Wednesday, July 6, 2011

HADITS-HADITS LEMAH DAN PALSU

HADIS PALSU DAN LEMAH

Yang patut di jauhi dari Beramal dan dijadikan Hujah MUQADDIMAH

Quote: 1. Hadith-hadith yang diriwayatkan dari Nabi SAW tak semuanya sahih. Ada yang lemah, bahkan ada yang palsu.

2. Antara sebab sesuatu hadith menjadi lemah, bahkan palsu adalah kerana kecacatan perawinya. Disamping ada juga berpunca dari gugurnya perawi dari sanad hadith.

3. Cara mengetahui status sesuatu hadith samada ia sahih,hasan, lemah atau palsu ialah melalui ilmu rijalul hadis, (ilmu mengenai perawi-perawi hadis serta ilmu jarah dan ta'dil (ilmu mengenai kecacatan dan keadilan perawi-perawi hadith).

4. Mengetahui kesohehan dan kedhaifan sesuatu hadith adalah perlu supaya kita tidak berhukum dan beramal dengan sesuatu yang tidak thabit dari Nabi SAW.

5. Menurut pendapat Imam Yahya bin Ma'in (wafat 233H), Imam AI-Bukhari (wafat 256H), Imam Muslim (wafat 261H), dan Imam Ibnu Hazm (wafat 456H), tidak boleh beramal sama sekali dengan hadith dhaif (apa lagi palsu) dalam hukum hakam dan fadhail a'mal (keutamaan-keutamaan amalan).

6. Imam An-Nawawi didalam Muqaddimah Syarah Sahih Muslim menyifatkan pendapat membolehkan beramal dengan hadith lemah dalam hukum-hakam adalah tidak benar bahkan sangat keji.

7. Buku ini ditujukan khusus kepada masyarakat awam Islam yang mana sebahagian besar dari mereka menganggap semua hadith-hadith Nabi SAW adalah sahih dan boleh diamalkan, sedangkan ianya tidak demikian.

8. Dengan menyedari kedudukan masyarakat Islam yang kurang memahami dan mendalami ilmu hadith, penulis membentangkan cara yang cukup mudah sebagai penjelasan mengapa satu hadith itu menjadi lemah bahkan palsu melalui komentar-komentar ulama pengkritik hadith yang jujur, adil, amanah dan kepercayaan.

9. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini mendatangkan kebaikan dan manafaat khasnya kepada masyarakat awam Islam dan diterima disisiNya sebagai satu amalan soleh yang berpanjangan pahalanya.

10. Akhimya Penulis memohon keampunan yang sebanyak-banyaknya kepada Allah sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan yang mana ia merupakan sifat hamba yang lemah. Kebenaran dan kesempumaan hanyalah milik Allah SWT. . Hamba Yang Mengharapkan Keampunan Tuhannya; Ibrahim Mohd Raja Taman Gombak Ria, Jamadil Awwa11426/Jun 2005

Hadith 1
Menuntut Ilmu Sampai Ke Negeri China Maksudnya: Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke Negeri China
1. Periwayat- Periwayat Hadith: Ibnu Adi, Abu Nu'aim, Ibnul Abdul Bar, AI-Khatib AI-Baghdadi 2. Status Hadith: PALSU
3. Sebabnya: Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bemama Abu Atikah Tharif bin Salman. Ia telah disepakati akan kelemahannya. Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya. Kata Imam AI-Uqaili : Ia seorang yang ditinggalkan, hadithnya (matruk) Kata Imam An-Nasai: Ia tidak thiqah(kepercayaan). Kata Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah. As-Sulaimani menanggapinya lebih dari itu ( dengan maksud Abu Atikah ini dikenali sebagai seorang pemalsu hadith ). Ini disebut oleh Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya At- Taqrib. Imam Ahmad mengingkari hadith ini dengan keingkaran yang bersangatan. Kata Imam Ibnu Hibban: Hadith ini bathil, tiada asalnya. Oleh kerana itu Imam Ibnul Jauzi menghukum hadith ini sebagai palsu.
Nota kaki: . 1. Perawi mungkar adalah perawi yang melakukan kesalahan yang parah atau pelupa atau jelas kefasikannya. Juga didefinasikan sebagai perawi lemah yang riwayatnya menyalahi perawi yang kepercayaan. Adapun disisi Imam AI-Bukhari ia membawa maksud seorang perawi yang tidak halal meriwayatkan hadith darinya.
2. Perawi matruk adalah perawi yang dituduh berdusta. (perhatian: Istilah ini akan ditemui oleh pembaca sekelian didalam hadith-hadith yang akan datang).

