Kepercayaan Khurafat & Syirik Dalam Tasawuf
Menurut kepercayaan penganut sufi/tasawuf, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam mengajar mereka dengan wahyu dan ilham. Semasa malaikat Jibril 'alaihis salam pertama kali turun, ia terlebih dahulu membawa syariat. Setelah beberapa kali turun barulah (Jibril) membawa hakikat (ilham yang ditiupkan oleh iblis) yang dikhaskan kepada individu-individu tertentu tanpa diberikan kepada orang-orang kebanyakan. Adapun orang yang pertama yang memperkatakan tentang hal ini dan melahirkannya ialah Ali dan kemudian diturunkan kepada a1-Hasan al-Basri. (Ibn Ajibah. "Eikadzul Himam, Bisyarah al-Hakam", hlm. 5)
Itulah cerita-cerita palsu, karut, khurafat, tahaiyul dan tiada asal-usulnya hasil ciptaan orang-orang sufi/tasawuf. Cerita rekaan ini dipenuhi pembohongan dan bid'ah. Cerita-cerita begini sebenarnya merupakan satu penghinaan terhadap Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan sekalian ummahnya. Mereka (orang-orang sufi/tasawuf) telah membuat fitnah atau tuduhan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam masih ada menyembunyikan hakikat yang berupa ilmu batiniah tarikat kesufian, atau ilmu-ilmu tentang kesufian/tasawuf atau juga agama sufi, ini adalah merupakan jenayah terhadap agama Allah dan perbuatan ini terlaknat. (Abdulrahman al-Wakil, (هذه هى الصوفية), hlm. 20)
Dengan adanya keyakinan, keimanan yang kuat dan ilmu agama yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith yang sahih di hati setiap mukmin, jika sekiranya benar-benar beriman kepada kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, maka sudah pasti mereka akan menolak fitnah, khurafat, tahaiyul, pembohongan dan bid'ah serupa ini.
Setiap mukmin yang beriman dan berilmu akan tetap berkeyakinan bahawa terlalu mustahil bagi Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam menyembunyikan wahyu atau ilmu agama walau sekecil mana sekalipun, apatah lagi bersikap pilih kasih dalam penyampaian baginda. Kerana antara sifat-sifat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mulia ialah tabligh (menyampaikan) siddiq dan amanah. Malah beliau pernah menegaskan dengan sabda baginda:
مَنْ كَتَمَ عِلْمًايعْلَمهُ اللهُ اِيَّاهُ اَلْجَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِلَجْمٍ مِنَ النَّارِ.
"Sesiapa yang menyembunyikan Ilmu yang telah Allah berikan kepadanya, akan disarungkan kepadanya di Hari Kiamat pakaian dari api neraka". (Ahmad, (10082). Ibn Majah, (261))
Ibnu Arabi, yang menjadi penaja falsafah kuffar ke dalam Islam, yang mana telah dianggap sebagai perintis, pemimpin, syeikh dan imam bagi orang-orang sufi, beliau mengimani bahawa hakikat Allah adalah seorang manusia yang raksasa dan kekal selama-lamanya (tidak mati). (Burhanuddin al-Baqaii, مصرع التصوف)), hlm. 31) Awas! Sesiapa yang meyakini kenyataan ini akan menyebabkan berlaku pada dirinya syirik tasybih atau syirik tamsil kerana mensetarakan Allah Subhanahu wa-Ta’ala dengan makhlukNya (manusia).
Ibrahim bin Adham yang dianggap sebagai ketua sufi/tasawuf yang besar sehingga ke saat ini, pernah menceritakan asal usul tarikat tasawuf ini sebagaimana pengakuan beliau:
"Aku pelajari pengetahuan sufi/tasawuf ini dari seorang paderi yang bernama Sam'an". (Doktor Tal'at Gannam, "adzwa 'Ala at Tasawuf" hlm. 30)
Pengakuan Ibrahim bin Adham ini (jika sekiranya para panganut sufi/tawawuf benar-benar berakal), pasti meraka memberikan tanda soal, apakah seorang Paderi Keristian dapat menunjukkan seorang mukmin untuk mengenali dan mendekatkan dirinya kepada Tuhannya? Dapatkah pula seorang itu memahami agamanya yang sebenar melalui paderi Nasara? Sedangkan hakikat sikap setiap Yahudi dan Nasrani amat menentang agama Islam dan sentiasa merancang mahu menghancurkan agama dan orang-orang yang masih beriman kepada Allah melalui berbagai-bagai cara, rancangan, penipuan dan konspirasi. Allah Azza wa-Jalla telah mengkhabarkan hakikat kenyataan ini sebagaimana firmanNya di dalam al-Quran:
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُوْدُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ.
