Monday, September 19, 2011

KONSPIRASI SYI’AH TERHADAP AHLI SUNNAH

KONSPIRASI SYI’AH TERHADAP AHLI SUNNAH

Mengapa Para Ulama Mengkafirkan Syi’ah?

Pengertian Syi’ah menurut etimologis bermaksud pengikut, pendukung atau penyokong. Menurut terminologi pula ialah sesiapa yang mengangkat keimamam, kepimpinan atau kekhalifahan Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu dan Ahli Bait.

Pengertian Tasyayyu’ (التشيع) menurut etimologis ialah berittiba’ (patuh dan mentaati) secara agama dan mengangkat (berwala’) kepada orang yang ditaati dengan penuh keikhlasan.

Fahaman Syi’ah dan Tasyayyu’ bukan dari Islam. Ada pun perbezaan pokok antara Ahli Sunnah dengan Syi’ah tidak terletak pada tata cara ibadahnya yang bersetatus furu’, melainkan pada perkara usul atau akidah yang berupa asas.

Ahli Sunnah terlebih dahulu memperjuangkan dan mementingkan akidah di samping ibadah (fiqhiyah), akhlak, politik dan ekonomi, bukan semata-mata politik ummah sebagimana yang diperjuangkan oleh Syi’ah. Oleh kerana itu, untuk selama-lamanya Sunni dan Syi’ah tidak dapat disatukan.

Sebenarnya Syi’ah adalah cetusan dari (ciptaan) musuh Allah iaitu Yahudi. Syi’ah merupakan perancangan (konspirasi) Yahudi yang telah dijayakan oleh seorang lelaki Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ dengan cara mengkultuskan Ali bin Abi Talib.

Siapa Abdullah Bin Saba’?

Abdullah bin Saba’ adalah seorang Yahudi dari San’a, Yaman. Datang ke Madinah dimasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan radiallahu ‘anhu dengan berpura-pura sebagai seorang Islam. Dialah juga perancang terhadap pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan.

Ramai para penulis dan para ulama Syi’ah mengakui adanya seorang lelaki utusan Yahudi ini (Abdullah bin Saba’). Antara para ulama Syi’ah yang membenarkan wujudnya Abdullah bin Saba’ ialah: Sa’ad bin Abdullah al-Qummi (Usul Mazahib as-Syi’ah al-Imamiyah al-Ithna Asyariyah. 1/74), An-Naubakhti (At-Thusi. Al-Fihris hlm. 75), Abdullah an-Nasyi’ al-Akbar (Masail Imamah. W 293), Abdullah al-Mamaqani (Tanqih al-Maqal W. 1351) Muhammad Husin al-Zain (Lihat: Asy-Syi’ah fit Tarikh. Hlm. 213) dan ramai lagi.

Fitnah Yang Dicetuskan Oleh Abdullah Bin Saba’

Abdullah bin Saba’ adalah seorang munafiq Yahudi. Beliau melahirkan keIslamannya dan menyembunyikan kekafirannya kerana bertujuan untuk mencetuskan berbagai-bagai makr (penipuan), talbis (perangkap), tadlis (pembohongan) dan fitnah demi untuk menghancurkan Islam dari dalam akidah dan syariatnya. Antara fitnah-fitnah dan di’ayah keji yang telah ditabur oleh Abdullah bin Saba’ ialah:

1 - Mendi’ayahkan bahawa Ali bin Abi Talib telah menerima wasiat sebagai Khalifah Rasulullah (Lihat: Firaq Asy-Syi’ah. Hlm. 44. An-Naubakhti).

2 - Mendakwakan bahawa: Ali bin Abi Talib pencipta segala makhluk dan pemberi rezeki. (Lihat: Tahzib at-Tarikh ad-Dimsyaki. Juz 7. hlm. 430)

3 - Mencipta pembohongan bahawa: Ali bin Abi Talib tidak mati, dia tetap hidup di awang-awangan. Petir adalah pekikan Ali ketika marah dan kilat adalah cemeti Ali. (Al-Faraq Baina al-Firaq. Hlm. 234. Al-Baghdadi)