Hadith 2
Ramadhan: Awalnya Rahmat, Pertengahannya Keampunan, Akhirnya Pembebasan Dari Api Neraka. Maksudnya: Permulaan bulan Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhimya pembebasan dari neraka.
1. Periwayat-Periwayat Hadith: Ibnu Adi, AI-UqaiIi, AI-Khatib AI-Baghdadi, Ad-DaiIami, Ibnu Asakir
2. Status Hadith: SANGAT LEMAH
3. Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang dipertikaikan iaitu; Sallam bin Sawwar. Kata Imam Ibnu Adi: Ia seorang yang mungkar hadithnya. Kata Imam Ibnu Hibban: Ia tidak boleh dijadikan hujjah. Kata Imam Ibnu Hajar: Ia lemah. Kata Imam Az-Zahabi: Ia tidak dikenali dan khabamya mungkar. Maslamah bin As-Shalt Kata Imam Ibnu Adi: Ia tidak ma 'ruf (dikenali). Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
4. Keterangan: Hadith ini dengan lafaz yang hampir sarna juga diriwayatkan oleh Imam Ibnu Khuzaimah didalam Sohehnya. Tetapi status hadith tersebut adalah lemah, kerana didalam sanadnya ada seorang perawi bemama Ali bin Zaid bin Jud' an. Kata Imam Abu Zur'ah : Ia tidak kuat,waham(keliru) dan melakukan kesalahan. Kata Imam Ibnu Ma'in : Ia tidak dapat dijadikan hujjah. Kata Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar : Ia lemah Kata Imam Abu Hatim: Tidak boleh berhujjah dengannya.
5. Kesimpulannya: .. Kedua-dua hadith ini tidak dapat menguatkan antara satu sama lain kerana kecacatan perawi-perawinya terlalu nyata dan ketara.

Hadith3
Membaca Surah Yaasin Keatas Orang Yang Akan Mati Maksudnya: Bacalah keatas orang akan mati dikalangan kamu Surah Yaasin
1. Periwayat-Periwayat Hadith: Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, AI-Hakim, AI-Baihaqi , At- Thabarani, Ibnu Abi Syaibah
2. Status Hadith: LEMAH
3. Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang tidak dikenali (majhul) iaitu Abu Uthman dan bapanya Kata Imam Ad-Daruqutni: Hadith ini lemah sanadnya, tidak dikenali matannya (lafaz hadith ), Tiada sah satu hadith pun dalam bab ini. ( yakni yang bersumber dari Nabi SAW).
4. Keterangan: Paling utama ialah beramal dengan sunnah Nabi SAW dengan mengajar orang yang hampir mati dengan LaillahaillAllah.Sabda Nabi SAW dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim,Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah, AI-Baihaqi, Ibnu Hibban, Ibnu Abi Syaibah: Maksudnya: Ajarkanlah orang yang akan mati dikalangan kamu dengan LaillahaillAllah

Hadith 4
Lagi Membaca Surah Yaasin Keatas Orang Yang Akan Mati Maksudnya: Mana-mana orang yang akan mati lalu dibacakan disisinya Surah Yaasin nescaya Allah permudahkan keatasnya. 1. Periwayat-Periwayat Hadith: Abu Nu'aim, Ad-Dailami, Ar-Ruyani 2. Status Hadith: PALSU 3. Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Marwan bin Salim, Kata Imam Abu Hatim, Imam AI-Bukhari dan Imam Muslim: Ia seorang yang mungkar hadithnya. Kata Imam Ahmad, Imam Uqaili dan Imam Nasai: ia tidak thiqah(kepercayaan). Kata Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya. Kata Imam As-Saji: Ia seorang pembohong yang memalsukan hadith.