"Tidak akan senang orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap kamu kecuali kamu mengikuti kesesatan yang mereka lakukan". (al-Baqarah, 2:120)
A1-Hallaj atau nama sebenarnya ialah Husin bin Mansur al-Hallaj dilahirkan di Baidhaa (Parsi) pada tahun 244H/858H. Ia mati kerana menjalani hukuman bunuh dan disalib pada 18 Dzulqaidah 309H. al-Hallaj dianggap oleh penganut sufi/tasawuf sebagai seorang tokoh, ulama besar dan wali. Sebenarnya al-Hallaj adalah seorang tokoh sufi yang berfahaman ekstrim dan redikal kerana beliau membawa fahaman yang keterlaluan, antara contohnya dia pernah menyebarkan ajaran atau fahaman:
1 - Hulul (Pantheisme), iaitu ketuhanan menjelma ke dalam diri manusia atau bersatunya hamba dengan Tuhan.
2 - Al-Hakikatul Muhammadiyah, atau dikenali sebagai Nur Muhammad sebagai asal kejadian segala sesuatu dan qadim.
3 - Kesatuan segala agama. Segala agama hakikatnya sama tujuan dan intinya, yang berbeza hanya nama dan syariatnya. Tidak ada faedahnya pertikaian tentang masalah agama baik Kristian, Budha, Hindu atau Islam.
4 - Beliau juga pernah berkata:
"Dunia ini kekal dan Allah itu adalah hadith (baru)".
5 - Al-Hallaj dianggap mempunyai sifat ke Mahdian dimasa hidupnya dan itulah kepercayaan mereka yang terpengaruh dengan dokterin al-Hallaj:
اَنَّ اَصْحَابُهُ كَانُوْا يَنْتَظِرُوْنَ عَوْدَتَهُ حَتَّى لَقَدْ زَعَمَ بَعْضُ اَصْحَابِ الْحَلاَّجِ اَنَّ الْمَضْرُوْنَ عَدُوُّ الْحَلاَّجِ اَلْقَى عَلَيْهِ شِبْهَهُ (كَمَا قَالَ الشِّيْعَةُ الْغُلاَةُ فِى جَعْفَرِ الصَّادِقِ وَاَبِى الْخَطَّابِ)
"Bahawa para sahabat al-Hallaj menanti-nanti (menunggu) kembalinya al-Hallaj sehingga sebahagian sahabatnya mengira bahawa yang dibunuh itu sebenarnya musuh al-Hallaj yang diserupakan dengannya (sebagaimana kaum Syiah yang Ghulat menganggap terhadap Ja'far dan Abu al-Khatab)". (Lihat: الصلة بين التصوف والتشيع hlm. 467. Dr. Kamal Mustafa asy- Syibaie. Darul Maarif, Mesir. l969)
Ucapan ini telah dikomentar oleh Syeikhul Islam Muhaiddin an-Nawawi as-Syafie rahimahullah di dalam kitabnya yang berjudul "Ar Raddatul ar Raudah":
وَمَنْ يَدِيْنُ بِهَذَا فَهُوِ زِنْدِيْق ، اَوْ بِتَعْبِيْرٍ اَدَق : صُوْفِىفَالصُّوْفِيَّةُ مُرَادِفَةٌ لِكُلِّ مَا يُنَاقِضُ اْلاِيْمَان الْحَقّ.
"Sesiapa yang beragama (menganut agama) sufi-tasawuf (yang dipelopori oleh al Hallaj) maka dia adalah zindik, atau dengan ibarat yang lebih jelas : Dia sufis, maka penganut sufi (seperti ini) samalah seperti seseorang yang menentang keimanan". (Burhannuddin al-Baqii, مصرع التصوف)), hlm. 31)
Imam Syafie rahimahullah pernah memperkatakan tentang kebodohan sufi/tasawuf:
اَلتَّصَوُّفُ مَبْنِيٌّ عَلَى الْكَسَلِ ، وَلَوْ تَصَوََّفَ رَجُلٌ اَوَّل النَّهَارِ لَمْ يَاْتِ الظُّهْر اِلاَّ وَهُوَ اَحْمَق.