4 - Menuduh bahawa: Abu Bakr As-Siddiq, Umar bin Khattab dan Uthman bin Affan adalah orang-orang zalim (kafir) kerana merampas hak khalifah Ali setelah wafatnya Rasulullah. Semua umat yang membai’at khalifah di ketika itu adalah kafir. (Firaq Asy-Syi’ah. Hlm. 44. An-Naubakhti)

5 - Para roh suci atau Roh al-Qudus berinkarnasi ke dalam diri para Imam Syi’ah. (Lihat: Al-Bad’u Wat-Tarikh. 5/129)

Sikap Syi’ah Terhadap Nabi, Khalifah Dan Ahli Sunnah

Syi’ah telah mengkafirkan para sahabat terutamanya Abu Bakr, Umar, Uthman, para Salaf as-Soleh dikurun mufadhlah, tidak seorang sahabatpun yang selamat dari caci maki Syi’ah, malah mereka telah mengkafirkan semua Ahli Sunnah wal-Jamaah. Ini dapat dibuktikan melalui kitab-kitab dan pengakuan para Imam mereka:

1 - Maula Ali bin Husin berkata: Saya pernah bertaya kapada Ali bin Husin berkenaan Abu Bakr dan Umar, maka dia berkata: Keduanya kafir dan sesiapa mencintai keduanya adalah kafir. (Bihar al-Anwar. 2/216)

2 - Para sahabat selain Ali tidak sempurna, tidak menghafal hukum-hukum Islam. Mereka tidak bersahabat dengan Nabi kecuali untuk kepentingan dunia, bukan untuk agama dan menyibarkan agama. (Lihat: Aqidah Asy-Syi’ah Was-Sahabah. Maulah)

3 - Berkata Majlisi: Tidak mensolatkan mayat musuh kita, bukan kerana dia Jabariyah, Ahli Sunnah, Muktazilah, Khawarij atau tidak mengakui kekhalifahan Syaidina Ali. Jika terpaksa mensolatkan maka solatlah dengan bertaqiyah agar dapat melaknatnya di takbir yang ke empat. (Lihat: Mir’atul Uqul 4/72-73)

4 - Menurut Khomeini: Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) Ahli Sunnah. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 83. Khomeini) Menurutnya lagi: Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 83. Khomeini)

5 - Umar bin Al-Khattab radiallahu ‘anhu adalah syaitan menurut Syi’ah. (Lihat: Al-Anwar Al-Nu’maniyah. 1/80)

6 - Tarikh 9hb Rabiulawal iaitu hari terbunuhnya Umar bin Al-Khattab telah dijadikan sebagai Hari Raya bagi kaum Syi’ah. (Lihat: Al-Anwar Al-Nu’maniyah. 1/80)

7 - Mengahwini (menikahi) perempuan Yahudi lebih utama daripada menikahi perempuan Ahli Sunnah. (Lihat: Al-Mahasin Al-Nafsaniyah. Hlm. 154. Husin Usfur)

8 - Seorang Syi’ah diharamkan dari menikahi seorang wanita Ahli sunnah, begitu juga diharamkan wanita Syi’ah menikahi lelaki Ahli Sunnah. (Lihat: Al-Mahasin Al-Nafsaniyah. Hlm. 154. Husin Usfur)

9 - Seluruh Ahli Sunnah adalah najis, lebih buruk dari Yahudi, Nasrani dan Majusi. (Lihat: Al-Anwar Al-Nu’maniyah. 1/108)

10 - Bermakmumkan Ahli Sunnah adalah tidak sah. (Lihat: Al-Khomeini Wat-Taqiyah)

12 - Nikmatulah al-Jazairi berkata: Kita tidak boleh bersatu dengan Ahli Sunnah dengan satu Tuhan, satu Nabi dan satu Imam. (Lihat: Al-Anwar an-Nu’maniyah. 1/278)

13 - Menurut Khomeini: Dan sesungguhnya yang terpenting dari mazhab kami, sesungguhnya para aimmah kami mempunyai kedudukan (maqam atau darjat) yang tidak diperolehi (tidak boleh dicapai) oleh malaikat yang paling hampir dengan Allah (Jibril) atau para nabi yang telah diutus. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 52. Khomeini)