Hadith 5
Berhaji Tapi Tidak Menziarahi Rasulullah Saw Maksudnya: Sesiapa yang menunaikan haji dan tidak menziarahiku, sesungguhnya ia telah menjauhkan dirinya dariku. 1. Periwayat-Periwayat Hadith: Ibnu Adi, Ibnu Hibban, Ad-Daruqutni 2. Status Hadith: .PALSU 3. Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Muhammad bin Muhammad bin An Nu'man. Kata Imam Ad-Daruqutni: Kecelaan pada hadith ini datangnya dari Muhammad bin Muhammad. Kerana itu Imam Ad-Daruqutni menuduhnya sebagai pembohong. Kata Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya(matruk). .Begitu juga dengan datuknya, iaitu An-Nu'man. Dia merupakan seorang perawi yang tertuduh (dengan kelemahan). Berkata Imam Ibnu Hibban mengenai An-Nu'man: An-Nu'man membawa dari perawi-perawi kepercayaan hadith-hadith yang huru-hara (tidak tentu arah). Kerana itu Imam Az-Zahabi menyebut hadith ini sebagai PALSU. 4. Keterangannya: Hukum menziarahi kubur Nabi SAW adalah sunat.

Hadith 6
Solal Sunat Sebelum Musafir Maksudnya: Tiada satu pun yang lebih utama ditinggalkan seseorang pada keluarganya dari solat dua rakaat yang dilakukannya disisi mereka sewaktu hendak musafir. 1. Periwayat-Periwayat Hadith: Ibnu Abi Syaibah, At- Thabarani 2. Status Hadith: LEMAH 3. Sebabnya: Sanadnya terputus antara AI-Muth'im bin AI-Miqdam dan Nabi SAW. Kata Imam Ibnu Hajar: Tidak thabit AI-Muth'im mendengar mana-mana hadith dari sahabat. Kata Imam Ibnu Hajar lagi: AI-Muth'im adalah dari kalangan pengikut At-Tabi'ien ia meriwayatkan hadith dari Imam Mujahid, Imam Said bin Jubair dan lain-lain. Hadis ini adalah Mu' dhal (hadith yang gugur perawinya dua orang atau lebih secara berturut-turut); dan hadis Mu'dhal termasuk dalam kategori hadith lemah. 4. Keterangan: Disana ada sebuah hadith riwayat At- Thabarani mengenai seorang lelaki yang ingin bermusafir ke Bahrain untuk berniaga, Nabi SAW bersabda kepadanya: yang bermaksud: "Solatlah dua rakaat". Hadis ini juga lemah kerana didalam sanadnya terdapat seorang perawi yang lemah bernama Abdullah bin Sufian AI-Wasithi. 5. Kesimpulannya: Amalan sunnah ialah solat 2 rakaat sekembali dari musafir. Solat ini dikerjakan oleh Nabi SAW di masjid sebagaimana dalam hadith riwayat AI-Bukhari dan Muslim. Berkata Imam An-Nawawi dalam Syarah Sahib Muslim: Maksudnya: Solat ini bermaksud bagi sekembali dari musafir, bukannya solat Tahiyyatul Masjid. Nota kaki: 1. Tabi'ien: Sesiapa yang sempat berjumpa dengan sahabat Nabi SAW dalam keadaan ia Islam dan mati atas Agama Islam. 2. Pada hadis tersebut telah gugur sekurang-kurangnya 2 orang perawi antara AI-Muth'im dengan Nabi SAW.