"Tasawuf dibina dia atas kemalasan, jika sekiranya seorang lelaki menganut tasawuf di pagi hari, tidak akan sempai ke Zohor dia akan jadi seorang yang biul/goblok". (Lihat: مصرع التصوف او تنبيه الغبى الى تكفير ابن عربي Bahruddin al-Baihaqi. Tahqia Abdulrahman al-Wakil)
Dizaman Hasan Basri rahimahullah (21H) lahir seorang yang mula-mula digelar sufi yang pertama, iaitu Abu Hasyim al-Kufi berasal dari Kufah. Dia banyak melahirkan kata-kata yang anih, pelik dan bertentangan dengan naluri manusia dan syara.
Dan Imam Syafie rahimahullah terlalu benci terhadap keektriman, keradikalan dan kezindikan Sufi/tasawuf, beliau berkata:
"Saya meninggalkan Kota Basrah kerana di sana terdapat golongan zindik (sufi/tasawuf), mereka mengerjakan sesuatu yang baru yang mereka sebut dengan tahlilan". (Lihat: تلبيس ابليس hlm. 370. Ibn Qayyim al-Jauzi)
Amalan Sufi/tasawuf dianggap oleh Imam Syafie sebagai amalan yang fasik dan beliau banyak memperkatakan tentang penyelewengan kaum sufi/tasawuf, antaranya beliau pernah berkata:
"Tiada yang sanggup melakukan amalan itu (sufi/tasawuf dan tahlilan) kecuali orang yang fasik" (Lihat: حقيقةالتصوف وموقف الصوفية من اصول العبادة والدين Syeikh Soleh Bin Fauzan al-Fauzan)
Menurut kekarutan Ibnu Arabi lagi di dalam teori wahdatul wujudnya:
"Allah itu adalah segala-galanya, tidak ada sesuatu kecuali semuanya itu adalah Allah, oleh kerana itu apa sahaja yang disembah adalah Allah, sama ada berbentuk berhala, patung dan sebagainya kerana itu semua adalah hakikat Allah". (Lihat: مصرع التصوف. Hlm. 49-50. Burhanuddin al-Baihaqi)
Abu Yazid al-Bustami pula adalah orang sufi pertama yang mempunyai fahaman ittihad dan menyebar-luaskan ajaran ini. Antara kata-kata beliau yang ditentang oleh ulama akidah ialah:
اِنِّيْ اَنَا اللهُ لاَ اِلَهَ اَلاَّ اَنَا فَاعْبُدُوْنِيْ
"Sesungguhnya akulah Allah, tidak ada Tuhan selain aku, maka sembahlah aku".
Disuatu kejadian pernah berlaku kepada Abu Yazid ucapan yang bertentangan dengan syara:
اَتَى رَجُلٌ اَبَا يَزِيْدَ ، وَدَقَّ عَلَيْهِ الْبَابَ فَقَالَ : مَنْ تَطْلُبُ؟ قَالَ : اَبَا يَزِيْدُ قَالَ : مُرَّ فَلَيْسَ فِى الْبَيْتِ غَيْرُ اللهِ عِزَّوَجَلَّ.
"Seorang lelaki mendatangi rumah Abu Yazid dan mengetuk pintunya. Abu Yazid bertanya: Siapa yang engkau cari? Jawabnya: Abu Yazid. Lalu Abu Yazid berkata: Pergilah! Di rumah ini tak ada sesiapa kecuali Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Tinggi".
Di dalam perkataan Abu Yazid di atas menunjukkan bahawa beliau mengaku sebagai Allah. Pernah juga dia berkata:
لَيْسَ فِى الْجُبَّةِ اِلاَّ اللهُ
"Tiada (apa-apa) di dalam jubahku (bajuku) selain Allah". (Lihat: Analisa Kritis Terhadap Tasawuf. hlm. 18-19. Samudi Abdullah. Pustaka Nasional. Singapura)
Mereka yang mempunyai akal yang sihat dan memahami persoalan syara walaupun sedikit, tentu mengingkari semua kenyataan para tokoh-tokoh sufi di atas kerana bertentangan dengan syara.
No comments:
Post a Comment