirat. . Sebagai ad-din yang dicipta oleh Allah s.w.t, Islam adalah berbeza dengan agama-agama ciptaan manusia.

jelas daripada pengectian-pengertian di atas bahawa Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasul-Nya s.a.w. tidak wajar disamakan dengan pengertian agama menurut perspektif umum. Islam merupakan ad-din Samawi yang menepati fitrah manusia, merangkumi semua aspek hidup yang menyentuh persoalan dunia dan akhirat, kebendaan (material) dan kerohanian (spiritual), individu dan masyarakat, rumahtangga dan negara, pemimpin dan rakyat, dan segala yang memenuhi ruang lingkup kehidupan manusia.

Perkataan ad-Din itu sendiri pada hakikatnya lebih luas maksud dan skop atau ruang lingkupnya daripada agama. Perkataan din apabila dilihat sebagai istilah yang khusus dalam al-Quran mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat. la merupakan suatu istilah yang mengandungi empat elemen penting:

(i) Kekuasaan yang Maha Mutlak (Allah s.w.t)
(ii) Penyerahan diri lahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetiaan kepada kekuasaan yang Maha Mutlak
(iii) Iman dan amalan di bawah pengawasan pihak yang Maha Mutlak kekuasaannya
(iv) Ganjaran yang diberi sama ada yang baik atau buruk dari pihak yang Maha Berkuasa.

Allah s.w.t juga telah menegaskan bahawa agama-agama yang wujud di dunia ini selain daripada Islam tidak akan mendapat tempat di sisi Allah. Sesiapa yang menganut atau mempercayai selain Islam maka dia adalah iergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi dan di akhirat nanti akan mendapat balasan yang amat buruk.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesiapa yang mencari din (agama) selain daripada din (agama) Islam maka dia termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti" (Surah Ali-lmran ayat: 85)

Islam sebagai ad-din merupakan sistem hidup yang selari dengan fitrah semula jadi manusia di mana setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini telah mengakui Allah s.w.t sebagai Tuhan yang berhak di sembah sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Setiap anak yang dilahirkan adalah suci (iaitu dalam keadaan Islam, menyerah diri kepada Allah s.w.t). Maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. "
Isiam merupakan sistem hidup yang sempurna yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Islam menyeru manusia mengenali Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Perkasa, Allah s.w.t yang berhak disembah. Islam mengajak manusia beribadat kepada-Nya, membesarkan Allah s.w.t, memuji dan mengagongkan Allah s.w.t kerana Allah s.w.t jualah yang mentadbir hidup manusia. Allah s.w.t adaiah Rabb dan Allah s.w.t juga adalah llah, dan Allah s.w.t jualah yang meredai Islam sebagai cara hidup manusia.

Islam bukan sahaja dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w bahkan semua Nabi dan Rasul semenjak Nabi Adam a. s hinggalah Nabi Muhammad s.a.w. Para Rasul mendakwah manusia kepada Islam, menerangkan kepada manusia aqidah yang benar, meletakkan syariat yang sesuai dan mengajar manusia berakhlak mulia daiam kehidupan.

Setiap manusia yang mengaku muslim, wajib mempunyai aqidah yang benar, iaitu percaya dan yakin Allah s.w.t Tuhan yang sebenar-benar disembah. Allah s.w.t Tuhan yang mentadbir alam, memberi rezeki kepada manusia dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Islam juga menyeru manusia supaya beramal dengan segala peraturan Islam dan berakhlak dengan akhlak Islam. Ini adalah bagi meletakkan manusia dalam rahmat dan hidayah Allah s.w.t.
Allah telah memberi pengakuan bahawa Islam adalah din yang diredai- Nya dan amat sesuai dijadikan panduan dan ikutan kepada manusia. Islam adalah berbeza dengan agama-agama ciptaan manusia. Islam merupakan al-Din iaitu suatu cara hidup manusia. Apabila Islam dinobatkan sebagai cara hidup manusia ini bermakna melalui Islam, Allah s.w.t telah meletakkan garis panduan dan peraturan hidup dalam memandu kehidupan manusia. Justeru itu Islam perlu dijadikan panduan dalam seluruh aspek kehidupan.
Apa sahaja budaya atau cara hidup yang tidak diakui oleh Islam maka ia adalah cara hidup yang batil dan tidak boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Begitu juga dengan adat-adat yang diguna pakai oleh sebilangan masyarakat hari ini. Sekiranya adat-adat yang diamalkan sejak zaman nenek moyang itu menyeleweng dari landasan Islam maka adat-adat tersebut tidak boleh diamalkan dan dilarang oleh Islam.
Setiap muslim mestilah hidup berlandaskan sistem hidup Islam. Masyarakat yang tidak meletakkan Islam sebagai cara hidup pastinya akan kucar kacir, porak poranda, terjerumus dalam kehancuran dan gagal memperolehi kejayaan dan kesejahteraan. Oleh yang demikian sebagai muslim mukmin hanya Islamlah cara hidup yang sesuai.

Allah s.w.t telah menegaskan bahawa Dia telah sempurnakan kepada umat manusia Islam sebagai cara hidup. Firman-Nya yang bermaksud: "Hari ini Aku telah sempurnakan bags kamu agama kamu iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan Aku reda Islam itu agama kamu. " (Surah al-Maidah ayat: 3)

No comments:

Post a Comment