Monday, July 18, 2011

HUKUM MELAFAZKAN NIAT DAN PERMASALAHANNYA

Hukum Melafazkan Niat…

Niat, Kuncinya di Hati

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .(H.R Bukhori dan Muslim)

Artinya: Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. (H.R Bukhori dan Muslim)

Apa itu niat?

Niat, dari segi bahasa bererti kasad, tujuan dan nazar. Menurut istilah syarak, niat bererti sengaja melakukan sesuatu yang disertakan dengan perbuatan.

Dalam Kitab Fiqh Sunnah, Al-A'Lamah Sayyid Sabiq r.h menyebutkan kata Ibn Qayyim r.h ketika menerangkan tentang erti niat:

"Niat ertinya menyengaja dan bermaksud sungguh-sungguh utk melakukan sesuatu. Dan tempatnya di dalam hati,dan tidak ada sangkut paut sama sekali dengan lisan.."

Begitu juga kata Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani r.h (bermazhab syafie) dlm fathul baari, syarah shahih bukhari tentang niat

"Imam Nawawi (bermazhab syafie) mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yg ada dlm hati. Tetapi Syaikh Al-Karmani menambahkan, bahawa keinginan hati adalah melebihi maksud. Baidhawi berkata: niat adalah dorongan hati utk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat, sedangkan syariat adalah sesuatu yg membawa kepada perbuatan2 yg diredhai Allah dan mengamalkan segala perintahNya"

Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidaknya amal perbuatan. Dan amal ibadah tidak akan mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (karena Allah ta’ala), semua sepakat mengenai hal ini.

Namun apakah melafazkan niat ada hukum atau perintah syar’i yang mengharuskan kita untuk melafazkan setiap niat kita dalam melaksanakan Ibada…? mari kita sedikit membahas hal tersebu….

Melafazhkan niat tidak pernah diriwayatkan oleh seorangpun, baik dengan riwayat yang shahih, dhaif, maupun mursal. Tidak seorangpun sahabat yang meriwayatkan, dan tidak ada seorang tabi’in pun yang menganggap baik masalah ini sebagai sebuah keharusan, dan tidak pula dilakukan oleh empat Imam Madzhab yang mashur, seperti Imam Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah sekalipun melakukan talafuzh niat (melafazkan niat), baik itu dalam shalat maupun wudhu beliau, padahal Beliau adalah orang yang plaing mengetahui tentang Agama Yang Lurus Ini. Dan tidak pula dilakukan oleh para khalifahnya. Ini adalah petunjuk beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sunnah para sahabat. Tidak ada petunjuk yang lebih sempurna, melainkan petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana sabdanya.

Artinya: Sesungguhnya sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Abu Abdillah Muhammad bin Qasim At Tunisi Al Maliki mengatakan: “Niat termasuk amal hati, dan melafazhkan niat adalah bid’ah. Disamping itu, juga mengganggu orang lain.” (Ibid, hlm. 91).

Imam Syafi’i mengatakan, orang yang was-was dalam niat shalat dan bersuci, adalah orang yang bodoh tentang syari’at dan rusak pikirannya. (Al Amru Bil Ittiba’ Wan Nahyu ‘Anil Ibtida’, oleh Imam Jalaludin As Suyuthi, hlm. 295-296, tahqiq Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman). Sedangkan perkataan imam syafi’i yang mengharuskan melafazkan niat adalah kesalahan penafsiran. Karena yang dimaksud Imam Asy Syafi’i bukan demikian. Akan tetapi, yang dimaksud beliau rahimahullah adalah ucapan mulai shalat, yaitu takbiratul ihram.”