14 - Di dalam Al-Kafi disebutkan hadis yang bertujuan menghina dan mengkafirkan Amirul Mukminin iaitu: Saya bertanya kepada Abu Ja’far berkenaan asy-Syaikhan (Abu Bakr dan Umar), beliau berkata: Mereka meninggal dalam keadaan tidak bertaubat (kepada Ali bin Abi Talib). Mereka memperolehi laknat dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala, para malaikat dan manusia keseluruhanhya. Na’uzu billahi min zalik. (Lihat: Syarah Al-Kafi. Hlm. 20. (XX1/321-322). Kulaini)

15 - Setelah wafatnya Nabi semua para sahabat Nabi telah murtad, kecuali tiga orang sahaja iaitu al-Miqdad bin al-Aswad, Salman al-Farisi dan Abu Dzar al-Ghifari. (Lihat: Rawdatul Kafi. Al-Kulaini)

16 - Diriwayatkan dari Fudail bin Yasar dari Abu Ja’far bahawa ia berkata: Sesungguhnya ketika Rasulullah wafat, orang-orang kembali menjadi Jahiliyah kecuali empat orang iaitu Ali bin Abi Talib, Al-Miqdad, Salman dan Abu Dzar. (Lihat: Tafsir al-Ayyasyi 1/199. Al-Burhan 1/319 dan As-Safi 1/305)

17 - Nikmatullah al-Jazairi berkata: Dinukil dari riwayat khusus bahawa syaitan akan dibelenggu dengan tujuh puluh belenggu dari besi Jahanam. Lalu diheret ke Masyar, kemudian kelihatan seoarang lelaki yang diazab oleh malaikat, lehernya dibelenggu dengan seratus dua puluh belenggu dari Jahanam. Syaitan menghampirinya dan berkata: Apakah yang dilakukan orang celaka ini (Umar) sehingga azabnya melebihi azabku? Sedangkan aku telah menyesatkan manusia dan membawa kepada kebinasaan? Umar berkata: Aku tidak melakukan kesalahan, kecuali aku merampas kekhilafahan Ali. (Lihat: Al-Anwar An-Nu’maniyah 1/81-82)

18 - Nikmatullah al-Jazairi berkata tentang Abu Bakr: Dahulu Abu Bakr bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tetapi masih menggantung berhala di lehernya yang disembunyikan dengan pakaiannya. Ketika sujud tujuannya sujud kepada berhala tersebut. Dia melakukannya sehinggsa Rasulullah wafat. Lalu mereka menampakkan apa yang dahulu mereka sembunyikan dalam hati. (Lihat: Al-Anwar An-Nu’maniyah, 2/111)

Menghina Para Sahabat Adalah Kafir

Diriwayatkan dari Ahmad bin Muhammad bin Sulaiman at-Tustari ia berkata: Aku mendengar Abu Zur’ah berkata: Jika Engkau melihat seseorang mencela salah seorang sahabat Nabi, maka ketahuilah bahawa ia adalah zindiq. Kerana dalam pandangan kami Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah haq dan al-Quran adalah juga haq, sedangkan yang menukil al-Quran dan sunnah-sunnah Nabi kepada kita adalah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Sebenarnya mereka (yang mencela para sahabat) bertujuan memburuk-burukkan saksi-saksi kita untuk menghapuskan al-Quran dan as-Sunnah. Sebenarnya merekalah yang lebih patut diburukkan dan mereka itu adalah zindiq. (H/R Al-Khattab al-Baghdadi dalam Al-Kifayah. Hlm. 48. Riwayat yang sahih)

Kerjasama Ikhwanul Muslimin Dan Syi’ah

Hasan al-Banna dan semua tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin berusaha untuk mendekatkan Sunni dengan Syi’ah, malah bekerjasama untuk menyatukan antara Sunni dan Syi’ah. Contohnya, Umar At-Tilmisani (Mursyid ketiga setelah Hasan al-Banna) berkata: Fadilat Syeikh Muhammad al-Qummi salah seorang ulama besar dan tokoh ulama besar Syi’ah merangkap pemimpin Syi’ah telah diundang ke markas umum Ikhwanul Muslimin. Ia berada dalam waktu yang agak panjang di situ. Sebagaimana juga sudah dimaklumi bahawa Imam Hasan al-Banna telah membuat pertemuan dengan tokoh utama Syi’ah Ayatullah al-Kasysyani dimusim Haji tahun 1948M hingga membentuk kesatuan fahaman antara Syi’ah dengan Ikhwanul Muslimin. (Lihat: Limaza Ughtila Hasan Al-Banna. Hlm. 32. Lihat: Nukilan dari Ikhwanul Muslimin Fi-Mizan)

