Friday, July 15, 2011

MENGENAL SEPINTAS AJARAN SESAT SYIAH

Artikel ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat khususnya umat islam mengenai fahaman Syiah supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syiah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar."


Apakah SYIAH?

Syiah ialah golongan yang mendakwa Saidina Ali r.h lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syiah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang sama yang dinyatakan di atas iaitu mengkafirkan sahabat. Artikel ini akan memberikan tumpuan kepada Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah. Syiah inilah yang dipertikaikan oleh para ulama di setiap tempat pada hari ini. Ramai bilangan penganutnya dan fahaman ini agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

Siapa SYIAH IMAMIYYAH ITHNA ASYARIYYAH

Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah ialah Syiah dikatakan mempunyai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti yang dinyatakan dibawah ini:-

1.Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin Ali (wafat 61 H)
4. Ali Zainal Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (wafat 117 H)
6. Jafar as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Jafar as-Sadiq (wafat 183 H)
8. Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin Ali al-Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

Tegasan:- "Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syiah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan)."

AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA. (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

* Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

* Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)

* Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

* Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241) *Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al Istibsar j. 3 hal. 141)

* Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

* Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)


SIMPTOM-SIMPTOM ORANG YANG TELAH DIPENGARUHI OLEH SYIAH

Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

1. Sentiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
2. Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
3. Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
4. Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
5. Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
6. Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
7. Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
8. Memarahi orang yang puasa Asyura.
9. Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam mahdi).

1 comment:

  1. Semoga Allah lenyapkan agama syiah yang sesat ini.

    ReplyDelete