Keberadaan niat harus disertai dengan menghilangkan segala keburukan, nafsu, dan keduniaan. Niat itu harus ikhlas karena Allah dalam setiap amal, agar amal itu diterima di sisi Allah. Setiap amal shalih mempunyai dua syarat, yang tidak akan diterima kecuali dengan keduanya, yaitu: Pertama, niat yang ikhlas dan benar. Kedua, sesuai dengan Sunnah, mengikuti contoh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dengan syarat pertama, kebenaran batin akan terwujud. Dan dengan syarat kedua, kebenaran lahir akan terwujud.Tentang syarat pertama telah disebutkan dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya amal-amal itu hanya tergantung pada niatnya.” Inilah yang menjadi timbangan batin. Sedangkan syarat kedua disebutkan dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Artinya: Barangsiapa yang beramal tanpa adanya tuntutan dari kami, maka amalan tersebut tertolak. (HR. Bukhari no. 2697, Muslim no. 1718, Abu Dawud no. 4606 dan Ibnu Majah no. 14 dari hadits Aisyah)

Shaikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam fatwanya menenai talafudz niat ini mengatakan

"Mengeraskan niat tidak wajib dab tidak pula sunnah menurut kesepakatan muslimin. Bahkan, org yg mengeraskan niatnya adalah org yg melakukan bid'ah dan bertentangan dgn syariat. Apabila ia melakukan itu krn meyakini bahawa itu termasuk syariat maka ia jahil dna sesat yg patut utk mendapat sanksi dan hukuman."(fatawa an-nisa)

Beliau menambah lagi:

"Sedangkan melafazkan niat dgn suara yg perlahan pun tidak diwajibkan mneurut para imam yg empat dan sekalian imam muslimin. Tidak seorang pun imam mengatakan bahawa melafazkan niat adalah wajib, tidka pada bersuci, tidak pada solat dan tidak pula pada haji."

Niat yg sebenar adalah dalam hati tanpa perlu mempunyai susunan perkataan tertentu. Bahkan secara umumnya, setiap perkara yg ingin kita lakukan memerlukan niat. Sbg contoh; kalau kita ingin makan, pasti seblm itu telah terlintas dalam hati kita utk makan. itulah dikatakan niat. Adapun lafaz niat adalah spt "sahaja aku nak makan...", dn saya pasti tidak ada seorangpon makhluk dalam dunia ini melafazkan niat sebegitu jika mau makan. Begitu jgualah dgn ibadat. Apabila kita ingin bersoat misalnya, kita telah pun ada niat itu. Kita sudah tau solat apa, berapa rakaat etc. Mustahil seseorang yg ingin solat tidak tau apa solat yg ingin dilakukan. Tidka perlu meusun perkataan ataupun melafazkan niat krn tiada contoh darpada Rasulullah saw.

Apakah kata Imam As-Syafie r.h tentang cara memulakan solat?

Dalam Kitab Al-Umm Imam Syafie r.h menyebutkan "Siapa yg pandai membaca takbir, nescaya tidaklah dia memulakan solatnya melainkan dgn takbir itu sendiri dan takbirnya ialah Allah hu akbar".

Dalam Kitab "Qaulu Mubin Fi Ak'tha Al-Musollin", Syaikh Ubaidah Masyur munukilkan kata2 Imam As-Syafie r.h berkenaan orang was-was dalam niat "Was-was dlm berniat semasa solat atau bersuci berpunca dari kejahilan atau kerosakan akal".

Dari manakah datangnya lafaz niat usolli ini?

Pendapat bahawa As-Syafie r.h telah mewajibkan melafaz niat sebelum solat berpunca dari kekeliruan Abu Abdullah Al-Zubairi r.h dlm memahami kata-kata As-Syafie yg berbunyi "jika kamu berniat utk haji dan umrah dianggap memadai sekalipun tidak dilafazkan, tidak seperti solat, tidak dianggap sah kecuali dgn Al-Nuthq". Bagi al-
Zubairi perkataan Al-Nuthq disini dianggap bermaksud melafazkan niat. Namun begitu maksud Al-Nuthq yg sebenar adalah takbiratul ihram iaitu solat itu dimulakan dgn melafazkan takbir,iaitu hanya Allah hu kbar. Syaikh Ubaidah Masyur manaqalkan kata2 Imam Syaraf An-Nawawi r.h dalam kitabnya "Qaulu mubin fi ak'tha al-musollin" ketika mengomentari akan kekeliruan ini.