Hadith 7
Membaca Talqin Di Kubur Maksudnya: Apabila telah mati salah seorang dari saudara kamu, lalu kamu ratakan tanah kuburnya, maka hendaklah berdiri salah seorang dari kamu diatas arah kepala kuburnya, kemudian ucapkan: "Wahai fulan bin fulan bin fulanah", sesungguhnya ia mendengar tapi tak dapat menjawab. Kemudian ucapkan lagi: "Wahai fulan bin fulanah", sesungguhnya ia tegak duduk. Kemudian ucapkan lagi: "Wahai fulan bin fulanah", maka ia (simayat) berkata; "ajarkan kepada kami, mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepadamu".Akan tetapi kamu tidak menyedarinya. Kemudian ucapkan lagi: "Ingatlah apa yang dengannya engkau telah keluar dari dunia iaitu persaksian : Tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya, sesungguhnya engkau redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama, Muhammad sebagai Nabi dan AI-Quran sebagai Imam". Maka Malaikat Mungkar dan Nakir akan saling memegang tangan antara kedua-duanya seraya berkata: "Marilah kita pergi, kita tidak akan berada disisi mayat yang diajarkan hujjah (jawapannya)". Maka Allahlah yang menjadi hujjah keatas kedua malaikat tersebut. Berkata seorang lelaki:"Wahai Rasulullah, sekiranya ia (pembaca talkin) tidak mengetahui siapa ibunya (simati)"? JawabNabi SAW: "Hendaklah ia nasabkan kepada Hawa"', (iaitu dengan menyebut: "Wahai fulan bin Hawa "'). 1. Periwayat-Periwayat Hadith: At-Thabarani 2. Status Hadith: LEMAH 3. Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Said Al-Azdi yang menurut Imam Ibnu Abi Hatim adalah majhul (seorang perawi yang tidak dikenali). .Menurut Imam Al-Haithami di dalam sanadnya terdapat jemaah (ramai) perawi yang tidak dikenalinya. Hadith serupa ini juga dikeluarkan oleh Ad-Dhiya' Al-Maqdisidan Ibnu Asakir. Tetapi di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Abdullah bin Muhammad, juga seorang perawi yang tidak dikenali. Zahir dari ini, dapat dikatakan bahawa Abdullah bin Muhammad ini termasuk dalam jemaah perawi yang tidak dikenali oleh Imam Al-Haithami. Hadith ini juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Majmu'. Begitu juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam AI-Iraqi ketika mengeluarkan hadith-hadith dari kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali. 4. Keterangan: Hadith talqin ini juga diriwayatkan oleh Said bin Mansur didalam Sunannya dengan lafaz yang lebih pendek, iaitu: Maksudnya: Wahai sifulan, katakan: 'Tiada Tuhan melainkan Allah,aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah' diucapkan 3 kali, kemudian katakan :'Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad', kemudian beredarlah (dari kubur). Hadith riwayat Said bin Mansur ini tidak dapat dijadikan penguat untuk menetapkan hukum talqin dari riwayat At- Thabarani diatas kerana: . 1. Kedudukan lafaz hadith ini terlalu pendek tanpa memiliki keterangan-keterangan lain sebagaimana yang disebutkan didalam riwayat At- Thabarani. 2. Hadith ini adalah hadith mauquf yang diriwayatkan oleh beberapa orang tabi' en dari Syam, antaranya Dhamrah bin Habib dan menisbahkan perbuatan talqin ini kepada sahabat-sahabat Nabi SAW tanpa menyebut nama-nama mereka. 3. Kemauqufan hadith riwayat Said bin Mansur ini disebut oleh Imam Ibnu Hajar didalam kitabnya Bulugul Maram. 4. Perbuatan talqin ini hanya dilakukan oleh penduduk Syam sebagaimana ditegaskan oleh Imam Ahmad dan ianya dikuatkan oleh kenyataan Imam An-Nawawi di dalam kitabnyaAl-Majmu'. Sekiranya talqin ini sesuatu yang thabit dari sunnah, sudah pasti ianya dilakukan oleh penduduk kota Madinah, tempat tertegaknya sunnah Nabi SAW. 5. Kesimpulan: Paling utama ialah berdoa dan memohon keampunan untuk simati setelah selesai dikebumikan dengan berdiri disisi kubur sebagaimana thabit dalam sunnah Nabi SAW. Baginda bersabda kepada sahabat-sahabat yang hadir diupacara pengkebumian: Maksudnya: Mintalah keampunan untuk saudara kamu dan mohonlah baginya ketetapan (dapat jawab soalan Mungkar dan Nakir) kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal. (Hadith riwayat A:bu Daud, AI-Hakim, AI-Baihaqi ) Nota Kaki: 1.Hadith Mauquf ialah hadith yang disandarkan kepada Sahabat Nabi SAW samada dari ucapan atau perbuatan atau pengakuan mereka .(Adapun bila suatu hadith itu disandarkan kepada Nabi SAW ia dipanggil Hadith Marfu' dan apabila disandarkan kepada tabi'en , ia dipanggil Hadith Maqthu').

