I’tiqad Orang-Orang Tarikat Sufi/Tasawuf
Orang-orang sufi/tasawuf pada dasarnya telah menganut beberapa agama selain agama Islam (Abdulrahman al-Wakil, (هذه هى الصوفية) hlm. 19). Sebenarnya tujuan utama perancang sufi/tasawuf yang diprogramkan oleh musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi (sama ada disedari atau tidak oleh para pengikutnya) ialah untuk mengarah kepada pembenaman agama Islam dan kehancuran akidahnya. Ini dapat dibuktikan melalui ucapan seorang ketua tarikat sufi "Attilmisany" yang mana beliau telah menyuarakan:
"Isi Al-Quran semuanya syirik (menyekutukan Allah), dan hak kebenaran tauhid hanya pada kata-kata kami (iaitu kata-kata para syeikh sufi/tasawuf)". (Ibn Taimiyah "Majmu'ah ar Rasaail wal Masaail" hlm. 145, jld. 1)
Kalaulah al-Quran tidak dianggap sebagai suatu kebenaran mutlak oleh penganut sufi/tasawuf, tentulah semua syariat Allah akan diketepikan.
Sebenarnya tiada halangan pada orang-orang sufi/tasawuf beragama dengan agama-agama berhala, menyembah beberapa Tuhan dan dewa. Tidak hairan juga jika sebahagian yang lain menyembah hawa nafsu dan berhala yang tidak disembah oleh golongan tarikat sufi/tasawuf yang lain. (Abdulrahman al-Wakil, (هذه هى الصوفية) , hlm. 21)
Mereka (penganut sufi/tasawuf) percaya bahawa Islam itu ada dua bahagian, iaitu pertama: Syariat (lahiriah) dan kedua: Hakikat (batiniyah). Syariat diwahyukan oleh Allah Azza wa-Jalla dan hakikat berupa kesangsian yang diilhamkan kepada mereka oleh iblis. (Abdulrahman al-Wakil, (هذه هى الصوفية) , hlm. 21)
Menurut Ibnu Arabi, para wali (wali orang-orang sufi/tasawuf) lebih mulia dari para nabi, kerana para wali (menurut mereka) menerima wahyu sebagaimana para rasul menerima wahyu dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Ini telah dijelaskan oleh beliau di dalam kitabnya:
فَاْلاَوْلِيَاءُ عِنْدَهُ يَتَلَقَّوْنَ الْوَحْى كَمَا يَتَلَقَّاهُ اْلاَنْبِيَاءَ.
"Maka para wali (menurut mereka) menerima wahyu sebagaimana para nabi menerimanya" ((الفتوحات المكية), jld. 2. hlm. 60)
بَلْ يَبْلُغُ بِهِ اْلاَمْر اِلىَ اَنْ يُفَضِّلَ الْوَلِى عَلَى النَّبِيِّ لاَنَّ الْوَلِيَّ عِنْدَهُ اَكْمَل مِنَّ النَّبِيِّ.
"Malah sampai ketikanya lebih memuliakan wali dari nabi kerana wali menurutnya lebih sempurna dari nabi". (السهروردى (اصول الفلسفة الاشراقية), hlm. 89.)
Inilah sebahagian dari pembohongan, khurafat, tahaiyul dan kekufuran para penganut sufi. Mereka memberi sifat kenabian dan kerasulan kepada para wali mereka. Mereka ghalu dan keterlaluan kepada syeikh mereka sehingga mentakdis (menyucikan) mereka secara yang tidak diizinkan oleh syara.
No comments:
Post a Comment