Tilmisani berkata lagi: Seingat saya, pada tahun empat puluhan Sayyid Qummi tokoh yang bermazhab Syi’ah berkunjung sebagai tetamu ke Markas Umum Ikhwanul Muslimin. Ketika itu Imam al-Banna sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatukan golongan-golongan yang berpecah (antaranya Syi’ah) (Lihat: Zikriyat Laa Muzakkirat. Hlm. 249. Tilmisani).

Tilmisani menulis di dalam bukunya: Sedarlah! Sesungguhnya Ahli Sunnah dan Syi’ah semuanya adalah kaum Muslimin yang disatukan oleh kalimah Laa Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah, inilah asas akidah, ternyata Ahli Sunnah dan Syi’ah dalam akidah adalah sama dan semuanya dalam keimanan. Adapun perselisihan antara keduanya, maka itu terjadi pada perkara-perkara yang boleh dilakukan tolak-ansur antara keduanya. (Lihat: Zikriyat Laa Muzakkirat. Hlm. 250. Tilmisani)

Bantahan Saya: Tidak mungkin akidah Ahli Sunnah mempunyai asas yang sama dengan Syi’ah, kerana akidah Syi’ah antaranya ialah memaksumkan para Imam-Imam mereka dan melarang solat di belakang Ahli Sunnah.

Bantahan saya: Bagaimana Syi’ah dianggap sebagai sama dengan kaum muslimin, sedangkan Syi’ah melaknat para sahabat terutamanya Khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman.

Tilmisani berkata: Pendekatan antara Syi’ah dan Sunnah merupakan kewajipan para fuqaha’ masa kini. Beliau berkata lagi: Maka merupakan kewajipan para fuqaha’ untuk menubuhkan pemikiran taqrib (pendekatan Syi’ah dan Sunnah) guna membina masa depan kaum muslimin yang gemilang”. (Lihat: Majalah Dakwah Al-Misriyah. Keluaran 105 Julai 1985)

Bantahan saya: Bagaimana boleh melakukan pendekatan, sedangkan Syi’ah mengharamkan lelaki Sunnah (Sunni) bernikah dengan wanita Syi’ah dan begitulah sebaliknya.

Dr. Izzuddin Ibrahim berkata: Aku ikut terlibat dalam usaha kumpulan ini (pendekatan antara Sunnah dan Syi’ah) atas berkat Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna yang berpendapat bahawa kaum muslimin sama ada Sunni atau Syi’ah adalah umat yang satu. Kitab sucinya satu, rasulnya satu, menetapkan halal dan haram juga satu, sistem siasahnya satu, sistem ekonominya satu, sistem sosialnya satu, daulahnya satu begitu juga dalam rangka membersihkan alam dari kezaliman, ketidakadilan, kepalsuan yang dilakukan oleh dua kuasa besar. Maka Sunni dan Syi’ah semestinya bersatu dalam menghadapinya. (Lihat: Mauqif Ulama Muslimin Minasy-Syi’ah Was Tsaurah Al-Islamiyah. Hlm. 35)

Bantahan saya: Ini hanyalah suatu di’ayah, kerana Syi’ah tidak mengakui kitab-kitab hadis Ahli Sunnah seperti Sahih al-Bukhari, Muslim, Turmizi dan lain-lainnya. Mereka hanya mengiktiraf kitab al-Kafi oleh Kulaini, malah menolak al-Quran Ahli Sunnah kerana mereka mendakwa hanya berpegang dengan Mushaf Fatimah.

