Wednesday, September 21, 2011

APA ITU WAHHABI ?

APA ITU WAHABI?

Dalam kitab Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah juz 2, hal 174 diterangkan:

“Wahabiah adalah sebuah lafaz yang dilontarkan oleh musuh-musuh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab disebabkan dakwah beliau di dalam memurnikan tauhid, membasmi syirik dan membendung seluruh tatacara ibadah yang tidak dicontohkan dari Nabi Muhammad s.a.w. Tujuan mereka dalam menggunakan lafaz ini ialah untuk menjauhkan manusia dari dakwah beliau dan menghalangi mereka agar tidak mahu mendengarkan perkataan beliau”.[1]

Wahabi sebenarnya adalah diambil daripada nama Muhammad bin Abdul Wahab. Tetapi dinisbahkan kepada nama ayahnya iaitu Abdul Wahab sebagai “wahabi”. Padahal ayahnya tidak ada sangkut paut dengan dakwah yang di bawa oleh anaknya iaitu syeikh Muhammad bin AbdulWahab.[rujuk Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission oleh Jalal Abualrub]

Beliau berdakwah membasmi segala bid’ah dan syirik yang meluas ketika itu di tanah arab. Syeikh Ali Tantawi menyebut banyak jenis bid’ah berkembang sebelum kelahiran Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab sehinggalah kelahiran beliau:

“Orang awam percaya mereka boleh mendapat kebaikan dan menjauhkan musibah dengan meminta kepada kubur-kubur Nabi dan orang-orang alim, termasuklah pokok-pokok, busut-busut serta patung-patung. Mereka menyeru kepada benda-benda ini dan mereka berkorban atas nama orang-orang tersebut. Memuji yang mati menjadi popular. Daerah yang paling banyak amalan jahiliah baru ini”. [Petikan dari Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, hal 22][2]

Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab atau nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid At-Tamimi al-Najdi. Beliau lahir pada tahun 1115H, dibandar al-U’yainah sebelah sebelah utara bandar Riyadh, Saudi pada waktu pemerintahan Bani Uthman (Uthmaniah) semasa sultan Ahmad ketiga yang memerintah antara tahun 1115H hingga 1144H. Wafatnya Syaikh Muhammad pada bulan dzulkaedah 1206H dalam usia 86 tahun rahimahullah.

Demikian di atas pengenalan secara ringkas yang saya nukilkan daripada kertas kerja Seminar Antarabangsa mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab pada 16 & 17 Mac 2006 di perlis.

Tuduhan terhadap syeikh Muhammad Bin Abdul wahab.

Beliau dilemparkan dengan berbagai tuduhan, antaranya :

1. “Wahabi” sebagai satu mazhab baru yang lain daripada mazhab empat.
2. “Wahabi” sebagai satu mazhab yang keluar dari pada agama Islam.

Sebenarnya tuduhan ini dilaklukan tanpa bukti. Beliau bersih daripadasemua tuduhan itu karena buku-buku karangan beliau dan manhaj dakwahnya jelas seperti yang dinyatakan sebelum ini. Terdapat beberapa kemungkinan berlaku tuduhan ini. Antaranya :

1. Buku-buku karangan beliau tidak sampai kepada orang-orang ramai sehingga tidak
mendapat maklumat sebenar tentang dakwah beliau.
2. Hakikat dakwah sebenar beliau tidak sampai kepada orang ramai, yang sampai
hanyalah tuduhan-tuduhan liar yang tidak ada asas.
3. Kekeliruan antara istilah “Wahabi” dengan gelaran yang sama diberikan sebelum itu kepada Abdul wahab bin Abdurahman bin Rustum yang beraliran khawarij ibadhiyah serta asas aqidahnya yang menyeleweng daripada Islam. Beliau telah mengubah setengah dari hukum Islam dan menghapuskan hukum haji. Beliau berasal dari Parsi dan wafat pada tahun 190 atau 197 Hijriyah di Utara Afrika. Diantara aliran aqidah ini adalah :

1, Mentakwil sifat-sifat Allah
2, Mengingkari wujudnya peluang melihat Allah di akhirat kelak
3, Mentakwilkan masalah-masalah akhiratseperti mizan dan shirat
4, I’tiqad bahwa al Qur an itu makhluk, dan lain-lain lagi pegangan yang menyalahi
ahlu sunnah wal jama’ah.

Hukum terhadap WAHHABI ini telahpun difatwakan oleh ulama Andalus dan Fuqaha disebelah Utara Afrika bahwa mereka adalah kumpulan sesat yang terkeluar daripada Islam.