Hadith 8
Berjabat Tangan (Bersalam) Sambil Berselawat Maksudnya: Mana-mana dua orang hamba yang berkasih sayang keranaAllah, kedua-duanya berjumpa lalu bersalam sambil berselawat keatas Nabi SAW, nescaya sebelum kedua-duanya berpisah Allah pasti mengampunkan dosa kedua-duanya samada dosa yang terdahulu dan kemudian. 1. Periwayat-Periwayat Hadith: Ibnu As-Sunni, Ibnu Hibban 2. Status Hadith: LEMAH 3. Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Durust bin Hamzah. Kata Imam Ibnu Hibban: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya. Kata Imam Abu Daud, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah. Kata Imam Abu Zur'ah: Ia seorang yang lemah hadithnya. Kata Imam Abu Hatim: Hadithnya tidak boleh berdiri sendiri. (untuk dijadikan hujjah).

Hadith 9
Binatang Korban Sebagai Tunggangan Maksudnya: Pilihlah binatang korban kamu yang baik (gemuk, mahal, kuat, sihat) kerana ia akan menjadi kenderaan tunggangan kamu diatas titian As-Sirath,( pada Hari Qiamat). 1. Periwayat Hadith: Ad-Dailami 2. Status Hadith: SANGAT LEMAH 3. Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bemama Yahya bin Ubaidullah. Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang lemah hadithnya. Kata Imam Ahmad: Ia seorang yang mungkar hadithnya, tidak thiqah (kepercayaan). Kata Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk). Kata Imam Ad-Daruqutni: Ia lemah. Imam AI-Hakim menuduhnya sebagai pemalsu hadis. 4. Keterangan: .Disana ada satu lafaz lain mengenai hadith ini Maksudnya : Pilihlah binatang korban kamu yang baik (gemuk, mahal, kuat, sihat) kerana ia akin menjadi kenderaan tunggangan kamu diatas titian As-Sirath,( pada Hari Qiamat). Hadith dengan lafaz ini tiada asalnya, ia muncul ditengah-tengah kaum muslimin mengiringi hadith yang sangat lemah dengan lafaz diatas. 5. Kesimpulan: Menurut Imam Abu Bakar Ibnul Arabi, tiada satu hadith soheh pun mengenai keutamaan korban.

Hadith 10
15 Perkara Yang Menyebabkan Bala Maksudnya: Apabila ummatku telah mengerjakan 15 perkara, halallah keatas mereka bala', lalu ditanya kepada Nabi SAW :apakah dia (15 perkara itu), wahai Rasulullah. Jawab Nabi SAW: 1. Apabila harta kekayaan hanya berlegar di kalangan mereka yang kaya sahaja. 2. Amanah dijadikan punca kekayaan. 3. Mengeluarkan zakat dianggap seperti membayar hutang. 4. Seorang suami taat kepada isterinya. 5. Derhaka kepada ibu. 6. Berbuat baik kepada kawan dengan bersangatan.(melebihi berbuat baik kepada kaum kerabat sendiri). 7. Seseorang menjauhkan diri dari bapanya. 8. Ditinggikan suara dalam masjid (dengan sesuatu yang lagha seperti bertengkar, bergurau, bermain-main dll). 9. Pemimpin suatu kaum dilantik dari kalangan orang yang paling hina. 10. Dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya. 11. Arak diminum dengan berleluasa. 12. Sutera dipakai oleh ramai kaum lelaki. 13. Ramai artis-artis (penyanyi). 14. Muzik banyak dimainkan. 15. Orang terakhir dari umat ini (khalaf) melaknat orang yang terdahulu (salaf). Apabila telah terjadi demikian maka tunggulah azab dengan kedatangan angin panas atau ditelan oleh bumi atau diubah rupa bentuk. 1. Periwayat Hadith: At-Tirmizi 2. Status Hadith: LEMAH 3. Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bemama AI-Faraj bin Fadhalah. Kata Imam AI-Bukhari dan Imam Muslim: Ia seorang yang mungkar hadithnya. Kata Imam Ibnu Ma' in dan Imam Ad -Daruqutni: Ia seorang yang lemah hadithnya. Kata Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah. Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak halal berhujjah dengannya. Kerana itu Imam AI-Iraqi dan Imam AI-Munziri melemahkan hadith ini. Juga sanad hadith ini terputus antara seorang perawi bernama Muhammad bin Umar dengan datuknya Ali. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Imam Ibnu Hajar didalam kitabnya At- Taqrib. Tentang terputusnya sanad hadith ini juga telah dikuatkan oleh Imam AI-Mubarakpuri didalam kitabnya Tuhfatul Ah-Wazi.