Muhammad al-Ghazali menyatakan pendiriannya: Aku termasuk anggota penyatuan/pendekatan antara berbagai mazhab. Aku diberi tugas menyenambungkan jamaah di Markas Ikhwan di Kairo. Aku berusaha merapatkan hubungan dengan Syeikh Muhammad Taqiy al-Qummi (tokoh Syi’ah) sebagaimana dengan Syeikh Jawwad (tokoh Syi’ah). Dan aku juga merapatkan hubungan dengan ramai ulama dan tokoh-tokoh Syi’ah. (Lihat: Mauqif Ulama Muslimin Minasy-Syi’ah Was Tsaurah Al-Islamiyah. Hlm. 22)

Komentar saya: Ini hanyalah kerja yang sia-sia dan ternyata usaha Muhammad al-Ghazali tidak mencapai matlamatnya sehinggalah beliau meninggal dunia.

Zainab al-Ghazali berkata: Menurutku Syi’ah Ja’fariyah dan Zaidiyah juga termasuk mazhab-mazhab Islam seperti empat mazhab yang ada dalam kalangan Ahli Sunnah. Para cendiakawan dan para tokoh dari kalangan Sunnah dan Syi’ah hendaklah mencari titik pertemuan dan saling memahami serta bekerjasama dalam mengeratkan hubungan antara mazhab yang empat dengan mazhab-mazhab Syi’ah. (Lihat: Muaqif Ulama Muslimin Wa-Tsaurah Islamiyah. Hlm. 33)

Bantahan Saya: Ini adalah satu kedangkalan, bukankah Syi’ah Ja’fariyah dan Zaidiyah menolak mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah dan mendirikan mazhabnya sendiri, mempunyai prinsip tersendiri dan menentang akidah Ahli Sunnah.

Para Da’i Dan Gerakan Syi’ah Menentang Ahli Sunnah

Sedarlah, Syi’ah telah mengirim dan mengeluarkan ramai para pendakwah mereka untuk mentadlis, makr, talbis dan menyelewengkan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dan ramai kalangan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang diperalatkan oleh Syi’ah. Antara tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan orang-orang yang mempertahankan Ikhwanul Muslimin yang diperalat oleh konspirasi Syi’ah ialah Subhi Saleh, Dr. Abdul Karim Zaidan, Muhammad al-Ghazali, Muhammad Abu Zahrah, Dr. Mustafa as-Syeikh, Syeikh Hasan Ayyub, Hasan at-Turabi, Fathiyakan, Zainab al-Ghazali, At-Tilmisani, Yusuf al-Azham dan ramai lagi.

Berpunca dari sokongan dan usaha bersungguh untuk mentaqrib (pendekatan/penyatuan) antara Syi’ah dan Sunnah oleh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, maka Daarut Taqrib berjaya memperolehi fatwa dari Syeikhul al-Azhar Muhammad Syaltut untuk memberi ruang kepada Syi’ah Rafidhah dalam bidang fiqh, usul fiqh, tarikh, mustalah hadis dan perawi-perawinya di Universiti Al-Azhar. (Lihat: Al-Jamaah al-Islamiyah Fi Dhawi al-Kitab wa;Sunnah Bi Fahmi Salaf al-Ummah. Salim Ied al Hilali. (dalam perbincangan Mut’ah))

Nawab Safawi telah menyampaikan pidatonya di hadapan sekumpulan pemuda-pemuda Syi’ah dan Sunnah yang ramai dan menjelaskan: Barangsiapa ingin menjadi penganut Syi’ah Ja’fariyah yang tulin, maka hendaklah bergabung ke dalam barisan Ikhwanul Muslimin. (Lihat: Mauqif Ulama Muslimin. Hlm. 15)

Tandas Penyatuan Pemikiran

Ikhwanul Muslimin akhirnya terkenal sebagai tandas atau tong sampah untuk mengumpulkan para ahli fikir yang diulamakan oleh kumpulan atau pengikutnya. Tidak kira aliran tersebut Syi’ah, sufiyah, Nasara atau kaum-kaum kuffar yang lain. Contohnya: Ikhwanul Muslimin memasukkan orang-orang Nasara dalam lajnah mereka. Dr. Abdul Fattah Muhammad Al-Uweisi mengakui hakikat ini dan beliau menjelaskan: Sebagai bukti tidak ta’subnya Ikhwanul Muslimin mereka melibatkan orang-orang Nasara dalam keanggotaan lajnah politik di bawah pemerhatian Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan pada l948M. Antara mereka ialah Wuheib Dus dan Akhnukh Louis Akhnukh. (Lihat: Tasawwur Ikhwanul Muslimin Lil Qadiyah Palestin. Hlm. 23)