Apabila dakwah syeikh Muhammad bin Abdul wahab al-Taimi al-Najdi ini lahir, ia mula disandarkan kepada WAHHABI yang diasaskan oleh Abdul wahab bin Abdurahman bin Rustum. Kemudian diletakkan lagi dengan berbagai tuduhan dan keburukan keatasnya dan disebarkan keseluruh alam demi menakutkan masyarakat Islam. Sebaliknya kita dapati jasa syeikh Muhammad bin Abdul wahabdan dakwah beliau amat besar kepada masyarakat yang benar-benar inginkan kebenaran.

Tuduhan-tuduhan sebegitu tidak patut ada dalam jiwa umat Islam yang berada di zaman globalisasi ini. Tuduhan itu hanya digunakan oleh ahli politik dan orang-orang yang mencari kesempatan untuk mendapatkan habuan hidup didunia ini sama ada kebendaan atau pangkat dalam masyarakat.[3]

Sesungguhnya istilah ‘WAHHABI’ adalah satu istilah yang salah dan tidak boleh dinisbahkan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sama ada dari sudut bahasa arab, syarak, maupun kata nisbah. Yang menjadi kebiasaan dalam penggunaan kata nisbah ialah menisbahkan nama kepada orang yang dimaksudkan. Justru kata nisbah yang betul bagi Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab adalah ‘al Muhammadi’, dan kata nisbah untuk dakwahnya juga ialah ‘al Muhammadiyah’ataupun boleh juga kata nisbah namanya disebut ‘al Tamimi’, yaitu nisbah kepada nama kabilahnya.

Seperti contoh kata nisbah untuk Imam Malik ialah al-Malikiyah, kata nisbah untuk Imam Syafie ialah al-Syafi’iyah. Jelaslah ‘al-Wahhabi’ merupakan kata nisbah yang salah untuk Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Sepatutnya dakwahnya disebut ‘dakwah muhammadiyah’. Tetapi musuh-musuhnya dapat mengesan keelokan kata nisbah ini dan mereka yakin dia tidak akan menakutkan orang yang mendengarnya, lalu mereka pantas mengubahnya kepada kata nisbah yang palsu dan mengelirukan. Hakikatnya , Abdul Wahhab adalah nama bapaknya.

Kata nisbah ‘wahhabiyah’ menjadikan dakwah itu dakwah bapaknya yang diketahui tidak pernah memainkan peranan dalam dakwah ini. Lebih dasyat lagi apabila dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dituduh sebagai salah satu dari pada golongan yang baru muncul dikalangan umat Islam ataupun salah satu mazhab yang baru. Malah ‘Wahhabiyah’digandingkan dengan nama ‘Qadiyani dan Bahaai’. Tujuan mereka dibalik usaha itu semua tidak lain melainkan untuk menakut-nakutkan orang ramai. Amalan keji mereka ini didorong oleh kejahilan, hawa nafsu dan taqlid buta. [4]

Nama penuh beliau adalah Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali dari keluarga Musyrif dari kabilah Tamim yang masyhur. Oleh karena itu nama beliau kadang kala disebut sebagai Muhammad bin Abdul Wahhab al Tamimi, dan disebut juga sebagai al-Musyrifi, yaitu nisbah kepada salah seorang moyangnya, Musyrif. Salasilah nasabnya bertemu dengan nasab Nabi Muhammad saw pada Ilyas Bin Mudhar.[5]


Demikian di atas pengenalan secara ringkas yang saya nukilkan daripada kertas kerja Seminar Antarabangsa mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab pada 16 & 17 Mac 2006 di perlis.


[1] Dinukil daripada buku Hinpunan risalah dalam beberapa persoalan ummah buku 3 oleh Hafiz Firdaus Abdullah, hal 103

[2] Dinukil daripada terjemahan bukunya yang bertajuk Siapa Wahabi? Oleh Hamidun Abdullah, hal 8.

[3] Dinukil dari kertas kerja tajuk Penyebaran Ilmu Salafi Khususnya Penulisan Syeikh Muhammad Abdul Wahab oleh Dr. Abdul Halim Ahmad Saising.

[4] Dinukil dari kertas kerja tajuk MANHAJ Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam aqidah oleh Dr. Sulaiman al-Saloomi, Professor di jabatan aqidah Universiti Ummul Qurra',Makkah al-Mukarramah. Ms 110, kitab Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab antara fakta dan palsu.

[5] Dinukil dari kertas kerja tajuk MANHAJ Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam aqidah oleh Dr. Sulaiman al-Saloomi, Professor di jabatan aqidah Universiti Ummul Qurra',Makkah al-Mukarramah. Ms 98, kitab Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab antara fakta dan palsu.

http://wahabiah.blogspot.com

1 comment:

  1. boleh saya tahu, sebenarnya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab dimana beliau mulai mempelajari tentang islam, siapa guru beliau dan dari umur berapa beliau menjadi ahli hadist?

    ReplyDelete