Hadith 11
Tha'labah Tidak Membayar Zakat Maksudnya: Celakalah kamu wahai Tha'labah, sedikit (harta) yang membawa kamu bersyukur lebih baik dari banyak (harta) yang membawa kamu tidak mampu menanggungnya. Nota: 1. Hadith ini kononnya mengenai seorang sahabat yang bemama Tha'labah bin Hatib AI-Anshari yang tidak membayar zakat setelah ia meminta dari Nabi SAW supaya mendoakannya menjadi kaya. Ia juga meninggalkan solat berjamaah dan seterusnya solat Jumaat setelah kambingnya semakin membiak dalam jumlah yang banyak. Sampai kepada zaman pemerintahan Abu Bakar, Umar dan Uthman, kesemuanya enggan menerima zakat dari Tha'labah disebabkan Nabi SAW sendiri pemah enggan menerima zakatnya. Akhimya Tha'labah mati di zaman pemerintahan Uthman RA. 2. Kisah Tha'labah ini dijadikan sebab turunnya ayat 75- 77 Surah At- Taubah. Maksudnya: Diantara mereka itu ada yang telah berjanji dengan Allah SWT: Demi jika Dia memberikan kepada kami kurniaNya, nescaya kami sedekahkan dan kami termasuk orang-orang yang soleh.75 ... Tatkala Allah memberikan kurniaNya kepada mereka, mereka menjadi bakhil dan berpaling, sedang mereka tetap berpaling.76. LaluAllah menjadikan akibat mereka jadi munafiq dalam hatinya sampai pada hari mereka menemuiNya (hari qiamat), disembarking mereka telah melanggar yang mereka janjikan, lagi kerana mereka berdusta.77 1. Periwayat-Periwayat Hadith: At-Thabarani, .AI-Baihaqi, .At- Thabari Status Hadith: SANGAT LEMAH Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang dipertikaikan iaitu: 1. Mu'an bin Rifaah As-Salami Kata Imam Abu Ratim: Ditulis hadithnya tapi tidak boleh dijadikan hujah. Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia lemah. Kata Imam Ibnu Ribban: Ia seorang yang mungkar hadithnya. Kata Imam Ibnu Rajar: Ia seorang yang lemah hadithnya. 2. Ali bin Yazid Al-Alhani Kata Imam Al-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya. Kata Imam An-Nasai, Imam Ad-Damqutni dan Imam Al-Raithami : Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk). Kata Imam Abu Zur'ah: Ia tidak kuat. Kata Imam Ibnu Abi Hatim: Ia seorang yang lemah hadithnya. Kata Imam Ibnu Hajar: Ia lemah. .Kelemahan hadith ini diperkuatkan lagi oleh:- 1. Imam AI-Iraqi didalam "Takhrij Al-Ihya'" dengan kenyataannya bahawa sanad hadith ini lemah. 2. Imam Ibnu Hajar didalam "Takhrij Ahadith Al-Kasyaf' dengan kenyataannya bahawa sanad hadith ini sangat lemah. 3. Kata Imam Ibnu Hazm didalam kitab AI-Muhalla: Riwayat ini bathil. 4. Kata Imam AI-Munawi didalam kitabnya Faidhul Qadir: Lemah 4. Keterangan: Kata Imam AI-Qurtubi didalam tafsimya yang bermaksud; "Tha'labah adalah ahli Badar dari golongan Ansar dan termasuk dari kalangan org yang dipersaksikan oleh Allah dan Rasulnya dengan keimanan. Apa yang diriwayat mengenainya (yakni kisahnya serta sebab turun ayat ) adalah tidak sahih". Kata Imam Ibnul Athir didalam kitabnya Usudhul Ghabah: Mereka semuanya ( yakni Imam Ibnu Mandah, Imam Abu Nu'aim dan Ibnul Abdul Barr) mengatakan bahawa Tha'labah berperang dalam perperangan Badar. Penegasan tentang penyertaan Tha'labah dalam perperangan Badar dikuatkan lagi oleh Imam Ibnu Hibban, Imam Ibnu Hazm, Imam Abdul Barr dan Imam Ibnu Hajar. 5. Kesimpulan: Adalah tidak masuk akal sahabat yang mulia ini, yang dipersaksikan keimanannya oleh Allah dan Rasul melakukan demikian dan sebegitu sekali kesudahan hidupnya. Ahli Badar merupakan orang yang terpilih disisi Allah dan Rasul sebagaimana disebutkan didalam hadith riwayat Al-Bukhari: Datang Jibrail AS bertanya kepada Nabi SAW. "Apa pandangan kamu mengenai orang yang berperang di Badar" Jawab Nabi SAW yang bermaksud: "Mereka adalah orang yang terpilih dikalangan kami". Ahli Badar tidak akan sekali-kali masuk neraka , sabda Nabi SAW didalam hadis riwayatAhmad yang bermaksud: "Tidak akan masuk neraka sesiapa yang menghadiri perperangan Badar dan Perjanjian Hudaibiyyah".Ahli Badar diampunkan dosanya oleh Allah. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi riwayat AI-Bukhari, Muslim dan Tirmizi yang bermaksud: "Buatlah apa yang kamu sukai (wahai ahli Badar), sesungguhnya Aku telah ampun segala dosa kamu". Sebaiknya kisah sahabat yang mulia ini tidak lagi dijadikan bahan cerita setelah nyata ianya tidak benar kerana dibimbangi termasuk dalam mencela sahabat-sahabat Nabi SAW. Sabda Nabi SAW dalam hadith riwayat At- Thabarani yang bermaksud: "Barangsiapa yang mencela sahabat-sahabatku maka ke atasnya laknat Allah, Malaikat dan manusia seluruhnya"