Hasan al-Banna berkata:
وان تقتبس من كل فكرة قديما او حديثة
“Dan mengumpulkan (menyatukan) segala jenis pemikiran baik yang terdahulu atau yang terkini” (Lihat: Muzakarat ad-Dawah Wa Daiyah. Hlm. 353)

Berkata Umar Tilmisani:
وبلغ من حرصه على توحيد كلمة المسلمين انه كان يرمي الى مؤتمر يجمع الفرق الاسلامية
“Dan telah disampaikan (kepada saya) tentang keinginan beliau (Hasan al-Banna) untuk menyatukan Kalimah Muslimin. (keinginan beliau) disampaikan di Muktamar Menyatukan Firqah-Firqah Islam”. (Lihat: Al-Mulham Al-Mauhub Hasan Al-Banna. Hlm. 78. Tilmisani)

Al-Asymawy berkata: Hasan al-Banna telah menyatukan jalan (pemikiran) Said Jamaluddin al-Afghani dan jalan (pemikiran) Muhammad Abduh. (Lihat: Majalah Ad-Dakwah. No 21. Rabiul Awal 1398H. Hlm. 23)

Antara ciri atau pengikut Ikhwanul Muslimin, sama ada di Malaysia atau di mana sahaja ialah mereka berjuang untuk menghidupkan pemikiran para tokoh-tokohnya. Sehingga Said Hawa menegaskan:
ونعتقد انه لا جماعة كاملة للمسلمين الا بفكر الاستاذ البنا والا بنظرياته
“Dan kami telah beriktikad (penuh berkeyakinan) bahawasanya tidak ada jamaah yang sempurna bagi kaum muslimin, kecuali dengan fikrah (pemikiran) Al-Ustaz Al-Banna. Dan tidak sempurna kecuali dengan pandangan-pandangannya”. (Lihat: Jaulah Fi Fiqhiyiin Al-Akbar As-Saghir. Hlm 79. Said Hawa)

Markas Daarut Taqrib Dan Ikhwanul Muslimin

Daarut Taqrib telah mengeluar dana dengan mewah dalam mengendalikan segala urusannya, tetapi tidak diketahui dari mana sumbernya sedangkan anggotanya tidak pernah dikenakan yuran. Membelanjakan untuk rumah mewah di Zamaalik Kairo yang dipenuhi dengan perabut yang mewah, peralatan pejabat, dana menerbitkan majalah Risalah Islam yang besar, menggaji para pengurus, pengelola dan penulis-penulisnya. Dari manakah semua dana itu dan siapakah yang membiayainya? (Lihat: Majalah al-Azhar 24/285-286)

Jawapannya ialah dari beberapa penulis Syi’ah yang mengaku bahawa Daarut Taqrib didirikan dengan dana dari tokoh-tokoh Syi’ah. Sesiapapun tidak mempunyai hak untuk melakukan tugas tanpa persetujuan dari tokoh-tokoh Syi’ah. (Lihat: Al Khomeini. Hlm. 27. Ahmad Mughniyah)

Ini bermakna Daarut Taqrib adalah markas konspirasi Syi’ah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah untuk menghancurkan manhaj mereka dan memesongkan akidah mereka serta untuk menghilangkan wala’ dan bara’ di kalangan mereka.

Fatwa Ibn Bazz Tentang Ikhwanul Muslimin

Apabila Ibn Bazz rahimahullah ditanya:

Setelah Syeikh maklumi berkenaan hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang perpecahan umat, maka saya bertanya, apakah Jamaah Tabligh dengan kesyirikan dan bid’ahnya dan juga Jamaah Ikhwanul Muslimin dengan kehizbiyahannya termasuk ke dalam firqah yang sesat?

Jawapan Syeikh Ibn Bazz:

Termasuk ke dalam tujuh puluh dua, kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, maka akan masuk ke dalam tujuh puluh dua tersebut yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku” yang bermaksud golongan yang masih menjadi umat baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi:

Apakah keduanya (Jamaah tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?

Jawapan Ibn Bazz:

Ya! Termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut. Termasuk juga Murjiah dan Khawarij. (Lihat: Majalah As-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)

No comments:

Post a Comment