Sunday, July 3, 2011

BID'AH-BID'AH (AMALAN YANG TIDAK SUNNAH ) DIBULAN RAJAB

Bid'ah-Bid'ah Bulan Rejab

Bulan Rejab adalah salah satu daripada bulan-bulan haram dan padanya berlaku Israk dan Mikraj, iaitu pada malam 27hb. dan padanyalah disyari'atkan solat lima waktu sehari semalam; Orang-Orang Arab zaman jahiliah mengagung-agungkan bulan Rejab ini dan mereka menamakannya bulan Al-Ashamm, bulan yang pekak, kerana pada bulan ini tiada kedengaran jeritan, tangisan, pertempuran dan bunyi senjata bertarung dalam peperangan kerana bulan Rejab adalah bulan damai, bulan diharamkan peperangan.

Setelah kedatangan Islam sisa-sisa jahiliah itu (mengagung-agungkan bulan Rejab) masih lagi berkekalan apalagi kerana Israk dan Mikiraj Rasulullah s.a.w. berlaku pada bulan ini. Tukang-tukang bid'ah lalu mengambil kesempatan membuat hadith-hadith palsu yang menyatakan keutamaan-keutamaan bulan ini dan kemudian lahirlah beberana jenis ibadat yang tidak disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. dan tidak pula dilakukan oleh para sahabat dan golongan Salaf r.a.

Di antara amalan-amalan tersebut ialah:

1. Mengadakan solat khas pada malam pertama bulan Rejab.
2. Mengadakan solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rejab yang
dinamakan solat Ar-Raghaib.
3. Solat khas pada malam Nisfu Rejab.
4. Solat khas pada malam 27hb.Rejab (malam Israk dan Mikraj).
5. Puasa khas pada Ihb Rejab.
6. Puasa khas hari Khamis minggu pertama Rejab.
7. Puasa khas pada hari Nisfu Rejab.
8. Puasa khas pada 27hb. Rejab.
9. Puasa pada awal, pertengahan dan akhir bulan Rejab.
10. Berpuasa sekurang-kurangnya seharipada bulan Rejab.
11. Memperbanyakkan Istighfar pada bulan Rejab.
12. Dan lain-lain lagi.

Keutamaan Amalan Bulan Rejab?

Menyentuh tentang keutamaan bulan Rejab ada seorang guru yang mengajar di sebuah masjid di negeri ini menyatakan bahawa Rejab adalah nama sebuah sungai di syurga. 'Untuk dapat minum air sungai ini hendaklah berpuasa tiga hari pada bulan Rejab.
Dan banyak lagi cerita-cerita dongeng yang diperdengarkan orang dalam bulan Rejab.
Sebenarnya tidak ada sebuah hadith pun yang sah dari Rasulullah s.a.w. mengenai keutamaan-keutamaan bulan Rejab dan amalan-amalan yang khusus padanya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani berkata:

"Tidak ada hadith shahih yang dapat dijadikan hujjah mengenai keutamaan bulan Rejab, mengenai puasanya, mengenai hari yang khusus untuk berpuasa dan tidak ada malam khusus untuk bersolat padanya" (Fiqhus-Sunnah I, halaman 383)

Asy-Syaukani menukilkan pendapat Alibin Ibarahim Al-Aththar yang berkata dalam sebuah risalahnya: Bahawa apa yang diriwayatkan orang mengenai keutamaan puasa Rejab semuanya maudhu' belaka, dan dha'if tidak berasal. Dan beliau berkata: Adalah Abdullah al-Anshari tiada berpuasa bulan Rejab dan beliau melarangnya serta berkata:Tiadasesuatupunyang sah dari Nabi s.a.w.mengenai ini. Apa yang dilakukan sekarang ini iaitu mengeluarkan zakat pada bulan Rejab, tidak di bulan lain adalah tidak berasal.