Hadith 12
Kefakiran Membawa Kepada Kekufuran Maksudnya: Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran. 1. Periwayat-Periwayat Hadith: AI-Baihaqi, Abu Nu'aim, Ibnu Adi, Ibnu As-Sakan , Ibnul Jauzi 2. Status Hadith: LEMAH 3. Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bemama Yazid bin Aban Ar-Raqasyi Kata Imam Ibnu Ma'in, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah Kata Imam An-Nasai: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk). Kata Imam Ahmad: Ia dilemahkan (oleh ahli-ahli hadith). Kata Imam Syu 'bah: Bahawa berzina lebih aku sukai dari meriwayatkan hadith dari Yazid Ar-Raqasyi ( ini sebagai tanda penolakan yang kuat Imam Syu'bah terhadap periwayatan hadith dari Yazid, bukan bermakna ia betul-betul ingin berzina). Kata Imam As-Sakhawi: Jalan-jalan periwayatan hadith ini semuanya lemah.

Hadith13
Doa Senjata Orang-orang Beriman Maksudnya: Doa itu senjata bagi orang-orang beriman, tiang agama dan cahaya bagi langit dan bumi. 1. Periwayat-Periwayat Hadith: Abu Ya'la, AI-Hakim , Ibnu Adi 2. Status Hadith: PALSU 3. Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bemama Muhammad bin AI-Hasan AI-Hamdani. Kata Imam Ibnu Ma'in, Imam Abu Daud dan Imam Ibnul Jauzi: Ia pembohong. Kata Imam An-Nasai dan Imam AI-Haithami: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya(matruk). Kata Imam Ahmad, Imam Ibnu Hibban dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah. .Kata Imam Abu Hatim: Ia tidak kuat. Disamping itu sanad hadith ini juga terputus sebagaimana yang disebut oleh Imam Az-Zahabi. Ia terputus antara Ali bin AI-Hussain dan datuknya iaitu Ali bin Abi Thalib RA. 4. Keterangan: Abu Ya'la juga ada meriwayatkan dari jalan lain iaitu hadith yang hujungnya disebut : Maksudnya: Maka sesungguhnya doa itu senjata orang-orang beriman. Tetapi riwayat ini juga PALSU kerana didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Sallam bin Sulaim At-Thawil. Kata Imam Ibnu Khirash : Ia pembohong. Kata Imam Ibnu Hibban: Ia meriwayatkan hadith-hadith palsu. Kata Imam Ad-Daruqutni, Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya(matruk). Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia lemah,hadithnya tidak patut perlu ditulis. Kata Imam Ahmad: Ia seorang yang mungkar hadithnya. Imam Ibnul Madini bersangatan dalam melemahkannya. Disamping itu terdapat seorang lagi perawi lain didalam sanad hadith ini iaitu Muhammad bin Abi Humaid. Ia merupakan seorang perawi yang lemah. 5. Kesimpulan: .. Kedudukan doa tetap utuh dan teguh disisi orang-orang beriman dalam permohonan dan pengaduan mereka kepada Allah walaupun tanpa kedua-dua hadith ini. Terlalu banyak ayat-ayat AI-Quran dan hadith-hadith lain yang soheh yang membicarakan mengenai doa.