Berkata Imam Nawawi r.h "berkata para sahabat kami: "telah berlaku kekeliruan oleh org yang menyatakannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh al-Syafie dengan kata al-Nuthq di dalam solat. Akan tetapi yang dimaksudkan dgn al-Nuthq oleh beliau (imam syafie) adalah takbir (iaitu Allah hu akbar)"

Syaikh Nasiruddin al-Albani r.h dlm kitab sifat solat Nabi SAW,menukilkan kata-kata Imam Nawawi dlm Raudhatuth Thalibin:

"Niat ertinya mengengaja. Orang yang solat, dalam hatinya hendaklah mengengaja solat apa yg akan dilakukannya,seperti solat zhuhur, solat fardhu, dan lain-lainnya. Niat ini dilakukan bersamaan dgn takbiratul ihram".

Oleh itu, yang sebenarnya telah berlaku kekeliruan sesetengah pihak terhadap kata al-Nuthq oleh As-Syafie, sebenarnya apa yg dimaksudkan beliau ialah takbiratul ihram (iaitu Allah hu akbar) ketika memulakan solat seperti mana yg telah dijelaskan oleh Imam Nawawi r.h sendiri (seorang tokoh dlm mazhab syafie)

Apakah komentar Ulama Salaf dlm hal ini?

Ibn Abi al-I'zz r.h berkata "tidak ada seorang ulama' pun dari imam yg empat,tidak al-Syafie mahupun yg lainnya yg mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat itu tempatnya di dalam hati. Hanya saja sebahagian ulama' kebelakangan
mewajibkan seseorang melafazkan niatnya dalam solat. Dan pendapat ini digolongkan sebagai mazhab Syafie. An-Nawawi r.h berkata (dlm membangkang akan hal ini) : "itu tidak benar"

Ibn Qayyim al-jauzi r.h (antara murid terbaik syaikhul islam Ibn Taimiyyah r.h) berkata dlm kitabnya Zaadul Ma'ad:

"Jika Rasulallah SAW berdiri untuk solat, maka beliau mengucapkan takbir, tanpa mengucapkan apa pun sebelumnya, tidak melafazkan niat dan tidak seorang pun di antara sahabat, tabi'in dan imam yang empat pernah melakukannya. Kebiasaan beliau SAW saat takbiratul ihram adalah melafazkan "Allah hu akbar" tanpa ucapan lain."

Berkata Syaikh Muhammad bin Shalih Uthaimin dallm buku "Sifat solat Nabi SAW dan zikr-zikr pilihan" apabila menerangkan perihal niat dlm solat:

Niat: iaitu mengengaja untuk solat menghambakan diri kpd Allah SWT semata, serta menguatkannya dalam hati sekaligus. Dan tidaklah disebutkan dari Nabi SAW dan tidak pula dari salah seorang sahabatnya bahawa niat itu dilafazkan atau mengucapkan "usolli fardhu..rak'ah Lillahi Ta'ala" atupun ucapan sejenisnya.

Ibnu al-Jawzi r.h dlm Talbis Iblis menyatakan

"Di antara kesan negative mengeraskan lafaz niat adalah mengganggu org lain. Ada di antara mereka yg embaca "usolli shalata..., kemudian dia akan mengulang lafaz itu kerana pada sangkaannya niat tersebut telah batal. Padahal niat itu sendiri tidak pernah batal sekalipun tidak diucapkan, diantara mereka ada yang bertakbir, kemudian membatalkan takbirnya, lalu bertakbir lagi dan membatalkan takbirnya. Jika imam sudah nak mulai rukuk, org yang was-was ini akan segera bertakbir dan ikut rukuk. Apa sebenarnya yg diperbuat olehnya? Itu semua adalah godaan iblis yang menghendaki dia tidak mendapatkan keutamaan (mengikut rak'at pertama bersama imam). Ada juga diantara orang yg diserang penyakit was-was bersumpah tidak bertakbir hanya sekali. Ini semua sebenarnya godaan iblis, syariat Islam sesungguhnya mudah dan bebas dari hal-hal seumpama itu. Perbuatan ini tidak pernah dikerjakan oleh Nabi SAW mahupun sahabatnya.."



wallohualam

No comments:

Post a Comment