Demikian pula dengan amalan penduduk Mekah yang membanyakkan kerja Umrah pada bulan Rejab, tidak di bulan lain. Ini menurut pengetahuanku adalah tidak berasal. Dan di antara yang diada-adakan oleh orang-orang awam ialah berpuasa hari Khamis pertama bulan Rejab, semuanya ini adalah bid'ah. Dan di antara perkara-perkara yang diada-adakan oleh mereka dibulan Rejab dan Sya'ban ialah mereka bersungguh-sungguh mengerjakan ibadat dalam bulan-bulan ini padahal tidak begitu di bulan-bulan lain. Dan apa yang diriawayatkan bahawa Allah memerintah Nuh supaya membuat bahtera pada bulan Rejab dan menyuruh orang-orang mukmin yang bersama-samanya supaya berpuasa Rejab adalah maudhu' belaka" .( Al-Fawaid,halaman 440 )

Solat Ar-Raghaib - Hadits Maudhu’

Semua amalan yang tersebut di atas sebenarnya di didasarkan kepada hadith-hadith Maudhu' dan Mungkar yang berikut:

1. Abdul-Jabbar bin Ibrahim meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab dan ia bersolat padanya empat rakaat, ia membaca pada rakaatpertama seratus kali ayat al-Kursi, pada rakaat kedua seratus kali surah al-Ikhlas, maka ia tidak akan mati sebelum ia melihat tempat kediamannya dari syurga ataupun diperlihatkan kepadanya. (Maudhu) ( Lihat Al-Maudhu'at 11/23, Al-Fawaaid, halaman 47 dan lihat pula kitab Al-La-a-Liul-Mashuu'ah, 11/55 )

2. Al-Juzqani meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa bersolat Maghrib pada rnalam awal bulan Rejab, kemudian ia bersolat sesudahnya dua puluh rakaat dengan bacaan Fatihah dan surah al-Ikhlas sekali dan ia bersalam padanya sepuluh kali salam, maka tahukah kainu apakah pahalanya? keranaar-Ruh al-Amin (Jibril) jnemberitahu kepadaku yang demikian itu.Kami berkata: Allah dan Rasulnyalah yang lebih mengetahui. Beliau lalu bersabda: Allah menjaga dirinya, hartanya, ahlinya (isterinya), anaknya dan ia diselamatkan dari azab kubur dan ia akan menyeberangi Shirat bagaikan kilat, tanpa hisab dan tanpa azab. (Maudhu') ( LihatAl-Maudhuu'at, 1/124.;Al-Fawaaid Al-Majmu'ah, halaman 47, dan Al-La-a-Liul-Mashnu'ah, 11/55.)

3. Al-Juzqani meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasul s.a.w. bersabda (Lihat Al-Maudhuu'at, 1/125, Al-Fawaaid, halaman 47-48, dan lihat pula kitab Al-La-alLiul-Mashnu'ah, 11/55,56, dan 114, 115.) :

Rejab bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku. Rasulullah lalu ditanya: Ya Rasulullah, apakah maknanya perkataan anda "Rejab bulan Al-lah? Beliaumenjawab: Ker ana iadikhususkandengan keampunan (Allah), padanya darah-darah terpelihara, padanya Allah menerima taubat para Nabinya dan padanya pula Allah menyelamatkan para walinya dari tangan-tangan musuh mereka, maka sesiapa yang berpuasa padanya berkewajipanlah atas Allah tiga perkara: Mengampuni dosanya yang telah lalu, memeliharanya dari dosa-dosa pada sisa umurnya dan selamat dari dahaga pada hari pembentangan amal (qiamat) yang agung.

Di waktu itu bangkitlah seorang tuayang dha'iflalu berkata:Ya Rasulullah saya sungguh tidak mampu untuk berpuasa bulan Rejab sepenuhnya. Lantas Rasul s.a.w. bersabda: Berpuasalah pada hari pertamanya kerana satu kebajikan dibalas dengan sepuluh kali ganda, dan berpuasalah pada pertengahan bulan dan pada akhirnya kerana engkau akan diberikan pahala orang-orang berpuasa sepanjang bulan, tetapi janganlah kamu melupakan inalam pertama bulan Rejab kerana ia adalah inalam yang dipanggil ar-Raghaib oleh para Malaikat.Yang demikian ialah apabila berlalu sepertiga malam, maka tiada tinggal seorang pun Malaikat Muqarrabin di seluruh langit dan bumi melainkan semua mereka berkumpul di Ka’abah dan disekelilingnya, maka Allah memandang mereka sekali pandang lalu berfirman: Wahai para Malaikatku! Mintalah kepadaKu apa-apa yang kamu kehendakki! Para Malaikat lalu berkata: Wahai Tuhan Kami, hajat kami ialah supaya Tuhan mengampuni orang-orang yang berpuasa bulan Rejab! Allah berfirman: Aku telahpun berbuat demikian itu!