Hadith14
Doa Otak Ibadat Maksudnya: Doa adalah otak (isi) kepada ibadah. Periwayat Hadith: At-Tirmizi Status Hadith: LEMAH Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Abdullah bin Lahi'ah Ia lemah dari segi hafalan. Hafalannya bercampur aduk selepas kitab-kitabnya terbakar sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnu Hajar didalam kitabnya At-Taghrib. Ahli-ahli hadith bersepakat dalam melemahkannya selepas kitab-kitabnya terbakar. Hadith yang sahih dari Nabi SAW dalam bab ini ialah: Maksudnya: Doa itu adalah ibadah. Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, At- Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Ibnu Abi Syaibah, Abu Nu'aim dan AI-Hakim.

Hadith I5
Yaasin Hati AI-quran Maksudnya: Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu adalah Surah Yaasin. Barangsiapa yang membaca Surah Yaasin, Allah mencatatkan pahala bacaannya seperti membaca AI-Quran sepuluh kali. Periwayat-Periwayat Hadith: At- Tirmizi , Ad-Dailami, AI-Baihaqi Status Hadith: LEMAH 3. Sebabnya: Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Harun Abu Muhammad. Ia adalah seorang perawi yang majhul (tidak dikenali). Ini diisyaratkan sendiri oleh Imam At- Tirmizi didalam Jami'nya (atau lebih dikenali dikalangan masyarakat Islam dengan Sunan At- Tirmizi) dengan katanya: Maksudnya: Dan Harun Abu Muhammad adalah seorang sheikh yang tidak dikenali. 4. Keterangan: Didalam sanad hadith ini juga terjadi perselisihan keatas seorang perawi bemama Muqatil. Didalam sanad ini, ia adalah Muqatil bin Hayyan, seorang perawi yang benar, yang menurut Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Ma'in sebagai seorang perawi yang thiqah (kepercayaan). Tetapi menurut Imam Ibnu Hatim dan diikuti oleh Imam Az-Zahabi, ia bukan Muqatil bin Hayyan tetapi Muqatil bin Sulaiman. Muqatil bin Sulaiman adalah seorang perawi yang pembohong. Sekiranya apa yang disebutkan oleh Imam Abu Hatim dan Imam Az-Zahabi ini diperkirakan, maka hadith "Yaasin hati AI-Quran" ini adalah berstatus palsu disebabkan wujudnya seorang perawi pembohong didalam sanadnya iaitu Muqatil bin Sulaiman. Hadith ini dengan lafaz setakat: Diriwayatkan juga oleh AI-Bazzar. Tetapi sanad hadith ini juga lemah kerana didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Humaid AI-Makki maula (bekas hamba) kepada keluarga AI-Qamah. Kata Imam Ibnu Hajar: Humaid AI-Makki ini seorang perawi yang majhul (tidak dikenali). Jadi, hadith ini juga lemah untuk dijadikan hujah dalam bab ini.

1 comment:

  1. http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/12/hadith-dhaif.html

    ReplyDelete