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada seorang pun yang berpuasa pada hari Khamis minggu pertama bulan Rejab, kemudian ia bersolat dua belas rakaat di antara waktu Maghrib dan 'Atamah (waktu sepertiga awal malam) yakni pada malam Jumaat, pada tiap-tiap rakaat ia membaca Fatihah sekali dan surah Al-Qadri tiga kali dan surah al-Ikhlas dua belas kali, ia pisahkan antara tiap-tiap dua rakaat dengan satu salam. Apabila selesai ia bersalawat tujuhpuluh kali ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan kemudian membaca:

“Allah humma solli’ala Muhammaddin an-Nabiyil ‘ummiyyi wa ‘ala alihi”
kemudian ia bersujud dan membaca dalam sujudnya:

“Subbuuhun khuduusun robbul malaikati warruuhhi”
sebanyak tujuhpuluh kali, kemudian ia mengangkat kepalanya dan membaca:
“Rabbi’ifirli warhamni watajaawas ‘amma ta’lamuun innaka antal ‘azizul ‘a’tomi”
sebanyak tujuhpuluh kali, kemudian ia bersujud kali yang kedua dan membaca seperti bacaan dalam sujudnya yang pertama, kemudian ia meminta kepada Allah akan hajatnya, maka Allah mengabulkan hajatnya itu.

Demi Allah yang diriku ini dalam genggamannya, tiada seorang hamba Allah pun; baik lelaki mahupun perempuan yang mengerjakan solat ini melainkan Allah mengampuni semua dosanya walaupun banyaknya seperti buih di laut, walaupun sebanyak dedaun di pokok, dan pada hari qiamat ia akan memberi syafaat kepada tujuh ratus keluarganya.
Dan apabila hari pertama ia dalam kubur pahala solat akan datang lalu menyapanya dengan wajah yang manis dan lidah yang fasih dan ia berkata: Kekasihku! bergembiralah! Kerana anda telah bebas dari segala kesusahan. Si mati yang mengerjakan solat itu bertanya: Siapakah engkau? Demi Allah aku belum pernah melihat wajah yang lebih cantik daripada wajahmu. Aku belum pernah mendengar percakapan yang lebih baik daripada percakapanmu, dan aku pun belum pernah mencium bau-bauan yang lebih harum daripada bau-bauanmu.

Pahala solat itu menjawab: Hai kekasihku, akulah pahala solatyangengkau kerjakan pada malam sekian danpada bulan sekian. Saya datang pada malam ini untuk menunaikan hah anda dan untuk menemani anda dan untuk menghilangkan kesepian anda. Dan apabila ditiupkan sangkakala saya akan melindungi anda di atas kepala anda (memayungi) di mahsyar pada hari qiamat. Bergembiralah, anda tidak akan keputusan kebajikan dari Tuhan anda buat selama-lamanya) (Maudhu')

Semua Hadith di atas dijadikan sebagai dalil bagi menyunatkan solat dan juga puasa pada awal bulan Rejab dan puasa pada hari Khamis dan solat pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rejab, Solat Raghaib (malam Jumaat minggu pertama) inilah yang paling terkenal sekali dari antara solat-solat khas pada bulan Rejab ini.
Para ulama hadith sepakat menyatakan bahawa hadith-hadith mengenai solat ar-Raghaib ini adalah maudhu' (Palsu). Al-Imam, al-Hafiz Ibnul-Jazari mengatakan:
"Ada pun solat ar-Raghaib pada hari Khamis (malam Jumaat) dari bulan Rejab dan solat malam Nisfu Sya'ban dan solat malam lailatul-Qadr dari bulan Ramadhan, maka tidaklah sah dan sanadnya adalah maudhu' dan batil" (Al-Ibda' .halaman 287-288)

Olrh Dr Abd Ghani

No comments:

Post a Comment